Tuesday, October 29, 2013
bismIllah...


Masuk angin?

Ya, itu yang aku rase sekarang. Macam semalam, aku tengah tahan nak muntah ni. uhuhuhu... Memang morning sickness teruk jugak kali ni. Takleh tido cos sendawa, kentut-kentut and air liur macam banyak je. Tanda nak muntah.

Bukanlah aku merungut. Jauh sekali menyesal sebab pregnant (gile wehhh!). Ni yang aku nak sangat setelah sekian lama (sejak Razin umur setahun lagi, to be exact). Tapi yela kan, dah lupe rasa pregnant tu camne. Hehe... so muntah-muntah and loya tekak ni macam pengalaman baru perlu dicatat. kahkah

Hari ni akhirnya aku masak nasik setelah lama gile tak masak. Semuanya beli cos duduk dengan Razin je pun. Kalau ade suami baru malu sikit tak masak. =p

Dan arini aku masak jugak la sardin. Goreng telur. Tu jela. Sebenarnye nak makan ikan goreng garing2 tapi takde ikan dalam peti ais. Memang tak masuk ikan umah aku ni kalau suami aku takde cos aku malas nak siang ikan. And memang sepanjang hidup aku tak pernah siang ikan pun. Laki aku yang buat. kwang kwang kwangggggg (pecah rahsia). Dan jugak, aku tak reti nak beli ikan. Errr...

Dah jemu makan ayam. Tapi sebab lapar, makan le jugak malam ni. Takde menggaru lagi setakat ni.

Aku rasa next week nak cuti seminggu di Beruas. Letih le dan kesepian duduk berdua je dengan Razin. Nasib baik jugak ade Razin. Dia lah peneman setia aku. Alhamdulillah great bonding time sebelum dia dapat adik baru. huhu...

Laki aku balik 6hb Nov ikut kapal. Tak sabar dah ni... rasa tak seronok sangat takde orang jaga.

Dulu, masa pregnantkan Razin, aku duduk di KL sampai kandungan 5 bulan lebih. Di KL, kami menyewa 4 orang satu rumah. Aku duduk dengan adik aku, Nini. Dia la yang tolong masak and drive (bawak Kancil lepas perut dah besar, sebelum tu naik motor ulang-alik Taman Maluri-Jln Sultan Ismail. Dekat je kan? Tapi dengan MOTOR ok.. dengan Nini bonceng lagi-since dia takde lesen motor.. dengan jalan jem nyer... sedih btl ingat balik)

Sekarang? I really wish I have someone who can cook for me! Kerja aku nak melepek je... uhuhu... malas dan tak larat tahap dewa bab masak. Dengan muntahnye lagi. Cepat la abis fasa muntah monggek ni. T_T

Nak balik kampung....

Nak makan masakan Mak je. HUHU

Anyway, baby updates:

I'm in my 9th weeks. Just a couple of days to go into week 10.

How your baby's growing:

Your new resident is nearly an inch long — about the size of a grape — and weighs just a fraction of an ounce. She's starting to look more and more human. Her essential body parts are accounted for, though they'll go through plenty of fine-tuning in the coming months. Other changes abound: Your baby's heart finishes dividing into four chambers, and the valves start to form — as do her tiny teeth. The embryonic "tail" is completely gone. Your baby's organs, muscles, and nerves are kicking into gear. The external sex organs are there but won't be distinguishable as male or female for another few weeks. Her eyes are fully formed, but her eyelids are fused shut and won't open until 27 weeks. She has tiny earlobes, and her mouth, nose, and nostrils are more distinct. The placenta is developed enough now to take over most of the critical job of producing hormones. Now that your baby's basic physiology is in place, she's poised for rapid weight gain.

How your life's changing:

You still may not look pregnant even if your waist is thickening a bit. You probably feel pregnant, though. Not only are morning sickness and other physical symptoms out in full force for most women, but you may feel like an emotional pinball as well.
Mood swings are common now — it's perfectly normal to feel alternately elated and terrified about becoming a parent. Try to cut yourself some slack. Most women find that moodiness flares up at around six to ten weeks, eases up in the second trimester, and then reappears as pregnancy winds to a close.

Haha...

Suka part 'How your life's changing' tu. Memang tepat. Morning sickness in full force! Huaaaaa... Kalau ikut record sebelum ni, masuk 3 bulan je aku dah ok. That's another couple of weeks. huhu....


“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu."


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, October 28, 2013
bismIllah...


