Saturday, February 27, 2010
bismIllah...



Kad jemputan kahwin
Aku rase agak lega cos dah settle tempahan kad kahwin. Harga murah tapi tak tau la okey ke tak jadinya kad tu... mudahan-mudahan okey...

Pelamin, baju...
Pelamin, baju kahwin semua dah settle. Mak settlekan. Aku ikut je walaupun kalau ikutkan aku, pelamin tu bukan idaman kalbu. Tapi lantaklah. Malas dah nak masuk campur. Ikut jela mane yang Mak pilih... Tapi baju kahwin tu aku risau sikit. Ada ekor laaaaaaa... Lawa memang lawa. Baru lagi... Tapi aku risau kotor je.

Khemah dan katerer
Khemah pengantin, khemah segala bagai Mak settlekan. Katerer pun. Memang aku lepaskan semua kat mak. Aku mana tau nak cari katne.

Goodie bags, langsir, hiasan bilik pengantin
Mak settlekan.

***

Aku rasa semua dah nak settle... I mean, untuk preparation walimah la... Untuk nikah, baju takde lagi ni!! erk. Mane aku nak nak cekih... Borang segala bagai pun tak buat. HIV test pun belum... semua belum.

Mak patut lega dapat anak yang tak banyak ragam macam aku ni. Ikut jela ape yang dia nak. Hehehehe...

As for my wali, well... masa aku balik Perak last weekend, something happened.

Malam Ahad minggu lepas, Yong call rumah Negeri Sembilan untuk cakap ngan nenek... nak gitau yang aku nak kahwin. Time ni aku tengah membuta dalam bilik. Pastu aku dengar kecoh-kecoh kat luar... Turns out, my father was at my nenek's at that time.

Yong aku pun cam hepi la dpt cakap ngan beliau. He now stayed in Melaka... married already. Has a stepdaughter and a grand stepchild. We don't mind, really... as long as he has someone to take care of him. And to be frank, we kind of expecting him to be married already. Come on la kan...

I don't know much about what they talked about (he asked to speak with Nini) cos I'm sleepy. But I heard Yong was crying... And Nini too... I didn't speak to him.. But... now he knows I'm getting married.

Yang tak tahan tu, he thought I'm getting married with my ex-boyfriend!! With MZ! :P

Haha... well, he'd never met Mr CC... Yelah, aku kenal Mr CC time my father has left. He left on July 2007. More than 2 years.. that's quite sometime. Many things could happen during that duration of time. And dia terkejut aku nak kahwin ngan orang lain. Navy lak tu! (tau jela reputasi navy camne) Huahua.. nak wat camne, walaupun bercinta bertahun-tahun tapi kalau takde jodoh, takde rezeki... mane nak membuatnye...

Now my father has already asked for Afnan's phone number. Nak gitau hal-hal pertaining my marriage la kot.

Dulu time Yong kahwin, dia wakilkan je kat tok naib. Time nikah pun tak datang. Aku nyer turn ni tak tau la camne...

I spoke to my father in the morning of Monday, 22nd Feb. We were both surprised to hear each other's voices. Yeah... cos we're really were not on the best of terms.

It was kinda sad situation, you know... I don't think you'll understand what I'm ranting about... but... oh well...

It's sad that he's never met Mr CC before. And when he thought my ex-bf is the one I'm gonna marry, lagila aku rase macam sayu... Mulalah aku teringatkan balik kat ex-bf aku tu... Memang dia close giler ngan family aku... Mak aku sampai dah anggap dia macam anak sendiri... sayang dia macam anak sendiri... and I know he felt the same.

Tapi nak buat macam mana, takde jodoh aku dengan dia... So, lupakan jelah.


Mr CC ni tua dari aku 5 tahun. Lebih tua dari Yong. So, kalau mak nak anggap macam anak sendiri pun agak awkward juga la kot? Ah tapi takpela... Mr CC pandai bodek mak. :) Time aku kejap2 takmo bertunang, takmo kahwin bla bla bla, Mak jugak yang nasihatkan aku untuk terima Mr CC. So...

Klah, macam dah membebel banyak sangat.

Goodbye, diary. (tetiba)



alhamdulIllah...
Friday, February 26, 2010
bismIllah...


Amaran: Entry panjang gila dan mengandungi unsur-unsur 18SX yang mungkin menyinggung pembaca.

Nobody wants to end up like Pitt and Aniston.


Beberapa hari lepas, one of my girlfriends ade la citer tentang masalah rumahtangga. How his husband dok melayan sorang customer perempuan. Diorang dah kahwin beberapa tahun dan ada anak sorang... kawan aku dan husband dia sebaya. Muda dari aku. Baya Chokilala je (yer, cik choki muda dari I ye)... tapi kahwin muda.

