Sunday, December 20, 2015
bismillahirrahmanirrahim...


Pukul 1.20 pagi ni wei... tapi since takde keroje and takleh tido, aku nak review tentang stroller ni. Rajinnyeeee nak review stroller yang aku tak jual pun! HAHA... hampeh. Takpela sharing is caring.


Ni baru kali kedua stroller ni dibawak keluar and guna untuk strolling around hehehe


Sejarah pembelian stroller:-

a) Bought in March 2015 from US. Posted using USPS and arrived in Lumut 2 weeks later. First time beli barang cecah ribuan ringgit dari US. Aku confident barang sampai cos sebelum beli ni ade kawan FB dah beli dulu warna biru. Sampai barangnye. Lega haha. So baru lah aku order.

b) Peram tak pakai sampai baby lahir. Baby no.3 lahir 29 Julai 2015. Still tak pakai lagi until baby dh 2 bulan/abis pantang. Tu pun pergi Tesco je. =P

c) Stroller ni tak datang dengan adapters for Maxi Cosi carseats. Aku beli kemudian at RM190 kot? Lupe dah berapa... 

Phil & Teds Verve V3 in Cherry.
Comes with bumper bar and suncover for 2nd seat
(I think? cos it's a netting stuff I don't use, I just leave it at home)

Tapi kat gambar atas sekali tu aku tak pakai bumper bar since tempat cucuk tu 
diganti dengan adapter for Maxi Cosi carseat. Both items kalau tak pakai leh biar je kat stroller bila dah lipat. Tak ganggu pun...


Actually, before purchasing this stroller, I was considering another double/tandem stroller which is the Baby Jogger City Select double stroller.

TAPI sebab Baby Jogger tu seats dia tak boleh fold sekali and have to be taken out, then it is not an option lah. Cos I hate removing/disassembling strollers for a quick out and about. Moreover, I was usually alone and I can't have a stroller that needs some time to store in the boot.

So why did I buy the Phil & Teds Verve V3 stroller?

1. First and foremost, mesti boleh fold both seats altogether. Need to save space and time. Checked!

2. Big space for the 2nd seat. Yelah, yang duduk bawah tu kesian le kalau sempit kan. But no, it is spacious. My chubby abg sado (18 months) could fit just fine with plenty of leg room.

3. Can be used with Maxi Cosi carseats. Of course, since I'll be having an infant carseat too kan... Might as well put it on the stroller if I can. Checked.


Quite compact. Okla for us.
Muat dalam Honda CRV and Nissan Serena.

And this is the pic by my friend - packed inside her car...
Kalau tak silap kereta Honda Odyssey

Cantik kan warna biru ni? =D
Pic credit to Kak Tini.



More info on this stroller:-

a) This stroller is intended for children from newborn to 5 years. (which is great for me cos Razin will be 5 next year and Raiq, the youngest is 4 months now. All my 3 boys can fit in this stroller hehe)

b) Maximum weight in the newborn position is 9 kg. Actually stroller ni leh rearward facing tapi tak pernah try cos macam leceh nak cabut seat bagai... so abaikan. I use infant carseat je senang. Selagi muat leh duduk dalam tu.

c) Maximum weight in the upright main seat is 20kg

d) Maximum weight in the double kit on rear is 15kg. Oklah... now berat Raul 14-15 kg ok je =P

e) Adjustable sun hood. Canopy or hood untuk lindung dari cahaya matahari tu boleh diadjust mengikut sinaran matahari yang kena pada budak. Bahagian belakang canopy tu tak melekat pada frame stroller, so boleh ubah-ubah.




f) Adjustable handle. Yang ni best so takdelah if mak/ayah yang tinggi kena menunduk or lenguh tangan ke ape...


Phil & Teds Verve adjustable handle. Vibe pun sama rasanya.



On the Phil & Teds stroller, my 4 months old baby was in a Maxi Cosi Pebble Plus.
(the newborn insert already removed)



The adapters that were purchased separately.




Hehe... My boys loved it!


Jangan risau or kesian kat baby yang duduk bawah tu ya... cos ruang luas and bukannye tak nampak ape. Still leh tengok ke luar, no big deal. My boy loves it! Raul boleh duduk depan and boleh duduk belakang... dia tak kisah asalkan stroller tu bergerak. haha...


Raul. 18 months.
Weight: 14-15kg




Kemain happy lagi Raiq kalau bawak berjalan.

