bismIllah...
Saje je up entry baru supaya entry sebelum ni takde orang komen dah. muahaha...
Anyway, nak citer pengalaman selepas berkahwin. Err... bunyi macam sangat dewasa la plak. But don't worry, ni bukan nak citer tentang pengalaman malam pertama
(or in my case malam ke-4 ) . Or... nak aku citer? eh tak payah lah ye... nanti korang alami sendiri. mueheheh
Dulu, before kahwin, aku kata okey la dok asing-asing still... Suami di Lumut, aku di KL. Now, bila dah kahwin, serius rasa sangat tak best bila berjauhan. Bukan kes nak berkepit tau
(tho ada la sikit-sikit. Nama pun baru kahwin!), tapi lebih kepada rasa helpless and tak berguna sangat-sangat bila tak dapat tolong suami uruskan diri dia dan rumah
dia kami. Or dalam erti kata lain, buat tugas-tugas isteri la... masak, iron baju dia, kemas rumah, basuh baju dia etc. Yer, kekadang aku rasa macam seorang isteri yang tak berguna. Macam tak kahwin je.
Tapi alhamdulillah la suamiku memahami dan tak kisah pun kitorang macam ni. At least until end of 2010. After that, mungkin ada perubahan, mungkin takde... but kalau nak buat ape-ape changes pun, lepas berakhir tahun 2010 ni. Insya Allah.
Untuk menyedapkan hati seorang isteri yang rasa hampeh ni, well... nasibaik la suamiku sekarang dok kapal... Selalu berlayar. So katakan la kalau aku dok Lumut pun, takde mende aku leh tolong dia sangat cos dia takde di rumah. Haaa... rase ok la sikit kan. Nasib baik la dia takde berlayar lama-lama. Berlayar dekat-dekat sini je pun... So seminggu or 2,3 minggu sekali leh jumpa...
And then dapat lak berita yang dia MAYBE kena dok Langkawi sebulan. Hah, ape kes? Lagila susah nak jumpa... Hmmm.... mintak-mintak tak jadi. :P

Ape lagi nak citer ek...
Oh... ramai yang tanya berapa ribu hantaran suami bagi. Hoho... Tak banyak. Tak sampai 10K pun. Biase-biase je... mas kahwin untuk Perak patutnya RM101 kalau tak silap. Tapi Mamito mintak RM1001. Haa... tu jelah leh citer. ekeke..
Selingan jap; By the way, duit mas kahwin memang kena beli barang kemas ke? aku nak beli laptop!! Tapi Mak aku marah! :(Bab harga hantaran ni benda sensitif sikit. Tapi bagi aku sendiri la, aku rasa nilai hantaran kena la berpatutan. Tak tinggi and tak murah sangat.
Aku ni pun orang biase... lulusan diploma je pun since degree sekerat jalan... benda-benda kerumahtanggaan pun takdela terer mana. Masak tak terer, menjahit tak terer... Sangat average
(nak kata tak tau semua kang melampau la plak kan... dahle Mamito ajar Kemahiran Hidup ERT. kehkehkeh). So consider la. Sedar-sedar diri sikit. Kang wat malu je bila orang ngutuk hantaran mahal nak mampos tapi nak masak nasi goreng pun tak reti. Tak ke malu? huhu...
Untuk kawan-kawanku yang ada bercouple-couple dan merancang untuk kahwin, silalah kumpul duit. Nak kahwin memang banyak sangat sangat nak guna duit weh...
Duit kenduri,
duit pelamin,
duit mekap,
duit upah nikah,
duit mas kahwin,
duit nak beli barang-barang hantaran,
duit nak pergi honeymoon, duit upah berinai,
duit sewa baju,
duit upah fotografer,
duit nak bagi orang sword barrel duit sewa rumah untuk mempelai bertanggak,
duit upah orang tolong-tolong or duit makan,
duit nak beli kek,
Duit sewa khemah, sewa red karpet, sewa itu sewa ini bla bla bla...
Serius banyak sangat guna duit. Kalau dapat tajaan, untunglah. hehehe...
And please, kalau boleh elak dari buat pinjaman untuk berkahwin. Ntahla, macam tak best je pas kahwin nak bayar hutang... or bagi duit hantaran guna duit pinjaman. Kalau boleh elak, elak la... kalau kena jugak buat loan, nak wat camne kan...
