Tuesday, August 31, 2010
bismIllah...


Currently feeling all sorts of things.

Tired.

Nauseated.

Lazy.

Sleepy.

Headache.
(sometimes a nasty migraine oh!)

Bloated.

Itchy scalp.

Red and puffy eyes
(from all the crying. -- I cry for no apparent reason these days)

Chipped tooth.

Stomachache.

Flatulence.

Tired.

Tired.

TIRED ALL THE TIME.



Please God help me... I'm feeling weaker and weaker everyday. I felt like sleeping all day long...

I don't want to ever got up.

T___T

urgh. nak termuntah lagi...

bye.


alhamdulIllah...
Saturday, August 28, 2010
bismIllah...


Semalam sampai Beruas dekat-dekat masa nak berbuka. Jalan jem giler... boring aku... nasib baik bukan aku yang drive.

Semalam juga aku dan Mr CC ke Nilai 3... sesaje nak jenjalan... and cos aku nak cari karpet + tikar buluh untuk our house. Orang kata jangan pergi time weekend, harga agak mahal... so kebetulan Jumaat cuti untuk negeri Perak dan aku jugak dah amik cuti, sempat la singgah ke Nilai 3...

Bought 2 carpets... tak jadi beli tikar buluh... tak jumpa yang berkenan pun. Lagipun aku tak larat nak merayap banyak-banyak kedai. Then, jumpa jam dinding yang sangat aku berkenan...


So beli la...
Yang ni version besar, ade lagi satu saiz kecik sikit..
Tapi alang-alang... beli besar terus.
Lepas tawar-menawar, jadi RM40.
Jadi la... :)

Selain daripada jam ni, kami beli 3 frame bunga-bunga untuk hias dinding. 3 bingkai RM50. Beli je la... Maleh dah nak cari tempat lain.



Lebih kurang camni la frame nyer...
Tak bergantung pun lagi... so gambar takde.


Now sedang bersantai-santai di rumah selepas penat menyapu. Menyapu je pun... tu pun aku letih bebeno... huhu...

Sapu dan mop lantai cos nak bentang karpet baru beli...

Yang ni saiz besar...
*sila abaikan keadaan sofa yang bersepah ye*


Yang ni saiz kecik. Untuk depan tv.
Isy isy isy... laki sape la yang keletihan sangat tu...


Tapi karpet-karpet yang aku beli ni bukan lah yang berkualiti tinggi. Takde sampai 2, 3 ratus sekeping pun. Koser aku... yang murah-murah udah. Nak wat alas je pun.. cos nanti kaki sejuk! :P

Karpet dah ada, hiasan dinding dah ada, jam dinding dah berlambak.. mmm... tapi yang takde lagi banyak. Mesin basuh, almari buku, kabinet dapur... etc.

Sakit mata betul tengok pemandangan di bawah sinki tu...
Kami plan nak wat berkabinet... tapi tunggu ada duit lebih. huhu...
Dapur ni pun akan berubah tempat kot... mmm tengok la camne...
Aku bab-bab nak mengubahsuai ni kurang arif sikit. :P



Banyak lagi yang takde tapi slow-slow la... Contohnya mesin basuh. Mmm, tunggu aku betul-betul duduk di Lumut ni baru nak beli. hehehe...

Lambatnye nak pindah Lumut!!

Salam sayang,


alhamdulIllah...
Wednesday, August 25, 2010
bismIllah...


I just woke up around 1.48 am just now. Tidurnya since lepas Maghrib. Time solat Maghrib lagi dah menguap-nguap cam hape... Ya Allah, letihnya badan aku lately. Tak larat je rasa... Ni baby belum besar lagi... Kalau dah besar camne la... But then, from the book I read, time ni memang aku akan rasa exhausted je manjang cos placenta tengah dalam proses nak berkembang...


What causes fatigue during pregnancy:
Pregnancy is sort of like climbing a mountain or running a marathon (without having trained), while carrying a backpack that weighs a little more every day — in other words, it's hard work! During the first trimester, a huge amount of energy goes into building a life-support system for your baby (namely the placenta). In the last trimester, fatigue returns as your growing fetus puts more demands on your body — and as sleep becomes more elusive. Also to blame, all that mood upheaval — riding the emotional roller coaster of pregnancy can be exhausting. It's no wonder you're pooped!

What you need to know about fatigue during pregnancy:
By the end of the first trimester, your body will have completed the Herculean task of manufacturing the placenta and grown a bit more used to the hormonal and emotional changes that have occurred. The second trimester is usually a time of renewed energy, but beware: Fatigue could return with a vengeance in the last trimester.



Herculean task tu, mind you.. So it's no wonder why I'm tired all the time. The 9th week is supposed to make mother-to-be tired. Bangun tido rasa macam takmo bangun. huhu...

9 minggu.
Kecik lagi...
=)


Semalam aku puasa after almost a week tak puasa. And tell you what, aku lembik selembik-lembiknya at the end of the day. Start pukul 4 petang aku dah mula nak muntah-muntah balik. Tapi aku tahan... just macam nak muntah tapi tak muntah. Balik umah, solat Asar and then tido... Nini pun heran nape aku diam je... tup-tup tertido sampai time nak berbuka. Tu pun perut tak berenti-renti sakit and cramp.