Husband dia terkantoi cos dari bil telefon kuar nombor customer perempuan yang dia asyik call tu... Kawan aku ni marah la cos dari rekod, selalu gile laki dia call pompuan tu. Lama la jugak dalam 10 minit. Laki dia kalau call dia kadang-kadang just seminit je... Mula-mula husband dia menidakkan, tapi bila dah kuar kat bil, ape nak dikata yob!! Ngaku jela...

Kawan aku ni dok la nak suruh laki dia call customer tu bagitau dia dah BERKAHWIN (depan kawan aku ni). Tapi... biasela lelaki... takkan nak buat. Memang laki dia main-main jer, tapi.. kalau pompuan tu tak tau dia dah kahwin and feeling lelebih, tak ke susah! Adoi... aku cuba letak diri aku kat tempat kawan aku ni. Memang berperang arrr!!

Kawan aku ni marah memang ar marah. Tapi dia banyak ajar aku untuk bersabar dan berdoa jela banyak-banyak. Katanya, kalau tak sabar, memang perkahwinan takkan lama... So, kata kunci dan perkara paling penting dalam marriage is to be patient and pray. Bab nak berdoa tu memang no hal kan.. doa tu selalu kita lakukan. Tapi bab bersabar kalau diduga... Oi... susah tu wehhh! Hopefully aku boleh menjadi wanita yang sabar pasni.
And that made me thinking, oh... penuh pancaroba betul dunia perkahwinan ni! Sebab tu aku takut nak kahwin!

But then, itu bukan perkara yang pelik pun. Selalu jadi macam tu kan...

Aku teringat balik tentang ceramah masa kursus pra-perkahwinan hari tu...

Kat kursus tu, bab cerai, talak etc diceritakan pada end of the course. Topik terakhir cos benda ni tak digalakkan (of course la!).

Tapi, ada juga benda yang aku tak puas hati tentang ceramah yang disampaikan. Aku merasakan ianya tak cukup details. Tak cukup informasi. Bagi aku dan Nini, ceramahnya memang tak cukup ingredients la.

Ok, memang penceramah citer hal cerai ni semua... macam mana leh jatuh talak, bercerai macam mana yang takleh rujuk etc. TAPI!! Dia tak citer lak lepas bercerai nak buat ape. Serius takde citer!

Mengikut pengalaman Nini yang menghadiri mahkamah ketika menemani ibuku menguruskan perceraian, macam-macam kes yang dibicarakan di mahkamah.

Antaranya, ada kes orang dah bercerai tapi masih duduk sebumbung! Masih bersama dan melakukan seks. Dah le tu, sampai melahirkan anak! Jadi, bukan sahaja mereka dah melakukan zina, malahan anak yang dilahirkan tu... anaknya tak sah taraf! or in other word, anak luar nikah! Ini buat hakim kat mahkamah tu marah gila. Yela, ini melibatkan keturunan. Nak salahkan sape lagi? Ibu bapa yang tak berilmu memang menimbulkan masalah. Ambil mudah bab-bab hukum ni. Kenapala lepas jatuh talak tu tak pergi pejabat agama terus? Macam juga kalau nak merujuk, kena refer pejabat agama sebab ade cerai yang takleh rujuk je... kena akad nikah jugak.

So, bila kursus kahwin tu tak cerita sangat ape nak buat lepas jatuh talak, aku terus tak puas hati. Ok, kalau aku dan Nini memang dah tahu... macam mana dengan orang lain? Bukankah tahap pengetahuan orang tak sama... memang ada buku, tapi berapa ramai sangat nak ambil tahu dan baca. Benda ni kena bagitahu! Kena cakap!

Macam jugak kes hubungan seks luar tabie. Penceramah kat kursus kahwin yang aku hadiri tu semua lelaki... so aku tak tau la... mungkin diorang segan nak sebut, tapi... alaaaaa semuanya kan nak kahwin. Cerita jela!! Ini berkias-kias macam hape lagi. Bagi yang faham, faham la. Kalau yang tak faham?? Dahla time aku attend tu ada mualaf. Kalau orang tetiba dengar (baru lepas mengelamun) mesti ingat penceramah bagi direction nak pergi Cameron Highlands dari KL.

Bagi aku la, ceramah pra-perkahwinan ni patutnya cerita semua dengan details. Sebab semua yang hadir takde pengalaman berkahwin!! So it makes sense la untuk cerita dengan terperinci. Cakap je, HARAM bagi suami melakukan anal seks pada isteri. Kot-kot ada yang hadir tak tau anal tu ape? Haa cakap je HARAM meliwat isteri. Tak tau liwat tu ape lak? Haa cakap je takleh masuk lubang bontot. Bontot untuk berak, bukan untuk dijolok. Habis cerita. Yang penting, mesej kena sampai!! Aku risau mesej tak sampai je. Bukan tak tau orang zaman sekarang ni semuanya pelik-pelik. Lelaki yang tak cukup ilmu akan kata semua benda boleh buat kat isteri. Isteri yang tak berilmu merelakan jer diri disakiti konon nak taat pada suami. Macam-macam kan dunia sekarang ni...

