Monday, January 31, 2011
bismIllah...


Merujuk kepada tajuk di atas, bukan aku yang buat tilam kekabu yer... But my Mom did. With the help from her unemployed daughters and adopted grandson. Huahua... Me? Aku tolong gak... tolong tengok. :P

Last weekend dapat balik Beruas sekejap since takde ape-ape hal yang menghalang. Seriously, walaupun umah dekat je ngan kampung, tapi bukan selalu balik... Last time would be masa Krismas dulu kot. Bukan ape, aku selalu kena attend customer yang nak amik keta la... nak return keta la etc. So, ape-ape hal, kena standby di Lumut. huhu

Balik kampung baru ni, Mak tunjuk kat aku progress pembuatan tilam kekabu for her future grandson yang berada di dalam perutku ini. Maju sungguh... larat Mak aku nak buat sendiri.

Kebetulan la plak Mak dapat 2 guni besar kekabu pemberian besannya iaitu mak mertua Yong masa Mak ke Tambun beberapa minggu sudah. So, dapat la buat tilam kekabu sendiri... takyah beli. hehehe...

Jom tengok gambar...

Mak menunjukkan tilam kekabu yang dalam proses untuk disiapkan.
Mak jahit sendiri sarung tilam ni...



Pembantu-pembantu adalah Nini, Diyana dan Amirul.
Amirul tukang cuci kekabu (asingkan biji kekabu)




Alatan yang digunakan untuk mengasingkan kekabu dari bijinya...



Pusing-pusingkan buluh tu macam dalam gambar.



Kalau penat, boleh duduk yer...
And oh, pastikan pakai 'mask' untuk elakkan kekabu yang halus-halus tu terbang masuk hidung. Hehehe...
Udah rupa buruh paksa kanak-kanak pun ada Amirul ni... :P



Next, hentak-hentakkan bakul untuk keluarkan biji-biji kekabu yang berada di dasar bakul setelah proses 'pusing2 batang buluh' dilakukan masa mula-mula tadi.


Kemudian, sila kaut kekabu yang gebu dan bersih dari biji-biji untuk disumbatkan ke dalam sarung tilam...

Sumbat sampai mampat.
Guna batang kayu or rotan untuk memudahkan proses.
Dalam kes di atas, kami guna tongkat rotan Opah. Hahaha...

Ulang proses mengasingkan biji kekabu berulang-kali sampai cukup yer...

Diorang proses tilam ni dari petang sampai malam...
(aku tak tau pukul berapa settle... yang aku tau, pagi esoknya aku tengok dah siap)
Hasilnya...

Tada!!
Sebijik tilam dan 4 ketul bantal bayi berisi kekabu fresh...
Sarung tilam dan sarung bantal takde lagi k...
Nanti-nanti la baru beli kain untuk buat sarung lak...

Kekabu yang diisi secara tradisional ni lagi best dari yang beli kat kedai.
Cos yang kat kedai tu diorang mesin je kekabu sekali ngan bijik-bijik dia...




Ni contoh tilam kekabu yang diisi kekabu mesin.
If you look closer, leh nampak bijik2 kekabu pun dimesin sekali... hancur... huhu

Mak ingat nak recycle balik kekabu ni... tapi aku tak sempat tau kesudahannya...
Leh ke recycle balik?

Aku rasa macam boleh... tapi kena pecah-pecahkan balik la kekabunya... cos dah keras camtu... huhu


Ok. Selesai bab tilam+bantal baby.


Alhamdulillah Mak aku rajin nak membuatnye... kalau ikutkan aku, beli dah siap je udah. Tapi nampak ke'eksaited'an Mak aku di situ... so biar je la... :P

Barut untuk aku pakai pas beranak nanti pun Mak dah beli... Tapi baru ada satu jela... Nak kena beli berapa ek? 2 helai cukup?

Barut baby pun dah ada. Mak beli RM10 dapat 6 helai... Murah le tu... Yang aku selalu nampak online, paling murah 3 helai RM10. Tapi barut warna putih jela. Takde corak-corak bagai. Ahh lantak le... pakai kat dalam. Bila baby pakai baju, tak nampak gak corak lawa-lawa pun. Huhuhu... Mak cakap, cukup la 6 helai... Baby pakai kejap je pun... haaa ok la. Bab nak menjimat-jimat, memang aku suka!

Aku suka material barut ni...
Kain yang sejuk... :D


Okeylah, that's all for now.

Nanti free2 aku update lagi...

By the way, thanks a lot to my readers yang komen di entry Bad News ni. Terharu sangat... huhu... However, I'm okay now. That's why the hardest job in the world is being a navy's wife! Chayok2...


