Tuesday, November 30, 2010
bismIllah...


No matter how you try, if that person still ketegaq jugak, memang takkan jalan.

Aku pentingkan persahabatan. Tapi mungkin orang lain tidak.

Berbaik salah, bermusuh apakan pula...

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata??

Tahukah kamu bahawa kata-kata itu lebih tajam dari tusukan pedang?

Betapa sakitnya... hanya kamu dan Tuhan yang tahu.

Oleh itu, berfikirlah semasak-masaknya sebelum menghamburkan caci-maki atau umpatan.

.
.
.
.
.

Aku?

Biarlah aku tanggung sendiri.

Apa yang tertulis di sini bukan ape seratus-peratus ceritaku sebenarnya.

Tak mungkin aku cerita semua.

Salam.



alhamdulIllah
Saturday, November 27, 2010
bismIllah...


Hubby tak jadi ikut sailing... apat cuti 6 hari lagi sejak semalam... He's been helping me with my work. Tolong hantar aku collect kereta kat Orient Star and alih-alih kereta kat parking Marina Island. Muahaha... Tak bergaji yer sayang... Tapi takpe la, dapat bawak macam-macam kereta walaupun sekejap. :P

Arini pun ada collection kat Orient Star lagi... So hubby kena tolong hantar lagi... Yer, aku malas nak claim teksi ke ape cos aku pun tak sure teksi kat sini ada resit ke?

Anyway, kejap lagi nak balik Beruas cos nak pergi kenduri kahwin Noriza. Balik kenduri baru la pergi collect kete kat hotel cos customer tu nak pulang kul 1 petang... Mmmm terpaksa la wat camtu...

So petang kang pas collect kereta customer, kami nak balik Pahang.

Sian kat hubby... last time balik Pahang adalah time raya aritu. Memang dah lama la tak balik sana... Nasib baik la aku memang masih 'floating' lagi. Officially masuk kerja 1st Dec, so ok la...

Semalam rumah didatangi oleh Mak, Mak Njang, Pak Njang, Eti dan Amirul (amirul mesti nyibuk gak). Diorang melawat rumah kami... Nasibaik la Nini dah gitau sehari sebelum semalam so memang dari pagi kami dah mengemas rumah. Vacuum cleaner pun baru beli sehari sebelum tu. Wakaka... So umah memang clear la... hek hek...

The only downside was; tak cukup perkakas dapur. Yela, duduk berdua je kan... makan pun simple-simple. so tak teringat la nak beli mangkuk banyak2, sudu garpu etc yang mencukupi. Pinggan makan tu ade la... melampau la kalau takde. Mak bawak bihun sup... yang ada cuma mangkuk-mangkuk comel... tak cukup besar... oh well... Sudu pun nasib baik cukup! haha... nasibaik mereka memahami. :)

Contoh makanan simple di rumah kami.
Hehe... biase la aku... malas....
(tak tau kenapa gambar senget)


Malam tadi terus pergi borong sudu garpu. LOL. Yang lain nanti dulu... slow2... ;p

Semalam juga mencatat satu sejarah hitam buat hubby....

Ikan koi yang dia dah bela selama setahun mati... Cos ikan tu melompat dari akuarium. Akuarium lak tak bertutup...

Patutnya ikan koi memang bukan duduk dalam akuarium kan... tapi sebab takde bajet lagi nak buat kolam, so ikan tu dok jela dalam akuarium. Dulu badan dia kecik je... sekarang dah besar sikit.... aktiviti melompat pun lebih power la kot...




Lambat sedar yang ikan dah melompat...
Bila letak balik memang tak timbul dah la...


Sebenarnya nak bela kucing gak, tapi sebab aku pregnant, so tak jadi la...
And mungkin dah ada baby nanti pun tak bela kucing kot.
Susah plak nanti... huhu (aku dah la malas!)


Ok, that's all for now. Nak siap pergi kenduri. Byeee...



alhamdulIllah...
Wednesday, November 24, 2010
bismIllah...