1. Pregnancy

Feeling blue... can't sleep. Tengah melawan rasa mual. Nak muntah je rasa. Semlm balik Beruas, so kat Beruas dekat 3,4x jugak aku muntah malam semalam. Sampai Opah risau... Padahal, biase le tu... Masa Razin dulu pun sama. Projectile motion sampai kotor-kotor dinding bilik air kena muntah. huhu...

Rasa mual datang waktu pagi dan waktu malam. Sebab tak makan dan takde aktiviti kot? Ntah.

Anyway, since takleh tido, maka nak update blog le kejap.

Aku mendapati kulit aku makin sensitif. Takleh makan ayam, kalau makan mula la gatal. Haihhh...

Perut dah macam makin membuncit. Pelik. Baru 2 bulan. But Mamito said, "Abis tu awak tu anak no.2 dah. Biase la makin besor le perut tu"

Yeke macam tu?

Ape-ape jelah.

Razin dah tido selepas berperang and melompat-lompat katil. Manja ya amat sekarang ni. Kesian pulak memikirkan akan berkongsi kasih nanti. :')

Tapi Razin dah besar kan... tahun depan dia dah 3 tahun. Time dapat baby nanti insya Allah Razin dah 3 tahun 2 bulan :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Business

I'm easily exhausted and annoyed these days.

Rasa nak marah je bila customers tanya soalan yang benda tu boleh dicari di website mamapanda atau di FB page. Aku terasa aku macam buang masa jawab soalan-soalan trivia macam tu.

Astaghfirullah... aku tak patut rasa macam tu. They are my customers for God's sake! Tapi tu la... bila mood swings aku datang mula la aku rasa macam geram je... At the moment, whenever I felt that way, I refrained from writing anything back/replying emails. Tunggu reda and rasa free baru balas. huhu...

Emo mak buyung. If only people would understand. But it's not their job to understand your situation. Who cares you're having morning sickness or you can't manage your time, kan? uhuk uhuk...

Anyway, read some interesting discussion on baby stores the other day that I would like to jot down in my blog.

There aren't many famous baby stores by Malay. Kalau ada pun, banyak yang tutup kedai cos takleh bersaing dengan kedai bangsa lain. Mostly sebab harga. Kuantiti. Dan servis.

Buat aku berfikir banyak. Bukan senang buka kedai. Tapi bila ada kedai, ada credibility (bagi aku lah! haha). Yelah, lebih profesional dan lebih terurus kan... sebab tu nak jugak ada kedai! huhu...

Cuma bila baca perbincangan dan perkongsian orang, buat aku menimbang balik keputusan tu.

First sekali, modal kena besar. I mean like really big. I have a vision in my head... what kind of stores I would like to open... the concept, the decorations, the products etc. Oh yeah... I found deep pleasure dreaming of those things in my free-er time. Hehe... But heck, I hate making loans. I really do. Tapi mati la kan kalau nak guna duit sendiri??? Ntah bila nyer dapat. kwang3

Aku dah la gile barang branded for babies ni. Ok, don't get me wrong... Aku bukan la gile barang berjenama sangat. Heck, my clothes are 90% jenama Scarlet je kot! hahahaha... but I'm crazy and very fussy on baby's stuff. Aku selekeh takpe, tapi barang budak kena best-best. wakakaka... but in my defense, takdela kronik sangat ok. Aku ada je beli barang dari china. Cuma aku tak jual jela. Pakai sendiri... macam mainan Razin yang conteng whiteboard etc tu. Aku just... nak jaga standard Mama Panda. Mama Panda jual barang branded je. ala-ala butik baby exclusive gitu. hehehe...

Well, dah kalau camtu, modal berapa la plak agak-agak??

Pergh. Berpeluh kalau nak kira-kira and dapatkan total. Mungkin ni kelemahan aku jugak. Tak berani??

Kata orang, nak seribu daya kan... huhu... aku just... risau la...

Sekarang yang kedai baby yang femes is FM and OBW (pandai2 la fikir sendiri ni singkatan untuk apa ye?). Memang best la cos barang banyak, ada product sendiri (FM) and ada branch. Branch diorang sendiri yer... bukan yang difrancaiskan. Bagus kan??

Yang lebih bijak, owner dua2 kedai ni Chinese. Tapi kalau kat kedai FM tu semua staff dia Melayu. Kalau kat baby expo pun semua Melayu sampai orang ingat tu kedai Melayu. Padahal of course le bukan.

