Tuesday, December 28, 2010
bismIllah...


Goodbye 2010.. Hello 2011
Picture taken to here.



Bila tahun 2010 hampir melabuhkan tirai, mulalah dok memikir-mikir balik apa yang aku dah capai dalam setahun ni. Bertambah dosakah? Bertambah pahalakah? Bertambahkah iman di dada?

Seeloknya memang bagus le bermuhasabah diri ni kan... biar sedar-sedar diri sikit yang diri ni makin tua, bukan muda... huhu..


Imbasan 2010:

Awal tahun 2010, I was still feeling euphoric with the new phase in my life; which was being someone's fiancee. In fact, last Sunday was our engagement's anniversary! hehe...

Nothing much happens in early 2010... just me working my ass off at the office in KL. Befriending some colleagues and having a memorable time. :)

I actually went to the New Year's celebration in Pavilion KL last year with a dear friend. Itu la first time celebrate New Year. Ada pengalaman pahit though... ade orang baling mercun and serpihannye terkena kat kawan aku... sian dia... huhu...

This year? Hmm... Hubby told me that I have to accompany him to a function to celebrate New Year in the naval base. To tell you the truth, I HATE attending those so-called functions. Dahle badan tengah membuyong, baju pun tak tau nak pakai baju ape... plus, aku memang bukan jenis reti bersosial sangat pun... huhu :(... memang takde mood... aku cakap takmo pergi tapi hubby kata KENA jugak pergi. Benci! Benci! (ni la part aku paling menyampah bila jadi bini naval officer nih)

Ok enuff about that. Back to 2010 stories...

Pada April 2010, aku dapat join company trip ke Pulau Redang. Memang best gila la time ni cos sekupang pun tak kena bayar. Pergi lak ke pulau yang di antara tercantik di Malaysia... masyukkk... huhuhu...

Di Pulau Redang itu la first time bersnorkeling dan mandi di laut yang bersih, jernih dan biru... memang cun gila... huhu



Selain tu, increment gaji naik lepas settle appraisal. Sikit jela naiknye cos kerja tak sampai setahun lagi time tu... ape-ape pun syukur alhamdulillah...

Tahun 2010 ni jugak mencatat sejarah cos first time dapat bonus... nama pun ni first company aku kerja kan... so agak excited gak la... hehehe... syukur...

Paling penting sekali, tahun ni aku kahwin!

Bernikah pada 5 Jun 2010, dan majlis kenduri pada keesokan harinya iaitu 6 Jun 2010.


As of today, dah hampir 7 bulan menjadi isteri kepada Lt Rostafar bin Abdul Rasid.


Kemudian, selepas sebulan lebih bernikah, aku dapat tau yang aku mengandung....

That is definitely something I look forward to!

Syukur alhamdulillah...

I was then transferred from KL to Marina Island, Lumut to report at a new branch. This transfer was an answer to my prayers since I know that I'm pregnant. I am forever grateful to Allah...

On November 15th (after 5 months of marriage/pregnancy), I moved to my husband's house (our house now!) in Lumut. It's a new house, new surroundings and new experiences. :)

And then, selepas scan perut lebih kurang 2 minggu lepas, aku dapat tau yang baby yang aku carry dalam perut ni adalah lelaki... :)


Aku sangat-sangat bersyukur dengan segala yang aku dapat setakat ni...

Betul kata Abg Ama, perjalanan hidup aku bagai disusun dengan cantik. Berhenti belajar, dapat kerja, dapat pulak handle branch baru plus dekat ngan suami. Kahwin then pregnant dalam masa singkat... Alhamdulillah...

Aku sedar, senang Allah memberi, senang juga Dia menarik balik segala nikmat yang Dia beri kepada hambaNya.

Bak kata Malique dalam lagu Alhamdulillah;

"sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar..."


Moga aku tidak leka dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada... Insya Allah...


Kesimpulan rentetan peristiwa penting tahun 2010 ialah;
Dari tunang orang, status berubah menjadi isteri orang selepas lebih kurang 5 bulan setengah bertunang.

Selepas sebulan lebih berkahwin, status berubah lagi kepada 'bakal ibu' :)

Dari bekerja di Jalan Sultan Ismail, KL... kini aku bekerja di Marina Island, Lumut. Under kompeni yang sama. :)



My hope for 2011;

-I hope I will safely deliver my baby... moga baby dan aku sihat dan selamat...
- Aku harap family aku sihat walafiat supaya dapat melihat anak aku nanti... especially my 90 year old Opah...
-Be a good mother and wife
-Menjadi muslimah yang lebih baik
-Bertambah rajin bekerja
-Rezeki bertambah...

Mudah-mudahan...

Salam sayang,

alhamdulIllah...
Monday, December 27, 2010
bismIllah...


Malam tadi sampai Lumut pukul 10.30 malam. Lembik selembik-lembiknye dah... Mane tak lembik, gerak dari Kuantan pukul 3 petang, then kami singgah ke kampung suami jap di Lanchang. Lepas dah solat and hubby tido 15 minit, pukul 6 petang camtu baru la gerak balik Perak.

Dahle pulak tu, jem macam nak gile lepas tol Bentong menuju KL.

Slow sangat bawak kereta... Kat Genting Sempah pun jem, so tak jadi isi minyak kat situ. Sampai Batang Kali baru isi minyak.

