Saturday, June 30, 2012
bismIllah...


Pheww..

Lama nak update, tapi asyik terbabas je.

Razin makin lasak. Dah pandai merajuk and buat perangai. Memang banyak akal laa... yang aku geram sekarang, pandai plak nak pap pap orang. Tau ape tu? Tampar... kejap-kejap tampar. Suke dengar bunyi 'Pap' tu kot. Tapi tangan dah la lebar. Sakit tau! Geram je aku... Dah kena jentik dah tu. Tapi degil. Buat lagi. huh.

Umah makin bersepah. Sebab? Barang jual banyak... biase la... surut time orang dapat gaji je.. hahaha. Bila minggu gaji dah nak abis, takde dah la. wakakaka... rutin biase... ;)

Nak buat clearance la.

Sape mau cd Babyland, Baby Wizard and Grovia dengan harga yang best, silalah emel daku. Tak pun tinggalkan emel korang di bahagian komen, i'll get back to you :)

Ade lagi nak let go... Baby Art's Magic Box. Siyes murah je aku nak jual. Sebab ade orang order dekat 10pcs aritu tak tuntut. Aku ni plak baik hati gile tak mintak deposit kan... so rasakan. So sape berkenan nak beli Baby Art's Magic Box, contact je aku. Confirm berbaloi-baloi. Sesuai buat hadiah bagi orang baru nak beranak etc. hehe...

Ni lagi nak kabo, baby carrier jenama ERGObaby open for order. Email la for best package. Now aku nak bagi carrier bag to every purchase of ERGObaby. Sangat-sangat praktikal ok. So memang patut ade kalau beli baby carrier. Same goes to sucking/teething pads. Dalam proses gak tu... See how easy it is to purchase from Mama Panda? Hassle free! Dapat beg untuk simpan baby carrier and sucking pads at affordable price. Takyah susah-susah nak beli or tempah lain. Yang penting harga murah. Sucking pads Ergo tu rege RM59.90 ok. Aku nyer murah je... hehe

Eh sebenarnya nak citer tentang our holiday plan.

Petang tadi hubby suruh google tempat untuk bercuti hujung tahun ni. 

2nd honeymoon? hehe...

Mintak-mintak jadi la... Plan asyik tak jadi je... padahal laki aku cuti berlambak gile lagi... berpuluh2 hari lagi ok! haih... camtu la askar... cuti je banyak, tapi nak amik cuti pun susah.

Hubby also plan to buy a second house. Semata-mata untuk sewa. Sebab kitorang rasa market kat Manjung tu memang tinggi. Ade je orang nak sewa rumah la.. bilik la... ni even rumah aku tu dah full, ade je orang kontek-kontek tanya bilik sewa. So, ok gak kalau dapat lagi sebijik kan? Tapi yang pasti takmo apartment la.. kitorang tengok rumah apartmen depan rumah tu crowded gila.. dengan masalah parking lagi... so nak mencari rumah atas tanah. Berangan jelah dulu... loan gomen dah pakai untuk rumah sekarang. Kena cari cara lain untuk purchase another house. 

Plus, rumah kat area Manjung ni mahal gilababi ok! Lagi mahal dari Ipoh. Umah kitorang tu dulu beli tak sampai 200K, now dah 300K plus. Memang tak mampu la kot nak beli lagi umah 2 tingkat. Setingkat je udah. Bilalah nak kaya ni... ahaks...

Sekarang ni aku teringin sangat nak belajar menjahit. Sangat-sangat teringin. Aku tak pernah sentuh mesin jahit sejak aku tingkatan 2  (ke 3? lupe dah). Dahla masa tu pun Noriza yang tolong jahitkan beg aku (kena buat beg ala2 tote bag tu). Wakakaka... hampeh betul aku. Padahal mak aku cikgu ERT. LOL

Now, aku ada cakap kat Mamito yang nak belajar menjahit, tapi Mamito kata tak payah. 

Mak aku punyer reason adalah:
1) Sekarang pun aku dah busy gile... kalau menjahit lagi la busy. So dia takmo cucu dia terabai. Mmm betul gak
2) Mak cakap kalau aku dah start gile menjahit, confirm aku lagi tak cukup masa and rumah pun terabai. Mak cakap kalau menjahit, umah bersepah. Betul gak... lagi-lagi yang noob cam aku ni... nak bentang kain untuk potong confirm2 sebesar-besar alam kat lantai. Haihh...
3) Mak aku malas nak ajar.