And then, bagi aku la... sepatutnya cerita sebab-sebab sesuatu perkara tu haram dilakukan. Ni tak, kita just diberitahu takleh buat macam ni, takleh buat macam tu... Sebab bagi aku, bila kita tau kenapa benda tu takleh buat, baru terkesan dalam diri untuk tak buat.

Kenapa Islam suruh asing tempat tidur kalau tak puas hati dengan isteri? Citer la sebab... bagi isteri tu sedar dia ada buat salah... Kesalahan yang serius bagi suami sampai suami tidur tempat lain (bukan dengan perempuan lain!). Biar dia muhasabah. Biar dia tau takde orang nak peluk dia time tidur kalau dia buat benda yang suami tak suka. bla bla bla... and lepas nasihat, asing tidur baru pukul (pukulan yang tak memudaratkan okeh!)... pukul pun dengan kain yang nipis dan lembut je tau! Haaa.. ni penceramah gitau.

Macam seks luar tabie tu la, cerita la kenapa takleh buat. Amik jer contoh orang gay yang buat perkara tu banyak kena AIDS. Amik logik... lubang bontot kan ke tempat keluar najis, so dah sah-sah kotor... senang nak dapat penyakit etc.

Oh... tetiba aku teringat. Kakak aku, Yong bekerja kat tempat perlindungan wanita under Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tempat perlindungan tu mostly untuk women yang kena rape atau tengah pregnant secara sengaja atau tak sengaja tanpa ikatan pernikahan. Ada la satu girl baru masuk yang kena sejenis penyakit kelamin bernama gonorrhea. Takde sape nak jaga budak tu cos dia busukkkkk. Yong aku la kena jaga. Dari ape yang Yong aku citer, giler teruk dia punyer kemaluan. Ermm... aku nak citer pun tak lalu. Takpela. ni selingan. Jangan buat seks rambang ye... (iklan khidmat komuniti tamat)

Hadoi...

Penat lak menaip pepanjang...

This entry memang berjela. Aku dah simpan lama benda yang bermain di fikiran aku since last weekend. Baru hari ni sempat nak tulis. Aku rase macam ada lagi tak tulis... tapi...

Kalau ada sesapa nak share lagi, do fee free!

K, nak mandi. Tunangku akan samapai lagi 2 jam setengah. Today's agenda: wedding cards hunt! (ada lagi ke yang nak terima tempahan kalau wedding nyer untuk June? erk.)

Kesimpulan dari entry ni, hidup kita ni penuh pancaroba. Hidup bila bersama dengan seorang lagi insan akan menambahkan cabaran dalam hidup kita yang sedia ada. Bila bertambah lagi insan-insan (anak), lagi bertambah cabaran. Tapi juga, ia satu pengalaman yang indah bila kita tahu nak handle cabaran kita macam mana. Life is not a bed of roses, dear... Orang yang dah kahwin bertahun-tahun dan ade anak yang dah kahwin pun boleh end up bercerai juga. So sentiasalah bersedia untuk menempuh dugaan yang datang. Insya Allah, berkat doa dan usaha, everything will turn out okay.

May you live happily ever after.

Salam Maulidur Rasul!!

Daaa everyone!

Salam.


alhamdulIllah...
Wednesday, February 24, 2010
bismIllah...


Today, masa bace internal email yang ditulis oleh boss (emel kata-kata semangat lepas kena marah ngan customer. huhu!) untuk semua branch, dia ada attach 1 gambar ni.

Saje nak share....


(klik gambar untuk tumbesaran berganda)


Peringatan untuk diri sendiri juga... ermmm...

***

Hari ni aku dapat 2 peluang pekerjaan untuk Nini. Terpulang pada dia nak apply ke tak.

Satu tu vacancy di bangunan tempat aku kerja ni... Offer dari one of my customer. Dia datang nak mintak invois rental untuk claim kat company dia mulanya... and then dia gitau yang kompeni dia ade kerja kosong... suh aku carikan orang... keje admin je. Kepala aku dok pikir Nini je la.. adik aku kan... sampai bila nak menganggurnyer... ijazah ada, tapi kerja nya haram... So, kalau kerja 1 bangunan kan senang... pergi kerja sama-sama... takde masalah transport dah.

And then bila aku citer kat boss kecikku tentang vacancy dari 'jiran' yang aku nak offer kat Nini, dia kata HQ kat PJ pun nak amik orang... nak yang ada degree... Haaa... bagus sesangat la kan! Then aku gitaw Nini... tapi dia macam tak suke nak kerja kat KL or PJ ni... Tak suke bandar.