Aku lak tetiba je demam. Panas badan... Tapi memang dah expect cos mulut payau and tekak sakit sejak kenduri lagi. Itu memang tanda-tanda aku nak demam. huhu

Aku rasa ni last trip untuk travel jauh-jauh. Letih sangat walaupun bukan aku yang drive. Perut bergoyang-goyang je dalam kereta. Serik dah nak jalan jauh-jauh ni...

Itupun laki aku leh tanya, cuti raya cina tahun depan larat tak pergi Johor (umah ipar-duaiku). Mmmm... rasenye memang tak dapat la cik abang oi... time tu nanti dah 8 bulan pregnant kot. huhu...

Lain hari jela aku tempek gambar kahwin Eti dan Dafi. Lagipun kamera tertinggal kat Kuantan. Mintak-mintak tak hilang...

To Eti and Dafi, welcome to the club! Selamat melayari hidup sebagai suami isteri dengan penuh bahagia. :)

That's all for now. Nak tidur... huhu

Friday, December 24, 2010
bismIllah...



I don't think you ever stop loving someone you cared that deeply about. I also don't think you should try to erase any part of your past, because, in fact, you can't somehow. The difference is, to let go of the pain and get on with life.


And I believe I've done that.





Random;

Today's mission: Going to KL to send Sonata and took back Innova. Then to Lanchang, Pahang to spend the night at my PIL's.


Tomorrow? Check in hotel in Kuantan and lepak umah Mak Njang sampai malam cos sepupuku, Aziati akan menikah malam esok.


alhamdulIllah...
Thursday, December 23, 2010
bismIllah...


1. Mood hampas aku masih belum ok. Tadi waktu balik dari topup kereta, aku nampak ade 2 bijik kereta persendirian mane tah dok parking kat tempat parking kereta-kereta sewa kompeniku. Rase nak pancitkan tayar je... Dah sah-sah ada tulis 'HERTZ' kat tempat parking tu... Gatal jugak nak park situ. Padahal banyak lagi kosong... tapi sebab tempat tu dekat ngan nak kuar. Takde kesedaran sivik langsung! 2 bijik kereta ok! Aku lak kena parking kat tempat lain... cilakak... Bengang je aku...

2. Yong tak jadi ikut aku dan hubby ke Kuantan. Haih... So maknanye Yong, Nini, Hanis and Diyana tak ke sana. Tak best... :(

3. Lagi seminggu cukup 7 bulan pregnant. Hubby tak galakkan aku untuk scan for 3D/4D. Katanya, "dah tau gender udah la... setakat nak ikut trend and nak tengok muka baby, tak payah... Nanti kuar jugak baby tu... Tengok la puas-puas." Huh. Kalau bukan sebab aku sakit perut aritu, mesti tak scan lagi... and tak tau gender lagi... Aritu malas nak scan 3D terus cos baby macam kecik lagi... bukan ape, aku takut aku sendiri macam rasa tak best bile tengok muka baby 'tak ada rupa' lagi... yela, kang aku yang seriau. Paham-paham jela kalau tengok baby 3D... masih diselaputi lendir-lendir etc. Mmm... so, macam takde je nak buat 3D jadah ni... takpela... ikut jela cakap laki aku... huhu

4. Aku cepat letih lately. Asyik sakit kat bahagian bawah tu... :(

5. Dah lama tak minum susu. Like, seriously! Ubat-ubatan pun sama. Ni sumer salah laki aku... dia letak ubat dalam peti ais. Aku letak atas meja supaya senang nampak and teringat nak makan. Tapi dia alih... so asyik lupe je makan ubat/supplement. Bab susu plak, aku tak bancuh cos susu Anmum yang beli dulu dah lame tinggal kat umah tak berbancuh... macam tak elok je... so aku xminum la...

6. Kerja macam biasa... cuma aku dah agak stress bila kerja sorang-sorang... Bila aku kuar, ada je orang call. Kalau aku kat ofis, takde ape lak. Bengang je... cepatla bulan 1. Aku harap Ganesh cepat-cepat la masuk... janganla postpone lagi! >__<

7. Aku kena buat cermin mata baru cos yang lama ni power sikit. Power mata dah naik. And entah kenapa, dah seminggu aku takleh nak pakai contact lens. Kalau pakai, merah-merah bijik mata. Lens baru beli tu! Plan nak pergi jumpa doktor mata tapi masa sangat mencemburui aku...

8. Tak sabar nak tunggu bulan 1 so that hubby leh kuarkan duit untuk...
a) Pasang grill dan awning (awning untuk belakang umah supaya leh letak mesin basuh kat luar and untuk tempat menyidai kain).
b) Pasang kabinet dapur (sikit je ni... rasenya tak sampai 2K... tapi hubby nak jugak pasang dapur berhud etc. Haihh tengok la camne)
c) Beli barang-barang baby! Baby clothes, baby cot and stuff. Aku insist untuk ada baby cot for may reasons.
Ok. Tu je.

9. Duit petty cash dah tinggal sikit...

10. Aku mengalami berbagai perubahan emosi. Takut bersalin, Excited nak ada anak, Risau tak dapat jaga baby dengan baik, risau tak dapat jadi wife yang baik... etc. HUHUHU... T___T. Aku jugak tak tau sama ada nak breastfeed baby or campur-campur... haihhh....

K lah...

Bye.

Salam...

alhamdulIllah...
Wednesday, December 22, 2010
bismIllah...


