Monday, August 27, 2012
bismIllah...


Perasaan berbelah bagi nak balik Johor. Aku seboleh-bolehnya tak nak balik Johor... sebab?

- Selesa dok Perak. Of course la kan... since umah sendiri dok sewa kat orang, aku dok di rumah Mak. Gile best takde masak sangat (hahaha) and yang penting, Razin ramai orang melayan. Ni kalau balik Johor, bertempik lagi la aku hari-hari ngan dia...

- Suka POSLAJU kat sini. Walaupun bila dok Beruas aku kena rush pos barang sebelum 3 petang (sebab ade pejabat pos je), aku tak kisah sebab tak banyak songeh and tak ramai orang kat pejabat pos. Poslaju Sitiawan pun ok sangat-sangat, tak penah lagi la aku kena balik tanpa pos barang sebab kotak tak dibalut brown paper! (Damn you, PPL Pasir Gudang!)

- Senang kalau nak order barang kat supplier. Diorang pos alamat Beruas je. Takde la kejap-kejap alamat Johor... yer, diorang pun dah pening cos kejap-kejap alamat lain. Aku ada 3 alamat yang selalu digunakan untuk pengeposan barang: Lumut, Beruas and Johor. So kalau satu alamat je kan senang... takdela risiko barang aku dipos ke alamat lain (dah penah jadi, aku kat Perak tapi barang dipos ke Johor. Nasib baik bukan barang orang nak pakai urgent)

- Rumah sewa kat Johor tak best. Aku syak ber'penunggu' cos aku kan selalu online memalam buta (dah itu je time yang leh online... kena tunggu Razin tido) and selalu dengar bunyi-bunyi yang kurang enak. Selain dari tu, umah tu sempit sangat... semak gila bila barang-barang order sampai... Bila jadi camtu, aku tak senang nak ajak orang ke rumah maka dah kurang bizz opportunity (bila orang datang rumah nak amik barang/COD, selalunya diorang akan dapat tengok barang-barang lain and SELALUNYA end up beli barang-barang lain jugak. Muahahahahaha). So bila aku tak berapa kenan orang datang umah (umah bersepah cos sempit and penuh barang-barang bizz), kan dah rugi peluang tu... uhuk uhuk

- Aku tak suka nak pegi pos barang kat Poslaju Pasir Gudang sebab kena bayar 60 sen setiap kali masuk untuk parking dalam tu. Selalunya parking kat luar, tepi jalan... tapi kalau pos barang banyak gile, nak taknak kena masuk dalam gak... Pulak tu, banyak songeh gak la PPL tu... aritu aku dah terkena sekali. Aku dah beratur punye lama (1 kaunter je bukak ok! Kata gred A, kat bandar besar and kutuk yang Sitiawan gred B ke C ntah... tapi Poslaju Sitiawan tu koman2 ade gak buka 2 kaunter ok!), tetiba bila turn aku sampai dia kata kotak yang aku nak pos tu kena balut cos banyak tulisan-tulisan. Tulisan ape je pun... tu gambar and label + description apa dalam kotak tu! Bengang betui aku. Sia-sia je beratur. Dahla satu kotak tu je aku nak pos. Mencarut-carut aku (dalam hati) masa blah. The same box aku pos beberapa minggu lepas (kotak Trunki btw) elok je diterima kat kaunter Poslaju Sitiawan. Takde hal pun. Bertambah meluat aku nak balik Johor. Hmph.

Tu jela dilema aku nak balik Johor.

Kalau leh, memang takmo balik sana... Plus, banyak gile barang aku nak order sekarang ni... so aku tak tau nak bagi alamat Perak ke Johor... Rase-rase macam kena bagi alamat Johor la kan... Cuma risau kalau tengah-tengah bulan 10 ke 11 nanti tetiba nak balik Perak memang mati la nak angkut barang banyak-banyak. Haihhhh i hate nomad life.

