Thursday, June 26, 2014
bismIllah...


Hari terakhir berpantang.

Yayyyy!

Sekarang baru settle pack-pack barang untuk pos esok. Raul tido, Razin tido (kot? - baru lepas buat susu). Now aku mengadap laptop settlekan kerja.

Ape kerja aku?

Check payment.
Pack barang terus - siang nanti senang. Takde la aku tensen nak tunggu baby tido untuk settlekan packing.

Check payment.
Jot down order - untuk barang yang kena order (pre-order).

Check payment.
Update list instalment + kutu.

Check email.
Balas email-email penting berkaitan order from supplier dulu. Bayar invoice.

Check whatsapp.
Sejak ade instagram (follow la @mama_panda_store), terus aku selalu berwhatsapp. Kalau idak, takdela sangat... Bagus gak ig ni. Kenapa aku lambat buat - well.... aku tau kenapa.. cos sebelum ni aku pakai Blackberry! mana ade instagram. HAHA

Tu jela update pasal kerja.

Aku sedang mencari pembantu rumah harian ni. Nak yang datang 4 hari je seminggu. Ade ke orang area Bukit Permata yang nak ek? Suruh husband tanya-tanyakan kot ade bini-bini navy yang surirumah takde buat ape kot2 leh tolong? tapi husband tak membantu.

Aku ni perlukan sokongan dan bantuan dah ni.

At least benda-benda remeh macam mop lantai, kemas rumah, sidai kain, lipat kain tu aku takyah buat. Baik aku spend masa layan budak-budak ni kat rumah. Now I'm juggling an online bizz, taking care of my babies and the house ALONE. Arini rasa macam nak pengsan... cos arini gomen gaji. Nak amik order lagi, nak pack barang lagi... nak melayan anak yang meragam lagi. T_T

So yeah. I definitely need THE HELP.

what else to write....

Blur dah.

nanti je la sambung.

Wslm



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, June 22, 2014
bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah... dah hari ke-40. Lagi 4 hari merdeka dari pantang...

Tho I must say, aku ni pantang macam tak pantang je.

Lepas discharged hospital, memang terus balik Beruas. But tak sampai 2 minggu di sana, aku dah balik ke Lumut. Terpaksa cos permintaan dari customers takleh nak tolak... nak mengepos barang susah di kampung... Kat Lumut senang, courier service pick up barang di rumah je...

Anyway, awalnye ade adik aku temankan so okla ade orang jaga budak2 ni time aku kerja... Then sejak 2 Jun aritu ade bergaduh pulak (sampai sekarang aku sakit hati) and dia dah tak nak kerja/duduk dengan aku dah so tinggal la aku sorang2 berpantang di Lumut and taking care of my 2 sons... and at the same time handling my online bizz. Laki aku waktu petang kul 5 lebih je baru balik... so bayangkan macam mana keadaan aku??

Takde tungku2... takde masa... masa awal2 kat rumah mak je... and kadang2 kalau laki aku sempat bakar besi tungku atas dapur before dia pergi kerja.

Mandi air herba, air daun? Takde jugak. Nasib baik la kat rumah ni ade water heater so still mandi air panas - tapi masa kat rumah mak di kampung dalam beberapa hari lepas bersalin dah mandi air sejuk cos takde heater (bilik air lain and aku malas mandi situ) and takde sape nak merebus daun ke ape untuk aku mandi. So lantak...

Bab makan? hmmm makan jela ape yang ada... megi dah telan, pama dah telan, ayam pun aku bedal je. Asal makan udah... kang tak makan takde susu pulak nak bagi baby.

As for berurut, Jumaat lepas baru start berurut. Hari ni dah abis... Okla lega ckit badan.

