Friday, June 28, 2013
bismIllah...


Oh dear blog. Lama tak update rasanya.

Rindu betul nak menulis di sini... This blog is really my escape. Tempat aku lari sebentar untuk rekodkan detik2 yang aku rasa perlu ditulis. hehe...

Alhamdulillah... minggu gaji ni aku sangat sibuk. Syukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi.

Sebenarnya, bulan Jun ni memang bulan yang sibuk jugak bagi aku. Sebab aku ade buat banyak pre-order la, kutu la.. ape la... Kalau dulu malam banyak masa free, now... malam aku lebih senang tido je. Kul 1 dah tido. Kalau dulu, kadang-kadang 3,4 pagi baru tido. Ape aku buat pun tak tau la...

Alhamdulillah... proses pembelian rumah kedua dah hampir nak settle. Sabtu ni nak pergi sign agreement. And start bulan July gaji suami dah kena potong untuk bayaran rumah insya Allah.

Banyak sangat nak pakai duit. Masa hubby called last few days telling me about the amount of money to be paid, rasa nak luruh jantung. Ada lagi RM6k for lawyer fees and another RM5k untuk previous house owner yang kitorang masih hutang (sebab loan yang kitorang apply tu tak dapat byk... since hubby pun dah banyak komitment... so kitorang kena topup duit sendiri... and ade yang masih hutang lagi ekekeke..).

Pengsan. Fuh... Nasib baik la duit lawyer leh bayar half dulu. huhuhu...

Dugaan banyak betul minggu ni. Dengan barang aku order dari oversea masih sangkut, dengan order stroller ada delay dari ETA. bla bla bla... Dah naik tepu kepala otak aku.

Stress kerja ni dah macam masa aku blaja engineering dulu je. Macam masa ade test  Thermo, Dynamics and Strength bertubi2. Oh and Fluids jugak. Tapi masa blaja dulu aku leh la abaikan. paling teruk fail and repeat je wakakaka... tapi kerja aku ni? it will affect people.. my customers... ape-ape hal aku kena hadapi jugak. Ya Allah... bagi la aku kekuatan dan semangat.

I love my job by the way.

Anyway, semalam ade orang contact untuk sewa bilik. Sebelum ni memang aku reject jer... gitau dah tak sewakan bilik dah. Tapi since memikirkan laki aku balik Perak lambat lagi (tak abis2 delay), I think it's better to have housemates. Aku tak sunyi, duit pun ada la dapat untuk topup itu ini. Hopefully things work out well. Aku suka sebab diorang dah cakap diorang takkan masak. =)

2nd house tu tak tau bila nak dapat kunci nyer.. tapi most probably soon. Lepas sign agreement kot. Tu pun nak kena furnishkan bla bla bla... since hubby nak sewakan fully furnish. Duit lagi. ermmm...

Aaaaa... entry kali ni catatan tentang duit je ke? huhu...

Bilalah boleh 'free from financial worry'.

What I really really need right now is a damn holiday.

Just 2 days away from everything will be great. No laptop or iPad. Oh, phone kena la ada. hehe... tapi switch off data plan? :P boleh ke...... 

Tapi susahnye bila kahwin dengan askar ni. Cuti tak menentu. Selalunya, cuti pun macam tak cuti jer. Hubby pernah je cuti seminggu, tapi dalam seminggu tu 3 hari masuk base cos ade 'kerja'. Sabar jela.

Memang macam tu. Takleh nak buat apa... pengorbanan isteri askar. Huhuhuhu...

Okla... better stop kot? Dah nak pukul 2 pagi. Razin dah tido since pukul 10 lebih tadi. Awal pulak malam ni... maybe sebab petang tadi aku tak bagi dia tido lama-lama kot? He slept in the car masa on the way nak pergi Airpak, then Poslaju. Masa kat Poslaju aku dukung dalam Stork and he continued sleeping while aku beratur untuk pos barang. Masuk kete semula pun tido balik. Then pergi kedai Pak Bakar tapau nasi ayam and mee rebus, baru la dia jaga and tak tido dah.

We went to Teluk Batik today. Saje je aku bawak Razin berjalan tengok laut. Dia asyik main iPad jer kejenya. Sangat not healthy.


Selesai pos barang and beli makanan, balik rumah untuk makan.




Then out to Teluk Batik!


Razin takut air laut. Or takut ombak? Aku tak tau mana satu... Takut betul dia bila melihat air naik ke pantai selepas ombak memukul pantai (eceh ayat). Menjerit-jerit bila kaki dia kena air. Asyik tarik tangan aku suruh naik... and kept saying, "takut... takut..."

Ape la Razin.

Klah... nak tidur.

Good night and assalamualaikum!


Written By Ryehana\
alhamdulIllah...
Saturday, June 8, 2013
bismIllah...


Dah berapa hari tak on lappy ni... Saje tak nak on. Kalau aku on, keje mengadap laptop jela. Nanti Razin kena marah cos kacau aku buat keje. 

And frankly, i'm so freaking tired. I wish i have a sub-ordinates that i can delegate things to. Huhu... Penat sebenarnya keje sendiri... :(

5th June lepas was our 3rd anniversary. Dah 3 tahun bernikah. Alhamdulillah...