Hari ni aku taknak puasa. Gile tak tahan badan aku... Maknanya baru lima hari je dapat puasa. Banyak sikit dari wife Abg Azhar (my colleague) yang pregnant 2 bulan lebih cam aku jugak. Dia yang tak bekerja pun tak larat nak puasa, baru puasa 2 hari... aku ni? setiap kali bangun pagi setiap kali tu rase takmo pergi keje... tapi alhamdulillah dapat puasa bila aku larat. Dalam kepala otak aku ni dok pikir 'jenuh la nak ganti' je... T___T

Tapi cam rugi lak... hari ni berbuka kat Crowne Plaza. Ape nikmatnye kalau tak puasa? huhu... takpela... makan sikit-sikit sudey. :P

I've been feeling a bit annoyed and cross at work lately... but I try to keep that feeling to a minimum. Nini kept advising me to keep my rage and annoyance low... So I'll try.

I can't wait for the 1st trimester to be over. 3 more weeks to go! Chayok2.. Aku jugak tak sabar bile nak balik rumah. Weekend ni dah balik Perak. Cuti sampai 31 Ogos. Great. Dok umah takyah buat ape.. tidur je.. heheh... looking forward to that!

Rasa mual-mual and muntah-muntah dah berkurangan... (that's why aku puasa) Alhamdulillah.
Tapi kadang-kadang rasa mual tu datang balik bila aku tak makan. Angin semacam... bila angin, nak termuntah je rase... tapi nasibaik tak kuar... just air liur meleleh-leleh cam hape lagi... :P

Masalah aku sekarang just letih. So damn tired. Bila rasa camni, mulalah berangan... kan best kalau aku tak keje... dok umah je.. seharian aku membuta. huhu...

K lah, that's all for now.

Salam.


alhamdulIllah...
Sunday, August 22, 2010
bismIllah...


Seriously I need help. I feel so bloated all the time. Kalau dapat release angin-angin dalam badan ni tak pela jugak... Ini kadang-kadan rasa nak sendawa tapi tak sendawa2 pun.

Apakah makanan/minuman yang buat kita berangin?

Aku tak tau sangat... Please, kepada mane2 mommy yang terer or ada pengalaman, please share. Letih sangat bila rasa macam angin satu badan. Nak kentut pun jenuh teran tapi tak kuar. Kalau dapat kentut tu, lega sangat-sangat. Same goes with burping.

Benda ni tak kelakar tau.

Terseksa ni...

:pandaGeli_21::pandaGeli_21:


Another thing, selamat ke makan kapsul halia? Aku ada beli tapi tak makan pun sebab Mamito cakap tak elok makan takut panas dalam.

Tapi badan aku banyak angin! Rasa kembung je sentiasa... perut rasa tak sedap.

Syukur tak terhingga bila dapat sendawa or kentut. Tapi macam tak cukup. Rase macam tak kuar abis angin dalam badan.

Bila perut rasa tak sedap and tekak rasa macam 'nak sendawa ke tak' ni, mula la rasa mual-mual and nak termuntah.

Tapi aku rasa problem aku adalah angin. Banyak sangat angin... ape yang aku bedal ek.

Sebab minum ais ke? err... hehehe... :">

Help!

If my dear gentle readers can list down food/drinks that I shouldn't consumed, it'll be great!

Thanks in advance.
:pandaGeli_32:


alhamdulIllah...
Saturday, August 21, 2010
bismIllah...


Kepala pusing. Memikirkan suami yang tak dapat dihubungi sejak 4, 5 hari yang lepas... Rasenya macam dah seminggu. But maybe less. Aku kan over. Rasenya baru hari Isnin dia berlayar (pelupa ya amat!). Dan sejak tu jugak tak dapat kontek cos suamiku di tengah laut sana... takde line tefon. Susah betul!

Yang buat lebih parah, maxis aku dah kena bar. Sebab tak bayar bil la ape lagi... Selalunya kalau jadi camni, terus call Mr CC. And dalam masa beberapa jam terus ok. Tapi sekarang?? Nak bayar camne... Mr CC takde! Dahle no akaun maxis pun tatau... semuanya Mr CC yang settlekan. Then, duit dalam maybank pun tak sampai RM50. Gile pokai dah ni... cepatla gaji... huhuhu... T___T

Kalau tak silap aku, Isnin ni dia akan berlabuh di Lumut semula.. Ni pun Mamito yang gitau. Aku siyes tak ingat bila dia masuk Lumut balik (pelupanya!). Ape punya bini daaaa.... :P

Tapi sindrom pelupa ni berkemungkinan besar sebab aku pregnant. Aku bace dari 'What to Expect when you're expecting' yang sindrom pelupa ni is to be expected. (banyaknye perkataan 'expect')

Seksanya bile phone kena bar... nasib baik la hp pink aku ada... and yang tu pakai celcom prepaid. Check punya check, ada la kredit dalam RM5 lagi... itu jela yang bertahan... huhuhu... Sedeyh nih.... :'(

Puasa?

Well... aku baru 4 hari puasa. Yang selebihnya tidak.

Alahan muntah-muntah bukan sahaja di waktu sebelum sahur, selepas sahur or waktu pagi, tapi juga di waktu tengah hari, petang dan malam. Membuatkan diriku lembik tidak bermaya... Haih... memang aku gagahkan juga (sebab pikir nanti tak larat nak ganti), tapi sesungguhnya body aku bukan tahan. Makan jela...

Cian baby... nak tak cukup makan...

