Wednesday, June 29, 2011
Monday, June 27, 2011
bismIllah..


Busy!

Banyak benda nak update kat blog, tapi takde masa. Nak berkejar tentang kerja, berkejar mengepam, berkejar makan, solat, rehat, ngemas rumah...

Citer ke Kelantan tak abis taip, weekend baru ni ke Sunway Lagoon untuk family day. Macam banyak je benda yang berlaku. Dah 2 weekend berturut2 jalan jauh. Nasib baik anak tak demam. Riso gak cos Khamis lepas dia cucuk 3 bulan.

Semalam sampai umah dekat 10 malam tapi arini kena kerja gak la. Memula nak apply cuti but since Ganesh nak cuti, terpaksa la aku datang keje gak cos ada customer nak amik keta.

Badan penat tak abis lagi.

Semalam first time aku buang ebm almost 2 bottles cos tak berminum.

Aku menang 2 hadiah cabutan bertuah tapi tak tau ape kebendanya masa Family Day di Sunway Lagoon semalam. Nak Ipad 2 tapi melepassss... Sape tah yang dapat. For grand prize, ada Blackberry Bold 2--2 bijik. Apple Ipad 2--2 bijik gak. And TV LG (LED) 50 inci... then ada percutian la ape la...hmmm tak dapat kat aku pun.

Takpela.. syukur la dapat jugak sampai 2 hadiah. :P



Razin dah leh minum FM. Aku tinggal dia umah Mak Yang masa Family Day berbekalkan 1 botol susu ibu je. Itu je yang dapat... Maleh nak bawak pergi Family Day cos confirm menangis and meragam punyer. Anak aku ni mane leh orang bising-bising... confirm mengobak. So, tinggal umah Mak Yang main ngan Diyana, Mak Uda Lin, Opah Yang and Tok Yang dia.. hehe...

Aku tengah susah hati kena pergi training kat Port Dickson this July. Confirm kena pergi. Siap call boss mintak exception tapi tak kena layan. muahahaha... anyway, aku harap ADA MASA untuk pam la. kalau tak mau demam aku balik PD tu. Bengkak oiii...

Alangkan semalam tak pam dari 8 pagi sampai kul 2 petang pun aku dah sakit gila. Pam dalam kereta on the way amik Razin. Memang naya la kalau tak bawak pam... mampuihh... (xreti2 nak ber'marmet' :P)

Eh ok la.. takleh taip banyak-banyak. Nak ke carwash pulak.

Byeeee

Salam


p/s: Btw, jumpa akak sedara hubby (dua pupu actually) masa Family Day. She's from Land Rover Malaysia. Waaa tak sangka ada sedara sebumbung! ehehehehe...



alhamdulIllah...
Saturday, June 25, 2011
bismIllah...


Kalau last weekend ke Kelantan, arini nak ke KL pulak. Then ke rumah Mak Yang. Then ke Sunway Lagoon.

Baru balik.

Family day kan... pergi jela...

Diyana tengah moody cos dia tak nak ikut tapi terpaksa. Sepatutnya Mak aku yang ikut, but she isn't well. Demam plak. So, kena la Debab ikut... Nanti sape nak tolong jaga Razin?

Actually aku tengah susah hati gak ni...

I just found out that maybe bulan 7 ni aku kena pergi training di PD. 3 hari 2 malam. Adeh... risau sungguh la... Kena pergi gak ke? Nyampahnye....

1st thing aku paling risau adalah tentang susu Razin. Anak aku leh ke minum susu tepung 3 hari berturut2?? Sekarang ni memang dia minum susu aku je... alhamdulillah susu aku makin ok. Sekali pam dah selalu gak le dapat 4 oz ke atas. kira ok la...

Tapi sekarang nak kena tinggal dia lak. adoi... risau! Aku tak pernah lagi tinggal Razin berhari-hari... And Razin tak pernah lagi minum susu tepung berhari-hari. Nak ke dia? Dia tak penah kenyang minum susu tepung lagi a.k.a belum jadi anak susuan lembu lagi la.. kehkehkeh...

But nampaknye macam terpaksa gak la aku ajar anak minum FM.

Razin ni kalau dah lapar sangat dia minum je. Tapi kena tunggu dia lapar sungguh la. Cos aritu aku busy gila Diyana bagi FM dia minum jugak walaupun sikit. Jadi la...

Well, nak bersiap. bye

Salam


alhamdulillah
Thursday, June 23, 2011
bismIllah...


Keje dah sibuk balik.

Tapi ape-ape pun, aku sangat bersyukur masih ada masa untuk pam susu. Alhamdulillah, dah agak kerap dapat 5,6 oz. Tapi kena selang 3,4 jam pam la... kalo pam every 2 hours, dapat sikit je (cos tak dapat nak kekalkan time+frequency)

Aku rasa macam dah lama je tak masak. Dah seminggu kot tak masuk dapur? Hubby jer yang selalu masak. I'm sorry dear... I'll try my best to cook often. :(

Sejak balik Kelantan last weekend, rasa sakit kepala je. Setiap kali aku kena drive kereta, mulala sakit kepala... maybe sebab lama sangat dok dalam keta. Aku memang kureng sikit kalau dok kat belakang. And then cuaca pun panas bebeno lately. Memang migraine jer aku ni. Eiii... ntah la. Nak makan ubat pun takut efek baby bila breastfeeding.. (efek ke?) So bertahan jela... :(

Esok petang nak ke Penang amik kereta untuk bawak ke KL Sabtu ni.

Sabtu pagi-pagi nak ke KL then tidur umah Mak Yang. Mak Yang, Abah dan Kak Lin nak tengok Razin. Diorang tak dapat balik kampung, so aku la ke sana... Lagipun aku ke KL nak transfer kereta dan attend Family Day hari Ahad...

