Saturday, October 31, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...

**Sticky post** (scroll down for new blog posts)


Open again. Cos current renters dah nak kuar hujung bulan Oktober ni.

Untuk sesiapa berminat nak sewa rumah, kami nak sewakan Rumah Manjung:

Sesapa cari rumah sewa?

Kemasukan November 2015

Rumah Semi-D 1 1/2 tingkat, 4 bedrooms, 2 bathrooms. 

Fully furnished + aircond in every bedrooms.

Sewa: RM1800 sebulan (firm)

Whatsapp/call 0125280858 (Ana) or 0129617875 (Tapa)

- xkisah orang tempatan or foreigner (asalkan bukan PATI hehehe)


English version:

Looking for a house to rent in Seri Manjung, Perak?
We have a fully furnished Semi Detached house in Fasa 1D2, Seri Manjung for rent.
4 bedrooms, airconditioned.
2 bathrooms.

Monthly rental: RM1800

Whatsapp 0125280858 or 0129617875 if you're interested.

Open to everyone - foreigners/locals/students/practical students.

Current renters are 4 employees of Sapura Kenchana (not far from Kg Acheh & Lumut Port).



Kawasan rumah luas. Boleh click label "Our house" kat blog ni untuk pic and video (a ah video pun ada)... tapi gambor lama. Gambo baru takde cos tak amik lagi. Yang penting cat dah bertukar ok sikit. No more colorful macam taska hahaha.

By the way, just a helping tool to those yang mencari rumah sewa di Manjung, boleh join facebook group berikut:



As you can see, group Komuniti I Love Manjung lagi ramai members. So boleh la join group ni ya.

Ni group kedua actually... Group yang 1st wujud adalah group I Love Manjung.

Tapi kemudiannya a bunch of people created the new group "Komuniti I Love Manjung" yang merupakan Persatuan berdaftar. Siap ade akaun bank atas nama Komuniti I Love Manjung. Which is good actually, sebab diorang tapis iklan kat group. Yang tak berdaftar takleh iklan berniaga kecuali barang2 preloved, sewa rumah/bilik etc...

Aku personally suke group baru (KILM) ni cos kalau nak post ape-ape, diorang tak tapis. Takdela 'pending approval' dari admin (macam group I Love Manjung - last time i checked)

ok tu je nak kabor.


Sekian.


Status:

ON RENT from Nov-Dec 2015.

If you wish to rent from Jan 2016 onwards, do contact us.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, October 29, 2015
Bismillah...



Mak and Raul. (Omg i looked so makcik2 with spectacles & tudung express on!)

Anak bujang no. 2 dalam fasa comel dan nakal at the same time.

He's 1 year and 5 months now. Still couldn't string up words... Still couldn't talk, but oh how cute is it to hear him babbles! Hahah

He's so adorable. I love this kid dearly... 

Dia ramah. Suka 'menegur' orang tapiiiii he's usually scared of men with deep voice. Kikiki...

Oh, dia takut kat Atok dia gak. Padahal bapak mertua aku bukanla jenis cakap kuat-kuat pun. Tapi Raul tengok je mesti ngobak. Sabo jela...

Anyway, tu gambo siang tadi masa menunggu beli air... Sekarang gile menerai air-air bancuhan serbuk yang naik macam cendawan tumbuh kat Manjung ni...



Petang tadi try Coffee Legend, tapi bukan beli air kopi pun. I ordered Chocolate and Strawberry flavor. Sedappp! Jangan gula naik balik udahh! Huahua

Tangan kecik yang pegang straw tu tangan Raul. Sebok je.


Hi, saya Raiq! Dah 3 bulan. Alhamdulillah anak no.3 ni anak yang senang jugak dijaga berbanding no.2

Masa Razin ok, masa Raul kurang ok, masa Raiq ok semula.

No.4?? Haaaa ntah le yer. Kalau add tu ade la. Takde pun takpe... Ade orang cakap, (berdasarkan petua & pengalaman dia) next baby pun aku dapat boy gak nih. Hohoho... Mmg nak bg team futsal kot heeee...

Rilek rilek... Take a break dulu. Ade 3 boys pun nak tercirit dah haha

Harini aku pasrah yang aku terpaksa simpan/buang/bagi orang jela baju2 kurung lama cos semua dah tak muat!

