Tuesday, January 28, 2014
bismIllah...


Hati tengah membara sangat ni. Bengang sesangat dengan Airpak Express. Fyi, I have been using Airpak Express service to courier orders since May 2013! Dah lama kan??

Yer, memang dah lama dah guna servis Airpak ni. Sebab rate dia murah. cthnye stroller 7-8kg pos guna Poslaju (dlm semenanjung) kena dlm RM50 camtu. Tapi Airpak? Only belas-belas ringgit je. Murah la kan?
And masa aku guna servis diorang ni awal-awal dulu paling lambat 3 hari la barang sampai. Kalau pendalaman or area Kelantan, Terengganu, dalam seminggu. Okla.. tak kisah sebab dah boleh bajet timing and inform customer.

Masalahnye sekarang ni... since a few weeks ago, or sejak bulan Nov, Dec 2013, makin teruk servisnya! Dahla customer service pun macam tak penah kena train, pastu lambat sangat respon. Giler ah... kalau aku kumpul komplen-komplen yang aku dapat dari customer, leh buat novel! Seriously.

And beberapa minggu ni memang kemuncak dah.

1. Aku pos barang since 21hb Jan ke JB. 24hb aku dapat email dari customer aku mintak no fon untuk call Airpak JB cos dia tak dapat-dapat lagi barang dia. I was busy at that time and tak sempat nak call/email by myself so I gave her JB's branch contact no and Airpak's customer service's email address.

Bila customer call no JB, she was told that her parcel has arrived at the branch since 22nd Jan lagi... tapi tak sempat hantar cos tak cukup orang. Bengang la customer aku tu. Dah bayar duit pos still kena tunggu lama-lama. And when asked to deliver the next day pun orang yang jawab phone tu takleh janji. Ape lagi, dia pun hantar emel kt Airpak. Tapi aku tak tau ape dia tulis cos dia tak cc. But she did mentioned 'I just wrote a long grandmother story to the emails provided from you and hope the company is taking some actions about it'.

Kesian customer aku. Nasib baik dia tau bukan salah aku tapi salah courier service yang sangat slowwww.


2. Aku pos stroller berharga RM1500 pada 15hb Jan 2014 kat customer di KL. Berapa lama la dia dok 'out for delivery' and akhirnya Airpak hantar pada 21hb tapi takde orang di rumah kata mereka(padahal customer aku tu ade maid kat umah jaga anak... tak tau le kalau maid kuar ke time diorg datang kan.. ok xpe la...). So Airpak tinggalkan note yang takde orang kat umah masa delivery. Customer aku terus call esoknya dan request for 2nd delivery. And customer ni pun memang ada kat umah cos demam and on medical leave. Tapi Airpak dok email mintak no fon alternatif cos tefon tak dapat-dapat. Yela, orang sakit kot? Mana nak pegang phone sgt.

TAPIIII... dia dah call bagitau ADA ORANG DI RUMAH. So?? Hantar jelah ape masalahnya. Even dah bg no lain pun (no husband dia) still xde pun hantar barang. Lame gile kot delay... Korang tgk sendiri le tracking di bawah:



Serious sangatlah menyakitkan hati. Yang buat lagi panas tu sebab nak call memang line asyik busy je kerjanya... kena email cc ramai orang baru nak jalan. Tu pun kadang-kadang tak jalan jugak. Dah email marah-marah baru take action. Penat weh camni... Naik blood pressure aku ok!

Dahla barang mahal. harga beribu. Risau gile la dok simpan lama-lama. haish tension je...



3. Ni latest kes and sampai sekarang barang tak sampai lagi kat customer. Alasan: alamat tak lengkap. Tak lengkap ape kejadahnye??? Aku DAH PERNAH hantar Boba 4g kat customer ni sebelum ni guna Poslaju. 1 day je sampai. Ofisnye kat Jln Perak, KL. Bukannye ceruk kampung. Kali ni dia order teething pads and Boba stuff sack pulak. Aku guna Airpak cos memang selalunye guna Airpak je... Aku pegi Poslaju once a week or kalau ada barang untuk dipos ke Sabah or Sarawak je (penah pos barang ke Sarawak guna Airpak, seminggu lebih baru sampai kat customer. Serik aku... Dahla mahal)

Berbalik pada kes customer aku tadi, bila aku emel suruh check balik alamat tu, haram tak sape reply. Bila customer emel lagi arini tanya update, aku tunggu beberapa jam jugak nak tengok sape nak reply tapi HARAMMMM. Aku call tak dapat. Call HQ tak dapat lagi. Heyyy bengang gile dah ni.



