Saturday, October 29, 2011
bismIllah...


Hari ni Family Day tempat kerja hubby. Company aku dah wat Family Day dah last June kat Sunway Lagoon. Hari ni Family Day kapal hubby kat Swiss Garden Damai Laut Resort.

Aku sangat-sangatlah malas nak pergi cos aku kerja!

Ganesh cuti Deepavali, tinggal aku dan Wan (new part timer) jer. Since Wan pun baru je kerja tak sampai seminggu, of course la cannot rely on him for arrangements and paperwork. Dah le tu, pagi tadi pukul 8 pagi ada delivery kat Kenchana HL di Kg Acheh. Pukul 8.30 kami kena ada kat Swiss Garden! Tension gila aku pepagi buta nak rush. Mandikan Razin lagi... dahle semalam pun balik kerja lambat cos ada customer janji nak datang kul 6pm tapi 6.40 pm baru tiba! Pastu malam tadi Razin asyik meragam je... kul 2 jaga, kul 4 jaga... Grrr... Aku tak cukup tido. T___T

Nak mintak cuti dari kerja, dah kena reject cos takde orang nak cover... takkan tak pergi lak Family Day belah hubby cos masa aku nyer dia ikut? Huhu..

Anyway...

Kami sampai sana dekat-dekat pukul 9 pagi.

Ada telematch...Banyak gak la acara2nya tapi satu pun aku tak join. Hubby pun same. Hape daaaa... :P

Tapi ok la kan... cos anak kecik. Nak join hapenya... takkan nak tinggal anak sesorang... hubby tak join sebab maleh. :P

Aku melayan Razin jelah. Tapi dalam melayan-layan dia, JATUH jugak dia... adei... what a bad mom la aku ni. huhu :(

Tengok gambo jelah eh...


Time dah makan and minum susu... ngantok le ape lagi...



Handsome Razin! ^__^
Ni pas bangun dari tido... tido pun kejap je cos panas kot?
Tanggal baju jap cos nak tayang cd (kehkehkeh) and sebab panas...
Salin baju lain cos baju baseball tu dah comot masa bagi makan...


Telematch.
Beregu. Bawak telur menggunakan dahi.
Lawak gile yang ni... memula guna mulut ke hidung tah...
Ngek betul... :P


Mumia toilet roll.
hehehe...



Hubby tak join telematch.
Tukang sorak je cos main ngan Razin


Aku dah lama tak amik gambar dengan Razin.
Abaikan lemak-lemak di lengan itu ya...
eh btw, ni baju masa before beranak tau.
Muat... sebelum ni tak muat! :P
Tapi agak sendat ler...



Aku plan nak tempek gambar ni kat blog Razin.
But heck, dah alang-alang update blog ni, sekali harung jelah.

Yeah... Razin dah tumbuh gigi.
Ade 2 batang yang bawah... tak berapa nampak sangat
Tapi kalau dia gigit leh rasa ar ada gigi. huhu...

Nasib baik time breastfeeding dia takde nak gigit-gigit.
huahuahua

Kitorang habis program dalam kul 1 camtu. Time tu makan... Gerak balik Lumut dalam 1.30 petang...

Pukul 3 lebih aku ke ofis semula cos nak kena collect sebijik kereta kat Lumut Valley. Letih aku! Dahle dengan ngantuk, penat... haihhhh....

Till then... Salam.

p/s: Arghhh fedap! Esok macam kena pergi ofis je... Banyak gile kerja tak settle lagi ni... Gas control shit tak siap lagi. Nyampahhhh! Off day pun macam bukan off day :(



alhamdulIllah...
Monday, October 24, 2011
bismIllah...


Oh yeah.

Busy sikit sekarang ni.

I am now taking orders for Bamboolite products, Maxi Cosi, Quinny and Peg-Perego. Sesapa yang nak order bayar 50% deposit. Selebihnya bayar bila barang-barang itu tiba padaku.

Order untuk Bamboolite, Maxi Cosi, Quinny ni nak submit masa dapat gaji nanti. =p


Untuk next month plak, aku bukak pre-order Tommee Tippee, Baby Bjorn dan juga Agoo leghuggers. Order ni akan ditutup time gaji bulan November nanti. So marilah cuci-cuci mata di Mama Panda Store di FB. Pre-order album untuk Tommee Tippee tak abis upload lagi tu...

