Thursday, March 31, 2011
bismIllah...


Kalau ikut nurse, hari baby lahir tu dah dikira berumur sehari. Sebab tu nurse datang timbang berat baby semalam (30hb), bukan hari ni (Baby ditimbang setiap 10 hari since birth for 3 times i guess). Aku lak kira hari keesokannye (after 24 hours) baru aku kata baby umur sehari... kalau tak, umur beberapa jam... err.. ape-ape jelah labu...

Arini genap 20 hari berpantang... Razin pun berumur 20 hari dah. Berat 3.20 kilo. Well, he still looks so small to me... Tapi Opah dan Mak kata badannya dah panjang... Ye la kot? Lagipun orang kata anak lelaki ni berat kat tulang... walaupun badannye tak chubby, still berat gak. huhu

Haaa... hari ni aku kuar pergi balik rumah Lumut kejap. And then singgah kedai-kedai baby masa on the way balik Beruas. Since Razin dah ada botol susu, aku pun pam dulu susu badanku before ke Lumut. Kang kalau dia bangun nak susu, bagi jela susu yang dah dipam tu... Maleh nak bawak baby cos kuar kejap je...

Patutnya, kalau belum abis pantang mane leh kuar sangat kan, tapi... err, aku ada barang-barang yang nak diambil di rumahku. Hubby lak memang lagi suka la kalau aku teman cos aku tau dia boring jalan sorang-sorang... hehehe...

- Hubby nak ambil baju dan juga bagi ikan dalam akuarium makan...

- Aku lak nak ambil Moby wrap yang tertinggal. Nasib baik dah beli before beranak... benda alah ni perlu cos baby suke berdukung! huhu...

- Aku jugak balik cos nak tengok rumahku yang dah siap bergrill!! (finally)

Jom layan gambar... lame tak tempek gambar sendiri kat blog kan? heheheh

Hepi cos dapat kuar dating berdua.. hahaha..

Serius aku nampak macam makcik-makcik bila pakai tudung ekspres tu.
Muka aku memang tak sesuai!!
Aku rembat tudung mak aku btw.
Nak cepat punyer pasal... :P



Ni masa kat pekan Ayer Tawar otw ke Lumut.
Mulanya hubby nak beli makanan ikan, sekali masuk kereta, beli ikan plak!
Tapi murah la kedai tu jual... besar tu and warna cantik camtu RM7 je.
Kalau kat Manjung, apek tu nak RM15! Sebab tu la hubby terus beli...

Hubby memang suka bela ikan... he loves animal!
Cos nak bela kucing tak dapat... aku tak bagi cos dah ada baby kan... nak buat ape bela kucing lagi! Jadi kerja lak aku nak mencuci taik dan kencing kucing nanti... no way man!
Tunggu anak dah besar baru boleh bela... (insya Allah)
:)


Dah sampai rumah...
Rumah dah siap bergrill!! ^__^

(simple jer design grill umah aku)



Ni bahagian belakang rumah...
Dah letak awning (bumbung) dan bergrill.
Sukanya! hehehe


Tak kurus lagi... bila nak kurus tah!
T___T


So mesin basuh dan tempat jemur kain leh letak kat luar rumah dah...
=)


Gambar dari dalam umah.
Sinki ni bakal jadi tempat mandikan baby jer.. ahaks


Well... tu jer la nak update.

Aku tak sabar nak balik rumah actually... (lagi-lagi bila grill dah siap pasang dan dapur lama tak berasap). Boring dah dok Beruas cos esok Nini dah start kerja... So, bertambah-tambah bosan la dia takde.

Tapi takleh balik Lumut lagi... baru 20 hari! ermmm... sekarang ni pun makan dah tak berjaga... bertungku pun dah skip-skip cos Mak penat kerja... Nak harap aku buat sendiri memang tak la... Malas dan takde masa. Penat pun yer jugak cos Razin asyik nak bergayut even time tak lapar. Nini dan Diyana?? Mmm malas la aku nak suruh-suruh orang ni...

Isnin ni hubby dah mula kerja. Selasa dia akan sailing lagi for a week. Aku ingat dia balik sailing nanti nak dok Lumut ler... ermmmm tengok la camne... Sebab utama adalah bosan. tu je... (mampos kena lecture ngan Mak aku nanti.. huhu)

ahh lupakan hal tu.

Jom tengok Moby wrap aku...

Warna biru.
Hubby asyik komen, "Barang-barang baby banyak warna biru..."
Abis, nama lagi anak laki... Takkan nak warna pink kot?
Tak kuasa i... :P

Tak sabar nak try pakai esok...
:D

That's all for now.
Salam...

p/s: Hari ni aku dikejutkan dengan sesuatu yang tak dijangka. Hubby update blog Baby Razin! Terkejut aku bila nampak dia update lepas aku bangun tidur petang tadi. Dah berzaman ok dia tak berblogging! Tapi yang tak bestnya, dia pergi upload gambar aku yang huduh+free hair. Sabau jela... Kena aku blurkan pic tu. Anyway... LOVE U TOO, Hubby! :*



alhamdulIllah...
Wednesday, March 30, 2011
bismIllah...


Sedar tak sedar, dah hampir 3 minggu bergelar ibu. Razin cukup 3 minggu pada Jumaat ni. Hari ni nurse datang melawat. Razin ditimbang dan berat dia dah naik ke 3.20 kilo! Waaa.. dah 3 kilo lebih tu? Tapi apsal aku tengok anak aku besar tu jugak? huhu... Badan dia tak tembam dan tangan dia tak berulas-ulas pun?

Opah dan Mak kata sebab anak aku anak lelaki. Berat tulang... so that's why la... Takpelah... tak sabar nak tunggu berat Razin naik lagi. Kalau berisi, baru sedap gomol-gomol. hehehe...

Semalam, masa update blog Razin dan bercerita dengan detail tentang kelahirannya, aku takleh nak tidur balik. So aku belek-belek la gambar-gambar dalam lappy hubby ni... Jumpa gambar masa bertunang, nikah and kenduri... Hati rasa syahdu bila tengok gambar tu...

Tak sangka cepat betul masa berlalu...

Jom flashback.

Menjadi tunangan Mr Chubby Cheeks pada 26 Disember 2009.

Boleh usya entry tentang bertunang di SINI.

Ingat lagi time tu ramai readers terkejut cos tetiba je wat entry dah bertunang. ekekeke...




