Monday, May 31, 2010
bismIllah...


Dah masuk hari Isnin. Hari ni last bekerja before cuti kahwin. Wow... how time flies!!

First, study kat uitm 2 tahun (2 tahun je wat degree engineering... aku kan 'grad awal'. haha)

Then praktikal and menganggur...

Dah kerja almost 10 bulan and I'm getting married!

Cam tak caya pun ada...

Tadi aku dah berjaya beli kasut untuk hari nikah and sanding... belasah jela untuk dua-dua majlis. Tak koserr aku nak cari lain.

Kasut aku murah je... beli kat JJ Maluri belakang umah ni ha...

Camni lebih kurang rupanya...


Takde bling-bling pun. Simple je.

:pandaGeli_07::pandaGeli_07::pandaGeli_07:


I've been prancing around the house with the new shoes untuk biasekan kaki. Kaki aku kuat melecet. Lagi-lagi bila kasut bertutup belakang camtu. Belakang kaki mesti luka nanti. huhu...

Tadi masa nak beli kasut jenuh jugak cari yang takde heel sangat. Almaklum la, Mr CC tu sama tinggi ngan aku je... kang aku beli heel kang, of cos la aku nampak tinggi! wakaka... jgn marah ye Mr CC... :P

Oh well...

Malam ni hepi masa YM ngan Yash...

See you in Beruas soon ya! ;)

Just watched Dear John a while ago. Semakin jatuh cinta pada Channing Tatum... Nini said he was a stripper before. Walawehh... baru aku tau bile confirm balik ngan wikipedia. No wonder ar.... badan tough yang mantap.

:pandaGeli_09::pandaGeli_09::pandaGeli_09:

I love u lah Channing Tatum... huhu

bertuah Jenna Dewan.


on another note;
I feel guilty of not replying any comments for the last few entries... I was busy... hope dear commentators would understand.

I always feel like kicking myself for not replying comments... because I do love to get feedback and replies from blogs that I comment on.

:(

Dear all,

Maybe time cuti susah nak online... (nama pun nak kahwin!) so blog macam takde berita sangat kot? Tak tau la aku... aku ni bukan leh kalau tak online...

But I will always tweet! That's a promise... you can always check my tweets and twitpic dari twitterku...

Do follow my twitter k!


Follow me on twitter!


Nak banyak-banyak followers supaya earning ChurpChurp masyuk. hehe...


alhamdulIllah...
Sunday, May 30, 2010
bismIllah...


Lama aku mengadap blog sendiri... Nak menaip, tapi cam susah nak describe ape yang dirasa. Arini dah Ahad. Well... by the coming Ahad, insya Allah... aku dah bergelar isteri orang... (Nikah pada petang Sabtu since tok naib tak nak nikahkan malam)

Esok pagi nak pergi cari kasut kahwin warna putih.

Ya... aku masih takde kasut. -__-"

Great news... I could get a car for free during my wedding... Kak Rozy offer amik Toyota Camry, but I prefer SUV. So I'm going to take Santa Fe. Hopefully available laa... Nini akan amik bawak balik Perak since aku balik Perak lebih awal... Aku leh tumpang Mak Yang untuk balik Perak. Nini jela sian takde transport nak balik. Nyda maybe akan tumpang Nini balik Perak. :)

Lagipun last weekend dah balik kampung bawak Santa Fe and memang selesa la bawak. Aku memang minat SUV. Nini pun suke drive cos tinggi... nampak semua kat jalan. Nanti la dah kaya aku rembat Honda CRV seketul. Muahahaha..

Ade yang kata rugi tak amik Camry, tapi... aku dok pikir, adik beradik aku ramai... then nak pergi menghantar ke Pahang jalannye tak berapa ok. Better naik SUV mesti lagi selesa... kan? Lagipun Santa Fe tu memang jimat minyak gile! (Hyundai Santa Fe pakai diesel). Dari KL ke Beruas minyak dia suku je bile tiba Beruas. SUKU okey. Dahla masa amik Yong kat Desa Petaling sesat-larat macam hape... bila sampai Ipoh, pergi ke Klebang amik Abg Wan plak... then baru sampai Beruas.