Website/blog MamaPanda.com pun masih dalam construction. Takde masa siot nak upload sebijik-sebijik benda... nak adjust theme lagi, plugins lagi. Hisyyy tak reti aku. huhu... Takpela... slow-slow...

So sebab tu la update blog pun cam kureng je...

I'm busy with my bizz (ecececehhhh macam la bizz juta2).

Okla... sambung lagi nanti.

Tata.





alhamdulIllah...
Friday, October 21, 2011
bismIllah...








alhamdulIllah...
Thursday, October 20, 2011
bismIllah...


Wah... tajuk entry macam ngan hati gembira je.

Gembira ke?

NOT!!

But at least aku rasa lega sikit sekarang ni.

Semalam, dah berjaya lepaskan apa yang terbuku di hati.

And I'm so touched to receive several messages from those who care.

"You go girl!"

"Classss ko Ana... Chayok2"

"I'm soooooo proud of you!" <--- Sabah mali.


Sedih dan terharu cos ada juga yang still peduli kat aku yang tercampak di Lumut ni. huhuhuhu T___T

And I felt a little better.

Orang kat Sabah siap transfer duit masuk akaun MBB aku. Katanya, "Itu duit makan malam ni. Your dinner is on me tonight! I'm so proud of you... You have no idea how long I wait for this".

Huahuahua...

Oh terharunya...

Walaupun dalam kepala aku agak risau jugak aku ni kena 'mark' or blacklisted, tapi... bila fikir-fikir balik, I'm fighting for my right. I'm not a slave. Rasa ditindas je... mane leh kan? So whatever la...

Ape-ape pun hatiku agak senang sikit bila tau aku ni masih dipedulikan mereka.

They still have my back.

I love you guys.

:')


alhamdulIllah...
Tuesday, October 18, 2011
bismIllah...


Bangun awal hari ni. Pukul 5 pagi... sebab Razin dah jaga and takmo tido. Melayan dia jelah. Then hubby pun nak siap-siap pergi sailing.

Ya, again... he went sailing today. Sebulan sekali mesti sailing. Walaupun tak lama (seminggu), tapi bagi aku tetap tak best. Huhu... tapi nak wat camne, nama lagi 'mak cik' navy. Sedia berkorban.

I was in a really bad mood yesterday.

Semuanya berkaitan dengan kerja. Rasa tertekan, sakit hati and rasa menyampah yang meluap-luap pada kerja. Dengan customer juga. Bengang oke. Aku maleh nak tulis kat sini cos kang ada yang busybody... tapi yang pasti, memang aku stress tahap gaban semalam. Aku tak pernah rasa camtu kot selama aku kerja ngan Hertz ni. Semalam was a first.

Aku call Nurul kat KL. Masa aku call dia, aku kat JPJ. Dah tak tau nak buat ape dah time tu. Kepala aku serabut. Call Nurul ingat nak mintak tolong dia check and track customer celaka tu, but end up, aku menangis terisak-isak kat dia (perghhh tak pernah guna ayat 'terisak-isak ' kat blog ni selama ni!).

Dia cam terkejut la apsal aku tetiba breakdown cam nak gila kan... huhu. Malu gak tapi aku dah bengang tahap dewa. I just got to let it out. Habisla semua orang yang berkenaan aku carut-carutkan kat Nurul. Budak tu dengar jelaa... Settle. Dah lega rasa hati, baru aku drive nak balik ofis.

But on the way ke ofis, Ganesh told me customer ada kat Teluk Rubiah. So ke Teluk Rubiah la aku. At the same time aku call lagi customer celaka tu tapi haram dia tak angkat... Bila dia akhirnya angkat, dia kata dia kat Ipoh. Cam haram kan... aku bengang gak le ngan budak yang cakap customer tu ada kat Teluk Rubiah. Penat je aku berkejar ke situ tapi habuk pun takde.

Arghh bengang dan bengang! Ke Puspakom ingat nak jumpa pegawai kat situ tapi pegawainye takde pergi kursus. Another wasted journey. Bazir masa. Tenaga. Which was why aku sangat-sangat down semalam.

Aku tak jadi pergi Penang untuk amik kereta. Tak hingin dah aku. Dah petang, balik mesti malam buta. Muka aku ni nak drive sesorang? Memang takkan la. Dahla laki aku nak sailing esoknya (hari ni), takkan aku nak susahkan dia teman aku. But heck anyway, aku dah memang meluat dan fedup. Pergi mampus la nak jadi ape. Kul 6 lebih aku punch card and balik umah.