Bernikah pada 5 Jun 2010.

Love this pic! Nyda tengah ngusik aku ke ape tah time ni... haha...
Belakang aku tu sepupuku, Eti.

Entry berkaitan nikah di SINI.





Kenduri kahwin mengikut istiadat tentera pada 6 Jun 2010.

Hari bersejarah to many who witnessed our wedding cos ini la first time ada perkahwinan ikut istiadat tentera dalam family kami... the last time ada macam ni adalah masa kenduri kahwin Mak Njang dan Pak Njang (Eti's parents) puluhan tahun dahulu (Pak Njang tentera darat btw)

Entry berkaitann wedding di SINI.



Gave birth to our son, Muhammad Razin Dailamy bin Rostafar on 11 Mac 2011.

Ini gambar masa Razin diazankan oleh hubby.
Aku tengah menitiskan air mata time ni. Huduh sangat! haha... so kena la censored.
Pic was taken by my brother, Afnan.


Sampai sekarang, still macam tak percaya jer impian aku masa zaman student dah tercapai. Kahwin dan beranak before I hit 26 years old. Semua orang ada target diorang sendiri, kan?

Teringat juga sebab impian domestik aku ni, aku dan ex-bf bergaduh. Dia memperkecil-kecilkan impian aku yang tak tinggi ni.

Well, itu la yang dikata jodoh dan maut di tangan Tuhan. Who would've guessed kan... bercinta bertahun-tahun dengan orang lain... kahwin dengan orang lain. :)

Others mungkin mengejar kerjaya, impian untuk travel the world before settling down or what nots. To me, well... bab study aku kureng sikit cos TERbelajar benda yang tak minat, sambung belajar pun kerana sebab yang salah... so aku dah bosan dengan semua tu. Aku memilih jalan berumahtangga cos aku tak bernasib baik di bahagian 'studying+successful in career+travelling'. So, fair la kan? Those who can have both was lucky... But like I wrote earlier, I want to have children before I hit 26... (this is a matter of principle and target, I guess)

The best part of being married is of course, having chilren of your own. Anak memang mengubah segalanya. Physically... emotionally... Tanggungjawab bertambah... Seorang anak jugak buat aku dah tak tidur malam. Hahaha...

But I'm so grateful... really grateful... because I am now a mother. Not everyone is blessed to have that opportunity....

Doa aku sentiasa untuk mereka yang masih belum mempunyai zuriat. Especially my elder sister... Insya Allah... I know how much she wanted to have children. I was always so emotional when watching her with my baby... Sabar, Yong... Insya Allah... (motivational link: HERE)

Thank you Allah...



alhamdulIllah...
Sunday, March 27, 2011
bismIllah...


Tetiba lately aku rasa macam aku dah tak banyak masa free...

Dah 2 malam anak aku meragam waktu malam. Stress gila aku dibuatnye. Sampai nak nangis wo... Bagi tetek takmo, check pampers takde kencing or berak pun and check perut sambil letak minyak tapi takde lak kembung... menangis jer kerjanya kalau letak. Nak kena peluk dan didodoi-dodoi... Kalau aku tak ngantok, memang no hal. Ini tak, aku dah tido sekejap dah tapi terjaga sebab Razin nangis...

If you don't know me, well I tell you what my habit is.

Aku takleh dikacau kalau tido.


Gambar Razin menangis ketika baru berumur 1 hari.
Dalam gambar ni leh nampak muka dia ada kuning dah...


So leh bayangkanla betapa moody and geram je aku 2 malam lepas... Nasib baik anak sendiri. So takde la nak jadi Incredible Hulk ke ape... Dan aku asyik la ingatkan diri yang "ko bukan single lagi, ko dah ada ANAK! Orang kalau ada anak kecik memang gini laaa" huhu... Baru la insaf bile fikirkan camni la mak aku jaga aku masa kecik gamaknye.... :')

Selepas diselidik-selidik, aku rasa Razin susah tidur sebab aku banyak minum kopi 2 hari lepas kot? Selalunya aku minum milo... Eh, Pandai-pandai je teori aku tu kan... hahaha... tapi aku rasa boleh jadi jugak cos arini aku tak minum kopi langsung and Razin elok je tidur... :)

Time Razin tidur ni aku lak yang takleh tido. Maybe sebab dah tidur sejam petang tadi kot. Anyway, time camni la baru dapat nak update blog since hubby pun dah masuk tidur gak... so kalau Razin merengek-rengek ke ape, dia leh gitau aku...

Gambar semalam masa hubby baru sampai Beruas.
Tido kepenatan cos baru abis duty di kapal...


I miss my home in Lumut!! Hubby pun sama... dia lebih prefer kalau aku dok Lumut cos... yela, umah sendiri kot? I miss my kitchen, my bed, my tv bla bla bla... tapi susah la kalau dok Lumut cos pantang tak abis lagi... sapa nak tolong jaga Razin and siapkan air mandi+tungku+makan aku? So... dok la Beruas sampai abis pantang yer...


Hmmm... Blog dah ada sampai 4. Tapi masa untuk mengupdate tak banyak.
Nak wat camne... dah ada baby! huhu... ape-ape pun, Remember When still the main blog! :D

Okeylah, rasa mengantok dah datang...

I better stop now.

Till then, take care!

p/s: To Nurul in KL branch, thanks for calling me today and filling me with the latest gossips there! LOL. God knows I need some distraction! hahaha... Anyway, I really miss you guys... :'(



alhamdulIllah...
Friday, March 25, 2011
bismIllah...



Hari ni Jumaat kedua lepas lahirkan Razin... Dah 2 minggu dah anakku... Tapi badannya besar itu jugak. Tak tembam-tembam pun. Padahal menyusu kuat! Alahai anakku... memang kecik and petite macam bapakmu, kah? (or is it too early for him to fatten up?). Baju newborn yang Razin pakai semuanya gelebeh-gelebeh...

Gambar budak busuk tak mandi.
Taken this morning..



Hubby dah balik sailing dah. Tapi kena masuk duty lak. So esok baru leh jumpa. Rinduuu... huhu....

Gaji dah masuk tapi duit yang keluar pun banyak. Bestnyer la kalau tak payah kerja tapi duit bulan-bulan masyuk... Haih... berangan jela Ana oi...