Hari ni dah 28hb dah weh. Kalau tak hantar gak arini tak tau la. Aku dah emel and cc segala bos-bos dah. Tak take action jugak tak tahu ler.

Sian customer aku ni. Tak pasal-pasal kena tunggu lama. huhuhu


Post ni aku buat supaya Airpak Express improve service diorang. Especially bahagian customer service tu yer. Ade ke barang lambat sampai and bila aku tanya status, dia just email esoknye gitau barang dah delivered. Tu je??? Kenapa delay? And ape penjelasan? Langsung takde. Sorry apetah lagi. Memang teruk betul la orang yang handle email korang tu. Bengang je akuuuu... 

Aku tahu la camne seksanye kerja kalau tak cukup manpower, so silalah hire enough people. Dulu tak ramai tahu courier service bernama Airpak Express ni. Now dah mula dikenali. Once dah dikenali, orang pun akan guna la. Tapi service pulak merosot. Dah banyak customer kan, duit pun dah banyak masuk, tambahlah pekerja wehhh!

Aku punyer bil Airpak bulan-bulan bukan seratus dua ok. Hari-hari ade je barang untuk dipickup. Tapi sejak jadi kes-kes macam ni, memang aku takut dah la nak guna.

Customer-customer sampai emel gitau please guna Poslaju jelah pasni. Maka, sebagai seorang online seller yang mendengar nasihat pelanggan, aku pun dah buka akaun Poslaju pagi tadi.

Insya Allah lepas ni takde la delay teruk sangat. Poslaju tu nak kata bagus sangat tu idak le jugak. Kalau request 2nd delivery ade yang tak layan, suruh amik kat Poslaju centre/pej. pos jugak. Tapiiiii sebab Pos Malaysia ni ade je di mana-mana ceruk kampung, percentage untuk barang delay sampai seminggu kena peram kat centre tu insya Allah tak banyak.

Ape-ape pun, aku harap takde masalah pengeposan lagi in near future.

***Update:
Baru je bos Airpak branch tempat aku ni datang melawat and bagi new courier service proposal. He apologized for the problems I faced, reduced the rates and asked me to support his branch. Katanya ade masalah cos pekerja kat KL berhenti kerja beramai-ramai.

Hmmm... tengok la macam mana... Serik sebenarnye aku ni... aku memang sangat pentingkan fast service. Bila jadi delay and bermasalah mcm-mcm, memang sakit hati sangat-sangat.

Memang tak dinafikan rate Airpak murah especially kalau pos barang berat. So maybe aku pos barang berat je guna Airpak pasni? And kena inform customer awal2 barang tak dapat dlm one day. Kalau dpt dalam 1-2 days kira bertuah dah tu. Nak cepat jugak bayar lebih, aku pos guna Poslaju.

Till then. Daaaaa


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Friday, January 10, 2014
bismIllah...


Yezza, the new Babyzen Yoyo will be available in Malaysia this February 2014! Therefore, Mama Panda ada open pre-order untuk mereka-mereka yang berminat nak memiliki stroller yang cool ni.

Kena buka pre-order cos tak tau orang suke warna ape kan? hehe... Maka, marilah rebut peluang ni.

Ada banyak online store lain tengah buka pre-order jugak. Tapi kelebihan anda order ngan Mama Panda adalah anda akan dapat rebate RM50 untuk pembelian Boba 4g mahupun Boba Air. Haaa... best tak? best tak? Kalau baby carrier tu lepas discount harganya RM376.20 (please refer www.mamapanda.com), lepas rebate RM50, anda hanya perlu bayar RM326.20 shj! Berbaloi-baloi!

Tapi pls take note rebate ni hanya available untuk pembelian Babyzen Yoyo COMPLETE SET from newborn till toddler shj yer. And hanya valid for this Jan 2014 pre-order only ;)

Jom tengok pakej-pakej berkaitan.