Aku decide nak tinggal Razin di rumah Mak Yang je masa kitorang (me+hubby) ke Family Day. Bukan ape... setelah melihat prestasi Razin di kenduri kahwin Mashitah last weekend, memang tak sesuai rasanya bawak dia pegi tempat yang panas dan crowded. Tak koser wehhh... mesti bantai meragam punye. So better not. Lagipun baru 3 bulan, ape sangat yang dia leh main dalam Sunway Lagoon tu kan....

Hopefully family day tu cepat abis. Bukan ape, event hari Ahad... esoknya Isnin aku kerja. Takleh nak cuti cos Ganesh nak cuti... bagi can ar kat dia cuti kan... so aku harap tenaga aku cukup la untuk bekerja Isnin tu. Dahle ada delivery ke Lumut jetty pukul 9 pagi hari Isnin. Hampehhh.

Aku jugak tengah serabut cos umah agak bersepah. Baju bertimbun 1 bakul tak berlipat. Malam ni operasi melipat dan packing baju. Malas betul rasenya. But have to. Aku paling sakit mata tengok baju bertimbun tak berlipat!

Ikutkan hati malas nak ke mana-mana minggu ni. Penat tak hilang lagi, tapi kena lagi berjalan jauh. Haih....

Penat.
Menyampah.
Sakit kepala.

Arghhhh.




alhamdulIllah...
Wednesday, June 22, 2011
bismIllah...


Last week, hari Jumaat, aku cuti. Apply annual leave cos nak attend wedding kawanku, Mash di Bachok, Kelate. Jauh tu... huhuhu... but since she came to my wedding last year, of course la kena balas kan. hehehe...

Kitorang gerak pagi Jumaat... hantar Diyana kat Beruas then shoot ke Kelantan lalu kot Kuala Kangsar, Lenggong, Gerik... gerak around 9am, sampai Bachok kul 2.30 petang. Berhenti sekali je time Zohor... waktu tu la sempat tukar diaper and susukan Razin...

Razin sangat behave dalam kereta. Aku rasa anak aku ni memang suka berjalan kot. Kalau masuk keta elok je dia diam. Lagi-lagi kalau aku letak dalam carseat dia. Muka cam curious and hepi nak berjalan. hahaha... Alhamdulillah lega sangat... (cos I know some kids tak suka duduk dalam carseat!)

Duduk dalam carseat for 2 hours only as per advised by product's manufacturer.
Kena berenti-berenti la baru bagi duduk dalam carseat lagi...


Nasib baik la Razin ni menyusu badan... takdela nak kena husung susu tepung, botol susu dan air panas segala. So senang sangat bila travel bawak baby... Syukur... (bagus kan bf ni? heheheh)

Kat sana, bapa Mash book chalet untuk kitorang. Irama Resort. Tapi bagi aku la kan, macam tak sesuai je nama 'resort' tu diletak. Kalau 'Irama Inn' or 'Irama Chalet' tu yer kot. Cos the place was not up to 'resort standard'. Tapi dah orang carikan, jangan banyak bunyi. Duduk jelah.

Memula bayar untuk 2 malam terus. Then bila tengok bilik, hubby decided nak mintak balik duit. Duduk 1 malam je udah. Nasib baik dapat. huhuhu... Memang kureng ar bilik dia...kureng sesangat Not recommended for married couple with kids

I mean, come on... nyamuk banyak giler weh. Even pasang ubat nyamuk (memang ada bawak dalam kereta) pun nyamuk tak blah. Sian Razin. huhu...

Petang tu ingat nak kuar cari makan, sekali dok kat satu kedai makan ni (ntah ape namanya), cuaca macam nak hujan. Air dah sampai, aku nyer nasi goreng pataya and hubby's food tak tiba. Then Razin buka siren. Dia menangis cos takut guruh and kilat serta angin kuat.

Tak jadi makan. Bungkus je.

Sebelum tu kitorang ada gak singgah pasar malam kat Pantai Irama yang jammed ngan manusia. Baru berjalan beberapa tapak masuk area tu, Razin nangis cos terkejut dengar muzik kuat yang orang mintak sedekah mainkan. Terus masuk kereta balik. -___-

Oh, sebelum terlupa... masa baru sampai kat umah Mash pun dia nangis-nangis jugak. Nasib baik la umah kawan. Leh la aku numpang breastfeeding Razin. Baru senyap.

Malam plak... masa kat chalet tu, Razin memang serba tak kena je. Tempat baru kot? Or ade benda kacau? Ntah la kan... jenuh gak la aku membace ayat Kursi hembus-hembus kat ubun-ubun, mata and telinga dia. Tidur juga akhirnya.

TAPI... sekejap je. Kena ulang balik bace 3 Qul, ayat Kursi etc baru dia tenang and tido. Macam tu la berterusan sampai tengah malam. Around kul 12 memang dia tido lena sampai Subuh. Tak bangun nak nyusu pun in between. Penat sangat gamaknye. Ayah dia memang confirm tak sedar ape dah pas Isyak. Aku ni laaaaa... adeh... letih dan sakit kepala (sakit kepala cos lama dalam kereta... dok belakang lak tu! memang bosan)

Esoknye pagi-pagi jenjalan tepi pantai amik angin...

Navy dan laut takleh dipisahkan...
=P



My 3 months old baby...




Pergi kenduri Mash kul 12 tengah hari. Masa sampai umah dia, aku dan hubby heran gila cos takde orang sangat.

Kalau kat tempat aku, kul 12 tu memang tengah pack manusia... ni tak, biase je... macam takde kenduri kahwin je. Pelik sungguh.

But then, maybe sebab cuti sekolah dah abis kot (fikirku). Tapi Mash cakap tempat dia memang camtu, orang tak datang sekaligus dalam satu masa. Diorang datang sikit-sikit... sampai ke malam... Hmm.. cenggitu rupanya.