Tapi kira berjaya jugak la aku menahan godaan online shopping untuk bulan March. Ok, azam untuk tak beli apa-apa TAK BERJAYA. Cos I did buy something. But at least, takde la shopping banyak sangat... Dalam tiga ratus camtu je... Huahuahua...

Awal bulan aritu aku beli 2 sets of GroVia AI2 cloth diapers (CD). Sebab pocket CD dah banyak... ada dalam 13 keping dah... Tapi AIO dan AI2 takde satu pun. Since ramai orang rekemen AI2 GroVia cos senang, aku pun beli la... Kebetulan lak kedai online tu ade offer... dapat la beli harga less than original price. Ni cloth diaper paling mahal yang aku ada. Wawawa...

Tak sabar nak bagi Razin pakai...


Hujung bulan ni plak, aku baru jer order extra soaker untuk GroVia CDs... beserta botol susu Razin. Ngehngehngeh... bengkrap doh mokcik... :P

Tunggu aku abis pantang la baru pakaikan Razin ngan CD. Lagipun aku tak pre-wash lagi CD ni sumer... Baru pre-wash sesetengah pocket CD je... Nanti-nanti la... Tak best nak projek benda-benda ni kalau stay kat umah Mak aku. Orang ramai sangat so penyakit malas tu melekat kuat giler. Kena tunggu aku balik umah Lumut la nampaknye. :P

Bukan ape, serius dah terasa beban membeli pampers. Tu pun pampers murah je yang aku beli... Bukan Mamy Poko bagai. Wawawawa... Takpe takpe... slow-slow lah kita berCD. Insya Allah... Lepas ni aku nak beli CD AIO jer plak. Pastu takmo beli CD dah. :D (leh cayer ke...)

Yang aku agak risau adalah bab pengasuh. Kot-kot la deme tak gemor ibu yang berCD ni. Tapi akan ku yakinkan bahawa deme tak payah cuci pun CD anak aku. Humban je dalam wetbag. =)

Mamito offer nak jaga Razin sampai dia dah 4,5 bulan. Ermmm I dunno lah. Mamito kerja jugak. Belum pencen lagi. Nanti anak aku akan dihantar kat orang jugak (Mak Cik Pah a.k.a besfren Mak la yang akan jadi pengasuhnye). So? Baik la aku hantar kat pengasuh area Lumut jer. Jadi kerja plak aku and hubby asyik nak berulang ke Beruas plak nanti. Kan??

Tapi Mak aku memang beria-ria benar nak jaga cucu... Malam-malam pun kekadang nak Razin tidur ngan dia. Nasib baik la Razin menyusu badan... So ape-ape hal pun Razin kena tidur ngan Mak dia. Hehehe... ^__^

Betul la ape orang cakap, dah ada anak lagi banyak nak pakai duit. Sekarang ni pun kalau aku membeli barang, 90% barang adalah untuk Razin. Apa-apa pun rezeki anak tetap ada, insya Allah. Sesengkek-sengkek aku pun, I managed to fork something out if I wanna buy Razin's stuff. Asalkan beli benda yang berguna and perlu... =)

Sekarang ni aku dok tengah tunggu botol susu Razin sampai. Aku order botol susu Avent. Tak tau la serasi ke tak tapi since tengah sale, rembat jela. Dah dapat botol susu nanti baru nak start mengepam susu. Hopefully Razin leh menyusu botol DAN menyusu badan.

My mother, sisters and my hubby leh la merasa bagi Razin susu. =)

K lah, that's all for now.

Salam...

alhamdulIllah...
Thursday, March 24, 2011
bismIllah...


Introducing another blog created be me....

BABY RAZIN'S BLOG.

(click the link above)


Baru ada 3 entries... huhuhu...

And header pun takde...

Gambar Razin pun takde!

Nanti la eh...

Slow-slow...

Baru je create...

Sesape rasa nak usya citer mak-mak orang, leh le bace blog tu...

Blog tu special untuk update hal Razin jer... hehehe...

Blog ni cam biase la... Blog utama... Semua benda aku taramm... :P

That's all for now...

Mmm sapekah yang bakal menjadi mangsa untuk buat header blog baru aku tu ek...

Uncle Kreuger, charity work please!!

Btw, header blog Remember When ni Mr Azman Ishak a.k.a Kreuger la yang buat...
Cun kan? Sayang nak tukar... ;) (ayat kena powerrrr)

:pandaGeli_34::pandaGeli_05::pandaGeli_03:

Salam...


alhamdulIllah...
Tuesday, March 22, 2011
bismIllah...


1. Hubby is currently in Pulau Tioman. He called half an hour ago. I miss him so much! Terasa lebih feeling-feeling since dah ada anak bersama-sama ni. Serius... huhu... Beliau dok bising kata Tioman takde ape.. well, I wouldn't know cos I've never been there. Tapi aku tetap pesan, kalau jumpa fridge magnet Pulau Tioman jangan lupe beli! We're collecting those things... nak tiru cam Mr Penyubiru yang kumpul fridge magnets of places he's been. :)


2. Aku masih belum timbang berat badanku since bersalin. Main reason adalah takut berat tak berubah. Huahuahua... Tapi dari segi fizikal, macam tak banyak berubah je. Perut still buncit. But then, Mak kata awal lagi... Tak sampai 2 minggu pun. Hmm... mintak-mintak laaaa leh kurus balik!


3. Semakin tak selera nak makan lately. Tapi perut sentiasa lapar. Aku makan sebab perut aku sakit... dan juga sebab nak bagi buang air besar. I'm lucky cos baru 2 hari bersalin dah leh buang air besar (bersalin hari Jumaat, membuang hari Isnin). Ada orang sampai seminggu lebih tak berak-berak (aku jumpa masa kat hospital manjung aritu). Uiii giler... Aku ni 2 hari xberak pun dah tak senang duduk... camne ler kalau seminggu tak berak?? Naya!! Aku memang takleh kalau tak membuang setiap hari...


4. I'm thinking of pumping my milk. I think I have too much milk. It's good, right? Tapi leceh gile bila time tidur pun basah baju aku cos susu still keluar eventho tak nyusukan anak. Kalau pam and then bagi Razin EBM thru bottles at this early time, takpe ke?? Eventually still kena ajar dia minum guna botol gak kan? Nipple confusion ni tak berlaku kat semua babies kan.. but of cos, lebih baik mencegah dari menyesal... tapi... hmmm... eh entahlah! konfius...