Semalam aku ajak hubby jalan-jalan ke Teluk Senangin. Mostly sebab aku tak pernah ke sana. Serius... nama je dok dalam daerah Manjung, tapi ke Teluk Senangin pun tak nah sampai. Teluk Batik tu selalu la... hehe... Teluk Rubiah pun baru sekali kot pergi. Tu pun cos dulu ada adik angkat Kak Lin ikut PLKN kat situ...

Aku jugak sebenarnya nak belajar jalan kat Manjung ni... almaklum, lepas ni berkemungkinan kena deliver kereta ke Port Lumut, Swiss Garden etc. Pastu nak hantar kereta ke Puspakom lak nanti... Aku jarang gile pergi area belah sana tu...

So petang semalam pas Asar kitorang merayap... Mula-mula nak singgah Billion je.. pastu 'ter'singgah SenHeng sebelah tu. Survey-survey aircond... nasib takde duit... haha..

Then baru la ke Teluk Senangin... Jauh jugak... Masuk ke dalam...

Ni pintu gerbang nyer...
Start area ni jalan dah teruk... berlubang-lubang...
Probably it's because of the lorries... cos tempat ni macam baru nak mula membina chalet lah ape lah... so lori kuar masuk kot...



The beach was just nice.
Leh nampak KD Inderapura yang terbiar kat tengah laut..
Best la nak layan jiwang... haha...

But seriously, ok tempat dia... tak ramai orang macam Teluk Batik.
Privacy sikit...


Tak tau menatang apakah ini...


Apsal laki aku nampak kecik je dalam gambar ni? haha..


So peaceful...



Well... kalau takde kerja, leh la ke situ lagi... Tapi umah aku lagi dekat ngan Teluk Batik. So... maybe not. haha

Yang tak best nyer ngan Teluk Senangin ni, ntah kenapa cam banyak lalat. Mr CC pun dah inform awal-awal... Mmm...

Arini aku lepak ofis... Murah rezeki pagi ni ade customer call nak sewa Matrix 2 hari and berkemungkinan longer... Ok la.. Customer tu plak orang yang Rizal bawak dari KL (Rizal=KL Staff). Rizal chauffeur dia ke Lumut, and then dah sampai Lumut, dia sewa kereta kat aku lak. Mmm bagus...

So tadi aku deliver Matrix ke McD, ada la transport balik ofis.. aku mintak tolong Rizal hantor. Pastu kami makan kat Silaturrahim. Lepas makan, dia hantar aku balik ofis semula and then dia balik KL...

Selingan: Hertz has chauffeur driven services. But only in KL ler..

Oh... another day at work. Esok baru Shan datang... Elok la... rupanya mesin credit card portable ni bateri dah nak kong and chargernya takde. huhu

Well, that's all for now. Daaaa


alhamdulIllah...
Tuesday, November 23, 2010
bismIllah...


Sunyi dok umah sorang-sorang... bosan tengok tv cos aku bukan jenis suke tengok tv sangat. Pasang tv nak bagi tak sunyi jer. Tak dapat bayangkan macam mana la kalau aku ni surirumah sepenuh masa... anak pun takde lagi... berjauhan dengan family sendiri... sunyinya hanya Allah je yang tahu.

Time kesepian camni mulala berangan camne la bila dah ada anak nanti... Confirm tak boring and sunyi cam sekarang punyer. huhu... haih tak sabar nak ada baby... :)

Semalam waktu deliver kereta ke Manjung Power Plant, aku mintak customer tu hantarkan aku semula ke ofis di Marina Island cos aku kerja sorang-sorang je.. takde assistant lagi. Anyway, he's a commission engineer ke something like that la.. aku pun tak tau sangat. So sembang-sembang dalam kereta.

I told him I USED to study engineering gak but tak abis degree cos tak minat and takleh nak carry pun. Fail je manjang! haha... Ade diploma je. So he asked me, why am i working to deliver cars to customer if i have a diploma in mechanical engineering then? hoho... pedas tu. :P

1st sekali, aku tak minat engineering. So dengan diploma in meky selalunya u'll end up being a technician ke ape ke... urgh.. so not my thing. Hubby pernah gak suggest aku mintak kerja kat MTU ke, Kenchana HL kat Port Lumut tu ke... ermmm takpela... mekasih jela...

