Monday, February 29, 2016
bismillah...




29 Feb 2016. Tarikh 29hb Feb ni 4 tahun sekali je datang and pada hari ini aku lupa amik Razin di taska for the first time!

I was so disappointed with myself. Masa sedar tu rasa hati remuk redam. Camni rupanya perasaan bila lupa amik anak kat taska. Yang herannya haram le sekolah nelefon pun. Huhuhu

Alkisahnya pagi ni memang busy cos Raul ada sekali.

Siap-siap pagi mandikan Raiq & Raul sebelum hantar babysitter. Selalunya kalau hantar budak pukul 8 lebih pagi tu aku tak mandikan pun. Tapi sebab memikirkan babysitter ku itu ada jaga budak lagi 2 orang, haii jenuh nak mandikan Raul and Raiq pulak.

Baby takpela lagi. Raul tu nak mandi punye la banyak drama. Jenuh.

Settle mandikan diorang, kemas2 segala baju dua beradik, susu perahan, warmer and botol susu, zasss drive ke rumah pengasuh di Taman Manjung Point 1.

Lepas hantor budak-budak 2 orang tu, aku zass ke McD drive thru utk beli brekkie wrap for breakfast. Lapo weh... Pukul 9 ada sesi dengan trainer kat gym.

Aku sampai awal so cardio for 40 minutes.. dapatla 3km gitu.

Pastu main-main besi plak... arini train untuk shoulder. Lenguh gila bahu! Benda simple tapi hazabnyer nak abiskan 3 sets.


Sejam lebih je kat gym, dalam 10.30-10.40 aku zass pergi kedai pulak dengan tak mandinya. hehehe... memang busuk peluh tapi lantakla kat kedai ade Hanis je.

Check order yang sampai, update payment customers for kutu and order dari whatsapp/facebook, then aku blah biar Hanis settlekan order website pulak. Aku balik umah around 12.

Kekonon nak mandila tapi tengok umah macam tongkang pecah so aku kemas la dulu... settlekan kain baju kat ampaian (xsempat lipat pun), kemas mainan budak2 and menyapu/mop ckit. Jadilah...

Perut lapo, rebus telur 2 bijik sampai ngadap laptop buat keje jugak.

Almost forgot that I boiled the eggs! Pergi dapur basuh tangan baru nampak periuk dah nak kering airnya. Gilo wehhh

Masa nak makan baru teringat anak. Sebab dalam kepala terfikir "Razin suka telur rebus".

I froze. Cepat-cepat call taska tanya Razin ada lagi ke? (takut dia pergi taska dekat situ utk transit ikut kekawan ke ape - xtau kenapa aku terfikir camtu) and cikgu dia jawab ada. Aku gitau la aku lupa nak amik and otw.

Jam pukul 2 time tu. Kesian Razin!! Dia habis kelas pukul 12.30 tengah hari and parents were supposed to pick their kids BEFORE 1pm. ni aku lambat sejam. huhu

Balik tu mandi, solat and sambung makan telur rebus aku tadi..

Pukul 3.45 petang keluar balik singgah McD drive thru lagi beli set makan utk babysitter (kesian dia jaga budak-budak ramai, ntah sempat makan ke idak) and untuk aku + Razin.

Amik Raiq and Raul pukul 4 petang camtu. Saje amik awal cos susu perahan dah tinggal satu and susu Raul pun kebetulan dah nak abis tinggal satu bancuhan je. Plus, kesian nak biar babysitter jaga lama-lama & kerja aku takdela banyak sangat so amik jela.


Ok that's it.


Itu lah yang berlaku dalam kehidupan seorang Nor Raihana pada 29 February 2016 ni.


Adios



Written By Ryehana
alhamdulillah
Sunday, February 28, 2016
Bismillahirrahmanirrahim...




Rasa macam lama tak menulis kat blog. Now tengah 'aman' sikit cos Raiq tengah tidur and 2 lagi hero ikut bapak diorang handover kunci kat tenant baru.

Haa rumah di Manjung tu asyik bertukar-tukar tenants je. Almaklum lah sewa mahal kahkah... bukan ape, nak bagi loan rumah tu takyah ditopup... so now semua bilik dalam Rumah Manjung ade aircond and dah ade kompeni nak sewa for their employees setahun. Jadilah.. setahun takyah mikir hal cari orang.

Anyway, we are still maid-less and I'm stressed cos I can't do much work while taking care of my kids.

Dah 2,3 minggu gakla aku tak mengadap kerja di kedai lama-lama. Masuk sejam dua je cos sama ada bawak Raiq or aku ade hal lain.

Raiq aku tinggalkan sekerat hari di rumah babysitter lama Raul. Leceh kan... Babysitter tu dah ada new kids yang dia babysat sejak kitorang amik bibik dulu. Haihhh dulu elok2 dah dia jaga anak2 aku je. Now ada budak lain, aku la kesian nak biar dia jaga ramai-ramai. Damn bibik. grrrr (smpai skrg marah lagi ni... astaghfirullahalazim!)