Berpantang dengan hati remuk redam and depressed. Nasib baik jugak beranak czer, takde batu meriyan... kalau idak mau meroyan jugak aku ni. Sampai sekarang aku takleh tengok adik aku tu... rasa sakit hati ya amat-amat. Time kita tengah susah, tengah perlu bantuan, sampai hati la dia biar kita terkontang-kanting sorang-sorang hanya sebab kena tegur. Kena marah sikit sebab lembab time kita lapar and nak cepat. Aku kalau kebulur memang nak marah je kejenya. Takpe... After all, hidup ni takleh nak harap kat orang sangat kan. Buat jelah benda sendiri.

Some people might say buat ape lah nak sibuk kerja time berpantang.. time pantang, pantang jelah. Yeah, easy for you to say. Kalau aku kerja makan gaji macam masa beranakkan Razin dulu of course that's what I'll be doing too. Rilek jelah kan. Cuti 2 bulan pun gaji masuk macam biase.

But now I'm working on my own. Aku lah boss. Aku lah kuli. Aku lah tukang check payment, check order, check stock, pack barang etc. Nak berehat pun serba salah cos ade email-email/mesej whatsapp/fb menunggu... tak balas kang orang kutuk service lembab etc. Serba salah cos aku takde orang/pekerja untuk ganti tempat aku. Takde orang aku nak redirect. So? Nak tak nak I have to settle those emails and restock barang yang dah nak abis etc.

Gaji laki aku mana la nak cukup bayar segala expenses. Bayar utk kereta 2 bijik, rumah 2 bijik and bil2... semua duit dia (kecuali bil internet). Ate, kalau aku tak tolong seksa la sikit lebih-lebih lagi rumah sewa kat Manjung tu ade tenant dah kuar last May. Maka, bekerjalah aku di waktu pantang...

Aku tak kisah pun... I love what I'm doing. I love baby stuff! Bila buat benda yang kita suka, tak rasa beban pun. Cuma aku perlukan bantuan untuk orang taking care of the baby + 3yo Razin while I'm in front of lappy. Bila takde pembantu, tu yang kelam-kabut. Padahal aku kerja dari pukul 10pagi - 4, 5 petang je. Kejap je pun.

Yang membuatkan hati aku bengkak and masih berdarah adalah kerana plan2 yang aku rancang sejak preggy tak dapat dilaksanakan disebabkan takde orang tolong jaga baby+Razin. Geramnye ya Allah.. tak tau nak cakap. tapi  yelah, Allah sebaik-baik perancang. Belum ada waktu sesuai lagi la tu... or this is a test for me to go all out to get what i want. I have yet to understand the signs...

Anyway, beranak kali ni pengalaman berbeza sungguh.

Tak rileks... sakit lepas beranak and seksa sangat nak bergerak... tobat la kena czer ni. Takmo dahhhh T_T

Benda pertama yang beza lepas giving birth was my milk production. Memang lambat baru susu tu nak keluar banyak... tak macam lepas bersalin normal. Terus keluar menitik2 time mandi lepas bersalin...

Hari pertama lepas dibedah (aku dibedah time Zohor) memang takleh bangun and angkat kepala for the first 6 hours of operation. Time ni memang aku tension and stress sangat-sangat... Aku nak sangat-sangat bangun tapi takleh. Bahagian bawah kebas tak rasa ape and kaki pun takleh gerak. Pastu aku rimas gila-gila dengan salur air kencing. Berdoa sangat-sangat time ni cepatla masa berlalu supaya leh diorg buang catheter tu and supaya aku leh bangun gerak sendiri pergi toilet.

But then bila bius dah abis and disuruh bangun and gerak, baru lah tahu SEKSA GILA nak bangun hoi...Allahuakbar...nak bangun dari pembaringan tu yang seksa. Dah bangun ok la ckit... fobia jadinya untuk baring cos takut susah+sakit nak bangun huhu...