2nd, ape... tak best ke kerja aku sekarang ni? Err... Susah nak citer kerja aku ni macam mana. Yer, mostly kuli je... bukan level power-power pun (thus the delivery thing? macam despatch jela bagi dia gamaknye.. haha). Tapi aku suke kerja aku... gaji takdela banyak tapi cukup la nak menampung kehidupan. Aku pun jenis simple... kerja ni bagi aku banyak benefits... and buat masa ni, ini periuk nasi aku. So.. I'm ok with it. Not looking for other jobs... :)

Lagipun bukan senang nak cari kerja sekarang ni tau... sesapa yang masih takde kerja selepas dah grad berbulan-bulan tu tahu la kan... macam Nini tu... nak cari kerja yang steady bukan senang... aku pun tumpang pening kepala ngan adik aku sorang tu... hmmm...

Aku bersyukur dengan apa aku ada sekarang...
I have a job.(with modest salary but hey, as long as I earned something!)
I am married. (with a husband who loves me!)
I'm carrying a child.(and God knows what joy it is!)

Sesetengah orang mengejar impian mereka dengan cita-cita berkerjaya professional dan bergaji besar. Berkereta besar, henpon canggih-canggih... Melancong ke sana sini tanpa terikat, bebas nak buat ape pun...

Sesetengah orang mengejar impian mereka untuk berkeluarga dan menambah populasi rakyat di Malaysia. Jaga makan minum suami dan anak-anak... dok bising hal nak renovate dapur, cari resepi-resepi untuk dicuba... jadi mak-mak orang la senang citer. hehe... ;)

Tak semua orang ada goal yang sama. Apa yang buat mereka gembira la... tepuk dada tanya iman.

You gain some, you lose some... tak semua benda dalam dunia ni kau leh dapat kan...

Macam aku, nafsu nak beli henpon baru, laptop baru tu membuak-buak... Nafsu nak berjalan-jalan pun ada tapi since dah pregnant, lupekan jela... I have to refrain... Duit bonus aku beberapa bulan lepas RM1K aku bagi laki aku untuk topup duit grill umah (tapi tak buat-buat pun lagi grill nyer!), RM2K dah abis beli rantai emas (mami jarum! haha) and selebihnye yang almost 1K shopping baju-baju, barang-barang and entah ape kebenda aku pun tak tau. Banyak kat makan je kot. Heee....

(hoh. kantoi aku dapat bonus berapa RM. :P)

Janganla ingat aku tak terfikir nak beli henpon baru ngan duit bonus... banyak kali terfikir tapi tak beli... sayang... hahaha. Baik beli emas cos harga tetap naik... kalau beli henpon, nanti lame-lame takde nilai gak. Uikk... apsal kepala otak macam mak-mak orang je ni? haha

And let's face it... tahap macam aku ni memang patutnya tak amik port hal henpon2 baru or laptop2 baru ni sume... Ada anak kecik nanti buat kena campak je henpon tu... kan? kan? :P

So takpela... tak pakai Blackberry or iPhone pun takpela... asalkan henpon bodo aku ni leh video call, mms, sms, call... settle. Kalau jahanam baru kita fikirkan balik. hihi...

Lagipun barang-barang baby satu hapah tak beli lagi... Tunggu masuk 7 bulan la kot baru nak beli... Haaa... pakai duit banyak nanti. So rentikan la nak beli barang bukan-bukan. :P

Nak masuk 7 bulan nanti insya Allah nak wat kenduri sikit... sekali ngan kenduri masuk rumah di Lumut ni. Haram buat kenduri lagi.. huhu... insya Allah... awal tahun depan... hopefully by that time kerja dah stabil (cos system baru tu still xstable so menyusahkan ramai orang!) dan aku pun sihat...


eh ok la... Mamito, Nini and Amirul stopped by.