Lepak bilik pengantin.
Sembang-sembang dan susukan Razin.

Sampai tertidur la Razin kat atas katil pengantin =P




Razin and Ayah dia.
Time ni tinggal ngan hubby jap cos aku lak nak makan.
Sekejap je dia diam ni...

Elok baru 3 suap masuk mulut, siren pun berbunyi...
Tak sempat nak makan bubur kacang
-___-


Bersambung...


alhamdulIllah...
Monday, June 20, 2011
bismIllah...


Merujuk kepada ENTRY AIA - EONBANK Insurance Scheme. DO NOT AGREE. EVER!, akhirnya aku dah dapat refund dari diorang...




Alhamdulillah...

Kesimpulannya, fight for your rights!

kalau dok diam je memang tak jadi mende ar kan... So kepada yang terkena macam aku, mintak refund! Terminate semua benda dan mintak refund sampai diorang tensen.

Settle.



Aku nak update pasal trip ke Kelate tapi penat tak hilang lagi... esok-esok jela...

Salam...



alhamdulIllah...
Wednesday, June 15, 2011
Tuesday, June 14, 2011
bismIllah...


Rasa macam nak menulis tentang cabaran breastfeeding lagi, tapi... ermmm... Razin dah 3 bulan, so leh kata fully bf ke?

Aku nak topup FM tapi takleh since dia takmo FM. Susu tin yang besar gabak tu bakal didermakan ke tempat kerja Yong. At least dapat bagi bayi-bayi yang tak sah taraf di tempat tu minum dari buang camtu je... kan ke bazir kalau buang je... susu baby dah le mahal...

Setakat ni Razin minum jer la susu ibu yang dapat diperah. Memang tak banyak.. so aku kena usaha lebih sikit ar... Kebetulan sekarang dah slow down sikit kerja. Tak busy sangat. Rezeki Razin... kejap-kejap aku singgah umah hantar susu or bagi Razin direct feed.

Ape-ape pun, kena jugak cari susu tin yang sesuai. Hmmm....

Tak pun, cari ibu susuan. haha.. ade ke yang nak derma stok ebm kat Razin? :P

Cos kat umah aku memang takde stok langsung dah. Since minggu kedua bekerja, semua stok dah licin. Susu aku lak jenis sikit. Macam-macam dah aku bedal ok. Tak jalan...

Tapi mungkin sebab salah aku juga cos tak disiplin pam. Or mungkin pemakanan aku yang tak seimbang... I admit that I don't eat well. Makan mana sempat je... Kekadang makan nasik 2 kali sehari. Kekadang sekali je. haihhh...


Sebenarnya lame dah nak nulis tentang cabaran-cabaran ni. Tapi kekadang cam takut orang terasa.

Other mommies yang tak breastfeed baby kekadang rasa nyampah, tersinggung and meluat bace entry-entry orang yang breastfeeding baby.

Aku tau sebab ada yang penah emel. And aku penah jugak bace komen-komen di tempat lain. :P

Well, aku tak salahkan orang tak bf baby. I mean, seriously, tak semua orang banyak susu kot?

Tak semua orang mampu nak bf.

Aku faham sangat... dah kalau takde susu, nak bf camne kan? Memang ada manusia2 yang dikurniakan susu sikit. huhu

Tapi sebelum tu, jom kita kaji balik kenapa sesetengah mommies takleh nak bf:

1- Abis pantang je susu kering --- Ini mungkin disebabkan kita dah nak mula kerja so tak dapat nak mengempeng ngan baby macam dalam pantang. So bila baby tak isap susu badan selalu, of cos pengeluaran pun kurang. Nak pam pun kekadang dah takde masa kan (cos kerja). So lama-lame kering le...



2. Susu sikit --- pergh... ini memang aku paham sangat-sangat. AKU la orangnye. Macam-macam aku dah cuba sebagai milk booster tapi pengeluaran susu still sikit jugak. Tapi pernah jugak la dapat 2 botol sekali pam, alhamdulillah... but most of the times, average susu yang aku leh pam adalah 3 oz. Kekadang 4 oz. Tu jela. Sebab tu fedup and rasa nak bagi FM je.

Tapi aku special case sikit ar since Razin takmo FM plak. (padahal dulu dia minum jugak 2,3 kali... pening aku)

But orang lain, bila susu dah sikit, of course la bagi FM. I would too... yela, takkan nak biar baby berlapar kot???

Please la jangan jadi macam sesetengah mommies yang punyer la nak kejar 'fully bf baby' sampai susu dah sikit pun still tak nak topup FM padahal baby dah menangis-nangis kelaparan. Apelah salahnye tambah FM kalau dah sampai macam tu?

This is not a race. Tak menang ape pun... kalau dah tahap desperate camtu, leh je tambah FM. Tak pun, mintak tolong sesape yang ada EBM lebih untuk donate. Your baby akan ada ibu susuan (dan adik-beradik susuan) la nanti. Hehe... (btw, I'm looking for one! until I found the perfect FM to top up my milk)

At the same time, bila susu sikit, ape yang kita leh buat adalah usaha untuk banyakkan susu. Try jela ape-ape... hopefully berjaya. Ingatan untuk diri sendiri gak ni...




3- Baby tak nak menyusu badan --- Dalam erti kata lain, baby takmo menetek. Common reasons adalah kenalkan botol susu kat baby awal sangat. So baby lebih suka isap botol dari isap breasts mak dia. Puting botol lebih laju dari mom's nipple. Sesetengah baby 'malas' nak isap dari breast ibu sebab dah merasa puting botol yang fast flow. That's why dia takmo mom's breasts.

Another reason is, Mom's nipple flat... susah baby nak suckle. So, dia takmo menetek. Nak susu dari botol.