Yeah... lately mood cam hampeh so aku nak blogging pun maleh. Tapi sebab arini aku free sikit, tambahan lak aku takmo layan sangat sakit kepala aku ni, aku pun menaip la di blog kesayanganku ini... panjang tau entry ni... hehe

Semalam aku bengang cos seharian line maxis takleh pakai. Dari pagi tu weh... dahla aku punyer keje ni kalau takde telefon memang susah gila. Aku ni siap dah aktifkan 'call transfer on no reply' kat tepon ofis aku ni so that kalau aku takde kat ofis, sesape yang call tu leh di'divert'kan ke henpon aku. Tapi memang hampas sungguh la bila henpon takde line!! Aku ni siap dah sampai depan umah customer kat Venice, and then bila aku call dia (guna nombor celcom di henpon Z610i yang purba itu) rupanya dia tak abis meeting lagi kat Port Lumut... Dia kata dia call ofis takde orang angkat. Hadeihhhh... sabau jela...

Tak pasal-pasal aku jadi Momdzilla kat twitter...

Memang kurang ajar betul orang yang vandalised pencawang-pencawang maxis tu...
Kes kabel kena curi kot?



Pagi ni baru line ok sikit... aku cakap 'sikit' cos asyik terputus je bila cakap ngan orang...
Itu satu lagi faktor yang buat aku bengang pagi-pagi arini... Aku tetiba dapat call dari orang Astro untuk confirmkan/verify yang kitorang nak pasang Astro kat umah. Apply nama laki aku tapi obviously dia call laki aku tak dapat, so dia call aku... Nak mintak no. IC tentera je pun... Aku memang lupa (maleh nak ingat) so lambat sikit la aku nak recall or refer dalam henpon. Sekali line putus... yang aku geram tu, bukan nak call balik!! Dahla aku tak dapat nak call dia... Call customer service pun, diorang suruh tunggu jela call lagi... Eeeiiii bagi orang bengang je... kang benda yang leh proses dalam sehari dua mulala berlanjutan sampai seminggu... benci! >:(

Benda lain yang bagi aku agak kebengangan adalah tentang hotel bookings. Yer, salah sendiri la cos tak book awal-awal, tapi mood aku memang cam taik la bila kena surcharge cos Krismas! Waaaaaaa... gerammm je... tak dapat nak stay kat hotel yang diingini cos nak jimat (kami kan kedekut), so stay hotel biasa-biase je... dahle pulak, hotel biasa pun jenuh la nak cari... banyak gile fully-booked. Kalau ada pun, katil single 2 bijik. Sebijik double bed sume yilekkk... Takpela... nak wat camne kan... tapi mood still.... Arghh... geramm je...

Eh.. lupe nak citer. Aku book hotels ni cos nak pergi kenduri kahwin sepupuku, Aziati di Kuantan this weekend. Itu pasal la...

Aku dah apply cuti dari 24th sampaila 27th. Tapi hari Ahad dah gerak balik Perak dah cos hubby kerja... Aku saje mintak cuti hari Isnin cos nak pergi checkup kat klinik. And aku nak rehat... travel jauh-jauh semestinya penat.

Cakap pasal penat, well... Memang terasa sangat tak larat nak bawak badan lately. Nak jalan dari ofis ke parking pun sakit kaki. And aku tak tau la memang normal ke ape, tapi asyik macam ngilu and sakit je kat bawah perut ni.. perut meregang nak besar lagi... huhu

Risau gak kalau muncul stretchmarks yang baru... cos dah nampak macam ada ura-ura nak pecah lagi je... tapi harap-harap takdela... kalau ada pun, janganla banyak sangat. Mengharap dengan sangat!

Aku dah tak pakai dah losyen. Aku rasa macam tak berkesan je. Dahla aku tak suke melekit-lekit tu... So sekarang aku dah berubah pakai minyak je. No more losyen. Body shop nyer losyen ke, body butter ke... huh, macam tak jalan je. Aku sekarang sapu perut ngan Ginvera Bio Pure Olive Oil yang aku beli kat The Store selepas muncul stretchmarks pertama. Huhu... Murah pun murah.. Yang penting, aku rasa selesa la pakai (cos tak melekit kalau kena air/berpeluh)... Mmm atau yang sebenarnya, dah tak kuasa nak cari losyen mahal-mahal cos I already have the stretchmarks! buley? hehehe

sila lumur di perut sebanyak 2 atau 3 kali sehari


K lah, malas nak citer bab tak best.

Aku tak sabar nak balik kerja hari ni sebab nak ngemas rumah. Umah dah macam hape lagi cos weekend asyik busy je. Malam tadi walaupun tak larat, tapi aku nyapu jugak dapur cos dah berminyak-minyak and banyak benda-benda kecik bersepah. Nak mop tak larat, so aku kerah suamiku untuk mengemop tengah-tengah malam. Ala, takde la tengah malam... dalam 10.30 malam je... Mop dapur je pun...


Abaikan sinki + bawah sinki yang bersepah.
Nak wat camne, almari/kabinet takdok lagi...
Nak upah orang buat rak/almari bawah sinki pun tengah pokai...
Tunggu tahun depan dapat dividen... leh la tambah-tambah sikit ape yang patut...


Rumah oh rumah...
Banyak gila pakai duit untuk renovate and menambah baik keadaaan rumah.
Aku nak je suh hubby buat loan, tapi awal-awal lagi hubby tak setuju.
Aku nak buat loan? Mmm takpela.. lenkali jela... loan ptptn pun berlambak...
Takpela... pelan-pelan kayuh...

