AMARAN: Entry berbaur complaint dan sangattttt panjang.
Panas.... cuaca yang panas memang mencabar. Tak selesa kerana selalu berpeluh... agak membuatkan seorang ibu mengandung menjadi cranky. Tapi bukan ini yang aku nak luahkan kali ini.
Aku nak luahkan perasan ketidak puas hati-an aku dengan transaksi yang tidak berjaya baru-baru ni.
Kronologinya begini...
Pada 20hb March yang lepas (fuhh dah lama dah ek.. hari ni dah 30hb dah pun) aku telah deal nak beli barang dari sorang seller ni kita panggil Pn E. Seller ni memang otai or kiranya credible lah kan... aktif di group2 di FB and memang seorang WAHM contoh le jugak kiranya. Aku membeli barang yang dia jual cos harganya murah dari yang supplier aku offer. She claimed they were clearance stocks. So ok la... aku pun setuju nak beli since aku memang tak dapat harga tu dari supplier padahal it's the same thing... mungkin sebab dia ade kedai so margin dia tinggi dari online seller yang takde kedai ni... or memang dia betul-betul nak clear stok so tak kisah rugi sikit? (ni pendapat aku la cos mulanya aku tak tau pun dia ade kedai)
PEMBELIAN:
Pukul 8.30 malam aku dah start mesej dan bertanya-tanya, then sebelum pukul 10 malam segala pembayaran dibuat. Aku terus bayar cos aku memang nak barang tu. And of cos bila kita dah bayar kita expect leh dapat secepat yang boleh la kan. I bought 4 stuff yang bernilai RM4780.
DELIVERY:
Plan asal adalah untuk aku pickup barang di Ipoh since adik partner Pn E ni ade balik Ipoh every weekend (lokasi Pn E di Selangor). Aku pun, okla.. amik by hand. Lagi selamat (how foolish i was) cos dapat terus barang tak yah nak track2. Aku dah plan baik punyer dengan Nini untuk ke Ipoh amik barang Sabtu tu... lepas amik barang boleh merayap ke Aeon or Ipoh Parade ke sambar buku kat Novelhut. cantik je plan aku untuk sabtu tu...
Tapiiiii... Sabtu pun tiba tapi masih belum dapat confirmation bila adik partner Pn E tu ade kat Ipoh. Kang kitorang gerak buat penat je tapi takde... then of cos, tak jadi pickup hari Sabtu tu cos adik partner seller tu tak balik Perak. Demam ke ape tah. Ok fine. Ahad pagi aku leh pegi Ipoh lagi asalkan bukan petang cos petang nak balik Lumut. Lagipun nak suruh Nini yang drive. Aku tak larat nak drive jauh lebih-lebih lagi bila pregnant ni (Ipoh tu jauh le jugak dari Beruas... dalam sejam gak nak sampai... kalau dari Lumut almost 2 hours depends on traffic)
Aku msg Pn F (partner Pn E) and deal direct dengan dia cos adik dia yang patutnya bawa barang aku tu. Pagi Ahad aku mesej tanya, macam mana... Still takleh jugak dapat barang Ahad tu. Sabar jelah kan.. pastu aku cakap aku nak barang selewat-lewatnya ISNIN. Sebab minggu gaji and senang nak promote bila barang dah kat tangan. Dah bayar RM4k lebih kot.. of cos la nak cepat-cepat jual kan...
Sekali dengan tak disangka-sangka, Isnin tu Pn F pos 1 kotak barang dari KL (bkn tempat sebenar). Yang lagi 3 barang ade kat adik dia di Ipoh... janjinya aku akan dapat petang Isnin tu jugak cos adik dia akan datang dari Ipoh untuk hantar... sampai dah nak Maghrib masih takde pun dapat call. Takdela tu... aku pun whatsapp Pn F ni gtau masih tak dapat barang pada hari ISNIN tu.
Aku: "Mmm xde dapat call lagi until now about my order lagi 3 bijik tu" (Isnin, 7.26 ptg)
Pn F: "Ya ya.. tp brg dh smpai Ipoh puan. Jangan risau. Esok pagi mak saya hantar ke Manjung insya Allah"
Aku: "Ok".
Sebenarnya dah bengang tapi malas nak bising-bising cos dah nak malam and confirm tak dapat hari tu jugak. Tunggu jela esok....
Hari Selasa tiba. 25hb Mac 2014.
