Wednesday, December 7, 2016
bismillahirrahmanirrahim...




Rajin pulak nak update blog today. Maybe sebab masuk kerja awal dari biasa, Hanis tak datang lagi so aku update la kejap.

Kat blog ni aku tak citer lagi eh yang Kak Yantee aka my trainer dah kena pindah ke daerah Kuala Kangsar? Sedih giler aku masa dia kabor... yela, aku ni dahla takde kawan sangat kan, aku kawan dengan dia je.

Lepas ni nak pergi gym, nak pergi hiking dengan sape? Nak bergossip, nak menyembang hal bini-bini askar dengan sape? Sedih wei... aku takde kawan huhu

Like today, sebenarnye aku tengah semangat berkobar-kobar nak hiking Bukit 300 tu tapi takkan la nak pergi sorang-sorang? Bahaya oi. (dahle aku ni penakut le jugak)

Pastu nak pergi gym pun, mmmm malas sebab sorang-sorang...

Anyway, since dah takde trainer, aku decide I HAVE TO CONTROL MY DIET.

That's the least I could do now that I won't be working out much? Don't know...

Target aku nak dapat below 70 kg je. Walaupun berat ideal would be 65 kg, but man, itu zaman anak dara kot? Takyah kurus kerempeng sangat (padahal susah nak capai kahkah). 

Nini sekarang dah banyak turun berat cos dia buat Just Dance and treadmill kat rumah. She is also a calorie-counter (very annoying most of the time) and control makan gile-gile. Menyampah haku. Tapi tu memang bagus la kan, berat cepat turun. Haih... semoga istiqamah untuk #ananakkurus2016

Ade beberapa hari je lagi untuk habis tahun 2016. Tercapaikah target #ananakkurus2016 tu?


---

Next, cerita tentang budak-budak. Razin and Raul now kat Beruas, aku hantar semalam cos Yong suruh hantar. Yong and Huurun ade kat Beruas. Yong siap bawak mak mertua dia lagi and sorang lagi anak sedara umur 6 tahun, Abg Chik. Bestfriend Razin. So that's why aku bawak le jugak Razin balik.

Jumaat nanti nak kena amik balik cos husband aku pulang and he will want to see all of his kids at home.

Weekend ni spend kat Lumut je cos ade orang nak check in homestay dua malam. Plus, last weekend dah balik Beruas, weekend ni dok je la Lumut. Kalau nak merayap pun maybe Isnin or Selasa? Kalau rajin.

Umi, my lived-in babysitter dah request awal-awal yang first week of January tu dia nak cuti seminggu. 9hb Jan baru datang kerja. Huhu... jenuh ler... Husband said, maybe tu tanda-tanda kena cari pengganti dah? Well, I hope not. Tak larat nak cari orang. Hopefully she still wanna work with us. Dia start April aritu kot. Gaji pun aku dah upkan dah. Oh well, we could only hope.


---

I can foresee 2017 can be a tough year financially. Well, dari segi bisnes, memang dah nampak how people are so berjimat-cermat sekarang... Again, let's hope for the best.

Razin will be 6 years old next year. How time flies. I'm getting old too. Husband would be 37? Hmm tapi lahir hujung tahun, lambat la lagi... His birthday is tomorrow by the way (8th Dec), so esok baru genap 36 years old. Wow. Dah tua. kahkah...

Oklah. That's all for now.

Diakhiri dengan gambar anak-anak kesayangan.






Written By Ryehana
alhamdulillah...