K lah... nak tido. Belum kul 11 dah ngantok. Letih je manjang.... Tak sabar nak balik Perak Jumaat depan until 31 Ogos. Pre-raya holiday di Perak since nanti time raya tak dapat balik Beruas.

Malas la nak sewa kereta balik kali ni... Walaupun murah je kosnye, tapi... ahh... kena jimat duit!

That's all for now.

Salam.



alhamdulIllah...
bismIllah...



Ramai orang benci massive traffic di jalanraya... tell me, ada ke orang suke trafik jem? Tapi ada traffic yang orang suke... iaitu traffic jem di blog. Sebab ape? Sebab owner blog leh jana duit dari visitors yang datang ke blog dier...

Ok. Aku faham. Sape yang tak suka dapat duit kan? Tapi.... berpada-pada la...

Kelmarin aku MC so aku banyak masa spend untuk blogwalking... Macam-macam entry yang aku bace...

And then aku noticed la beberapa teknik yang orang buat untuk tarik pelawat. I'm fine with SEO and all that... I'm also fine with people leaving messages on shoutbox on comment box (blogwalking)... all in the name of traffic..

Tapi yang aku kurang gemar adalah apabila ade blogger yang sanggup ubah masa dia update blog so that entry blog dia tu akan muncul on top dalam BLOGLIST. Sebab most bloggers akan buat entry on top dalam Bloglist adalah yang paling recent... so blogger ni nak entry dia sentiasa on top. Kalau entry baru takpe la lagi (macam tak biase je ade orang update blog 3,4 kali sehari), tapi bila klik, eh... aku dah bace entry ni pagi tadi... sekarang dah petang pun entry same gak... ingatkan sambungan... so, I was very annoyed at that particular blogger. Kot yer pun nak kejar trafik, takkan la TIME/MASA update blog pun asyik nak diubah-ubah. Ini la first time aku jumpa orang wat cara camtu.

Come on la weh....

Another thing yang aku tak gemar adalah bila blogger menyiarkan isu yang kurang maklumat. Contohnye bila a certain blogger posted on his or her blog about isu halal/haram makanan. Biase la bulan puasa kan... benda ni memang hot. Tapi, without valid reasons or proof, patutkah benda itu di'publish'? Especially benda yang sangat arguable. Bila ditanya, rupanya diri sendiri pun tak sure... just copy paste... I mean, it's ok to share... Niat nak share tu bagus! But please make sure what you published has its proof. Tu je... biase la blog ni, kang tak pasal-pasal owner blog jugak yang naya cos sebarkan maklumat salah...

Aku faham yang entry-entry begini timbul sebab SEO. Maybe benda tu yang orang selalu search sekarang [cos bulan puasa=bulan makan], so kena la up satu entry tentang benda yang orang selalu search. Dapat visitors. Tapi... like I said... berpada-pada la... kalau info yang betul dan penuh info yang mantap takpe... tapi kes ni adalah sebaliknya.

Oh well... This is just my opinion. Sape la aku ni nak ngomel panjang-panjang about this. Aku cuma blogger picisan.

TAPI...

Aku rasa semua orang patut berhati-hati bila nak menulis or menyiarkan tentang sesuatu yang boleh dijadikan isu.

Renung-renungkan...


p/s: Bloglist di sidebar blog sedang mengalami perubahan/penambahan/pengurangan. Ade link yang dah takde, ada yang ada... akan diupdate dari masa ke semasa. TQ

Panda lover: Lebih rela update blog secara personal dari mengejar trafik. Biarla blog aku ni orang kutuk sebab citer arini makan ape, pergi mana, buat ape etc dari tulis benda yang aku sendiri tak pasti.

Salam.


**pembetulan: bukan semua orang suka trafik... ade je yang lebih suke orang tak bace blog dia cos dia jenis pemalu dan very private. that shows there are all kinds of people in this world.. ;D



alhamdulIllah...
Wednesday, August 18, 2010
bismIllah...


Hujan tengah lebat kat luar. Kilat sabung-menyabung. Guruh berdentum. Alarm kat kereta pun banyak giler went off. Bising. Sejuk pun same.

Since I'm just wearing a boxer and a short sleeve top, memang sejuk ar... ni baru amik sweater buruk yang beli beberapa tahun lepas di Kelantan. Dengan Cikgu Pah. Lepas gerak dari kenduri Abg Arif and Kak Farah di umah Mak Njang di Kuantan tahun 2OO7.

Tetiba teringat Cikgu Pah. Perasaan berbaur bila terkenang... tapi lebih kepada sedih. Haihh... malam yang berhujan ni memang buat aku melankolik sikit.

Maghrib tadi aku majlis berbuka puasa di Sime Darby Convention Centre. Alhamdulillah... walaupun takde la best mane, rezeki.... Balik dari situ aku suh diorang drop aku ke umah sewa. Tak payah Nini amik. Hujan lagipun...

Seronok berjumpa rakan-rakan other departments... Ramai menegur tentang my pregnancy... tahu dari Facebook mungkin? And some commented on my 'berisi' look. Huhu.. yer, badan memang naikkkkkkk...

Ini leh consider kurusssss le jugak berbanding badan aku sekarang...
This pic was taken early this year.


NOW??
Kita amik gambar muka jelah. Badan tak payah ye! haha



Masa aku balik kampung minggu lepas, aku baru tau yang orang pregnant takleh minum air tebu. Sungguh aku tak tau selama ni... Yang aku tau nenas jela. Dah sempat aku membedal separuh jug air tebu... moga-moga takde ape-ape...