Oh well...

Aku abis cuti nanti Abg Irman dah takde di KL... Pergi jaga branch kat Sabah lak. Cam sedih la plak... Jauh tu... takde la nak nampak selalu. kalau cam Kak Rehan yang ditukar ke KLIA ok lagi... masih dekat.

So takde la ABANG YANG GARANG dan suke membuli lagi di KL. Aihhh... aku nyer sifu-sifu sume dah takde. Razeef jaga Skypark, Abg Irman ke KK, Kak Rehan ke KLIA. Adehhh... rase kehilangan le plak....

Us.. with Abg Irman.



Tho masa aku mula kerja dulu selalu la kena tegur ngan Kak Rehan sebab buat salah, tapi aku suke cara Kak Rehan bekerja. Dia check kerja thorough... Time dia cuti bersalin, aku lak yang risau ngan keje-keje yang aku dan kawan-kawan aku buat. Takut ada salah tapi tak ber'check'. Masa Kak Rehan cuti bersalin, Kak Rozy baru lagi ditransfer ke KL. So Kak Rozy pun masih nak adapt time tu... Memang sekarang orang senior just Boss jela kat KL tu. Tu pun Boss dah tak jaga KL sangat.... almaklum, Head of West M'sia kan... kena la melawat branch je kejenya (tho petang tadi dia asyik melayan Facebook. haha)



Anyway...

There is another stuff coming up. There has been quite a strong rumor that I would be transferred to Ipoh cos the company will also open a new branch in Ipoh Airport. If that is so, it's a blessing!!! I really hope I can go there since it's much nearer to Beruas and Lumut.

Plus, I need to get away from KL...

So many things happening right now... Semak kepala otak.

Hmmm....

Aku nyer J'adore dah abis... No wonder cam takde mood je rase.. :(



alhamdulIllah...
Tuesday, May 25, 2010
bismIllah...


Masa sangat mencemburui kita aku. Aku rasa macam banyak lagi mende tak settle tarikh 6 June sudah sangat hampir. Hari ni dah 25hb Mei wehhhhh! Alahai... lagi beberapa hari je lagi untuk memegang status bujang. Huhu...

So, kat bawah ni aku sertakan kad kahwin aku. Klik gambar untuk tumbesaran berganda. Nak tau lokasi umah, leh sms/emel/YM aku ye. Masehhh...


Tema wedding purple + white. So warna kad pun camtu ler...
Simple je kad aku kan?
Yang penting, aku suke. I like the colour and the design.
Originally, gambar kartun tu sebenarnya gambar tepak sirih.
tapi aku ubah... biasela, nak gak ade kartun.
Nampak muda remaja sikit.
:pandaGeli_19::pandaGeli_19::pandaGeli_19:


Oh...
Aku balik Perak weekend lepas. Balik umah pun aku xtaula ape yang aku buat. Baju kahwin TAK TENGOK pun lagi.... sebabnye mak hantar kat colleague dia untuk jahit manik.

Aku dapat mesej dari Nyda a.k.a 'pengapit aku nanti' pada Sabtu lepas bertulis, "Dah fitting baju ke, Na?"

Aku balas, "Belum. Tengok pun tak"

And Nyda balas balik, "If u feel like talking about anything, aku ada k"

Alahai... terharu lak aku. Yela, aku agak mesti dia agak kehairanan mengapakah aku yang nak kahwin ni tak macam rupa orang nak kahwin? Fitting baju pun tak wehhhhh...

Ntahla. Aku tak tau la rasa ape dah. Redha dan tawakal... itu je yang aku boleh buat bila dah sampai tahap ni. >___<

Minggu ni minggu appraisal. Dah submit appraisal forms kat boss semalam. Insya Allah, semoga semuanya baik-baik belaka.

Esok ada dinner kat Shangri-La Hotel... Patutnya untuk KL branch je, tapi tah camne abis semua orang HQ pun dijemput jugak. Belasah jela.... orang bagi makan free jangan ditolak. hehe...

