Monday, August 31, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...



Baru lepas tengok cerita "The Maze Runner" kat Hbo ke ape tah. Terasa nak baca buku cos tak puas selagi tak tau sambungan... (I'm a sucker for trilogy)

Ntah bila boleh membacanya cos busy gila dengan new baby. Tapi takpe, nanti kita baca bila free yer. Rugi lak kalau tak redeem birthday coupons 25% hehehe..



Because my hair is such a mess??
Tebal, frizzy and... Ntah tak tau nak cakap. Tak cantik. Mungkin sebab aku tak pernah keringkan betul-betul. Maka ni la sejarah hidup beli hair dryer. Selama 30 tahun hidup sebagai seorang wanita, aku tak pernah rasa hair dryer tu keperluan. Ni saje beli... (Nak blow kat luka czer sekali bagi kering betul-betul huhu)

Pencuci botol baby tu sebotol nak hantar rumah pengasuh.

First time aku beli dari Guardian online... Mmm kan dalam pantang... Takleh kuar (lah sangat!)


Baju-baju anak dari Next UK. 
Menggeletis lama dah nak shopping baju baby tapi tahannnnn. Now cannot tahan anymore cos dah lama puasa. Ringgit drop pun aku TERshopping jugak (nasibaik gak sekarang currency kat website dah dalam MYR eh?)

Beli 2-3 packs untuk jimat. Takde makna nak beli barang seketul seketul hahahahaha...

Dah habis. 

Do I feel better?

Mmm a little.


Eh lupe nak update. Semalam Raiq check up and cucuk sebulan (Hep B). Aku pun mintak Dr Goh check luka czer aku...

Well, betul la still bleeds and terbuka.

Ya, terbuka okehhh!

Dr Goh bagi ubat gel untuk sapu.


Semoga cepatla luka tu bersambung, tutup dan baik. Amin.

Sekian.


Alhamdulillah...
Saturday, August 29, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Dulu aku tak paham ape yang buat orang berkumpul and protes itu ini.

Dulu aku tak paham kenapa nak bangkang and menyusahkan orang dengan berhimpun beramai-ramai tu.

Yang aku nampak, menyusahkan orang sebab jalan jem, kedai terpaksa tutup cos takut ade rusuhan.

Yang aku nampak, mereka-mereka yang tak bersyukur 'negara masih aman'... 

Yang aku rasa, "alahh korang buatla ape pun, takkan nak merubah apa-apa... Buang masa je"


Aku hanya follow and tahu tentang "Bersih 1.0" dulu cos kat masa tu kecoh kat twitter and my cousins and blogger friends ade join.

Bersih 2.0 & 3.0 aku tak tau langsung bila berlaku.

Aku tak rasa aku perlu tau pun.

Betapa ignorantnya aku.

Now baru aku paham.

Sekarang baru aku rasa mereka-mereka ini hanya nakkan "kebersihan" dalam negara.

Berhimpun ni je cara paling "selamat" untuk protes. 

Berkesan ke tidak, tu belakang kira. Asal kita usaha.

Mereka hanya perjuangkan hak mereka. Hak aku. Hak kamu.

Betapa corrupt nyer negara ni kan... Dah umur 30 ni baru macam tersedar and nak amik tau hal negara. 

Kalau dah Tun M pun join, itu menunjukkan apa?





Ini bukan blog politik. Setiap manusia ade pendapat sendiri. 

Agree to disagree.


Salam...



Alhamdulillah...
Tuesday, August 25, 2015

The incision area still bleeds!!

Can I wait for baby's one month check up which is just a few days away (this Saturday btw) utk doc check luka aku? Malas la nak pg klinik byk2 kali...

I wish i can consult via phone with him.

:'(
Sunday, August 23, 2015
Bismillah...


It's 3.18 am, Sunday 23rd August.

I still can't sleep.

Maybe because I slept for 2 hours this afternoon?

The baby is sleeping beside me now. Don't know for how long. He fell asleep just an hour ago.

Lots of things happened this past few days...

Abang Ama passed away last week. Right after Mak, hubby, Razin+Raul, Nini & Diyana visited him at Paya Jaras last weekend. I didn't go cos I'm still in confinement... Plus, I don't think I can stand 3-4 hours drive with all the kids! 