Sendat kat boobs and hips. Yang kain berzip (bukan getah), lagi la... SEMUA aku takleh pakai dah. Gilerr. Gemok siot. 

Sedih weiii


This is me at work today. No contact lenses, no spectacles. Just a BB cream on my face & a swipe of lipstick. How plain. Oh well, this was better than my everyday i-dont-care-how-i-look face. Most days I went barefaced and wearing the same tudung 2 days in a row. 

Sentiasa bertudung hitam, berbaju hitam. Macam org berkabung pun ade. Oh yes i'm mourning my pre-pregnancy figure that was LONG GONE. T.T

Yesterday I caught my husband using the Nordictrack elliptical cross trainer that I RARELY anymore (i haven't been working out for agess!). 

Imagine my surprise.. My husband had NEVER USED the cross trainer. That thing cost RM6k. He merely laughed and made sarcastic comments on how I waste my money on it. Then tetiba dia guna?

Guess what? He used it for 5 minutes only! Kahkahkah... Haaa tau pun. I'm not the only one yang tak fit yer. =p

November is nearing. 

Razin ade Ihtifal pada 8th November nanti. Oh anak aku dah nak masuk 5 tahun next year. How time flies!

K lah. Ngantok. 

Patut la, dah pukul 1.15 pagi...

Nak tido. Bye


Alhamdulillah...

Monday, October 26, 2015
bismillah...





Ya Allah... sedihnya...


Bayangkan dari tingkat 26??!

Aku kesiankan baby dia.

Tapi betul ke sebab takleh breastfeed? Entah-entah sebab lain? Ehh banyak ok sebab-sebab untuk buat ko stress and hopeless.

Yes, tak dinafikan masa berpantang, masa baru lepas bersalin adalah masa yang kritikal.fragile for a MOTHER.

Tak kira la first time mom ke, dah beranak 3,4x ke... still, masa ni hormon tak betul, badan tak sihat, darah nifas keluar, tak suci bla bla... So please mothers, get support! Semasa preggy lagi dapatkan ilmu dan sokongan dari suami + family.

Aku harap tragedi ni tak berulang lagi.. Allahu...


Dulu aku stress gak bab susu masa time Razin. 

Then masa Raul and Raiq, ahh lantaklah. Aku bagi je susu tin masa awal-awal beranak. Malas nak semakkan fikiran. Dahla perut kena belah, semua benda tak larat. Susu badan tu in time dia akan kuar, rilek-rilek jelah.

Bukanla aku takde gali ilmu penyusuan. Of cos I know la yang supply-demand thingy. Baby baru lahir nak melekap je cos tak biase bla bla bla all that shit. Tapi aku TAK NAK ko melekap. Aku nak tido. Aku penat!!! Aku dah tak larat nak layan ko melekap. Asyik-asyik nangis nak tetek je! Minum jela susu bancuh tu. 
.
.
.

Haaaa kejam ke bunyinya? aku ade sikit2 nak kena meroyan kot? Ntah la... Lantak. Asalkan aku tak jadi gila nak campak budak (or nak bunuh diri), baik la sesape (laki aku la) tolong amik budak ni bagi la dia susu bancuh ke hape... aku tak larat nak dengar dia nangis.

And yes, lama-lama lepas rilek and cukup rehat, ok je... susu ade je.

Now that is why aku takdelah obses gila about breastfeeding. Seronok and happy yes. Tapi sampai point nak obses gila and nak judge people yang tak bf budak, No la. 

To each her own.

Aku tak nafikan ade ibu2 menyusukan ni obses. But then maybe sebab diorg macam nak mati jugak usaha utk susukan anak. So they deserve to be proud of it. Ingat senang nak pam waktu kerja? huiiii tak larat weh. Aku bernasib baik keje aku flexible, aku la kuli, aku la boss. Dah bengkak dada, balik umah pam. Leh tido+makan+solat sekali.

Now seronok2 try macam-macam pam untuk review. 

Ehh this is not obsessive ya. Ni namanya review. Utk bisnes. =D


Aku nampak kat bahagian komen-komen di social media orang bash ibu2 yang obses susu ibu ni. Yer, mmg kalau jumpa mak2 budak yang poyo+berlagak gila susu banyak mmg ko nyampah. Aku alhamdulillah tak pernah jumpa di dunia nyata lagi.