HAHA.

Maka, takyah la belajar menjahit ye...

Masak pun tak abis belajar lagi ni... camne nak abis belajar kalau dah selalu hubby take over? hehehe... sayang abang askarku. Muahh... memang betui la askar ni pandai masak. Walaupun simple ke ape ke.. tapi jadi je. Sedap je aku bedal. Haha... 

K lah... adios amigos.

Mau marathon lipat kain.

Baiiiiii...

Wassalam


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, June 26, 2012
bismIllah...


Semalam post Boba pada customer. And hari ni dapat message dari beliau. I'm so happy I wanna share it here (sebab dia tulis panjang lebar):


salam...hihi,,,kelakar la..tadi barang dah sampai, then simpan dulu sbb nak g skul. balik petang tadi, br bukak kotak. nganga sekejap.  
then husband sampai,,dia tanya, ni apa benda? ( buat2 tak tau n tekejut ) . saya cakap la, ni boba carrier..
dia: what?? how much? 
saya: 400. 
dia: babe...alahai mahalnye...better la duit tu simpan lagipun that day kan dah beli wrap...
saya: saya dah pikir dah sblm bli ni..ikot awak la nak cakap ape. saya beli untuk mudahkan awak naik moto bawak beby g anta umah bs. Pastu, kita kan nanti nak g bali...takkan nak tolak beby dalam stroller turun naik flight? beby dah la berat sungguh! wrap tu dah tak sesuai guna sebab beby kita dah 10kg++. obess tahap 3!! awak jugak yg kata wrap tu memboyot turun ke bawah. Cuba awak try. best gile. 
Dia: tau. abe dah tgk benda ni kat fabulous mom semalam. memang la sedap sungguh pakai. Tapi tak membazir ke? 
saya: tak. saya tak rasa membzir. Sebab saya tau saya beli barang yang berkualiti n practical. 
Dia: senyap

Seyes, best gile. patot la mahal gile.huhuhu.
btw, carrier bag tu cantik jahitan kemas. tq. nak oder kalo ada hitam putih..tapi lagi cantik, kalo kain dia jenis yang mcam boba wrap tu kan...hihi...

Ashira Zumi
2 hours ago
Ashira

Yeay... suka hati bila customer happy. Thanks for your feedback!

I try my best untuk penuhi permintaan orang. I know the carriers I sell are pricey, but mahal tu bersebab! Mostly sebab jenama dia la... from US. So, brand yang imported memang selalunya mahal kan... Tapi percayalah, it is so worth it. Boleh pakai sampai anak 2,3,4... dan seterusnya? hehe...

Plus, Mama Panda ada buka kutu untuk Boba carrier ni. Tak mampu nak beli gedebuk RM400 lebih? Takpe... leh main kutu. Bayar RM100 je sebulan untuk 4 bulan. Alhamdulillah.. group kutu Boba dah masuk bulan kedua and so far takde masalah ape-ape. Kalau interested do let me know k! Customer di atas ni pun main kutu la.. ;)

Tentang pos barang plak, aku cuba pos pada hari yang sama payment diterima. Aku pergi poslaju every day at 5pm cos tunggu husband balik kerja. So payment before 5pm insya Allah aku pos hari tu jugak. Nasibaik poslaju centre tutup kul 6pm. So sempat la... sebab tu la aku tak suka kalau orang request nak pos guna pos daftar (nak murah) cos untuk pos daftar kena pegi pejabat pos. Pejabat pos tutup awal. huuu

And aku jugak happy cos carrier bag yang aku bagi free tu dia suka. Walaupun carrier bag tu dari aku punyer rejected bunch (yer, aku pun ada quality control ye) cos tu 1st batch yang dijahit dari kain yang murah and design pun lain dari carrier bag sekarang, alhamdulillah beliau suka... Yang penting dapat simpan baby carrier so that xdela bersepah sana sini.

Bagi yang tak tau, Mama Panda ade kuarkan carrier bag ye... ape kejadah carrier bag ni? Ianya beg uncang dengan tali berjerut untuk simpan baby carrier macam Ergo or Boba. Juga untuk jaga supaya baby carrier yang beli mahal-mahal tu tak kotor or kena habuk. Almaklum, kebanyakan design Boba yang frame hitam (kangaroo, lilam montenegro and soho) memang nampak gile la kalau kena habuk.