Customer hampeh tu nak datang ofis kul 8.30 malam. Ahh tak koser dah aku nak layan. Lantak la nak jadi ape... Bukan takleh tunggu esok. Lagipun DAH TERLAMBAT.

So malam tadi... aku ngadu kat hubby lak.

"Abang... abang leh tanggung tak kalau Ana tak kerja?"

"Hmm... sabar la..."

"Orang dah menyampah laa!" kataku sambil air mata berjurai. Tah la... dalam kepala otak aku dah tak nampak ape yang bagusnya kerja lagi. Aku dah betul-betul menyampah. Menyampah sesangat. Tak tau nak cakap camne.

Hubby diam.

Aku pun diam melayan perasaan. Aku teringat kata-kata Nurul petang tadi, "Sabar la Ana... kita kerja untuk keluarga, anak-anak... ringankan beban suami... Aku tau ko stress kat sana. Kitorang pun sama jugak. Cuma maybe ko kat sana sorang-sorang takde kawan... Kitorang kat sini sebab ramai... So ape-ape kitorang ada la kawan nak lepas geram ke, tolong ke... Ko sabar jelah..."

Yer.. aku tengah sabar la ni. Tapi kekadang tu... especially semalam... arghh... actually bukan sebab kerja sangat yang aku fedup. Tapi cara orang yang aku refer tu handle persoalan aku tu yang buat aku menyampah sesangat.

Kita ni dah la susah hati tak dapat settlekan something kat JPJ, so call la dia nak tanya. Alih-alih kena bebel lak. "kenapa baru hari ni nak buat? kenapa... kenapa... kenapa..." Please eh. Kalau tak dapat nak tolong selesaikan masalah, boleh tak jangan nak tambah rasa senak di dada aku ni?? Dah tau kita ada masalah, lagi nak tambah sesak kepala aku. Tu yang aku fedup gilababi tu. Itu punca aku rasa menyampah sangat-sangat tu.

Kenapa kenapa... dah tau kat sini ada 2 orang je, lagi nak tanya. Semua benda kena buat! aku rasa macam hamba abdi dah! Yang si Ganesh tu lagi la teruk tapi dia still boleh lagi cos dia bujang and muda. Lelaki lak tu. Aku??? I have a family ok. Gila ke nak keje and OT almost everyday? Dan oleh kerana hal OT yang dulu2 tu sampai sekarang aku terasa hati, memang aku tak hingin nak OT kalau bukan sebab penting. So korang akan dengar keluh-kesah aku jela.

Sangat berbeza ok. Orang yang tolong kita cari penyelesaian, dengan orang yang nak membebel dengan masalah yang kita hadapi.

Eiii... tah la... aku seriously rasa macam tak lama je aku kerja kat sini.

Bukan hal di JPJ semalam jer buat aku dah meluat.

Benda-benda lain pun sama.

Aku cari new staff pun salah? Aku dah tolong carikan tu kira dah bagus sangat la tu. Ni nak persoalkan mana dapat orang-orang ni sume. Huh?? Of cos la sebab aku gitau orang yang aku nak cari staff. Bagitau orang Marina, bagitau kawan-kawan di Manjung, bagitau orang workshop... Ape lagi?? hadoi laaaaa...

Sakit kepala. Sakit hati. Sakit jiwa.

Hubby kata, camni la kerja swasta.

Yea yeah... selama aku kerja kat KL, tak pernah langsung encounter masalah camni. Aku kerja kat sana setahun lebih. Kat sini dah nak masuk setahun gak ni... tapi dari blog entries aku ni, cam banyak gila je keluhan bila dah pindah ke Lumut ni.

Kalau aku gitau Abang Ama ni, mesti dia suruh aku bersabar jelah. Yela, dia yang rekemenkan aku kerja kat sini lepas aku quit degree dulu. Masa kat KL memang aku enjoy gak ngan keje. Stress tu of cos la.. kerja ape yang tak stress kan... tapi entah. Kat sana still bearable. Kat sini?? Aaaaaa... aku tak tau nak cakap apa lagi.

Buat masa ni aku tunggu jela. Tengok sampai bila aku leh bertahan.

