Wednesday, February 27, 2013
bismIllah...


.... cos I am missing my son.

I left Razin in Beruas since Monday morning.

By the way, last weekend aku pergi kenduri kahwin sepupuku, Nor di Kepong. Tido umah Mak Yang kat Bandar Sri Putra. Ahad balik perak semula. Since penat, aku tunggu Isnin baru balik Lumut.

But I have to leave Razin cos I'm so freaking busy. Hari ni pun busy. Esok pun busy jugak. Tapi aku plan esok nak balik Beruas la. Rindu....

Rasa sunyi waktu malam je. Cos siang memang aku sibuk. Haihh camne la orang leh bekerja dan jaga anak di rumah at the same time? Siap masak, kemas rumah and melayan anak sumer tu? Giler salute.

Aku boleh buat. Tapi aku akan dalam keadaan tertekan dan aku akan missed a couple of things... contohnya barang patut aku pos, aku tak pos or orang dah bayar duit tapi aku lupa dia dah bayar. Gitu lah selalunya...

And I'll be angry at Razin kalau dia kacau aku time aku tengah stress and 'bekerja'. Kesian Razin... :(

Aku jugak rasa sangat cetek ilmu aku dalam bisnes ni. Banyak sangat benda aku tak tahu sebenarnya. And I don't have a mentor. I don't have a teacher... Husband aku memang malas amik tahu langsung bab bisnes ni selain dari bagi duit modal and tolong pos barang.

Hmmm.. TERmembebel bab kerja lagi.

This entry is supposed to be on Razin.

Anyway, just nak upload video keletah Razin yang main dengan Abg Mirul dia... happy je dia. Sebab tu aku takdela risau sangat tinggal dia kat Beruas. Memang dia seronok dok sana dari dok Lumut yang hanya ada Mak dia je ni.



Takpe Razin... Sabar yer.

Mak tengah setup SOHO supaya lebih organized. I'm getting organized. Lepas ni aku nak uruskan masa dengan lebih baik cos I want to allocate quality time with Razin. I pity him. Aku jugak tak nak menyesal di kemudian hari. Duit memang boleh dicari, tapi masa yang berlalu tu tak boleh ditebus kembali kan?

Walaupun aku berhenti kerja dulu bukan sebab nak jaga anak, but of course I love staying home and taking care of my son too.

So nak clarify juga di sini, aku berhenti kerja ngan HERTZ dulu bukan sebab nak jaga anak yer. No. Aku berhenti sebab aku dah benci dengan kerja aku tu. Dah tak happy. Kalau aku dapat kerja lain, I would gladly go there and work too. But turns out Allah berikan rezeki aku untuk bekerja dari rumah sambil jaga anak. Alhamdulillah...

I can't stand not earning any money.

Sama jela macam full time working mothers di luar sana... Would you quit your job if the salary pays the bills, feed you and gives a roof above your head? Mesti la tak kan.

Aku harap in a few days aku akan rileks sikit. Sekarang tengah kemas-kemas ofis kecik aku ni.

Hari ni aku merayap ke kedai perabot dekat Giant tu untuk usya-usya small sofa for my SOHO. Bukan ape, kalau orang datang lepak, takde tempat duduk kt dalam bilik tu huhu...

Sofa tu aku survey je dulu...sebab lupa bawak measuring tape and ukuran tempat kosong untuk letak sofa. Esok aku pergi lagi...

But I bought a new chair for my working station.


My humble work station.
Tong sampah pun baru beli.

Ingat nak cari kerusi warna purple tapi tak jumpa.

Itu je yang ada and murah sikit.

Ade satu kerusi tu stok untuk boss2 duduk memang sedap gilebabi la... tapi harga RM900! Tu pun after less. Takpelah. Tak mampu aku nak pakai kerusi mahal-mahal. Yang aku beli ni pun RM200 aku dah rasa cukup mahal dah. =P



  

And aku beli stand untuk sangkut handbags. 
Dah lama nak beli tapi baru hari ni dapat. hehe...

Dulu aku nak tapi husband tak bagi beli (padahal RM50 je pun).

Tadi aku nak beli apek tu bagi rege RM70 plak. Kata naik harga.