Balik Beruas jela baru berjalan keliling kampung dlm stroller...

Kalau kat Lumut, jalan dalam malls jelah huhu....


Overall, really satisfied with this stroller.

Sayang weh... setiap kali lepas jalan aku lap tayar bagi bersih so leh letak masuk rumah.

Gile tak sayang, stroller paling merabakkan poket kot ni...

Semoga berkhidmat dalam masa yang lama. 

Adios.
Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, December 17, 2015
Bismillah...


Today sucked.

Tak tahu kenapa, rasa bad mood sangat2.

Ok fine... Ade satu keputusan kurang cerdik yang telah dibuat and damn it I've learned my lesson.

Annoyed with the maid.

Rasa tak sedap badan.

Rasa tak selesa. Gemok sangat.  No self confidence? And I'm depressed cos I'm ugly & fat, I think ;(

Mungkinkah period nak tiba?

Sejak habis nifas aku masih belum period... Was that it?

Hopefully tak la cos i haven't study about which contraception to use...? Errr ok TMI.

Aku takleh tido ahhhhhh... My back is killing me... Kesan kena cucuk epidural kot? Oh i'm sad... ;(

That's all for tonight.

Daa


Alhamdulillah...


Tuesday, December 15, 2015
bismillah...


Updates bergambar ni namanya...

Layan...


5 Dec di Beruas.
Sebelum pergi kenduri kawen kawan Nan



Mak and Raul on the way nak pergi kenduri.
ABAIKAN KEGEMOKAN MAK.

Moving on..


Ajin macam anak cina betui. huhu




Lantak korang lah nak sembang ape...
Saya nak makan lalala



Lepas Zohor gerak pergi Ipoh plak. Pergi Mood Republik kat Casuarina Meru.
Gigih pergi jejauh nak ngabih duit!



What I bought?
2 jubah dari Imaan Boutique (RM139 x 2)
1 jubah dari Calaqisya (RM149)
2 instant shawl Naelofar (RM55 x 2)
3 helai instant shawl brand ape tah, Nini amik satu (RM100)

Pergh, Rabak RM637! Tapi pueh hati gak la cos dapat pegang kain dia and test kat badan (aku sarung je peduli hape.. nasibaik time tu semua girls je kat booth Imaan Boutique tu)

Murah la dari harga biase (takdela murah BEBENOR pun)...
murah rm10,20 gitu je...

jadilah... 

Balik dari Mood Republik, laki aku yang hanya menjadi driver ajak pergi Sri Iskandar pulak nak tengok rumah ade orang nak jual and kekononnya nak beli...

Rumah kos rendah RM100K only. Kecik je tapi bagus la untuk sewakan, I think.

Takde gambo rumah cos masih ade orang menyewa.

Oleh kerana kelaparan, kami singgah ke Restoran Ikan Bakar Pak Teh yang femes kat Sri Iskandar tu.


Soft shells crab (RM15 x 2)
Jenahak bakar (RM49)
Tomyam, telur dadar, kailan ikann masin, bla bla...
Total RM109... Oklah.

Sedap soft shell crab tu tapi pedas gilaaa...

Aku tak ingat aku order yang mana... sweet n sour ke ape... huhu

Anyway, last weekend plak aku bawak Razin & Raul ke Pangkor.

Ini adalah kali pertama aku ke Pangkor sejak 2002!

GILE LAMA SIOT tak jejak kaki ke Pangkor padahal sekangkang kera je.

Ni aku terpengaruh dengan Cikgu Ika yang baru balik dari cuti2 ke Pangkor dgn sanak saudara dia (my customer, my friend)

Tapi kitorang takdela tido sana. Lagipun Raiq tinggal kat umah dengan Bibik...

Tengokle next time bila free and pergi ramai-ramai baru syok tido sana.


Kami naik dari Marina Island, 10 minit je nak sampai Pangkor.
Ni Razin asyik kena jadi model Deuter bag yang Mak jual.
Nasib ko la nak.. haha..



Razin happy sangat dapat naik ferry.
Pengalaman pertama.




Raul?
Hmmm tak kisah ape pun.


Raul dalam fasa sangatlah "tak reti dok diam"
Jenuhh

Nasib baik bawak Ergo.