Bole beli sekali time order baby carrier. Untuk yang order Ergo Petunia Pickle Bottom yang mahal gile itu (RM600+), you can get one FREE. hehe...

Carrier bag ni untuk simpan baby carrier.
Supaya tak semak mata memandang.
And supaya tak kotor kena benda2 tak sepatutnya.
And senang nk bawak merata especially kalau dapat nice prints!

 Lepas pakai, main campak je merata-rata.
So not cool!



Selepas digulung dan disimpan dalam carrier bag.
Kan kemas tu..



Neat, right?
Could fit Ergo, Boba, Beco, Scootababy, Stork, Jumpsac and even Madame Googoo!

Dengan menjaga baby carrier anda dengan baik, resell value adalah tinggi.
(kot2 la nak jual balik bila dah tutup kilang dari beranak)


Ade lagi corak-corak lain...
(Label Mama Panda tu... hehe)

Ni vidiyo cara nak lipat baby carrier masuk beg.

Excuse the shaky vid. Guna sebelah tangan maaa...


Sekian, terima kasih.
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, June 25, 2012
bismIllah...

Bace blog Majinn, dia tulis tentang impian.

Ape impian aku?

Sebelum ni,, nak kahwin, berenti keje and jaga anak kat rumah.

Ya, dah tercapai.

Puas hati?

Puas hati. hehe... Paling puas hati cos takde boss. =)

Itu je ke?

Of course not.

Bak kata orang-orang terdahulu yang bercita-cita tinggi, kita jangan mudah berpuas hati. Aim more... reach higher!

Maka, impian aku yang seterusnya adalah:

Beranak. Dan beranak lagi... Meramaikan umat Nabi Muhammad SAW di bumi Allah ini. Moga-moga punyai zuriat yang baik. Insya Allah.

Mantapkan bisnes. Walaupun masih setahun jagung (eh belum setahun pun lagi) tapi takpe, kita pasang impian dulu. Aku nak ada kedai macam Tiny Tapir tu... pergh best... tapi ingat senang ke nak ade kedai? Cost overhead berlambak.. sewa kedai lagi.. kat Lumut tu paling-paling koman sewa sebulan dah RM1K. Pendapatan aku?? Kahkahkah... memang tak layak lagi la nak ade kedai. Nak buat loan pun.... aihhh takpela, mantapkan dulu yang ada sekarang ni baru nak berkedai-kedai. Maka, itulah impian paling besor aku rasenye. =p

Sebab, bila dah power camtu, insya Allah duit pun masyuk... bila masyuk, dapat la pergi mana-mana yang kita impikan. :)




p/s: Sape owner blog www.aja04.blogspot.com? Tak aci tau bace blog kita tapi nyorok tak bagi kita bace blog dier... ;)

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, June 24, 2012
bismIllah...


Yeah, finally managed to find some time to update on Scootababy review.

Scootababy is a unique carrier since it only has one shoulder support. Ala-ala macam ring sling cuma bezanya ada support kat pinggang. Maka, bahu  dan pinggang takde la sakit kalau baby berat cos the weight is distributed evenly on your waist too.

Aku dah lama berkenan nak beli Scootababy ni... akhirnya berjaya jugak. Aku pilih design bawah ni cos design yang aku nak (29 Palms) dah takde stock.

Scootababy - Kapaia

Scootababy in a nut shell:
- Suitable for 5 months to 40 lbs. --- AKU KURANG SETUJU. Nanti aku citer

- No frills, no loops, nothing complicated, this is a truly top-functioning carrier which carries your baby in a Natural position which allows face to face contact with your child.m --- SANGAT SETUJU

- Even weight distribution over the shoulder, back and waist, so you can carry your heavier baby or toddler for longer. Supportive fleece shoulder which won't impede movement and a wide padded waist belt. --- SETUJU

- Easy to use - Only adjust the first time you put it on, every time after that is simply a snap on and snap off, and if you do need to adjust you can do it with one hand! --- SETUJU

- Adjustable for both a smaller frame and a bigger frame (good for both mums and dads). --- SANGAT SETUJU

- Folds compactly for storage on the go, comes with a convenient nylon drawstring bag. ---SANGAT SETUJU

- Quality sturdy materials - 100% cotton shell, Taupe Twill and Camouflage rip-stop.  Brown microfiber Lining and Ploartec Fleece Shoulder.

- Patent pending design, made in the USA.
In real life.
Memang made in US. So berbeza la ngan Ergo and Boba cos Ergo and Boba tu US brand but made via mass production in china, taiwan and india.


