Saturday, June 27, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...



Haaa aku xpuasa so aku nak membebel sikit.

Kisahnye, bulan 5 aritu ade la order barang dengan satu supplier nih. Barang dia takde stock masa aku order, TAPI dia cakap most probably NEXT WEEK akan post out la barang aku tu... So ok fine. No hal.

Then dia bagi invoice, aku buat terus FULL PAYMENT. Yela, normal je benda ni. Standard la bayor dulu baru dapat barang. Setakat 'NEXT WEEK' tu takdela lama pun.

Tapiiiii akhirnya ade delay on her side. Barang lambat sampai or tah camne dia DHL hantar semula ke kilang kat obersea nun. So nak dipendekkan cerita, aku akhirnya dapat barang minggu ni.

26 & 27 June baru dapat barang. Bayornye sejak 18 May. Ok takpe. Settlelah kan.

Tapi, pada 23 June yang lepas supplier ni ade la emel kat semua kedai2 yang lepas ni ade price increase. Yela sebab ringgit jatuh bla bla... Ok, aku bace email tu pun gitu-gitu jelah.

Sekali dapat emel dia tanya camne dah dpt semua barang ke... pastu siap gitau, "kita dah naikkan harga barang. Nanti dah bankin balance, gitau yer"

Apekah??

Balance??

Heyyy... tak pernah dibuat orang okeh. Transaksi pembelian dah settle sejak 18 May. Ko bagi invoice, aku bayo. Cuma aku ni ha kena tunggu punye lah lama nak dapat barang. Janji awalnye seminggu, dah sebulan lebih baru dpt! Tapi takde la aku nak complaint hape cos paham bab shipping ni bukan dalam kawalan kita.

Tapiiii bab nak mintak bayaran balance ni aku macam tak percaya je! Ape kejadah plak aku nak bayar balance padahal aku dah bayar FULL pada invoice pertama yang kome hantar dulu.

Korang yang overconfident barang dapat dalam masa 1 week, then pastu ade additional cost postage/currency exchange, aku plak kena bayo??

hello... itu la risks jadi supplier ok.

Aku baru lepas balas emel dengan nada terkejut. Cos memang aku terkejut! Tak pernah dibuat orang.

Lain kali, jangan amik PRE ORDER with payment. Haa ni ko dah amik duit aku siap-siap padahal barang takde lagi, then boleh pulak mintak topup kenaikan harga.

Ape kejadah pulak kan. New increased price should be in next order lah... Tu pun kalau aku nak order lagi lahhh.


Adoiii sabo jer la... Tunggu dia nak reply ape. Tapi kalau ikutkan memang aku takyah bayar dah. Cuma tu la... geram je bole plak dia nak mintak balance payment. Grrrr...


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Monday, June 15, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...

Bermulalah fasa-fasa susah nak tido. Ke kiri salah, ke kanan salah. Terbaring terlentang pun tak selesa. Adeiii dugaan ibu mengandung...

Takleh tidur sebab perut besar.

Takleh tidur sebab menengokkan perangai Razin and Raul tidur.

Budak dua orang ni tido sekatil dgn aku laki bini.

Sempit ok tapi Razin takmo tido katil dia maka terpaksalah.

Si Raul memang suka tido bawak ketiak aku selalunya. Tapi ade je masa-masanya dia tidur bahagian kaki... Sama macam Razin. Ni tadi baru kejap tadi aku tolak Razin cos dia himpit adik dia... Letak kepala atas dada Raul. Nasib baik Rayl tak nangis... Aku yang tengok yang sesak dada. Pheww

Tak tau la camana rupa bila dah keluar adik baby nanti. Sekarang ni Raul la adik... Dipanggil "adik" dari dulu. Mmmm nak kena biasekan panggil Angah le plak pasni...

Nak tak nak Razin kena la tido katil dia. Katil dia ade je dalam bilik ni (in the same room) tapi dia ngengada. Selalu nak menyempit jugak tido katil mak ayah.