1 kotak yang Pn F tu pos dah sampai. Mana lagi 3 barang dari Ipoh tak sampai2 lagi ni? Aku mesej dia lambat balas... tengah drive etc... ok takpe... tunggu lagi...
Dekat nak pukul 3 petang aku tanya lagi, ape update?
Dia terus whatsapp aku gambar 3 kotak barang yang aku order tu sedang ditimbang.
Pn F: "3 unit dah hantar pakai gdex. Esok sampai ke Manjung terus ke alamat puan"
OMG! Dalam hati aku dah mendidih dah. Maknanya hari ni AKU MASIH TAK DAPAT LAGI BARANG?? Hari ni pulak baru pos dari Ipoh?? Ya Allah... and to make it worse, the boxes yang dipos tu dilekat-lekat dengan pelekat 'Fragile' dari Gdex tanpa dibalut. Adoiiii... tak pernah aku dapat barang orang pos macam tu! Even aku tak penah pos kat orang macam tu. Togel je kotak-kotak tu dipos... bayangkan kalau aku pos kotak Boba carrier macam tu je kat poslaju? takde plastik, takde balut, gitu je togel?? Consignment note terus tepek kat kotak Boba... can u imagine? haaa cmtu la barang ni dipos...
Hati memang dah sakit dah ni. 1st, aku expect boleh dapat barang tu hari tu jugak (SELASA). Rupanya baru nak pos!
Aku try cool down and balas mesej Pn F tu...
Aku: "Oh... guna gdex plak ek... Ingatkan boleh dapat terus hari ni"
Pn F: "Jap sy bg tracking.. Dari Ipoh gdex laju... pagi tadi mak saya dh htr. Takpe kan? huhu"
PAGI TADI? Kenapa la tak bagitau awal2 nak pos pulak... biar je aku ni tertunggu-tunggu... geram weh
Aku: "Adeiii... diorg lekat direct kat kotak le plak... kalau ade kotak sumbat 3-3 senang.. kalau sy tau nk pos guna gdex plak sy suruh kakak kt batu gajah amik jer"
Seriously aku dh bengang dah waktu ni... bukan nak cakap awal2 barang akan dipos. kalau pos, dari semlm (isnin) pos je terus kan senang? pastu pos plak dengan rupa kotak camtu... bogel je... Allah... dahla sakit hati barang masih belum dapat hari tu jugak, then ditambah plak bila tengok gambar kotak tu dipos macam tu...
Pn F pun offer untuk pos dari KL yang barang yang baru since aku tak puas hati (Of cos la weiii). Aku gtau kalau barang yang dipos dari Ipoh tu sampai nanti aku pos balik. Aku takmau yang tu. Aku nak brand new ok. Takkan la aku nak jual kat orang dengan kotak dah berlekat2 and ntah2 kemek bila sampai kat aku. Hishhhh...
Dia kata dia pos hari tu jugak (Selasa) so aku tunggu... aku dah ingatkan siap-siap pls bagi tracking no lepas pos. Aku nak barang tu memang sampai esoknya (Rabu). Dah lama sangat dah tunggu ni... Dia nak pos guna Poslaju, aku siap offer pos guna Gdex pun takpe cos barang tu berat mesti mahal kalau guna poslaju... dalam marah2 tu aku masih consider lagi tak nak dia rugi....
Esoknya, Rabu, 26hb Mac 2014. Pagi-pagi lagi (10.52 am) aku dah mesej mintak tracking no...
Tapi.... Korang tgk la sendiri camne perbualannye... geram plak bila ingat balik... malas nak type...
Rabu tu aku mintak no tracking tak bagi-bagi so aku terus je call Firdaus si driver lori Gdex (aku ade akaun dgn Gdex, Airpak, KTMD and Poslaju... driver lori/van punyer contact no semua aku ade)... Aku tanya dia ada barang untuk aku tak arini and the lorry driver said NO. So maknanye takde la barang untuk aku hari Rabu tu....
Then Pn F offer nak refund. Hai senang betul... aku punye masa dah terbuang camni, nak refund macam mana? since aku dah ade buyer gak sorang so aku pun sabar lagi... aku gitau la aku memang NAK barang tu so aku akan tunggu lagi sampai esok. Barang yang kononnya dipos dari Gdex Ipoh pun takde (rupanya mak Pn F dah amik balik) ok fine... so now aku nak barang aku je...