Kalau tak, I guess they better find 2 more staff then. I honestly just don't care anymore. Buat ape nak peduli kalau orang tak pedulikan kebajikan kita kan?? Jaga hati kita pun tak... So aku tak rasa ape-ape attachment langsung dengan branch Lumut ni. Very very very different from when I'm in KL.

Ok. Tu cerita semalam. Moga hari ni lebih baik. Aku mengharap dengan sangat!

Kthanksbai. Nak siap-siap pergi ofis lak.

Salam.


alhamdulIllah...
Sunday, October 16, 2011
bismIllah...



YEr... ape lagi yang luar biase? aku dan keserabutan hampir sinonim kini. Arghhhh sakit kepala... Rasa macam padat gile kepala otak tapi tak tau nak lepas kat sape. So diam, doa dan mengadu padaNya jelah.

Who says berbiznes ni senang? Oh tidak... Banyak cabaran dan dugaannye. Tapi takpe. I learn a lot!!

Masa takde sales, sakit kepala pikir camne nak jual barang... bila dah ada sales (ala sikit je), sakit kepala nak kejar masa untuk pos and hantar barang kat customer. Huhuhu... Kos pos ni pun satu hal.. berubah-ubah ikut barang yang dipos. Pening aku nak meng'estimate' rate postage. huhu...

Moga aku dapat uruskan masa aku dengan teratur. Setakat ni masih bertahan.

Hal kerja pun lagi satu hal. Sakit kepala aku memikir... Banyak sangat benda nak kena handle! Kumpul kereta untuk leasing, tukar kereta yang due inspection, tukar kereta yang due service, amik kereta kat workshop bla bla bla...

Pastu asyik kena kuar ofis pun satu hal... fedup ok. Aku benci bila asyik kena kuar sebab pastu emel tak bace, call tak jawab, paperwork tak siap... arghhhh bodo ar. Penat! Aku benci sungguh la kalau kena drive ke Ipoh. Siyes aku cakap... Jauh! Paling benci traffic lights punyerrla berlambak!! Aaaaa... Ade sesapa tau sesiapa di Manjung yang mencari kerja? Nak cari lagi sorang Rental Assistant. Aku dah fedup! Kerja aku dok ofis je, bukan kuar-kuar ni. Letih!

Dah dah...


Iklan jap:

Mama Panda Store tengah bukak pre-order untuk Bamboolite products. Harga sangat-sangatlah berbaloi. Rendah dari retails! Kalau nak tau, emel saya di sakura_anna@hotmail.com or pm saya di FB (Nor Raihana Mohd Rashid). Nak tanya kat twitter pun boleh tapi emel la senang...

Harga retails untuk Bamboolite cd memang mahal... so grab a chance to own Bamboolite cds with a good price! Saya offer price ni sekali ni jer... hehehe



Ada lagi produk lain tapi takde masa nak upload... Senang citer, apa yang ada kat website Bamboolite tu boleh diorder.

I really recommend Bamboolite diapers especially their premium diaper sebab soaker dia dibuat dari bamboo (buluh). Sangat organik dan natural. Sesuai untuk baby yang kulit sensitif. Selain tu jugak, bamboo sangat bagus dari segi serapan. I use Bamboolite premium for night time diapering!





Ni gambo eksyen Razin memakai cd Bamboolite:

Razin in AI2 Premium print Neon Ladybird.
Dah sold out dah print ni...


Pocket cd Bamboolite design Fern Leaf.
Beli sebab nak corak ni! Cantekkkk!
Tapi pocket Bamboolite pun ok... love it!
(Print ni masih ada)



Perbandingan size dan trimness between Bamboolite AI2 diapers and Itti Bitti D'lish diaper Large size...
Saiz sama je lebih kurang.
Very trim!
^__^

Maybe sebab dua-dua takde butang di depan (macam One Size cd) so tak bulky la...
Bezanya Itti Bitti tu sized diapers. Bamboolite tetap One Size! Adjust size dekat getah di paha tu.. :)


Sekian, ape2 hal emel me...

Salam...


alhamdulIllah...
Friday, October 14, 2011
bismIllah..


I am so freaking tired.

Penat...

Tak larat...

Abang, nak berenti kerjaaaaaaaa... huhuhuhu T____T


Ni entry mood hampeh.