Salam...

alhamdulIllah...
Friday, January 28, 2011
bismIllah...


Last night, just when we're getting ready to sleep, my husband suddenly said, "Ayang, bulan depan ajak Nini datang sini teman ayang ek"

I stared at him with a frown on my forehead. "Kenapa lak?" I asked.

"Bulan depan abang kena berlayar sebulan" he replied. He was smiling.

"Heh... tipu!" I really couldn't read his face. But I'm sure he was lying. He continued saying he would be sailing next month, and I kept rejecting what he said. "Tipu! Tipu! Tipu!"

Then he buried his face into the pillow. "Sorry sayang" he said into the pillow.

My heart was beating fast. How I wish he WAS kidding about it.

"Betul ke tipu ni?" I asked again. He turned to look at me.

"Betul... tak sampai hati nak gitau ayang... tak tau nak gitau camne" he said as he held me close.

What???? I felt like a block of brick was thrown on my chest. My chest hurt. My heart hurt.

"Bila tau nak berlayar ni?" I tried to fight back the tears that was already brimming my eyelids.

"Semalam. Kapal abang kena ganti KD Pahang... ala, tak jauh... Kat Sabah je... Tawau."

I controlled the pressure in my throat. I looked at his face looking at me. "Berapa haribulan nak berlayar nyer?"

"18hb... Ala, insya Allah abang balik on time.. Sebulan je. Dalam 17, 18 haribulan Mac nanti abang balik la..."

Controlling my voice, I said "Ana punyer due date kalau ikut klinik 23hb Mac. Tapi kan kalau due date dari scan 17hb Mac... camne kalau ikut due date scan tu? Abang takde..."

When I said all this, my eyes were wet with tears. I just couldn't believe this news. This was what I feared most. Him sailing while I'm near to giving birth to his son. God, I still couldn't believe it. And, for a month??? God... help me.

"Nak wat camne sayang... kerja..." he replied. I could feel him tightening his embrace. I know he wished he didn't have to leave me, but heck... It's his job. I guess I just have to accept this.

I didn't say much after this. I turned and gave him my back. I couldn't let him see me crumble.

I just cried silently. But my body shook and he knew I was crying my eyes out. He continued to hold me... rubbing my upper arms... whispering comforts to my ear...

My mind was imagining lots of things. What if I went into labor early? What to do when he's not around? Plus, what if I can't even phoned him? And, God forbid, what if something happened? I am now 8 months pregnant. It's just a few weeks away!

I woke up with an empty feeling today.

Gosh, how I wish he was kidding about the news!

Now I'm crying again. Darn it. Stupid.





alhamdulIllah...
Thursday, January 27, 2011
bismIllah...


Semalam memang tak lekat di ofis. Me and my colleague kena pergi Ipoh sebab 2 perkara. Satu, nak tukar Ford Ranger Sime Darby Industrial cos keta diorang dah nak due service. Kedua, nak collect kereta Waja yang customer nak return kat Taman Chateu, Ipoh.

Kitorang gerak lepas Zohor camtu... Sian lak kat my colleague, Ganesh (aku dah tak kerja sorang-sorang lagi) cos dia tak berapa sihat tapi kena jugak kerja. Nak wat camne kan... (arini dia MC. nasibaik la arini takde ape sangat). Aku lak ajak Nini ikut sekali (kan dia ada kat umah aku) cos nanti takdela aku kena drive Waja tu sorang-sorang dari Ipoh. Oh.. aku tak berapa pakar jalan Ipoh. Serabut otak. Jalan kat Ipoh tu lebih kurang macam KL je aku rasa... So, better aku bawak Nini teman aku. Hehehe...

Singgah Sime Darby Industrial di Jalan Lahat, Bukit Merah untuk tukar kereta... Bagi kereta Ranger yang kami bawak dari Lumut and amik Ranger diorang (swapping) untuk hantar pergi servis... ermmm nasib baik la bukan aku yang kena buat benda alah ni... Aku tak reti bawak manual!

Kalau auto tu aku reti la...
Sebelum ni taknah drive langsung Ford Ranger cos gedabak sangat, tapi bila dah tukar kat Lumut ni, aku bawak le jugak... tapi auto ok...
Yang macam atas ni memang aku surrender. huhu


Next, Ganesh hantar aku pergi collect kereta lak... kena rush cos nak elak jammed orang balik kerja... And then hujan plak tu... Paham-paham jela... Takut customer tu ngamuk lak kalau sampai lambat. Alhamdulillah sampai on time.