Baca komen-komen je.

Dulu aku pernah bawak susu tepung ke kursus babywearing yg dihadiri Lactation Kaunselor/kolumnis yang of cos la advocate breastfeeding kan... tapi luckily she didn't say a word about tupperware aku berisi susu tepung yg aku bancuh kat Razin bila dia nak susu. Ekekekeke... nasib baik. Belakang citer tak tau lah kan tapi so far ok je... she was really cool when she helped teaching me to nurse in a sling. She seems ok la. 

I wonder what made the mother committed suicide.

I wonder how she felt.

Allah... kesiannya.... 
Haih...


Bagi aku la, takyah ikut orang. 

Buat mana yang termampu.

Buat mana yang terbaik.

A mother knows best.

Masa berpantang, dapatkan bantuan jika rasa stress, tension and penat. Get help, seriously.

Adios.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Bismillah...


Hi, perkenalkan ni anak aku yang keempat. Huurun Aina Bashasha. Kitorang panggil Huurun (maksudnya Bidadari)

Dah jadi anak aku dah cos minum susu aku. Dalam tak banyak masa nak mengepam tu dapat gak aku bagi Yong susu ebm dalam 20 packs last week. Abis dah Huurun minum.. Dah lebih 5x kenyang dah... So rasmi lah jadi anak aku (susuan)



She's a darling.

Baru masuk 6 bulan.

Tahun ni Raiq ramai gile geng...

Ade Huurun, ade Umar (anak ijah), ada Adam (anak Didi), anak Abg Ijone pn ade.. Tak ingat nama. 

Belah laki aku lak, ade baby baru lahir hari ni... Anak Busu, boy. Tak tau nama apa.

Ehh update: dah tau nama anak Busu... Nuh namanya. Just that 3 alphabets. Hahaha ni kan nama yg aku nak bg Raul dulu... Tp laki aku ltk nama lain. Kalau tak, nama Raul adalah Noah. Hehehehe



Mmm bestnya jadi budak2...



Alhamdulillah...




Saturday, October 24, 2015
Bismillah...

It's 2.57 am and i'm trying out a new pump!


It's Spectra M1 by the way... Will blog about it next week.

Cheaper option than the Spectra 9 Plus. So kita try dulu yer... Daaa

P/s: Actually i'm so darn tired... Been working non stop. But i've been awake since 11.30 reading... Saje la try pam pulak cos Raiq elok je tido


Monday, October 19, 2015
Bismillah...


Mm rajin plak aku mereview sekarang ni...

Well, I've been using Spectra 9+ for a few days now. Sejak Jumaat kot. And today is Monday. 

Caj full on Friday... 

Jumaat pam sekali. 
Sabtu pam sekali. 
Ahad pam sekali.
Isnin (today) pam 2x. And start harini bateri tinggal 1 bar (dari 3 bar).

Baca review dari orang lain pun ramai cakap bateri dia cepat kong berbanding Medela Freestyle hehe.. Tapi as long as rechargeable, oklah.

Memula try (adela 3-5minit), aku tak biase cos corong dia besar - 28mm okeh. Aku pakai Medela Freestyle corong 24mm sebelah, and sebelah lagi 27mm (ok dont ask me why the size is not the same for both! XD)

So bayangkan 28mm plak tetiba... Felt weird. Sakit gak sikit. 

Aku call supplier nak order 24mm punyer breastshield. Tapi orang yang jawab phone tu suruh aku try je dulu... So I did. (But I ordered the 24mm shield anyway!)

Well, turned out it was ok. Lelama dah biase ok jela. Takdela sakit sangat suction dia... Tapi of course tak selembut Medela. Still, oklah. Aku rate 8/10. Ni maybe aku bias cos aku sayang Medela FS aku hahaha... 

Sesapa yang rasa Medela tak cukup powerful, should try this one. Aku pakai Medela suction level 4 je tak ubah2. :D

Another point is; pam ni senyap! Tak kacau baby if pam sebelah baby... 


Ni gambar yang aku snap masa try Jumaat lepas... 