5. Botol susu jenis ape sesuai untuk baby yang aku nak breastfeed dan jugak bottle-feed at the same time?


6. Ok. Takyah beli pacifier... but... macam kena beli botol susu jer... errr...


7. Hubby berlayar seminggu... which means seminggu jugak la ikan-ikan dalam akuarium kat rumah di Lumut tak makan. Mintak-mintak diorang tak mati laaa... huhuhu


8. Aku kena buat checklist barang yang kena beli laaa... gaji akan dapat hujung minggu ni tapi benda yang nak dibayar cam banyak je... Mintak-mintak la duit cukup!!


9. Aku rasa macam kena buat satu lagi blog special untuk blogging tentang Razin. Tapi cam maleh pun ada... tengok la, kalau rajin aku buat. Bukan ape, aku tak nak 'menjadi orang lain'... a different person that who I used to be. Asyik blog pasal anak jer... well, aku memang nak blog pasal anak, but maybe not here in this blog. Ahh korang tak paham kot, tapi... that's me. Bukanla aku tak nak update langsung pasal Razin kat sini, tapi... another blog is a good idea for me to record his progress and my motherhood experience, no? Tengok laaaa (kalau rajin).


10. When is the safest time to have sex after given birth?

........................

Kalau segan nak komen, leh guna Anonymous profile.

Kthanksbai.



alhamdulIllah...
Sunday, March 20, 2011
bismIllah...


Aku bersyukur sangat Razin dilahirkan pada Jumaat (11 March) lepas. Elok-elok jer time nak cuti sekolah selama seminggu... Lega la Mak aku cos tak payah amik cuti untuk jaga cucu dan uruskan aku nak berpantang... :)

Setakat ni aku memang tak makan apa-apa makanan yang panas. Lada hitam? Halia? That's a big NO NO since my baby kena jaundice the other day. Untuk ibu yang dalam pantang memang elok la makan benda-benda bagi panas kan... But since aku ni breastfeed baby, takleh la nak makan camtu cos risau kuning Razin naik balik. Oh tidak... Lebih baik berjaga-jaga dulu... Mak Cik Timah yang datang ngurut hari tu pun nasihatkan jangan makan... Dah 2 minggu lebih camtu baru leh makan.

Menu berpantang aku setakat ni ok jer... Mostly makan ikan merah dan sayur sawi. Ikan merah sama ada mak goreng biase, masak bersos or masak kicap yang bodo. Sawi standard la... tumis. Ok la jugak. Takde la macam sesetengah orang aku tengok makan ikan bilis je kerjanya. huhu...

Yang aku fedup bab makan ni adalah bila part aku takleh makan durian. Bengangnyer rasa... keliling rumah buah durian banyak gugur! Meleleh air liur aku tengok orang makan deroyan! Hampeh.

Gambar buah durian bergayutan di pohonan...
Gambar dari kamera Nan...


Since duduk berpantang di rumah ni, tak henti-henti orang datang melawat untuk tengok baby... Alhamdulillah... Hari ni Nyda (my bestfriend dan juga pengapit aku masa kahwin dulu) datang dengan kawan dia melawat aku. Sebelum tu, pagi tadi, Eti (my cousin) datang dengan suaminya, Dafi. Terima kasih sebab melawat... I really appreciate it. Murah rezeki Razin... =)


Thanks Auntie Nyda cos datang melawat Razin...
Thanks jugak cos belikan hadiah kat Razin... =)


Gambar Razin dengan Mak Yang Eti takde cos Razin tidur jer waktu diorang datang... hehehe

Hari ni Razin kena timbang dan dicheck kuningnya oleh nurse yang datang melawat. Alhamdulillah takde ape-ape... Berat lak baru naik sikit. Dari 2.70 kg masa lahir aritu, sekarang dah 2.80 kg. 100 gram je... Takpela, slow-slow k...

Another thing about Razin is, dia macam perlu puting/pacifier/soother... I'm not so sure tapi nampaknya macam dia perlukan soother. Sebab utama adalah, dia dah kenyang ngan susu, pampers tak basah/kotor and dipeluk tapi still mulutnye macam nak menetek. Padahal dah nyusu sampai kenyang and muak-muak...

As a new mom, I'm quite confused. Ada pendapat dari mommies out there? Please advise! huhu

Alamak, Razin dah bangun.. Nak nyusu lagi la ni...

That's all for now.

Salam...

p/s: Nanti sambung lagi...

Friday, March 18, 2011
bismIllah...

Olololo... tomeynya dia senyum... ^___^



Hello! Today is Friday... so maknanya Razin dah cukup seminggu hari ni. Alhamdulillah... since dah kuar wad kelmarin, nurse yang datang ke rumah melawat takde pun bagitau Razin punyer kuning tinggi or tak... So insya Allah, Razin sihat je... Ramai orang datang ke rumah melawat Razin. Moga-moga ramai yang mendoakan Razin sentiasa sihat juga yer...

Tali pusat Razin dah lama jatuh... actually, masa malam kedua di hospital aritu. Which means, masa Razin berumur less than 5 days old. Cepat kan? Ramai yang komen cepat... Well, I guess ianya disebabkan Razin dijemur bawah lampu biru tu... Kulit dia kering... Tali pusat pun kering, so jatuh la... Aku ada simpan tali pusat dia cos ada sorang nurse veteran suh simpan. Katanya, nanti kalau Razin ada adik-adik lagi, simpan tali pusat mereka sekali. Kumpulkan so that nanti dah besar hubungan adik-beradik rapat... Tak bergaduh... Itu kata nurse tu la.

Kawan aku lak kata kalau simpan tali pusat tu dalam almari baju Mak baby, baby akan rapat mak... begitu juga kalau disimpan dekat ngan baju bapak baby... baby akan rapat ngan bapak...

Macam-macam kan petua orang tua-tua?? Kita memang kaya betul dengan benda-benda camni... hihi... (nak ikut boleh tapi toksah la percaya sgt)

:pandaGeli_12::pandaGeli_12::pandaGeli_12:


Ok. Tu bab tali pusat.

Ni bab tahi lak. Sekarang Razin dah abis berak hitam+hijau (mekonium) tu... dah abis jugak phase berak hijau... sekarang dia asyik berak kuning... cirit more so. But itu memang normal cos dia minum susu ibu je.