I guess, all couples yang baru kahwin semua mengalami keadaan camni kot. Kalau yang dok nyewa takpe lagi rasenya cos belum berkehendak nak repair/renovate umah. Tapi yang dah ada umah sendiri ni... duit sentiasa rasa macam tak cukup. Nak tanam pokok bunga la, nak bela kucing la, nak beli almari baru la, nak beli tv lagi satu la, nak itu, nak ini... gile... hahaha

Tapi aku target nak kemaskini dapur je dulu. Hubby lak target untuk letak grill and awning belakang umah cos dia nak letak mesin basuh kat luar. Hmmm... moga-moga dalam awal tahun depan tercapai la hasrat. Alhamdulillah bertemu jodoh dengan suami yang jimat dan tak boros macam aku. Yang penting, tak merokok! Syukur... (duit rokok je dah berapa wehhh)

Semalam sempat usya-usya barang-barang baby kat Manjaku di Sitiawan. Huiyoo... mahal wohh barang baby. Baju kecik nak mampus je dah dekat RM20. Aku yang tak pernah beli baju baby ni rasa macam kejutan budaya sikit. Yela, akalku untuk menerima 'secebis' kain berharga puluhan ringgit tu macam susah je... (dasar kedekut). Huahuahua... Tu belum lagi baby cot nyer, bedding nyer and ape tah lagi...

Kesimpulannya, kena berjimat-cermat la lepas ni. Lepas ni bukan lagi berdua. Tapi akan bertiga, insya Allah. Kena powerkan lagi skill pengurusan duit ni. huhu...

Insya Allah, we'll manage...

Panjang gile la plak entry ni... dari nak citer tentang mood hampas, dah melalut-lalut sampai bab duit plak.

Better stop now. Bye.



alhamdulIllah...
Monday, December 20, 2010
bismIllah...



This entry is dedicated to my former colleagues in KL.



Dah sebulan lebih aku di Lumut. Rindu dengan branch KL. What I missed most would be the people and the hectic life there... Yela, Lumut tak busy pun... Selalu je aku jadi macam penunggu ofis. Sampai time balik, aku balik. Kalau KL, memang sentiasa ada orang. Jumpa macam-macam orang... Keadaan sibuk memang bagi thrill...

Tak semua ada dalam gambar...
Pic taken masa bulan puasa yang lepas...


I miss my bosses. My friends. My colleagues. Abang Nazri is the most funniest man I've known. Kami budak-budak front counter ni kalau dia ada je menyibuk kat depan, mesti asyik tergelak-gelak je... tak kisah la lawak lucah ke ape ke kan... apa-apa pun, memang dia penyeri.

Then the RAs, macam-macam pe'el semuanya. Amir and Domi, among the closest to me. Rauf too (whom I called every now and then and pisses him off cos I was obviously pestering him about workshop stuff). Syed, the new guy yang selalu aku tumpang balik umah bila aku dapat MC. HAHA. Masa ku kat Lumut, dia ada datang sekali buat changeover ngan customer... so dapat la jumpa.. :)

Jenuh cari gambar abg Nazri... akhirnya jumpa.
Tapi ni gambar lama gile..
Si Domie masa ni siap ada misai lagi...
macam orang tua... haha

from left: Domi, Abg Ari dan Abg Nazri


From left; Rauf, Aku dan Amir (tak nampak mata)


En Ismail (our fleet supervisor) who I respected, for his unique character. He could be dead serious one time (ni sume orang takut), and he could be very funny too. He is our savior when we didn't know where to look for cars (lots of bookings) and when customer had car problem. Semua tentang kereta, semuanya beliau tau. Kereta ni, problem dia selalunya macam ni... Kalau kereta lain, problem dia camtu plak... Sangat kagum cos nak bandingkan ngan aku yang hampeh ni... nama je belajar mekanikal, tapi banyak tak tau...


takde gambar En. Ismail dalam simpanan!
>__<


Heck... I miss the chaotic environment.

However, what I didn't miss was the stress between colleagues.

It's a constant pressure when you bottled up what you felt for the sake of other people's feelings.
You are angry because it seems like it's always you who's doing the job, while the others just surfing the net reading news and chatting among themselves. Nak tegur, kang terasa... lagipun, sape lah kita ni nak tegur orang... dia tu sama macam aku je... aku ni bukan boss pun. So how? urghh... that feeling of anger memang boleh merosakkan diri.

When that happened, mulala rasa macam tak ikhlas buat kerja. Serius... rase tak best. Cos kenapa semuanya kita yang kena buat? Kenapa 'dia' tak buat? Korang pernah rasa situasi macam ni? Memang tak best... kerja kami sepatutnya seronok, but when cases like I these happened, jadi tak seronok la... There would be clans/gangs... So not healthy for work.

Lega sangat dah blah dari situasi macam tu...

I'm grateful I got transferred.

Faktanya, dalam kompeni ni, kalau seseorang itu ditukarkan, mostly the reason would be sama ada naik pangkat ataupun itu hukuman dia tak perform.