Tapi kena la balik jugak. Sian laki aku sorang-sorang kat sana. Aritu bulan puasa dia dah bagi aku spend almost sebulan kat Perak (sebab raya kat Pahang, kampung dia), naik lemak ke takmo balik Johor? Huhuhu... Ni pun dia dah baik hati bagi aku dok Perak lama-lama pas raya and nak amik aku semula cuti 31 Ogos nanti. hmmm...

Semalam dok BBM kata dah sebulan lebih dok bujang je... aku pun risau la kan... kang pasang bini lagi sorang kat Johor naya je... kwang3

Kena settlekan macam-macam before balik Johor especially Razin's checkup. Nasib baik la ex-tenant aku dulu ade sorang doktor dari Penang yang bertugas kt KKIA Sitiawan... Semalam aku call dia tanya leh ke Razin cucuk 18 bulan minggu ni walaupun Razin belum 18 bulan? And she said ok. Siap nak amikkan no.giliran untuk aku siap-siap so that takyah tunggu lama. Haaaa bagus. Jumpa doktor terus. Selalu jumpa nurse je kat klinik tu.. and kena tunggu lama gak la. Kali ni nampaknye takyah tunggu lame. Hehe... sukenya teman! =P

Razin ni last checkup bulan 4 aritu. Patut ade lagi checkup bulan 6 untuk makan ubat cacing tapi tak pergi cos kat Johor. Maka, sebab tu nak settlekan semua hal Razin before balik Johor. Moga-moga Razin tak demam Rabu ni... cos kalau demam memang takkan kena cucuk ar...

Ape lagi aku nak membebel ntah.

Hmmm... banyak dilema berkaitan bisnes je. Ate, dah itu je sumber pendapatan aku sekarang... nak wat camne kan... nak bizz, buat betul-betul and bukan hot-hot chicken poop. Nak tak nak kena rasa 'tak selesa' gak la...

Tak sabar nak duduk Lumut semula. Tapi kapal hubby delay bab repair... Patut hujung tahun settle, tapi delay sampai Jun tahun depan. matikkk... aku dah meroyan dah masa dia mula-mula gitau. Gile ah... Tak nak la dok Johor lelama... kalau umah cun, suasana best takpe... ni neighborhood pun tak best, umah pun kecik n tak best.

Aku ni bukan ape... aku ni jenis manusia yang organized jugak sebenarnye (ekekeke). Tapi bila kejap-kejap kat sana, kejap-kejap kat sini, aku jadi malas nak organized things betul-betul.

Now benda utama yang aku target once balik Lumut adalah untuk upah Ah Seng buat display cabinet/storage cabinet kat umah tu untuk senang aku check stock and inventory barang. Sekarang sangat hampeh sistemnya iaitu aku amik dari kotak je. Tak best la wehhhh... =(

Pastu nak pasang wifi kat umah Lumut. Best gile ok ade wifi dalam umah. Unifi ke or streamyx tu tak tau la lagi... tengok la mana yang ok nanti. Tapi yang pasti kena ade wifi. Senang sikit. Tak payah nak cari-cari modem cucuk lappy etc. hehe...

Pas settle bab tu baru nak hias-hias rumah sikit. Razin bakal duduk bilik asing (maybe). Tengok la camne kan... Aku dah bengang ni nak tunggu sampai tengah tahun depan. Rasa macam lama gilaaaaaa je.

K la... that's all for now.

Nanti free membebel lagi...

Selamat hari raya, everyone! (gile lambat wish kat blog)

Serik dah letak gambo kat blog banyak-banyak cos gambar asyik kena curi je (aku kan hot! *muntahhhh*)

So tu je. Bye.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Saturday, August 25, 2012
bismIllah...


Setelah cuti raya, now we're back!

Just nak update tentang kutu baby carrier by Mama Panda Store in FB.