I felt so sad I didn't make it to see him one last time. Totally upset with the news...

You see, if you follow this blog from 2009 you would know that I used to work in KL at Hertz car rental. Abg Ama was the one who got me the job. I even stayed at his house in Damansara Damai for a few months... Back then I didn't have lots of money to give him or to "belanja" his kids. Haihh so freaking sad and guilty for not having the opportunities to pay back his help.

Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman... Insya Allah...


What's even sadder was to know his kids  are now without a father or mother. Arwah Kak Lela passed away long time ago... Since the youngest child was a toddler I think. And now he's fifteen. There were 5 of them. The oldest is 23-24yo (i don't remember). None of them are married yet. May Allah bless them. Insya Allah relatives are close by and willingly help out.


.
.
.
It has been 26 days in confinement.

Yesterday I was shocked to find out my incision area (from c-section) is bleeding... Well not really bleeding yang darah mengalir-ngalir tu. But if you dabbed the incision area, there was blood on the tissue. Mamito freaked out. She checked and helped me wiped the area clean (I can't see clearly because I'm fat! Perut menggelebeh tutup luka czer)

Whatsapped my cousin who's a doctor and she said it looked like "wound break down". Yela.. Dah 3 weeks patutnya kering dan takde ape dah tau. Masa Raul dulu no such problem. Just sakit je tapi kat luka tu after 3 weeks takde ape dah rasanya... 

I was supposed to see a doctor yesterday tapi tak sempat. Busy kat rumah handle budak2. Monday jela. Tu pun kalau bleeding lagi. Hopefully tak dah. Stress tau bab luka operate ni. Sebab ni la aku benci operations! 

Rasa macam tak nak preggy dah. Fobia. Takut kena operate lagi (90% chances of being operated again... Remember, dah 2x czer ok!)

.
.
.
.
Lagi beberapa hari je nak habis bulan Ogos. Nini ambil cuti sebulan je untuk tolong aku... Lepas ni she's back working kat Koperasi Beruas (yer, dia ade master tapi keje admin kat Beruas je).

Hanis still works for me. Tak tau la sampai bila kan... Tunggu dapat offer keje gomen je tu, kalau dapat dia bye2 ler kat aku. Huwaaa...

Sebenarnya boleh je nak hire adik-beradik sendiri kerja. Tapi kena la buat betul-betul. So far takde peluang, masa dan FUND. 

Btw, it is becoming tougher than ever with the ringgit dropping so bad now. Sebelum ni aku tak pernah kisah bab ekonomi... Now that I have my own bizz, memang terasa bahangnya. Orang bodoh je kata ringgit jatuh tu menguntungkan. Stupid gile. Haaa geram lak aku... 

I wish I have more knowledge on economics and calculations to comment more on the matter.. Rugi plak tak rapat dengan Pak Chu aku yang ngajor Economy kat UKM. (Segannnn...) Dia memang pakar le.. Nama lagi Associate Professor. Huhu...

Tapi setakat yang paling obvious adalah sales down la woi.. Even aku dah berbulan-bulan tak shopping baju budak kat US stores. Orang lain? Sama gak. Semua berjimat-jimat. 

Sales down ape jadi? Bungkuih ler! Nauzubillah min zalik.

Kat Manjung ni aku tengok ade 1 kedai baby milik orang melayu dah tutup bisnes and nak jual bisnes dia 50k. Aku slalu usya kedai dia cos tepi jalan utama, memang selalu nampak tutup, ingatkan sebab raya.. Tak sangka lak memang tutup bisnes!

Pehtu ade kedai baby bertukar nama - tak tau la nak lari dari tax ke or memang dah bertukar owner....

Ya Allah murahkanlah rezeki kami semua...

Aku sedang bertahan. Moga dipermudahkan... Insya Allah.


Wei dah pukul 4 pagi! 

Elokle aku cuba tidurkan mata ni. Kang jadi Mama Panda real punye if tak tido langsung sampai siang... Raiq ni dah uk ek uk ek niii... 

Adios!


Sempat lagi upload gambo. Ni Raiq sejurus selepas meghebeh (berak la maknanya).