Gotta go.

Salam.


alhamdulIllah...
Monday, November 22, 2010
bismIllah...


Memang lame kot tak melayan tag dari kengkawan blogger. So dah takde mende nak wat, kita buat tag!

I was tagged by Puan Nieyxzha on 25 random things, habits or goals about me.

Here goes...

Simple facts about me:

1. Anak kedua dari 6 adik beradik. Takde abang, ada kakak. Ada 2 adik perempuan dan 2 adik lelaki.

2. I am a LEO. Born on 17th August 1985. Dah 25 tahun dah tahun ni... target nak kahwin umur 25 sudah dicapai sebelum waktunya (married last June). hehe...

3. Lahir dan dibesarkan di Beruas, Perak. Pernah tinggal di Permatang Pauh, P. Pinang selama 3 tahun setengah (extend diploma 1 sem! haha), tinggal di Shah Alam selama 2 tahun (xabis degree!), tinggal di Damansara Damai selama 4-5 bulan, tinggal di Taman Maluri hampir 11 bulan dan sekarang tinggal di Lumut pula!

4. I love to read. Sebelum ni suka gile bace buku citer... now masa macam takde. Fokus pun kurang pada buku... so sekarang ni just bace blog je. hehe

5. I am currently 22 weeks pregnant. Due date 22/23 March 2011. Jantina baby is still unknown but ramai yang guess it's going to be a baby girl. :)

6. I love twitter more than i love facebook.

7. My favorite colour is purple, blue and pink. hehehe

8. Seorang yang lebih suke mengemas rumah dari memasak. haha

9. I love to eat. Tapi kurang suka makan daging (merah)... I'll pass that to my hubby yang sangat sangat suke makan daging (merah). Suka ayam tapi tak suke daging lembu, kambing dan sebagainya. I'm a white meat lover!

10. I am now 77 kg!! Dah naik dekat 12 kilo dah ni wehhhhh... pre-pregnancy weight was 65kg. Tu pun overweight. Now I'm trying to control my eating habits. Baru lima bulan pregnant... belum 7, 8 bulan lagi wehhh

11. Aku pernah ada crush ngan pemilik blog yang aku suke gile bace blognya. Siape? Rahsia... haha... (maybe I'll tell you in the next entry)

12. Aku suke tengok orang pandai mekap. Nak belajar tapi... aku malas nak mekap. Cos nanti basuh muka (wuduk) hilang... bazir je... bole camtu? heheh

13. I only have ONE handbag at the moment. Aku memang tak reti nak beli handbag and sangat kedekut nak beli handbag mahal-mahal. Lagipun aku bukannya suke berhandbag sangat pun. Faveret kaler; hitam and cream. Masuk ngan sumer baju. HAHA

14. Tengah dalam dilemma.... antara dua. ape benda alah nyer? rahsia. :P

15. Masih kurang suke memandu kereta dari menunggang motorsikal. Hari ni pun aku pergi ofis Lumut naik Nouvo je cos hubby bawak kereta pergi kerja (hujan pagi tadi). 5 months pregnant on a motorbike y'all! menjerit laki aku bile tau... hehehe

16. Is currently missing my former colleagues and bosses in KL branch. Sana ramai staff, banyak pe'el. But also the most happening branch. :')

17. I love all vampire movies. Vampire suck pun layan! hahaha... current favorite of course la Vampire Diaries... I love Damon Salvatore! Nangis wa cakap lu masa tengok Episod 8 season 2...

18. I love to read blog Kak Diana Ishak dan juga Kahuna! Kalau lama tak online, blog diorang la aku bukak dulu... macam dadah. haha

19. Sejak dah kahwin, aku tak suka chatting di internet.

20. Aku suke dan boleh makan sambal belacan, tempoyak, budu, petai dan cincalok. But I can't eat REBUNG!!

21. Suke dengan huruf 'R'. Nak letak nama anak nanti bermula huruf 'R' juga.. hehehe

22. Love music. Favorite radio stations are Lite and MixFM

23. I don't have any legging. (I don't wear leggings)

24. I don't have any cardigans too! Oh... aku ni perempuan ke tidak?? hahahah

25. Hutang kad kredit ada RM700 lebih. :D


Haaaa cukup sudah 25 points! Banyak jugak benda yang aku catat ek... hihi...