Boss siap pesan suh bawak kamera supaya leh upload gambar kat FB. Siap pesan untuk tag dia lagi. hehe... Oh... I'm so gonna miss her presence in the office.

The dinner is actually a farewell party to her, Kak Rehan, Abg Irman and En Wan... Boss is still base in KL but she won't be around like before as she's promoted as Head of West Malaysia. So bukan lagi just Central Region, tapi West Malaysia! Gile ahh... what an achievement!

Kak Rehan is going to KLIA branch. Transfer kat sana starting next week, if I'm not mistaken.

Abg Irman will be transferred to Kota Kinabalu, Sabah in the middle of June. Promoted juga... and this time Abg Irman akan supervise branch KK, Labuan and Sandakan(opening soon).

En Wan plak akan transfer ke Kota Bharu, Kelantan pada bulan Julai cos company nak bukak branch kat sana. Yela, kat bahagian East Coast just ada kat Kuantan je... so, this time BIG boss decide nak bukak a branch in KB airport...

Ok. Enuff update for today.

Semangat makin menurun bila mengingatkan my boss/seniors/tutors/teachers are not going to be in KL branch anymore. Sedihla.... macam hilang semangat nak stay sini... :(

Salam.


p/s: Happy Birthday, Majin! Semoga panjang umur dah murah rezeki.... :]


alhamdulIllah...
Thursday, May 20, 2010
bismIllah...


There are lots of things to settle! Sometimes I can't believe it that I AM getting married in 2 weeks time!

So, esok pas kerja aku akan balik Perak. Nak tengok ape dah jadi kat rumah. Dan nak tengok ape yang tak settle lagi di samping berjumpa certain people for my marriage thingy.

Serius bulan ni aku sengkek gile weh!! Tak pernah aku sengkek macam ni since dah kerja. Waaaaaa... banyaknye guna duit. huhu... T____T

Nasihat kepada sesiapa yang nak kahwin or ada target nak kahwin bila, silalah kumpul duit banyak-banyak. Takleh nak harap satu pihak je unless ko kahwin ngan orang kaya. Tu lain citer... So... aku memang stress bab financial lately.... tapi nak wat camne... insya Allah, ada rezeki nanti bertambah balik duit yang dah kuar...

Hmm...

Tadi kat ofis dok usya-usya kalendar... Kita raya bulan September!! Ahhh cuak siot nak beraya umah mentua. Of course le kena beraya ikut umah suami dulu kan? Hmmm... Dahle Mr CC ni anak ke-9 dari 11 beradik. Anak saudara ramai!!! HAHAHAHA (gelak terpaksa). Macam mana la ek....

Ramai dah dok tanya, pas kahwin nanti aku dok KL lagi ke?

Hmm.. of course la!

Takpela... berpisah sekejap... kita go with the flow dulu. Ape-ape hal, tunggu tahun depan la kalau nak tukar plan ke ape ke... sekarang ni biar camni dulu...

Aku cuak nak kahwin ni. Bila aku menyuarakan ke'cuak'an aku ni, Abg Irman leh sengih-sengih and dok tanya kenapa leh nak cuak.

Eh come on la... orang pompuan ni lain sikit. Orang lelaki memang la hepi je nak kahwin.

Even Kak Rehan dulu pun masa nak kahwin menangis-nangis takmo kahwin kat ofis. Haaa cam aku jugak la last week. Ntah kenapa tetiba macam terasa 'ahhhh taknak kahwin laaa!' and aku mengobak sorang-sorang (orang perak kata 'mengobak' tu nangis laaaa)

Bila si Nurul nampak aku nangis, dia lak pergi peluk aku and nangis-nangis. "Ana, janganla nangis weh.. aku tak pernah nampak ko nangis... aku lak sedih... isk"

Adehhhhh... lagila sebak. Tapi cam lucu pun ada jugak. Ape kejadahnye nak berdrama bagai kat ofis time kerja ni wehhhhhhh???