No wonder la banyak kedai Melayu tutup. Branch L***T*** (francais kalo xsilap) kat 2,3 tempat dah tutup... susah nak bersaing. fuhhh... bukan senang nak senang oi!

Beza dengan FM and OBW, diorang buka branch diorg sendiri, bukan bagi lesen pada franchisee. Hmmm one thing I learnt from the discussion was, "jangan taksub nak kaya cepat dengan bagi lesen/buat franchise. Kena mantapkan kita punye bisnes jugak. Jaga kualiti. Jaga nama baik 'jenama'. Sebab kalau dah franchais, luar kawalan kita dah. And then kesian franchisee kalau gulung tikar sebab tak cukup ilmu/tak cukup kuat brand tu untuk sokong diorg"

Gitu lah lebih kurang yang aku paham. Ahh aku pun bukan pandai sangat. kehkeh... sekadar perkongsian untuk catatan dan renungan masa hadapan.

Ermm kang orang bace blog ni ingat aku racist pulak. Tapi aku tulis untuk motivasi gak le. Orang Melayu, Islam akan tolong orang Melayu jugak insya Allah... derma, zakat... disalurkan pada orang Islam. Sebab tu penting untuk orang Islam martabatkan ekonomi kan... pergh macam ahli politik plak dahhh

Dulu aku tak penah amik pusing pun bab beli barang kat kedai mana. Bagi aku sama je. Asal MURAH. Kan? Ramai orang macam tu... tapi hati aku terkesan bila ramai customers bagitau diorg beli barang dgn aku sebab aku MELAYU dan sebab diorg nak tolong orang Melayu. Tak terharu ke? *ok habuk masuk mata*

Baru la terbuka bijik mata aku ni... (ada la 3,4 orang pernah emel dan msg di FB bagitau camtu...)

They could get cheaper in other stores, but still they buy from me. Terharu aku. Serius.

So I'm trying my best to give good service, fast response etc. Susah cos aku kerja sorang-sorang... ada anak, jaga sorang2, laki blk sekali sekala...but, aku harap aku boleh dan kalau ada mistakes/lambat, my customers would understand and forgive me. Insya Allah ada rezeki lebih, aku akan tolong orang yang memerlukan. After all, duit bukan boleh dibawak mati pun. Aku mengharap dengan sangat semoga aku tak lalai dan lupa perkara paling penting tu. Yela, nama lagi manusia...mudah tergoda dan LUPA.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. House & family

Sekarang aku dah lega sikit cos Rumah Manjung dah ada penyewa. Baru je dapat duit deposit last Friday and I gave the keys then. Settle bab rumah dan no more worries on potongan loan rumah ke-2 tu. At least, not for a while la. Aku tak tau tenants tu nak sewa sampai bila. Tengok dari rupa, macam kejap je huhu...

Bab harga sewa, mulanya konon nak sewa mahal jugak la... Contoh; bayar ansuran bulanan RM100, tapi nak sewakan RM500. hihihi... Tapi tak jadi la. Nak cepat orang masuk. Maka kami turunkan sewa... then nego-nego lagi, turun lagi. Muahaha.. Lantakla. Aku risau selagi takde tenants. Sekarang, let say potongan loan RM100, kitorang sewakan RM130. Ade la lebih sikit untuk duit yang kitorang kuar modal lengkapkan rumah tu dengan perabot/peralatan elektrik. Jadilahhh... malas nak fikir dah.

Rumah Lumut plak tengah macam tongkang pecah. Aku sejak pregnant jadi tak larat nak kemas and angkut-angkut kotak/susun-susun barang dalam SOHO. Maka, ruang tamu aku mcam loading bay tak siap. Hahaha... Even tenants pun tegur "Barang makin banyak yer..." kwang3

Bukan banyak, tak kemas jela wei...

Sebut tentang tenants, bulan October ni last la 2 orang penyewa bilik di Rumah Lumut akan duduk di sini. Lepas ni laki aku dah nak balik Lumut so we have the house to ourselves. Alhamdulillah.

Hubby couldn't wait to get his hands on Razin's room. He said he want to decorate it. Aku pun tak sabar jugak. I think it's about time Razin has his own room. Tak kisah la dia tidur situ ke tidak, tapi at least ade la bilik sendiri kan... hehehe...

And this time aku nak beli proper baby cot. From wood. Not plastic/steel. Aku tak tau la practicality dia, tapi aku tak peduli. Aku nak. Nak letak kat bawah. Kat atas, tido sekali jela... co-sleep. Senang nak breastfeed.