Selalunya muka Razin macam ni la bila nak berak...



Ni plak aku sempat snap gambar dia tersenyum lepas berak.
Kelakar je... :)


And I found it real funny bila dia berak. Bunyi kentut sekali ngan kuar berak. Bunyi tu kelakar gila! Aku mesti tergelak-gelak kalau dengar. huahuahua

:pandaGeli_31::pandaGeli_31::pandaGeli_31:

Lagi ape nak update...

Oh ye, Razin semakin kuat menyusu. And I am suffering from sore nipples. Tapi takde la serius sangat. Bila lama dia nyusu, takde la sore dah. Masa mula-mula dia start je. huhu...

My milk production? Alhamdulillah... banyak... sampai meleleh-leleh kalau lepas mandi and lepas nyusu. Nasib baik ada beli breast pads. Washable ada, disposable pun ada.

Hopefully leh la continue breastfeeding Razin sampai dia 2 tahun. Paling koman pun 6 bulan ke... insya Allah... aku ni bukan ape, risau malas je... Paham-paham jela bila dah start kerja nanti... huhuhu...

Ok. Enuff about Razin.

Mommy updates plak.

Aku baru start berurut semalam... Hari ni berurut gak. Siap Mak Cik Timah tu mandikan aku lagi. huahuahua... Esok last Mak Cik Timah datang untuk urut. Aku ingat lepas pantang nanti nak suruh dia urut lagi la before kembali bekerja. Baru sedap sikit.

Arini nurse datang melawat cam biase. And she said rahimku dah mengecut... dia nak ukur pun takleh dah cos dah tak dapat nak rasa. Alhamdulillah...bagus le kan...

Sekarang ni tak sabo nak tunggu luka baik. Cepat le... rimas tol nak jalan terkepit-kepit... and tahan sakit. huhu... tak best!

Aku mandi sekali je sehari. (Malas nak mandi 2x. Time Maghrib aku just cuci badan ngan wipes je sikit-sikit. HAHA) Mandi air rebusan daun yang berbau... agak tak best. Tapi arini aku mandi air panas biase je cos aku rimas. Hehehe... errr esok kena gak mandi air daun cos Mak Cik Timah tu disapprove ler kalau mandi air panas biase... aishh... (bau busuk, tu yang tak best)


Sekarang nak citer hal Abah Razin plak.

Esok hubby dah nak ke Kuantan!!!

Warghhhhh... hatiku sangat sedih oke... Cuti seminggu je... Esok dia kena ke Kuantan cos kapal dia ada kat sana. So, dia kena naik dari sana.

Patutnya kan dia sailing hari Isnin lepas (time Razin kena warded) tapi dapat cuti cos bini beranak hari Jumaat. So ni kena la naik dari Kuantan. Tadi baru beli tiket. Tiket hari Ahad dah abis so terpaksa la naik bas petang esok. Sedih... T___T

Rasa sekejap sangat masa bermanja... Dah la 2 malam tak dapat tidur sama-sama cos aku kena tidur hospital ngan Razin...Rugi dah 2 malam. huhu...

Yer, gedik benonya bunyinya kan?

But I want hubby by my side! Baru seminggu... tak cukup! Ngan sapa aku nak ber'pillow talks' malam-malam... (kepala hotak aku ni byk fikir macam-macam.. kena luahkan kat hubby baru okey...huhuhu...)

Malam ni Razin tidur ngan Opah dia la...

Mak nak peluk Abah Razin puas-puas malam ni... Nangis nak susu baru Opah hantar kat Mak ek... :'(

Haihh... serius hati tak seronok bila dapat tau hubby kena ke Kuantan esok. Ingatkan leh la pergi ke Kuantan hari Ahad (Isnin baru start sailing dari Kuantan) tapi tiket lak takde. Hmmm...

Tu jelah nak update.

Takde mood tetiba.

Salam....

alhamdulIllah...
Thursday, March 17, 2011
bismIllah...


I don't know how to start this entry. Lots of things happened since Monday... Mmm ok. I'll start with Monday.

Monday:

- Hubby pergi klinik Beruas untuk gitau klinik kat situ tentang notis kelahiran so that the nurse could come to my house in Beruas to visit...

- Around 10 o'clock in the morning, ada la nurse datang untuk melawat. Tengok baby, tengok luka aku (kot-kot jahitan terbuka ke..) etc. Then the nurse said Razin ada kuning... dia suh bawak pergi klinik untuk check darah.

- Aku tunggu hubby balik cos buku pink aku and buku baby sumer ada kat dia. Hubby pergi ke Manjung lepas singgah klinik Beruas untuk daftarkan baby di JPN Manjung.

-Then I found out yang hubby kena ke kapal cos kapal ada problem. Patut sailing pagi tu around 9 am tapi tak sailing-sailing lagi cos enjin problem (semua kapal patut kena bom je... kapal outdated gile... asyik jahanam je). Apa-ape pun aku sempat suruh hubby balik cepat cos nak kena bawak Razin ke klinik. He told me he would try.

- Around 3.30 pm nurse klinik Beruas called. Dia suruh jugak bawak baby ke klinik. Hubby still tak balik-balik lagi. Call pun tak dapat. So, aku suruh Mak dan Nini bawak Razin. Cos aku masih tak larat nak jalan banyak-banyak.

- Sekali kau, Nini balik suruh aku siap-siap. Razin kena dibawa ke hospital cos kuning dia tinggi. Bacaannya 16. Kalau tak silap aku, baby yang bacaan 15 memang kena admit. Selain kuning, dia demam! So aku pun cepat-cepat la siap cos Nini kata nanti ambulans datang amik aku.

- Dalam terhegeh-hegeh nak bersiap tu, ambulans pun sampai umah bersama seorang nurse, Mak dan Razin. Aku pun masuk ambulan sambil dukung Razin. Mak dan Nini follow ambulans dengan Vios.

- Sepanjang perjalanan ke hospital Manjung, hati aku cukup risau. Razin tidur tak sedar-sedar. Ambulans buruk tu bergegar-gegar sampai aku melambung-lambung pun dia still tak bangun. Sampaikan aku check nafas dia. Risau gila! Menangis-nangis aku dalam ambulans bila tengok Razin tidur tak sedar-sedar camtu.