Hey.. ingat aku suke sangat ke kerja kat KL ni? Serabut otak!!

Esok aku nak hantar resume dia kat boss kecik aku...

And then aku nak call customer aku tu tanya tentang vacancy kompeni dia tu... yang tu just kerja admin and gaji sikit jela... tapi satu bangunan!

Ermmm... kalau gitaw kat mak ni, mesti mak suh Nini mintak.

Heh... nanti aku khabo kat mak.

Daaaa....



alhamdulIllah...
Monday, February 22, 2010
bismIllah...


Aku dah berjaya menghadiri kursus pra-perkahwinan di Ipoh, Perak pada Sabtu dan Ahad yang lepas. Aku dan Nini daftar dengan Hasani Management kat Medan Kidd. Seronok gak la... Syukur sesangat aku ada Nini... Kalau tak,boringggg... Dahlah aku tetap selambe bantai tido time orang bagi ceramah. Tapi bukan selalu tau! Nak wat camne... ngantok. huhu...

Oh well, jom layan gambar...

Buku bertajuk 'Memasuki Gerbang Perkahwinan' ni dapat free.
Dapat makan pagi dan makan tengah hari.
Dapat fail, pen dan gula-gula bagi tak ngantok.
Okay gak la... berbaloi sangat la RM8O.


Aku dan Nini masa otw nak pergi Ipoh dari umah Yong di Batu Gajah.
Aku suh Nini drive cos aku maleh.



Ni hari ke2 actually. Gambar ari Sabtu takde cos xteringat nak amik gambo pun.
Tengok la.. baju and tudung tak match langsung...
Aku leh tertinggal tudung putih... bawak tudung hitam je...
Nak pinjam Yong punyer, semua sememeh.
Huh. Belasah jela... sape nak nengok pun...

Btw, baju kurung yang aku pakai tu dijahit oleh Mr Chubby Cheeks!
Comel gile dia jahit silang pangkah. haha...
Baju jela... kain nyer nyonya kat pekan yang jahit.


Ada test tau.. kalau tak lulus, kena ulang or ditemuduga.
Ala, mesti lepas nye lah...
Aku dan Nini lulus!


Yeay!!
Dah dapat sijil!!

Cantiknye sijil kursus!! :D


Abis je kursus, gerak balik Batu Gajah untuk kemas-kemas barang untuk balik Beruas. Sebab saje takmo balik KL dari Batu Gajah... Kami nak lalu jalan tak kena tol... Lalu kot Kg Koh, Kuala Selangor etc.

Sampai je Beruas, Mr CC dah ada kat umah tunggu aku. Yela, balik ni mane der jumpa dia pun. So barula nak sembang-sembang. Lagipun dia nak amik sijil kursus aku and gambar passport.. Untuk interview Kagat.

And I was surprised that he brought a cake with him!!

"Happy 2nd Anniversary"

*lilin tu hiasan je.. nak bagi cantik bila amik gambar. :P

Kami ingat tarikh berjumpa je. Tarikh rasmi ber'couple' tak ingat pun. HAHA
Kalau nak ikutkan tarikh beliau propose aku jadi gf and tunang, aku takmo ada ape-ape hubungan ngan sesape pun. Aku memang bermasalah.
Cincin dia bagi masa dia propose nak serius ngan aku dulu, aku suh mak simpan.
Tak pakai pun. And then he kept on trying... sampai lastnye aku terima gak dia...
Tarikh memang tak ingat. So, ingat tarikh pertemuan sudey. :P


Walaupun dah lambat beberapa hari, tapi takpelah.
Thank you so much, bucuk...



Sekian,

alhamdulIllah...
Tuesday, February 16, 2010
bismIllah...



Hari ini 16hb Februari 2010.

2 tahun lepas, kami bertemu buat pertama kali.

Kolej Mawar, Uitm Shah Alam.

The Mines.

Kg Baru.



We started as friends... and now, we're engaged. And we're going to get married this year. How time flies... And I, I never thought we would ever going to be the way we are now... You know how I always say I don't love you... I don't want to get your hopes high and everything...

And here we are.

Hey! It's our anniversary and we can't even see each other!

Bummer.

Oh well...

Take care wherever you are, dear...

I miss you. :'(






alhamdulIllah...
Monday, February 15, 2010
bismIllah...


Filem ni mengisahkan tentang budak bernama Percy Jackson yang dituduh mencuri kilat milik Zeus. Citer berdasarkan mitos dewa-dewi Yunani... Sape yang mengikuti cerita Hercules, Xena the warrior princess tau la bab dewa-dewi Greek nih...

Si Percy Jackson ni anak Hermes (dewa) dan manusia. Dia separuh dewa, separuh manusia. So dipanggil demi-god. Actually, bukan dia yang curi kilat. Tapi orang lain... Orang lain ni saje je nak bagi dewa-dewa ni bergaduh. Cos Zeus memang ugut untuk melancarkan perang kalau dia tak dapat kilat dia balik.