Lepas collect, aku suruh Nini drive cos dia lebih tau jalan kat Ipoh ni. Hehe... Ganesh lak, pas hantar kami amik kereta, dia gerak pergi workshop and ke Penang...

Well, aku sempat singgah Ipoh Parade! (it's late, kalo terus balik Lumut memang still lambat cos hujan dan jalan jem)

Singgah pun bukan sebab ape, nak amik/beli buku cerita je pun.

Novelhut, Ipoh Parade.
My favorite place in Ipoh. =)


This is my favorite section, by the way.


What I love about this store were the cheap price and the varieties of books they have.

Ada novel (english, malay, chinese), ada buku teks sekolah, ada buku-buku rujukan untuk budak-budak U, majalah etc...

Kedai buku ni jual buku-buku/majalah-majalah terpakai dan edisi lama sahaja. Tak perasan lak ada majalah yang baru ke tak... tapi rasa macam takde...

Kedai ni beli buku dari sesiapa yang nak jual buku, then dia akan sewa atau jual balik. That's why berlambak gile buku-buku kat kedai ni.

Ada lagi satu cawangan kat shoplots belakang Jaya Jusco Ipoh. Tapi aku pernah pergi situ dua kali je... tu pun lame dah... Tak tau ada lagi ke tak...

Bookworms' heaven. :)


Harga buku memang MURAH sangat!

Nak kata harga depends atas condition buku, well... ada je aku jumpa buku elok (berbalut plastik lagi) yang harga murah.

Tapi, kalau mahal pun sebab buku tu baru la... Mahal means above Rm20 for a book.

As for Mamito, she always rent the books. Harga lagi murah la... cos mak aku memang banyak giler buku citer... nak simpan kat umah pun buat nyemak je... aku kureng sikit ngan Mamito's choices on books. Asyik-asyik love story... Mak suka amik buku citer keluaran Mills & Boons... Harga dalam Rm1.50-2.50 jer kat sini (tak tebal sangat buku nya). Buku Sandra Brown jela yang kami sama-sama minat. :p

Semalam, aku sempat sambar 3 buah buku dan 1 majalah Impiana edisi lama untuk idea-idea renovate dapur nanti (yang dapur umah Kak Di Green Apple ade di'feature' di dalam majalah Impiana tu) Lupe nak snap gambar buku-buku dan majalah yang kubeli... Tapi buku dari Sandra Brown, Erich Segal dan juga Jackie Collins. Buku Jackie Collins tu RM2 je... tapi patut la RM2, tak best pun! huh... (padahal tak abis baca lagi)

Buku Sandra Brown; RM20 (cos baru) and Erich Segal's book was RM5.

Malam ni aku ingat nak bace buku Sandra Brown tu... hopefully hubby tak marah la...

Tau tak sebab kenapa aku dah jarang blog tentang buku?

Well... sebab suamiku rasa disisihkan bila aku start bace buku... So, rase serba-salah la nak beli novel lagi kan... Nak wat camne, aku ni kalau dah start membace novel, memang I'm in a world of my own. Terpisah dari realiti (that's how focus I'll be if the book's worth it!). Sesapa tegur or cakap ngan aku, memang aku tak perasan. Huhu...

Tapi since dah lama aku tak pegang novel, I think a couple of books (3 bijik je pun!) will do no harm. Lagipun dah tanya hubby awal-awal... nasib baik dia izinkan beli novel (yer, sampai macam tu sekali).

Kadang-kadang, how I wish my hubby loves to read like me too... Ada koleksi buku dia yang tersendiri. Leh share dan discuss...

Tapi, memang impossible. He's not that kind of guy. And setakat sejarah cintan aku dulu-dulu pun, memang aku tak pernah kapel/sangkut ngan lelaki ulat buku (novels lover). Ulat buku dari segi study tu of course la kan... I love men with brains. Tapi, kalau berboifrenkan lelaki yang suka bace novel, buku-buku motivasi, or ape-ape buku cerita la (auto biografi or true story), memang tak pernah ada. KAWAN, yes (tetiba teringat Faizal dak Komander masa Kesatria). But boyfriend, NO.

Opposites attract, I guess.

Oklah, that's all update for today.

Tak sabar nak balik umah bace buku! ^___^



alhamdulIllah...
Wednesday, January 26, 2011


bismIllah...

Menghitung hari...

Mendebarkan...

Tak sabar...

Tapi takut pun iya juga...

32 weeks pregnant


Sekarang, aku nak list down ape aku rasa lately...

1. Susah nak tidur. Seriously, susah gila... tak tau sebab ape... tapi aku tak rasa perut yang besar tu ganggu aku tidur... before this ok je... hmmm...