Gambar kat Cameron last Tuesday.

Haihh aku takleh tido. Nak membaca pun takleh cos lampu tutup. Malas nak kuar pergi tempat lain, risau plak budak2 ni jatuh katil ke ape..

Katil kitorg ni memang dan letak bedrail bahagian kaki and kanan (hubby's side). Tapi takut gak la diorg golek2 belah kiri and jatuh.

Xtau nak watpe dah. Seksanya nak tido cos xselesa mcm2 position....

Oh well... Till then.



Sunday, June 14, 2015
Bismillahirrahmanirrahim



I bought this book agessss ago. Before ade Raul, I think.

Baru baca few days ago tu pun belum habis and I skipped chapters. Politics bored me to death.

But I was fascinated with his stories. His early life. A truly eye opener.

Let's hope I could finish this book soon.


By the way, selamat menyambut bulan puasa!



Alhamdulillah...
Friday, June 12, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Sebelum terlupa, baik aku catat.

Sepatutnye check up kat Sejati 10hb Jun tapi aku busy gila hari tu so semalam baru pergi.

Berat: 92kg!!
Blood pressure: 153/75!!

153 okeh. Tinggi tu... Slalunya aku around 120-130 plus je.

Hmmmm...

Anyway, berat baby normal. Sesuai dengan usia kandungan. Kedudukan kepala kat bawah. Elips... Tak engange lagi. Kepala kat lower right side of my tummy.

Air ketuban ok.

All seems ok.

Hopefully can VBAC.

Cuma berharap last minute tak breech. Cos masa ultra sound tu baby aktif sesangat. Even now pun. Banyak gerak.

Doktor cakap semua nampak ok. Next check up in 2 weeks. Haaa bermula la every 2 weeks pergi klinik. Woohoo... Dah dekat dah rasanya...

But he did told me that since aku ni GDM, baby takleh lebih due date. Akan kena induce if dah 40 weeks tak beranak-beranak lagi.

Razin dulu aku beranak time 38 weeks kot.

We'll see....


Till then.



Adios.



Alhamdulillah...


Wednesday, June 10, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


What a busy weekend!

Penat gila... Sampai rumah Lumut pagi tadi around 10am dari Beruas.

Nan dah selamat bertunang dengan pilihan hati, Aina Najwa last Sunday di Terengganu. Kami datang Terengganu hari Sabtu, 6hb June...

Kronologi cerita utk ingatan masa depan:

4hb Jun - kereta baru dah sampai Sitiawan. We bought Nissan Serena premium model. Dah ade V Kool tapi add lagi another layer of tint. Petang/Maghrib hari Khamis tu kitorg amik. Till today aku belum drive lagi cos macam gayat je (peghak pun yer) nak bawak.

Kak Lin came to Sitiawan on the same night with Nan, Nini, Diyana & Elly (our cousin) untuk amik CRV. Kak Lin nak pinjam bawak pergi Terengganu Sabtu tu... Aku ikut balik Beruas malam tu ngan Kak Lin. Laki aku balik umah macam biase cos esoknye, Jumaat dia keje lagi...

5hb Jun - Kedai tutup tapi aku still datang kedai dari Beruas untuk settlekan barang nak pos. Elly came to help. Dtg Lumut pun cos Kak Lin kebetulan ade benda nak settle kat JPJ etc... Last minute shopping baju nk pakai time kenduri bertunang. Busy gila sampai tak ingat 5 June tu anniversary aku yang ke-5 tahun dengan suami. Huahua.. Laki aku balik Beruas malam tu... Takde celebrate hape pun. Malas. ;p

6hb June - Gerak dari Beruas pukul berapa ek... Kalau tak silap around 8.30am... Kengkonon plan asal nak gerak 7.30 pagi, tapi usah harap... Pung pang itu ini, 8.30 gak baru gerak. Konvoi 3 bijik kereta dari Beruas menuju destinasi Bukit Payong, Marang, Terengganu.