Oh yes! Aku tak sabar nak breastfeed my second child. This time nak biar lama la sikit dari Razin. Razin dulu sampai 5,6 bulan je bf. Dah start makan, aku pun maleh nak pam-pam. Tapi dulu aku kerja Hertz! Sekarang kerja sendiri... Mudah-mudahan lebih senang la kan... Insya Allah...

Ok lah... perut dah mula berbunyi. Lapar. Masuk angin. Nak termuntah. I need to lie down now.

Bye.

Assalamualaikum

Written By Ryehana
ahamdulIllah...
Thursday, October 17, 2013
bismIllah...



Situasi 1:

Pagi. Mandikan Razin... lepas berperang dalam bilik air, Razin mintak dukung and I carried him to bed. Lap-lap badan and prepare nak pakaikan diaper.

"Ajin... Ajin jangan nakal-nakal tau. Nak mandi pun susah sangat. Dah mandi tak nak keluar bilik air plak..."

"Mandiiiiii" jerit Razin.

"Yer... dah mandi dah kan" and I continued wiping his body.

"Ajin... nanti kalau Ajin dah ada adik, Mak tak tahu la boleh luang masa nak mandikan and layan Ajin lama-lama macam ni... Mak takut nanti semua benda nak cepat je..."

Air mataku bergenang.

"Mak takut nanti Ajin dah tak dapat manja-manja dengan Mak macam sekarang"

Nangis.




Situasi 2:

Drive ke UniKL Mimet bawak Razin untuk hantar ke taska.

Banyak perkara bermain di fikiran.

Kesian Razin. So I decided to send him to nursery until hubby is back. Oh hubby delay posting ke Lumut. Bulan November plak. Sedih...

Radio Lite FM. Tetiba lagu 'Will Smith - Just the two of us' ke udara.

Air mata menitik-nitik macam air hujan. Sayu...




Situasi 3:

Pagi. Dah terang. Pukul 7.30 pagi. Golek-golek atas katil dan kejut Razin.

Mata pejam tapi ditepisnya tangan aku dengan kuat. Ala-ala nak belasah orang.

"Ajin, bangun la. Mandi"

Dia mengeliat. Gosok-gosok and cuba tarik taik mata yang melekat di kelopak mata.

"Bangun la Ajin... nak pergi sekolah tak?"

"Tak nak" lembut je dia jawab. Laju plak jawab.

"Jom laaaaaa"

"Tak nak"

Aku tenung je dia. Dia tengok aku balik. Senyum-senyum and golek ke dada. Baring atas dada.

Tiba-tiba dia bangun, cium pipi aku.

Sebak.

Nangis lagi.

Tak jadi pergi taska aritu.




Situasi 4:

Nak update blog. Nak update tentang hubby delay draf Lumut, tentang customer banyak songeh, tentang kutu, tentang selera aku yang takde.... tapi teringatkan Razin yang sedang tidur (awal tido mlm ni)

Taip.

Remembering.

Cried.

:'(


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, October 10, 2013
bismIllah...

 7 weeks pregnant today!



Alhamdulillah... last Tuesday dah scan and finally dah nampak amniotic sac. And nampak jugak jantung baby berdegup-degup dengan laju. Syukur ya Allah... tak sedar aku menangis sendiri masa on the way balik scan tu. :')

Walaupun ni 2nd pregnancy, tapi tahap ke'excited'an tu sama je macam 1st dulu. Maybe sebab lama tunggu? Ape-ape pun, aku harap semoga baby no.2 ni akan sihat dan selamat sampai full term, insya Allah.


Ni gambar scan aritu. Nampak kantung je yg bulat tu. baby kt bottom of the sac. VERY SMALL!
Yela, besar buah blueberry je... tapi kenapa aku gemuk macam dah pregnant 4,5 bulan?? -__-



Ermmm... scan ni kat Klinik Diong. Sebenarnye aku buat checkup kat Klinik Sejati. Tapi sebab masa aku datang tu mesin tengah servis plak, aku dibawak pergi klinik sebelah. Nasib baik la sebelah je. Tapi tak kisah pun cos Dr Diong tu baik and ramah gile. Pasni aku takkan pergi dah klinik pakar Ling kot. Pergi Klinik Diong je. Heheh...

Tu jelah update baby no. 2

Next check up 27hb nanti. Aku tak buat-buat lagi buku pink cos malas. Aku tak ingat mana aku letak buku pink time Razin dulu... Nanti la dah 3,4 bulan baru aku buat. Lagipun maleh nak pergi KKIA. Kena tunggu lama bla bla... 