Alhamdulillah...
Tuesday, August 18, 2015
Bismillahirrahmanirrahim


Ada sesiapa berminat dengan Quinny Zapp Xtra2 warna Pink Passion ni?

RM1650 free postage semenanjung and free travel bag.

Whatsapp 0125280858 kalau berminat. Brand new in box. Ade 2 years warranty dr distributor Malaysia.

Ni kes orang order guna air liur tapi pasyu tak jadi beli... Baik sgt le plak pg beli in advance. Warna pink mmg sesuai for gegirl. Meh la sape ada anak pompuan beli kikiki...

Dlm kotak Quinny lengkap ade maxicosi adapters, parasol clip and raincover.

Berminat terus whatsapp ya. Urgent nak clearkan so no payment plans pls. Nak nego lagi sikitttt terus whatsapp. Tq

Hashtag;
Quinny zapp xtra2 malaysia murah, quinny zapp xtra2 rm1650, quinny malaysia, stroller quinny murah

Alhamdulillah
Sunday, August 16, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Ahad. 1.47pagi... Belum tido cos baru lepas tidokan Raiq and baru ade kesempatan check FB and dashboard website.

Hari ni 16 Ogos. Birthday si Izah Chokilala. Aku ingat birthday dia cos birthday dia sehari sebelum birthday aku hihihi...


Lagi sehari, umur aku 30 tahun!

Takde dah pangkal nombor 2 pada umurku lepas ni. Huahuahua


Black & white picture of me wearing Raiq using Jumpsac's Rainbow Waves ring sling last Friday (14th Aug).

Yer, tak habis pantang lagi dah merayap... Tapi ni balik dari klinik... Singgah Aeon manjung cos Mamito nak makan Kenny rogers. Mak aku tak larang pun, so...... =p

Anyway, pergi klinik cos Dr. Goh nak check luka czer. Earlier last week, Isnin tu ade nurse KKIA datang check... And nurse tu la mentioned ade nanah kat luka aku tu. Sebab kena air masa mandi and tak betul2 kering kot. Stress aku... Jumpa Dr. Goh petang tu but he said takde nanah pun (maybe jugak nurse dan tekan2 and cuci masa check pagi tu)... He did say "maybe u alergik dengan benang jahitan". Perghhh seriau lak aku dengar...

He then told me to clean the incision area with alcohol swab. And asked me to come again on Friday. Nasib baik lah masa datang semula Jumaat lepas doc kata takde ape2 dah. Lega oiii

Sempat jugak tanya;

"Doctor, kalau I dah 2x czer, you still bagi lagi ke try for normal delivery if I preggy lagi?"

"Nope... Kita akan czer terus. Tak berani la ambil risiko" he said, smiling.

Alahaiiiii...

Nak kena operate lagi ke??

T.T

Now baru la aku paham kenapa ade orang dengan "berani" nya amik risiko homebirth.... And mostly unassisted la cos mana ade doctor kat malaysia ni nak buat home visit kan? 

Yang buat cmtu cos dah pernah czer, and tak nak kena czer lagi. I know a couple of people from ICAN group yg memang berjaya normal birth after MULTIPLE c-sections. 

Ermmm... Frankly, tak berani ler... Memang kagum and teruja baca cerita2 orang yang berjaya beranak sendiri di rumah dengan hanya bertemankan suami, TAPIIIII ishhh tahla. Tak berani la aku. Takut jadi ape2...

Takpela, lagi 3 tahun baru pikir balik hahaha...


Nak tido lah.

Bye


Wednesday, August 12, 2015
NBismillahirrahmanirrahim...

Entry tertunda cos mak Razin busy baru beranak time ni...

Lawatan Little Caliphs Sri Manjung ke Pangkalan TLDM.