2. Sakit dekat bahagian bawah area tempat baby nak keluar tu. I guess, sebab kepala baby dah turun ke bawah... so memang sakit sangat bila aku nak bangun tidur or bangun dari berbaring/duduk...

3. Stretchmarks bertambah. what else is new? -__-
Kalau dulu pergi checkup, nurse akan tanya, "First baby ke?". Sekarang tidak lagi... Dulu, aku ingat nurse tanya gitu sebab aku nampak muda (pirahhh), tapi bila difikirkan balik, ni mesti sebab dia tengok perut aku takde stretchmark... tapi, sekarang dah ada. T____T

4. Tetiba banyak kena gatal-gatal di kaki. Kaki kiri ada, kaki kanan pun ada... haih... macam-macam! (ke sebab aku banyak makan seafood? hehehe)

5. Am I leaking colostrum? Ntah. Aku pun tak tau. Tak nampak dan tak rasa. Tapi bau nya ada bila tanggal bra. Bau susu masam. huahuahua... Takde maknanya la aku nak picit bagi kuar lak kan... biar jela... :p

6. Clumsiness. Ini serius... Apa aku pegang, sume nak jatuh la.. nak tumpah la.. nak terbalik la... fed-up betul dibuatnye... So, bila pegang pisau, memang aku fokus gila-gila. Kang tak pasal berdarah tangan!

7. Kuku yang bermasalah. Tak tau la sebab pregnant ke ape.. tapi ini yang aku alami sekarang. Teruk gila kuku aku!!

Tengok le sendiri...

Yang paling teruk sekali jari tengah tu...
Kalau makan benda pedas, memang pedih la cos tetiba rupa dia berlubang camtu..
waaaaa... :'(

Oh ye, aku TAK PERNAH buat manicure.
Orang kampung... :P

8. Kaki aku takdela bengkak sangat... aku rasa masa mula-mula pregnant dulu lagi teruk bengkaknye... tapi yang tak best, kakiku sakit bila memijak lantai. Dah jadi balik macam masa mula-mula pregnant dulu (dulu start masuk 3 bulan, sakit tu hilang). Ni dah jadi balik la... hmm...


9. Oh ya, beratku dah mencapai 80 kg! Actually, it's 80.7 masa timbang di klinik semalam... Beberapa jam sebelum tu aku sempat timbang kat Tesco, berat 80.4. Bila dah lunch, naik 0.3kg. :p

Gambar gedik dalam kereta masa on the way nak pergi klinik dengan Nini.
Buku pink untuk cover hidungku yang kembang... HAHA


10. Hidung kembang adalah apa yang berlaku kepada ibu-ibu mengandung juga ye, kawan-kawan... Sebab pembuluh darah di bahagian hidung mengembang bila terima kenaikan hormon dalam badan ke ape tah (bajet doktor lak aku ni)... so, itu pasal le dia kembang... walaupun the fact yang aku ni memang jenis hidung jambu air pun iyer juga. Haha... Well, selain hidung kembang, macam biase la... selsema tak abis-abis. Dari mula pregnant sampai sekarang ni aku selalu je hidung tersumbat dan selsema... :)

Ok la ok la.. aku tunjuk la rupa mukaku berhidung kembang...

Tada!
Lame tak letak gambar gedik camni kan.. haha

Tapi ni tak nampak hidung kembang sangat...


Haaa... ni baru nampak.

Gambar-gambar ni diambil semalam yer...
Latest sesangat.


Well, hopefully lepas beranak nanti hidung aku takdela kembang sangat. Huhu...

That's all for now... (cukup la 10 points kan)

Salam



alhamdulIllah...
Monday, January 24, 2011
bismIllah...


Dulu, masa mula-mula blogging, agak gile nak mencantikkan blog dengan theme sarat-rendat, dengan widget entah ape-ape dan emotikon kat setiap entry. Blog yang aku selalu refer masa awal berblogging di blogspot adalah BlogMenjerit dan Chokilala. Ada lagi kot tapi aku tak ingat sangat dah... 2 blog tu la yang aku selalu usya segala mak nenek tutorial nyer...

BlogMenjerit dah lame berkubur... Tapi owner dia still ada lagi la... berblogging di DilarangMelarang plak. Tapi baru tadi aku nak usya, sekali domain expired la plak. huhu...

Oh, dia sekarang di KiubRubik plak (baru google)

Chokilala plak dari berblogging di blogspot, kini dah bertukar ke wordpress. Kalau theme kat blogspot adalah very girlish and kiut-miut, now di wordpress tema blognyer lebih kepada simple and pro. huhu...