I actually requested to be transferred because of my pregnancy. That was the true reason. The additional points would be that my husband, my family are also here in Perak. Kebetulan pulak company nak bukak branch baru di Lumut. So dapatla aku tukar... (rezeki sungguh). Yeah, I lose the opportunity to be 'big' in the capital city, but heck... I don't care. To me, my baby's welfare is more important. Tak kisah la tak naik pangkat ke ape... asalkan aku dekat ngan family. Kang ape-ape jadi, senang... family dekat. Tu je aku fikir.

Alhamdulillah... rezeki Allah nak bagi, aku pregnant, dapat tukar ke Perak dan bekerja dalam keadaan yang aman damai. :)

As for my friends in KL, I know those things (yang aku tak suke tentang branch KL) still happened. Memang stress la lagi-lagi time peak season camni... Cuti sekolah... and then nak Krismas, nak New Year... banyak orang sewa MPV untuk kenduri kahwin la ape la... I know KL branch memang busy nak mati time-time camni... huhu

From left: Nurul, Aku, Shakila, Nadia, Aqram and Eja


I hope you guys could sit down together and talk about problems related to work. If there is any issues, discuss it together. I know it's hard.. and sometimes no action were taken (I always end up very quiet in those meetings anyway)... but... well, you gotta at least try right... Good luck!

Aku kat sini memang dalam suasana aman damai cos tak banyak customers. Esok jela busy sikit cos ada 1 delivery ke Venice, Manjung and collection kat Ipoh Airport. Hari lain macam hari ni juga... tenang je... (dahle kerja pun sorang-sorang).

Bagus jugak. Leh update blog... hahaha...

Well... ape-ape pun, I MISS YOU GUYS...





(this is Amir by the way)



Salam rindu,

alhamdulIllah...
Sunday, December 19, 2010
bismIllah...

Since aku dah pindah ke Perak ni, Mamito sangat mengambil berat dengan apa yang aku makan. Mamito jugak dengan penuh semangat membekalkan/membelikan aku buah delima untuk dimakan.

Kata orang, buah delima ni bagus untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Supaya cerdik kalau tak silap.

So, aku sempat la menggoogle khasiat buah delima atau 'pomegranate' dalam bahasa Inggeris ni.

Betul.. banyak khasiatnya...

Antara yang aku jumpa dari wikipedia,

1. Metabolites of pomegranate juice ellagitannins localize specifically in the prostate gland, colon, and intestinal tissues of mice,[46] leading to clinical studies of pomegranate juice or fruit extracts for efficacy against several diseases.

In 2010, 23 clinical trials were registered with the National Institutes of Health to examine effects of pomegranate extracts or juice consumption on diseases shown below[47]

2. Islam

According to the Qur'an, pomegranates grow in the gardens of paradise (55:068).[55] The Qur'an also mentions pomegranates twice (6:99, 6:141) as examples of good things God creates.


Well... memang buah delima ni ada di'mention' dalam al-Qur'an. Leh rujuk perenggan di bawah:

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/12/khasiat-delima.html#ixzz189OCfldm

So...

Bakal-bakal ibu sekalian, jamahlah buah delima kerana banyak khasiatnya... jus pun boleh... kapsul pun boleh...

Tengok rupa delima ni pun ada macam paru-paru kita...
Macam otak pun ada...
So, memang diciptakan untuk memberi khasiat pada manusia.
Macam badam jugak kan.. rupa badam macam otak...
insya Allah dapat melahirkan bayi berotak cerdas...

Kalau dapat yang merah macam ni, memang best...



As for me, aku makan buah je setakat ni. Tapi takde la dapat makan hari-hari... ikut gak la... kalau abis stok, dalam seminggu tak makan... cuma kalau dah beli buah delima, aku akan bajet untuk makan sebijik sehari... jadila...

Simpan dalam peti ais then makan... Sedap tau!

Dapat warna merah pudar camni je...
Hubby beli kat pasar malam Padang Tembak...
Makan 2 bijik cos laki aku pun suka menyibuk nak ngap gak.


Licin...
K, citer dah abis.
Cau cin cau...

p/s: buat bakal-bakal ibu seperti saya, share la ape amalan pemakanan anda semua. hehehe...



alhamdulIllah...
Friday, December 17, 2010
bismIllah...


Macam biasa la... bila dah tau jantina bayi, mestilah nak cari nama yang sesuai... So pagi ni aku asyik la mencari-cari nama for my unborn baby. Apa yang aku cari adalah nama yang sedap, senang disebut, tak panjang sangat dan yang paling penting mempunyai maksud yang baik.

And then I stumbled upon this blog entry...

Salam,

artikel ini aku amik dari email Emma member kita.. so she ask me to pass this.. and please continue read on….

…Puan bagus kerana memikirkan sedalam-dalamnya dalam menamakan anak sendiri. Ini adalah sunnah Rasulallah s.a.w..


4. Memang benar kata puan bahawa nama-nama Malaikat adalah dilarang ulama.


5. Dalam tradisi Nasrani, terdapat kecenderungan memberikan nama anak-anak mereka dengan nama Malaikat seperti Gabriel (Jibril) dan Michael (Mikail). Ini tidak seharusnya berlaku dalam traidisi Islam.


6. Para Malaikat mempunyai sifat tidak makan-minum dan tidak bernafsu serta bersyahwat. Ini bertentangan dengan fitrah manusia iaitu berkehendak kepada makan-minum serta bernafsu syahwat. Barangkali sebab itu dilarang memberi nama anak dengan nama malaikat sebab sifat Malaikat itu berbeza dengan manusia.


7. Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya.” Pemberian nama yang baik ibarat doa kepada seseorang. Kesan psikologinya; orang yang bernama yang baik-baik seharusnya melakukan kebaikan sahaja. Nama-nama anak yang baik akan menyerlahkan peribadi murni anak-anak. Rasulallah akan menukarkan nama sahabat yang tidak baik kepada yang baik-baik belaka.


8. Dari Jubair bin Muth’in, katanya Rasulallah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan).”


9. Nama yang baik ialah nama Rasulallah s.a.w. dan para Nabi.


10. Nama-nama Allah boleh diberikan dengan syarat disertakan di hadapannya perkataan ‘Abd ertinya hamba misalannya ‘Abdullah, ‘Abdul Hakim, ‘Abdul Wahid dan seterusnya. Ada 99 nama Allah. Ini bersesuaian dengan hadith Nabi; Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga.”


11. Wallahu A’lam Bi Al-Sawab. Terima kasih.

Dr. Amini Amir Bin Abdullah
Director, University’s Islamic Center
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia



Hmm...
Nama malaikat yang selalu kita jumpa pada manusia adalah 'Malik' dan 'Ridhwan'. Malik adalah nama malaikat yang menjaga Neraka. Ridhwan pula adalah nama malaikat yang menjaga Syurga. Ridhwan juga bermaksud 'Keridhoan Allah' di sini.

Sekarang, tengah trend orang letak nama anak dengan nama malaikat yang di'Inggeris'kan. Contohnya Mikael or Mikhail (omputih letak nama Michael), Gabrielle ( malaikat Jibril) , dan Raphael or Rafael (malaikat Rafail yang ada dalam the Old Testament)... (just to name a few).

Hmm...
Untuk elakkan perasaan was-was, I think I'm going to skip la nama-nama malaikat ni... Nama biasa je sudey... *dengan memangkah nama 'Rafael' dari list* (gedik nak nama glemer-glemer sangat. haa amik ko)
huhu...

Susah betul nak cari nama baby... Aku lak gedik nak mula ngan huruf R gak... Yela, namaku Nor Raihana, nama husband Rostafar (takde maksud!), so nak anak huruf R gak... tapi entah kenapa, nama baby boy yang huruf R ni susah sangat nak cari yang sedap-sedap dan bermakna baik. Kalau nama girl banyak je....

Kalau yang sedap-sedap tu, ramai sangat orang dah letak kat anak diorang. Contohnya nama Rayyan. Ni nama baby boy Kak Di yang baru lahir tu... Walaupun aku dah teringin lama nama ni (sejak zaman student), tapi takkan nak sama kot. Tak best la... huhu

So... misi mencari nama baby ku teruskan. Mungkinkah aku kena lupakan je hasrat nak huruf 'R' tu? (cos nama huruf A banyak yang best!)

Hmm... sama-sama kita nantikan. Doakan juga aku dapat nama-nama yang elok. Ya, bukan senang nak namakan anak... Dibawa sampai mati... bukan saja sampai mati, tapi nama yang diberi ibubapa itu jugak yang bakal disebut di akhirat nanti...


p/s: Ade ke laki aku nak buh nama anak 'Kimi Raikkonen'? Hamsap sungguh...

p/p/s: Tahukah anda, (bakal-bakal parents) yang kalau anda dikurniakan anak lelaki, anda digalakkan meletakkan nama Muhammad atau Ahmad kepada anak itu? At least, one of your sons must have Muhammad or Ahmad. Just sharing... :)


Salam sayang,

alhamdulIllah...
Thursday, December 16, 2010
bismIllah...


Semuanya bermula dengan subuh tadi... Tiba-tiba je perut aku sakit. Yang aku heran tu, sakit kat belah kanan... Bukan senak... bukan juga Braxton Hicks contraction (aku pun xtau rase dia camne tapi patut ade rasa kontraksi la kan? tapi ni takde...). Just plain pain. Adalah dalam 5-10 minit aku asyik ber'adoi2'... Hubby pun naik risau... Then lepas tu tak sakit dah.

So, pagi ni hubby call CO dia gitau lambat masuk kapal cos nak hantar aku pergi klinik. Aku suggest pergi klinik swasta je cos nak scan sekali... kalau pergi KKIA Sitiawan, mesti lambat and then takde nak scan-scan nih...

Actually, aku plan nak buat 2nd ultra-sound masa kandungan dah 7 bulan cos leh wat 3D scan ke 4D scan sekali... (cos baby dah besar sikit kan). Tapi jadi macam ni, so just scan biase jela dulu...

Maka, kami ke SEJATI... dekat-dekat area Tesco baru nak bukak tu. RM150 for ultra-sound. Bayar jela... Lagipun bukan senang hubby dapat teman untuk aku ultra-sound. So... we did it.

The doctor was nice. He checked everything... Dari muka baby (untuk check mulut ada sumbing ke tak), jari-jemari samada cukup ke tak, sampaila benda-benda details macam jantung baby, buah pinggang, pundi kencing etc.

And of course, check jantina baby sekali.

Syukur la baby tak kepit paha kali ni... So leh nampak la kan... Doctor tu sendiri suruh aku guess boy ke girl cos it was so obvious!

Check for yourself;

Sorry gambar tersenget sikit.
Yeah.. it's a BOY!
Leh nampak telor dia.. haha..
dalam gambar ni tak berapa clear kan...
tapi masa tengah check tu, memang nampak sangat-sangat la...