Dalam masa yang sama, ade dewa lain yang nak kilat tu untuk dapat kuasa. Siap culik mak si Percy Jackson untuk dapatkan lightning tu... So.. cerita ni mostly tentang pengembaraan Percy Jackson, Grover dan Annabeth untuk menyelamatkan Mak si Percy yang diculik disebabkan kilat yang hilang ni....

Citer okay la... aku suka gak. Yang paling penting, the villain in this movie buat aku cair!!! Nope, I'm not talking about Hades or all the disgusting creatures... BUT I'm talking about LUKE!!! OMG. He's gorgeous. And his voice... jantan betul.... Tak macam suara Percy Jackson.. Tu suara jambu ala Zac Efron. huhu...

Nama sebenar orang yang jadi Luke tu Jake Abel. Baru pas google. Oh... I love him!! ♥__♥


This is Jake Abel who plays 'Luke' in PJTLT.
Wait till you hear his voice...



Another young star who caught my eyes would be Alexandra Daddario who plays 'Annabeth' in this movie. She has big, beautiful eyes!! And a lovely face. I can't take my eyes off her.

Big, beautiful eyes!!
Masa first tengok, ingatkan Selena Gomez..
tapi badan dia tak petite cam Ms Gomez.
Aku suka♥!!

And last but not least, of course...

the hero himself.... Mr Logan Lerman a.k.a Percy Jackson.

Cute.

Go watch this movie when you're free.
The special effects are great.
Plus, it's funny too... :]

p/s: Happy Birthday, Bed anak Pak Lem!! Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki....



alhamdulIllah...
Sunday, February 14, 2010
bismIllah...


1. Hari ni tak kerja. Happy Chinese New Year!!!
Yeah!!! Aku bajet nak tido sampai kul 12. Tapi terjaga dalam kul 9... Memang since dah kerja ni susah nak tido lama-lama... time study dulu tido macam takkan bangun-bangun dah! Muehehehe...

2. Esok Nini datang!! Yeay!! ade geng nak merambu... ala, merambu tak merambu gak la cos kerja... balik malam. kalau kuar pun malam je la kot...

3. Working life is hectic like usual. One of my colleague, Nurul yang kahwin last November had a miscarriage... sian dia... I'm so sorry for her. Masa hantar dia ke Hospital Ampang aritu pun aku cam dah agak benda ni... cos dia bleeding... hmmm... so, dia MC, kitorang kena cover kerja di ofis .. takpe, aku harap dia tak down sangat. Dia muda lagi. Baru 22 tahun. Leh cuba lagi...

4. Esok aku kerja. Public holiday pun kerja... so OT triple. hoyeahhh..

5. Kitorang dapat boss kecik yang baru di ofis. Cara kerja lain ngan Kak Rehan (Kak Rehan tukar ke KLIA pas dia deliver baby)... Selepas ni, kalau ada buat salah, kena masuk bilik dia and then kena isi borang. Isi borang ape aku tak tau la... tapi... aiyaaa... cuak siot. Ni yang tak best ni... hahahah...

6. Petang karang nak tengok movie Percy Jackson's Lightning Thief. Hopefully best! aku nak tengok cos director dia Chris Columbus. Yang direct filem Harry Potter yang pertama dan kedua. Dan hanya 2 filem HP tu yang aku suke gile cos ikut buku sejibik. Yang len sume aku tak berapa berkenan...

Err... tapi aku tak nah lagi baca buku Lightning Thief ni.... -___-


7. Khamis ni lepas kerja aku nak balik Perak. Jumaat aku dah apply cuti. Sabtu and Ahad tu ada kursus kahwin kat Ipoh. Tak sure lagi whether nak travel malam or the next morning... tengokla Nini larat ke tak nak drive. Aku rembat kereta company satu... xtau lagi nak amik Vios ke Tucson... hmmm.... Amik Santa Fe kang... hehehe... (eh, tapi bayar la ok..)

8. Arini 14 February! Aku nak wish Happy Birthday buat Norashikin Wahid dan Abdul Rashid Ibrahim! Diorang kongsi birthdate! Comel je masa sekolah dulu ada 2 orang kongsi date of birth. Dahla jatuh pada tarikh Valentine's Day. haha... (yer.. tak baik sambut Valentine's Day.. semua orang pun mesti dah tau kan. banyakkkkkk entry tentang benda ni. :P )

9. I miss my fiance... sekarang since dia dok kapal makin busy.. nyampah aku. Caya tak kalau aku kata, since bertunang, kitorang jumpa tak sampai 5 kali???
And bole lak dia kata aku makin tembam/debab/gemok bila tengok mms aku hantar. Hampas.

Wehhh...