Tadi Abg Irman survey Kak Rehan,(27) and Shakila(24). Both that kahwin dan ada anak. Soalannya adalah, "Korang nangis tak masa nak kahwin? dan kenapa??"

Dua-dua jawab 'YA'.

Kak Rehan: Sebab takut.

Shakila: Sebab sedih.

In this case, aku punyer reason sama macam Kak Rehan. Aku takut. Takut sangat dengan tanggungjawab besar yang bakal digalas. Takut sangat aku takleh jadi isteri yang baik. Takut tak dapat membahagiakan suami. Takut sangat tak bahagia. Takut itu, takut ini... bla bla bla...

But of course la kan? It is terrifying! To enter a new phase in your life where you will have a partner throughout your life and be a mother (Insya Allah). A new phase where you have someone who will share all your intimate secrets, your everything... uhhh... takut ok. Takut suami tak suke perangai-perangai aku.... takut dia banyak halang aku buat benda yang aku suke... semuanya kena patuh. Dia suami. Syurga isteri bawah kaki suami. SO.... bila bagi seseorang 'kuasa' sebanyak itu, aku rasa takut la jugak.

Sekarang dah cool sikit. Tapi percaya la, lagi 2,3 hari nak menikah nanti mulala aku emo. huhu...

Shakila pulak kata dia nangis sebab dia sedih. Sedih sebab bapak dia macam dah serahkan semua kat suami... Dia bukan under bapa dia lagi tapi under suami. Aku assume dia close gile ngan his dad. That's why she felt like that.

Cos aku takdela rasa sedih pun. On contrary, aku rasa happy cos macam melegakan mak aku bila aku ni dah ada orang jaga. Aku tau, mak aku selalu risaukan anak-anak dia.... so perhaps bila aku dah kahwin, dia lega la sikit. Semua dosa aku dah ditanggung oleh suami aku plak.

ala... lagipun mak mana yang tak suka kalau anak dia kahwin? Alhamdulillah mak restui pilihan aku... dan aku memang leh rasa dia macam excited gak aku nak kahwin ni... :)

So takde makna nak sedih-sedih la... ceria ok!

K lah... aku malas nak layan perasaan sangat.

Baik fikir camne nak cari duit untuk deco rumah. Haaa... bab menghias rumah ni walaupun aku takde bakat, tapi aku minat!

Tak sabarnye nak renovate bahagian-bahagian tertentu di rumah Mr CC di Lumut tu (bakal umah aku jugak arr). Bab fulus yang buat down sikit... huhu...

K, i better stop. Lapo lak tetiba. Salam!



alhamdulIllah...
Wednesday, May 19, 2010
bismIllah...


Kalau dulu aku tak suke blog yang letak word verification time orang nak komen, aku tarik balik.

AKu pun dah terpaksa letak word verification kat comment page sebab entry aku banyak kena SPAM!!!!

Siot betul la... malas dah aku nak delete. Lantak kat situ.

Sekian.

*2 weeks plus and counting.... :pandaGeli_06:



alhamdulIllah...
Sunday, May 16, 2010
bismIllah...



Yes, kaki movie macam aku ni semestinya dah tengok cerita Robin Hood baru kuar tu. Actually, aku tengok last week. And cerita ni memang best!!!

Dengan durasi 2 jam lebih, tak terasa pun sangat cos jalan cerita dan aksi dalam filem ni menarik. Dan ada kaitan ngan sejarah Inggeris (walaupun salah!). Aku suke sejarah walaupun dapat B dalam SPM. So.. movie ni bagi aku memang enjoyable!

Robin Hood atau nama sebenarnya Robin Logstride dilakonkan oleh Russell Crowe. Dulu aku tak suke Russell Crowe, tapi sekarang suke lak. hehe.

Cerita ni bermula dengan aksi perang (King Richard's Crusade) di mana Robin Longstride ni salah seorang pemanah dalam tentera pembunuh King Richard. Robin ni macam dah letih asyik membunuh, merompak dan macam-macam lagi sampai bile King Richard a.k.a Richard the Lionheart bertanya dia adakah perjuangan (peperangan) dia ni akan dinilai Tuhan, Robin dengan jujurnya jawab 'TAK'.