Sekian, terima kasih.



alhamdulIllah...
bismIllah...


Akhirnya baru dapat nak mencatat di blog. Seminggu tak online... sebab lupe nak amik broadband kat kampung... bila kat Beruas malas nak online cos internet slow... takde HSDPA. :P



Well, aku sekarang berada di ofis Lumut, Marina Island. Ade 5 bijik kereta dah standby kat sini tapi customer masih takde... So agak kebosanan jugak la... tu yang aku ngupdate blog ni... hehe...

Hari ni baru masuk ofis... Last Thursday aku amik kunci ofis je... So today baru la dok godeh sana-sini... camne nak scan document, kenapa takleh login system bla bla bla...

Eh tapi aku patutnya masih cuti lagi ni tau... Boss KL (Head of West M'sia) kata aku patut mula keje 1st Dec. Hehe.. tapi boss northern region (Shan) mintak tolong standby for walk-ins so aku standby jela... alang-alang dah datang ofis... cos tadi Shan mintak aku check satu kereta... ada customer tertinggal spek. Tu yang aku datang... :)

Banyak benda kena belajar ni... almaklum, dah cuti seminggu... so banyak benda aku macam miss... Bila bace internal emails yang banyak tu, terus pening kepala aku... errmm...

Actually, aku baru je baik demam ni..(walaupun mulut masih rasa pahit)
Ni sumer penangan family day husbandku di Lost World of Tambun last Saturday.



Semuanya berpunca apabila lambat makan. Bergerak dari rumah awal pagi sebab nak berkumpul kat Taman Monyet (ke Taman Paya Bakau? aku tak ingat nama dia.. panggil taman monyet je) before gerak ke Tambun. Aku sempat makan nugget goreng 2 bijik je...

Lepas semua dah berkumpul, baru la gerak ke Tambun...
Sampai-sampai Tambun bukan terus makan. Tunggu ape tah lagi... tapi aku sempat gak lari cari air soya ngan buah-buahan potong. Bila dah time nak makan, perut aku dah masuk angin. Aku makan nasi beriyani tu tak sampai separuh. Haihhh

Dahla cuaca panas gile... aku lak ke hulu ke hilir ikut laki aku dan adik aku, Nini main air. Aku? Berendam sikit-sikit jela... berendam kat kolam air panas (time tengah hari buta!) dan berendam kat air sejuk tempat orang sejukkan badan... mane tak demam??

Hubby belanja Nini ikut... lagipun dia takut aku boring sorang-sorang...
Tengokle betapa teriknye mentari.. panas gilo.. huhu



Elok je blah dari Lost World tu, aku suruh hubby berenti dekat Giant cos nak termuntah.
Memang abis keluar segala isi perut. Laju je kuar macam air... sampai Beruas cos hantar Nini pun aku muntah lagi... langsung hilang selera makan. Sebenarnya takut nak makan cos taknak muntah.

Bila dah tak muntah, kena cirit-birit plak. Ingatkan nak terkentut, tapi rupanya nak terkeluar benda lain jugak. Seksa betul aku selama 2 hari... hari ni baru lega sikit. Tu pun sebab malam tadi aku berpeluh sakan kot. Abis tempat tidur basah ngan peluh je... huhu... T___T

Apa-apa pun, thanks bebanyak kat suamiku yang memahami ketidaksihatan ku. Semalam dia yang masak dinner... Sedar-sedar je, hubby kejut makan. huhu... nasibaik tak muntah balik. Tapi cirit-birit masih tak stop. huhu

------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku baru jual* satu Sonata. Yeay! Mr Buckley, you're my first customer here! ^___^

Tak rugi melepak kat ofis ngan perut lapo... heheheh....