Received a whatsapp message from his teacher;

Assalammualaikum W.B.T kepada Ibu bapa yang dikasihi sekelian. 
Berdasarkan takwin tadika pada tahu n ini, satu sesi  lawatan akan diadakan pada 6 Ogos 2015. Lawatan kali ini dirancang ke Pangkalan TLDM Lumut. Guru-guru dan murid-murid akan menaiki bas awam yang disewa khas untuk ke sana. Berikut atur cara yang telah disusun sepanjang lawatan.
0800 – Murid-murid berada di Tadika untuk sesi taklimat
0900 – Minum pagi
0930 – Beratur menaiki bas
0945 – Bas mula bergerak ke Pangkalan TLDM
1000 – Lawatan ke Markas Udara ( Aset Udara)
1100 – Lawatan ke kapal TLDM (Aset Laut)
1200 – Bergerak balik ke Tadika
1220 – Dijangka tiba di Tadika

Pada hari tersebut juga semua murid hanya diperlukan hadir pada SESI PAGI sahaja dan berpakaian sekolah lengkap (Kopiah/Tudung). Sebarang kemusykilan, bolehlah menghubungi kami melalui telefon atau whatsapp. Jazakumullahukhairan Kasiran


Tak update cos takde gambar. Ni baru jumpa gambar orang share kt FB.


Nampak ke Razin? Haha.. Belakang orang and terdongak sikit...

Aku rasa 90% dari budak2 ni anak-anak navy kikiki


Lepas tengok helikopter, naik kapal/bot (kapal ke bot??? Kecik je! Hahaha) plak.



Nampak ke Razin? Atas kerusi dekat teacher yang tengah menunduk. Rimas betul tengok rambut terkeluar-keluar dari kopiah. Comot jeeee hish


Tu je gambar yang dapat dikesan. Nape la deme tak whatsapp gambo. Huhh


Ni aktiviti sate buah hehe.. Aku save je asalkan ade gmbo Razin (yang baju hijau). Pakai baju sukan aritu...

That's all.

Bye


Alhamdulillah
Friday, August 7, 2015
bismillahirrahmanirrahim...


Have you ever felt so unappreciated?

You became bitter and cold.

Love turned to hate.

Despair.


Have you ever felt so down?

You cried your eyes out only to find nobody to comfort you... and you have to calm yourself from thinking or doing something stupid.

Have you ever felt that way?

And then you felt ashamed --- you're an ungrateful person.

Others had it worse.

You felt bad and selfish.

But you still are not satisfied!

Do I have to swallow all the pain? Will there be a way out? Ever?

You don't know.

You have no one to confide to.

You have no one to talk to.

And you're all alone.


Miserable.

Unhappy.


Tell me have you ever felt like that?

Like you could never be happy again.


And the thoughts brought shivers down your spine.


Written By Ryehana
Thursday, August 6, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ke-9.

Hari pertama tu kira masa hari melahirkan lah yer...

1. Done berurut 3 hari.

Alkisahnye aku mengalami engorgement of boobs since my baby didn't really want to direct feed.

Aku dah tuam tapi tak betul-betul lega. Well, time dah bengkak baru la terhegeh-hegeh nak panggil orang mengurut.

Makcik yang selalu urut aku tu tak dapat dihubungi le pulak. Maka, aku contact spa depan rumah ni. Spa Lurvely Beauty kat Bukit Permata. Amik 3 hari jer cos price boleh tahan... Huahua. Amik pakej urutan orang bersalin + hot stone massage since takleh bertungku (bertungku di sini bermaksud guna tungku utk tolak2 kat perut betulkan peranakan ke ape tah... Aku kan czer, so takleh nak wat)

RM110 per session x 3 hari = RM330

Alhamdulillah so far serasi dengan aku. And I love the hot stone massage! Sedap gila badan! =D



Badan rasa ringan and yang paling penting, susu dah lancar and takde bengkak or ketul2 lagi (seksa wehhh)


2. Done daftar nama baby.


محمد راءق الفا ته

Raiq : aku bagi nama
Alfatih : ayah budak yang bagi nama

Surat beranak kali ni je tempat lahir "Sejati Maternity & Specialist Centre". Yang dua orang sebelum ni kat Hospital Angkatan Tentera... Takpelah. Special case sikit... Kebetulan ade rezeki lebih, alhamdulillah...


3. Dah boleh mengiring.

Alhamdulillah... Czer kali ni tak derita sangat mcm dulu. Baru hari ke-9 and aku dah boleh mengiring susukan Raiq. Takleh lama-lama, but still boleh la tanpa sakit melampau. Dulu memang takleh langsung even dah 2-3 weeks! Tak tau la ape masalahnye dulu sampai teruk bebenor... Tu yang dulu aku heran camne orang cakap after 2 weeks dah ok. Aky tak ok2... NOW baru ok. Alhamdulillah syukur sesangat. Jalan pun laju je takde sakit sangat dah.