Risau tentang kandungan... aku sentiasa risau... tahla... aku jer kot yang macam ni... dok risau tak cukup itu, tak cukup ini... tapi nak minum susu Anmum pun malas. Ape nak jadi tah... ok-ok. Mulai saat ini, aku MESTI minum susu Anmum at least sekali. At least tu... [nampak sangat tak lalu nak minum]

Apa taknya, mabuk aku tak abis lagi... Arini pun bukannya puasa. Muntah time nak siap pergi kerja. Peritnye tekak toksah cakap. Sampai kot hidung pun kuar muntah. Bayangkanlah... dahsyat tol alahan aku... takpe, moga dihapuskan dosa-dosa kecil... nama pun mengandung kan...

Masuk hari ni dah 4 hari tinggal puasa. Semuanya sebab muntah-muntah dan pedih perut. Kadang-kadang aku rasa macam dah okey... macam takkan muntah dah. But then there I went... throwing up a disgusting and smelly pile... urgh.

I guess this is how it is for now. Kena tahan jelah... Moga baby sihat sentiasa.. itu yang ku harapkan...

Hujung bulan ni nak balik kampung... Dah apply cuti dari 27th Aug smpai 31st. Balik Perak jap la since raya nanti tak dapat balik Perak. huhu...

Aku tak sabar nak tunggu branch Lumut bukak. Really can't wait!

Kepala hotak aku dok memikir mane nak cekau duit nak renovate dapur. Itu la bahagian yang paling aku geram cos tak kemas. Tahla... aku nak dapur yang perfect. Baru best... tapi ongkos tengah ciput... ape nak buat...

Aku bersyukur sangat Mr CC dah beli rumah before kahwin. Tak perlulah duduk dalam base. Dia pun kepala otak sama dengan aku, tak suke dok dalam base. Takpelah... nama pun baru kahwin kan... kerja pun biasa-biase... memang le tak berduit sangat.. nak pasang grill pun tak berkesempatan lagi ni!! Doa-doakan lah rumah kami selamat!

Ya Allah, murahkanlah rezeki hamba-Mu ini...

Hmm...

Aku ada lagi benda nak catat. But I forgot. Well, till next time then!

Salam.


alhamdulIllah...
bismIllah...

Rasa cemas dan tertanya-tanya di kalangan rakan sekerja kini sudah terjawab. Kegembiraan atau kesedihan? Ataupun kemarahan? Hanya mereka yang tahu...

Tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan. Walaupun terpaksa berjauhan dengan yang tersayang di waktu yang meriah, redha sahajalah..

Dengan ini, terbongkar sudah jadual waktu kerja pada hari raya nanti....

Aku dapat cuti pada hari raya pertama dan kedua sahaja.
Raya ketiga dah kena mula keja...
Sian kan... Ahad pun kena kerja.. :(
[PH=Public Holiday=Cuti daa]


Kesian kepada mereka yang perlu bekerja pada raya pertama.. huhu..

Alhamdulillah... aku okey jela ngan jadual ni. Sebabnya, aku sangat risau kalau aku kena kerja time raya. Naya oi... dahle first time nak beraya bersama suami dan keluarganya ni...

Berita tak berapa best adalah aku tak dapat balik beraya di Beruas, Perak. Huhu...

Mane nak membuatnye...

As for Mr CC a.k.a my husband, dia bercuti since 4hb September sampailah ke 11hb. So, raya ketiga pun dia kena kerja jugak. Bezanya dia dah cuti awal!!! Tak aci betul.

Sepatutnya dia kena berlayar and stay kat Langkawi selama sebulan lepas raya. Tapi tiba2 tadi gitau yang plan tu postpone... Hmmm....

Aku tak sabar nak pindah Lumut.

Eh, did I jot down here that Ipoh branch is not going to open?? hmmm tak ingat. Well, branch Ipoh tak jadi bukak. Sebaliknya nak bukak branch Lumut. Yee har!

Aku dah usya Marina Island masa balik hari tu... tempat tu pun masih dalam proses nak siap. Tak berapa siap lagi... Boss bajet dalam bulan Oktober aku leh la beroperasi di sana plak. I hope everything will turn out great!!

Anyway, lepas usya Marina Island (or shud I say the Jetty Complex?), aku ikut Mr CC singgah kapal dia jap... dia nak amik ape tah... lepak jela... lagipun aku taknah naik lagi kapal dia tu... So lepak2 le jap..


Please ignore the fat ass..
HAHA!


Kapal yang agak kecil berbanding kapal-kapal yang pernah ku lawati...
Bilelah leh masuk KD Jebat lagi...
Kenangan manis... cos melawat masa jadi budak KRS di SMKRS.


Serius seriau aku nak turun tangga ni...
Sebelum ni takde la takut, but since bawak budak ni.. risau je kang tergolek ke bawah.
Huhu


Suke benda alah navigator ni...
Klasik. :]



Bilik tempat melepak, tengok tv, makan bla bla bla...
Sempit tak macam Perantau... huhu



K lah, that's all for now.

p/s: Tengah gian nak tengok The Little Nyonya. Ni sume salah Mr CC. Dia kenalkan aku kat drama siri tu... dia save dalam laptop. And sepanjang kat umah last weekend, asyik tengok citer tu je... kan dah bengang cos tak sempat tengok abis! sebab tu aku tak suka tengok drama bersiri di TV.. eeee geram! geram! camne leh lupa bawak hard disk masa balik kampung aritu... :(

Salam.



alhamdulIllah...
Tuesday, August 17, 2010
bismIllah...


