Dah nak habis May dah pun. Baru dapat nak update blog. Alasan biasa, sibuk. Atau aku perasan sibuk? Whatever lah. Tapi memang tak sempat nak update blog.
It's a sad month.
Abah passed away last 12th May 2013. Sunday. Dia meninggal time Maghrib. Sedihnya ingat balik...
Aku, Mak, Nini and Razin bergegas ke Bangi malam tu. Konvoi kereta dengan Yong, Wan and Mak Teh. Mak Teh kebetulan ade di rumah Yong di Batu Gajah cos esoknya nak ke KL naik train dari Batu Gajah.
Kami sampai pukul 2.30 pagi. Esoknya Abah dikebumikan dekat area situ jugak (Bandar Seri Putra) pukul 11 pagi. Kami bertolak pulang lepas Maghrib. Tengah malam jugak la baru sampai Beruas.
Sangat terkejut. Sebab tiba-tiba je.... well, yes.. Abah memang sakit...
Tapi apa-apa pun aku lega jugak cos sempat bagi Abah merasa makan dari kenduri aqiqah Razin weekend sebelum tu... Abah la yang bising sangat (and Mak Yang too) suruh aku cepat-cepat buat kenduri... Diorang marah cos Razin dah besar gajah tak qiqah2 lagi... Alhamdulillah last 4th May (sehari before PRU13) berlangsung la kenduri aqiqah Razin. Tumbang lembu seekor. So memang banyak la lebih kan... tapi tu kongsi dengan kakak aku jugak cos dia pun ada niat kenduri...
Ralat sikit jela, sepanjang kenduri Abah lepak dalam umah je... aku jumpa Abah bila dah nak balik Lumut. Hari Isnin 6th May. Masuk dalam umah sebelah, salam2 gitu jela... Tak sangka it was the last time I saw him alive. :'(
Oh... Abah yang aku ceritakan ni bukanlah bapa kandung aku... tapi dia bapa saudara aku a.k.a Pak Yang. But I called him 'Abah' sejak kecik lagi. Other cousins pun ada panggil begitu jugak. Cos dari kecik, aku banyak duduk dengan Mak Yang. Banyak memori aku masa kecik adalah masa di Ipoh... and di rumah Mak Yang kat Beruas ni...
Well...
That's all for now.
Will blog more if I can find the will to type it down.
Wassalam...

alhamdulIllah...