Bila aku membebel and mintak kurang, baru la bagi RM50. Apara.. ntah2 tempat lain leh dapat murah lagi? Hmmm tapi aku malas nak pergi survey2 lagi dah. Koser nak merayap bila lone ranger ni huhu...


 Okeylah. Cukup-cukup le berblogging. Dah nak pukul 3 pagi dah.

Nak usya gambar sofa yang aku snapped petang tadi. Ade 2 bijik yang dalam dilema. Esok mau beli. huhu...

Sekian.

Wassalam.
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, February 21, 2013
bismIllah...


Razin duduk kat Beruas since Ahad lepas.

Have to send him there cos I have tonnes of work to settle. Aku tak nak asyik marah dia yang kebosanan cos Mak dia busy, maka baik aku hantar ke Beruas.

Tentang plan nak hantar nursery tu, Mamito was against it lepas tengok video bibik Indonesia lambung budak 4 bulan kat tv3. Memang gile la minah tu...

So yeah, Razin dok kat kampung dan aku balik selang sehari. Let say semlm tido Lumut, arini tido Beruas lak.

Penat?

Yes. Penat drive.

But I miss my son. Tidur seorang adalah menyedihkan especially when husband is not by your side.




And yes, minyak kereta laju je abis... tapi, takpe la... Aku tak nak based in Beruas cos rumah mak tak cukup space untuk barang aku yang berlambak-lambak. And tau-tau jela pejabat pos di kawasan pekan kecik camne kan... kesian orang yang kena tunggu kalau aku nak pos barang berlambak-lambak. And yang tak bestnya pejabat pos tu tak bukak on Saturday.

Selain dari itu juga, aku akan lambat dapat barang kalau supplier pos guna Gdex or ape2 courier lain selain Poslaju. Gdex tu hari Selasa and Khamis je datang Beruas. So? Better la aku dok je kat Lumut.

Takpe.. bukan selalu pun.

Ni sebab busy stok Boba baru sampai and I have to settle backlogged orders.

And next week lak gaji, so memang busy gak la kan...

Razin sekarang ni tak reti dok diam dah (of cos la, dah nak masuk 2 tahun) so dia bosan kalau pergi Poslaju lama-lama.

Barang yang dipos Isnin lepas.

And dia bosan gak dok Lumut cos takde kawan selain Mak dia ni.


K, saje update blog jap.

Aku kena cirit birit la plak. huhu... Tak larat betul rasenya.

Till then...



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Friday, February 15, 2013
bismIllah...


Bermulanya dengan hari Rabu lepas. Sesaje ajak adik-beradik aku yang ade kat Beruas untuk karok kat Manjung ni. Kebetulan ade sepupu kitorang, Tiqah balik with Mak Teh (mak dia la) so Tiqah pun join.

Hanis je tak ikut cos dia pergi Genting ngan kawan-kawan dia. Yong, aku, Nini, Nan (balik cuti sekolah seminggu), Diyana, Tiqah and hubby sume pergi layan karok.

Laki aku leh terkejut bila tau Diyana ikut. Sebab?? Tak pernah dengar suara Diyana tu. Memang Debab (nama manja Diyana) jenis diam je.. tak bercakap. kehkehkeh... so heran la laki aku bila Debab nak join orang karok. haha... Sempat gak le dia nyanyi satu lagu. Lagu Najwa Latip.

Lepak 2 jam je pun.. sebab diorang datang pun dah kul 9.30 mlm. Nak balik Beruas lagi... kang lewat2 kena kaco hantu ;p

Pastu, semalam karok lagiii... kahkah. Bosan punye pasal. Aku ajak laki aku balik Beruas tapi dia tak mau... Tapi betul gak la. Kalau balik pun nak tido mana? Sebab ramai balik umah kan.. ngan Mak Teh and Tiqah lagi.. so, husband cakap arini jela baru balik Beruas. Rindu kat Razin!

So yeah... semalam karok ngan Danial and sorang lagi kawan husband. Kawan dia nama ape tah tak ingat... but he brought his wife too (tak macam Danial... sorang dia je). So aku pun dapat la kawan baru. Yang bestnya, sama-sama dok umah bisnes online. kihkihkih... so banyak la share stories and infos especially bab courier service. =P Haha tah ape2...