Okeylah... perut dah lapo. Kul 1.30 ni aku nak balik umah... Petang ni kalau rajin aku datang balik. hehe...

*jual=bagi customer sewa...


p/s: To Nurul, ni ha aku dah update blog... sori le lame tak update cos memang bantai cuti habis-habisan. Miss u guys... huhu


alhamdulIllah...
Sunday, November 14, 2010
bismIllah...


Hari ni dok sorang jer la since tak keje and malas nak kuar. Nini pun belum balik sini lagi... So lepak layan dvd and mengemas-ngemas sikit mane yg patut...

Tapi kejap je aku ngemas...x larat! huhu...

Esok dah nak balik Beruas... (kena balik Beruas dulu aaaa... lame kot x balik!) :p

So dah takde kerja dok sorang-sorang, aku asyik membelek perut jela arini...

And know what? I think I just saw a proof that my baby is hiccupping!

Sangat comel okey!! Rasa bahagia sangat! Baby nak besar ehhh... hihihi... ^___^

Actually, aku tau baby tu tengah sedu pun cos tengok video bawah ni di blog Nieyxhazlan di sini. Kat bawah ni aku tampal video baby hiccups courtesy to Puan Nieza...



Macam dalam video tu la aku nampak kat perut aku tadi... hehehe.. nak letak video sendiri, macam agak hampeh cos tak reti nak record. Angle macam hape je... pastu tak nampak sangat. Yang paling penting, malas nak upload. hehe...... so tampal video perut mummy lain je la yer... :D

Kalau aku tak tengok video tu, memang aku tak tau la baby tengah watpe... cos rasa macam perutku ditendang berkali-kali je... huhu...

Terfikir gak, tak awal sangat ke rasa baby hiccups? Baru nak masuk 22 weeks... hm.. ape-ape jela..

Oh such joy discovering great things everyday!

:pandaGeli_07::pandaGeli_07::pandaGeli_07:


p/s: Blog aku dah berubah kan? Blog mak-mak orang dah... hihihi


alhamdulIllah...
Friday, November 12, 2010
bismIllah...



Petang ni ada makan-makan sempena perpisahan aku ngan KL branch. Well... sedih gak nak tinggalkan branch yang paling busy sekali ni... Di sini lah aku belajar banyak benda... How to handle stress, how to handle customers bla bla bla... Most of all, I learned how to be strong and managed my emotions.

A leader shouldn't act emotionally... I personally dislike emotional, un-clever remarks (or should I say insulting remarks?)... but being a woman, sometimes it is uncontrollable. But a man who acts emotionally instead of professionally loses my respect.

Oh well... kerja pun kena berpolitik jugak. huhu... Really don't like that.

Rasa happy nak balik kampung... tapi rasa risau tu macam lagi banyak je... more responsibilities await me. oh no... :'(

However, I told myself I must be strong. This is work. Most of the time, I love my job. And most importantly, this job pays the bill, clothes and whatnots. Just bear with it laaa... periuk nasikku oi..

I'm a bit off at work today. Rasa tension, rasa sedih and rasa down gila-gila... Puncanya aku tahu. Sebab manusia, kerja dan perasaan. Rasa sebak je dari tadi... teriak pun dah juga. Haihhh tak tahu lah... hati oh hati...

Nak ke Lumut pun hati tak happy jugak bila pikir-pikirkan banyak perkara...

Nasibaik ada baby dalam perut. So I tell myself to be strong... I can get through this. My baby needs me strong and healthy. I shouldn't have let words and harsh actions to affect me.

I don't know why today rasa patah hati sangat-sangat. Heartbroken. Bak hatiku terbang dan melayang-layang tak ketentuan hala...

Dear God,
Help me...



alhamdulIllah...
Monday, November 8, 2010
bismIllah...


Ni dah kali kedua dah ni...

Gambar yang same gak yang kena curik...


klik untuk tumbesaran berganda.

Hai, Mr/Ms Karmila Wati,

JADILAH DIRI SENDIRI seperti mana your favorite quotations tu....



Friends ade 2K tu bai!! Kalah aku... wakakaka....

