Sunday, May 31, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip di blog ni lagi.

I'm at the comfort of my mom's house in Beruas. Kejap lagi nak balik Lumut. Tapi bile memikir yang line internet kat Lumut cam siput (pakai YES 4G je), baik aku update blog jap kat kampung.


1. Raul dah setahun pada 14 Mei 2015 yang lepas. Dah boleh jalan dah pada umur setahun. Alhamdulillah... sekarang tengah mabuk kaki. Anak no. 2 ni sensitif kulitnya. Kalau panas and berpeluh, muka naik ruam. Kesian. Selalu digelar pak itam cos kulitnya gelap berbanding abangnye Razin hehe... Now he loves to babble. I guess he's learning to speak. So cute :D






2. Razin pulak first time ade Sports Day anjuran taska dia last 23rd May 2015. Rumah Hijau. Aku, husband, and Raul pagi2 lagi dah sampai kat Dewan Pej Tanah. Pukul 8 lebih. Biase la sukan budak-budak. Nini, Mak, Diyana & Amirul came later around 10-11am. Nasib baik jugak diorg datang cos Raul dah bosan and cranky. Susu lak abis. Diorang datang tengok Razin pastu aku suh balik rumah Lumut bawak Raul. Aku, husband and Amirul stayed sampai sukan abis.

Kelakar gila anak aku yang hati tisu ni.... Main musical chairs yang berebut kerusi tu, 2x dapat kerusi, oklah... Kali ke-3 tak dapat kerusi, dia bantai melalak kat tengah-tengah tu. Wakakaka... nasib baik la bukan the only ones. Ramai gak budak tak dapat kerusi and kena kuar menangis beria. kikiki... aku gelak je :p

Part ibu bapa plak jadi part ayah and anak. Aku memang tak sior le nak join kan, so husband join la race ape tah dengan Razin. Again, Razin melalak cos dia tak biase orang bersorak bising-bising and keadaan berebut-rebut nak menang. Kahkah... lawak betui la anak aku ni. Hati tisuuuu :p

Bila tanya suka tak sukan, dia cakap "TAK SUKA". Oh well, mana jatuhnye kuah kalau tak ke nasi. Your mom hates sports too. And ayah kau pun rasanya bukanla sportsman. Pak Ucu and Pak Uda je gile sukan... tak terikut plak ek. huhuhu


Raul dah mula bosan.




Ayah dan anak.




Budak hati tisu







3. We sold our VW Beetle last week. Ohh sedih gila aku ok. Sedihhh sgt. Itu kereta idaman, kereta kesayangan, kereta paling comel di dunia (bagi aku lah). kikiki... But since anak nak masuk 3, and aku ni plan nak amik maid (kalau ade rezeki. cos sampai sekarang tak dapat2 lagi), maka of cos la kena ada MPV sebijik. CRV tak muat utk 3 kids and 1 adult kat belakang unless la tak pakai carseats. Well, aku ni memang tak boleh kalau anak tak duduk carseat... bahaya ok. So I asked husband to sell jela Beetle tu. Beli MPV senang 3 bijik carseat leh sumbat. Maid pun leh duduk belakang.


The day we sent the car at used cars shop. 25th May. Bye Mr Beetle T_T


Nak jual CRV, masih tak lepas cos loan bank banyak lagi. Kalau jual sekarang, kena topup lagi duit kat bank to pay off the loan. Eh memang tak koser le kan. So jual jela Beetle tu. Dapat jugak 10K plus, buat jadi downpayment MPV so sekupang tak yah topup dah, Senang....

CRV tu plan memang nak jual jugak tahun depan. Tapi tengok le camne... kalau tak jual pun, mekap bagi lawa sikit. Tukar cat ke ape... CRV tu lagi sayang cos sangat-sangat banyak berjasa kepada kami. Walaupun kitorang beli second hand, CRV tu tak pernah rosak melainkan kesilapan driver (bateri kong sebab lupa switch off lampu - adik aku pekak badak tak dengar bunyi amaran lampu masih menyala).

Beetle sayang sebab comel je. Tapi sejak beli memang banyak gak abis duit repair itu ini. Almaklum le kereta antik kan... kuikuikui. So elok le jual. Tunggu la dah tua nanti kot-kot ade rezeki beli yang baru. huk huk...