Malam ni Nini ajak karok lagi since malam last Nan ade kat Perak. Nak mengepau Nan before balik Pahang. hahaha... biar betik kan? kalau malam ni jadi, dah 3 malam berturut-turut berkaraoke. Gile ape... mentang-mentang anak aku kat kampung.

Seriously, dah berzaman aku tak berkarok ni. Ahh aku pun kaki karok pun. Kaki wayang yer... karok? sebelum ni pernah 2,3 kali je kot?

Almaklum, suara tak sedap pun... nak nyanyi ape nyer haha... tapi 2 mlm ni aku belasah jer. Lantak :P

K lah... nanti free update blog lagi. tengah bengang apsal takleh transfer gambar dari BB. cissss

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, February 7, 2013
bismIllah...



Wah, rasa macam zaman student engineering yang malas study and kerja nak update blog je. HAHAHA. Ya, itulah aku di masa lampau. Orang study, buat assignments... aku?? Blogging. Chatting. Downloading. Itulah kerjanya. Mana tak fail thermo, fluids bagai. Muahaha... jahanam degree. Nasib baik diploma sempat abis.

Eh... aku bukan nak cerita kisah silam. Aku nak menulis ape yang aku rasa nak tulis.

Tahukah anda bahawa tahun 2013 telah menginjakkan umurku ke 28 tahun? Yaa.... tapi I'm not 28 years old yet lah. Bulan Ogos nanti. 17hb Ogos yer... kot-kot sesape nak beli hadiah. Tapi takkan ade punyer melainkan laki aku (tu pun kena paksa) malahan nanti mesti aku pulak yang buat sale sempena birthday aku. kihkihkih...

Anyway... aku sangat happy cos laptop Toshiba ku yang baru ini sangat baik perangainya. Aku sukeeeeee...

Kisahnye, kelmarin aku pergi Aeon Manjung nak beli laptop. Bawak Razin. Plan nak beli laptop dah lama... sejak jual Ipad 2 dulu... tapi tak beli-beli. Bila laptop Acer lakiku buat perangai macam hape lagi 2,3 hari ni (she's almost 7 years old, what do you expect). Kuar warning bagai untuk tutup program bila buka DUA program sekaligus, makanya... it's time to change yo!

Laptop Asus


Maka, aku terus beli laptop Asus berharga RM1499. Basic jer lah cos guna nak buat kerja je pun. And kerja aku ape sangat selain online kan... hehe... So beli la... Pilih Windows 7 cos aku tak reti pakai Windows 8. Biase la dah tua-tua rasa macam malas nak belajar benda baru.

Sekali bila balik umah, tak sedap plak pakai. Touchpad sensitif bebenor. Aku tak click ape-ape tapi macam terklik. Pehtu sikit-sikit 'select all'. Ohhh fedup la aku!!

Esoknye jugak (semalam) aku bawak segala mak nenek yang aku dapat (free gift ade 20 tu...) ke kedai komputer tu. Adjust punyer adjust, leh tukar laptop lain dengan syarat amik yang lebih mahal.

Maka, aku amik la Toshiba... cos yang ni rege within budget and touchpad dia macam laptop acer lama hubby yang ku lanyak tu. Ade border/pengasingan untuk touchpad dan jugak tempat click to highlight tu. Ya, aku memang oldskool. Nak jenis camtu jugak hahaha... almaklum, tangan gergasi. =p

Kena topup RM300 cos Toshiba ni rege RM1799. Windows 8 la pulak... tapi lantak. Setelah budak kat kedai komputer tunjuk ajar serba sedikit camne nak pakai windows 8 ni, oklah kot. Bukan susah punnnnn... HAHAHA... Bengong je. So belasah jelah.

And the lappy turned out great!! Yahoooo...

Now tengah gatal tangan nak mendownload itu ini... aku tak tau camne nak download movie Vampire Diaries. Nini guna torrent ke ape tah. I tak reti... dah berzaman tak buat kerja mendownload ni. huhu... Nanti nak mintak dia tolong ajar. huahua... (tetiba rasa macam aku ni tua sangat sampai benda-benda camni pun tak tau)

Aku bukan kaki download pun... tapi dah alang-alang umah ade streamyx ni kan... ape lagi? heheheh... dahla aku sorang je pakai sebab kedekut tak bagi tenants password ~lalalala~ Ala, dah diorang tak mintak pun. So? Bior... kalau nak wifi, sila bayar RM eheheheh

Dulu kitorang rajin mendownload movies (ermm Nini la kot? cos sama2 dok hostel, sama2 dok menyewa masa kat uitm dulu) and tengok sama-sama. Bila sorang-sorang nak layan movies, feel dia kureng lah...