Anyway...

Update Razin.

Dah masuk bulan kedua Razin pergi taska. Plan awal nak hantar sebulan je. Tapi terlajak ke bulan seterusnya cos sejak preggy ni memang aku penat. Tenaga aku hanya untuk bekerja (dari rumah), uruskan kain baju and kemas rumah sikit-sikit serta settlekan hal pengeposan barang etc. No energy to cook and memang tak lalu makan ape yang aku masak pun. huhu... Tunggu laki aku balik Raya Haji nanti baru ok kot.

Razin dah ok dah sekarang. Takde dah nangis bergolek-golek bila kena tinggal kat taska. Nangis kejap or kekadang tak nangis pun. Muka je macam nak nangis. And he's happy he has friends. Senyap je bila hantar dia pepagi ke taska. Takde memberontak dah. Oh... dah besar anak aku... :')

Rasenya abis bulan 10 ni tak hantar Razin ke taska dah rasenye. Sunyi jugak dia takde. Tapi problem aku bab makan la... kesian plak anak aku tak makan kalau aku tak masak. Aku tak makan xpe. Aku memang MALAS masak tahap dewa sekarang ni even perut aku sakit and lapar gile aku rela start enjin kereta pergi tapau ape2 makan. Yeah, that bad.

Busy kerja dari pagi sampai petang... Malam je free ckit.

Dah memang SELALU sangat aku makan lambat tak ikut time. Well, memang aku ada gastrik so lagi la teruk kan...

alhamdulillah bisnes ok... sangat ok. tapi kekurangan dia aku tak cukup masa. Solat Zohor pun selalu pukul 3 lebih... padahal aku dok kat umah je! Semuanya lewat. Zohor and Asar selalu lewat. Haihhhh... Ya Allah, permudahkanlah...

Bak kata Hamka kereta mayat, rezeki yang berkat tu rezeki yang kita dapat tanpa membuatkan kita mengabaikan tanggungjawab kita pada Allah. 

Because I know... semua wang dan harta di dunia ni takleh bawak ke kubur jugak. Duduk dalam kubur nanti sorang-sorang... Fuhh... perlu muhasabah diri lagi.

Cuma niat aku sekarang, cari duit untuk kesenangan anak-anak aku nanti. Tolong suami aku untuk kehidupan yang lebih selesa insya Allah.. and mudah-mudahan I can help others with what I have.. Alhamdulillah, kami tak mewah, tak juga miskin. Cukup-cukup sahaja.


Sekian bebelan hari ni.

Esok lusa sambung lagi kalau rajin.

Akhir sekali, tempek gambar sikit...




Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, October 7, 2013

bismIllah...



Seperti yang pernah diblogkan sebelum ni, aku consume Qaseh Gold Adinda sejak Mei-Jun lepas sebagai usaha untuk hamil anak kedua.

Aku tak penah pakai ape-ape pun untuk merancang... So bila Razin dah cukup setahun, terus aku ON je untuk bagi Razin adik. Razin dah 2 tahun 6 bulan baru aku disahkan hamil.

Bagi aku, lama jugak la proses TTC tu. Dari duduk sekali di Johor sampai dok asing-asing starting January 2013 till now. Alhamdulillah husband dapat draf ke Lumut semula and lapor diri 16 Oktober ni.

Anyway, just nak share pengalaman TTC.

First sekali, period cycle. Aku bersyukur dikurniakan kitaran haid yang takde masalah. I'm regular as a clockwork. Cycle aku 26 hari.

Untuk yang ade masalah period, elok la betulkan cycle tu dulu... Boleh jumpa doc untuk penerangan lanjut. Leh jugak consume supplement yang boleh bantu betulkan cycle. Yong (kakak aku) amik Qaseh Gold baru la period dia teratur katanya. Kalau tak, penah je sebulan or 2 bulan tak period. Tapi takde baby pun.

Aku sebenarnye pemalas tahap gaban nak jot down bila period, bila abis period... sebab tu aku selalu tweet je. "arini bendera merah la plak" would be what I tweeted. So nanti aku check je twitter aku. HAHA... pemalas!


Kedua, berat badan. Well, aku CUBA jugakla nak kurus untuk dapatkan berat badan ideal. Tapi hampeh gak haha... awal-awal beli cross trainer memang aku rajin workout. Pehtu maleh. hahaha... tapi betul la, nak preggy seeloknye dapatkan berat badan ideal. Tak kurus sangat, tak gemuk sangat.


