Aku sebenarnya banyak gile benda nak catat di blog.
Banyak ohhh... Tapi takde masa. Takde kesempatan. Busy tahap dewa...
Arini check up 27 weeks berat aku dah 85.6kg! Giler! No wonder tak larat nak bawak badan. Gemokkkkk! (I am so sad!)
Tahukah anda ini adalah berat masa aku nak masuk labor room pada 11 march 2011 dahulu? At 38 weeks! Now baru 27 weeks.... Huwaaa... Nak besar tahap mana la pulak pasni ;'(
Appointment aku lagi 2 weeks. Untuk scan etc... Ramai dah dapat teka gender babyku dengan melihat rupa perutku hahah... Terer betui. Ape2 pun aku bersyukur setakat ni kandungan ok... Frankly i do not really mind about baby's gender cos nak preggy untuk kali kedua ni pun susah! So of cos segalanya aku terima dengan hati gembira.
Aritu plan nak update about our house, tapi busy lahhh. So sekarang dah ade pagar ber'auto gate' jelah.
Next in list adalah pasang awning porch. Haha... Benda simple je pun tapi still tak proceed2... Faktor utama adalah kitorg takut nanti lagi gelap la dalam rumah kalau porch berawning. Camne nak sidai pakaian tengah panas kalau dah berbumbung? Takmo la macam jiran depan umah sifai kat luar... Kat luar pagar... Xcantik betul pemandangan. Huhu...
Aku jugak berangan nak pasang cctv kat umah. Hahahaha.. Poyo jer. Tapi agak penting sebenarnya... Faktor2 keselamatan etc. Ade la benda utama yang buat aku nak pasang cctv tapi maleh la nak tulis kat blog. :p
Ape lagi... Ape lagi...
Tak syok betui update blog dari phone nih. Idea macam tersekat.
Oh yer, bulan ini adalah bulan rabak bagi aku. Laki aku telah mengepau aku untuk beli tanah. Duit tu aku save nak buka kedai tau... Tapi, since ade peluang untuk beli tanah dengan harga yang ok, beli jelah. Of cos la letak nama aku hehehe. Akhirnya berharta jugak aku yang takde gaji ni. Cuma aku risau gak le since tanah tu kena diusahakan... Nak kena ngupah orang le plak nanti. Ahh lantak. Tu bior laki aku handle.. Malas amik tau
Kisah Razin plak.
Anak aku masih belum toilet trained! Ini adalah satu masalah besar bagiku cos pressure dari mommies2 yang dah TT anak mereka. Oh terasa aku mommy yang agak loser di situ. Ape taknya, Razin nak masuk 3 tahun dah 11 march nanti! Dah beso dah pakai pampers lagi! T.T
Bukan aku tak pernah try.. Dah banyak kali gak biar dia diaperless, tapi aku bengang tahap gaban bila dia kencing and tak bagitau and even selambe je seluar dah basah2 kena kencing duduk sana sini main macam takde ape2. Tak hangin ke! Hadoiii... Oleh kerana aku penat mencuci dengan keadaan perut memboyot ni, so aku pun.... Ahh lantak ahh! Pakai jela pampers sampai dah reti nak bagitau nak berak or kencing
Maka, sebab itu la razin masihhhh pakai diapers walaupun dah nak masuk 3 tahun in a few weeks.
Aku tak sabar tunggu Diyana berhenti kerja taska ni. Nak hire dia plak jaga Razin and tolong aku buat kerja2 rumah. Seriously i need help. And if that makes me a weak mom, so be it. Lantakla orang nak judge ape, bukan diorang tahu pun kerja aku kat rumah macam mana kan...
Cepatla Diyana start kerja ngan aku. Kot2 dia leh train Razin supaya diaperless ke?
Oklah. Penat. Nak tido... Esok Jumaat yeayy! Nak balik Beruas cos dah lama tak balik kampung..
Kebetulan Mak Yang and Kak Lin ade balik so meriah le ckit. Leh makan best2... Lalalala :p
Saje nak abadikan kat blog.