1. Babyzen Yoyo +0m

Retail: RM2049
Promo price? sila emel 

Ni set dari newborn SAHAJA. Ade newborn nest only. Kalau baby dah besar, kena upgrade ke 6 months pulak.


2. Babyzen Yoyo +6m
Retail price: RM1849
Promo price? pls emel

Ini pula set macam sebelum ni... untuk 6 months above. Tapi new Yoyo 2014 punyer frame dengan old Yoyo frame tak sama tau. Newborn nest takleh masuk kat frame lama... 


3. Babyzen Yoyo COMPLETE SET (from +0 till 15-18kg)


Retail price: RM2529

Ni complete set puas hati. Semua ada, leh pakai dari newborn sampai budak dah besar. Settle!

Our price??

Please send an email to raihana AT mamapanda DOT com ber'subject' "Pre-order Babyzen Yoyo price" and i will reply as soon as I can.

Annoying kan kena email la ape la... Haha...
But I have to. Lagipun kalau betul-betul berminat mesti nak survey harga and kalau ok mesti nak beli kan? Ni dapat menapis orang-orang yang betul-betul nak =P

But seriously sangat berbaloi sebab siap dapat rebate RM50 untuk Boba carriers tu! HEHE...


More info in this pre-order:-

1. Estimated time of arrival in in February. Tak tahu la early Feb ke, mid ke or end Feb... Distributor just said Feb. So untuk yang menunggu dijemput lah join pre-order ni...

2. Tak kena bayar full payment pun. Just deposit RM1k before 30th Jan. Depends la pilih set mana... tapi kalau set complete tu depo 1k. Minimum RM500 untuk those yang dah pernah berurusan dengan Mama Panda.

3. Warranty oleh pengedar sah di Malaysia. Item memang original yer. Mama Panda takde jual fake items (letih nak menjawab bila orang tanya huhu) So don't worry, belilah dengan yakin. Fyi, dah pernah tolong 2 customers yang ade masalah dengan Yoyo and alhamdulillah kejap je settle. =)

Sekian, jangan lupa emel!

Jom layan video ni:




p/s: Sekarang tengah ada promo Quinny Zapp Xtra 2.0, Maxi Cosi Cabriofix dan jugak Nuna Pepp strollers. Jemput cuci mata ke FB page Mama Panda Store ;)

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, January 7, 2014
bismIllah...


Huahua... tah ape2. Beli katil pun nak blog. tapi pedulik le... kehkeh...

Aku yang excited terlebih. Yela, masa kecik tak merasa weh. Kecik-kecik dulu tido katil double decker besi yang senang goyang and slalu tercabut penghadang sampaikan aku pernah jatuh dari tingkat atas masa tido (tido lasak beno) ketika umur 6-7 tahun. :p

Since aku decided takmo beli baby cot/baby crib for new baby, so aku beli la katil double decker ni. Leh anak-anak aku tido bila dah beso nanti. Time sekarang ni, tetamu jela yang tido dulu hehe...

Untuk 3 orang tido. 
Bahagian tangga tu storage compartment jugak.
Btw, corak Angry Bird tu leh custom nak kartun ape... kalau anak girls, leh tukar jadi Disney Princess ke ape...

Aku beli di CK Home Sitiawan.

Order pada 11hb Dec 2013 yang lepas, tapi baru semlm (6th Jan) diorg datang hantar.


Kisahnya memang dah nak cancel cos mula-mula janji leh dapat before Krismas. Tapi tunggu punyer tunggu tak sempat. Janji ke2 dapat lepas New Year... pun tak dapat jugak.

Memang dah nak cancel and amik duit dah...sekali diorg gitau yang akan hantar 6th cos xde transport dr Johor ke Perak (jauhnye katil aku ni datang). So tunggu jela. Nasibaik semalam dah settle.

Dia bagi free cadar untuk 2 tilam walaupun aku kata takyah (cos aku dah order set cadar+comforter Angry Birds online sejak beberapa minggu lps lagi)

Tilam2 and bantal2 memang dapat sekali... Harga dalam RM2K lebih. Mahal gak le bagi aku tapi... dah kitorang nak sangat. And takde kedai lain kat Sitiawan ni jual. Pakai la sampai lebam.

