Thursday, October 23, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...

Isnin lepas (20hb Oktober 2014) adalah hari pertama aku hantar Raul ke babysitter.

1st time ni hantar kat stranger. Sebelum ni hantar balik kampung Mamito and Nini jaga.. Tapi Beruas tu jauh so terpaksala aku cari babysitter yang dekat sikit.

Cari kat group facebook 'i love manjung' jer... And okla cos babysitter tu jaga anak dia sorang je, takde baby lain. 

Sedih gak nak hantar anak kat orang, tapi kena hantar jugak for my sanity and for my work.

Bukanla nak kata anak bukan priority aku, tapi aku juga ada kerja aku. 

Plannya utk babysitter jaga 2-3 bulan camtu. Tunggu Razin masuk taska so lega la sikit kat kedai ni... Nak jaga dua2 kat kedai memang tak jadi kerja la. Huhu

So ko nak jaga anak or nak jaga kedai? Pilih. Bukan pilihan yang senang but u cant have everything in life.

Anyway, now that Raul is with babysitter (Monday-Thursday only... From 9.30am-5.30pm), Razin in spending the time with me at the shop.

Menguji kesabaran juga cos dia boring takde tv etc, maka dia main dgn benda2 dalam kedai ni seperti price tag gun, stroller babyzen yoyo aku yang aku wat jd display serta patung demo/contoh.

Lawak pun yer when i found out yang dia lekatkan price yang salah kat semua barang T.T

Oh well this is how it is now.

I'm hiring my youngest brother as a helper. More like 'penunggu kedai' je kot. Cos he knows nothing of the baby stuff (what do u expect la wei hahahah), and not willing to learn too. Haihh... But have to make do la for the moment.


Pemandangan dari tempat aku duduk sekarang.

It is indeed fun and inspiring to finally have a physical shop. But oh my, so tough too! 

Balik kerja and lepas ambil anak, just rehat je kat rumah. Kain bertimbun2 belum berlipat. Bab masak memang dah lama handover kat laki aku. Only my husband cooks now. Luckily he likes to cook and he cooks better than me hahah... Only the mess after each cookings bagi aku sakit mata.

Again, you cant have everything in life.



Alhamdulillah
Friday, October 17, 2014
Bismillahirrahmannirrahim...



Alhamdulillah...
Saturday, October 11, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Sebenarnya nak tido sejak 9.30 tadi tapi harammmm.. Now dh 12.12 am xtido lagi. Sembang dgn customer-becomes fb friend on whatsapp. She share her experience handling and managing a retail outlet in Terengganu. Inspirational indeed. Berkobar2 semangat.

Sesungguhnya i have lots to learn. 

Syukran on the knowledge shared. Alhamdulillah.

Anywayyyy, just nak ngomel2 je kat blog ni. Aku rasa ruginya laaa aku tak start ade instagram awal2. Tak tau lak benda ni fenomena. Ramai org suke shopping di instagram rupanya. Ramai org malas beli kat website rupanya... Dan lagi, ramaiiii org prefer beli guna whatsapp - maknanye guna tefon je. Xyah ngadap lappy nak Add To Cart bagai etc. Kahhhhh! Baru ku tahu! <--- sape suruh kau pakai Blackberry selama ni loser! Hahahahah. Sedih je BB xde instagram. So mana la nak tau betapa ianya fenomena huahuahua. Sila gelakkan diri sendiri

Bukan ape, kalau aku buat ig dari dulu mesti dah berpuluh ribu (mungkin jugak ratus ribu. Chewahhh perasan) followers instagerammm aku kikiki.... Yela, DULU (baca: before kawen), reader blog ni ramai okeh. Komen kt stp post pun banyakk (walaupun blog post cam tahikkk). Eh glemer jgk la aku dulu kakakakakaka *mintak panggg sedas*

Mestilah followers ig aku boleh berpuluh ribu. Now dah anak dua baru terhegeh2 nak buat ig memang jenuh la mengumpul followers. Tengok twitter aku, aku start bertwitter sejak bujang lagi maka followers twitter aku 1.5k tau (followers 1.5k di twitter mcm 50k di ig kot - my logic). Ramaii tu. Kakakakaka...

Anyway, pointnya di sini ialah; silalah follow instagram Mama Panda weiiiii. Kasihanilah aku 😂😂😂


Sian aku. Xsampai 10k pun weiii ahahahaha
(By the way sape nak beli fetal dopplers Unborn Heart yang best tu boleh beli di Mama Panda Store. Follow ig tau!!! Sebab tak sempat upload kt website lagi 😝)

Oklah, ape lagi nak catat.

1. Happy International Babywearing Week! - dah 11 Oct baru nak wish cam hampasss

2. Esok sabtu tapi aku kena kerja cos ade customer whatsapp nak mai kedai TEST baby carriers. Takpe, walaupun just nak test (and bukan nak beli), aku yang berdedikasi lagi pro aktif menyahut kekeliruannya dan akan ke kedai pagi esok untuk membantu dia mencoba coba carrier yang ada di kedaiku. Sila kagum dari jauh dgn sifat terpuji ini.