Sebab... ala aku lupe quote dia. Tapi lebih kurang camni la.. "Because of the massacre in ___ (aku lupe), where we killed the men, women and children there. The moment our blades touched their neck, that is when the God has left us. And we became godless..."

Lebih kurang camtu la ayat. Lupe dah aku cos tengok minggu lepas.

Dipendekkan cerita, King Richard mati di tangan seorang tukang masak. Kena panah terus gol. Pastu geng-geng Robin ni melepaskan diri bila tau raja dah mangkat. Diorang pun nak lari ke kapal untuk balik England.

On the way nak ke kapal, rombongan yang sepatutnya bawak mahkota King Richard ke England kena ambush. Mereka diambush oleh Godfrey yang berkaitan dengan konspirasi lain yang lebih besar.

Matilah seorang knight bernama Robert Loxley dalam ambush tersebut. Dah lambat barula Robin and the geng jumpa rombongan yang kena serang ni. Tapi sempatla dapat pesanan dari Robert Loxley yang tengah nazak untuk pulangkan pedang dia kepada bapa dia di Nottingham.

Maka, Robin dan kawan-kawan menyamar sebagai knights yang akan pulangkan King Richard's crown to England. Robin menyamar sebagai Robert Loxley.

Bila balik England, King John menjadi raja baru. Watak King John dilakonkan oleh Oscar Isaac. Brilliant sangat! Ko akan menjadi sangat sangat benci dengan dia. huhu..

Aihh... penat la plak menaip.

Ape-ape pun, cerita ni memang best giler.

Kalau nak tau kenapa akhirnya Robin Longstride jadi 'Robin Hood', atau macam mana seorang hero akhirnya hidup dalam pelarian, silalah menonton filem ini.

Aku suke Cate Blanchett. Dia adalah balu kepada Robert Loxley... but since Robin Longstride ni dipaksa terus menyamar menjadi 'Robert Loxley' untuk menyelamatkan harta benda keluarga Loxley, diorang ni pun cam bercinta aaa...


Dah. Tu je reviu aku.

Terima kasih.

oh. btw, "Rise and rise again until lambs become lions" means to never give up. (Robin Hood)

P/S: Happy Teacher's Day!


alhamdulIllah...
Saturday, May 15, 2010
bismIllah...


Between Us
There is the melody
I can't play for you,
There is the song
I can't sing for you.

Always,
I want to be with you,
Touch, feel your heart.

Between us
There is the line
I can't cross.




alhamdulIllah
Tuesday, May 11, 2010
bismIllah...



Adikku, Nini dah takde di KL. Dia balik Perak pagi tadi lepas amik Elantra kat opisku. Nak Matrix, tapi takde lak. So belasah jela Elantra yang tak best tu... ermmm...

Aku boring adik aku takde.

Nak tengok movie yang baru download pun takde mood.

Macam mana la orang yang anak tunggal? Bapak bosan takde adik-beradik lain... hmmm...

Jom layan gambar-gambar...

Aku tau, aku lebih comel dari Nini.
Terima kasih.
*muntah*


Sape nak beli GPS Garmin ni??





Macam-macam jenis GPS.
Sape nak beli, holler-holler la... Nini kerja ngan pengedar GPS nih...
Kompeni aku keje ni pun beli GPS ngan boss dia rupanya...


Aku nak tido la... boring....

Ngantok.... baju baru berendam... erm.. pagi esok jela basuh....

*HUarrrrghhhhh*


p/s: nak tulis benda yang aku asyik pikir... tapi tak seswai lak rasenya... takpela....


alhamdulIllah...
Monday, May 10, 2010
bismIllah...