Takde celebrate hape pun... Call husband pun idak (vice versa). Busy gile ke ape aku pun tak tau lah. But he wished me on facebook. Thanks hubby. :)

Nak sangat ajak hubby bercuti. Need to clear my head. Entah bila... Busy je memanjang...

Cuti sekolah dah nak abis dah pun. Tak pergi mana2 pun. Aritu yang kekonon nak pergi Cameron tak jadi cos 'kawan' kat Cameron nasihatkan takyah la naik cos jem kat atas tu. Buang masa dalam kete je. Huhu... So tak pergi la.. Xde sape beria nak pergi pun kecuali me n mamito.

Esok dah nak balik Lumut semula. Xtau nak bawak Razin ke tak. Kalau Diyana nak ikut, maybe bawak balik. If not, tinggal jela kat Beruas.s

Aku tengah busy cos banyak pulak product baru yang best2 aku baru nak start jual ni. So, memang tak menang tangan. Huhu... Nak updat kat blog pun tak sempat. Haihh

Kla, got to go.

Till then....

Wassalam


alhamdulIllah....


Tak bersusun cos takde masa nak susun.


Sunday, June 2, 2013
bismIllah...



Finally tergerak jugak hati aku nak update blog. Makin lama, makin slow jer update. Adakah aku bakal menjadi seperti kawan-kawan blogger yang lain? Meninggalkan dunia blog dan lebih aktif di twitter mahupun FB?

Oh no... not me.

Ya, blog ni dah berubah. Aku dah berubah. My readers pun dah berubah. hehe... Ape-ape jela. Tak kisah la.. yang penting, i have a blog where i can ramble on things i want to ramble on.

Dah seminggu cuti sekolah start... tapi baru petang tadi aku dapat balik Beruas yang hanya 40 minit dari Lumut.

Hubby balik Perak dari Johor on Friday, then dia ade keje ape tah kat Lumut... (cuti pun kerja yer... navy... camtu lah) Rabu baru gerak ke KL, umah kakak ipar. Sebabnye ibu mertuaku ada di sana. So amik Mak untuk bawak balik kampung ke Felda Lakum, Pahang. heheh...

Tido semalam kat KL, tido semalam kat kampung, then tido semalam lagi kat Ladang Bebar, Muadzam Shah... Umah Kak Ngah. Hari-hari atas jalan jer... gile ah.

Kitorang gerak balik Lumut semula semalam... Sabtu 1st June 2013. Tapi dari rumah Kak Ngah tu, kitorang singgah Negeri Sembilan... jumpa bapak aku.

Laki aku la yang offer.. cos he said, dah masuk Negeri Sembilan takmo jumpa Abah ke? So... pergi jela. Last time Razin jumpa Tok dia masa dia 6 bulan kot? Now dah 2 tahun lebih...

Sampai Mambau dalam pukul 6ptg. Then Abah ajak singgah kampung jap (5-10 minit je from his house) cos ade kenduri... Aku macam... err... err...ikutkan segan sangat. Tapi hubby said, let's. Maka... ikut jelah...

Dapatla jumpa Nenek aku... and Razin met his moyang belah N9 for the first time.

Anyway, lepas Maghrib kitorang terus gerak balik Lumut.

Sampai Lumut pukul 11.30 malam kot?

Hubby drove the car like a mad man. -___-"

Found out later that Razin had a fever. Badan dia panas... I also couldn't sleep last night. Memang always on the road je kan... Penat. Kesian Razin.

I was stressed too. So many things on my mind... Felt like I would explode. Plus, I have backlogged orders yang came in while I was away.

So petang tadi, I have no choice but to send Razin balik Beruas. Hopefully Razin ok la cos kat kampung ramai melayan since it's school holiday...

Ada Amirul and Aidil (Amirul's older brother from Manong) rajin melayan. And all my other siblings ade... Well, Yong akan balik esok since dia ade cuti 3 hari.

Planning to go to Cameron Highlands this week. Mamito asked me to book the hotel. Aku belum ada masa nak survey lagi. huhu... Esok ada banyak lagi urusan lain.

Gosh, I wish I could clone myself.

It's a tiring week.

Stressful. Bad feelings.

I hope the coming week is better. Mengharap dengan sangat.

Hubby changed cars with me. So now I'm using the smaller car. My car.

Eh, I haven't update about my 'new' car kat blog kan? hehehehe...

Well, it's my dream car. Kalau follow blog Remember When ni dari dulu, you would've known what my dream car is. Click here and here.

See?

Dah lama sangat teringin kereta tu.

And no... the one we bought isn't brand new. But I don't care as long as it's the new Beetle! hehe...

Eh kena upload gambo ni... =P


Mr Beetle sebelah Mr Cherev.

Yer, both male. Pedulik hape aku... hehehe..

 Memang kecik, tapi consider ni second car, belasah jela.

Beli kereta kedua ni pun sebab hubby masih dok Johor.. so susah takde kereta.. aku lak kalau bagi Mr Cherev kat dia, aku nak pakai ape kan... huhu...

(Jual Virago, beli Beetle btw)



Genap sebulan pakai.

Hubby brought this back last PRU13. Dapat berapa hb tah... 
Ade benda yang nak kena repair actually... but we made it as a project. hehe...
Little by little...

Klah, tu je update kali ni.

Adios.



Written By Ryehana
alhamdulIllah...