Razin yang excited cos ade gambo Angry Birds.
Baru pasang cadar baru... haha... yang tilam bawah and atas malas nak sarung cadar lagi. 
Tunggu ade tetamu baru pasang cadar untuk tilam bawah tu.



Malam semalam Razin dah ajak tido katil tu tapi after some time, risau cari bapak dia lak. So masuk la tido bilik mak semula. hehehe...

Takpela slow2.. Lagipun awal lagi. Tunggu dah masuk tadika leh baru nak ajar tido asing tegas sikit (ye ke?? =P)

Sekian.

Tu je post arini.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, January 5, 2014
bismIllah...


I was really sick since Saturday. Couldn't even get up. Bila bangun je terhuyung-hayang. Makan pn pagi je masa Sabtu tu. Hidung tak abis-abis srot sret dengan hingus. Takleh tido sebab hidung tersumbat. Tido kul 11 malam, terjaga pukul 2, pukul 4 and pukul 6. :(

Even harini pun x ok lagi selsema aku. Nasibaik xdemam dah. Seksa betui....

Alhamdulillah mlm ni mampu buka lappy and settlekan benda-benda nak pos esok.

Aku sebenarnya agak risau dgn kandungan ni cos dah nak masuk 5 bulan but I can't feel the baby's movements. Dulu masa Razin, aku ingat lagi, start rasa masa minggu ke 16-17. Sekarang dah minggu ke 19 kot.. nk msk 20. tapi tak rasa lak. Masa last checkup (27th Dec) ok je baby. Siap dah nak gender dengan jelas lagi. hehe... tapi biarlah rahsia (family aku geram betul cos diorg xsaba nak tau boy ke girl haha)

Anyway, I hope all is fine. Tapi kalau selsema aku tak ok lagi by esok, nak jumpa doc la. Risau la demam2 time pregnant ni. huhu...

Aku dah decide nak beranak kat HAT jugak kali ni. Moga2 semuanya berjalan lancar juga. And kali ni takmo pergi serah diri awal-awal. kwang3... Benci kena seluk oi...

Ala Razin kacau ajak layan dia main. Nanti sambung lagi. bye



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Wednesday, January 1, 2014
bismIllah...


Dah 1 Januari 2014 dah pun.

Lama tak update blog. Busy and.... well, takde mood.

Banyak benda yang berlaku since my last update.

1. Pegi baby fair kat Midvalley pada 23hb Nov lepas. 1st time pegi baby expo cos Tommee Tippee ade 50% less. Dahla tahun 2014 nak naik harga lagi so better aku rembat. Pergi dengan Nini je cos hubby was away xsilap. Xbawak Razin pun. Pergi Jumaat, tido umah Mak Yang then Sabtu pergi Midvalley then chow balik Perak. Hepi cos dapat jumpa salesperson and other acquaintances :)

Kitorang gerak awal giler cos sampai MV kul 9.30 kahkah. Punye la tak nak berebut parking. And best bila awal cos dapat parking dekat ngan lif. Sempat la Nini turun 2x ke kereta hantar barang yang dibeli :P


Tengokla ramai beratur untuk dapat goodie bag and contest ape tah. Aku tak amik pun goodie bag. Takpela, terima kasih jela :p



2. Pegi Big Bad Wolf (BBW) pada 14th Dec yang lepas. My 1st time too. Mulanya tak plan nak pergi cos hubby ade kerja ke ape tah weekend tu tapi dia kesian kot aku asyik bising kt twitter n fb nk pergi. So finally we did.

Kitorang bermalam di rumah adik ipar aku (BIL) di Amansiara townhouse, Selayang. He just bought the house and tu la first time aku menengok rumah 'townhouse' ni camne rupe haha... tak terbayang sebelum ni bila hubby told me rumahnya di tingkat atas tapi ade own porch etc. Bila pergi baru la tau... hehe... not bad gak la... cuma too small for me. Dengan laluan kereta penuh orang parking kete... sempit n cuak je nak lalu. huhu... Rumah camtu pun 300k above. Yang aku suke rumahnye sejuk je.. best tido haha. Esoknye gerak ke Balakong then amik anak2 buah yang nak join pegi BBW.