Video cara pakai:



Ok, ni aku punyer review plak:
Walaupun kat description tu kata leh pakai dari baby 5 months until 40 pounds (around 18 kg), sebenarnye baby lagi kecik dr 5 months pun bole. Aku try letak baby kawanku yang berumur 4 bulan ok jer dok dalam Scootababy. Best gilerrr cos dia ringan! haha...
TAPI!!
Leh pakai sampai 18kg? Well well well... kalau larat la. Bagi aku, tak sesuai kot. Patah pinggang weh!
Sebab kalau aku carry Razin yang beratnye 12 kg dalam Scootababy, memang takleh lama-lama. Max one hour je kot. eh tak... 40 minutes je kot. Sakit pinggang especially kalau berjalan banyak. So, walaupun dia kata leh pakai sampai 40 pounds, sebenarnya bagi aku TAK. Kecuali lah you have great back support and KUAT. Aku pakai jenjalan kat pasar di Cameron Highland last few weeks memang rasa macam nak dislocate je pinggang. Hahaha...
 
Aku dah try babywearing a 4 months old and a 7 months old baby dalam Scootababy ni. They are weightless in it! Memang syok ar bawak cos berat Haris, 4 months was around 5-6kg. And Dhia, 7 months was 7.5 kg ke... gitulah lebih kurang berat diorang. Memang best cos tak berat and diorang pun sedap je lentok ke dada kita hehe....

 Me and hubby wearing Razin in Scootababy.
Aku suka cos senang nak pakai and Razin dapat tengok depan jugak.

Adjust strap kat depan tu (dalam gambar dengan hubby, Razin pegang kain untuk tarik-tarik tu)

 And also adjust the strap kat belakang ni untuk ketatkan...



 So easy even an eleven year old can do it!


Kesimpulannya:

PRO
- Senang nak pakai
- Tak panas
- Cara hip carry yang paling mudah
- Baby boleh tengok depan dengan cara gendongan paling natural (kan kalo takde baby carrier, kita dukung baby dari tepi kan?
- Sesuai untuk baby 3,4 bulan ke atas sehingga... selagi larat nak dukung! hehe...
- Body panel is quite long... I measured, and it's 18"! So memang sebenarnya sesuai until toddlerhood. Cuma aku yang tak larat nak dukung kalau dah 12 kg. -___-"
- Boleh jugak buat front carry and back carry. Tapi aku tak try-try pun back carry cos aku beli bukan nak pakai back carry... baik back carry dalam Ergo or Boba cos ade 2 shoulder straps kan, lagi secure. Tapi nak buat front carry memang ok! So this means it's for smaller or lighter baby la kot? Cos bila baby berat memang orang tak front carry sangat cos mengah... most people would do back carry instead.


CONS
- Since it's one shoulder, cam tak sesuai sangat untuk back carry.
- Tak sesuai untuk budak berat cos sakit pinggang. In my case, 12 kg pun takleh lelama dah. Pakai dalam rumah ok. Berjalan banyak-banyak and lama-lama definitely NO. Tak berapa nak balance jadinya.

Tu je kot.

All in all, I still used this for quick out and about activity. Macam nak basuh baju, sidai baju (yer, leh je dgn hip carry cos razin sibuk nak tengok kita buat ape), masak (hati-hati lah yer.. jangan time goreng benda meletup-letup bagi baby dekat dengan dapur. BAHAYA ok) pergi pasar ke ape ke... senang hip carry. 

Sesapa yang anak kecik lagi leh la beli. Especially those yang ada anak ramai. Yang besar leh guna ssc macam Ergo or Boba. Yang kecik try guna Scootababy. Serius best and confirm leh pakai lama-lama.

Last week kan aku pergi KL and stay kt Corus Hotel, so ade babywearing mommies datang ke hotel nak try out my carriers. From Ergo, Boba and Scootababy. Madame Googoo tak try cos her child was still so small (Madame Googoo tu aku custom made toddler size).

She already has Kanga XT, which she said is similar like my Madame Googoo except for the head support. And she loved my Scootababy! Siap cop nak beli kalau aku nak jual preloved... hehe...

Anyway, I hope this review helps to those yang nak tau Scootababy ni camne.

Mama Panda also sells Scootababy but we do not have ready stock. Accept pre-order sahaja and we give 10% discount. So dari RM420, you only pay RM378 *terms and conditions applied*. Do contact me if you would like to order or nak try dulu ke... 