Kthanksbai




alhamdulIllah...
Wednesday, October 12, 2011
bismIllah...





alhamdulIllah
Sunday, October 9, 2011
bismIllah...


Citer 24 September yang lepas... tapi baru sekarang rasa macam nak catat.

That day was the first time aku bercd travelling jejauh... Kalau setakat bercd time balik Beruas or outing ke Tesco, Giant etc tu dah biase dah... bawak spare sehelai cd je kalau outing dekat-dekat. Tapi kali ni ke Serdang! Jauh tu... uhuhuhu...

Oleh kerana memang takde beli disposable diapers so tawakal jela... cuak sebenarnye tapi sampai bila nak takut-takut? Redah jela.. nama lagi ibu yang bercd. heheh..

Selain daripada pack susu untuk Razin (susu badan dah tak cukup), aku pun pack cd jugak.

Untuk travelling, adalah sangat convenient kalau bawak lampin jenis AI2 (All In Two).
Sistem ni mudah cos kita boleh guna balik waterproof cover tu.

From the pic above, aku pack Flip with 3 stay dry inserts, Econobum with 3 prefolds, Grovia with 3, 4 extra soakers. Ada jugak pack 3, 4 ketul pocket cd untuk backup.
Oh.. jangan dilupa juga wetbag untuk letak soiled cds. Aku ada satu je wetbag masa ni.. GroVia punyer wetbag, kecik je.. tapi muat gak la dalam 5,6 ketul cd pocket untuk disumbat.


Kami gerak ke Serdang dari Batu Gajah around 10 am (pergi umah Yong dulu cos nak naik Citra dia). Kebetulan before gerak Razin dan berak so lega gila ar aku. haha..

Kitorang pergi Serdang balik hari je... Singgah Tapah tukar lampin. Ok je...

Sampai Hospital Serdang pukul 2 so dah takleh melawat Abah, maka kami pergi umah Chu kat Kajang. Tukar lampin lagi... then pukul 4 baru ke hospital.

Actually, tak susah pun travel dengan cd ni. Cuma kena pastikan wetbag anda cukup besar! Aku nak kena beli wetbag berzip yang besar pasni cos that day, sampai umah je (malam) wetbag dah penuh. huhu... Tido kat Batu Gajah then the next day baru balik Beruas. Cukup-cukup je segala cd yang aku pack. Lega...

Dah balik Beruas, barulah aku bilas semua cd-cd yang kotor tu. Lagipun travel selama 1 hari 1 malam jer so takpela peram sume dalam wetbag. hihi.. kalau travel dok hotel lagi senang, leh terus bilas.. aku tak bilas masa tido kat Batu Gajah sebab penat. :P

So pasni aku dah confident ler nak manage cd Razin time travelling. Chayok Chayok!

Kat bawah ni nak share a lovely video... meh usya meh...




p/s: Aku dah pesan Rumparooz sebijik dari Kak Cam di Penang. Semalam dia pergi baby expo kat PISA and one plain Rumparooz cd was only RM45! Aku nak printed design tapi takde... so dapat plain color pun jadila asalkan Rumparooz! :D



alhamdulIllah...
Friday, October 7, 2011
bismIllah...


I can wear my contacts back!!

Abaikan muka sememeh aku tu...
Maleh nak mekap... lipstik je udah...



Since aku beranakkan Razin last March, aku takleh pakai contact lens. Kalau pakai jer, esok dan 2 hari pastu mata aku sakit and merah-merah. So memang aku tak pakai ler...

Tapi last 2 days, aku try pakai lens sebab spek aku dah macam hampeh. Senget benget (ape taknye, asyik le kena duduk) dan kalau pakai je mesti melurut jatuh dari hidung... hidung lak kembang, tak mancung. ahahaha... so aku pakai lens kelmarin...

Result? Ok je.. tak pedih, tak merah pun mata aku.

Apa lagi, arini aku pakai lens lagi...

Akhirnye... selepas almost 7 months melahirkan anak baru mata aku okey...

Last 2,3 months aku ade nak buat spek baru kat England Optical tapi optometrist tu kata kalau baru pas beranak memang amik masa untuk mata tu kembali mcm before beranak... sebab katanya power mata aku tak stabil...

Well...

Takpela, yang penting sekarang aku dah leh pakai lens.