Susahnye nak memaafkan.


Masih lagi mencari helper yang leh mengasuh budak-budak ni di rumah. Last week seminggu Raul di kampung. Kitorang balik weekend je. Nasib baik lah 'kampung' tu dekat je, 40 minit dah sampai. Weekend ni bawak Raul jenjalan Zoo Taiping and bawak balik ke Lumut cos esok (Isnin) Opahnye ada appointment kat klinik. Mak Yang keje, Mak Teh ngasuh anak orang len tapi tak nak ngasuh anak sedara sendiri (dont ask). Bla bla... so amik la bawak ke Lumut. Nini kata akan amik Raul semula Selasa nanti.

This thing really stresses me out ok.

I want a nannyyyyyyy!!

Aku tak kisah sangat bab kemas rumah except for the laundry thingy (lipat kain, sidai kain) and preparing food for the kids during lunch. Bab mengemop, menyapu bla bla tu comes second. 1st and foremost, just take care of the kids.

Nak kena bayar gaji seribu jugak ke baru ada orang nak keje? Macam... err... agak mahal lah bagi aku. Cos aku ni keje fleksibel, most of the time aku balik tengah hari utk pam, makan, solat. Time tu jugak maid akan time out utk berehat & solat. Takdela kena perah tenaga teruk sangat? Hmmmm... pening pening...

Takde ke orang yg kurang kemampuan nak kerja and duduk sekali? Masa zaman mak aku dulu senang je dapat orang gaji... zaman sekarang ni susah betul cos orang sekarang memilih kerja. Stress mak


Dah malas pikir bab stress.

Selama aku menjadi 'work-at-home-mom' (again!) 2,3 minggu ni, memang la aku suka gak dok umah. If only I don't have to think of orders, parcels being packed carefully bla bla.. aku ok je. Masalahnye kena pantau gak keje staff/adikku itu... huhu


If only... if only... if only!

Hah. Berangan lah.


Update tentang #ananakkurus2016

- Berat masih belum berkurang kahkah... Baru 8 sesi. Grrr... susah nak meet up pun cos aku terkejar-kejar dengan kerja dan nak hantar anak orang jaga T_T

- Tak boleh control makan lagi. SUSAH. SUSAH dan SUSAH! kahkah... no wonder la tak turun-turun berat ku dari 83kg! =P


K dah bye.


Free-free sambung lagi blogging.


Iklan kejap:
Mencari pembantu rumah/pengasuh di Lumut yang boleh duduk sekali ataupun harian. Gaji boleh runding, please contact 0125280858

Thank you!


Written By Ryehana
Thursday, February 18, 2016
bismillah...





OBESE kau!

Sila sedar diri wahai Raihana oiiii




Berat seeloknya?



65 kg?

Pre-marriage weight nihhh

Tumpor le teman...

Demmm



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Wednesday, February 17, 2016
bismillahirrahmanirrahim...


Last update was 2 weeks ago, eh?

Wow... so many things happened in 2 weeks!

1st and foremost, my maid has run away! Dia lari last 4th Feb, I think. Damn. I was livid.

Berbakul sumpah seranah dihamburkan dari hati. Betapa aku sakit hati.

Tepat 3 bulan dia blah. Dah la tu, dia blah tetengah malam pukul 12.55am hari Rabu and she left all her stuff behind. She didn't even wear her shoes!

Aku tengok cctv berulang kali baru perasan dia tak pakai selipar. gile ah. Macam pencuri. And I was shocked and can't even believe that she has run away if not because of the cctv footage.

Bilik penuh baju dia, siap ada baju-baju kotor bersangkut bla bla... Sabar jelah.

Alhamdulillah takde mencuri. Takde hilang apa2. Lega.


2ndly, semalam ada la budak nak ngasuh anak datang. Aku baru nak tarik nafas lega. Alih2 hari ni dia kena balik Kedah dah cos ade emergency family. Dia bagitau sebaik aku balik dari klinik for Raiq's 6 months' check up.

She was supposed to go back early this morning, tapi sebab semalam aku dah kabo nak pergi klinik pagi ni so dia postpone sampai aku balik klinik. Alahaiii sedih aku tau... budaknya baik. Baru nak rapat ngan Raul. Dah jadi cmni... takde rezeki betul.




Sejak Bibik lari tu aku tumpangkan Raiq and Raul pada pengasuh lama Raul. Tapi dia sekarang dah ada jaga 2 orang budak. Kalau campur Raiq + Raul dah jadi 4 orang. 2 babies and 2 toddlers. Dia jaga sorang! Jenuh wei... aku nak jaga anak aku sendiri yg 2 orang ni pun pening.. ni dia jaga anak orang sampai 4. Pengsan. So terpaksa la aku mencari dan mencari.................