Macam gambar bawah ni tembam ke?


Orang tua ni nak kena ni....



alhamdulIllah...
Saturday, February 13, 2010
bismIllah...


Semalam tengok Wolfman kat pavi... sebab Sabtu (arini) aku masuk kerja kul 1 petang. So leh la berfoya-foya tengok movie lewat malam... :P

Aku nak tengok filem tu sebab nak tengok Anthony Hopkins! OMG.. I just love that man!! Aku suka dia dalam Meet Joe Black, aku suka dia dalam Legends of The Falls etc... and dulu aku ingat suara dia yang jadi narrator dalam kaset Pocahontas read-along yang Mamito beli masa kecik2 dulu, tapi bukan rupanya (baru pas google)

Aku masih ingat la, aku nangis gile-gile mase tengok Legends of the Fall dengan Baydah di rumah Cikgu Pah dulu... huhu... (kebetulan lak movie yang aku suke Mr Hopkins berlakon ni ada Mr Pitt sekali di dalamnye =P)


Hensem kan orang tua ni... :P



However, citer Wolfman ni menunjukkan dia berkarektor jahat. Huhu... Tapi, ape-ape hal pun dia memang actor yang marvellous lah! I heart Anthony Hopkins. :')

And oh, Emily Blunt is so beautiful... Suke tol aku tengok dia... Cun seyhhh...

Jalan citer dia ok jela... agak predictable la... (nama movie pun Wolfman kan)

Tapi citer ni memang ganas ah.. Aku terkejut-terkejut dibuatnya... And the werewolf was just so brutal. I cringed whenever IT teared a human apart. Terburai isi perut sume.. Urghhhh... *cringe*

Memang ganas ar citer ni...

Mmm... hero filem ni aku tak berkenan. Nama pun aku tak ingat. Pedulikan. Tak hensem.

K...

Sekian, review dariku.

Tak sabar nak tengok Valentine's Day plak. Ade banyak giler pelakon-pelakon popular!! Yang penting sekali, Taylor Lautner wehhhhh!!! *drools*


Notakaki:
Nampak
Dr Faiz tengok wayang kat Pavi gak malam tadi... cun awek dia.. lalala



alhamdulIllah...
Wednesday, February 10, 2010
bismIllah...


I remember my boss asking us, "Don't you want to be like me? Do you just do your work without any goal?"

Well... I do want to be more than I am now.

I realized that I could have something here. I could go further. This place is a gold mine. It offers great opportunities to those who work hard. Plus, it doesn't to take yearsss to get promoted (as long as you work hard, of course!).

I do like working here. Though the environment is so hectic like nobody's business, but it's good. It's always good to be busy with work... you'll get rewarded at the end of the month. :)

So...

I've been thinking a lot about still working here in KL after getting married. I think it would be such a waste to quit working here. I have come to learn many things. And I have learn to accept and love my predicament (whenever I encounter one) here. I must say, I have a love-hate relationship with my work.

Most importantly, I no longer felt very shy talking to foreigners. Which means, speaking in English.

That's a great improvement, no?

It's not that my English is very bad. It's moderate. But I usually get intimidated by people who speaks English fluently. I don't know why! :P

Hmm...

What about my marriage then?

Can I manage a long-distance marriage? It's almost unheard of! But then, my fiance's work sometimes involves a lot of sailing...
Knowing myself, I'll be bored to death if I don't work. Or even if I got a job in Manjung, it wouldn't be as flexible, as hectic nor as rewarding as the one I have now (I think).

I wish he can work here in KL. Mindef is just nearby.... but you couldn't do things your way!

Oh my...

Dilemma... dilemma...



alhamdulIllah...
bismIllah...


Penatnyer bekerja kebelakangan ni. Aku dah kerja setiap hari since minggu lepas... Penatnyer Tuhan jer tau. Dahlah Ahad lepas patutnya aku kerja till 1.3Opm jer, tapi sebab banyak kerja, aku balik rumah pada pukul 8 malam. Gile!

And hari ni aku rasa macam nak meletup.

Kena sound ngan boss tu satu hal... System yang bangang pun satu hal jugak. And then ditambah dengan kerja yang tak sepatutnya aku kena handle. Arghhhhhhh.... Seriously kepala aku sakit!

Hari ni aku takde rehat langsung pun!

Sepatutnya semua orang ada masa 1 jam break... tapi arini aku break sepuluh minit untuk membaham Subway yang ditapau oleh Shakila. Tu jer. Masuk 8 pagi, punch card 8 setengah malam.

Letih. And stress... Aku tak kisah sangat kalau busy dengan kerja, tapi aku agak stress kalau workload aku macam banyak gile je... And then, kena buat petty task yang aku rasa tak sepatutnya kena tunggu aku untuk selesaikan. Aiyoo... come on laaaaaa.... learn!!!