I am 25 years old today...

Dan hari ni adalah tarikh yang sama aku mula bekerja di KL. Dah setahun dah... :)

Perasaan?

Gembira. Next year insya Allah, I will celebrate my birthday with a child!

Agak sedih juga cos tarikh 17 Ogos jatuh pada hari bekerja.. so tak dapek la celebrate bersama suami dan keluarga...


Harapan?

Moga tahun-tahun mendatang menjadikan aku insan yang lebih baik dan berhati bahagia.

Sekian.


Salam.


alhamdulIllah...
Friday, August 13, 2010
bismIllah...


Yeah... hari ni bangun pagi 4.30 pagi dengan rasa ceria. Terbangun awal cos malam tadi tido awal gila... Kul 9 malam kot. Badan ni letih je manjang... Fyi, aku bangun sahur kul lima selalunya...

Baru lepas menyidai pakaian yang basuh malam tadi. Ni tengah mesin lagi baju kerja yang kena basuh asing. Settlekan semua baju-baju kotor. Maklumlah, nak balik kampung arini!!!!

Wah excitednya... aku sangat happy. Rindu gila kat umah. Kat suami. And nak sangat-sangat berbuka kat rumah... :D

Semalam aku tak dapat nak puasa. Nak wat camne, pagi-pagi dan muntah... And muntah lagi. Abis kuar makanan time sahur. Lapar gile lah. Perut pedih memang takleh tahan. So aku 'break fast'.

Well, semalam aku dan Nini 'berbuka' di ofis je. Yela, dah dua-dua tak puasa so tak payah la nak balik umah nak masak. Malas... kitorang pergi pasar Ramadhan yang ciput di Bukit Bintang untuk beli makanan, then makan kat pantry ofis. There were 8 of us including my workmates. It was fun!!! Best je makan ramai-ramai... :D

From left: Abg Suhailey, Rauf, Shuhada, Eja, Syed, Meor and me.
Photo taken by Nini.


Okaylah, I better stop now. Nini geram aku dok update blog while she's preparing for food to eat. Haha...

Yelah yelah... nak makan la ni. Arini nak puasa! Let's hope i can make it!

p/s: Just to note; Today is Friday the 13th! kalau omputeh haluan kiri mesti buat macam-macam ritual hari ni... huhu... tapi kita jangan caya... Hari Jumaat kan penghulu segala hari... may it brings us blessings from Allah. :D

Salam.



alhamdulIllah...
Thursday, August 12, 2010
bismIllah...


Dear little one,

Today is my first day to fast with you in my tummy. I was very scared about you. Scared that you will not get the nutrition you need. But people said it's okay... Plus, if I couldn't stand the hunger or the pain, I could always surrender right? :D

Well thank God we made it! Yes... I didn't throw up at all during the day. But... things weren't so good after the iftar. I threw up big time around 8.30 pm... I even scared your Aunt Nini cos she said I was retching so loud, she got up and looked for me in the toilet.

It was bad dear... All my dinner was splattered on the wall and on the bathroom floor. Can't get the toilet seat up in time! Your aunt was green when she saw me. Haha... but she helped me cleaned up the mess and rubbed my back while I continue vomiting.

But it's okay... all this for you little one! This little experience will forever engrave in my memory. The funny taste in my mouth when I'm done puking to my heart's content... it is a taste of happiness. I'm happy and grateful to be able to experience this. Plus, mothers get rewarded by Our Creator whenever she felt any discomfort while carrying their child! I shouldn't complain. :D

I vomitted again at 11 o'clock just now. Now all the food I ate tonight was officially gone. But that's alright too... I made a cup of warm milk for us both. We should be okay till dawn... :)

Though, I am a little worried about the folic acid I downed earlier... It's probably gone with all the vomit.... hmmm....

Dear little one,

I don't know if you can feel my emotions... but I'm sorry if I terrorized you... made you uncomfortable... I never meant anything bad to happen to you. I'm just... having my mood swings... The truth is, I miss your father. Terribly.

But what can we do? He's in Lumut and here we are in KL. I can only meet him when he's not sailing or busy on weekends. I guess that's how it'll be for now. Bear with me, little one. We'll find our way out of this somehow.

Thank God your lovely Aunt Nini is here with us. She takes care of me. Us. She's a great sister. I'll be forever thankful to her... :')

Yesterday we played a little game. Well... just a stupid gender-guessing game... based on old wives' tale... but it's fun! I don't really care what gender you will be, I'll love you with all my heart!

But who am I to lie.... I can't wait to know!

I love you, little one.

Be strong... and grow healthily...

I can't seem to be blogging about things other than me, my pregnancy, my baby and my family these days.

Please go if you can't stand it, gentle readers...

So cute!!!

Salam.


alhamdulIllah...
Tuesday, August 10, 2010
bismIllah...


First of all, happy Ramadhan to all of you gentle readers. Semoga dapat menjalani ibadah dengan sempurna pada bulan ni. As for me? Ntah... esok baru 1st puasa kan... hopefully larat. :D

Di sini nak lepas geram sikit.

Kalau takmo bace, sila klik X.