Work.

Dah 2 minggu lebih tak masuk kedai betul-betul and check segala mak nenek benda. I mean, yang betul-betul fokus la... takde. tak dapat pun. stress wehh.




aku penat.

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Tuesday, February 2, 2016
Bismillah...


Kesinambungan dari previous entry, aku tgh berusaha kuruskan badan kan... 1st session was last Monday (semlm).

Kak yantee msg tny cmne ok ke bla bla... Aku ckp ok. Takde sakit badan. Lenguh2 biase jela takde teruk sangat.

And she kept reminding me to control what i eat. Fuhh bagus trainer ni ekekeke... Tp seriously susah nak control makan. Bila aku makan sikit, susu jadi sikit. Arini mcm kurang sikit makan dari biase (biase = mkn mcd/kfc/pizza or nasi 2 pinggan for lunch! Kahkah)

Fine. Bole je kurang makan tp kena minum air byk sgt cos very very thirsty especially lps nyusu anak/pam.

And today, 1st time stock susu ebm (chilled) abis sebelum aku abis keje...


Stock chilled ebm aku (mmg xde buat stock utk frozen cos takde lebihan)

Setiap hari every morning aku pastikan ada 4 botol susu ebm utk Raiq minum. 1 botol mengandungi 4oz susu. Tahan dari pagi smpai petang pukul 4-5... Aku pergi kerja lambat ya. Kedai buka 10.30pagi. Aku masuk kedai around 11-12 tengah hari (ikut sukahatiku la hehehe). Kat rumah pagi tu sempat direct feed or pump... Kalau bibik rajin masak, sempat makan dulu.

Anyway, arini left home dgn hanya 2 botol susu. 1 botol xsampai 4oz pun... Stress aku huhu... So petang tadi amik Raiq bawak ke kedai cos bagi direct feed je senang. I dont have time to pump.

Aku sangat2 lah busy lately. Memang tak menang tangan. Nak makan, nak solat pun terkejar2. Inikan lagi nak pam. Cmne la nak manage time dgn efisien.

Ok fine aku tau, tp susah nk buat.

Kena buat jadual pasni cos aku new routine (work out) plak nak ditambah dlm sehari.

Mcm arini takde sesi ke gym, but I managed to work out before mandi/siap pergi kedai pagi tadi. 10 minit atas cross trainer. Jadilahhhh...

Kelakar... 10 minit atas cross trainer kt rumah punyela hazab nak abiskan masa. Kat gym aritu 30mins atas treadmill boleh je... Huhuhu. Kena ade org teman. Ngengada btl lah


Ok ok raiq bgn lak. Sambung later. Bye




Monday, February 1, 2016
Bismillahirrahmanirrahim...




1st Feb 2016.

After 6 months operate (c-zer), baru lah aku nak beria sikit mengurangkan berat badan.

Kali ni aku amik trainer sebab aku tak nak  hangat2 taik ayam. And aku nakkkkk sangat berat aku berkurang. Preggy kali ke-3 aritu kena GDM weh. 

Mak aku ade kencing manis smpai cucuk insulin.

Yong pun ada kencing manis.

Aku ada risiko cos dah pernah kencing manis preggy kan. Huuuu...

Maka, kena kurangkan berat. Kena kontrol makan.

Nak kontrol makan sangatlah susah lagi2 ibu yang menyusukan (Raiq still minum breastmilk till now. Aku masih belum introduce solid food)

Aku asyik lapar je. And tak boleh tak makan nasik. Nanti takde susu pulak.

My trainer is Kak Yantee... Weee... Dia seorg ibu. Dia pun pernah czer (3x dah!). Dia pun pernah beranak normal jugak (1st baby normal, mcm aku). Dia pun nyusukan anak. So dia mmg paham sangat la tahap lapar ibu menyusukan cmne.

Haih.. Semoga istiqamah la yer.

Berusahalah ana. Kau pasti bolehhhh! 

Permudahkanlah ya Allah...

I want to be fit and healthy. 



Kasut baru beli... Ekekekeke...

Sebab pagi tadi aku pakai kasut futsal laki aku. Nasib baik muat. Punyelah tak ingat aku takde sport shoes (yela berapa zaman ko tak bersukan hoii)... Bila Kak Yanti call suh bawak tuala & botol air, aku tanya la "kak kena pakai sport shoes ke.. Sy pakai sandal bole tak?"

"Ish budak ni... Mane leh masuk gym pakai sandal oi... WAJIB pakai sport shoes"


Huahuahua.. Gigih aku shopping kasut sukan senja tadi. Esok takde session. Rabu pulak.

Sempat la esok shopping seluar and baju pulak... Kahkah..

Alhamdulillah...