But, still takleh berbengkung. I tried compressive camisole too, but still hurt. So tak nak la paksa badan. Biar je dulu...

What else to jot down?

Mmmm tah. Tak ingat.

Adiossss


Oh ya! Tengok gambar ni baru teringat... Raiq dah botak today!

Sunat patutnya cukur kepala baby hari ke-7, tapi sebab bz and takde alat, tak buat-buat...

Hari ni aku ke Sejati cos nak doctor check luka czer (aku dah cabut sendiri pelekat kat luka cos masuk air... Patutnya appointment 7hb ogos untuk doctor cabutkan pelekat).

Balik dari klinik tu singgah kedai gunting depan rumah untuk cukur kepala Raiq.

Lega. Sebabnye macam ade 'cradle cap' in the making... Elokle botakkan je.

Hmm...

I can't wait to get back to work... Bukan sebab aku SUKE sangat nak kerja, tapi sebab risau and tak harap kat adik-adikku huhu... Padahal diorang ok je so far... Agak stress jugak bila takde kat kedai untuk monitor keluar masuk barang  and restock stuff.

Ikutkan hati memang le nak cuti je lelama.. At least 2 bulan ke.. Tapi macam takleh. Tengok le camne...

Till then.

Wslm
Monday, August 3, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...



Anak sulungku Razin dah diaper free di taska since early July. Tapi malam still pakai hehe...

Alhamdulillah.. Lambat la sikit (dah 4 tahun) tapi better late than never.

Mak aku bising "kome dulu umur setahun lebih aku dah tak pakaikan lampin. Memang le kencing bersepah tapi cepat je blajo nak kencing pergi bilik air"

Alaaa dulu mak pakaikan kitorang lampin kain. Memang le stop awal cos xlarat nak basuh. Hehehehe... Lagipun dulu2 ade orang gaji. Aku takde :p

Lega dah bab diapers abg long. Tipsnya kena beli spender comel-comel. Hahaha... Pastu puji "baru la hensem pakai spender, tak pakai pampers... Pampers mcm baby... Mcm adik... Razin kan dah besar..." 

Oklah. Kat taska dia tu ade je budak dah 5 tahun pun pakai pampers lagi. Aku teringat masa amik Razin dulu... Ni masa awal tahun la; ade sorang mak ni tunggu kat luar pagar sama mcm aku... Masa ni baru daftar taska gak la and aku segan cos Razin still pakai diapers. Aku tegur le dia, anak umur brp.. Pakai diapers lagi ke bla bla... Then she replied yang anak dia 5 tahun (boy) and still pakai diapers... And petang tu dia tunggu lama kat luar cos teacher taska tak pakaikan diapers kat anak dia...

"Teacher nyer tak pakaikan pampers pulak... Kang dalam kereta takut dia kencing.. Ni tengah tunggu diorg pakaikan balik"

"Oooo..."

Haaa... Ade je budak 5 tahun pakai diapers lagi! 

Nasib baik lah Razin dah stop pakai diapers kat taska sekarang. Alhamdulillah... Tu pun bapak dia la yang train lepas aku bising-bising. Mak tak larat cos dah sarat nak beranak ;p

Malam je susah sikit. But then, kitorang dulu pun even dah masuk sekolah rendah still kencing malam lagi huahua... So chill lah... Slow-slow...

Lega jugak hantar Razin kat Little Caliphs. So far nampak improvement dia... Islamic ok.. Hepi kalau jadi imam. Kadang-kadang kat rumah dengar dia menghafal bacaan dalam solat and 3 Qul. Suke sangat surah An-Naas. Funny sangat bagi dia ade banyak sebut "naas naas kat surah tu..."

English words pun dah banyak dia tau. Kadang-kadang terkejut sendiri bila dengar Razin said words in English. Yelaa aku takdela nak berspeaking2 pun... Most parents nowadays latih anak English dengan cakap kat umah kan... Aku tak... Maleh and awkward. Lagi plak laki aku suke main2kan usaha aku and counter dengan speaking Kelantanese pulak. Meluat. Hahaha

Ala mak aku pun kat umah takde speaking bagai gak. Terer je aku English time sekolah dulu... Ekekekeke...