Depan kedai,

Hanya tinggal kenangan. Huahuahua





4. Aku sekarang dah minggu ke-31 pregnant. Well, baby aktif dalam perut. Alhamdulillah kesihatan ok... cuma biase la dah gemok gila ni asyik sakit pinggang kalau baring lama-lama. Berat ntah berapa kilo... dekat 90kg dah kot? KAHKAH. Lantak lah kat situ, malas nak mikir. Esok lusa ni ade checkup kat Sejati. Tak sabar nak tau update baby.



5. Next weekend 6-7 Jun kitorang akan ke Terengganu cos adik aku si Afnan nak bertunang. Kereta baru tak dapat lagi ni. Patutnye dapat esok lusa... Moga-moga by Rabu dapat dah la. Boleh rasmi pergi Terengganu. A

Awalnye aku maleh nak pergi cos tak larat gila. Dah nak masuk 8 months kan, nak bawak badan pun tak larat. Pastu nak kena bawak Raul yang kuat meragam tu plak (seriously dia tak macam Razin yang baik je kalau bawak berjalan). Tapi bila fikir nak dapat kereta baru, MPV lak tu, terus semangat. kakakkaka.... ala lagipun aku leh rileks sikit cos Mak and Nini leh naik sekali. Haaa tolong jaga Raul =P

Dalam kepala otak aku pikir nak makan je. Keropok lekor, satar bla bla... hehehe....


Oklah. Tu je update kali ni. Esok baru aku add gambo-gambo untuk entry ni.


Ciao.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Monday, May 11, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...




I'm now 28 weeks pregnant.

Patutnye last week, 8hb Mei aku kena pergi HAT for usual checkup tapi aku tak pergi.

Mogok. Dan malasssss gila sebenarnye nak BUANG MASA dari pagi sampai petang tak buat apa.

Jumpa doktornya tak sampai 10 minit, tapi kena masuk dari 8am-4.30/5pm. Giler kau tak buang masa camtu?

So no more.

Aku pergi Sejati hari Jumaat lepas for checkup and I decided to give birth there.

Lantaklah kalau kena czer sampai 7-8k pun. Redha. Tapi of cos kita kena usaha dan berdoa banyak-banyak moga dalam bersalin normal kali ni.

Aku nekad cos dah tak larat buang masa pergi HAT. Kalau cepat takpe, tapi sebab lama sangat masa terbuang tu... alahai... memang lemah la aku. Dah la takde line 3g sangat, nak buat kerja secara online pun takleh.

Biarla pergi private bayar mahal sikit asal tak buang masa dan aku bole manfaatkan masa aku buat macam-macam kerja yang MENJANA duit. =p

Now dah 28 weeks... 7 months la kiranya tapi aku dah tak sabar nak beranak weh.

Sebab badan berat and sakit-sakit kaki and ari-ari kalau berjalan banyak. Sangatlah tak selesanya... huhuhu... Moga dipermudahkanla bersalin nanti.

Anyway, masa checkup aritu sempat tanya doctor on my birthplan.

Roughly a birthplan la walaupun verbal je hehehe...

1. I asked him about episiotomy. I said I don't want it. And gladly he said he don't practice that UNLESS very necessary. Good. Trauma hokeyyyyy


2. Yang kedua, aku tanya tentang pecahkan air ketuban. Adakah dia akan pecahkan air ketuban walaupun tak perlu? Ok bab ni dia cakap 'it depends on the situation'. Yes, dia akan pecahkan ketuban kalau ibu dah sakit and progress takde. Pemecahan air ketuban ni mempercepatkan proses kelahiran.

Oklah. Takpe... aku sendiri kena gali lagi ilmu nampaknye. Tak sabar nak tunggu amani birth class with Kak Nad!

Anyway... for this 3rd baby, IF boleh normal memang aku nak tunggu sampai sakit yang dah takleh tahan baru pergi jumpa doktor. Hehe...


3. Yang last sekali adalah about delayed cord clamping. I asked "Boleh ke buat delayed cord clamping?". Dia macam pelik awalnya cos tak pernah lagi orang mintak kot? Pastu doc tanya aku balik nak delay berapa lama? Aku cakap la at least 3 minutes.

Bab DCC ni lama jugak berbincang... dia kata should be no problem kalau just 3 minutes cos after baby keluar aku boleh terus amik susukan sementara nak tunggu uri keluar (assuming the cord is long enough). But he did say something about possibility of jaundice if buat delayed cord clamping.

Katanya, once baby dah keluar, baby bernafas melalui udara. Baby tak perlukan dah uri or darah dari uri tu... then I asked why people store cord blood then? Hmmm panjang gak la cerita bab dcc ni masa bincang2. Aku pun dah lupa... tapi aku tetap dengan decision to delay cord clamping at least by 3 minutes.