Rasanya review ni dah cukup jujur dah. Silalah research betul-betul before pilih baby carrier yang sesuai dengan anda. Sesuai dengan your size or your hubby, sesuai dengan umur baby, sesuai dengan bajet (of cos) dan juga sesuai dengan kegunaan anda.

That's all for now.

Wassalam.

P/S: Mama Panda ade buat giveaway sempena FB Page kami dah cecah 1000 LIKEs. Jemput follow blog Mama Panda and join our giveaway! =D

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, June 21, 2012
bismIllah...


Selasa hari tu, gerak ke KL from Pasir Gudang, Johor. Malam baru sampai.

Kitorang stay kat Corus Hotel. Dok sini 2 malam.

Semalam lepas meeting kat Mindef, kitorang jenjalan KLCC. Bawak Razin pergi Aquaria. Best!

Arini dah nak kena check out tengah hari kang. Subuh tadi Razin asyik meragam jer... jom la blah cecepat.

Maka, lepas check out kang aku nak ke Wangsa Maju amik stok barang. Bagus datang KL ni... takyah la supplier nak pos-pos barang. Aku pun suka hati cos jimat duit pos. hehe...

Ade 2 benda bab bisnes nak disetelkan. Satu, ke Wangsa Maju. Satu lagi barang nak dihantar pada aku before aku check out arini.

Lepas check out Corus, kitorang nak ke Klang plak. Hubby ade hal di Port Klang. Kitorang dok hotel Crown Princess kot.

See?

Berjalan je kerjanya...

So memang betul la decision aku berenti keje dulu.

Leh ikut je mana hubby pergi. Ahaks.

Daaaa...
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, June 17, 2012
bismIllah...


Amaran: Bacaan orang dah kahwin sahaja.

Semalam, aku takleh tido... so aku google la camne nak dapat baby girl. Yela.. nama lagi tengah TTC kan (Trying To Conceive),  so saje la gatal google cara-cara nak dapat baby girl lak pasni. Takde kerja kan... HAHA...

Frankly, I don't really mind if I get another boy, as long as preggy! hehe... tapi kalau Allah nak bagi perempuan, best jugak sebab belum ada =)

Alhamdulillah my cycle is very regular. Kalau tengok menstrual calendar punyer apps kat phone yang aku installed, if it says I'll have my period on the 7th June, memang 7th June aku bendera merah. So, leh la try-try tips online ni kan... hehe...

Ni aku copy paste Shettles Method yang sangat famous kalau nak dapat baby girl. Ade lagi satu method iaitu O+12... tapi aku rasa better try Shettles Method dulu (cos O+12 punyer method tu bertentang dengan Shettles')

How to Conceive a Girl

Determining the Time of Ovulation:

Determining when you ovulate is vital when you are learning how to conceive a girl. Shettles recommends that you have sex 2 1/2 to 3 days BEFORE ovulation in order to increase your chances of conceiving a girl. Having sex closer to ovulation will dramatically decrease your chances of conceiving a girl. The timing of intercourse in relation to ovulation is a vital factor in increasing your chances of having a girl.
Shettles suggests three specific ways in which to do this.

1) Charting Cervical Mucus

Dr Shettes goes into full detail on how to chart your cervical mucus in Part Three of his book, How to Choose the Sex of Your Baby. You can download a blank CM chart in two different formats: PDF or Excel Spreadsheet.

With this method of determining when you ovulate, you access your cervical mucus on a daily basis. Right before you ovulate, your cervical mucus should be very watery and very elastic. It’s consistency should be that of raw egg white. Charting for more than a month before you attempt to conceive a girl is recommended so you can be CERTAIN that you are ovulating on a specific day.

------AKU ABAIKAN. TAKDE KERJA NAK CHART CERVICAL MUCUS!---------

2) Basal Body Temperature (BBT) Charting

Shettles also suggests that you use BBT charting a long with charting your cervical mucus in order to gain as much information in order to pinpoint when exactly you are ovulating. He goes into full detail on how to accurately chart your BBT in Part Three of his book. You can download a blank BBT chart in two different formats: PDF or Excel Spreadsheet. This chart also includes an area to record your Cervical Mucus assessments.
In order to chart your basal body temperature ( BBT ) you will need to purchase a basal thermometer. Before you get up each morning, you will take your temperature before you do ANYTHING. Any activity can lead to innacurate temperature readings. At the time of ovulation, you will see a spike in your temperature which will indicate that you have already ovulated. Considering that you need to have sex 2 to 3 days away from ovulation in order to increase your chances of having a girl, you will need to chart at least two months before you can make good use of the information that your charting reveals.