- And then aku bengang dengan hubby pun sama. He's not contactable! Aku tau la dalam kapal takde line, so that's why call tak dapat. Bengang gila aku... Aku call his friend, Danial to contact hubby at his ship. Nasib baik la ada no fon Danial... Danial sent his staff to hubby's ship to search for him (cos call tak dapat).

- Akhirnya hubby called. Bateri hp dia kong... that's why la. Aku dah bengang cos aku dah gitau suruh balik awal-awal tapi dia pergi kapal lak. Padahal cuti! Then he argued yang dah takde orang lain leh handle cos he's the only marine engineer kat kapal tu (MEO) so nak tak nak kena jugak dia handle cos kapal dah delay sailing berapa jam dah. Patut kul 9 pagi sailing, akhirnya lepas pukul 5 petang baru leh sailing.

- Aku malas dah nak bising cos hubby pun penat, lapar and baju kotor (so he's not joking that he's been working on the damned ship) bila jumpa di Hospital Seri Manjung. Dipendekkan citer, Razin of course kena warded sebab jaundice (kuning). Tapi alhamdulillah masa diorang check di hospital, takde plak demamnye. Aku sangat-sangat lega...

- Spent the night there. It was terrible at night. My son kept on crying setiap kali aku letak dia dalam baby cot untuk dijemur bawah lampu phototherapy. Aku pun nangis jugak sebab sedih sangat tengok anak aku nangis tak henti-henti...

Tak sedih ke tengok camni?
Tapi time ni nasib baik dia tidur elok je...
Razin sangat benci bila dipakaikan 'spek mata' tu...
Dari tak nangis, boleh melalak-lalak sampai baby lain pun nangis... :(


Tuesday:

- Pagi tu aroun 8.30 pagi semua baby diambil darah untuk check diorang punyer kuning turun ke tak. Aku harap sangat kuning Razin turun... tak larat dok hospital...

- Kuning Razin turun dari 16 ke 13. Still not enough. Doctor kata dia kena turun at least 12 ke bawah. So ape lagi... tidur lagi 1 malam di hospital...

- Bila malam menjelma, aku dah tau nak handle Razin dan stress aku camne (I cried like crazy on the 1st night and couldn't sleep because I was stressed, sad and worried). Aku buat hati kering je kalau Razin nangis bila pakai spek. Cos aku tau ade nurse jaga. Aku jugak dah tau untuk bagi dia nyusu puas-puas and pakaikan spek siap-siap before jemur dia bawah lampu biru tu. Kali ni aku takde la sikit-sikit angkat Razin bila dia nangis... Aku biar je dia kena jemur...

- When morning came, aku ok cos dapat tidur and Razin pun macam kurang kuningnya. Lepas diambil darah and dicheck, kuning Razin turun ke 8.56!! Alhamdulillah... lega sangat-sangat. So leh balik laaa.... :)

- Lepas kuar wad, lepak umah di Lumut jap. Hubby terus ke JPN Manjung cos nak daftarkan baby. Masa hari Isnin aritu tak sempat. Hari Selasa takleh nak register cos org JPN tu nak jugak tengok buku baby warna biru tu... Yang fotostat je tak cukup. Ngada2 betul. Buku baby tu hospital pegang so tak dapek nak register la...

- Dalam masa yang sama aku hangin macam nak gila ngan orang yang buat grill umah aku. Nanti aku citer i next entry kalau rajin (and kalau masih sakit hati)

- Since dah register Razin kat JPN, so bolehlah kita announce nama penuh dia ya...

Sila klik kalau tak nampak nama anak saya ape... hihi...



Okey, so terjawab sudah kan nama penuh dia ape?

And kenapa aku senyap 2 hari? huhu...

Doakan supaya Razin tak kena kuning dah. Risau jugak cos ada orang kat hospital aritu sampai 2,3 kali masuk wad sebab baby kena kuning...

That's all for now.

Salam.



alhamdulIllah...
Sunday, March 13, 2011
bismIllahirrahmanirrahim...


Syukur alhamdulillah... Aku dah berjaya melahirkan seorang anak. The joy of giving birth to a new life is... well, it's indescribable.

So here's a little notes on my delivery day:

AMARAN: Perenggan-perenggan di bawah mungkin mengandungi maklumat melampau dan terlalu jujur yang mungkin menyinggung perasaan/mengganggu certain readers di bawah umur (dan belum berkahwin?) especially perenggan berwarna merah.

So please be warned.



Aku dah start rasa contraction since 4.45 pagi pada 11 March yang lepas. Mula-mula rasa contraction every 15 minutes, then start dari 5.30 pagi, aku mula rasa contraction every 5 minutes. So aku tau la yang aku dah nak bersalin pagi tu. Syukur... sebab memang aku nak sangat bersalin hari Jumaat. :)

Aku masuk labour room around 6.40 pagi selepas nurse check bukaan dah 4cm (selukan kali kedua). Lepas kena seluk, dia terus suruh aku mandi, berak dan bawak baju baby masuk labour room. Aku dah asyik membuang air besar je sebelum tu, so lepas nurse masukkan ubat bagi berak tu, takdela aku membuang banyak sangat. Just mandi jela puas-puas.

Sebelum masuk labour room sempat mesej suami, Nini and Nyda gitau nak masuk labour room.

So, dengan perasaan yang sangatlah nervous, aku masuk bilik bersalin. Diorang letak CTG scan lagi di perutku untuk monitor heartbeat baby. Turun diletak alat untuk monitor contraction. Aku agak beruntung cos tak banyak rasa sakit contraction. Even bidan/nurse yang dok attend aku tu pun dok bising-bising kenapa contraction aku sikit and tak kuat. Aku untung la tak sakit, tapi yang susahnye adalah bila nak meneran... Teran bila sakit. Kalau tak sakit, takkan nak teran.

Around 7.30 pagi, air ketuban aku dipecahkan untuk mempercepatkan dilation and contractions. By this time, bukaan dah 6 cm. Bidan yang layan aku ni bagus la... tak terasa sangat pun dia seluk... sampai aku yang tanya, "Dah pecah ke air ketuban?" cos tak terasa. Lepas dah pecah air ketuban tu baru la rasa kuat sikit contraction... but still, not much.

Elok je air ketuban aku pecah, hubby masuk labour room. Dia takleh stay so dia just jumpa aku kejap bagi kata-kata semangat. Siap gitau dia nak pergi kapal jap. By this time, aku dah tak kisah sangat dia ada ke takde cos dalam kepala otak aku ada satu je... "Nak keluarkan baby". huhu...