Spectra 9+ ni ade massage mode ala ala Medela jugak... Kalau Medela, automatic 2 minit pertama adalah massage mode utk prepare boobs to express milk. So takdela sakit bila tetib terus pam kan... I really like this feature. Cuma bezanya kat Spectra, u have to push the button for the massage/express mode.

If using Medela, the first 2 minutes adalah massage mode and habis je 2 minutes, terus automatic expressing the milk. Ni beza jela.. Kalau tak penah pakai Medela, abaikan. Pedulik hape.. Asalkan ade mode tu dah bagus dah.

So terpulang pada kita sendiri nak massage mode berapa lama... Rasa dah selesa and ade let down, bole lah tekan butang bertukar ke "Expression" mode. Ni aku maintain level 4 jugak macam bila pakai Medela Fs. It's the default level setting anyway.


1st time pam dapat dalam 6oz.

Sama je macam aku guna Medela Fs. Oklah... Not bad and takdela amik masa sangat to get used to it.

On the weekend aku pam sekali je.. Tu pun waktu pagi sahaja cos pepagi bangun tido memang engorge cos baby banyak tido dari nyusu malam.


Fuhh... Ni paling banyak pernah dapat kot. Dalam 11-12oz... Tapi ni jugak sebab lama tak pam... 

1st session was in the morning around 9am.

Pastu aku bantai pegi tengok wayang lepas Zohor and tak balik rumah (aku tak pam kat kedai cos malas nak angkut cooler bag), 2nd session was at 5.30pm. Tu yang banyak tu huhu...

Apa yang aku suka dengan Spectra ni ialah tak banyak parts nak basuh.

Kalau Medela Freestyle, kita ada:

- connecting part
- membrane
- back cap
- botol
- breast shield

Ok semua tu darab 2 if double pump. So ade 10 benda nak basuh and keringkan.


Spectra 9+ pulak ada:

- connecting part
- silicone valve
- botol

Tu jer! Darab 2 if double pumping = 6 parts only... Huahua

Ni sebab connecting part dengan breastshield adalah satu part. Jimat barang nak cuci. Bab ni aku suker sangat! =D



Yang aku tak suka:

- wide neck! Takleh pam terus masuk botol2 storage aku yang berlambak (cos Medela standard narrow neck, so of cos la banyak stock botol biase yang bukan wide neck. 

Still, takde masalah if pam ni adalah pam pertama anda. Nanti beli jelah botol wide neck.. Banyak je jual.


- Bateri cepat kong. Ok not really a problem for me cos aku bukan heavy user sangat pun. Sehari pam 2x je... Tapi utk those yang sehari pam 4x, rasanya bateri tahan sehari je kot... Contohnye: hari ni caj, esok kena caj lagi kot?

Tu je.

Conclusion, IT IS A GOOD, AFFORDABLE BREAST PUMP!

I like using it... Especially the parts where I don't have much parts to wash tu hehehe...


Ahhh tapi Medela still terbaik la bagi aku. Cuma harga dah merepek... Gile ah Medela Freestyle sekarang sampai RM2000 lebih dah.. Lepas less pun still 2k!

Mmm Maybe ade cheaper? Tapi aku prefer amik barang ori dari authorized distributor. Senang bab warranty etc ni... 

Well harga Medela Fs yang gile mahal tu jugak buat aku cari solution tolong ibu-ibu di luar sana utk mempunyai pam yang bagus dan mampu milik.

Dahle harga Medela Freestyle tu memang mahal dah, kalau bateri jahanam, nak beli bateri dia je dah RM400 (RP RM429 btw). hohoho.. jenuh

Spectra 9+ ni retails at RM920. After less, the price is around RM699 above depends on sale ke pakej ke... For me, it's a good bargain! Ade warranty jugak... Tu yang paling penting if beli barang letrik ni...

Yer Mama Panda memang nak jual pam Spectra after this. ;)

Sebelum jual kena la try dulu so senang nak bagi review hehehe.. So yeah here's my review yang sejujur-jujurnya.

Nantikan kutu breastpump Spectra in future.

Adios.

***Update:


Sape berminat nak join just PM Facebook Page Mama Panda Store (ade kat sidebar kanan blog ni)

Kat bawah ni disertakan sekali review dari customer ku di Manjung yang pinjam jap Spectra 9+ cos dia hantar Medela Freestyle dia untuk service.