Dulu jugak, aku mula kenal ngan kawan-kawan blogger yang sebaya dan muda dari aku.... rata-rata kami adalah student ataupun budak lepasan sekolah yang selalu online di cyber cafe. Tak kurang jugak yang kerja di cyber cafe. You know who you are... ;)


Gambar lame ni... 2008 i think.
zaman student mechy uitm.
Masa ni kurus je... those pants hung on me! :P


Dulu, aku banyak buat entry tentang masalah study dan cinta.

Entry masalah study selalu up bila musim exam. Haha... macam hampeh.

Entry masalah cinta plak... ermm... selalu jugak le ada... huahuahua...

Selain dari tu, dok up entry tak puas hati. Dulu-dulu macam banyak je buat entry tak puas hati... Entry lepas geram... err... jiwa muda la katakan...

And yang buat lagi best tu, kalau buat entry menghentam orang, banyak je komen dapat. Orang lain pun sibuk la bagi pendapat masing-masing. Sama-sama tumpang sekaki. Waktu tu cam best gile bila komen kat entry mencecah berpuluh-puluh. Hahaha...

Kenangan siot!

Sekarang, aku dah menjadi isteri orang.

Penulisan aku di blog pun mula berubah sikit-sikit. Kalau dulu blog tentang masalah study dan cinta, kini aku memblog tentang rumah, suami dan pregnancy plak. And lepas ni mesti blog tentang baby plak kan... hihihi...

Kawan-kawan bloggerku masih ramai yang bujang lagi... Yela, aku banyak kawan ngan masih muda dariku... Then ditambah lak aku ni belajar sekerat jalan. So, diorang baru abis belaja, aku dah kahwin. Paham-paham le kawan-kawan yang baru abis belaja... mesti nak cari keje dulu... then kerja baru kahwin.

So, kekadang terasa takde geng blogger di situ.

Sekarang, aku mula berkenal-kenalan dengan blogger-blogger baru plak. Kalau sebelum ni usah harap aku nak bace blog mak-mak budak ni (yela, sikit-sikit citer hal anak, resepi dan bercuti. bapakkk bosan! HAHAHA... <--- ini blog-blog yang aku jumpa DULU la ek), sekarang aku mendapati aku asyik la dok bace update blog yang ditulis oleh golongan ibu-ibu muda... Lagi-lagi yang baru melahirkan anak. :P

Malah, aku dah menjadi seperti itu. Blogger yang menulis update hal rumahtangga, suami dan baby.... Huahuahua...

Oh well... memang tujuan berblogging adalah untuk mencatat peristiwa dalam hidupku... so where else should I pour myself out if not in my own blog, right? :P

So, pembace blog aku pun berubah la gamaknye... kalau dulu just kawan-kawan blogger yang aku kenal di awal berblogging yang selalu melawat, sekarang dapat pelawat dari fellow mommy-to-be(s) or hot mommies yang aku follow blog mereka...

As for my previous blogger friends, ada yang dah slow down sikit... Kurang dah jenguk blog aku... Update blog diorang pun jarang-jarang... Nak bermesyuarat tingkap di shoutbox apatah lagi! Ada tu, siap dah tak letak shoutbox kat blog dah pun. Serius, banyak dah berubah... teringat dulu-dulu dok gile berbalas-balas mesej di shoutbox macam hape lagi... emotikon menggelikan hati jangan dilupa... :D

Sekarang pesen orang asyik nak up traffic. Singgah shoutbox PAKSA orang follow blog. Up entry kontroversi and rage orang... bla bla bla... nak traffic la katakan...

Tapi aku lega sangat cos my blogger friends yang ku kenal sejak aku awal berblog tak terjebak benda-benda camni... Kalau menganyam ketupat and lepas geram sikit-sikit tu biase la kan... hihi...

Komunikasi dengan kawan-kawan blogger yang ku rapat masa awal-awal blogging dulu pun dah kurang... Nasib baik ada twitter! So, ok la... still kontek mengontek and jenguk update blog walaupun tak komen... (i know they did the same).

Ok la jugak... still tau citer and perkembangan, ye tak?

Kadang-kadang rasa macam dah tua sangat je bila aku tak tau depa tengah gosip ape kat twitter. Yela, dah kahwin ni priority dah berubah. Kurang masa nak melepak bloghopping and stay up to date ngan online world. Nasib baik la leh DM kat twitter... so, tau le jugak ape gossip terbaru... haha...

Sekarang, dah berbeza...

Cara penulisan dah berubah... Isi kandungan entry pun berubah. :)

However, I still love to blog (and tweet!).