I was supposed to go to work yesterday (Sunday) but didn't cos I was down with sore throat and running nose. Nasibaik tak demam jugak. Alhamdulillah. So, terpaksa la aku mencari klinik 24jam kat Pandan Jaya... boleh tak aku dah lalu depan Klinik Kita tapi tak nampak klinik tu?? bengong... bawak Nini pun setakat peneman jela. Bukan nak tengok-tengokkan... hampeh. Serius, semalam memang tak larat gile tapi terpaksa gagahkan jugak untuk ke klinik cos nak amik MC. MC ari Ahad... Doc pun muka semacam je bila aku mintak mc... adehhh..

Sebelum semalam, aku kuar dengan Mr CC mencari barang-barang yang tak lengkap lagi... So, dah beli kemeja and wallet+belt untuk dia. For me, just shoes. Itu je yang sempat dibeli... Maknanya aku ni tinggal lagi satu barang tak beli lagi... sama ada jam tangan atau handbag. Tapi aku more ke arah jam tangan sebab aku bukan jenis pakai handbag sangat pun. Takde maknanya nak bertukar-tukar handbag setiap kali kuar... oh tidak... aku jenis yang kalau ada handbag, itu jela aku pakai sampai nak jahanam. hehe... So, just kena beli jam jela...

Nini kata kasut hantaran aku macam ganas je. Takde rupa kasut hantaran... Ahhh pedulik hape aku... aku yang nak pakai!

Hantaran kami ni ikut suka-suka hati je nak bagi ape. Lantak... malas nak pikir...

Pagi Ahad, Mamito called. Haram aku wish dia Mother's Day pun. Huahuahua... tapi pelik kan, sejarah hari Ibu ni berkaitan dengan budaya asing jugak. Kalau Valentine's Day haram sambut, Mother's Day....?

"People in many ancient cultures celebrated holidays honoring motherhood, personified as a goddess. Here are just a few of those:
  • ancient Greeks celebrated a holiday in honor of Rhea, the mother of the gods
  • ancient Romans celebrated a holiday in honor of Cybele, a mother goddess, March 22-25 - the celebrations were notorious enough that followers of Cybele were banished from Rome
  • in the British Isles and Celtic Europe, the goddess Brigid, and later her successor St. Brigid, were honored with a spring Mother's Day, connected with the first milk of the ewes"


Bukankah hari-hari kita kena meraikan insan yang melahirkan kita? Takkan nak tunggu Mother's Day jugak baru nak raikan dia?

Hmm... sebelum ni ada gak wish Mak aku Mother's Day... tapi baru hari ni aku terfikir tentang sejarah hari ibu ni... kita tiru orang gak... hmphhh!

Macam orang yang sambut Valentine's Day kita kutuk cos tiru budaya orang kapiaq... tapi, same jela ngan Mother's Day... cuma orang yang diraikan berbeza, so takpe ek?

Takpelah, abaikan ngomelan orang kurang ilmu ni... sejak kecik lagi sambutan Mother's Day ni orang sambut je... so... lantak la. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Anyway....

Mom updated me with what she has prepared for my wedding day. Dia dah chop umah Dato' Anuar di seberang jalan untuk tempat bertanggak mempelai lelaki pada wedding aku nanti. Umah tu jugak tempat saudara-mara aku bermalam cos kalau nak campur umah aku dan umah Mak Yang, memang tak muat. Rumah sewa sebelah rumah pun dah ada orang sewa... so takleh nak watpe dah.

Mak juga kata baju aku dah siap... Nak dihantar kat kawan dia lak untuk dijahit manik. Risaunya toksah cakap la....
:pandaGeli_03::pandaGeli_03::pandaGeli_03:


Mmmm.... lagi ape ek?

Oh yer, Mak juga dah book red carpet wehhhhh! Bior benor! Masa dapat tau, aku tergelak gak la... Giler... aku malu weh. Aku segan la nak bersword barel bagai ni... tapi mak aku cam hepi, so biar....

Mak jugak dah menempah baju kurung untuk aku dan Nini untuk kenduri di sebelah lelaki. Kenala sopan-sopan sikit pegi umah mentua, ye dak? mueheheheh...