I have 4 kutu groups going on right now.. semuanya start hujung bulan September

1) KUTU Boba 3G
- Group E ada 1 kekosongan lagi iaitu turn last, bulan December
- Group F ade 2 kekosongan iaitu bulan Nov and Dec


2) KUTU Ergo PPB (Group 3)
- 1 more spot left in Dec

4) KUTU Ergo Original + Sport
- akhirnya buka kutu Ergo biase/sport. Ade 2 kekosongan lagi



Do email or pm me in FB if you wish to join.

Thanks.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, August 16, 2012
bismIllah...


Online jap sambil tunggu Subuh, lepas Subuh pun takleh nak tido balik... So layan FB, email and blog kejap.

Dah lama tak ngusya blog Boba... arini terdetik nak usya.

Terpanggil nak memblog lepas bace satu blog entry kat situ bertajuk 'An Inspiring Story About Donating Breast Milk While Traveling'


Haih... sebab diorang tu omputih... so takde guidelines bab bagi anak orang susu badan kita. Aku terfikir, berapa banyak la agaknye baby yang kenyang dengan 300 oz susu ibu tu? Setiap ibu-ibu derma berapa oz?

*Selingan jap untuk refresh memory*
Syarat wajib menjadi anak susuan adalah
1) Baby tu berumur less than 2 years old
2) 5 kali kenyang – 5 kali kenyang ini bermaksud, 5 kali menyusu dan setiap penyusuan ibu itu haruslah sehingga bayi itu benar-benar puas , nampak kenyang, tidak meragam dan jika ada sendawa ianya boleh dijadikan panduan sebagai kenyang.



Razin masa kecik-kecik dulu (before campur ngan susu formula) minum susu ibu yang dipam dengan purata 4,5 oz sekali minum... pastu sendawa, kenyang and tido...

Dengan 300 oz of breastmilk tu agak-agaknya berapa ramai baby jadi anak susuan ibu-ibu yang menderma susu tu??

Oh my...

Speechless...


Leh refer link INI untuk more info tentang hukum mahram, pembahagian harta dll antara anak susuan.



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, August 13, 2012
bismIllah...



Yup... feeling a bit uneasy with things.

I'm stressed with this nomad life. It's hard. I'm getting stressed out with deliveries, orders... and having to standby for goods to arrive.

My suppliers were puzzled with my delivery address. Sometimes in Johor, sometimes in Beruas, sometimes in Lumut. Well... what to do? That's my life story... at the moment, that is.

I'm tired of having to rush here and there... since some of my supplier will only deliver goods at the company address that I register with SSM. And that is my Lumut address. Some ok la nak hantar ke Beruas... tapi kalau barang besar, memang aku suh hantar ke Lumut since dekat dengan macam-macam courier company...

But now, when I have out of stocks item and nak restock, aku pening... nak suh pos alamat kat Perak or Johor terus? Pas raya balik Perak dulu.. then baru balik Johor. Kalau time orang nak barang and barang di Johor kan susah. Haih... dilema seorang peniaga online yang nomad. Kalau dok diam-diam satu tempat takde la aku sakit kepala camni.

Nak angkut barang tu satu hal.... agaknye elok la beli lori je kot pasni? huahuahua.. ok not funny.

Ohh I'm stressed. I'm stressed on a lot of things too. I miss my husband. I miss his presence, his help around the house etc.

I miss being in control.

Recently, I keep having questions in my head. What the hell am I doing?

Why am I putting up with all of this nonsense?

But I know the answer... I know what I want.

I have my target.

It's just that life is so tough now. I'm exhausted. I feel like I didn't have enough rest. And I hate the fact that I made a few mistakes recently.

I'm truly grateful for what Allah has given me.. syukur ya Allah, pemberi rezeki...

Aku harap aku boleh uruskan segalanya dengan baik. Rasa marah pada diri sendiri sebab banyak sangat kekurangan...

Oh God, give me strength...

Please forgive all my sins and show me the right way to Your path.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Saturday, August 11, 2012
bismIllah...