By the way, customerku ni memang heavy user. A work-at-home-mom yang pam setiap 2,3 jam.
Before dia beli Medela Freestyle (beli di Mama Panda! :D), dia pakai Medela Swing.




Jangan lupa beli di www.mamapanda.com ;)



Alhamdulillah...
Friday, October 16, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...




Sejak share kat Instagram time pakai plastik beg ni, ramai komen and share cos seriously ni memang memudahkan keroje.

So in this blog entry aku saya citer detail tentang benda alah ni. 

Ape yang aku saya pakai? (ayat kena sopan sikit cos nak review benda haha)


Ok ni review Honeysuckle's Breast Pump Bags and how to use 'em.

On the left side is the Honeysuckle's D'Adapter

Each package comes with 4 units of adapters by the way.

But Mamapanda.com has a starter kit of 2 units adapters + 1 box of Honeysuckle's breast pump bags.

You can check the price here.

However, the adapters only fit NARROW NECK bottles macam yang Medela breastpump pakai.

So, kalau pam anda wide neck (macam Spectra & Lacte) so kena lagi beli tambahan wide to narrow neck adapter.. RM15 satu tak silap... yang tu coming soon kat Mamapanda.com hehe


Ok next.


Pasangkan adapter tu pada pam anda.

Tempat yang selalu kita letak botol tu diganti dengan adapter.




Lepas tu get ready jela plastik and sangkutkan je pada adapters tu..

Ketatkan plastik and tadaaa.. siap!




For me, kelebihan dia selain dari jimat masa, ianya sangat sesuai untuk ibu-ibu yang selalu tandem nursing/pumping macam saya.


Sebelah baby menyusu, sebelah lagi pam.

Ni satu cara nak tingkatkan production susu juga :D




Kenapa saya cakap kelebihan?

Sebab kalau guna botol, botol tu akan mengganggu laluan kaki baby nak menendang-nendang. HEHEHE..

So bila guna plastik, takde dah masalah tu since plastik tak ambil banyak space :)

Isn't it great?? Bottles are no longer in baby's way!



I love how easy it is!

Sambil nyusu, dapat menuai jugak hehe...



Untuk pengetahuan semua juga, Honeysuckle plastic storage bags ni material dan design dia tak sama dengan plastik simpan susu yang biase kita jumpa (yang harga rm10-14 sekotak).

Totally different. Nak lebih confirm kena pegang la kan... 

Sedikit history tentang Honeysuckle ni, founder dia ni dulu design storage bag for Lansinoh. I remembered I wanted to get my hands on those bags masa first dapat baby in 2011 dulu but somehow couldn't get it (not sold in Manjung). So.. bila tau Honeysuckle ni didesign oleh orang yang sama and with better improvement, of course la sukaaa ^_^

Plastic yang digunakan lebih tebal and berkualiti. Untuk more reviews boleh check website diorang, Link here.

Here's a snippets:


Klik untuk tumbesaran berganda




So kesimpulannya:-

PRO
- Cepat 
- Tak perlu cuci botol 
- Tak mengganggu ruang kaki baby jika tandem nursing/pumping
- Plastik berkualiti (biodegradable and tahan, tak mudah bocor)


CONS
- Mahal dari beg plastik biasa. heee...


Well, tu jela kot yang nak direview.

Till then.


***update!

Dah boleh pakai pada wide neck pump seperti Spectra & Lacte.

Additional 2 more stuff to prepare iaitu Wide to Standard neck adapters.


The starter kit for wide neck pump adalah  RM95 sebab adapter tu RM15 satu.

Dgn harga RM95 tu anda dapat;

1 box of Honeysuckle breastpump bags (50pcs)

2 x Honeysuckle's D'Adapters

2 x Wide to standard neck adapters


Benda warna putih tu la Wide to Narrow Neck adapter.





Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, October 15, 2015
bismillahirrahmanirrahim...


Ya well we got a new maid now.

10th Oct hari tu pick up dia kat Kuantan, and now dah beberapa hari la dia di rumah.