------AKU ABAIKAN. TAKDE BASAL THERMOMETER & MALAS NAK CHARTING!-------

3) Using Ovulation Predictor Kits

The final way Shettles recommends for finding out the exact time you are ovulating is by using ovulation predictor kits. These kits detect when your body has released LH (Luteinizing Hormone), a precursor to ovulation. Dr. Shettles suggests testing twice a day in to make sure you catch the surge as early as possible. He recommends testing once between 11am and 3 pm and then again between 5pm and 10pm. When all factors are considered, ovulation will most likely occur about 24 hours after the time when you get a positive result for the lh surge on your ovulation predictor kit. Dr. Shettles offers indepth explanations on how to interpret the ovulation predictor kits in his book so be sure to read all the information he provides.
Store bought ovulation predictor kits can cost quite a bit, but we offer them here at BabyHopes.com for a very reasonable price. You can read the product specification of our ovulation predictor kits on our product desription page.


---- AKU ABAIKAN JUGAK COS MALAS NAK BELI KIT PLAK DAH. INSTEAD, AKU CHECK BILA AKU OVULATE GUNA OVULATION CALCULATOR JE. SENANG----

Frequency and Timing of Intercourse: (ni je yang aku bace)

Shettles says in order to increase the chances of having a girl, you should have sex everyday from the end of your period up to 2 1/2 to 3 days before ovulation. After this point, do not have unprotected sex until several days past ovulation.
Intercourse further away from ovulation favors the larger slower moving X (girl) sperm. The weaker Y (boy) sperm will die more quickly in the more acidic preovulatory vaginal / cervical secretions and by the time of ovulation there will be a much larger concentration of X (girl) sperm available to fertilize the egg.

Sexual Position:

Shettles suggests that if you are trying to conceive a girl, shallow penetration from your partner, preferably with the missionary position, will deposit the sperm closer to the entrance to the vagina. This area is more acidic than closer to the cervix and acidity will work against the weaker “boy” sperm leaving more “girl” sperm available to fertilize your egg.

Sex and Orgasms:

When trying to conceive a girl, Shettles recommends that you don’t orgasm during sex as the body produces substances after orgasm that makes the vaginal environment more alkaline, which favors the “boy” sperm.
The contractions which accompany an orgasm help move the sperm up and into the cervix, giving the “boy” sperm an extra chance at being available when your egg is available for fertilization.


Tu jer...

Kita boleh berusaha, tapi segala rezeki dan ketentuan semuanya Allah yang bagi. Maka, jangan lupa berdoa kepadaNya.

Jom kawan-kawan yang TTC, kita try... nak dapat baby boy? Leh try bace SINI.


 Wassalam..


p/s: aku ade banyak review tak tulis lagi ni... bleh plak copy paste article ni. huhu

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
bismIllah...


Aku mengejar masa, maka entry blog ini ditulis dalam bentuk points.

1. Aku dah lama abaikan blog Razin. Tak sempat nak update. Padahal masa kat Perak aritu first time bawak Razin masuk Zoo Taiping. Tapi tak sempat-sempat upload gambo. Pehtu, Razin sekarang dah boleh panjat tangga. Gilebabi kering darah aku masa nampak dia masuk bilik tidur (aku kat atas, dia kat bawah dengan Ayah dia tapi laki aku mandi, dia naik tangga cari aku!). Tangga umah kat Johor ni curam ok! Tinggi! Cuak nak mampus aku... Nanti aku upload cerita dia kat blog dia kalau free.

2. Aku tengah sakit kepala pikir bab duit, duit dan duit. Pening mana nak cari duit lagi... Target tak tercapai bulan ni... Bestnye ade gaji, takyah pikir bab duit sales target. Tapi orang yang ada gaji plak jeles kat aku yang dok umah jaga anak ni. Pelik kan? Meh la ajak kawan-kawan or saudara yang baru dapat anak beli barang dari aku. Kurangkan sakit kepala aku ni... hahaha...