Aku tak suke pakai cermin mata. Rimas... Dan bagi aku, kalau aku bercermin mata, mekap le camne pun tetap buruk. hahahaha.. sebab tu kalau aku pakai spek, lagilahhhh sememeh muka aku.. :P

Hihi... tu je nak citer. Lame tak tempek muka sendiri kat blog... huahuahua


***IKLAN:
Cute Baby Gap and Jumping Beans rompers for your lil ones!
From as low as RM25/piece... available in many sizes!

Check out Mama Panda Store in FB!

You're always welcome to email me at sakura_anna@hotmail.com

Thanks..


p/s: Pasni setiap hujung entry mesti ada iklan gamaknye... wakakaka... jangan mara... :P



alhamdulIllah...
Wednesday, October 5, 2011
bismIllah...


Hari ni aku cuti sekerat hari sebab nak pergi Kompleks Pentadbiran Manjung. Dulu bapak aku kerja kat situ le... huhu... tapi aku baru 2x jejak tmpat tu. Anyway, pergi sana pun cos nak daftar di kaunter SSM. Thanks to group FB 'I ♥ MANJUNG', baru ku tau setiap hari Rabu minggu pertama setiap bulan ada kaunter bukak kat situ. Takde la nak kena ke Ipoh untuk mendaftar.

Beria ke aku mendaftar bagai? Hmmm ntahla... I'm just doing what's right. Nama lagi nak berniaga, kena la buat betul-betul. Mudah-mudahan dipermudahkan lah perjalanannye... :)

Resit pendaftaran.
So jangan ragu-ragu membeli dari Mama Panda yer.. hihi...
Insya Allah next week dapat surat beserta nombor pendaftaran. :)



Lately, I'm so stressed with work. Dah mula terasa bebanan kerja yang tak mampu dipikul. Bayangkanlah kerja dengan hanya 2 manpower. Fleet kitorang besar ok. Bukan macam masa mula-mula branch dibukak. Walk-ins maybe takde sangat, tapi kitorang kena handle after sales yang banyak! Lease rentals from Maxis, Vale, Sime Darby Industrial (SDI)... pengsannnnn!

I pity Ganesh yang tak dapat balik Penang hari ni walaupun abang dia bertunang. Last minute decisian gak le abang dia punye engagement tu.. aku dah cakap awal-awal aku nak cuti hari Rabu cos nak pergi ke Manjung etc. Alih-alih dia pun nak cuti. Abis camne? Aku amik cuti separuh hari ler... Pukul 2 aku cau... Tapi Ganesh terus tak jadi balik Penang pagi tadi cos banyak sangat benda yang perlu disettlekan. Kesian dia... :(

Hari ni baru kami nak hantar paperwork yang dah bertimbun since 2 minggu terakhir bulan September. Submit OT sekali. Selalunya 1hb or 2hb dan submit docket berisi paperwork and OT tapi kali ni cam harammmm... arini 5hb baru nak submit.

Aku bukan nak jadi seorang yang ungrateful... asyik nak merungut hal kerja je (itu je yangaku asyik tulis kat blog kan?) tapi seriously I'm so freaking tired. Kepala dah sarat sangat... yang lagi bengang bila asyik kena hentam bila mislook some stuff yang patut disettlekan. I know I shoul be grateful at least aku ada kerja... tapi... haihhh... makin lama rasa macam tak setimpal je gaji ngan kerja aku...

Kalau dah nak isi perut pun kekadang aku terlupa, inikan pula hal kerja. Arghhh... stress stress... Seriously, I don't love my job anymore... sebab aku penat!

Semua benda kami kena buat. Aku kena buat kerja RA, RA (Ganesh) kena buat kerja RR (bila aku dah tak larat sesangat). Aku sian kat si Ganesh tu. Ke hulu ke hilir semua dia kena buat. We seriously need another staff tapi entahle kenapa superior takde pun suruh cari orang... Dah tau dah kitorang kritikal ni. Aku tunggu masa je disuruh cari orang untuk di'employ'. Tak larat dah asyik takde kat ofis je. Kalau orang lain tefon ofis tak berangkat, sume ingat kita mengular la ape la... menyampah aku.

Daerah Manjung sekarang pesat membangun. Jaya Jusco telah dalam pembinaan. Colombia Hospital (betul ke aku eja ni) dalam pembinaan dekat Sitiawan. Pantai Hospital pun bakal dibina tak lama lagi... Tak campur lagi ngan The Town sebelah Tesco (ntah bile nak siapnye) and projek-projek di Marina Island. Serius pesat sangat pembangunan di sini. Sampai monyet-monyet kat Taman Paya Bakau tu makin takde tempat tinggal. Sian diorang...