About her:
- from Lombok.
- can't read
- sebelum ni kerja ladang, tak penah jadi maid lagi
- ada anak, ada cucu
- janda
- umur 33 tahun


Our comment for the past few days she's around:
- slowwwww
- tak rajin
- tak pandai jaga budak


Oh well, to any of you yang plan nak amik maid, selagi boleh hold, hold lah dulu. Maid ni kalau dapat yang ok tu, alhamdulillah la. Dapat yang slow and macam blur-blur jenuh le jugak.

So far kami masih monitor dia camne. Banyak gak la benda yang memeningkan kepala aku 2,3 hari ni. tapi takpe, kita paham masih BARU. Hopefully in time, berubah la. Banyak dah duit habis ni... nak tak nak kena la sama-sama saling tolong-menolong and kerjasama.


Good news is we have CCTV.

Ya, i'm paranoid like that. Aku takut dia tak jaga anak2 aku betul2... So, melabur lagi duit pasang cctv. Kena RM1650. 4 cameras semua tingkat bawah, decoder+monitor kat master bedroom (our room) di tingkat atas.

Boleh tengok kat hp... so senang la.

This is just a tool to monitor. I hate to use it. But have to lah... kang tak tenang je hati masa keroje huhu...

Well, I wish to blog again tomorrow. Ade benda best nak review... hopefully esok free.


Daaa



Alhamdulillah...




Written By Ryehana
Wednesday, October 7, 2015
bismillah...





Terkesan betul dengan status ni.

Betul. Memang betul sangat.

Dulu masa aku nak berkedai, ramai nasihat TAK PAYAH.

Dengan lokasi yang tak berapa femes (sebab mostly clinics & bengkel je kat situ) and aku berniaga kecik-kecik, ramai nasihat takyah buka kedai. Biar online je... 

Tapi aku teruskan jugak niat aku tu. Alhamdulillah... makin bertambah barang + brands yang aku jual. Plus aku lebih selesa orang datang kedai dari datang rumah :)

Kelebihan lain: dapat gajikan adik sendiri yang menganggur. Takla banyak gajinya, tapi dia pun dapat kerja yang tak banyak pressure (keje ngan kakak kan...) and flexible.

Now....

Aku ade projek lagi nak buat tapi masih berkira-kira and dalam pertimbangan.

I don't know if I should pursue it or just wait and see first.

From experience, I learned that if you wait too long, you're going to miss big time.

Haihh such dilemma.

When I read Kak Di's status above, lagi la macam semangat nak teruskan.

Oh well... time would tell.

Sekian.


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Bismillah...



That sums up what I do for living. My work. I love it. 

Anyway...

It's 2 am.

Couldn't sleep cos tertidur petang tadi. Know what? Nasib baik laki aku balik kerja dia kejut aku. Dalam pukul 5.40 petang camtu. Aku and Razin sedap tido... Aku tertido sambil bace buku kot (around 4)

Bila check hp, ade whatsapp dari babysitter yang gitau "akak, susu Raiq tinggal sebotol".

That's a cue for me to get ready to pick Raiq up from babysitter. And that whatsapp was an hour ago. 

Nasib baik masa aku sempat amik Raiq before dia ngamuk... Dia sempat abiskan last bottle and elok aku datang amik.

Fuhh.. Selalunye aku pickup pukul 5 camtu.. Tadi almost 6pm. 

Leceh gak bekalkan susu ebm ni. Tak larat nak mengepam. Aku sekarang memang kais arini utk esok baby minum. Kalau arini tak pam, takdela susu untuk esok. Huhu

So takleh nak tinggal baby kalau nak pergi memana. Where ever i go, baby goes....

Arghh kena tido. Esok Razin sekolah after 2 hari cuti jerebu.

Esok jugak ade org nak datang pasang cctv kat rumahku lepas pukul 10 pagi. Kena mandikan Raiq awal sikit la nampaknya.. Slalu mandi pukul 9-9.30... Pastu hantar babysitter... 

Raul takde kat Lumut.. Sejak last week dia dok Beruas. Aku nak bawak balik Ahad lepas Kak Lin kata takyah le... (Ahad lepas kenduri Dayah anak Pak Ngah btw)

Sian kat Raul. Asyik berjauhan dgn Mak je. 

Takpe... Dah ada maid nanti, we'll be together always! Takde dah mak hantar or bagi Opah/Mak Yang amik Raul lagi...