I'm easily annoyed when the followings happened/or I came across those things:

a) Annoyed at those who don't know the difference between annoyed and annoying. Yang aku selalu jumpa, perkataan 'annoying' je. Annoyed and annoying adalah lain maknanye ye...

'Aku annoying sangat dengan perangai dia tu'--->FALSE
'Aku annoyed betul dengan perangai dia tu'--->TRUE

actually dua2 ayat salah cos campur bahasa inggeris dan bahasa melayu! matila tok guru hampehhhh... wakaka...

b) Annoyed at people who talks or laughs loudly... tengok keadaan jugak la kan.. cos aku sendiri kuat gelak... but please la alert ngan persekitaran. jangan la terjerit pekik macam tak hormat orang lain plak...

c) Annoyed at those yang suka sindir-sindir...

d) Annoyed at those yang malas buang sampah, cuci toilet and jimatkan elektrik. Nak tunggu sampah berulat baru nak buang gamaknye... ape lah yang susah sangat. Padahal it's ur own rubbish! eh.. terlebih skop plak.

e) Annoyed at everything that is dirty! Aku pun pemalas gak... but at least jangan la biar LAMA sangat!

f) Annoyed at pending work. ni macam point (e) jugak la...

g) Annoyed with favoritism. It's only tolerable if you're Anthony Hopkins and you have Claire Forlani as your daughter (Meet Joe Black, anyone?)

h) Annoyed with sour-faced and two-faced people.

i) Annoyed at people who is not punctual. Time flies and you'll never get back any seconds you lose!

j) Most of all, I'm annoyed at those who LOVES to kiss someone's butt. (nothing gay here)


There.

Somehow, aku rasa ade yang tercicir.

Takpelah.

Selamat berpuasa everyone! and semoga kita dapat membaiki kelemahan diri dari sehari ke sehari!

p/s: Entry ni untuk lepas geram je. Biase la macam aku ni... moody je...

Salam....



alhamdulIllah...
bismIllah...


Entry sebelum ni betulla bunyi orang tak bersyukur.

I am pregnant. Alhamdulillah... berapa ramai orang yang dah kahwin tapi belum lagi diberi peluang untuk ada baby? Syukur...

I have a job. Alhamdulillah... berapa ramai perempuan yang takde kerja dan susah nak membeli macam-macam benda yang diorang teringin? Kena mengharapkan pemberian mak ayah atau husband. Syukur aku ada pendapatan sendiri...

I have a sister who always there by my side. Yer... walaupun bukan suami, tapi ok la for the time being. Kalau tak, mau aku lagi depressed. Syukur kerana diberi seorang adik yang penyabar dan bertimbang-rasa...

I have a transport. Walaupun just a motorcycle kepunyaan suami, but at least I do have a transport untuk ke hulu ke hilir. Takdelah mengharap nak pinjam motor or kereta orang je kerjanya. Syukur alhamdulillah...

I am going through a normal pregnancy. Despite being sick, muntah-muntah dan asyik nak terkencing 24 jam, syukur aku merasai pengalaman mengandung. Setiap rasa sakit dan kurang selesa yang aku alami dikurniakan pahala kerana mengandungkan seorang anak. Untungnya menjadi ibu. Rugilah mereka yang tak merasa apa-apa ketika mengandung. Alhamdulillah...

I'm going back to Beruas this Friday.

Syukur alhamdulillah kerana dianugerahkan sseorang suami yang penyabar dan sentiasa menantikan kehadiranku di sisinya. Bila lama tak berjumpa barula menghargai setiap detik bersama.

Alhamdulillah kerana aku masih ada Mak yang sayang aku. And Opah yang excited bila tau aku pregnant. Yes, I have everything...

Jom layan lagu ni...





alhamdulIllah...
Monday, August 9, 2010
bismIllah...


When my heart is in pain, I cry and cry...

Haih... Entah kenapa hari ni tetiba aku emo. Mata dah bengkak. Apa taknya, sejak nak balik dari ofis tadi tetiba aku rase sedih dan sayu. Nangis je..

The truth is, aku letih bawak motor. Especially bila jalan jem di KL ni. Aku tak larat. And aku rasa kesian pada diri aku sendiri. pathetic kan..

Rasa jeles je ngan colleagues yang ada husband or boyfriend pickup diorang. Aku? Kena meredah jalan raya tu sorang-sorang [kebetulan Nini MC arini]

And balik tadi nyaris nak eksiden. Kereta yang bangang tak bagi signal memang menyusahkan orang. Lagi la hati aku sayu... Terfikir yang bukan-bukan.

Sampai umah aku menangis. Dan menangis. Aku tau setan je dok bisik benda bukan-bukan... so aku cuba bertenang...

Pas Maghrib, sekali lagi rasa sayu dan sedih sebab suami tiada di sisi untuk bersama aku. Takde orang nak peluk dan tenangkan aku, takde orang nak sayang aku... And I cried myself to sleep. Sedihnya tak tau nak cakap.. I felt so alone.

Kul 9 terjaga.
Perut lapar tapi takde selera. Taknak makan kang sian baby aku... Nangis lagi...
Nini plak ingat aku nangis sebab lapar. Tanya aku nak makan nasik ke... Taknak. Takde selera. Nak makan megi je. So dia masakkan megi. Makan jela... aku memang takde hati nak makan nasi.

Kenapa tetiba aku depressed camni?

Menangis je kerjanya...

Hati sedih je...