Bila jadi camni (baby tak nak nyusu badan), of cos la senang bagi baby FM. Sebab dah sah-sah dia taknak menetek kan?

Tapi... if there's a will, there's a way... you can always pump your milk and store them. Pehtu bagi la baby minum susu ibu dari botol. Wujudnya istilah EP for Exclusive Pumping cos baby takmo direct feed. Aku tak nafikan la agak susah for fulltime working mother. Tapi ade je orang buat... :)



4. Kurang ilmu --- Aku pernah bace post seorang ibu yang tanya, 'Susu apa yang sesuai untuk baby umur 21 hari?'. Well, of course la jawapannya SUSU IBU!

Masih dalam pantang lagi... tapi dah nak bagi susu tepung dah? Kalau betul susu sikit, ok la.. aku leh terima la nak topup ngan FM. Tapi since masih dalam pantang ni, bagi je baby nyusu kerap-kerap. Kita bukan nak ke mana pun... dok umah je kan...

Bagi aku la, takde sebab nak bagi susu tepung kat baby masa dalam pantang selagi susu kita ada. kalau top up-top up lain citer... ni kes yang terus bagi susu tin and tak bagi susu sendiri langsung.

Remember: Demand - Supply. Kalau tak bagi, memang susu akan kering la... Kalau bagi selalu, insya Allah susu tu ada je...

Ade juga yang kurang ilmu cos pernah gak bace alasan "nak ajar baby minum susu tepung sebab nanti bila nak masuk kerja senang..."

Well, kena tahu la tentang bab-bab pam susu dan penyimpanan susu yang dah diperah etc. Yes, you can still breastfeed your baby eventho dah kerja. Ada pam, ada cooler bag, ada storage bottles bla bla bla... Memang renyah sikit ar but like I wrote earlier, 'if there's a will, there's a way...'


Orang dulu-dulu memang kurang ilmu tentang penyusuan susu ibu. Even mak aku sendiri gitau yang masa dalam pantang lagi dah bagi susu tepung T___T

Sebab tak tau kan... banyak benda tak tau... nasib baik la sepanjang aku berpantang, tak pernah sekali pun Mak suruh beli FM (topup FM). Tapi dok bising suh bagi air masak... :P

Even bila aku gitau nak topup Razin ngan FM, Mak aku yang sedih... huhu



Anyway... aku rasa 4 sebab tu je kot kenapa ibu-ibu tak breastfeed baby?

Seriously, memang bukan senang nak fully bf baby.

So, pada yang bagi FM tu mesti ada sebab-sebab tersendiri kan... cos I believe, all mothers want the best for their children. Cuma mampu ngan tak jela yang penghalang...

Hopefully entry ni leh bagi semangat dan panduan pada yang new mothers. Cabaran memang banyak... semoga dipermudahkan la...

Sekian, wassalam...


p/s: ape susu tepung yang rasa macam breast milk? cadangan pls.. kena beli gak le weh sebab puasa tak berganti-ganti lagi.. kang confirm merudum la susu yang dah sememangnye sikit ni. takkan nak biar Razin berlapar kot? T___T



alhamdulIllah...
Monday, June 13, 2011
bismIllah...


Weekend baru ni aku balik Beruas. My bestfriend (yang juga pengapit masa aku kahwin dulu), Nyda pun ada datang melawat since dia ada meeting kat Ipoh. So jenjalan sikit le mane yang sempat...

Razin... held by Nyda.
Muka baru bangun tidur tu... :P
Dah 3 bulan dah anakku...



Nyda melawat rumah di Beruas then ke Lumut jugak cos aku nak tunjuk rumahku di Lumut. Nanti nak jenjalan leh la singgah kan... senang... hehehe... Pastu kitorang pergi Marina Island.

Aku sendiri tak pernah melepak kat gigi pantai Marina Island yang kitorang pergi last week. Padahal aku kerja kat situ!! kahkahkah... Almaklum, pekerja yang berdedikasi kan, pergi ofis je... mane de masa nak jenjalan sangat... Heh.

No wonder la ramai orang datang bawak family petang-petang... Memang best... Pemandangan lawa, angin laut sepoi-sepoi... memang syok ar... aku je yang baru tau. Pasni petang-petang for SURE I want to take Razin out for a stroll there after work :D

Jom layan gambo...


Yang bukit bukau tu Pulau Pangkor, ye kawan-kawan...
Naik feri dari Marina Island ke P.Pangkor dalam 10 minit je...
Kalau dari Lumut jetty, dekat 40 minit.
Nak cepat, meh la naik kot Marina Island...
Then leh sewa kereta Hertz sekali...





Musim orang kahwin cos cuti sekolah...
weekend plak tu... so anda akan nampak pemandangan pengantin-pengantin ber'outdoor' di Marina Island ni... Memang cun la scenery dia petang-petang...
Yang belakang aku tu baru 1 couple...



Tu ada 1 lagi couple baru kahwin.
Nampak ke? (klik utk tumbesaran berganda)
Baju putih kat titi menghala ke laut tu...
Fotografer2 nyer dok bawah tu... mesti cun gambo kawin deme... :)


Saje upload gambo gelap...
Belakangi cahaya...





Me and Nyda.
Hopefully I'll see u again this weekend in Bachok?
:D


Tu je...

Nak citer banyak lagi benda tapi tak larat nak menaip. Ngantok.

Salam...



alhamdulIllah...
Thursday, June 9, 2011
bismIllah...