Sampai Pangkor, kami sewa kereta je dari orang yang ramai tunggu kat jeti tu. Sentiasa ada. Amik la... RM70 untuk 3 jam. Dapat wira auto. Haa ade citer tentang kereta ni tau... tunggu aku citer HAHA


Kat Teluk Nipah


Lepak Teluk Nipah jap cos sini nampak happening...

Tho i must say, I would prefer to come during slow season.

Musim cuti sekolah ramai gile orang kat pantai. Serabut.

Resort yang dekat gile ngan Teluk Nipah ni adalah Anjungan Resort.

Boleh diconsider lah if nak stay nanti.

Aku jugak baru tau yang Pangkor Laut Resort tu di pulau berasingan. KAHKAH...

No wonder la mahal gile satu malam almost 1K kot. Tak campur orang... memang privacy and very expensive ler

Next activity just meronda and survey2 chalet/resorts jelah.

Haaa... bab kereta tadi kan.

Kalau orang suruh isi minyak, silah isi.


Tengok ni kereta tersadai cos ade orang tu DEGIL tak nak isi minyak walaupun bini dah suruh. 
Maka? Mampos kete tengah jalan... sabo jelah.

Kereta sewa kat Pangkor ni memang kena lenjan kaw-kaw punyer.
Yang kitorang sewa ni dia punya fuel meter dah jahanam.

Masa brother tu handover kereta dia dah inform, isi minyak RM10. Tapi laki aku tak isi, sebaliknye berjalan sampai ke Teluk Nipah.

Lepas 5 minit blah dari Teluk Nipah, kete meragam nak naik bukit and terus kong.

Aku dah cakap dah, ISI MINYAK... tapi ade orang tu cakap "Tak payah" 

Then lepas tefon, brother tu datang bawak setong minyak. Lepas isi still takleh start kereta jugak.

So masa tu ingat kereta tu memang rosak la kot so kami dapat kereta lain...

Kitorang tinggalkan je kereta tu dengan pomen...

Lama gak menunggu, kesian anak-anak aku macam ape je bersidai tepi jalan. So sadddd haha

On the bright side, kami dapat kereta Myvi yang baru dan best sebagai ganti.

Kereta brother tu sendiri dia bagi pinjam. Alhamdulillah berganda la selesa nak drive berbanding wira yang rendah tu... Nak naik bukit pun confident...

Masa pulangkan semula kereta, baru brother tu gitau betulla kereta tu takde minyak. Kena isi minyak lagi setong baru boleh start. SEE?? 

Itu lah dia pengalaman kami jalan-jalan kat Pangkor =P


Pengajaran: Sila dengar cakap bini & silalah isi minyak kereta sewa anda. 

Ni bukan kereta Hertz, kalau Hertz dapat je kereta terus bawak cos minyak full. huhu...

Oklah. panjang lebar dah citer.

Till next time.


Written By Ryehana
Saturday, December 12, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Untuk rekod di masa hadapan.


Video Raiq, 21st October 2015.
Almost 2 months.




Video pendek dari persembahan Razin masa Ihtifal.
Tarikh 8 November 2015.
Umur 4 tahun



Video Raul gebab
:p


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, December 11, 2015

bismillahirrahmanirrahim...


Semalam saje keluarkan koleksi strollers sebab ade sebijik stroller yang jiranku nak beli.


Dari kiri:
Easywalker Mini Buggy in Union Jack
Babyzen Yoyo in Milk (Limited Edition)
Quinny Zapp Xtra 2 in Red Denim

Ade sebijik lagi tak bawak kuar... tandem stroller Phil & Teds aku...
Bought Phil & Teds Verve V3 sejak March tapi tak berpakai... Baby lahir 29 Julai pun peram lagi till September aritu baru pakai...


Percaya atau tidak, baru sekali bawa keluar ke Tesco.
Kahkah... beli Rm3k oii... 
Bahana banyak sangat strollers... 
Ok yang ni aku review later lah.


Anyway...

Mulanya akak tu pinjam je (swap dengan Quinny Moodd dia) tapi semalam nak pinjam lagi so dia beli jelah preloved ;p


Stroller Quinny Moodd ni akak jiran punye aku swap jap..
Dia pinjam Easywalker Mini and Babyzen Yoyo pergi family day cos Quinny moodd ni besor sangat.
TAPI CANTIK!! haha


Sebelum jual amik gambo dulu... 
Sayang stroller Che Ta ni cos memang comfy for my babies.


