Friday, February 26, 2010

Kisah orang dah kahwin (pengalaman orang laa... bukan aku...) dan kursus kahwin

bismIllah...


Amaran: Entry panjang gila dan mengandungi unsur-unsur 18SX yang mungkin menyinggung pembaca.

Nobody wants to end up like Pitt and Aniston.


Beberapa hari lepas, one of my girlfriends ade la citer tentang masalah rumahtangga. How his husband dok melayan sorang customer perempuan. Diorang dah kahwin beberapa tahun dan ada anak sorang... kawan aku dan husband dia sebaya. Muda dari aku. Baya Chokilala je (yer, cik choki muda dari I ye)... tapi kahwin muda.

Husband dia terkantoi cos dari bil telefon kuar nombor customer perempuan yang dia asyik call tu... Kawan aku ni marah la cos dari rekod, selalu gile laki dia call pompuan tu. Lama la jugak dalam 10 minit. Laki dia kalau call dia kadang-kadang just seminit je... Mula-mula husband dia menidakkan, tapi bila dah kuar kat bil, ape nak dikata yob!! Ngaku jela...

Kawan aku ni dok la nak suruh laki dia call customer tu bagitau dia dah BERKAHWIN (depan kawan aku ni). Tapi... biasela lelaki... takkan nak buat. Memang laki dia main-main jer, tapi.. kalau pompuan tu tak tau dia dah kahwin and feeling lelebih, tak ke susah! Adoi... aku cuba letak diri aku kat tempat kawan aku ni. Memang berperang arrr!!

Kawan aku ni marah memang ar marah. Tapi dia banyak ajar aku untuk bersabar dan berdoa jela banyak-banyak. Katanya, kalau tak sabar, memang perkahwinan takkan lama... So, kata kunci dan perkara paling penting dalam marriage is to be patient and pray. Bab nak berdoa tu memang no hal kan.. doa tu selalu kita lakukan. Tapi bab bersabar kalau diduga... Oi... susah tu wehhh! Hopefully aku boleh menjadi wanita yang sabar pasni.
And that made me thinking, oh... penuh pancaroba betul dunia perkahwinan ni! Sebab tu aku takut nak kahwin!

But then, itu bukan perkara yang pelik pun. Selalu jadi macam tu kan...

Aku teringat balik tentang ceramah masa kursus pra-perkahwinan hari tu...

Kat kursus tu, bab cerai, talak etc diceritakan pada end of the course. Topik terakhir cos benda ni tak digalakkan (of course la!).

Tapi, ada juga benda yang aku tak puas hati tentang ceramah yang disampaikan. Aku merasakan ianya tak cukup details. Tak cukup informasi. Bagi aku dan Nini, ceramahnya memang tak cukup ingredients la.

Ok, memang penceramah citer hal cerai ni semua... macam mana leh jatuh talak, bercerai macam mana yang takleh rujuk etc. TAPI!! Dia tak citer lak lepas bercerai nak buat ape. Serius takde citer!

Mengikut pengalaman Nini yang menghadiri mahkamah ketika menemani ibuku menguruskan perceraian, macam-macam kes yang dibicarakan di mahkamah.

Antaranya, ada kes orang dah bercerai tapi masih duduk sebumbung! Masih bersama dan melakukan seks. Dah le tu, sampai melahirkan anak! Jadi, bukan sahaja mereka dah melakukan zina, malahan anak yang dilahirkan tu... anaknya tak sah taraf! or in other word, anak luar nikah! Ini buat hakim kat mahkamah tu marah gila. Yela, ini melibatkan keturunan. Nak salahkan sape lagi? Ibu bapa yang tak berilmu memang menimbulkan masalah. Ambil mudah bab-bab hukum ni. Kenapala lepas jatuh talak tu tak pergi pejabat agama terus? Macam juga kalau nak merujuk, kena refer pejabat agama sebab ade cerai yang takleh rujuk je... kena akad nikah jugak.

So, bila kursus kahwin tu tak cerita sangat ape nak buat lepas jatuh talak, aku terus tak puas hati. Ok, kalau aku dan Nini memang dah tahu... macam mana dengan orang lain? Bukankah tahap pengetahuan orang tak sama... memang ada buku, tapi berapa ramai sangat nak ambil tahu dan baca. Benda ni kena bagitahu! Kena cakap!