17hb June kena gerak ke Kelate pagi-pagi. Annual leave mintak sehari je.. hari Jumaat tu je.. ermm... Tengah pikir-pikir lagi nak sewa kereta ke tak. Tapi bajet memang dah lari gile dah ni... so bawak Cik City jela kot? Plus, sekarang kerja under Northern Region... so... things are not the way it used to be (beza ngan KL)... Better use our own car jelah. :P

Moga-moga kawanku yang nak melangsungkan perkahwinan tu appreciate la our effort yang sanggup ke Kelate time tengah-tengah bulan tu... kehkehkeh... nasib baik time aku kahwin ko datang, kalo idak memang confirm aku tak pergi le... jauh bebeno! Dahle suami dia pun orang Kelantan jugak... kalau tak, pergi yang paling dekat jela... huhuhu


26hb June pulak ada Family Day kat Sunway Lagoon. Dah bagi nama dah. Main reason aku nak pergi adalah untuk jumpa kawan-kawan di KL... Dahle masa company trip ke Pangkor aku tak pergi kan (maternity leave), so nak le join aktiviti family day ni...

Padahal takdenya aku nak mandi-manda pun. Razin pun baru masuk 3 bulan. Kecik lagi... Hubby maybe la gile nak mandi-manda (navy kan gile air sikit) tapi aku memang tak la... nak jumpa fellow colleagues and socialise jer.

26hb tu hari Ahad.

Sabtu sebelum tu nak pergi umah Mak Yang... jumpa Kak Lin and Abah. Sejak Mak Yang jatuh sampai kena operate bahu cos dislocate tu, memang aku nak sangat ke sana tapi takde masa. Razin pun diorang tak tengok lagi. Which is why aku nak pergi jugak ke sana... =)


In the same time, hubby dah mula bising-bising bila nak balik Pahang. Haihhh... bukan aku tak nak balik. Kesempatan tu yang takde. Aku ni kerja 6 hari seminggu. So what to do? Kena ikut turn la eh...

That reminds me, cuti sekolah ni pun aku bukannya balik Beruas pun. Padahal 45 minit jer dari Lumut.

Last weekend, hari Sabtu, ingat nak balik, tapi ada customer nak amik kereta pukul 4 petang. Nak tak nak kena la standby since lunch hour. Nak cuci kereta and open counter bla bla bla. Padahal last Saturday was public holiday. So... dah kerjaku camni, nak wat camne kan...

Ade times yang rileks je... ada times yang kena berkorban masa sikit.

Luckily now dah kurang busy sikit. Aku leh pam susu kat ofis sebanyak 3 kali. Kekadang dapat lari jap balik umah susukan Razin (kalau dia tak tido la).

TAPI... Now Razin tetiba takmo susu tepung. Padahal stok EBM memang takde langsung dah kat freezer. Aku dah jadi macam, 'pam sekarang untuk Razin's next feeding'. Nasib baik sekarang tak busy sangat. Kalau busy?? camne eh... mampos...

Yang aku heran tu, kenapa lak tetiba Razin takmo susu tin? Sebelum-sebelum ni pernah je bagi and dia minum je... minggu ni and minggu lepas dia tak nak langsung! Start nak bagi last week... kekonon nak topup FM la kan... tapi takdenya dia nak. Ditolak-tolak je puting botol ngan lidah.

Aku bukan ape, risau susu aku tak cukup je (tapi alhamdulillah masih cukup walaupun CUKUP2 JE). Aku risau Razin lapar... Camne kalau aku tak dapat nak pam? adeiii... Nak kena try beli susu jenama lain ke? hmmm....

Ok.

Mood dah tak berapa elok bila cakap tentang susu badan.

Ya Allah, murahkanlah rezeki hambaMu ini. Amin.


Salam...


alhamdulIllah...
Wednesday, June 8, 2011
bismIllah...


Citer basi lagi.

Majlisnya adalah pada malam Isnin yang lepas. Tapi malam Rabu baru ada masa nak update.

Ini la first time aku kena teman hubby hadiri majlis di Wisma Samudera, Pangkalan TLDM Lumut. Sebelum-sebelum ni kalau kena hantar wakil isteri pegawai ke aktiviti Bakat, aku dapat elakkan (alasan: berpantang mode)

Tapi kali ni takleh nak lari. Pergi jela... makan je pun. Nasib baik gak le barbeku.. kalau makan beradab, lagi aku segan... :P

Majlis barbeku ni untuk meraikan Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang akan bersara...

Layan gambo jelah eh...

Tapi gambo pun cam hampeh cos pakai henpon je... flash lak off cos malu ler nak ber'flash' bagai... :P


Benda yang aku mula-mula amik: BUAH

Time ni hubby dok ulang-alik amik chicken chop (for me), mushroom soup, garlic bread, fries and steak (for him. i don't favor red meat).





Sotong + kangkung ni feveret...so kalo ada memang aku ngap
(walaupun dah melantak macam-macam)







nyanyi2...
Karaoke tu wajib eh?
layan jela....



muka kenyang + ngantok + boring

Ni time selesai makan spaghetti marinara



Pergi toilet untuk touch up.
Lipstick abis cos makan kan...
(ape daaa gambo kat toilet pun nak letak)

Dari kul 8-12 malam baru majlis selesai.

Hmmm.... nasib baik Diyana ada untuk tengokkan Razin...

Overall, kenyanggggggg...

Ape yang best?