Rabu tak dapat, so insya Allah Khamis dapat? Aku masih positif and sanggup tunggu lagi. Tapi hari Rabu tu aku mesej seller aku tu (Pn E) gitau update... aku cakap sampai sekarang tak dapat-dapat lagi barangnya... Kalau tau macam ni, pos jela dari awal. Dah semestinya barang dah lama sampai... fedup la weh...
Boleh tak aku mesej-mesej tu satu pun tak reply walaupun dah 'Seen'. Remuk redam dah hati ni...
Ish... busy sangat ke takkan la takleh reply... lagi-lagi kes macam ni... aku ni kalau ade customer aku tak puas hati macam ape AKU rasa waktu tu memang tak senang duduk dah. Settlekan dulu hal customer... Tapi yang aku dapat?
Serius tak puas hati. :(
Hari Khamis, bangun pagi baru tengok ade mesej beserta tracking no.
Cepat-cepat aku track online.
Dengan penuh kecewa, tracking no not in record. Tak puas hati, aku call Gdex punyer hotline no and tanya... cos courier service ni kekadang system tak update gak. Online track dengan sistem pada komputer diorang tak sama... kat komputer diorang lebih precise. Tapi sekali lagi kecewa bila customer service bagitau diorang memang takde terima barang dengan no tracking tu. Aku call lagi driver lori Gdex and he confirmed there's no parcel for me that day..... :(
SEDIH GILA. Dah hari Khamis..... masih.tiada.berita. Boleh bayangkan tak perasaan aku macam mana for the past few days yang ternanti-nanti barang ni?
Duit dah lebur RM4780 and aku hanya dapat barang berhaga RM280 sahaja. Yang lagi RM4500 belum dapat-dapat... Aku ni modal kecik je kot. Bukan tokei besar... kedai pun takde punyer la haprak nyer kan... masih belum mampu. Bila jadi macam ni, susah hati ni takyah cakap la... cranky... tak pasal-pasal efek kat anak aku yang tetiba kena tinggi suara. :(
Oleh kerana barang masih tak dapat pada hari Khamis tu, memang aku tawar hati dah la. I told them yang kalau esok (Jumaat) pun masih tak dapat barang, REFUND jelah duit aku.
Aku pun nak bercuti dengan tenang jugak walaupun just a weekend at Mamito's.
As expected, Jumaat pun tiba dan masih takde barang tu. Aku tak tahu le mana perginya barang tu and I don't care anymore. Aku mesej mintak refund.
Tapi sedihnya bila aku diberitahu duit aku akan dipulangkan semula selewat-lewatnya Isnin. Aku cakap kalau bole bayar jela cepat cos aku bayar duit cepat je kot...
Aku tak paham kenapa nak tunggu sampai Isnin or 1 April (pastu kata 1 april plakkkk) cos aku bankin kat Pn E tu ke dalam akaun personal. Bukan akaun company ke... ape ke... transfer jelah balik duit aku tu... takkanlah otai bisneswoman takde rm4.5k dalam akaun?? tak logik je... online still online.. so kenapa nak hold duit aku tu lama-lama? Barang memang sah aku tak dapat and diorang boleh check sendiri dengan Gdex.
Takpe, aku tunggu esok. Isnin. Kasi peluang diorang check dengan Gdex (walaupun dah berhari-hari berlalu kalau betul pos since petang SELASA lepas!) Kalau esok tak dapat jugak duitku lagi memang aku nak ngamuk la...
By the way, salah ke aku nak ngamuk? Hak aku kan?
Aku rasa dah lama sangat bersabar dan bersabar tapi macam ni plak jadinya... Adohai... dugaan ibu mengandung betul. Aku rasa teraniaya.. sebab sekian lama aku bersabar menunggu, masih tiada ape2 pun tindakan untuk melegakan ke-tidakpuashati-an aku ni. :(
Blog entry ni untuk lepaskan perasaan. Ape yang tak terluah pada Pn E and Pn F tu. Kalau in future diorang bace or stumbled upon this entry, moga mereka amik iktibar lah.
This is also a reminder for me too... never ever treat any of my customer like the way I was treated.
Sekian. Let's wait for the refund.
**UPDATE:
At 1.30pm today (31st March 2014) - received RM1k at my CIMB acc from Pn F
At 8.49pm today (31st March 2014) - received another RM3.5K at my MBB acc from Pn F
Alhamdulillah settled!