I'm so happy to know that I made lots of friends from this blog.

I would still be here even if there is no Nuffnang (and ChurpChurp!)...

:pandaGeli_19::pandaGeli_32::pandaGeli_01:

Salam.



alhamdulIllah...
Saturday, January 22, 2011
bismIllah...


Semalam aku dapat 2 bungkusan barang-barang baby yang ku order online. Abang driver Poslaju tu pun dah sampai leh sengih-sengih kat aku cos asyik la beli barang online... :P

Ahh tak kisah la... aku suke je shopped online cos jimat minyak kereta dan tenaga... paham-paham jela sekarang ni badan dah besar... Nak jalan pun tak larat. So, tak payah nak kuar kalau beli secara online kan? hehehe...

Tapi takdela banyak sangat benda aku beli online cos tak puas tak dapat pegang and belek... So, kalau aku beli online, selalunya benda tu berbaloi bagi aku untuk dibeli secara online...(free shipping@unique design@MURAH etc). Or simply because I'm bored and tak tau nak watpe and duit macam ada untuk dihabiskan... hahaha...

2 parcels...
One from Kak Afzan, another one from Kak Tini.


More cloth diapers! huahuahua...
Design bola tu satu-satunya CD jenis velcro yang aku ada setakat ni.
Saje teringin nak tau camne rupanya and ok ke tak...

So sekarang dah ada 13 keping CDs...
Cukup2 la shopping CD nyer... huhu



Newborn rompers 5 helai...
Comel-comel... heee...

Aku suke and rasa macam nak beli lagi rompers cos bagi aku rompers adalah sangat cute.
Tapi Mak kata cukup la 5 helai newborn rompers cos baby cepat besar.
Mak suh beli baju baby two-pieces lak.
Mmm... tgk la... next week shopping...(mcm biase, tgg dapat gaji daa)


Aku masukkan sekali 2 CDs yang baru dapat tu dalam beg OneBabyWorld tu.
Oh lupe lak... yang warna hijau tu pun barang yang ku order sekali ngan rompers.
Lupe nak amik gambar...

It's a sleeping bag macam bawah ni...

Hak hak...
comel kan?
Tapi lambat lagi la baby dapat pakai cos yang aku beli tu saiz agak besar...

Biase la aku ni... pantang nampak yang pelik+comel, mula la gatal nak beli...
Muahahahaha...


K, tu je update baby stuff for today.

Hari ni Sabtu, selalunya hari ni aku dah hubby mengemas umah... mop+sapu+buang sawang etc...

Tapi malas la bile suami takde... Lunch pun Diyana yang masak. Aku dok nganga depan tv and update blog. hehe...

My lepak space. hihi

Rasa macam kosong je ruang ni bila tv diubah...

Oh well, that's all for now.
Have a great weekend, people!

Esok hubby balik sailing... yeahhh! ^____^

Salam...


alhamdulIllah....
Thursday, January 20, 2011
bismIllah...


Dear little one,

You are now 31 weeks old in my tummy! Just a few more weeks to go...

In a few more weeks, I can hold you in my arms... I can see you smile (and cry!), kiss you and feed you. And oh so many other things we can do together! I'm here for you through your journey, little one... Oh... tak sabar okeh...

Though I must say, I'm pretty scared too... Mostly because of the childbirth pain. Cos people say it's very very very painful... A battle, really... I pray to God everything will be okay. Mengharap dengan sangat!

Now I no longer shop for my own stuff. Most purchased items are for you... Mak and Abah is preparing for your arrival, little one. We can't wait to see you...

Opah also is very excited... She is so proud that she's going to have you as her first grandchild. So are your aunts and uncles... :')

However, I am enjoying every precious moment of you inside me. You love to squirm and kick me, dear... You always make me smile when suddenly my tummy shook because of your movements. I'm going to miss that when you come out... :)

Dear little one,

I know you will not have more space to wiggle around anymore. Just bear with it, ok?
For now, just grow healthily... strengthen those lungs of yours before you decide to tear me apart. haha... Since you are my first baby, I have no idea what to expect on your birthday. People say you could come out early, and then your Abah is planning for us to travel early next month. I'm worried a bit. But let's hope you come out at the right time... :)

Oh baby,

I haven't seen you (I want to see you clearly... not like those ultrasounds or 3D images I have now) or held you, but my love for you is overwhelming... It pours out endlessly...

I hope you will be a good son, a kind and great leader... and most of all, a humble slave to Allah...

Love you so much, my little soldier... :')

I want this romper!
sesape jumpa, leh la gtau ek...
:D

alhamdulIllah...
Wednesday, January 19, 2011
bismIllah...