Semalam pergi pejabat imigresen Manjung (Caw. Lumut actually) cos nak buat passport. Mak and Nini nak ke Indon hujung tahun ni... aku lak kan kekonon nak ke USS kan... buat jela dulu... Razin nyer passport takleh buat lagi cos tak sempat nak amik gambo. Dok mengejar masa cos Nini hantar laptop ke Ayer Tawar punye la lama kat kedai tu. Sampai Mak aku bengang...

Razin nyer passport buat next week insya Allah. Tunggu husbandku balik... senang la sikit.

Semalam naik Vios Mak... punye la seksa cos tak bawak baby carrier! Seksa aku nak mendukung Razin... kalau lepas asyik merayap sana sini risau la jugak kan... pehtu sebelah pejabat imigresen tu rupanya ade Jualan Gudang The Store. Tak penah tahu menahu pun aku... so sementara tunggu passport siap, aku pun angkut la Razin ke situ. Lenguh tangan mendukung and pegang barang-barang yang dirembat cos Mak tunggu je kat pejabat imigresen tu, Nini lak pergi pejabat pendaftaran cos problem ngan IC dia.. maka, aku dan razin jela merayap ke sebelah tu. Dalam kepala otak, kenapa la lupa grab baby carrier aku?? huhu...

Yes, I cannot live without SSC!!

Selalu orang tanya, budak dah 12 kg tu larat lagi ke dukung... dah setahun lebih and leh jalan... well, my answer is YES. Of course boleh dukung lagi. I can front carry too. Better la dukung dari biar lepas lanang mengaco orang, pecahkan barang etc etc. Ade masa memang aku lepaskan... tapi kalau crowded place elok la gendong dalam baby carrier je.

Setakat ni alhamdulillah aku belum kena pakaikan anak ngan 'child harness'. Aku harap takyah la nak berharness2... Tapi kalau situasi memaksa, parents know best la kan...


Terpanggil nak blog tentang child harness ni...
 
Ramai orang kutuk gila mak bapak yang pakaikan benda alah ni pada anak diorang.

well, understandable la cos bagi kita orang Melayu and orang timur ni, udah macam tambat ape plak kan...

Tapi bagi ibu bapa yang dah penah ada pengalaman anak hilang kat supermarket etc, rasenya mungkin bagi diorang ni cara yang diorang kena buat untuk elakkan insiden sama berlaku lagi.

Don't judge selagi belum terjadi pada diri anda.

Selalu yang kutuk beria ni belum ada anak sendiri lagi... tunggu la ade anak... tau la camne...
setiap budak tak sama perangainya..
bersyukurlah kalau anak anda diam dan mendengar kata...

Bagi aku, ya... aku sebolehnye memang rasa takkan guna child harness ni...huhu

But that is because I can carry my baby! Lebih selamat dan stylish. Both mommy/daddy and baby akan lebih selesa... hehe....

So bagi sesiapa yang ada anak tak nak dok dalam stroller tu, you can try babywearing... Tak semestinya pakai baby carrier macam SSC or beg sekolah tu (soft structured carrier), you can try ring sling, wrap or mei tai too.

Banyak lagi carrier yang murah asalkan sesuai dengan anak anda.

Ramai bising kenapa  baby carrier yang aku jual mahal sangat? hehehehe...

Ala... tu sebab US brand. Memang harga dia camtu... Ergobaby and Boba is US brand so...memang harga RM400 ke atas. During promo leh dapat less than RM400 tapi kena pandai grab chance la...

That is why aku buka kutu untuk baby carrier... those yang baru beranak or expecting boleh la join... tak lama pun, main 4 orang je...

Ape beza local brand dengan overseas brand? well, kualiti dan material la rasenya. Well known brand ni ade bahagian-bahagian design and R&D dia so that explains the price.