3. Aku juga sakit kepala sebab masa macam tak cukup. Aku tak pandai urus masa kah? Sekarang husband yang banyak tolong basuh baju (guna mesin basuh, tapi sebab manual, aku malas nak handle... takde masa nak tercogok tunggu abis rotate, spin, drain etc) and sidai baju. Tapi bab lipat kain dia tak handle... maka, ade selonggok besar kain tak berlipat lagi.Selain dari tu, aku still masak, sapu rumah, uruskan Razin etc. Tapi... sebab budak membesar ni perlukan perhatian yang sangat banyak dari aku, maka banyak benda on hold and tertangguh. Hmmm...

4. Arini first time aku try FB Ads. Buat sponsored story. Wahai dear readers, sesape belum LIKE lagi page Mama Panda kat Facebook, please LIKE. Leh klik SINI. Kalau-kalau free, jemput jenguk gak MamaPanda.Com. Jasamu ku kenang... :')

5. Aku mencari sesape leh tolong buatkan banner comel-comel untuk blog Mama Panda. Hadiahnye adalah barangan yang aku jual... Leh pilih nak ape... asalkan munasabah la yer. hehe... upah cash pun boleh. Nanti kita runding... Sape berminat emel je daku... Nak header blog je cos aku xde masa nak buat... (nak buat pun tak reti cos xpandai =p). Jemput follow blog Mama Panda jugak yer... Kat situ update review barang, promo dan sebagainya. 

6. Tahu tak aku sekarang dalam TTC mode? And do you know how stressful that can be (weird right) when you don't have enough time to... *coughs*. I'm stressed because I'm stressed. Paham tak?

7. Tu jer kot nak cerita kali ni... esok-esok tambah lagi

K thanks bai.


p/s: Sapekah di Mesir yang baca blog I subuh-subuh tentang cloth diapers? Expecting a baby kah? "Assalamualaikum and tahniah!"

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, June 11, 2012
bismIllah...


Eh first sekali nape lah blogger ni buat default font aku Times New Roman? Aku tak suka... aku nak Trebuchet jugak!

2ndly, tau tak aku sekarang sedang menangguh untuk packing baju-baju? Esok nak balik Pahang ni! Adehhh fail sungguh la kalau nak packing... Malas!

3rdly, aku baru pas celebrate our 2nd anniversary last June 5th. Hehehe... Memang honeymoon sekejap cos Razin kena kidnap balik Beruas last week... 3 hari takde Razin macam orang gila dah aku... bapak bosan time laki aku pegi kursus. huh!

So malam Jumaat lepas (7th Jun) terus balik Beruas walaupun hubby plan nak balik Beruas lepas solat Jumaat esoknye. Perghh memang takleh la. Aku nak balik malam tu jugak. Rindu gile-gile punye...

Memula ingatkan nak balik Pahang dah last Friday, sekali hubby kata baru dapat tau Isnin kena attend meeting dengan boss plak. Adehhh... rosak la plan... kengkonon nak balik Pahang weekend ni.. then hari Isnin nak jenjalan ke Melaka ke 2 malam before balik Johor.

Sebab tu aku blog sebelum ni, TAK PAYAH PLAN! 

Susah cos kerja askar ni memang unpredictable.

Nasib baik selaku seorang isteri yang tidak mempunyai majikan (dan KWSP mahupun bonus setiap tahun), aku ikut jela mana laki aku pergi.

Aku ni kejap-kejap kat Johor... kejap-kejap kat Lumut, pehtu Beruas (kalau cari backup untuk orang jaga Razin haha) and sometimes balik kampung suami kat Pahang...


Merata jer merayap.


Takpela... nasib baik Razin dah biase travel. Seorang baby yang tak banyak ragam sangat. Ok la...


Mmmm macam lagi banyak citer nak tulis tapi aku nak check emel and packing baju la jap lagi.


Benti jap.


Esok-esok sambung.


Bye.
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, June 10, 2012
bismIllah...


Wah... macam tak caya je dah seminggu lebih tak update blog. Wakaka... busy meh

First sekali, Nan telah meng'accident'kan kereta Vios yang baru dibelinya bulan lepas di Kati, Kuala Kangsar pada Jumaat lepas.

Langgar Kancil dan juga Camry. Dia kejar traffic light hijau kot, then tak perasan kereta Kancil nak kuar dari tepi. So Kancil tu kena langgar kat bahagian depan, then Vios Nan berpusing and langgar kereta Camry plak. 

Hasilnya:



Airbag burst, nyaris tak lemas. Alhamdulillah tiada sesiapa yang cedera.

Pakai tak sampai sebulan lagi tu... nak claim total loss sebab chassis bengkok and bahagian dalam sume dah barai. 