Baru sehari suami berlayar... hati rasa kosong je... Dahle nak tefon pun tak dapat. Sms yang aku hantar sejak malam semalam pun tak delivered2 lagi... haih... rindunye...

Rindu nak masak sama-sama, makan sama-sama, tengok tv sama-sama, tidur sama-sama... Waaaa.... T___T

Sunyi gile cos takde kawan nak berebut channel tv.

Aku pun kurang kuar suara cos dah takde orang yang suka 'jelui' seluar merata-rata untuk ditegur... huhu...

Kalau dulu, masa aku masih bekerja di KL, tak jumpa sebulan tu macam takde ape sangat... Yela, lepas kahwin terus balik ke rutin macam masa bujang... Aku di KL, dia di Lumut, Perak. So, memang tak macam married couple pun... tak duduk sebumbung kan...

Now, since aku dah duduk serumah, sebumbung dan sekatil ngan suami since pertengahan November tahun lepas, memang terasa sangat la bila dia berjauhan berhari-hari. Dah duduk sekali baru la tahu...

Ni baru sailing seminggu... Camne la isteri-isteri navy yang ditinggalkan berbulan-bulan tu? Lame tu wei... kalau ada anak, maybe kurang la sikit rasa sunyi... Tapi kalau yang takde anak atau tengah pregnant? Yang kes isteri beranak time hubby sailing tu camne... sedihnye... Huhuhu... sian ooo... Betulla orang cakap (orang tu adalah suamiku dan kwn2nya serta isteri2 mereka), kerja paling susah adalah menjadi isteri navy. Sebab SELALU sangat sailing...

So, mental kena kuat. Hati kena keras. And paling penting, berdikari. Nasib baik la aku ni boleh drive, boleh merempit dan biasa berseorangan. Kalau nak drive or bawak motor pun takleh, memang susah le...

Nasib aku jugak baik sebab family aku just 45 minutes away. Sekarang ni pun ada adik aku dari Beruas datang teman. Syukur alhamdulillah...

Haa.. bila sebut tentang hal ni, aku teringat tentang buku Dr Tuah. Tak ingat tajuk yang mane satu cos aku ada beli banyak gak la buku dia...

Tapi tentang bab impian/angan-angan. Memang betul ape dia tulis... Bagus sebenarnya berangan-angan cos secara tak langsung, kita menanam impian. Banyak je orang yang berangan dapat apa yang diangankan.

As for hubby, dia sebelum ni memang nak cari isteri orang Perak cos senang untuk isteri dia balik kampung kalau dia berlayar or ada operasi. Lagipun kerja kat Lumut kan, so convenient untuk cari orang rumah dekat-dekat... itu angan-angan dia la...

Aku pulak, berangan nak lelaki engineer. Nak kahwin dengan lelaki yang dah ada kereta, ada rumah. Senang. Errr... yer, bunyi macam materialistik le pulak kan tapi ini angan-angan aku dulu... since study kot. Lame dahla pasang angan-angan camtu... hehe

Dan alhamdulillah... angan-angan kami tercapai. Hubby dapat memperisterikan aku yang berasal dari Beruas, Perak. Beruas ngan Lumut bukanla jauh sangat so ok la...

Aku lak dapat suami yang aku inginkan. Ada bonus lak tu, rajin masak. Hee... syukur alhamdulillah...

Lumrah manusia, tiada yang sempurna. Begitu juga aku dan dia.

Maybe dia dapat isteri orang Perak, tapi aku tak pandai banyak perkara... tak graduate... tak sama pendidikan dengan dia cos belajar ijazah tak abis... :P



And maybe aku dapat suami yang berkereta dan ada rumah, tapi tak pandai memujuk aku... and who would've guessed that I'm going to be 'isteri navy'?? Oh... itu memang takde dalam list angan-angan aku... tapi dah jodoh... :)



You gain some, you lose some. Yang penting, bersyukur....

Oh... kesimpulan dari cerita ni, berangan-angan lah... Mungkin dari situ tanpa sedar kita akan usaha untuk mencapainya... :')


Ada orang tanya, takmo sambung belajar ke?