Kat Teluk Rubiah tu dah nak buat port ke ape tah... No more Teluk Rubiah Resort. Abis kena runtuh dah sume. Diambil alih kompeni Brazil. Mereka la yang banyak gile sewa kereta kami. Dah tak terhandle wehhh.. Memang la untung for our company, (of cos la beb... ka-ching!!) tapi letih le nak handle... Mane yang kejap-kejap due service nyer, due inspectionnya, roadtax mampos nyer, kereta takleh start, remote problem bla bla bla. In the same time, Maxis and SDI nyer rentals pun ada beberapa bijik nun di Ipoh tu. Nak tukar kereta kena la ke sana... Lumut ke Ipoh sejam setengah perjalanannya. Pergi balik dah 3 jam atas jalan sahaja. Tak kira lagi masa menunggu customer... Aku paling menyampahhhhh kalau kena ke Ipoh. Buang masa atas jalan! 1 jam setengah tu kalau jalan smooth. Kalau dibuat tetiba ada roadblock ke road construction ke, 2 jam jugak baru tiba. Cam hampeh. T___T

So imagine... kalau ada delivery to Ipoh pukul 5 petang, kul 3.30 dah kena gerak... Then sampai area Ipoh kena cari petrol pump dulu before handover kereta kat customer (minyak kena full). Pung pang pung pang dengan customer, maybe around 5.30 baru gerak balik Lumut. Sampai Lumut around 7pm camtu... dah nak Maghrib.

Ko dah penat-penat drive jejauh, ada hati ke nak buat paperwork yang bertimbun?? Plus, dulu ada la dapat emel orang mempersoalkan hal OT kami sampai aku terasa hati sangat-sangat dan malas nak stayback untuk OT. Buzz off! Pasni, paperwork lambat siap jangan nak bising. Serius sampai sekarang hati aku sakit bila ingat emel tu... "Kindly explain why there were OT almost everyday when your total transactions of bla bla bla were only bla bla bla". Seriously??? Padahal bulan tu ada Survivor program yang cam taik kat PD sampaikan sorang je staff kena gilir-gilir jaga ofis SORANG2 bila the other colleague pergi kursus selama beberapa hari. Dengan balik dari program kena sakit sampai MC la ape la... of cos banyak benda pending. Pernah kerja di tempat aku tapi tak tau kerja aku camne ke? Nak persoalkan tu ok.. no problem.. tapi perlu ke nak tulis semua rekod transaksi yang berlaku di cawangan kami? Tu bukan nak tanya elok2... tu nak cari salah orang namanye! Ok.. dah Ana... Udah le.. itu bulan 6 punyer citer (punyer la lama tapi hati aku masih terasa lagi. Ini la efek bila ko tak reti nak jaga hati orang!)
Eh ok la... spoil mood aku malam-malam ni... Sakit lak hati aku tetiba.

Sekian, terima kasih.


***Iklan:
Free Delivery if you purchase 4 pieces of Babyland cloth diapers from me! (1 cd+2 microfibers inserts at RM25 per piece). Email me at sakura_anna@hotmail.com or visit my Facebook!



alhamdulIllah...
Tuesday, October 4, 2011
bismIllah...


Dear lovely readers,


Ni nak share ape kebenda kah 'new project' yang ku tulis di entry-entry blog sebelum ni...

Well...

I just create a page in Facebook.

I'm selling baby stuff... Cloth diapers, baby rompers, Quinny strollers, Maxi Cosi carseats... and coming soon activity toys for babies and toddlers. Insya Allah.

Kalau nak pre-order Bamboolite cloth diaper dan juga stroller Maclaren Triumph, just contact me. :D

Yang barang harga ribu-ribu tu, installment accepted. ;p

Meh ler LIKE beramai-ramai. hehehehe...

Nama Page: Mama Panda Store


Thank you in advance!

Cayang korang sumer... hik hik



p/s: Website in progress... kena banyak belajar dulu. huhu


alhamdulIllah...
Saturday, October 1, 2011
bismIllah...