Anyway... wanna share what my boss said to all of us this morning;

Do it.

Learn it.

Admit it.

DON'T repeat it.



You want 1.3 mil for this short month eh?

Let's try our best then!!



alhamdulIllah...
Saturday, February 6, 2010
bismIllah...


Malam semalam aku, Nadiah dan Domi pergi makan kat Williams, Kelana Jaya. Bawak Domi cos dia yang tau jalan... aku ni kalau pernah pergi pun takdenya aku ingat jalan. Punyerla semangat kitorang nak makan sedap-sedap... Dari KL sampai ke Kelana Jaya kitorang pergi... Sampai-sampai jer, penuh giler orang.. Kena tunggu jap sementara nak dapatkan meja...

Aku dah pernah rasa mi goreng dan nasi goreng ketam kat situ (nasi goreng ketam dia boleh makan 3 orang), so last night I ordered spaghetti bolognese. Beserta beef meatballs yang gedabak-gedabak. Domi order chicken cordon bleu dan Nadiah order chicken chop.

Chicken chop Nadiah sampai dulu....


Pastu barula makanan aku dan Domi...

Gambar tak cantik.
Biasela, amik gambo ngan henpon murah je...


Bapak besar pinggan spaghetti aku bila sampai! haha... but believe it or not, aku makan sampai habis! Memang kedarah tak hengat dunia dah tu. Aku saje tak minum air sangat... kang makan tak abis... (macam masa makan nasi goreng ketam dulu... syg makan x abis)


Licin aku bedal. Tinggal 2 bijik meatballs tak larat nak abiskan.
Spaghetti ni adela kena curik ngan Nadiah and Domi sikit...
tapi, memang abis la aku makan.
Diorang makan yang tak abis.
Kesimpulannya, tak rugi bawak aku pergi makan-makan.
Aku selalunya akan makan sampai habis. Tak bazir.
Tapi pastikan aku kelaparan gila-gila laaa...
(kebetulan semalam aku brunch je)

*sebab tula aku debab. cos aku SAYANG sangat nak buang makanan.
T___T


Before pergi, sempat sms si Yonna tanya ape menu suggestion. Haha... beria kan. Yonna suggest naan cheese. Tapi tak order naan cheese pun. Takpela, maybe next time. Cos semalam tetiba rasa macam ngidam spaghetti. hehe...

Aku rase aku tetap tak ingat jalan nak pergi if aku nak pergi lagi. Yang aku ingat, dekat ngan Kolej Lincoln. Kolej yang macam shopping complex. huahua... Tapi kitorang siap google la tentang Williams ni. Most results adalah review makanan dari para bloggers! :P

Okay, tamat citer Williams.


Semalam jugak, Mr CC ada mms kat aku gambar-gambar berkaitan aktiviti dia semalam...

Which was, masukkan perabot ke rumah kami dia dan repair bumbung yang bocor di master bedroom umah dia... Perabot disponsor kerajaan Malaysia, harap maklum. HAHA. Guna nama Roi (yang kahwin tahun lepas) cos Mr CC tak kahwin lagi tapi sibuk nak masuk perabot kat umah gak. Tapi perabot yang basic la... basic sesangat.

Jadila... nanti dah kahwin, barula kumpul sikit-sikit... At least now, kala saudara-mara nak tumpang tido, ok la... ade katil sumer...


Repair bumbung



Dining hall...
Kelakar je kerusi meja makan tu.. macam amik dari bilik seminar je. hahah



Master bedroom nyer vanity table.
Jadilaaaaa...


Ni je katil untuk master bedroom?
Hmphh.
>__<




Bilik no. 1 di tingkat atas



Bilik no.2 di tingkat atas.

Bilik kat ground floor takde letak ape-ape so gambar pun takde.

Bila dapat mms macam ni, rase tak sabar plak nak kahwin!!

DUSH!
(kena pelangkung ngan mak)

^____^


Alhamdulillah... semuanya dah hampir lengkap. Yang takde cuma double bed (army takde stok double bed. kang lain jadinya kang... wakaka), mesin basuh, peti ais dan juga dapur. Tu jela yang kena beli. Oh, and sofa jugak. Cos abis stok. Lagipun, just bagi kerusi rotan.. so nanti ade duit beli laa...

Aku tak kisah langsung semua benda ni hanya sponsor. Pedulik ah. Yang penting ada. Syukur... jimat duit. At least for now. Kan baru nak memulakan hidup baru... nak kahwin ni banyak guna duit wehhhhhh... dahle kami ni orang biase-biase je... bukan orang berada....

Syukur Mr CC beli rumah ni masa tahun 2008. Harga tak sampai RM180K pun lagi... Sekarang, kalau beli umah double storey camni di Lumut, dah exceed RM230K...(if I'm not mistaken la)

Bestnye kalau banyak duit... for sure aku akan invest dalam real estate. Nini tu leh jadi valuer aku... dia kan amik Property Management...