Err... rasenya tak kot. Aku dah malas. Lagipun setiap hari kita belajar benda baru kan... kat tempat kerja banyak ilmu aku belajar... cuma tak formal and tanpa pentauliahan je la. hehe... but no... rasenya takde der nak sambung degree dah rasenya... Takpela, kerja ni dapat gaji. Lehla menampung perbelanjaan rumah. So, ok la tu kan... hehe

Bagi chance kat suami sambung belajar jela... permohonan untuk dia sambung belajar dah diluluskan oleh pihak navy. Cuma tak tau nak sambung universiti mane je... Course yang suami nak pun takde kelas kat daerah Manjung. Kena pergi KL setiap weekend kalau dia confirm nak sambung master. Mmm pasrah jela... Aku?? Dok umah jaga anak yer... takpe takpe... pengorbanan seorang isteri... :)

Hmmm tak tau la bila suami nak apply kat U nyer pun. Ntah-ntah tahun depan! (lagi bagus...huhu)

K lah... banyak betul membebel kat entry ni...

Till then, salam....


**Updates:
Pagi ni baru dapat call dari hubby. Waaaa... lepas rindu sekejap....
Dia kat perairan Pangkor.... dekat je... Sikit lagi diorang anchor/berlabuh. Tapi nape la susah sangat nak dapat line...



He sent me these mms...
Gelagat navy bila nak dapatkan line tefon...
Semua kuar cari port best untuk bergayut...
Hahaha... comel je... :)


alhamdulIllah...
Tuesday, January 18, 2011
bismIllah...


Hari ni suami dah berlayar untuk tempoh seminggu... Dia akan sailing kat area-area Langkawi katanya... So memang takde line tefon la kalau dah tengah laut tu... hmphh.

Aku dah suruh Nini datang Lumut arini. Teman aku selama seminggu. Yela, takkan dok sorang-sorang je kot. Kalau tak pregnant takpe... ni sebab dah membuyong... risau la plak dok sorang-sorang... Jadi ape-ape kat aku kang, haaa tak ke tumpo terkangkang sorang-sorang... mintak simpang!

Semalam aku dah dapat 2nd order untuk cloth diapers (CD) yang dibeli secara online. So baru leh update kat blog... kalau letak first order je tak best. hehehe...

Mari kita lihat CD yang aku dah beli...

These are the first order.
8 pcs of Babyland's CDs straight from China.

Ni kira gamble gak la... dengan tak pernah pegang cloth diaper and tak tau jenis ape yang elok, aku terus je beli dengan harga wholesale. So murah ar sikit...
Ada 8 pilihan warna tp aku nak 4 warna di atas je... taknak ler warna pink kan... huhu
Ape-ape pun, puas hati gak la cos kualiti macam ok
(tak tau for sure cos tak pakaikan kat baby lagi kan...)


Dalam kepala otak aku satu je... kalau tak sesuai, jual jela kat sesapa nanti.
Hehehe...

Masa Mak datang singgah ke rumah last week, beliau sempat la usya CD yang aku beli ni.
Aku cuak gak cos risau dia perli-perli aku 'rajin ke nak cuci'. :p
Tapi alhamdulillah Mak was supportive.
Siap kagum lagi cos CD tu leh pakai lama cos size nyer boleh di'adjust'.
Yeayyy... lega sangat!



Next, aku order lagi CDs secara online cos yang aku dah ada ni design plain je kan... Gedik le pulak nak ada corak-corak. Muahahaha...

So aku order CDs jenama Autumnz yang aku tengok ramai orang beli... Tapi aku beli 3 pieces je la cos harganya bukan macam harga CD yang aku 1st order tu... Takpela, try dulu.. kalau ok, leh la beli lagi kan? :p

Kedai online ni bagi vaoucher RM10 ngan beg recycle..

Dibungkus dengan lebih baik dari 1st order.
Beza yang aku dapat lihat, aku rasa macam CD Autumnz ni saiz dia macam besar sikit dari Babyland...
Or perasaan aku je? Baru belek yang jenis minky tu je...
Semua CD yang ku order adalah OS (One Size) Diaper btw...


So, dah ada 11 keping CDs...
Pakainyer lambat lagi... huhu... Takpela... ready awal-awal... Plan nak bagi baby pakai bile dah abis pantang OR after baby dah abis berak warna hitam. Cos mak kata tahi baby yang jenis meconium tu susah nak cuci. :p

Setakat ni takmo dahla order CD lagi... cukup le dulu 11 keping... Lagipun, kot-kot la nanti dah beranak ada orang bagi hadiah CD ke... balun je la... hihihihi...

Dah gaji nanti baru nak beli lagi barang-barang baby... Lagi seminggu lebih je pun... Aku nak beli breastpump lak... Banyak review kata Spectra 3 best... Nak beli Medela Free Style tak cukup bajet... Isy, macam tak caye lak nak beli breastpump ni... takde rase geli-geli ke nanti? Huahuahua... :p

Salam...




alhamdulIllah...