Mr CC tak bagi aku nangis-nangis ni. Tak elok cos sedang mengandung kan... Tapi tahla... aku tak hepi. Takde benda or orang yang bagi aku hepi sekarang ni. So aku bersedih sebab aku sunyi.... Bunyi yang sangat tak bersyukur kan?

Oh God...

I miss his presence.

I miss his hugs and kisses.

:'(


alhamdulIllah...
Sunday, August 8, 2010
bismIllah...


Aku memang nak update blog.. tapi takde masa.

Last Friday was Yash's birthday. So aku belanja dia makan kat Pizza Hut and tengok wayang citer The Last Airbender di Pavilion.

There were four of us. Yash brought her friend and I brought Nini. It was fun and sangat mengenyangkan... nasib baik la si budak Yash ni boleh habiskan semua makanan. Bagus... tak rugi aku belanje... hehehe...

Happy Birthday, Yash!

The birthday girl downing some food...


Me and Nini.
Yeah I know I put on weight!
so what?



Dah kenyang. Nak abiskan aiskrim pun dah tak larat actually...


Then off we went to watch The Last Airbender!

It was awesome!

Kalau tengok 3D mesti lagi best.. tapi sebab kami kejar masa, memang dapat tengok yang biase jela...


Hari Sabtu aku kerja dari 8 pagi sampai 1.30 petang... but sampai kul 2.30 gak keje.. pastu punch card and wait for my cousin, Eti yang nak datang pickup aku untuk pergi umah Mak Yang. Yela, since weekend ni takde mende nak wat, suami pun tak datang, baik aku melawat Mak Yang. Mak Yang buatkan aku jeruk mempelam! hihi! best wohhhh...

Eti came after being lost for quite a bit in KL (sorry Eti!! aku xmo naik train cos aku takut xdapat seat... kang kalo dlm train for sure bergegar je... not good!) then we picked up Nini before going to Bandar Seri Putra Mahkota.

Malam tu asyik menyembang je la...biase la kalau ada Eti, macam-macam cerita ada... and the next day (today), Eti pergi melawat Opah tunang dia di hospital and then dia nak pergi shopping barang nak kahwin... Aku, Nini dan Kak Lin (anak Mak Yang) plak pergi merayap ke Alamanda untuk menonton wayang... Tengok wayang sesaje.. haha... aku belanje tengok wayang, Kak Lin belanja makan. :D

Makan dessert sebelum melangkah ke KFC untuk melantak lagi.


Penatnye hari ni... nasibaik minggu ni masuk kerja kul 9 setengah pagi... tapi abis pun 6.30 petang. Mmm macam kena berbuka kat ofis je sapenjang minggu ni... ape nak buat...

Update tentang kesihatan plak.

Now I'm 7 weeks pregnant. And sejak malam semalam, dah mula start simptom asyik nak buang air. From what I read, the growing uterus is pressing on my bladder now.. buatkan pundi air kencing dah tak cukup space untuk store urine. That's why orang pregnant asyik nak terkencing je kejenya... mmm i guess that's good then. It's growing... :)

The not so good thing is I still suffer from nose bleeds. Tapi tak banyak sangat dah. Tak meleleh. Tapi rase macam berhingus. Tapi bukan hingus. Semalam Kak Lin bagi aku pakai Kool Fever. Sejuk sangat la plak jadinya dahi aku. huhu

Lagi ape ek...

Semua orang asyik komen badan aku dah naik.

Guess what? I'm expecting!!

huh.

Aku agak risau tentang berpuasa ketika mengandung ni. Aku dah ganti puasa before aku tau aku pregnant... ok jela. But now, kalau makan lambat je (ari Sabtu lepas pukul 1 baru makan) mesti perut aku sakit and pedih sangat. Aku tak tau la sebab gastrik ke (sebab memang aku ada gastrik) atau sebab lapar sesangat-sangat. Camne nak puasa ni?

Huhu... takkan la tak puasa plak?

Mampos nak ganti. T____T

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan dan tanggungjawab...

That's all for now. Salam.


alhamdulIllah...
Thursday, August 5, 2010
bismillah...


First sekali, perkara yang tak best berlaku padaku adalah hidung berdarah. Dah 3 malam dah ni... husband kata badan aku panas, suh aku minum air cap badak. And sampai sekarang tak cari lagi air tu. Nanti la... err... :P

Buku di background adalah The Lost Symbol by Dan Brown.
Baru abis bace malam ni.



Secondly, muka naik jerawat. Dah lame dah ni... bila nak surut tah. Selalunya naik time period je... tapi sekarang ni pun berjerawat jugak. Tak best.

Yang kat hidung tu bukan jerawat tapi tahi lalat 2 bijik.
Pipi berjerawat.. and dahi sikit...


Last sekali, about my job. Well... pagi-pagi aku selalu mabuk... Tapi tak muntah pun. Just loya and rase sakit kepala ar... So, mood aku nak pergi kerja pagi-pagi selalunya takde. Rase tak larat je... huhu..

Dekat kaunter..


Another thing pulak, about my transfer. Ipoh Airport nampaknya macam tak jadi bukak. My boss called me last 2 weeks or so and said that she didn't think there will be good business in Ipoh sebab airportnya deserted. MAS punyer flight tak turun situ dah. And keadaan kat airport tu sunyi sangat. I was crushed.

But then, my boss said she's going to propose for the company to open up the new branch in Lumut instead of Ipoh. Of course I was excited! That would be a dream come true! Tapi tu la... nama lagi proposal, it's going to take time laaaa.. So, ape-ape pun mesti lepas raya gak. Mmm duduk jela KL ni lagi...