Kitorang tak lalu ikut Gerik, sebaliknya lalu ikut Gua Musang... Dari Simpang Pulai naik ke atas almost nak smpai Cameron, then ikut jalan ke Gua Musang. 1st time untuk kami semua lalu kot situ. Selama ni semua yg pernah drive lalu kot Gerik je.

Berapa kali stop ek... Kejap2 orang ni nak terkencing, nak terberak, nak makan, nak buat susu bla bla... Perjalanan sangat membosankan cos takde tempat nak stop (takde RnR). Dari Cameron punye stop - Meiko strawberry farm ke ape tah sampai lah ke area jeti Tasik Kenyir baru stop. Bosan sangat dalam kereta. Nasib baik bawa bekal makanan, kami stop and makan tepi jalan area Festival Tasik Kenyir... Ramaiii sangat orang...

Raul okla dlm perjalanan. Nini tolong jaga. Razin pun ok... Alhamdulillah...
Masa pergi, Mak Tih and Nini naik ngan kami.

Mak, Nan, Hanis and Amirul satu kereta...  Nan's kia forte.

Mak Yang, Kak Lin, Elly and Diyana inside Crv. Yong tak ikut kali ni.

Kami sampai Bukit Payong, Terengganu around 4.30 petang. Okla jugak.. Takde la lama sangat considering banyak gak stop. So memang laluan Gua Musang tu jimat masa. Cuma tak tahan bosan cos takde RnR and tak banyak kereta lalu. Cam sunyi and seram je huhu...

Kitorang stay kat inap desa (home stay la kalau ikut kata orang sekarang tapi term tu salah tau. Term yang betul ialah "inap desa"). Aiman Home Stay tak silap nama inap desa tu. Belakang Balai Polis Bukit Payong. 

Sampai-sampai dah ade Aina, mak dia & mak saudara & sepupu dia tunggu kami dengan makanan siap terhidang. Sembang2 and lepak... Malam pun tak keluar cos semua dah penat gila. 

Alhamdulillah home stay tu selesa. Dua tingkat, ruang tamu berhawa dingin, lengkap perabot and ade 4 bilik tidur. Bilik aku je ade aircond rupanya.. Master bedroom. Nak wat cmne kan, anak dua. Orang lain bujang hehehe... 

7hb June - The Day!

Tunggu Mak Tam & Pak Tam and Mak Njang & Pak Njang sampai...

Mak Tam & Pak Tam dari Johor, Mak Njang & Pak Njang dari umah diorg di Kuantan. Pak Njang selaku orang Terengganu and paling senior jadi jurucakap. 

Pukul 11 pagi gerak ke rumah Aina.

Layan gambor jelah. Tak tau nak cerita apa cos aku lepak luar rumah cos anak meragam (Raul ler sape lagi).


Ramai orang datang cos family belah pompuan ramai sanak saudara.. Datuk belah mak ke ayah tah kahwin lebih dari seorang.. So ramai sepupu, dua pupu etc (aku pun tak tau sangat). And jamuan makan selain dari sebab bertunang, juga sebab kenduri tahlil...


Comel bakal adik ipar. Muda remaja. Baru 19 tahun weh! =D

Kalau tak mekap lagi comey... ni mekap nampak matured pulak hehe

Dijadualkan bernikah pada March 2016 nanti insya Allah... Cukup-cukup 20 tahun.

Adik aku? Hmmm... Nan 28 tahun next year.



Dari kiri: Mak Tam, Mak Njang, Aina, Mak Yang, Mak aku & Mak Tih

Gambar dari phone aku tak semenggah. Ni pics cilok dari instagram dia hehehe





Settle sarung cincin, makan-makan, sembang2 and blah.

Gambo Nan ngan Aina takde dalam simpanan aku cos dia masuk umah lambat. Then he stayed amik-amik gambo lama sangat so kitorang blah balik homestay untuk salin baju cos nak keluar merayap plak pastu.