Haaa... semalam adelah rekod pertama untuk aku menonton wayang SEORANG DIRI. Ya, aku tak pernah tengok wayang sorang-sorang. Perkara loser itu selalu dilakukan oleh Nini... but not me! Never me. Tapi semalam aku tewas... I needed to clear my head. I needed a break.




Dah memang aku takde kawan pun... Eh, ade. Tapi Tiger and his friends (kawan pun lelaki! tapi seb baik laki aku ok jer cos kenal... junior dia kot hehe) are currently busy dengan workup. Maka, sorang-sorang jelah yer. Lepas maghrib, lepas makan, aku gerak la ke sitiawan since movie kul 8.45pm. Tengok Hansel & Gretl by the way hehe...

Okla... but I don't think I'll do it again. First sekali sebab keselamatan. Rasa tak selamat kuar malam-malam sorang-sorang. HUHU...



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
bismIllah...



Oh yes, sedang menikmati keamanan tanpa my little son right now. Wah, macam Mak tiri yang jahat jer bunyinya. huhu...

Bukan ape, these last few days aku period. So paham-paham la orang period camne. Setan banyak. So kerja aku asyik la nak marah Razin. Bagi tumpah air kena marah, tak nak makan and tolak makanan sampai tumpah kena baju aku pun kena jugak. Oh kejamnye aku... Maka, nasib baik lah dia dah dilarikan Mamito and Nini pagi semalam.

Serabut gile rasenye.

No wonder la Allah tak bagi aku pregnant-pregnant lagi. Nak jaga hero sorang pun dah macam nak gila. Yes, seriously aku dah macam ape lagi... sangat-sangat perlukan bantuan.

I love my job ('job' di sini bererti menguruskan sebuah perniagaan online yang menjual barangan bayi di www.mamapanda.com yer). Like, seriously I LOVE MY JOB.

But taking care of my son, the house, cooking etc is taking a toll on me. I'm exhausted and stressed. Kebanyakan tekanan datang dari kerja aku sebenarnya. Customers, late payments, late reply from supplier and not being able to attend to customer's requests (emel tanya pendapat etc). Aku suka busy sebenarnya... cos memang aku dah biase busy buat kerja with my old job. It's exhilarating but definitely rewarding! But of course Razin tak suke tengok Mak dia ngadap laptop je.

So husband suggested that we send Razin to a daycare. From 12pm - 5pm. Oh, it's a brilliant idea! I love you, hubby. Now I'm anxiously waiting for hubby to be back in Perak so that we can go and take a look at the daycare. Daycare tu kepunyaan kawan beliau actually... So, ok la kot?

Cos waktu 12-5ptg tu memang time aku busy reply emails/FB messages, packing, check payments serta pergi Poslaju. Aku pergi Poslaju almost everyday (alhamdulillah almost everyday ade sales) at 4pm. So bayangkan la kalau bawak Razin pergi Poslaju camne. Kalau tak ramai orang, ok la... kalau ramai, jenuh beratur. And sekarang dia tak reti dok diam. Tengah geram sangat dengan fire extinguisher kat poslaju sitiawan tu. Everytime pergi mesti nak pegang. huhu... so yeah, sangat-sangat membantu if Razin is at a daycare when I'm out running errands.

It's definitely better la dari tinggalkan anak dalam kereta kan?? Lots of things can happen to a child who is left unattended.

Anyway, I've got tonnes of things to do. My BIL's family is coming over this weekend untuk jenjalan sempena cuti CNY. So, the house need to be spic and span. huhu...

Sebenarnye nak blog tentang lain... tapi taip lain. Takpela.. next time.

Off to work!


Meja makan yang jadi meja kerja. Bila aku nak buat kerja dalam bilik secara proper pun tah la.
-___-"

p/s: 2 laptops cos the right one is a brand new one. Baru beli menggantikan Acer (kiri) yang dah nazak. Proses pertukaran maklumat belum sempat buat hence both of them are turned on. Heh




Written By Ryehana
alhamdulIllah...