Ketiga, amik supplement. Aku amik Qaseh Gold Adinda dan air Sole (garam mineral). Husband ku pun aku bagi Qaseh Kekanda... tapi bab laki aku tu, tak tau ler dia makan hari-hari ke tak. Aku juga amik asid folic beli kat farmasi.


Keempat, kira hari bila akan bertelur (ovulation week). Selalunya hari ke-13 lepas kita tau kita period. Means, kalau macam aku yang period 5-6 hari, dlm lebih kurang 6-7 hari lepas abis period tu waktu subur la... Ovari tengah mengeluarkan telur.. So kalau nak bersama dengan suami, sangat afdhal pada waktu subur ni la.

Bagi yang PJJ macam aku and hubby (tahun ni), memang susah la sikit. Yela, laki balik time period ke... dia balik time x subur ke etc. So, bagi married couples yang berPJJ and masih belum ada rezeki, sabo jelah... memang amik masa... insya Allah kalau ade rezeki tu ada la.

Aku baru je join group TTC kat FB. Baru tau macam-macam masalah kesuburan yang wujud rupanya.

For women, antara yang paling common is PCOS (Polycystic Ovarian Disease). 

Amende PCOS tu?

Polycystic (pah-lee-SIS-tik) ovary syndrome (PCOS) is a health problem that can affect a woman's:
  • Menstrual cycle
  • Ability to have children
  • Hormones
  • Heart
  • Blood vessels
  • Appearance
With PCOS, women typically have:
  • High levels of androgens (AN-druh-junz). These are sometimes called male hormones, though females also make them.
  • Missed or irregular periods (monthly bleeding)
  • Many small cysts (sists) (fluid-filled sacs) in their ovaries

Ada banyak lagi problem selain PCOS. Endometriosis, fibroids... etc.

Lelaki pun menyumbang jugak... bilangan sperm yang sikit, sperm motility etc... 

Seeloknya bagi yang dah setahun kahwin and belum ada rezeki, rujuk pakar. Jangan tunggu lama-lama cos semakin meningkat usia, semakin kurang subur.

Kalau memang takde masalah kesihatan, then memang belum rezeki... Insya Allah nanti ada lah tu.

I'm in delicate mood since preggy.

Kalau leh nak ramai kawan-kawan TTC preggy too. 

Selalu jenguk-jenguk group and baca kisah TTC kat situ...

Esok ada appointment dengan Dr Ngo. Aritu pergi dia scan tak nampak ape lagi (of cos la, baru 4 weeks kot!). So esok dia nak scan lagi...

Kekadang rasa macam tak percaya je pregnant. Tapi till now takde period and pregnancy test pun positif, so.. ya... ada baby dalam rahim ni. Syukur Ya Allah...

Razin pun sekarang manja semacam je. Macam tahu nak berkongsi kasih lepas ni. I still love you, Razin. :')



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, October 6, 2013
bismIllah...


Sesuatu yang dijangka.

Perasaan malas.

Malas ya amat.

Macam ni jugak la aku masa pregnant Razin dulu. Semua tak larat nak buat. Well, bukan tak larat la... Malas sebenarnya. Nak bangun malas, nak tengok tv malas, nak makan pun malas. Keje nak baring and tido je. huhu...

Cepat la Raya Haji. Cepatla laki aku balik.

Tak larat la.....

**Malas.......

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, October 1, 2013
Bismillah...


Ya. Perubahan rutin ni dah berlaku sebelum aku tahu aku hamil lagi. 

Since end of August, aku tidur awal dan tak tersedar sampai subuh. Selalunya aku tidur lambat... Pukul 2,3 pagi. Sekarang tidak lagi. Pukul 9.30 dah ngantok.

Tapi bangun mcm biase jugak. Nasib baik alarm kejut, kalo tak terbabas jugak kul 8 baru bangun kot. Huhu

So yeah... Tu salah satu simptom preggy kali ni. Penat. Tido awal.

Mual dan muntah2 belum lagi. Aku harap takde la ;p

Susah nak buat kerja kalo morning sickness... Nk melepek je sepanjang hari... I cant afford that. I cant even have MC macam time ade employer dulu....

Pahit manis bekerja sendiri... Semoga aku tabah.

Nak taip pun malas pdhal tadi byk idea sgt.

Next time sambung. Bye



Alhamdulillah...