Yang tak bestnya tentang eksiden ni, Nan kena pukul!! Yes, he got beaten up. Ini la susahnye kalau eksiden kawasan kampung, suka-suki je nak belasah orang. Padahal memang dah confirm accident, bukan sengaja.

Yong aku masa tau Nak kena pukul (and kena kejar) memang emo abis. Dia yang beria-ria nangis kat rumah ni.

Nasib baik jugak la kereta Vios yang Nan tinggalkan tu tak kena bakar time dia lari pergi balai polis (nasib baik ada orang tolong).

Giler lah... takut aku!

Tapi nasib baik gak la takde la cedera teruk ke hape time dibelasah. Nan pun katanya blur-blur lagi cos sedih kereta jahanam. Bahaya nyer kalau sorang-sorang kan... uhuhuhu...

Anyway, tutup bab eksiden. Hari ni Nan pun dah balik Pahang cos esok dah start mengajar. Tumpang kereta kawan la... baru sekali je merasa bawak kereta sendiri balik kampung. =p


Pagi Jumaat tu, Nan jadi model baby carrier yang aku baru beli.

Aku tempah custom made baby carrier for toddler kat Madame Googoo. Made with love in Poland. I got it last June 7th.

Fell in love with this one!

What can I say, I just love purple!


Back carry







A review is coming up!!

So far, I'm loving it... hihihi...
 


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Friday, June 1, 2012
bismIllah...



Yaaaa... plan rosak! plan rosak!

Dangggg!

Semalam tetiba hubby BBM kata kena kursus ke Lumut next week. From 4th Jun until 8th.

Habisss...

Plan asal kami adalah:

Esok (2hb) - Gerak pergi umah Mak Tam kat Kepong. Malam tu Ijah nikah (sepupu). Pastu balik tido umah Mak Yang kat Bandar Seri Putra.

3hb (Ahad) - Kenduri kahwin Ijah. Settle majlis, balik umah Mak Yang semula.

4hb - 6hb : Nak ke Melaka kengkonon. Jalan-jalan...

6hb - 9hb: Balik Pahang...

9hb gerak balik Johor...

Now??

Tak jadi pergi Melaka.

Tak jadi pergi Pahang.

Ooops. Bab balik Pahang tu kena jugak la balik... tapi minggu seterusnya la kot?

Tapi aku geram gak le tak jadi lepak Melaka.

Now, lepas kenduri Ijah terus kena balik Lumut. Dok sana seminggu. Nasib baik la semalam sempat sms salesperson suruh pos barang ke Lumut... kalau tak sape nak tunggu kat umah Johor. huhu...

Asyik ke hulu ke hilir je kan... Perak ngan Johor tu macam Beruas dengan Lumut lak kitorang buat.

Hadeiii...

In a good way, aku memang suke la balik Perak cos ade projek nak disettlekan dengan kerjasama Mamito and Mak Cik Pah.

Nanti aku reveal. hehe...

Tu jela yang aku excited pun.

Tapi bab nak packing-packing ni sangatlah malas... aku kena jugak la angkut barang bizz sikit-sikit cos rugi weh kalau tak bawak... nanti orang nak beli takde stok pada aku susah. :p

Lagi ape...

Mmm... petang ni nak kuar poslaju barang-barang and beli baju untuk kenduri. Siyes aku takde baju ape pun yang sesuai untuk kenduri kahwin. Memang dah lama tak beli baju... huhu... beli ready made ni mintak-mintak muat la dengan badan dugong ku ini.WAAAA...

Perasan tak, sejak dah kahwin, I jarang kemhor.

Sejak dah beranak, memang takde nafsu nak mekap-mekap bla bla bla...

Risau jugak tua sebelum umur. Uhuhuhuhu...

Tapi takde masa la.... and nama pun dok umah je, dah berzaman aku tak beli bedak ke, mascara ke ape jadah. Jimat betul. LOL

 Yeah... my pale face.
Kena edit dengan tambahan effect 'Bloom' supaya nampak lebih soft dan tak nampak sangat blackheads, acne scars etc. HAHA

Takde makna nak mekap-mekap.
Tapi lipstick wajib.. kalau tak lagi la pudar dan tak berseri mukaku.


Cer bagi motibasi sikit untuk aku jaga muka?

Ni cuci muka pun idak ni... wawawa....

Oklah, dah mula lari tajuk.

K thanks bai.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...