If you would like a cheaper alternative, you can grab baby carrier from Jumpsac, Snuggbaby, Baby Vibes, Neezaneedles and ade lagi brand lain... couldn't remember. Ok jugak. (I've tried Stork by Snuggbaby here)

As long as people wear their babies in a decent carrier, I'll be your pompom girl! hehe....

Aku prefer pakai baby carrier yang well known and banyak good review. Costly sikit takpe sebab...?? Well, kalau jual preloved of cos laku cos carrier tu ada 'nama'. Branded stuff always sell eventho preloved asalkan in good condition. hehe... so yeah, that's me. :)

I have nothing against crotch-carrier-type of baby carriers yang cheaper. Ok je as long as you still wear your baby... cumanya, that kind of carrier takleh tahan lama... time baby kecik ok la... bila dah berat and tinggi, tak sesuai... which is why ramai orang ingat budak kalau dah setahun lebih takleh carry, padahal boleh je gendong asalkan you have proper baby carrier.







contoh-contoh crotch carrier

yang Anakku and Tollyjoy tu murah le jugak... tapi Baby Bjorn ni mahal ye...

Boleh je nak pakai tapi bila baby dah besar and berat tak sesuai dah.




So, kalau nak jimat dalam jangka masa lama, kena invest sikit beli baby carrier yang leh pakai dari kecik sampai besar...

Oh, kalau nak tau kenapa Ergo and Boba takleh guna untuk posisi front facing (muka baby ke depan macam gambar pada baby carrier Tollyjoy tu), leh refer sini: http://www.bobafamily.com/blog/2011/10/11/nine-reasons-not-to-carry-your-baby-facing-out/

*Setiap baby tak sama, so kalau nak front facing pun sebenarnya boleh tapi not recommended for a long time*

Ok, nak citer tentang benda lain dah masuk bab babywearing...

huhu...

Daaaa....



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Wednesday, August 8, 2012
bismIllah....


Busy nyer hidup.... Tak sempat nak update blog tentang perkara2 yang berlaku....

1. Just bought myself an Ipad. Mula-mula macam tak nak cos nak save, tapi... Argh beli jela cos kebetulan nampak good deal on FB.

2. Just opened up 2 more KUTU groups for Boba 3g. Good feedback setakat ni.... I feel good too cos leh tolong orang beli Boba in an affordable way. :)

3. We plan to visit Universal Studios Singapore after raya. Tak tau la bila exact date. Tapi sebelum pindah balik Perak semula la.. Haha.... Alang-alang dah dekat kan.... Now i'm gathering info sebelum ke sana.... Yela, bawak budak kecik ni macam-macam benda nak kena prepare.Huhuhu....

4. Selasa ni (14th) hubby balik Lumut. Nak kena pickup dia kat lumut la... Pastu nak renew roadtax + insurans honda crv. Ade main kutu 2k, tapi belum dapat lagi duitnye.... Jumaat ni dapat kot. Macam makcik2 je main kutu kan... Hahahaha

5. Citer basi, tapi nak tulis jugak.... Sedih sangat Dato Lee Chong Wei tak menang gold olympic for badminton. Bertambah-tambah sedih bila baca tweet dia 'i'm sorry'. Pastu dia nangis kat podium masa terima perak. Gile sedih aku sampai aku nangis jugak. Cis, now teringat balik, aku pun sebak balik... It was a great match. Sipi2 je nak menang.... Alahai, ralat sungguh. Aku sedih jugak on his side yang entah bila lagi dia nak dapat gold olympic nyer.... Ni jela last chance dia nk dpt  gold olympic.. Ntah, aku bkn arif sangat about hala tuju atlit n bila diorg pencen....ahhh sedihnye ingat balik.... Takpela kan... Takde rezeki.... At least dapat gak Silver. Huhu....

6. I'm tired.

7. I really need a vacation.... Tapi pitih lak tak cukup. Haha....

K la.....

That's all for now











Written By Ryehana
Wednesday, August 1, 2012
bismIllah...






Written By Ryehana
alhamdulIllah...