bismIllah...
1. Pregnancy
Feeling blue... can't sleep. Tengah melawan rasa mual. Nak muntah je rasa. Semlm balik Beruas, so kat Beruas dekat 3,4x jugak aku muntah malam semalam. Sampai Opah risau... Padahal, biase le tu... Masa Razin dulu pun sama. Projectile motion sampai kotor-kotor dinding bilik air kena muntah. huhu...
Rasa mual datang waktu pagi dan waktu malam. Sebab tak makan dan takde aktiviti kot? Ntah.
Anyway, since takleh tido, maka nak update blog le kejap.
Aku mendapati kulit aku makin sensitif. Takleh makan ayam, kalau makan mula la gatal. Haihhh...
Perut dah macam makin membuncit. Pelik. Baru 2 bulan. But Mamito said, "Abis tu awak tu anak no.2 dah. Biase la makin besor le perut tu"
Yeke macam tu?
Ape-ape jelah.
Razin dah tido selepas berperang and melompat-lompat katil. Manja ya amat sekarang ni. Kesian pulak memikirkan akan berkongsi kasih nanti. :')
Tapi Razin dah besar kan... tahun depan dia dah 3 tahun. Time dapat baby nanti insya Allah Razin dah 3 tahun 2 bulan :)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Business
I'm easily exhausted and annoyed these days.
Rasa nak marah je bila customers tanya soalan yang benda tu boleh dicari di website mamapanda atau di FB page. Aku terasa aku macam buang masa jawab soalan-soalan trivia macam tu.
Astaghfirullah... aku tak patut rasa macam tu. They are my customers for God's sake! Tapi tu la... bila mood swings aku datang mula la aku rasa macam geram je... At the moment, whenever I felt that way, I refrained from writing anything back/replying emails. Tunggu reda and rasa free baru balas. huhu...
Emo mak buyung. If only people would understand. But it's not their job to understand your situation. Who cares you're having morning sickness or you can't manage your time, kan? uhuk uhuk...
Anyway, read some interesting discussion on baby stores the other day that I would like to jot down in my blog.
There aren't many famous baby stores by Malay. Kalau ada pun, banyak yang tutup kedai cos takleh bersaing dengan kedai bangsa lain. Mostly sebab harga. Kuantiti. Dan servis.
Buat aku berfikir banyak. Bukan senang buka kedai. Tapi bila ada kedai, ada credibility (bagi aku lah! haha). Yelah, lebih profesional dan lebih terurus kan... sebab tu nak jugak ada kedai! huhu...
Cuma bila baca perbincangan dan perkongsian orang, buat aku menimbang balik keputusan tu.
First sekali, modal kena besar. I mean like really big. I have a vision in my head... what kind of stores I would like to open... the concept, the decorations, the products etc. Oh yeah... I found deep pleasure dreaming of those things in my free-er time. Hehe... But heck, I hate making loans. I really do. Tapi mati la kan kalau nak guna duit sendiri??? Ntah bila nyer dapat. kwang3
Aku dah la gile barang branded for babies ni. Ok, don't get me wrong... Aku bukan la gile barang berjenama sangat. Heck, my clothes are 90% jenama Scarlet je kot! hahahaha... but I'm crazy and very fussy on baby's stuff. Aku selekeh takpe, tapi barang budak kena best-best. wakakaka... but in my defense, takdela kronik sangat ok. Aku ada je beli barang dari china. Cuma aku tak jual jela. Pakai sendiri... macam mainan Razin yang conteng whiteboard etc tu. Aku just... nak jaga standard Mama Panda. Mama Panda jual barang branded je. ala-ala butik baby exclusive gitu. hehehe...
Well, dah kalau camtu, modal berapa la plak agak-agak??
Pergh. Berpeluh kalau nak kira-kira and dapatkan total. Mungkin ni kelemahan aku jugak. Tak berani??
Kata orang, nak seribu daya kan... huhu... aku just... risau la...
Sekarang yang kedai baby yang femes is FM and OBW (pandai2 la fikir sendiri ni singkatan untuk apa ye?). Memang best la cos barang banyak, ada product sendiri (FM) and ada branch. Branch diorang sendiri yer... bukan yang difrancaiskan. Bagus kan??
Yang lebih bijak, owner dua2 kedai ni Chinese. Tapi kalau kat kedai FM tu semua staff dia Melayu. Kalau kat baby expo pun semua Melayu sampai orang ingat tu kedai Melayu. Padahal of course le bukan.
No wonder la banyak kedai Melayu tutup. Branch L***T*** (francais kalo xsilap) kat 2,3 tempat dah tutup... susah nak bersaing. fuhhh... bukan senang nak senang oi!