Yeah... sendat dan sarat kepala otakku memikiorkan banyak perkara. Work (keje sampai bile pun tak abis), marriage, baby, house, money, my new project.... hmmm... All these really exhaust me mentally (physically tu yang part 'Work' jela)...

Macam lama tak mencatat luahan hati yang setulus-tulusnya di sini.

Aku macam kena cari baby sitter baru starting August. Diyana macam dah dapat kerja bulan 11 ni... Kalau ikutkan hati, aku nak dia jaga anak aku sampai bila-bila. But then apa akan jadi untuk masa depan dia kan... dia ada STPM... aku dahle bagi gaji murah. ahahahaha... No, I cannot be so cruel and selfish la. Let her map her future...

In the mean time, I'm also kind of 'cuak' too... Where to find a babysitter eh? Yesterday, I stumbled on my schoolmate, Shikin at pasar malam near my house. Her house is just in Padang Tembak...very near to my house. Just on my way to my office in Marina Island. She was carrying her baby. I asked her who took care of her baby...then she told me her mom does. Hmmm I told her I was looking for a babysitter and she said she's going to ask her naighbour whether her neighbour wants to babysit Razin or not. Oklah... at least dah ada backup. hehehe

Selain dari itu, minda aku banyak memikirkan hal rumah. Yeppp kekadang tak cukup masa nak menyapu, mop dan mengemas rumah. Bilik pun dah macam tongkang pecah dengan baju yang bersangkut sana-sini (blame dear husband!). Cd-cd pun 2 hari sekali baru basuh... kalo tak, selalu jugak la aku selang sehari basuh... now aku cam busy sikit so 2 hari baru basuh. All in all, still acceptable la... aku harap sampai Razin dah ada adik-adik nanti aku still mampu dan larat nak basuh lampin. hehe...

Mamito ajak pergi kedai emas arini. Bagus gak... aku memang kena beli barang kemas. Kalau tak, duit bonus aku lebuh* gitu je. No... cannot.. cannot... tentang pelaburan emas yang dinar and gold bar tu aku tak berapa arif langsung. So sebab malas nak belajar (takde orang nak ajar pun), beli jewellery jelah. Nampak sikit ada beli something. heh.

Oh yer...

Semalam aku berjaya jugak meleburkan duit aku dengan membeli gadget. Gadget tak gadget gak le... aku beli sebab aku rasa benda itu perlu bila aku melancarkan 'my new project' nanti. heheh... So, semalam pergi Maxis kat Tesco dan telah membeli sebuah Blackberry. My first BB...baru sekarang mampu nak beli. Huahuahua

Sayang betul nak hulur seribu lebih untuk seketul gadget... Last time duit sampai seribu lebih beli handset adalah zaman aku student diploma di Penang. Around 6, 7 years ago.. Beli Nokia N70 sampai RM1400 rasenye... oh tapi yang tu boyfriend masa tu yang bayar ekekeke... tapi lantakla... beli je... Aku memang kena online selalu pun pasni. Sorry yer dear husband, takde bajet lagi nak beli henpon baru kat abang... abang pakai henpon lama ana ek... heheheheheh

Dah jadi mak orang ni memang aku ada rasa a bit ridiculous to spend money on that kind of stuff... I prefer to burn my money on my baby's clothes, toys, diapers, shoes... errr.... Takpela... I buy something for myself with my own money. Stop feeling guilty, Ana. huhu

Okeylah... dah pukul 7 lebih... Nak mandi and makan. Aku kena gastrik 2, 3 hari ni sebab aturan makan yang teruk. Aku taknah kena attack sebelum-sebelum ni... tapi since kelmarin, memang teruk ar sakit perut aku sampai bertinggung aku menahan sakit. huhu...

Eh lupe lak nak catit... my weight dah below 70 kg! Last time I checked, it was 68 kg. So freaking happy! haha... Semalam pun masa pergi Puspakom, sorang polis bantuan tu tanya ar dah kahwin ke belom... so aku cakap ar, "Dah kahwin, dah ada anak sorang dah pun". He was genuinely surprised and said "Tak macam orang ada anak pun". Wahhhh! Kembang montot mak, noks! HAHAHAHAHAHAHAHA....

Aku citer kat hubby, dia cebik je. :P

Oklah... sebenarnya nak citer hal kerja (ape lagi, nak membebel la) tapi cam malas lak cos mood pagi ni baik.

That's all for now.

BYeeeee....

Salam.


alhamdulIllah...