Toodles! Night.




Alhamdulillah...
Sunday, October 4, 2015
Bismillah...


Ya Allah ya tuhanku.. Mengucap panjang bila nampak ape yang melintas kat timeline malam/pagi ni.







Giler betul!

Selamba jual pil gugur kandungan kt instagram??? Gile! Bodoh!

First sekali, if there's any of you adik-adik yang google tentang pil gugur kandungan ni terjumpa entry blog ni, please lah fikir masak-masak before gugurkan kandungan.

As a mother of 3 children, of course i'm against abortion. UNLESS there's a medical condition yang buatkan ko terpaksa gugurkan janin. Kalau doktor dah nasihat cmtu, then tu lain cerita lah. Tapi kalau EKSIDEN pregnant and nak gugurkan cos tak kawen lagi etc, TOLONG JANGAN berbuat begitu.

Nak tambah dosa dgn bunuh baby?

"Biarla gugur dari lahir jadi anak haram or dibuang/mati juga nanti"

Oh my god. Janganlah sebab itu...

Tahukah anda ada pusat2 perlindungan wanita under Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk golongan yang terlanjur & preggy out of wedlock?

Ni tempat kakak aku kerja: Taman Seri Puteri, Batu Gajah.

Dulu2 orang panggil "pusat pemulihan akhlak"

Kat sini tempat utk perempuan yang terlanjur anak luar nikah: be it suka sama suka, kena rogol n pregnant ataupun dibuang keluarga etc.. Macam-macam kes ade... Tapi mostly tempat utk pompuan berlindung.

Ade banyak lagi pusat mcm ni kat seluruh negara. 

You will be well taken care of. Mengandung pergi checkup kat klinik and settle sampailah beranak. Anak sama ada nak bela or bagi orang. 

Kalau tak nak baby tu, bagi kat orang. Jangan bunuh dan buang. Kesianla kat anak yang tak berdosa tu.

Ramai orang takde anak nak anak... Yang dah dapat anak, nak buang/terminate pula. Allah.... (Sedih betul tgk gambar2 janin yang gugur tu - boleh pulak seller tu buat jadi testi! Celaka betul)

Yang nak amik anak angkat pulak, tolonglah ketepikan stigma yang anak luar nikah ni tak bagus lah ape lah. Anak tu tak berdosa pun. Kalau kita yang didik tak betul, bukan anak luar nikah pun sama je tak menjadi. Anak tu kain putih. Sapa yg jaga dia tu la yang corakkan dia.

Berbalik kepada gugurkan baby ni, kepada adik2 tolong fikir masak2. Muda lagi dah nak rosakkan rahim? Kalau in future ko nak beranak tapi Allah tak bagi mcm mana.... Sedih tahu tak.

Ko tak kesian ke kat nyawa dalam perut tu?

Please... Kepada yang buntu, yang tak tau nal buat apa, please check in kat Pusat Perlindungan Wanita yang terdekat. Yang aku tau yang under JKM jelah. Tapi byk juga under NGO. Google je. 

Kalau buntu sangat, whatsapp aku kat 0125280858... nanti aku tolong bagi guidelines. 


Adehhh pedih hati tengok post ni kat Facebook. What has the world becomes?

Risaunye lah dgn masa depan anak2 aku... Hidup akan dtg lebih mencabar...



Alhamdulillah...

Friday, October 2, 2015
Bismillahirrahmanirrahim

2.30 pagi and masih belum tido. Maybe sebab dah tido lepas Isyak tadi. Penat gile arini.. Raiq meragam je kerojenye. Lepas Isyak aku terus pengsan dalam bilik. Dengar gak le Raiq ngobak cos dia mcm xberapa sihat/growth spurt ke ape tah. Lantaklah. Bapak dia jaga... 

Aku sedar pukul 10 cos dia melalak2 dalam buai and laki aku kat atas. Terpaksa le bangun jugak huhu

Malam ni settle ngemas umah sikit-sikit. 

Aku ni bab masak memang malas and tak suka... Aku sanggup tak makan haha... Tapi kalau bab ngemas umah ni memang aku tak tahan. Aku sangat2 tak suka umah bersepah. 