Actually, I was quite surprised.
Yela... ramai gile orang teka baby girl. Dari boss besar, boss kecik sampai la kawan-kawan... Opah pun teka pompuan. So? of cos la aku ingat girl. Nama pun dok cari nama girl je...

Sekali kau, baby boy rupanya... hihihi...

I don't mind really... boy ke girl. But this surprise definitely made my Mom happy! Tak nah lak aku dengar dia terjerit macam masa aku tefon dia kejap tadi. :D

Syukur alhamdulillah...

Baby sihat. Berat dalam 951 gram. And doctor cakap uri pun dalam keadaan ok. takde masalah.
As for the pain that I felt earlier, doctor cakap itu normal. Biase la sikit-sikit sakit perut bila dah pregnant.. cos bila check, memang takde ape-ape pun. Maybe aku tidur tak bergerak lame sangat kot. And aku suke sangat tidur terlentang and bukan mengiring. Bukan ape, aku memang start tido mengiring, tapi masa tengah tido tu yang berubah posisi. huhu

ok. Tu je nak update. Salam...

p/s: Kandungan dah berusia 26 minggu plus... btw, ada orang cakap jangan percaya sangat scan ni cos nanti kuar jantina lain. well, semuanya ketentuan Tuhan. Aku terima je... asalkan baby sihat dan normal. tu paling penting... :)



alhamdulIllah...
Wednesday, December 15, 2010
bismIllah...



Please report profile ni kalau free (aku dah report btw)
Appreciate kalau ramai-ramai leh report.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001768555001


Sangat menggeramkan ok!

Ni dah kali ke-3. Diulang... kali ke-3!!

Yang aku bengang sangat tu, sebelum2 ni gambar aku ada lagi aku nyer watermark/url blog. Kali ni dah kena cropped. Kuang ajaq tol...

Leh usya kat bahagian Label under 'CopyCat'. And you'll see semua kes berkaitan.

Nampaknye lepas ni aku kena letak watermark macam gambar di bawah ni le yerk??


Dari rasa amused and flattered, sekarang tidak lagi!

Aku rasa nak hempuk-hempuk je impostor nih!! >:(


Pembetulan: Kali ketiga disalahguna di Facebook. Kalau campur ngan pengiklanan haram di kedai, haaa ni kes yang keempat la... :P



alhamdulIllah...
bismIllah...


Bila bace entry Hanis Zalikha tentang Resepi Lauk-Pauk Mudah, memang aku terasa ada betulnya kat perenggan di bawah;

"...Mesti korang hairan asal tiba-tiba mama dah tak kisah anak perempuan dia tak pandai masak kan? Dulu punyalah bingit kalau anak tak masuk dapur. Lemme tell you why.. Sebab Mama tengok ramai je kawan dia yang tak reti masak langsung, zero skill dan semua perempuan macam tuh Allah jodohkan dengan lelaki pandai masak. Maka dia dah tak ambil pusing kalau anak dia pun tak pandai masak sebab opposite attracts, syok dapat menantu lelaki pandai masak. Kah kah kah!"


Muehehe...
Well... that is so true. Nini masa overnight umah aku pun macam terkejut tengok hubby tolong aku prepare breakfast (nasi goreng + nugget goreng je pun). Yela.. bapak aku dulu mane penah ke masak kat dapur langsung...

Aku ni bab memasak adalah sangat moderate. Biase-biase je... Takdela sampai tak tau langsung kan.. melampau la tu... dahla mak aku cikgu KH (ERT). Huahuahua. Tapi sebab utama adalah malas... tapi tak sangka lak bertemu jodoh ngan lelaki yang rajin ke dapur. And boleh/reti la memasak... kekadang, dia yang betulkan aku... :">

Orang kata, askar memang pandai masak. Yeke?? ade bini-bini askar lain nak komen?

So yes, aku rasa teori pompuan tak pandai masak bertemu jodoh ngan lelaki pandai masak tu boleh diguna pakai. Heeee...

Lagipun, memang selalu je aku jumpa kes macam ni... kalau kes pompuan terer masak and laki tak tau ape tu selalu la... kan?

Sekarang alhamdulillah... lepas kahwin ni baru la aku rajin nak masak. Terpaksa pun same gak. Nama lagi dah jadi bini orang.. kenala ke dapur... Hehehehe... sebelum ni liat nak mampos. Nini je yang selalu masak... aku bagi duit. :P

But what I enjoyed most was when we cooked together. Hubby masak lauk ni, aku masak lauk lain... tapi selalunya dia tukang menggoreng je...

Lauk lebih yang disimpan dalam fridge di rak tengah.
Abaikan benda lain yang tak bersusun.
Ade cili blended dalam tupperware, tin berisi jem dan kaya, bla bla bla...


Well... tengah belajar nak budget supaya masak tak berlebih sangat... Paham-paham jela kalau dah simpan dalam peti ais ni, kadang-kadang sampai lupe... lastnye buang... bazir je. huhuh

Pagi ni tetiba mood nak menambah resepi tiba-tiba muncul. Malam kang nak memasak-masak lagi...

K lah, dah nak lunch time. Nak balik umah panaskan lauk and mamam. Byeeeeee...



alhamdulIllah...
Monday, December 13, 2010
bismIllah...


Aku tengah elok-elok layan buku cerita... then diganggu oleh bunyi gerudi dari lot sebelah, belakang dan atas. Dah la ofis aku ni kosong je... melantun-lantun bunyi...