Dengar and tengok persembahan dari Bakes. Love their choir performance. :D

Update lagi (cos tadi update sambil tengok Nora Elena so maleh nak menaip banyak-banyak):

Kitorang sampai lambat gak la... patut kul 8 malam dah ada kat sana tapi 8 suku baru sampai gate base. :P

Sampai-sampai, cuak cos tak kenal sesape pun... Hubby jumpa pegawai atasan dia untuk bertegur sapa. Lame la plak... aku tercogok je kat belakang dia.. then nampak segerombolan wanita-wanita anggun, aku pun pergi situ. Main tegur je orang... sembang2 dengan seorang isteri CO KD XXXX. Ok la... nice lady (she's a teacher)

Beberapa minit pastu, hubby cuit and bawak aku pergi tempat lain... Katanya, tempat aku menyembang tadi tu semua kategori bini-bini pegawai kanan (or mak-mak datin). HUHU. So lari le ke tempat lain... Kali ni terserempak ngan Tiger (the one who asked for my help untuk carikan date dia tu). Dapat jugak dia seorang wanita yang sudi teman. Blind date! haha... so dia bawak jumpa teman dia yang bidan terjun tu. Sembang-sembang lagi... Kira ok la attend bena2 ni... Not bad. Kenal kawan baru :)

Time ni kitorang kat hallway je tunggu ketibaan VIP. Bila dah leh masuk ball room, cari meja yang dah di'assign'. Terpisah le ngan geng2 baru jumpa kat hallway tadi. ermmm...

Tunggu... dan menunggu... VIP akhirnya masuk dewan around 9 pm. Then MAKAN....

Selesai makan, dengar ucapan dari Panglima Tentera Laut. Baru ku tau yang sebelum ni mana ada Panglima Angkatan Tentera (PAT) dari tentera laut or udara... yang ada just dari tentera darat. PAT yang nak bersara ni adalah dari TUDM.... he's the 1st Panglima dari TUDM. bla bla bla... lupe dah ape lagi yang PTL cakap.... sebok dok bertweet je. errr...

Pas ucapan, dengar nyanyian duet dari PTL and PAT. 3 lagu tu! huhu... tapi sedap suaranya so ok la.. enjoy... :)



alhamdulIllah...
Monday, June 6, 2011
bismIllah...


Aku nak mengamuk hari ni. So kalau aku menyumpah-nyumpah and mencarut-carut tu sila jangan nak terasa terganggu. Kalau tak suka orang mencarut, leh klik 'X'.

Pernah dengar tentang AIA-Eonbank Insurance scheme?

Sape-sape yang takde kad kredit Eonbank maybe tak pernah dengar.

Sebab tu aku nak tulis kat blog supaya nanti orang google-google akan jumpa blog aku ni. Ni aku bukan nak tunjuk kebodohan aku yang 'terkena' (ade jugak la sikit-sikit. kahkahkah) tapi untuk rujukan orang lain sebelum terkena. :P


Kesnya begini:

Someone from AIA will call your phone dan offer untuk amik insurans ngan diorang. Simple je bendanya, diorang akan deduct payment from credit card selama berapa tahun yang kita setuju. Insurans punyer policy takyah tanya aku cos sampai ke sudah aku tak dapat-dapat. Macam celaka ok. Dahle masa 1st time tefon tu dalam kereta so dengar-dengar gitu jela. Aku ni pun bangang pergi setuju kena deduct RM75 setiap bulan selama.. ntah tak ingat. 9 tahun kot.

Aku tak ingat cos call yang aku terima tu was last year! DECEMBER 2010 ok! Aku agree pun cos setakat RM75 sebulan tu ok jela... ade coverage itu ini (dah lupe actually)

Dia kata dalam masa 30 hari aku akan dapat policy contract. Ok, xpe... tunggu jela...

Selain dari sebab tu, aku google Internet tak jumpa lak ape-ape info tentang collaboration AIA and Eonbank ni. Yela, nak check la ape kebenda yang aku sign up tapi TOTALLY NADA. Nothing in the Internet... (aku check masa Januari 2011)

Tup-tup, 1st February aku kena charged RM75 pada kad kredit. Siot jer... dengan ape-ape policy takde, tetiba caj aku. Ok, takpe. Ni sebab aku agree on the phone tu ke? cilake punyer Coco (nama orang yang call aku tu). Ko kata nak pos policy, ni ape kes aku tak dapat2 lagi ni???

So, ape lagi, bermula la emel-emel ngan pihak AIA. Kalau korang bace, mesti korang tau betapa panasnye hati aku.. wei, RM75 tu DUIT jugak wei! Sesuka hati nak caj aku tapi dokumen tak bagi ape kes??

nak call, asyik la busy je manjang. So nak senang aku EMEL.

This is the 1st email I sent them:

hi, My name is NOR RAIHANA and my mobile number is 012-xxx xxxx This is the 2nd time i'm emailing you so I hope there will be a reply via email. I received a call from one of your agent named Coco from 03-2036 6888 on 24th December 2010. He called me because I am one of Eonbank's credit card holders and there was some kind of promotion for insurance in collaboration with AIA.

To cut the story short, I agreed to be charged RM75 a month for 9 years. And my credit card was charged for the first time on
1st Feb 2011. I was surprised to be charged when I haven't received any documents or policy to give me better understanding on what I signed up for. The call on 24th Dec was all I received and explained on. Of course I want a hardcopy/policy mailed to me for better reference. So I emailed you to ask about it.

Few days after that, I received a call by someone (from AIA) asking me whether I was charged or not and I said yes.
But I was a bit angry on WHY HAVEN'T I received any doc/policy?? Then, he told me I will received the policy/hardcopy doc in 30 days time from the date I was charged. Today is already the 7th of March 2011 but I still haven't received anything. U have charged me, so please let me know the details. That's all I'm asking for. I just want to know this is not a scam, and it's legit!

I wish I can check in your website about what I have agreed to be charged on but I don't even have my copy of policy! No policy number, no policy name! Just the info that it's something to do with Eonbank's credit card holder.
I have a recorded conversation with your agent on 24th Dec 2010 and I will take action if there is still no news from you. That was all the information I know about this 'insurance'.

If contacting me is too much trouble, I want to cancel everything and I want a refund on what you have charged me.
Attached is the copy of credit card statement, a proof that you have charged me on the 1st Feb. SO PLEASE REPLY THIS EMAIL ASAP.