Dah ade pics diorang berdua aku cilok dari instagram jugak hehehe






Berpecah cos tak sama kereta. 

Kereta aku: Mak, Nini, Amirul (nyebok cos tak nak tunggu Hanis & Nan), Razin, Raul, hubby and aku.

First sekali, kami pergi Pasar Payang. Panas gila and sangatla crowded + jemmm. Shopping baju kaftan (aku tak pernah ade kaftan!), kain sutera (bila nak tempahnye tahhh) and hubby membeli keropok2 and ape tah lagi... 

Lepas blah dari Pasar Payang, pergi Losong pulak makan keropok lekor. Hubby bought some to bring to Pahang the next day (dia nak balik kampung dia jugak). Jumpa dengan Nan & Hanis kat Losong cos diorang nak kunci homestay.

Hubby bercerita tentang tempat dia duduk dulu masa kerja/praktikal di Terengganu. Visiting Terengganu brought back memories I guess...

Settle makan and membungkus, gerak pergi Masjid Kristal plak. Almaklum dah nak senja... Asar pun belum. And it was nearby. Singgah Masjid Kristal... Kebetulan Kak Lin and the geng pun baru sampai Masjid Kristal gak... Terserempak time nak parking. 

Tak masuk pun tengok monumen2 masjid cos dah lewat (plus kena bayor hahah)... Nak naik feri pun tak sempat cos dah after 6pm. So betul-betul ke Masjid Kristal sahaja.





Dalam pukul 7 camtu gerak balik homestay.

Malam tu orang lain sume lepak homestay je... Kepenatan. Aku, hubby and Razin kuar jap pergi isi minyak, kuar duit and singgah pasar malam cari dvd kartun untuk budak2 ni tengok dalam kereta esok...



8hb June - Gerak balik Pahang. Nini tak ikut cos dia dah start keroje hari Selasa,9hb. Maka, Mak and Amirul ikut aku balik umah mertuaku. Hehe...

Takde ape sangat. Biase la kumpul sanak saudara...


9hb June - Around 9.45 pagi gerak pergi tengok gajah... Kuala Gandah Elephant Sanctuary tu dekat je ngan Felda Lakum, so pergi la bawak Razin, Raul, Amirul and anak2 sedara 3 orang tengok gajah. Mak aku malas nak ikut. Aku? Ikut!! Sebab cari peluang nak dapat line 3g untuk balas emel2 & whatsapp customer huahua...



Aku and suami terkejut tengok Razin berani bagi makan kat gajah. Last time we were here was in Dec 2014 kot... Dia punye takut la ngan gajah sampai menangis2 tak nak hulur tangan langsung. Kali ni berani pulak! Siap kutip segala daun-daun gugur nak bagi gajah makan (sebelum ni ade je orang jual tebu untuk feed gajah tapi kali ni takde lak)


Mungkin lah jugak sebab ade sepupu-sepupu baya dia so dia pun tiru je ape sepupu buat...


Takleh blah betul gaya posing. XD

Besor dah Ajin.




Balik dari tengok gajah baru siap2 and gerak balik Perak. 


Well... Tu jela citer sepanjang cuti and merayap ke Terengganu & Pahang.

Maghrib semalam sampai Beruas.

Pagi tadi aku sampai Lumut.

Penattt.

Nasib baik tak terberanak haha...

Dah 8 bulan weh.. Lagi few weeks nak beranak. Cuaknye...

Patutnye arini pergi checkup kat Sejati tapi sebab baru hari ni masuk kedai, macam-macam benda nak buat. So tak sempat. Esok nak pergi checkup.

I hope baby dalam posisi head down, sihat and berat yang bersesuaian dengan umur kandungan. Takut baby besar (gdm kan) and ended up with czer. Uhukkk... Berharap dapat VBAC kali ni insya Allah


Till then. Lama tak naip panjang2. Adiosss



Alhamdulillah...






Written By Ryehana