Beza dengan FM and OBW, diorang buka branch diorg sendiri, bukan bagi lesen pada franchisee. Hmmm one thing I learnt from the discussion was, "jangan taksub nak kaya cepat dengan bagi lesen/buat franchise. Kena mantapkan kita punye bisnes jugak. Jaga kualiti. Jaga nama baik 'jenama'. Sebab kalau dah franchais, luar kawalan kita dah. And then kesian franchisee kalau gulung tikar sebab tak cukup ilmu/tak cukup kuat brand tu untuk sokong diorg"
Gitu lah lebih kurang yang aku paham. Ahh aku pun bukan pandai sangat. kehkeh... sekadar perkongsian untuk catatan dan renungan masa hadapan.
Ermm kang orang bace blog ni ingat aku racist pulak. Tapi aku tulis untuk motivasi gak le. Orang Melayu, Islam akan tolong orang Melayu jugak insya Allah... derma, zakat... disalurkan pada orang Islam. Sebab tu penting untuk orang Islam martabatkan ekonomi kan... pergh macam ahli politik plak dahhh
Dulu aku tak penah amik pusing pun bab beli barang kat kedai mana. Bagi aku sama je. Asal MURAH. Kan? Ramai orang macam tu... tapi hati aku terkesan bila ramai customers bagitau diorg beli barang dgn aku sebab aku MELAYU dan sebab diorg nak tolong orang Melayu. Tak terharu ke? *ok habuk masuk mata*
Baru la terbuka bijik mata aku ni... (ada la 3,4 orang pernah emel dan msg di FB bagitau camtu...)
They could get cheaper in other stores, but still they buy from me. Terharu aku. Serius.
So I'm trying my best to give good service, fast response etc. Susah cos aku kerja sorang-sorang... ada anak, jaga sorang2, laki blk sekali sekala...but, aku harap aku boleh dan kalau ada mistakes/lambat, my customers would understand and forgive me. Insya Allah ada rezeki lebih, aku akan tolong orang yang memerlukan. After all, duit bukan boleh dibawak mati pun. Aku mengharap dengan sangat semoga aku tak lalai dan lupa perkara paling penting tu. Yela, nama lagi manusia...mudah tergoda dan LUPA.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. House & family
Sekarang aku dah lega sikit cos Rumah Manjung dah ada penyewa. Baru je dapat duit deposit last Friday and I gave the keys then. Settle bab rumah dan no more worries on potongan loan rumah ke-2 tu. At least, not for a while la. Aku tak tau tenants tu nak sewa sampai bila. Tengok dari rupa, macam kejap je huhu...
Bab harga sewa, mulanya konon nak sewa mahal jugak la... Contoh; bayar ansuran bulanan RM100, tapi nak sewakan RM500. hihihi... Tapi tak jadi la. Nak cepat orang masuk. Maka kami turunkan sewa... then nego-nego lagi, turun lagi. Muahaha.. Lantakla. Aku risau selagi takde tenants. Sekarang, let say potongan loan RM100, kitorang sewakan RM130. Ade la lebih sikit untuk duit yang kitorang kuar modal lengkapkan rumah tu dengan perabot/peralatan elektrik. Jadilahhh... malas nak fikir dah.
Rumah Lumut plak tengah macam tongkang pecah. Aku sejak pregnant jadi tak larat nak kemas and angkut-angkut kotak/susun-susun barang dalam SOHO. Maka, ruang tamu aku mcam loading bay tak siap. Hahaha... Even tenants pun tegur "Barang makin banyak yer..." kwang3
Bukan banyak, tak kemas jela wei...
Sebut tentang tenants, bulan October ni last la 2 orang penyewa bilik di Rumah Lumut akan duduk di sini. Lepas ni laki aku dah nak balik Lumut so we have the house to ourselves. Alhamdulillah.
Hubby couldn't wait to get his hands on Razin's room. He said he want to decorate it. Aku pun tak sabar jugak. I think it's about time Razin has his own room. Tak kisah la dia tidur situ ke tidak, tapi at least ade la bilik sendiri kan... hehehe...
And this time aku nak beli proper baby cot. From wood. Not plastic/steel. Aku tak tau la practicality dia, tapi aku tak peduli. Aku nak. Nak letak kat bawah. Kat atas, tido sekali jela... co-sleep. Senang nak breastfeed.
Oh yes! Aku tak sabar nak breastfeed my second child. This time nak biar lama la sikit dari Razin. Razin dulu sampai 5,6 bulan je bf. Dah start makan, aku pun maleh nak pam-pam. Tapi dulu aku kerja Hertz! Sekarang kerja sendiri... Mudah-mudahan lebih senang la kan... Insya Allah...
Ok lah... perut dah mula berbunyi. Lapar. Masuk angin. Nak termuntah. I need to lie down now.
Bye.
Assalamualaikum
ahamdulIllah...