Ape-ape pun aku look forward untuk join kelas amani birth akhir bulan June nanti. Kat Manjung je. Sape berminat inform hehe...


Adios.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Tuesday, May 5, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...







Still awake. Razin too. And from the sound I heard right across the hall, I guess Raul is awake too. Takpelah, Mak Yang dia ade jaga...

We're in my mother's house since last 30th April. Oh Raul dah lama kat rumah Mak, she took him under her wings when my babysitter decided she couldn't take care of Raul anymore.

It was a tough week... Raul sakit and macam kena roseola... Then suddenly babysitter told me she can't babysit anymore. Luckily I work on my own. Imagine how would I handle this if I have an employer and have to take leave from work few days in a row??

Mak cakap, tinggal jelah Raul kat Beruas sampai aku beranak. Ermm hello, I'm due in July kot. Lambat lagi. Takkanlah nak tinggal je anak and jumpa on the weekends only??

Turned out, I had to. 

I was devastated. Still am. Felt like I failed as a mother. But what can I do??

I don't expect people to understand my working nature. Most people assumed that "ko kerja sendiri kan, bawak jelah anak pergi kedai.. Ape susah?"

Susah. Tak boleh nak bawak. Bukannya tak pernah bawak (sebelum ni pun babysitter jaga 4 hari je seminggu). Tapi memang susah.

I have only my brother to help. All of the GST stuff really messed up my life as a small retailer. Menyusahkan okeh!! Benci sangat-sangat dengan implementasi GST ni. Arghhh berbakul sumpah seranah... Malas nak taip.

The fact that I am also pregnant pun adalah faktor yang menyumbang kenapa aku tak boleh nak handle kedai + anak at the same time. 

Aku pregnant terlampau awal - operate bulan Mei 2014, then bulan 10 dah preggy. Luka operation baru nak baik, berat badan memang tak sempat turun (tak boleh nak berbengkung sangat cos sakit + takde exercise + tak bertungku sangat kat perut).... Aku memang sangat-sangat tak fit.

Very overweight. Ape taknya, berat masa preggy yang dulu tak sempat dihapus dah preggy lagi. Last time timbang 87kg kot (my ideal weight is 60-64kg!)

Maka, aku selalu tak larat. Baru 5,6 bulan pregnant dah asyik sakit pinggang. Tak larat jalan or diri lama-lama. Nak mengadap laptop buat kerja lama-lama pun tak larat... Aku asyik nak baring and tido je. Seriously I'm always miserable.

Dahle cmtu, kena GDM lak.

So..... Too many stuff on my plate.

Kerja asyik bertangguh-tangguh. Hate it.

Aku ade contact ejen untuk carikan maid tapi belum ade lagi kemasukan baru utk dioffer.

In the midst of all this, I too am unhappy with some personal stuff. Felt like I'm alone in handling all the problems. Semuaaaaaaa benda aku yang kena handle. Penat tau tak. Really felt unappreciated.

All I need right now is comforting words, hugs... A lot of TLC.

I'm afraid I'll break down soon.





Bestfriend sejak form 4 baru bertunang. Semoga dipermudahkan segalanya Bed. Tahniah :)


Alhamdulillah....
Saturday, May 2, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


As we're getting ready to bed, I always asked him "Razin, sayang Mak tak?"

Usually he would say "yes". Sometimes when he's not sleepy and still wanna play, he wouldn't answer me.

Tonight he said "yer... Sayang"

"Sape slalu kejut Ajin bangun tido?"
"Mak"
"Sape mandikan Ajin?"
"Mak"
"Sape hantar pergi sekolah?"
"Mak"
"Kalau Ajin sakit, sape bawak pergi klinik?"
"Mak"
"Sape basuh berak Ajin?"
"Mak"
"Beli mainan? Sape beli?"
"Mak"
"Baju ajin, sape beli?"
"Mak"
"So.. Sayang Mak tak?"
"Sayang..."
"Nak dengar cakap Mak tak?"
"Dengar"
"Kalau Mak suruh tido, Ajin tido la... Paham?"
"Paham..."

"Ok, peluk Mak..."
And he hugged me, kissed me on my cheek.

I love you with all my heart, Razin. I just pray you would never forget that. I couldn't imagine my life without you.

Al Fatihah to those who just loved their young ones. Even though we are not related but we are mothers... The pain of losing a child....i can only imagine.

Good night.





Alhamdulillah...