Masa mula2 beranak dua (ade Raul) dulu asyik tension je cos Raul memang tukang sepah. Razin dulu bukan jenis menyelongkar, so takdela beria teruk sangat... Tapi Raul jangan. Barang Razin yang bertahun2 elok je if dpt kat dia abih jahanam haha... So yeah, masa ade anak dua aku asyik tension.

Pastu aku malas dah sakit2 kepala ngemas umah. Kalau aku xlarat, aku bior je. If larat, aku kemas.

Tapi paling lama buat "dek" pun ade la dalam 3,4 hari je kot. Aku mmg xtahan umah semak.

Paling senang aku panggil akak cleaner ngemas umah. Tapi if nak jimat, kemas le sendiri... Upah orang sekali kemas dah melayang RM80. ;p

Mungkin sbb dari kecik dah biase ade orang gaji, umah mmg xdela bersepah teruk gile. So aku sendiri tak tahan if semak sgt.

Beza dgn laki aku. Aku selalu gile bengang cos dia jenis jelui je baju merata and tak letak dalam bakul baju kotor. Pastu lagi satu aku geram, almari baju mesti tak reti nak tutup! Biar je tercangah lepas dah amik baju.. Ape la salahnye tutup je pintu lemari tu kan.. Eii geram benor teman... Huh.

Lagi satu xpueh hati, susah benor nak tolong mop lantai. Ni lagi satu aku lemah.

Aku tak larat nak mengemop. Sapu ok, kemas mainan budak yang bersepah, lipat kain sumer ok. Mop aku tak larat. Sakit pinggang oi

Tapi ape2 pun aku bersyukur la laki aku berganda bagusnya nak tolong hal rumah berbanding bapak aku dulu...

Husband aku akan mesin baju2 kotor and sidai. Baju2 kering dia akan angkat (TAPI DIA TAKKAN LIPAT. Selama kawen tak pernah nampak laki aku lipat kain hahaha)

Laki aku masak. Aku memang malassssss gile bab masak2 ni. So memang tu keje laki aku. 

Kalau laki aku tak penah lipat kain, aku lak tak pernah siang ikan langsung selama hidup berkahwin ni. Not my job. Hehe.. Oh and iron uniform askar dia pun tak pernah. Laki aku xharap kot. Dia iron sendiri heee (bgsla cos aku malas gile nak iron baju)

Aku bersyukur jugak cos laki aku tolong uruskan anak2 starting dari aku berpantang Raiq dulu. Pepagi mandikan n siapkan Razin ke taska, angkut Raul n htr ke babysitter. Oklah. Dulu tu semua aku buat. Now dh ade baby kecik kena pass la

Aku dah dapat maid by the way.

Cuak and risau. Lega pun ye juga. 10hb nanti nak pergi Kuantan untuk amik bibik.

Aku meramalkan perniagaan lebih terurus and rumah kemas selalu pasni. 

Haih banyak nak type tapi tak syok update dari phone. Dapat ngadap komputer best sikit.

Dah 2.50 am. Ngantok dah..

Tulis point2 jelah.

1. 4hb okt ni birthday Nini and also kenduri kahwin sepupuku Dayah di Panchor. Tahniah Hidayah Norhan!

2. Petang tadi aku dah tukar bateri iphone 5 aku kat kedai Sofan King di manjung lama. Kena RM80 je. Oklah. Ori tak ori batt tu aku tak kisah sangat sebab warranty iphone dh lama abis n aku desperate nak battery baru. Hopefully ok jelah

3. Tak jadilah beli iphone 6s. Mahal sgt. Baik aku melabur bizz... That's why ip5 just tukar batt je. Pakai la sampai terberancei. Dah rosak nanti treban je..then baru le beli baru huhu. Doa2 le ade bajetnya

4. Aku tak suke nak berblog or bercerita ttg bapak aku. Kami tak rapat n aku sgtlah anti dgn beliau sejak kecik2 dulu... Membawa ke besor. So yeah, we're not close and i dont like to talk about him.

5. Raul kat kampung... Kak Len amik semalam. Deme balik cos kenduri Dayah tu. Umah sunyi sikit bila Raul xde 

Ok ngantok dah

Nanti sambung.

Last update gambo bapak anak 3


Best gile stroller ni hokeh. Nnt free aku review

Bye


Alhamdulillah...