Kalau wat profile tak senonoh camni, laju je orang add kan... hampeh.

Berdasarkan wall, aku suspek org ini adalah lesbian ataupun lelaki yang menyamar perempuan. Yang pasti, orang 'sana' lg...



alhamdulIllah...
Sunday, November 7, 2010
bismIllah...


Today we (Nini and I) went out to KLCC with Nyda... Tengok wayang citer RED. It was a good movie! hehe... enjoy tengok cos penuh ngan aksi-aksi lasak, bom-bom, tembak-menembak yang surreal, etc. It was funny too... so that's why aku suke... =)

Actually agak blur nak kuar buat ape sebenonye... tu yang kitorang tengok wayang... yela, aku kan nak blah dari KL dah nanti... So bile la agaknye dapat nak jumpa si Nyda tu... dah jauh... sekarang ni Putrajaya ngan KL takdela jauh pun... So bila Nyda ajak kuar arini, on jela... rindu kat bekas pengapit aku ni... :P

Lama gak tak tengok wayang... bukan ape, aku malas nak tengok wayang cos fedup nak ke toilet time sedap-sedap tengok citer... So not cool ok... Ngan keadaan aku sekarang (pregnant), having to go to the toilet frequently is inevitable. Tapi nasib baik la tadi aku takde nak ke toilet pun... lega... huhu

Nini and Nyda.
(Nyda lost some weight! jeles oke!!)

Believe it or not, arini first time makan ayam penyet!
Yer.. sebelum ni takde la teringin nak makan makanan indo pun, tapi aku tengok Nyda makan, try jela sekali...
Bole laa...
:pandaGeli_32:

Nini plak makan nasi beriyani...


Abis movie, tak tau nak watpe so merayau-rayau jap dalam Kinokuniya... I was bored. Takde rasa macam nak bace buku pun... So by 4ish pm, kitorang gerak balik... cepat je kan??

Oh lupe nak catat, Nyda came to pick us with a brand new Honda Civic!

Terkujat aku jap... ingat datang ngan Myvi dia... there's a story behind it... but for the moment, kita enjoy je... merasa la naik Civic baru. Mileage pun baru nak sampai 5K (if I'm not mistaken)... ^__^

It's one cool car, I must say...
(tapi aku lebih suke Accord.. hehe)


Hari ni jugak first time merasa makan red velvet cake. Yes, it's all the rage now. Tetiba banyak plak blog yang aku bace dok promote kek ni... Sedap jugak... Leh la beli lagi pasni... :)

Tapi arini just makan cupcake je...
Dah terbalik-terbalik dah keknya cos seludup masuk panggung..
Nini je yang sempat makan sambil tengok movie.. :P

Apa pun, aku enjoy arini... Lega gak dapat kuar dari dok umah terperap... Nak pergi umah Mak Yang, kereta tu macam tak berapa ok... that's why malas pergi jauh-jauh...

Okeylah, kita sudahi entry ini dengan gambar terbaruku at five months pregnant. Pic was taken yesterday...

I'm big... but not huge... yet.
huhu...

btw, gambar 'pakaian' yang ada di tangan kena censored atas sebab-sebab peribadi. :P

(I'm running out of things to wear!!!)


Till then...

Salam...


alhamdulIllah...
Saturday, November 6, 2010
bismIllah...


Cepat masa berlalu... sedar-sedar dah nak masuk lima bulan pregnant.... huhu... (sambil jeling pregnancy ticker kat blog ni)

Aku masih ada seminggu lagi di KL ni.... Then, baru betul-betul pindah ke Lumut. Actually, kepala otak aku agak tension memikirkan kerja sekarang ni... Since kitorang migrate to a new system, banyak kerja pending. Banyak issues... And semuanya kena refer orang yang lebih pakar. Masalahnye, yang pakarnya tak ramai... Dan mestila bukan available setiap saat kan? So... benda pending-takleh-buat-ape and menunggu dan menunggu do not go well with me. Serabut.