Razin was happy cos dapat macam-macam buku best.
Banyak beli kat dia je.



Sebelum tu masa bulan Nov ade quick getaway ke Shah Alam cos aku ngidam nak makan nasi ayam lemon Pak Li. Stayed at Concorde. Pegi iCity then balik. kejap jer pergi sana... semata2 nak nasi ayam lemon! huahua




Then just a few days ago, we went to Langkawi. Family aku, family abg ipar aku (3 daughters) and my mother in law.

Gerak pukul 3.30 pagi dari Lumut and sampai Kuala Perlis pukul 9 pagi. Stopped at 2 places to rest and pray on the way. Feri pukul 10.45 pagi... so lepak jela.

Kitorang sewa 2 bijik kereta kat sana. Kawan-kawan sesama navy yang sewa so dapatla RM70 sehari. Kitorang memang nak jimat cos nak duduk sana 2 hari. Jadila... Stayed at Tok Jah homestay yang dekat dengan Underwater World. In fact, pintu masuk UW tu bertentang dgn jln masuk ke homestay tu hehe... ni kawan FB yang carikan. Oklah. Rm250 per night. Dekat ngan Pantai Cenang n UW. Jalan kaki je. And malam-malam memang happening gak la kat situ.

Went island hopping n shopping je. Aku beli kain batik 4 helai (tu pun sebab mak bising suh beli untuk pakai masa pantang nanti... aku ni keje rembat kain batik mak je hehe), coklat yang berlambak-lambak, Corelle (loose.. ade la dlm 5 pieces je), set Luminarc, new bag (begku beranak hahaha) and perfume!


We used Madame Googoo toddler carrier for this trip.






Razin's 2nd time on boat.
His first time was last 2012... click here (kurus lagi aku time tu).

Razin dah besar so dia hepi la cos baru paham...he loved the penguins he saw at UW. X habis2 dengan penguin. :)

Tapi island hopping kali ni tak best sangat macam dulu... sebab sendiri2 je kot? and money constraint? kehkeh... island hopping kali ni pergi Pulau Dayang Bunting (x naik dah cos xlarat), Pulau Beras Basah (hubby siap mandi laut lagi) and eagle watching je. Takde pegi gua kelawar mahupun pergi tengok ikan yang orang bela dalam sangkar.

Abis banyakkkkk duit untuk trip ni... dah la duit sewa rumah tenant tak bankin lagi. Aku asyik kena pau. Huhuhu. 
\
Nak banding ngan trip Mak buat dulu, bayar RM200 je utk transport, penginapan+breakfast. Murah siot.
Cumanya mak cakap kalau buat lagi tahun ni, naik sikit la caj dia... around rm260-300. Ahhh xkisah la. murah dah tu. Duduk hotel... and bot pun best. Bot yang pergi ni tak best sakit bontot aku terhentak2 dilambung ombak. :(

Cuma kali ni best nak shopping cos bawak kereta kan. Senang sikit...



As for me, masa nak balik baru menggila sikit. Gila la dok kedai perfume ni. Semua aku nak beli. End up beli 2 perfume for me and 1 for hubby. Untuk hubby kecik je udahhhh.



Aku punyer perfume dua2 tak buka lagi. Hubby je dah rasmi perfume dia.

Aku? abiskan yang free sample dulu heheh... Sedap bau yang Escada tu :D
Gucci Guilty bau dia kuat sikit. Tak berapa kenan.



Gambar kat Langkawi dalam phone hubby cos masa pergi sana aku lupe bawak charger. In fact, beg berisi susu Ajin, pampers, charger aku and powerbank yang dah fully charged sumer tertinggal. Almaklum rush nak gerak 3 pagi kan.. tapi kul 3 baru bangun. saba jelah.... pampers and susu beli cepat2 bila dah sampai Langkawi. Charger jela xleh buat ape.... T_T

Tu je update kali ni.

Selamat tahun baru uols.

Azam aku?

Macam sebelum2 ni jugak. same je........

I have baby 2014 coming up! haih xsaba...... :D

Written By Ryehana
alhamdulIllah...