Tapi bila ingat balik, macam syahdu and sedih la plak bila hubby takde bersama-sama masa aku bersalin. Hmm... tapi takpela. Nasib baik team nurses/bidan/sister yang jaga aku di labour room tu bagus-bagus and baik je... So takdela aku terasa teruk sangat.

Dipendekkan cerita, aku selamat melahirkan anak sulungku pada 8.53 am. Baby kecik je... 2.7 kilo sahaja. Bidan tu cakap, kalau aku pandai meneran, cepat je bersalin cos baby tak besar... Huhu... mane la nak reti kan. Nama lagi first baby.

Yang aku sangat terasa sakitnya adalah apabila baby dah nak keluar sangat-sangat. Adeh... seriau lak bila ingat balik. Koyak toksah citer la... Banyak sangat cos bidan cakap kulit aku nipis. Sebelum bidan gunting (episiotomy) lagi, dah terkoyak banyak. Huhu...

Part yang aku paling takleh blah adalah semasa kena jahit. Since aku banyak tear, so lama la nurse tu jahit. Sambil tu dia dok geleng-geleng kepala and nasihat suruh jaga elok-elok masa berpantang. Jangan sampai jahitan terbukak. Satu kerja plak nak jahit kali kedua! Huhu... memang kena bius and mostly tak terasa sakit. Tapi bila kat bahagian kulit tu, ya Allah... memang rasa sakitnya... urgh... ni part aku paling tak suka.

Lepas dijahit dan dipakaikan pad, aku pun dihantar ke bilik baru yang ada katil 2 bijik. Sebelum ni aku dok kat area katil 4 bijik. Baby pun dihantar masuk bilik. Masa ni aku rasa biase-biasa je... Tak rasa lagi bonding antara ibu dan anak tu... Yela, maybe sebab aku letih gile kot. Nak pergi dukung and peluk baby pun aku tak larat. Aku just baring je kat katil sampai hubby datang...

Aku just tengok je baby... sambil cuit sikit-sikit. Muka masa baru lahir ni macam muka hubby. Bulu mata lentik pun macam hubby. And then, after quite some time, my son, he opened his eyes. What a big black eyes! He looked around... and then he looked at me. Ya Allah... terasa something dalam hati ni bila mata bertentang... Betullah... hilang rasa sakit-sakit bersalin tu (sekejap).

Lepas tu baby tido balik. Pejam je mata tak buka-buka walaupun aku usik-usik.

Hubby came around 11-ish... He was beaming like crazy and I could see how happy he was. Syukur alhamdulillah...

Then dia kuar jap untuk tunggu Mamito, Nini, Diyana dan Nan datang.

So, around noon camtu (waktu melawat) semua dah berkumpul kat bilik aku. Nan busy amik-amik gambar. Mom was busy fussying over her first grandchild... my sisters were excited of the new baby. And I was happy. :)

The first time aku menangis since deliver baby adalah masa dengar suami azankan anakku. Ya Allah... tak dapat nak tahan rasa sayu, syahdu dan betapa bersyukurnya bila dengar alunan azan yang perlahan dan merdu tu...

Then hubby and Nan pergi solat Jumaat.

TV dalam bilik wad tu tengah on siaran langsung solat jumaat.

Betapa tenangnya rasa...


*******


I'm out of words right now.

Let's see some photos, shall we?

So, here's a little picture of my son.
For now, he's Baby Razin.

Tunggu dah daftar kat JPN esok baru kita announce nama penuh dia yer...
tengah tak sure dengan spelling... hehehe...



Love you both. <3>

Mak-mak saudara, bapak-bapak saudara dan sepupu yang excited tengok Baby Razin.
Abis kena kerumun.
Mak Cik Diyana takde dalam gambar cos dia kat dapur bancuh air untuk mak Razin.
:)


K, tu je yang leh upload.
Ni pun sumer gambar dari Twitpic.

Takde masa lagi nak upload pic bebanyak...
Nama lagi dah ada anak kan.. hehehe...
And since dok Beruas, internet pun slow... that's why ler...

Apa-ape pun, terima kasih bebanyak kepada semua yang wish tahniah, good luck etc.
Kebanyakannya dari Twitter and Facebook.
Thanks, ya! Really appreciate it... first thing yang aku buat bila online adalah check 'mentions' di twitter. You guys are awesome...

I know, i know... macam tak caya Miss Panda yang selalu post gambar gedik tunjuk mata kaler-kaler tu dah ada anak kan??
Same here!!
But life... as we know it, it goes on...
Dari student, single... to married, working and a mother!

I'm glad I have most of my memorable memories in this blog...

I know I have lots of silent readers to my blog...
Thanks for reading my stories.
I'm happy to share my happiness with all of you...


That's all for now.

Assalamualaikum...


p/s: entry ni panjang cos maybe amik masa sikit nak update blog pasni...
So sesape yang maleh nak bace entry ni sampai abis tu leh ulang-ulang bace lagi esok-esok yer... HAHAHA...



alhamdulIllah...
Thursday, March 10, 2011


bismIllah...


Seperti yang telah ku catatkan di blog ini semalam, aku mengalami turun darah sejak semalam. Berlanjutan sampai malam tadi... then subuh tadi.

Dan aku masih tidak merasa sakit ataupun apa-apa kontraksi. The occasional pain tu biase le... macam sebelum-sebelum ni... tapi sakit yang kuat macam nak beranak tu takde...

Aku malas nak ke hospital cos... mengikut pengalaman orang, mesti aku admitted punyer. Camne kalau belum nak beranak lagi? Berapa lama nak dok hospital?

But then, Miss V still bleeding... still kuar lendir berdarah tu... so risau la jugak. Apatah lagi ni my first baby kan... Then hubby pun suggest aku pergi jugak check kat klinik kerajaan. Aku pun setuju cos frankly, I was worried too.

Around 9ish am, hubby bawak ke Klinik A10 walaupun aku dah suruh dia pergi hospital je terus... Takpela, ikut jela. Then sampai klinik di A10 tu aku gitau la aku dah turun darah. Nurse terus suruh pergi HAT (Hosp. Angkatan Tentera). So, smirking to my hubby, we went to HAT.

Terus pergi kat bahagian kecemasan. Then, dibawak ke wad bersalin terus. Terus kena admit macam yang ku agak cos aku dah 38 minggu. Diberi baju hospital yang berwarna purple untuk dipakai.