Email and a telephone call is appreciated. I want a feedback email for my reference.
Thank you

Regards,

NOR RAIHANA BINTI MOHD RASHID

XX, XXXXXXX,
XXXXXXXXXXXX
32200 LUMUT, PERAK.



Ni reply-reply dari mereka:

From: my, corporate-ops
Sent: Tuesday, March 08, 2011 8:56 AM
To: my, corporate-creditlife
Cc: sakura_anna@hotmail.com
Subject: FW: AIA KL Credit Life

Dear Credit Life,

For your kind attention and action

Regards

Customer Relations Unit

From:XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Sent: Tuesday, March 08, 2011 9:23 AM
To:XXXXXXXXXXXXXXXX
Cc: sakura_anna@hotmail.com
Subject: RE: AIA KL Credit Life

Dear ROP team,

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX <---policy no. (aku delete la b4 publish kat blog)

Kindly assit and re-send policy contract as policyholder has yet to receive

Please send to same address

Regards

American International Assurance Bhd.

From: XXXXXX@aia.com
To: XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
CC: sakura_anna@hotmail.com
Date: Tue, 8 Mar 2011 18:23:01 +0800
Subject: RE: AIA KL Credit Life

Dear XXXX,

Kindly assist. Thanks.



Ok. So aku tengok macam ada progress la kan? Depa dok mintak orang hantar/pos poliocy kat aku. Ok takpe... kita tunggu.

Sekali lagi tup tup aku dapat seprais!

AKU KENA CAJ DOUBLE pada bulan MArch! BABI tol laaa... mencarut-carut aku masa tengok statement.

Emel lagiiiii...


To whom it may concern,
Kindly enlighten me on why I was charged
TWICE for the month of March? (refer attached photo)

Thank you

Nor Raihana

012-XXX XXXX


Okay... emel di atas ni TAKDE REPLY.

AKU EMEL LAGIIIII.... kali ni aku letak subject 'PLS REPLY ASAP'


Dear Sir,

THIS IS A RESEND EMAIL.

PLS GIVE A FEEDBACK AS THIS IS NOT THE FIRST TIME YOU DID NOT RESPOND TO MY COMPLAINTS AND EMAILS!
I HAVE YET TO RECEIVE A POLICY CONTRACT FROM YOU (DOES IT TAKE A MONTH TO POST A DOCUMENT FROM KL TO PERAK???)

AND I WAS CHARGED TWICE IN MY MARCH CREDIT CARD STATEMENT!

I WOULD APPRECIATE A TELEPHONE CALL FROM ONE OF YOUR REPRESENTATIVE!

RAIHANA



Diorang balas:

From: my, corporate-ops
Sent: Monday, March 28, 2011 2:04 PM
To: XXXXXXXXXXXXXXX
Cc: raihana rashid
Subject: RE: PLS REPLY ASAP- AIA KL Credit Life- Double charge for March?

Dear Credit Life,
For your Urgent attention and Action.
Regards
Customer Relations Unit


From: XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
To: XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
CC: sakura_anna@hotmail.com; XXXXXXXXXXXXX
Date: Mon, 28 Mar 2011 14:17:30 +0800
Subject: RE: PLS REPLY ASAP- AIA KL Credit Life- Double charge for March?

Dear team,
Please assist
Regards
XXX



Tolak sana, tolak sini... takde sape pun nak call aku untuk explain!

Ape lagi, EMELLLLL!

Dear XXX and the team,

Please arrange for the cancellation of whatever it is you're charging me.

I want a refund of the charges you did without my consent. read: you did not send me any doc/policy after the 1st email i sent (refer the bottom of this email) and nobody tried to reply my previous email.

I need to send several times then only you take some actions??
Your service sucks, you're causing me headache and too much trouble and I don't want to have anything to do with your company anymore. Please refund everything or at least the double charges u did on March!

This is the first time I was treated like this by a company with such big name. Such shame.


Thanks in advance.



Emel ni takde reply.

Aku risau diorang tak terminate je policy aku ni. Kang dok caj lagi! So, lepas emel benda alah di atas, aku pun PRINT semua emel-emel antara aku dan mereka. YA, SILA PRINT.

Aku kumpul semua dan POS ke alamat diorang kat Menara AIA KL dengan ATTENTION to MANAGER (bahagian Customer Relations). Settle satu benda.

Aku pos pada 1 April then seminggu lepas tu dapat reply VIA POST (boleh plak ko pos?? sampai je kat umah aku????)

Kena pos bagai baru ko took actions!


Sekali kau, bulan April pun tiba and bila aku check statement kad kredit, AKU KENA CAJ LAGI!!! babi betul. cilaka! cam gampang ok!

Padahal sebelum tu AIA dah call kata nak cancel/terminate. Email pun dapat. Tapi kenapa caj lagi? Sebab sistem?? tak efisyen betul la korang ni!!!

Ni emel lepas aku pos segala mak nenek and COMPLAINT.


From: XXXXXXXXXXXXXXXX
To: sakura_anna@hotmail.com
CC: XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Date: Wed, 20 Apr 2011 12:02:24 +0800
Subject: RE: PLS REPLY ASAP- AIA KL Credit Life- Double charge for March?

Dear Cik Raihana,
As spoken to you this morning.
We will terminate the policy with full refund by May 2011 to your Bank Credit card.
Woud apologize for any inconvenience caused.

Regards

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Corporate Solutions Department

American International Assurance Bhd.



So, bila aku kena caj lagi pada bulan April, ape lagi... MENGAMUK!!! (yer, aku memang kuat mengamuk. But so would you if this happen to u kan???)


DEAR XXX,



PLEASE MAKE SURE I WILL GET MY MONEY BACK BY MAY 2011 (NOT JUNE!)
AS I AM PISSED AGAIN TO FIND OUT THAT YOU STILL CHARGED ME FOR APRIL!