And sebab dah biase catheter dipasang (takde rasa nak kencing cos air kencing tu terus kuar masuk ke plastik), udah la kena baerlari ke toilet kalau nak kencing cos dah nak terkencing sesangat baru rasa. Haaa bayangkan dengan keadaan sakit baru lepas operate nak berlari ke toilet untuk kencing?? Memang la takde berlarinya... hahaha... terkedek2 jalan cepat2 untuk kencing... ade la sekali tak sempat sampai ke toilet bowl bersepah lantai dengan air kencing. Huahuahuahua... nasibaik bilik kat hospital tu aku dok sorang je =P

Anywayyyy... bagi aku, bersaling czer tu best kat part tak kena seluk je. hehehe... fuh seronok gila takde nurse check-check jalan... tapi yang tak bestnya perut tu la... Lama oi sakitnya. Even dah 40 hari ni pun masih tak baik lagi. Masih ada sengal-sengal... tapi a lot better la dari dulu....

Dulu aku tak boleh mengiring langsung.Seksanya nak susukan anak malam-malam... takleh selak je. Kena bangun, duduk and bagi dia nyusu. Penat and mengantuk and tension je.... T_T

Which was why anak aku minum susu perahan waktu malam. Sebab aku penat and aku pass kat Mak (masa kat kampung la) untuk bagi dia minum susu.

Alamakkkk... Raul dah bangun. Nanti aku sambung lagi bab penyusuan susu kat anak no.2 ni.

To be continued.
Written By Ryehana
alhamdulillah...
Tuesday, June 17, 2014
bismIllah...


Sejak mengandung anak kedua, kegilaanku pada diaper bag semakin menjadi-jadi. Just got a new diaper bag a few weeks ago and can't help but share my review on the bag in this blog hehe...


This is it! I picked this color 'Peacock' supaya nampak ceria and lain ckit (aku ni asyik beg hitam hitam dan hitam)

The highly designed bag comes loaded with two packing cubes and 11 pockets to keep everything in its place, along with a cushioned changing pad. 

Featuring lightweight fabric and quilted details, the water resistant bag is perfect for anywhere the day might take you. A convenient front zip pocket holds one matching mesh packing cube and one trendy patterned insulated cube, which is perfect for bottles, sippy cups, or snacks. 

The Forma is the ultimate in pack and go organization from infancy to toddlerhood and beyond.

Haa... 11 poket tuuuu... =D


Love it when it arrived!
Ada banyak poket untuk sumbat macam-macam. And yang paling aku suka ialah ada 2 beg kecik yang datang sekali dengan diaper bag ni.

1 mesh bag
1 insulated bag

Hehe... I love the chevron prints. So nice =D


Masa travel balik Pahang last weekend aku pack parts Medela breastpumps dalam beg kecik corak chevron tu. Material insulated so kalau pam susu and simpan dalam tu ok la... memanjangkan pengekalan suhu susu.

Another bag (the mesh bag) was packed with spare clothes and disposable diapers of my newborn baby. Senang, kalau dia membuang time travel, bawak kuar mesh bag tu je ^_^

If you took out the 2 small bags, ade space and pocket lagi kat diaper bag ni untuk sumbat barang.
So it's really convenient!


Cushioned changing pad is included. Boleh stuff je kat back pocket.



Inside my bag.
Ada swaddle wrap, napkin, more disposable diapers, my breastpump pouch...

Not seen here:
Pacifier (hehehe), my purse, ubat-ubatan and minyak bla bla...

Dalam ni macam-macam boleh sumbat.




My new best friend: Medela Freestyle.
Kesayanganku oi! Pump ni letak bahagian dalam beg :)




Gambar Isnin lepas masa bawak baby for his 1 month check up.

See... this bag wasn't so huge. Okla... kalau bukan travel jauh-jauh and tak letak barang banyak sangat, takdela kembung semacam.

So this is my 3rd diaper bag. Hehe...

All in all. Loving it!

Sesiaper berminat nak beli nanti akan ada ready stock di fb page Mama Panda Store.

Last but not least, 2 photos of my children!



2 hero... Pening mak kamu (tapi idak jugak kuruih-kuruih!)

Adios!


Written By Ryehana
alhamdulIllah...