Kalaulah Lumut memang jadi bukak, memang aku bersyukur sangat-sangat. Rezeki... Senang la nak berulang dari rumah kami di Lumut tu. Dekat je. And my husband will no longer live in that house alone. I can also start polishing up my skills to serve my husband better (skills memasak, menghias rumah la.. jangan fikir skill bukan-bukan plak!) Pray for us!

Semua ni benda-benda yang aku kena bersabar la buat masa ni.

Sekarang ni aku still merempit ke tempat kerja. Ramai dok bising bahaya la ape la... tapi nak buat macam mana... That's my only mode of transportation right now. Tho I admit memang letih bawak motor di jalanraya KL ni... nak menyelit-nyelit tengah jem... apatah bila bila ada pembonceng... tapi insya Allah.. doakan perjalanan aku sentiasa selamat ye. Lagipun, orang yang bawak motor kurang bergegar dari orang yang membonceng di belakang...

My husband did offer to leave his honda city for me and Nini to use but I refused. Tahla, risau aku nak bawak keta dia... aku tengah tunggu hujung bulan ni Mak kata nak bagi Kancil... nak beli kereta baru, aihhhh memang belum mampu lagi ni. Takpela... slow-slow... biarla laki aku pakai keta dia tu... senang nak datang jumpa aku... harapkan aku balik Lumut memang agak susah la since kerja aku ni kena kerja jugak Sabtu or Ahad.

Aku sentiasa berdoa Allah permudahkanlah segala urusanku.

I always remind myself yang ada orang yang lagi unfortunate than me. Bersyukur la ape yang ada... tapi dalam masa yang sama, there's always room for improvement.

K lah. that's all for now.


Salam.


alhamdulIllah...
Tuesday, August 3, 2010
bismIllah...


Yeah.. we went to Berjaya Hills Resort last weekend. Check in hari Sabtu. Spent a night there. It was okay la... tapi kan, cuaca dia tak sejuk and sebest Cameron Highlands or Genting Highlands. Waktu pagi jela berkabus (time breakfast)... tapi tak sejuk sangatlah! Still ada aircond and fan dalam bilik hotel. Overall, biase jelah... jadila, merasa ke Bukit Tinggi. But honestly, I prefer Cameron Highlands and Genting Highlands because of the climate. Hehe..

Ape-ape pun, there was something so special about our time there. My husband surprised me with a piece of jewelery! He said, "Ayang, terima lah... takdelah mahal mana... ni hadiah dari abang sebab ayang tengah carry our baby". Oh terharu aku... So thoughtful of him... romantik jugak orang tua laki aku ni.. hehe... Cos I did say, "Eh, bukanke isteri selalu dapat barang kemas lepas beranak ke?". And he replied, "Haa.. itu lain. Ini lain. Yang beranak nanti lain la plak".

Hehe... terima kasih suamiku. walaupun tak mahal mane, I really appreciate it. ;')
Tak tau la bila nak pakainye... huhu


Well, next destination would be Fraser Hill... Tak tau lah bila yer... Takde dalam plan terdekat. But insya Allah akan pergi sana lak cos aku taknah pegi! haa jangan tak tau, aku memang suka kawasan pergunungan yang nyaman. :D

Lepas check out hotel, kitorang jalan-jalan ke Japanese Garden, Botanical Garden and Rabbit Park. Pastu balik KL...

Sampai je Pandan Jaya, singgah Klinik Kita... klinik yang aku pergi 2 minggu lepas untuk confirmkan pregnancy. Haa.. citer tentang awal pengetahuan tentang pregnancy memang panjang, last kang aku citer***...

Dipendekkan citer, jumpa Dr Azrien yang bertugas hari Ahad. Dia memang suh datang lagi sekali untuk buat test cos masa aku datang dulu, masih awal sangat. Dia siap scan lagi lower abdomen aku tapi tak nampak ape. Katanya, awal lagi. Kandungan kecik sangat tak nampak ape lagi. even kantung pun takde...

So this time dia suh aku wat lagi pregnancy test. Kencing jela dah orang suh kencing... and of course, 2 bold red lines. Bold yer... tak faint dah. 2 minggu lepas faint. And then she scanned my tummy since aku tak tau how long exactly kandungan aku tu... So, scan la lagi... and this time, aku nampak dah ada kantung! I don't know what is its exact term, tapi senang citer kantung yang mengandungi baby la... It's there! Oh.. semacam je rasa... :)

Then the doctor sized my baby... and she estimated how long my pregnancy was... Mulanya dia kata 5 weeks 3 days.. pastu dia kata 6 weeks. Mmm mane-mane jela... Yang aku tau, my baby will due on March 2011.

Motif blurkan air kencing?? wakaka..
Ini test ke-4 yang aku amik. Bold 2 red lines.

Kenapa ke-4?
You'll know why when you read the 1st entry I wrote about my pregnancy.


And so... the doc give me some pills to pop. :P

OBIMIN



And of course, ubat tahan muntah. ;)


Okay, about the first entry I wrote when I came to know about my pregnancy was actually in my private blog.

But do take a peek if you wish since I already paste the entry at my Picture Blog. (sebab blog tu lame tak update)

Cheers!

p/s: I didn't take any picture of the ultra-sound since you can only see a pouch.


alhamdulIllah...