Macam jugak kes hubungan seks luar tabie. Penceramah kat kursus kahwin yang aku hadiri tu semua lelaki... so aku tak tau la... mungkin diorang segan nak sebut, tapi... alaaaaa semuanya kan nak kahwin. Cerita jela!! Ini berkias-kias macam hape lagi. Bagi yang faham, faham la. Kalau yang tak faham?? Dahla time aku attend tu ada mualaf. Kalau orang tetiba dengar (baru lepas mengelamun) mesti ingat penceramah bagi direction nak pergi Cameron Highlands dari KL.

Bagi aku la, ceramah pra-perkahwinan ni patutnya cerita semua dengan details. Sebab semua yang hadir takde pengalaman berkahwin!! So it makes sense la untuk cerita dengan terperinci. Cakap je, HARAM bagi suami melakukan anal seks pada isteri. Kot-kot ada yang hadir tak tau anal tu ape? Haa cakap je HARAM meliwat isteri. Tak tau liwat tu ape lak? Haa cakap je takleh masuk lubang bontot. Bontot untuk berak, bukan untuk dijolok. Habis cerita. Yang penting, mesej kena sampai!! Aku risau mesej tak sampai je. Bukan tak tau orang zaman sekarang ni semuanya pelik-pelik. Lelaki yang tak cukup ilmu akan kata semua benda boleh buat kat isteri. Isteri yang tak berilmu merelakan jer diri disakiti konon nak taat pada suami. Macam-macam kan dunia sekarang ni...

And then, bagi aku la... sepatutnya cerita sebab-sebab sesuatu perkara tu haram dilakukan. Ni tak, kita just diberitahu takleh buat macam ni, takleh buat macam tu... Sebab bagi aku, bila kita tau kenapa benda tu takleh buat, baru terkesan dalam diri untuk tak buat.

Kenapa Islam suruh asing tempat tidur kalau tak puas hati dengan isteri? Citer la sebab... bagi isteri tu sedar dia ada buat salah... Kesalahan yang serius bagi suami sampai suami tidur tempat lain (bukan dengan perempuan lain!). Biar dia muhasabah. Biar dia tau takde orang nak peluk dia time tidur kalau dia buat benda yang suami tak suka. bla bla bla... and lepas nasihat, asing tidur baru pukul (pukulan yang tak memudaratkan okeh!)... pukul pun dengan kain yang nipis dan lembut je tau! Haaa.. ni penceramah gitau.

Macam seks luar tabie tu la, cerita la kenapa takleh buat. Amik jer contoh orang gay yang buat perkara tu banyak kena AIDS. Amik logik... lubang bontot kan ke tempat keluar najis, so dah sah-sah kotor... senang nak dapat penyakit etc.

Oh... tetiba aku teringat. Kakak aku, Yong bekerja kat tempat perlindungan wanita under Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tempat perlindungan tu mostly untuk women yang kena rape atau tengah pregnant secara sengaja atau tak sengaja tanpa ikatan pernikahan. Ada la satu girl baru masuk yang kena sejenis penyakit kelamin bernama gonorrhea. Takde sape nak jaga budak tu cos dia busukkkkk. Yong aku la kena jaga. Dari ape yang Yong aku citer, giler teruk dia punyer kemaluan. Ermm... aku nak citer pun tak lalu. Takpela. ni selingan. Jangan buat seks rambang ye... (iklan khidmat komuniti tamat)

Hadoi...

Penat lak menaip pepanjang...

This entry memang berjela. Aku dah simpan lama benda yang bermain di fikiran aku since last weekend. Baru hari ni sempat nak tulis. Aku rase macam ada lagi tak tulis... tapi...

Kalau ada sesapa nak share lagi, do fee free!

K, nak mandi. Tunangku akan samapai lagi 2 jam setengah. Today's agenda: wedding cards hunt! (ada lagi ke yang nak terima tempahan kalau wedding nyer untuk June? erk.)