PLEASE REFER ATTACHED PHOTO



I WONDER, HOW DO YOU OPERATE? ALL MY COMPLAINTS WENT DOWN THE DRAIN, WAS IT? NO ACTIONS WERE TAKEN, NOTHING! WHAT KIND OF CUSTOMER SERVICE IS THIS? NOT TO MENTION HOW LONG I HAVE TO WAIT WHENEVER I WANT TO PHONE MY COMPLAINT! WHICH WAS WHY I HAVE TO EMAIL YOU GUYS...



I THOUGHT YOU WOULD NOT CHARGE ME AFTER ALL MY EMAILS BUT TODAY WHEN I CHECK MY UNSTATEMENTED TRANSACTION, THERE YOU GO AGAIN... ANOTHER BLOODY AIA CREDIT LIFE CHARGE ON 20TH APRIL!! WTF????



NOT TO MENTION ABOUT THE 'SO CALLED POSTAGE' OF MY POLICY CONTRACT THAT I HAVEN'T RECEIVED UNTIL TODAY! (IF IT'S TRUE THAT YOU GUYS ACT WHEN I COMPLAINED IN THE PREVIOUS POST, I WOULD'VE GOTTEN IN BY NOW)



YOU GUYS SUCK BIG TIME. I'M AMAZED THAT A BIG COMPANY SUCH AS AIA HAS VERY SLOW AND VERY UNSATISFACTORY CUSTOMER SERVICE.



IF I STILL HAVEN'T GOT MY MONEY BACK BY MAY 2011 (ALL RM300 OF IT---LET'S NOT HOPE THERE'LL BE CHARGES ON MAY!), I WILL MAKE SURE NONE OF MY RELATIVES WILL TAKE INSURANCE FROM AIA, THAT'S FOR SURE!



(AND MY BLOG READERS TOO)



THANK YOU IN ADVANCE.





And now is the 6th of June.

Aku masih tak dapat refund.

Tadi XXX tu call aku lepas aku emel and dia kata akan dapat refund by JULAI pulak.

CELAKA!! bengang betul aku tapi nak tak nak kena tunggu jugak arrr... babi!


Sape-sape yang terkena tu (aku tau ada cos kat twitter tadi macam ada yang kena jugak je... heheheh), buat macam aku buat. POS je komplen korang tu kat Manager. Ade kat laman web AIA. Selagi tak dapat policy kita dah terminat in black and white, selagi tu kena caj kot?

Fight for your rights, dude!

Nak jadi citer, last week aku dapat call dari sorang minah dari AIA nak offer aku benda ni. HELLO!!! aku dah pernah sign up ok! So tak pasal-pasal minah tu kena sembur ngan aku. Tergagap-gagap bila aku tanya itu ini. Wakakakaka...

So korang, sekarang ni musim diorang nak call orang. My advise is, JANGAN ACCEPT!

Nak insurans sila pergi Prudential... ramai orang rekemen Prudential.

Sekian. (xde la banyak mencarut sangat kan?)

Salam....


alhamdulIllah...
Sunday, June 5, 2011
bismIllah...


Yes, today is the 5th of June!

Last year, pada tarikh ini aku akad nikah (lepas Asar actually)

So dah setahun menjadi isteri orang!

Wahhhhh... as cliche as it may sound, how time flies!



After a year, we are still happily married (with occasional annoyance) and we already have one little soldier! Syukur alhamdulIllah...

Gambar semalam...
Lepas Razin mandi petang


We have a long way to go, dear husband... Moga-moga di hari mendatang we'll grow more matured and wise... And of course, with a string of kids :D Insya Allah...


Pagi ni aku maleh nak bangun awal-awal. Masak breakfast? Ahh maleh. Penat. Semalam Razin susah nak tido. So pagi ni hubby beli nasi lemak kat kedai je... Then dia mengemas stor kat bawah.

Aku?

Guling-guling atas katil ngan Razin sampai kul 10.30 pagi. Kul 11 baru mandi. har har har... Mentang-mentang hari Ahad kan... ni jela hari nak balun bangun lambat. Dahle semalam public holiday tapi kena kerja so balas dendam skett.

Err... Razin pun kul 11 lebih baru mandi. kuikuikui...

Hadiah anniversary ape?

Aku dah beranakkan Razin tu kira hadiah la tu kan? ekekeke...

Actually, mula-mula nak buat seprais kek tapi terpaksa cancel cos kedai kek tak buat delivery so tak jadi... Tengok le malam kang... makan kat mana-mane ke...

Hubby bagi ape? Setakat tengah hari ni takde ape-ape lagi... tapi pepagi dah wish kat FB (walaupun tak mention cos xreti gamaknye padahal dah ajar :P)

Alah tak kisah sangat pun sebenarnya... :)

Hubby busy mengemas stor bawah tangga pagi tadi.

Now tengah godek-godek kat atas buat ape tak tau.

Ok, aku dengar bunyi tv... So dia on kan tv yang dah lama terkangkang kat bilik la tu... oh best! ada tv dah bilik tidurku! Leh layan dvd atas katil... hihihihi... (pantang seratus hari tak abis lagi wei)

Ermmm malam esok ade bbq kat navy base yang aku kena pergi (teman suami)

AMENDE AKU NAK PAKAI NI????

Baju kurung or kebaya.

Sah-sah le pakai baju kurung.... baju kebaya sumer dah tak muat

Eh ok la.

Nak layan chatting ngan mamat navy yang mencari teman untuk bbq malam esok. Hahaha... (susah eh takde awek? :P)

Sape yang free eh?

Nini dah sah-sah takmo cos dia tak berapa minat ngan mamat-mamat tentera ni :P

eh ok la...

Tu je update kali ni.

Doakan perkahwinan kami bahagia, berkekalan dan sentiasa diberkati Allah...



Salam...



alhamdulIllah...