Sebut tentang Nini, adik aku tu tak dapat kerja lagi. Ada ijazah.. grad dah nak setahun... tapi belum ada rezeki. Sesape yang rase nak amik orang keje tu, holler-holler lah ek. Sian lak aku tengok Nini tu...

Hmmm...
Klah... nak tulis ape lagi... nak citer tentang shopping2? ermm.. mane der shopping... busy and save duit. Tunangku tengah kesengkekan sekarang. Sebelum ni ada orang menyewa rumah tu (navy gak), so takdela rase pokai sangat cos dapat duit sewa. But they have moved out last January, so... now dah pokai laaaa... Bila dia pokai, aku pun agak pokai gak la.. huhuhu

Well, that's all untuk catatan malam ni. Kena catat untuk kenangan masa hadapan. Perasaan ini... Keterujaan ini.... :]

K, nak tido. Esok kerja. Kena ganti Aqram cos nanti time aku balik kursus kahwin, aku nak dia ganti aku. Haihh... nak wat camne... kerja kat Operation department. Setiap hari ofis bukak. -__-"


Salam sayang,


alhamdulIllah...
Tuesday, February 2, 2010
bismIllah...


Hanya Allah yang tahu betapa aku cuba tidak memikirkan perkara-perkara yang bisa menambahkan lagi kekusutan fikiran.

Betapa aku cuba...

Tapi... biasalah, benda yang kita elak tu yang selalunya kita dok hadapi jugak. Kan?

Aku suka mencatat pengalaman hidup dan perasaan aku dalam blog. Sebab blog ni macam diari aku.... and then, bila aku mendapati penulisan-penulisan lama aku dicungkil oleh strangers, aku rase semacam.

Tapi, memang aku takkan delete posts aku yang lame-lame. Di blog lama aku tu. Eventhough time tu aku bercinta dengan orang lain.

Itu dulu...

Aku memang jenis suka mencatat...

Tapi cam tak sangka lak kalau ada benda-benda yang aku tulis dulu boleh menyinggung perasaan orang yang aku tak kenal.


Here's what we do;

If you don't like what you read, then stop reading.

If you don't like me personally, stop stalking me.

Simple as that.

***


Dear gentle readers,

I'm not perfect. My life is full of dramas, ups and downs.
I'm still learning to be a better me.
I love to jot down events, frustration as well as happy moments in this blog.

What is it that you like about this blog to still come here now and then is beyond me.

I know I have a lot of silent readers.

Thank you for dropping by!



Warm regards,

alhamdulIllah...
Monday, February 1, 2010
bismIllah...


Hari ni cuti, yeay!! Excited je... Selama ni tak pernah peduli pun ngan 1 Februari sebagai Hari Wilayah. hehehe... Akhirnya leh bangun lambat setelah satu public holiday kena kerja... semalam hari Ahad pun keje... uihhh... letih! Dahlah hari Sabtu time Thaipusam tu ofis blackout. Macam hampeh.

Semalam dah melepak ngan kengkawan main bowling, arini tak tau lak nak buat ape. Tetiba je semalam Amir ajak melepak... Ajak Rauf and Domi tapi Domi jer on. Rauf tak balas mesej. Mmm... layan jela cos arini pun cuti...

Memang dah lame giler tak men bowling...


Glow in dark...


Best gak la semalam. Baru la dapat berkenalan ngan awek Amir.
Sebelum ni kenal kat Facebook je. huhuh...


Abaikan ekspresi muka mamat sebelah aku tu.
-____-"

Anywayyy...

Semalam Mamito call gitau beliau dah book kursus kahwin untuk aku dan Nini di Ipoh, Perak pada 20 dan 21hb Februari ni. Amacam, jauh tak aku pergi kursus kahwin??? Muahahaha....

Antara sebab utama aku tak berkursus di KL adalah kerana aku takde kawan. Tu je. Hampeh tak hampeh? Nak harap roommate aku pun takleh cos dia busy ngan kelas time weekend. Dahla tunangku nak sijil kursus kahwin aku cepat-cepat cos dia nak benda alah tu untuk interview Kagat ke ape tah. Tak tau aku tentera ni... ade intebiu-intebiu plak kalau nak kahwin...

Takpela... lagipun, leh gak balik tengok-tengok Mak and usya ape preparation yang tak siap lagi... Aku akan balik Perak starting on 19th and aku ingat nak sewa kereta company terus. Dah plan baik punyer... siap suruh Nini datang KL few days before that date so that we can drive to Perak together. Takde pasal la aku nak drive sorang-sorang... Mesti bosan gile. Ade kawan best sikit. Heheh...

Ok. Done. [Tandakan / di kotak "Kursus Kahwin"]


Salam sayang,


alhamdulIllah...