What else to write about Razin?

Tu je kot.

Haih tak sangka dah 4 tahun lebih usianya. My firstborn. My first normal delivery... Ya Allah rindu sangat nak bersalin normal. :'(

Stress bila mikir dah 2x czer ni. Next baby confirm kena czer if beranak kat gomen. Kena la cari gynae yang leh layan wish aku yang nak VBA2C. 

Pehh awal gila dah mikir! Lol

Takdela... Aku nak anak dalam 4,5 orang... At least 4. So kena beranak lagi. Bab jantina tu tak kisah la cos Allah sebaik-baik perancang. Memang le nak girl pulak. Tapi kalau Dia nak bagi lelaki jugak, terima jela. Ade la sebabnya Dia bagi camtu kan... 

And if 3 anak je pun syukur alhamdulillah... Semua berlaku ade hikmahnya.

Bye for now


Alhamdulillah...




Sunday, August 2, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


5.55am

Baby dah tidur semula lepas bagi susu 60ml. Bottle fed. Formula milk.. Sebab tak sempat nak pam. Malam tadi aku penat sesangat... Hours of trying to coax him to suckle... Dapatla dia nyusu sikit. Pehtu tido or melalak nak botol. Geram betul aku cos dia maleh nak direct feed...

Bengkak susu pun yer... Stress gila. Nasib baik lepas tuam macam ok sikit. Sakit oi berbonjol2 jadinya... Nasib baik tak demam.

Aku dah tak ingat pengalaman masa Raul dulu camne... Memang bagi FM jugak awalnye cos aku tak larat nak bangun... Sakit gile kat tempat czer. And masa 1st czer dulu memang aku rasa teruk sesangat... Alhamdulillah this time aku larat jugakla bangun untuk pangku baby nyusu... Tho i must admit my back is killing me :(

Mamito has been helping me since day 1. Dia tau aku camne kalau penat... Budak kecik tak bersalah pun kena marah. Alhamdulillah so far I still can keep my calm... Ade 3,4x jela termarah baby cos dia takmo suck. Penat, bengkak and sakit pinggang... T.T

Aku belum start berurut lagi... Makcik yang aku slalu urut tu tak dapat dihubungi. So aku call spa depan umah ni je... Spa tu ade wat khidmat urut orang bersalin gak. Hopefully ok la... Dia akan dtg hari ke-7 nanti.

Nurse KKIA Sitiawan dah start datang melawat since Jumaat. So dah 2x datang. Arini Ahad pun nak datang lagi... Yang semalam cakap baby ade mild jaundice. Haihhh ni yang tak larat. Bab jaundice ni... Budak ni dahla takmo menetek sangat. 



Razin has been a great "abg long". Helped me to fetch stuff... Very loving towards his baby bro, and tolong kontrol Raul for squashing lil baby.

Raul? He's an adorable toddler... Dia sabgat loving tapi still tak reti nak control lagi. Semalam dapat naik atas katil seronok gila (katil has been off limits to him sejak dia cuba cepukk kepala baby). Excited tengok baby baru... And when I let him to get closer to the baby, he kissed baby's head. Awwww... Air liur Raul pun selambak jatuh atas dahi adik hahaha... 

Sian gak kat Raul cos Mak tak dapat nak manja2 and dukung Raul... Mak takleh angkat berat2 lagi... And Raul is 12kg-ish! Huahua


Alhamdulillah i feel so blessed with the 3 heroes.


"Hi... I'm the newest baby bro. U can call me Raiq"

Hehe...

Baby Raiq for now.



Nanti hari ke-7 baru kita umum full name. Dah daftar dah hari Jumaat lepas btw. Ayah kena settlekan cepat cos Monday ni dah start kerja semula. Ayah cuti seminggu je and dah cuti sejak tarikh due date aritu... Nak wat cmne kan, "Sedia Berkorban" 

Ok dah 6 suku pagi. Nak kejut orang Subuh.

Adios. 


Alhamdulillah....