Sakit kepala aku!



Tak ke rasa macam nak bakar je bangunan???

Bising gile.... serabut!! Bodooooooo...

Terus mati mood aku nak bace novel Sidney Sheldon yang aku dah beli lame tapi tak bace lagi rupanya... Malam tadi baru start bace...


Anyway, nak update perkembangan pregnancy.

Sekarang dah 6 bulan lebih. Perut memang makin besar toksah cite la... tapi alhamdulillah takde pecah-pecah di perut yang terbaru. Yang dulu punyer je yang ada... Okla... lega sikit. Tapi jenuh la kena sapu minyak pagi petang siang malam... huhu...

Baby dah jarang kick perut... at least, dah kurang rasa perut ditendang... Instead, I felt like the baby is rolling or rotating her/his position. Kadang-kadang rasa senak. Kadang-kadang rasa geli. Ooops... there he/she goes again. Baru je terasa baby bergerak lagi... Is it because ruang perut makin menyempit? Sebab tu aku rasa baby bergerak cmtu?

Hmmm ape-ape pun, aku harap baby sihat je... Amin.

Hujung bulan ni plan nak scan for baby's gender cos dah nak masuk 7 bulan kan... kena start beli barang-barang baby le kot. Plus, it's easier if we know the gender. Kalo betul dapat girl, leh beli baju cute-cute for her! :D

But for now, I'm looking to buy used books at cheap price.

Does anyone know which blogshop is reliable?

I usually bought used books online at Bangi Bookseller. Cos the price is cheap and the books were all in good condition. But lately the owner is not contactable. Huhu...

Kalau kedai biase, nun di Ipoh Parade sana... Aku selalu beli di Novelhut. Tapi Ipoh tu jauh la.... malas nak pergi. huhu...

Sebab tu plan nak beli secara online je. Jimat minyak kereta. :P

Sesape yang tau, please komen. Really in need of some good books to read. Plus, tengah dalam proses nak penuhkan almari buku ku yang kecik tu...

Okey... sebelum kena kutuk, meh nak gitau... susunan buku memang tak cantik cos ade kecik, ade besar... cam hape je susunannya...

Tapi aku susun buku in alphabetical order... Ikut nama author. huhu

Ini hobi aku... bace buku, kumpul buku (tapi banyak gile dah hilang kat Beruas!).

As for my husband, dia kumpul benda alah ni...

Mini cars!




Macam-macam hal... tapi kereta tu xpela... jangan patung Barbie sudeyyyyy

Daaa...

alhamdulIllah...
Saturday, December 11, 2010
bismIllah...


Just bought 3 boxes of contact lenses last week. All from Freshkon... mostly because I'm quite fed-up with contact lenses that I bought online.

Sure, memang contact lens yang dibeli secara online lebih murah (mostly memang murah la dari kedai), tapi... seringkali aku rasa tak puas hati dengan warnanya...

Kat dalam website/blogshop, nampak macam cun giler... tapi bila pakai, ala... warna biase-biase je... Ada la 2,3 lens yang aku suke warnanye... tapi tak tahan kalau pakai lame plak. So... beli kat kedai biase jela... leh kelebek macam-macam.. hehe

Last week, aku beli 3 pasang lens dari Freshkon iaitu;
1) Hippie chestnut
2) Groovy Green
3) Misty Grey

Kotak Hippie Chestnut takde cos aku terus pakai kat kedai.

By the way, ni aku beli 3 kotak RM120 kat Jusco Ipoh. Ada kedai jual 3 kotak RM100 je tapi kena order la plak cos tak simpan stok. Aku malas nak datang Ipoh lagi, so aku beli 3 kotak RM120 kat England Optical J.J Ipoh


What excites me is Hippie Chestnut!

Cantik gak warnanye... and since aku ni dah lame gile kot tak beli lens warna coklat, so aku beli la warna ni...

Dari dekat...


Dari jarak agak jauh sikit...


As for Groovy Green and Misty Grey, well... aku dah banyak kali pakai dah kaler tu... memang my favorite color la kiranya...

Leh usya gambar di bawah:

GROOVY GREEN BY FRSHKON

Groovy Green. Taken in 2009


Groovy Green. Taken in 2007, I think.


Groovy Green. Taken in 2008 (waktu kenduri kahwin Yong)
Gambar ni jugak dicilok oleh satu kedai optik di Taman Melawati untuk promosi contact lense. Hampeh...



MISTY GREY BY FRESHKON

Dari dekat.


Dari jarak jauh sikit.
Sila perhatikan warna mata aku dan Kak Yantee (kanan).

Kami sama-sama pakai lens Misty Grey.
Tapi nampak warna yang dipakai Kak Yantee lebih gelap.
Yang aku pakai nampak lighter than hers.
Kan?

Here's another pic.

So, it is safe to say, lain mata, lain warnanye...

Okeylah..

Cukup-cukup ulasan kali ni.

Kesimpulan, kalau nak warna yang striking dan macam dalam gambar di atas, pilihlah jenama Freshkon.

Kalau nak yang natural, pilih Freshlook. Leh usya gambar berkaitan di dengan klik label 'Contact Lens' di sidebar blog ni.

As for jenama Blincon, tak pernah try lagi cos mahal. Geolens banyak jugak yang pernah dibeli online... Biase jela...

That's all for now.

Daaa...


alhamdulIllah...