Kena bagi sampel air kencing and my blood pressure diambil. CTG pun dibuat... basically CTG tu untuk tengok heartbeat baby... lame jugak dok tunggu... and aku jugak di'seluk' for the first time untuk check jalan. Sakit gilebabi kena seluk... nak menangis rasanya. It was worst than 'my first time' with hubby. T___T

Bukaan rahim baru 2 cm. Lambat lagi le kan? Orang beranak selalu 8-10 cm kan? But the nurse yang seluk tu commented yang aku punyer serviks(?) ke ape tah nipis je, tak tebal. Bagus katanya. Tak tau kenapa cos aku bukan belajar perbidanan. Kalau bagus, lega jela aku dengar...


Anyway... baby's heartbeat was fine. The nurse even said the graph was beautiful. And I recovered from the 'seluk-menyeluk' after several minutes...

So dalam kul 11 lebih camtu aku dah dok kat katil di wad.

Sampai ke malam ni, still takde ape-ape tanda sakit or nak bersalin.

Doctor siap dah gitau kalau sakit ke ape ke, cepat-cepat bagitau... diorang taknak le seluk je kerjanya cos buat benda tu kan sakit (to me)... and taknak jugak risk infection. Well, lega la aku. Cos yang aku takut sangat bila admitted ni adalah Miss V akan diseluk je kerjanya. Kalau tak kena seluk, aku ok jelah.. so here I am... In a ward... waiting for the impending pain.

Jiran sebelah katil baru kuar OT. Comel baby boy dia... alahai, tak sabar dah aku ni... Aku rasa, aku dah ready nak beranak. Chayok chayok...

Tapi, aku jugak rasa yang macam lambat lagi je nak beranak... sebab tak sakit. Tu yang aku agak pelik... but why the bleeding eh? Merisaukan betul...

Mungkinkah aku akan beranak macam Kourtney Kardashian? Masa dia lahirkan baby Mason, giler rilek jer... Korang tengok tak show tu? Well... Mak aku pun heran kenapa Kourtney rilek je... air ketuban dah kuar pun dia langsung tak tunjuk dia sakit. Siap time beranak dia lak yang TARIK baby dia kuar dari vagina. Gile x? haha... maybe kena cucuk epidural ke ape kot? cos macam pelik je tengok dia tak sakit.

Oh anyway...

I'm missing my husband. Tidur sorang di hospital malam ni. Tak best tol... Tetiba teringat perbualan tadi...

"Abang, ana mintak maaf yer..."
"Yer..."
"Abang maafkan semua dosa-dosa Ana kat abang tak?"
"Yer sayang..."
"Dosa-dosa yang abang tau dan abang tak tau sekali?"
"Ape yang abang tak tau?"
"Ade ar... Redha ke tak?"
"Yer sayang..."

I love you hubby...

Time-time macam ni mula rasa menyesal admitted awal sangat kat hospital. At least kalau masih di rumah, ada orang peluk time tido. Haihhh...

Rindu pada suami. :'(



alhamdulIllah...
Wednesday, March 9, 2011
bismIllah...


Subuh tadi macam biase masuk toilet untuk menyelesaikan panggilan-panggilan alam. Rasa nak membuang air besar tapi tak kuar so buang air kecik jela...

Time nak flush, aku nampak macam ada something di dasar toilet bowl. Eh, takkan tahi kot? Tak berak pun. Then bila tengok betul-betul, rupanya ketulan darah.

Ahh sudah.. cuak dowh. Amik tisu lap-lap kat Miss V, memang ada darah sikit. Berlendir je... warna pink.

Tapi tak sakit. And takde rasa contraction pun. Hubby cool je bila aku gitau hal ni. Dia still pergi kerja...

Aku dok fikir-fikir nak pergi kerja ke tak. Then I decide not to go. Called Mamito, and Mak cakap tu tanda-tanda nak beranak la tu. She told me yang masa dia nak beranakkan aku dulu, dia turun darah jugak. (barula aku tau kalau jadi camni, namanya turun darah ek?)... Tapi kalau ikut pengalaman Mak aku, dia turun darah hari ni, esok baru bersalin. I guess aku pun camtu kot?

So... aku tido jela balik... then bila pergi toilet untuk kencing still ada lagi cecair berdarah kuar dari Miss V. Mmm aku cool je cos tak sakit and baby pun bergerak je dalam perut. So, dalam kul 11 camtu baru nak mandi cos nak pergi klinik. Time mandi pun kuar lagi darah... tapi bukan darah hidup... still macam mukus tu... berlendir... Takpela, nanti tanya doktor.

Yong called. Dia suruh aku pergi hospital terus. Katanya dulu ada la budak kat tempat dia (dia keje kat pusat perlindungan wanita under Jab. Kebajikan Masyarakat) turun darah then diam je... tunggu contraction... tapi takde. Bila check lagi, baby dah takde cos lemas. Since Yong dah mencuakkan aku big time, aku pun zasss terus pergi klinik ngan Nini. Still pergi klinik swasta je... cos aku taknak pergi hospital. Aku rasa belum nak beranak lagi cos takde rasa sakit pun. Kang tak pasal kena admit and kena seluk-seluk berpuluh kali. No way.

Pergi Lumut jumpa doktor perempuan yang aku pernah jumpa dulu. She checked my tummy and the baby. Tu je. Takde seluk-seluk pun cos aku memang takde rasa sakit ape pun. Doktor suruh balik berehat and bagi MC untuk arini and esok.

Then, aku singgah ofis. Transfer segala duit balance petty cash kat Ganesh. Mane la tau aku akan beranak arini ke malam ni ke kan... senang la dah transfer duit petty cash kat dia. Kang nak guna duit jenuh kalau aku takde. Then hand over kerja sikit-sikit... pastu aku balik umah.

Mak datang petang tadi bawak bunga fatimah, air selusuh, bantal baby dan juga minyak afiat. Preparation untuk bersalin. Hmmm...

Malam ni twice turun darah lagi... tapi macam darah period jela... berlendir... bukan darah hidup.

Hubby tanya, nak pergi hospital ke?

Aku jawab, "Tak payah". Belum sakit... rilek je la dulu...

So sekarang ni dalam keadaan menunggu....

Menunggu dan menunggu....




alhamdulIllah...