Dulu aku pun ada gak terfikir nak suruh Mr CC buat loan
(yela... risau la duit tak cukup... sikit-sikit nak duit...semua benda nak duit!), tapi nasib baik Mr CC berkeras tak nak. Betul jugak la keputusan dia tu. Asyik nak menambah hutang je tumpor le...
Lepas kahwin pun nak guna banyak duit gak untuk setup home.
Alhamdulillah in my case, suami dah beli rumah dan dah ada kereta sendiri
(aku je yang takde kereta). Itu antara faktor kenapa duit hantaran aku takdela banyak sangat. Sian la kat dia kan... Dahla gaji kena potong bayar rumah and kereta, takkan nak mintak tinggi-tinggi...
(kang tak kahwin-kahwin lak aku. haha)Rumah kami masih takde grill. Sian kan? Rumah lain sumer dah pasang grill. Huahuahua... Aku la gedik cakap nak sponsor duit wat grill... nak grill bunga-bunga, taknak yang petak biase
(Mr CC dah panggil orang untuk pasang grill dah aritu tp grill biasela... terus aku marah and orang nak pasang tu majuk)... hambik. Ntah bile nak pasang grillnye... duit tak cukup la plak. muahahah... katne murah ek di Lumut/Manjung/Sitiawan? :P
Pastu kalau dah kahwin mesti nak beli perabot kan? Duit lagi...
In my case, nasib baik la suami tentera. Leh belasah perabot tentera hak kerajaan... So, sumer bilik di rumah tu dah ada katil and wardrobe. Dining table pun ada etc... tapi standard army la... takdela decorative mane. Tak kisah la asal ada untuk masa ni...
Tapi bilik kami je katil takde lagi. oh ada... tapi katil bujang la. Single bed je mane leh! muahahaha... ntah bila nak shopping beli katil. Takpela, slow-slow... Aku taknah tido lagi rumah Lumut tu...
Duit... kalau pikir, sampai bila pun tak cukup...
Kesimpulannya, nak kahwin dan bina hidup baru bersama orang lain banyak menggunakan duit. Bersederhana lah ikut kemampuan. Tak payah la nak buat kenduri grand-grand kalau sampai kena meminjam duit or mengemis sponsor. Buat setakat termampu udah.
Di kesempatan ini aku nak mencatat ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang ada sponsor sikit-sikit untuk kenduri kahwin. tak kira la sponsor duit ke, sponsor tenaga ke... semuanya aku sangat-sangat hargai.
Terima kasih tak terhingga to my mom yang berjaya settlekan MOST of perkara-perkara berkaitan perkahwinan aku. Dahla dia sorang... suami takde... aku tau memang dia penat gile mengisahkan hal kenduri aku. Thanks Mamito! :')
Kepada ade orang yang terasa hati berkenaan kenduri kahwin aku, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Aku pohon jutaan maaf kalau tak cukup layanan masa kenduri ke...
kalau terasa hati hanya dapat kad jemputan melalui pos je ke (sebab Mak tak sempat bagi sendiri by hand)... kalau terasa sebab dapat jemputan sms/call je and bukan kad
(maybe tak sempat nak hantar or lupe!)... or kalau terasa left out ke...
Please please bear in mind yang Mak aku sorang-sorang je ke hulu ke hilir uruskan hal kenduri. Seperti yang aku cerita sebelum ni, my parents are divorced. Bapak aku ada tolong untuk part pernikahan aku, that's all. Mak yang banyak settlekan benda-benda lain dengan pertolongan kawan-kawan dia. Aku mintak maaf untuk pihak-pihak yang ada terasa hati.
Sebab aku tau memang ada... sampai tak datang kenduri aku...Mungkin Mak tak perasan or rase benda tu takde mende, tapi orang terasa... mane tau kan. Biasela... kita semua ni manusia biase je... Aku lak jenis yang tak kisah.. lagi la hampeh. Mak buat la ape pun... Aku lepas kat Mak je...
So, again. I'm sorry kalau ada yang tak best mengenai wedding aku.

Sekian, terima kasih.
p/s: Gambar-gambar yang diupload dientry ni diambil dan diedit oleh Dawie. Aku letak frame and url blog je. Tq.
alhamdulIllah...