Pelamin... ermmm.. pelamin aku tak tau ape cerita.

Takpela, bebila free aku update lagi... ni update pun cos terjaga and takleh tido...

Oh, lupe lak. Aku dah tengok Ironman 2 dan jugak The Losers. Dua-dua best! tapi aku lebih suke citer The Losers kot (sebab ada Chris Evans yang super duper hot!!). Beautiful bod!! hehehe...

Suke watak Jensen yang dilakonkan beliau. SO comel!
:pandaGeli_09::pandaGeli_09::pandaGeli_09:

Walaupun filem The Losers tu kaw-kaw punyer kena kritik, aku peduli hape... yang aku tau, aku suke citer tu. Paling best part Chris Evans nyanyi lagu 'Don't Stop Believing'. haha... Terus nak buat lagu tu jadi ringtone.

Okey. That's all.

Salam.



alhamdulIllah...
Thursday, May 6, 2010
bismIllah...


Tahukah hari ini berapa hari bulan? Tahukah anda???



6th May, bebeh!!



Dalam masa 29 hari lagi, aku bakal bergelar isteri orang... dan sebulan lagi majlis perkahwinan akan diadakan...

:pandaGeli_18::pandaGeli_18::pandaGeli_18:

arghhhhhhh!

Kenapa aku tension? Kenapa aku stress?

Takkanla aku tak nak kahwin kot??


Cantiknya gambar ni.. macho siot abang-abang soljar... hehe


TAPI....

Tahukah anda yang aku tak habis beli barang-barang hantaran lagi??????

Tahukah anda yang aku takde pelamin lagi???

Baju aku pun tak siap lagi??? (dan aku tak tau la rupa dia macam mane!)

Dan tahukah anda kad kahwin di tangan aku dah kehabisan??? (aku lupe sebenarnya aku ramai kawan... muahahaha)

Oh... tension oke!

Stok kad kahwin dahle kat rumah di Beruas... aku ingat takdela nak guna banyak... kalau tak, takdela aku tinggal kat umah banyak sangat. Orang kampung ni stended jemput pakai mulut je.. (tapi kena pergi umah orang laaa... baru nampak kesungguhan menjemput berbanding just bagi kad). Alaaaaaaaaaa hampeh...

Sesape yang tak dapat kad tu, jangan marah ye. Aku cuba hantar gak. Kalo takde, ala... datang jela!

Lagi satu, aku dah blur... sape yang aku dah pos kad kahwin and sape yang belom? So.. aku jemput kat twitter jela ek. hehe...

:pandaGeli_13::pandaGeli_13::pandaGeli_13:


Semalam dah edar kad kahwin kat kawan-kawan sekerja di opis. Abis... kena usik macam hape je. Paham-paham jelah aku... Gelak jela...

Tapi dalam gelak-gelak ni, sebenarnya.... ermmm takpelah.

Aku ni sebenarnya banyak siot dugaan nak berkahwin ni... aku tak catat kat blog je.. kalau aku catat, leh jadi 'saga'.

Korang doakanlah yang baik-baik sahaja untuk aku ya....




Salam...


alhamdulIllah...
Wednesday, May 5, 2010
bismIllah...


Malam ni bukak Facebook, tetiba nampak notifikasi seperti di bawah...



Hmmm...

Which side are you on?

I ignored both invites, just the way I ignored all kinds of invitations on Facebook.. (memang aku bukan jenisnya...)


Tapi... sebagai seorang perempuan, aku sangat-sangat bersimpati dengan ibu arwah.
Juga adik-beradiknya...

Sebab aku pun ada adik lelaki.
Nakal, merokok, dan of course pernah memonteng juga...
tapi, nama pun budak baru nak naik...
budak tak matang...
juvana... bukan penjenayah...

Memanglah dah ajal.. yang pergi tetap takkan kembali...

Tapi sedih betul tragedi ni...

Sedih sangat-sangat bila memikirkan how he died...

Warkah untuk arwah adik Aminul Rasyid

Salam sayang,

alhamdulIllah...