But boss dah amanahkan untuk aku settle kan benda-benda pending tu. Nama aku yang disebut.. So... pening... pening... :(

Aku jugak agak blur ngan penukaran aku ni... My last day in KL is on 15th. Tapi aku bace kat Facebook head northern region; Branch Lumut bukak 15th Nov. I mean, what's that?? Bila masanya aku nak floating+cuti+berpindah?

And then yesterday, Head Johor punyer branch singgah KL and macam pelik kenapa aku tak floating lagi... yela, semua orang ingat Lumut bukak 15hb kan... So aku cakap la aku nyer last day 15hb... and then baru floating. Boss aku di KL cakap aku report 1 Disember. But of course la dalam masa floating tu aku akan tengok-tengok jugak la branch baru... prepare ape yang patut. And then he told me that head of northern region nak kejar event kat Lumut yang start around 19th Nov. Aku tak tau event ape... hari navy dah lame lepas, pesta lumut dah takde dah... so events ape ek?? Ade sesape tau? (oh lupe lak nak tanya laki aku...)

Isnin depan aku nak tanya betul2 kat boss... bila patutnya Lumut tu bukak. Cos she did asked me a favor... patutnya by next week aku dah leh blah... tapi ramai la plak kawan-kawan aku di KL ni amik cuti, so ofis KL understaffed. So aku diminta bekerja oleh bossku sampai 15th. Hmmmm....

Jadual bulan November.
By 15th, dah takde di KL...


Oh well... I guess I'm gonna stick to what my boss said la... Lagipun dia Head of West Malaysia. huhu... and she did say yang HR buat surat untuk aku transfer on 1st Dec. So, lantak la... yang aku tau, officially by 1st Dec. Lain-lain kemudian pikir....

Enuff about work. (sakit kepala bila pikir-pikir)

Sekarang aku dah kurang masa berblogging sampaikan Kak Di dah selamat beranak beberapa hari lepas pun aku lambat tau. Ape-ape pun, congrats Kak Di! Alhamdulillah selamat... :)

Oh.. sekarang aku dan Nini tengah gila layan dvd jer... Actually, aku dah terpengaruh ngan Nini. Almaklum la, she's back menjadi penganggur... huhu... So, melayan movie jelah...

Before, kami layan True Blood. Ada season 2 ngan 3... Yang first season takde.. Layan gak la citer ni... tapi memang dalam banyak-banyak citer vampire, citer True Blood agak merepek sekali. haha...

And then, kami beralih arah ke 'Pretty Little Liars'. Aku tak tau camne Nini leh tau tentang citer ni cos kami memang tak tengok Astro/TV... Tapi, kami memang peminat aktres cantik-cantik la... hehehe....

The blond girl on the left is Ashley Benson.
Love her since tgk dia dlm Bring It On.
Dia ni patut jadi Rosalie dalam Twilight Saga.
Nicki Reed sangatla tak lawa macam dia ok!!

Ashley ni cun gila!! jadi jahat pun ok.
Tapi dalam citer ni dia mcm chubby sikit banding ngan filem cheerleader tu..


Season 1 dah abis tengok. Sekarang sedang menanti season 2 which will only be aired on January next year. Lame tu... bosan nak nunggu...


So, kami beralih arah ke citer Vampire Diaries. Serius, kami memang agak lambat tengok citer ni... Sebab memang jenis tak tengok tv. So, kami beli la dvd season 1... sekarang kat tv tengah show season 2 kan... Jadi la... tengok gak...

And this movie memang rocks! I love it! Aku suke pelakon2 dia cos cun-cun... and I love Damon!!! Hensem oh.... xkisah la dia kejam and jahat ke... tapi sebenarnya dia baik la jugak....

From left; Stefan, Elena and Damon.
Damon a.k.a Ian Somerhalder.
Really! He took my breath away!!
^___^


Last but not least, layan Sex and the City if we want some laughter. Samantha Jones is a damn funny character! :D

K lah, banyak lak menaip arini.

Kejap lagi nak siap-siap pergi keje.. mmmm malas tol....

Cheers.


alhamdulIllah...