Kesimpulan dari entry ni, hidup kita ni penuh pancaroba. Hidup bila bersama dengan seorang lagi insan akan menambahkan cabaran dalam hidup kita yang sedia ada. Bila bertambah lagi insan-insan (anak), lagi bertambah cabaran. Tapi juga, ia satu pengalaman yang indah bila kita tahu nak handle cabaran kita macam mana. Life is not a bed of roses, dear... Orang yang dah kahwin bertahun-tahun dan ade anak yang dah kahwin pun boleh end up bercerai juga. So sentiasalah bersedia untuk menempuh dugaan yang datang. Insya Allah, berkat doa dan usaha, everything will turn out okay.

May you live happily ever after.

Salam Maulidur Rasul!!

Daaa everyone!

Salam.


alhamdulIllah...

10 comments:

mysara newrie said...

auww ~ sy bru je ckup 18. agak2 boleh bc tak?? haha

Cik Qemm said...

qemmal baru pas pegy kursus kawin jugak.rasenya tak sempat nak cerita sume detail dlm mase sehari setangah tu. itu pun ada yang da tertido2. tp tula, masyarakat skang ambil lewa je mende2 cm ni.

patut lah ade ura2 nak panjangkan kursus kawin ni.diorg nk bg lebih mendalam kot :)

semy said...

pi pudu..sana banyak jual kad kawin cantik2x dan murah..pudu kat mana aku xtau..yg aku tau kat pudu

Ryehanna said...

To Mysara Newrie: Boleh la kot.. hehe

To Cik Qemm: Hmm.. maybe jugak faktor masa.. sbb tu xdpt nk ulas panjang lebar...
adoi.. kalau nk panjangkan kursus kahwin, keras la kt dlm dewan dgr ceramah. kalau penceramah best xpe jugak! kalo x... tumpo le...

To Semy: Yer.. mmg nak pergi situ pun.. dekat je ngan umah aku...

Mr PenyuBiru said...

ekceli takleh salahkan penceramah tu 100 peratus.faktor masa adalah penyebab silibus tu menjadi padat & tak detail.aku rasa la.
disamping tu, kita yg nak kawin ni,kenalah usaha jugak tuk menambah pengetahuan ttg dunia perkahwinan ni.baca buku ilmiah hal² perkahwinan dari segi agama dan sebagainya.kita takleh salahkan org lain atas kejahilan kita sendiri.

apiih said...

wow..memang berpanjang jela entri nih..huhu..bab kawin-kawin nie aku x amik port ag..haha..yela..xkawin ag..hahaha..tapi memang perceraian adalah perbuatan yg dibenci oleh Allah S.W.T..jadi,lepas kawin,jgn curang2 k..ingat kat si isteri jerk..Jangan bercerai,sebab lepas bercerai pasti hidup x aman..huhuhu..mybe..hahaha..
K lah..xmo komen pnjg..dah siap kad kawin,,anta le sini 1..haha

Atiqah said...

hmm btol tu..kena cite secara detail..sbb Islam sgt terperinci dlm soal kehidupan ni..

Nurulhuda|Adlie said...

rye, course 2 hari jek, mmg tak sempat, kalau buat 2 kali weekend ok kot cover semua, masa i pegi pun i tak sure of what i got from the course adalah, tapi nipis sangat, on surface je, ape nak buat time tak cukup nak carita banyak2, and some lect pun cite tangkap muat je, not like giving a proper guidance, insya Allah mana yg pandai tu boleh la baca2, belajar2, yang tak berapa tu camnelah kan.. =)

kalau pegi dgn pasangan lg bagus, dedua dgr benda yg sama, so anything boleh buat rerence, kot2 yg ni camni, yg tu camtu..

deena awanis said...

sempat dear..
i tempah wedding card 1month earlier je dulu..

~Dr.CiNta~ said...

wow, beznye g kusus kawen, hehe ^^, tpi umo bru 19, buleh ke? ^^ hmm, patutnye pnjgkan g kowt kusus kawen tuh, biar ilmu nikah kawen ni smpat dikhatam oleh bkal2 pngantin ni, ye la, yg peginyer pown kompem2 la bukannya taw sumer bende kan, ^^