3. Ahad ni ada Babywearing Walk kat Aeon Manjung wahai kome oii. Moh le kite beghame-ghame berkumpui dan memeriahkan lagi IBW yang dah di akhir waktu (xkisah la... ahad tetap dalam week eventho week-end hehehe). Errr aku pun xsure pukoi berapa nak bergather2 nya tapi terjah jela mak2 penggendong budak kat situ nanti. Kat area Kaison-sebelum berjalan tawaf mall. =D

4. 

Ok xde point dah kat no. 4


Baiklah, mau beradu dulu. Assalamualaikum

#mamapandastore #thebestbabyshopintown #ilovemanjung #babywearingrocks 

.
.
.
.
Ok abaikan hashtag di atas cos takde kaitan. Otomatik sejak ade instagram ni tangan mesti nak end any post dgn hashtag. Hahahahahahah...

Bye


Alhamdulillah....

Thursday, October 2, 2014
Bismillahirrahmanirrahim


Sekarang kat Beruas. Sampai petang tadu sebab nak tengok Raul. Dia pun kena jangkit HFMD (masa Mamito amik Isnin lepas tak nampak lagi)



Tapi takde naik banyak bintat2 merah tu. Ade ckit kat jari and belakang tengkuk. And dekat lidah and muka sikit.

Sian adik.

Lepas geram menyusu dengan aku tak lepas2 malam ni... Huhu i love you baby...  Cepat la baik sayang2 ku semua. Sedih and serabut betul bila anak tak sihat.

Buat kerja slow and ada barang tak sempat pack and post. Aku harap customer paham la... Siap ltk status kt whatsapp and pic Razin kena hfmd jadi display pic.

Kat Fb pun kabor jugak cos nak org paham kalau aku slow bls pm tu ade la sebabnya.

Kerja still kerja macam biasa... Kedai tak settle2 lagi setup.

Dah sebulan dah dpt kunci ni. Huwaaaaa... Bz gila ah

Esok pagi nak kena rush balik Lumut semula cos ada appointment dgn salesman pukul 2. Nak kena settlekan pack2 barang utk pos sebelum dia dtg. Aiyark cmne eh dgn budak dua org ni xsihat? Hanis tu aritu aku tak tengok kerja dia time dia pack abis salah packing barang. Huhhhh penat semua nak kena monitor T.T

K la kena tido dah ni. Adios amigos



Kedaiku. Sneak peek.

Till then.



Alhamdulillah...
Wednesday, October 1, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...







Kesian Razin. Tetiba je kena HFMD. Padahal duduk rumah je pun. Aku perasan Sabtu malam dia ada naik merah2 kat tangan... ingatkan nyamuk.

And malam tu ada jugak dia ngadu gatal kat kaki, aku anggap gatal biase jela...

Esoknya Ahad, pergi open day Little Caliphs kat Desa Manjung Point. Razin main-main kat situ and lama gak melepak sempat aku nyusukan Raul sampai kenyang... On the way balik tu Hanis cakap eh ape benda naik kat mulut Razin ni? Tengok2 ade bintik2 merah tu. Then check tangan and kaki pun ada bintik2. Whoaaa sedih aku. Terus bawak pergi klinik.

Tak demam. Takde ulser dalam mulut masa check tu... kitorang pergi Klinik Diong btw. Tapi bukan Dr Diong yang ada... Doktor lain bangsa India... Maybe sbb Ahad kot. Doktor lain ganti. Doktor tu kata bukan HFMD. Dia bagi ubat sapu and ubat gatal.

Esoknya Isnin tak puas hati cos aku rasa betul la HFMD ni.. bawak pergi Pakar Ling plak. Betul telahan aku. HFMD. Ade bagi ubat sapu ubat gatal gak tapi takde pakai pun... bila letak terus budak tu bergaru so biar jela... tak letak. Aku sapu tea tree oil jer... and sekali ada letak calamine lotion.

Takde ubat kan... just wait it out I  guess.. Tunggu surut.

Patutnya arini (Rabu) 1st Oct aku hantar Razin pergi Little Caliphs. Tapi dah sakit, kena la duduk rumah dulu.

Baru je daftarkan dia untuk sesi tahun depan. Tapi aku cakap dengan teacher tu bulan 10 leh masuk dah ke tak cos takde orang nak jaga Razin time aku busy di kedai. Kat kedai aku bawak Raul je. Tak larat la nak handle sampai dua orang. Dahle kedai takde tv ke ape... mesti boring Razin nanti.

Kedai?

Yes, dah ada kedai. Tu next entry kalau rajin.

Wish I could have more time to blog.

Till then. Doakan Razin cepat sihat. Sedih jer tengok benda merah2 tu banyak naik kat siku and mulut. Ade jugak kat area bontot and crotch. Bila datang masa yang gatal ya amat tu sampai nangis2 Razin.... abis tu mak nak buat ape ajin.... T_T

Raul ada kat kampung, Mamito amik semalam (Isnin) cos takut berjangkit. Nak hantar Razin memang tak la cos dia pun tak nak balik kampung.

Tapi semalam Nini bagitau Raul meragam and dalam mulut dia ada merah2. Belakang tengkuk pun merah2. haihh risau plak aku... harapnya takde ape2 cos Raul memang tengah teething kot... asyik gigit jari and isap. Memang tengah gatal gusi.

Anyway, got to go. Adios.

Written By Ryehana
alhamdulillah...