Ok, bila folded memang besor sikit dari Babyzen.
Sebab Easywalker ni umbrella fold, so memanjang la rupenye...

No big deal for me cos still plenty of room kat boot kereta.


Raiq, 4 months in Easywalker Mini buggy.
Stroller ni boleh pakai dari baby newborn cos leh baring... cuma baby ngadap depan la bukan ngadap kita yang tolak stroller.





Ape yang best tentang Easywalker Mini ni?

Yelah, dia jenis umbrella fold macam other strollers kan...

Bab fold tu senang sebab simple je...

Material dia bagus! 
Lebih empuk dari Babyzen and Quinny Zapp Xtra2 aku tu. 
Percayalah.


Material best berkusyen... sedap baby nak tido.



Boleh letak carseat Maxi Cosi!

Haaa ni macam Quinny la... tapi yang penting, tak semahal Quinny ekekeke...

Cuma kena beli tambahan la adaptor tu. RM139.

Easywalker Mini Buggy ni retails at RM1399.

Tapi kat Mama Panda ade 20% less.


Well... tu je nak review tentang Easywalker Mini ni.

Haih sayang oo jual. Mmm we'll see lah if nak travel light-light dengan selesa, rembat lah satu again. 

Adios.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
bismillahirrahmanirrahim...


Last 27th - 29th Nov we went to Cameron Highlands untuk kesekian kalinya... Dah banyak kali pergi tapi tak jemu-jemu. Hahahaha

Dah itu yang dekat.

Aku suke bukit-bukau.

Anyway, pergi pun sebab aku beli Groupon untuk stay kat Strawberry Park Resort and Copthorne. Dua2 hotel tak penah duduk so ape salahnye hehehe...

27hb Nov tu Perak cuti birthday Sultan. So gerak lepas lunch since check in pukul 3 petang.


Raul agak 'peghak' haha... comel sangat keletah


Stay kat bilik yang mengadap bangunan tempat check in.


Kami dok Block F.

Tempat breakfast and swimming pool ade di Hotel Main Block.

Check in & Check out juga di situ. 

Best gak Strawberry Park Resort ni cos very privacy... on top of the others. Tinggi naik atas. 

Bilik air luas tapi takde bath tub 

Katil king muat la 4 beranak tido.

Ni untuk bilik yang aku book la... RM235 kot kat Groupon. Lupe dah.


Layan pics jelah.





kuar makan petang tu dapat ngap roti canai...
Sedap gilaaa... teringat sampai sekarang. Yummm


Pueh hati. benda2 ni memang feveret aku


Time breakfast hari Sabtu.





Sambal strawberry RM16 sebalang huhuhu


Anyway, pergi ke Cameron kali ni aku tak bawak Raiq cos kononnye takut takleh handle anak 3 orang without bibik bla bla... menyesal wehhh!

Bengkak dada dengan susu. So aku kena mengepam jugakla...


aku tinggalkan susu banyak ni untuk bekal Raiq di Beruas.
Bibik pun tinggal Beruas ;p


Brought this cooler bag from Coleman untuk standby transport susu masa kat Cameron. 
Ni gambo masa otw pegi... letak air kotak n ice pack Coleman yang memang dah beku dari Beruas.

Fyi, I really recommend Coleman's cooler bag.
Lagi berkualiti and lama gak tahan sejuk (yang sempat ditest 4-5 jam)

Anyway, lepas check out Strawberry Park Resort, kitorang jalan-jalan cos check in kat Copthorne pukul 3 petang.

Copthorne lagi murah dari Strawberry Park...

Aku beli Groupon RM169 je kot. Bilik pun biase-biase je...
Tapi budak-budak ni suke la cos ade bath tub.


Balkoni biase je takleh letak kerusi kat luar. Bahaya lagipun.
Kitorang kat tingkat 13 ni.


Budak banyak ragam.







Raul budak gebab. Perut sama ke depan macam Ayah,
Ok fine, mak pun... tapi mak ade jugak kuar 3 org anak okehhh :p

Antara Copthorne and Strawberry Park, aku prefer makan kat Chopthorne.

Tapi bilik kat Strawberry Park lagi best and nyaman... jauh dari orang.. memang syok ar.
Nak honeymoon sila pergi Strawberry Park. 


Sekian...


Written By Ryehana
alhamdulillah...