Ini wishlist (senarai keinginan?) jangka masa terdekat atau dalam erti kata lain, within a few months/this year:
Aku susun ikut priority. Hehe...
1. Air-conditioner for our master bedroom. Hopefully dalam pertengahan tahun ni leh dapat laa. Kena bajet cos nak kena beli yang 2 horsepower. 2 Hp punyer aircond mahal ler (dalam RM2K something kalau tak silap)... kalau setakat 1 or 1.5 hp, memang xsejuk la bilik tu... bilik besor pun masalah... haih...
2. Set pinggan-mangkuk baru. Biasa la... bila dapur dah lawa, mesti la nak perkakas-perkakasnyer lawa jugak. HEHE. Siyes umahku takde set dishware yang ok. I want fine china! huhu... Ade la 1 set pinggan mangkuk yang ku beli kat Ikea tak berbuka-buka lagi dari bungkusan. Tu jela satu. Aku ingat nak rembat 1 set Corelle. Jadi le... (Corelle murah sikit dari Noritake kan?) Bila tah nak beli... takpe, ada duit nanti kita beli. :P
3. Oven... or microwave? Eh... microwave leh bake cake tak?? Btw, budget aku sikit je. Nak beli oven biase dalam range LESS than RM400. Heheheh... sebab, buat pe beli mahal-mahal kalau bukan selalu baking kan... macam le rajin sangat aku ni... So, beli yang murah-murah udah!
4. Pasu-pasu bunga. Aku nak start gardening sikit-sikit (chewahhh). Since rumahku takde tanah (semuanya bersimen) so kena la bercucuk-tanam di dalam pasu... Setakat ni baru ada 2 bijik pasu di belakang umah; pokok kunyit (yang dah nak mati) dan pokok kucai. Heeee...
Aku mesti capai wish untuk turunkan berat badan ni! huhu...
Tu je wishlist aku dalam masa terdekat. Sikit je kan? Sekarang dah nak masuk bulan March, insya Allah... aku harap 5 keinginan aku ni boleh dicapai dalam tahun ni.
Kena start balik kumpul duit sikit-sikit... Sebab bulan March ni kami dah kebengkrapan sikit. Banyak abis duit kat rumah; grills and kabinet dapur.
Grills+awning belakang umah=RM5600,
Kabinet dapur=RM5900.
Tinggal duit grill je tak bayar lagi RM3100 cos diorang tak abis pasang lagi... Duit dah letak tepi, siap je grill, bayar terus. Takmo hutang lama-lama...
So, untuk bulan 3 ni, no more shopping furniture/clothes and benda-benda yang tak penting. Barang baby insya Allah dah ada ... mane yang takde nanti kita tambah sikit-sikit... tak penting, tak yah beli. And kalau makcik-makcik dia nak sponsor, kita terima dengan hati terbuka! hahahaha...
Hubby dah banyak abis duit kat rumah and bayar saman (RM900 lepas diskaun! nasibaik ada diskaun... kalo tak, habis RM1.8K kat saman jer... huh!). Syukur la dia ada savings untuk grills and kabinet dapur tu... Kalau nak harapkan aku? Kena buat personal loan la... huahuahua... Duit tak reti nak nyimpan!
Tapi aku pun ada berhabis gak... Duit gajiku digunakan untuk mentopup apa-apa kos yang hubby tak larat nak cover. (TV plasma 42" yang hubby nak sangat-sangat! T___T)
Oh... and sebab aku gatai nak pakai kad kredit, so of course la aku yang kena bayar hutang kad kredit. Huhuhu... Takpe, bulan 3 ni kita simpan kad kredit dalam almari baju. Kuarkan dari purse. Takmo guna. Guna debit kad sudey. And peringatan untuk diri sendiri, no shopping online for March (no credit or debit card usage!) Chayok-chayok... (leh caya ke ni? Eh, mesti boleh!!)
Wishlist jangka panjang??
Well... tak payah catat la kot. Ade je dalam kepala otak cos sentiasa je berangan and planning... nak dapat tu yang lambat sikit kot...
Ok. Wish me luck!
Salam...
p/s: Hubby dah sailing pagi ni... Ahad depan (6th March) la baru jumpa. Hopefully minggu ni tak terberanak lagi... :)
alhamdulIllah...