bismIllah...
Haha last post was in January. Sebulan tak blogging and now it's 6th March already. Busynye akuuuuu...
Well, as I've updated in this blog, I am now one crazy cat lady. Aku asyik melayan and membelek anak-anak kucing in my free time. Tak free pun buat gak la cos dah jadi rutin since bela kucing ni.
Pepagi kena scoop taik kat 3 litter box and buang/letak kt tong sampah khas for their poops di porch. Bertutup ye, to contain the smell.
Then bagi bagi diorang makan and topup makanan dalam bekas. Cuci mata, cuci telinga and sembur-sembur colloidal silver spray/anti fungus spray and that's it. Petang/senja pun scoop lagi taik kucing so that malam tu diorang leh membuang dengan selesa. Memang 2x sehari at least. So that's where my free time went.
Anyway, last month pergi Sabah (dah 4 perenggan baru nak cerita hal pada tajuk post. See I'm easily get carried away when talking about my cats lol)
Booked tickets sejak tahun lepas lagi, bulan Nov. Yang pergi just aku, Nini and Kak Lin.
Budak-budak and encik suami kena tinggal. HAHA
Sesaje je pun. Cos aku tak pernah jejak Sabah. Kebetulan time nak beli tu harga murah la sikittt and Kak Lin ada kat Beruas. Dah lama plan nak jalan2 bertiga tapi takde destinasi. So pegi jelah Sabah.
Nak dijadikan cerita, bulan Disember tu plak dapat tahu Kak Adah kena posting Hospital Likas. Diorang kena pindah by end of Dec tak silap.
Kak Adah = wife kepada Abg Ijone. Doktor pakar sakit puan
Abg Ijone = Sepupu aku. Anak arwah Pak Ngah & Mak Ngah.
Kitorang pun, ehhh ini sudah baik. Boleh la menyinggah and melawat nanti. It's always good to see familiar faces kan. Hihi
Plus, Kak Ija (kakak Abg Ijone) kena ikut diorang ke Sabah sebab diorang ade masalah dengan bibik. So they're bibik-less and mintak tolong Kak Ija ikut untuk tolong uruskan budak-budak (4 children).
Kak Ija plak reluctant nak pergi... tapi bila tau kitorang nak ke sana, dia baru ok, sebab nanti boleh balik dengan kitorang. Hehehe...
Flight pergi on 31st Jan.
Balik KL on 4th Feb.
It was really fun. Of course I miss my kids. Insya Allah ade rezeki next-next time bawak semua pulak. hehe...
31st Jan 2018
- Flight 1.50pm ke KKIA. Sampai petang, hujan... terus amik uber untuk ke Sky Hotel. Kitorang stay sini. Okla rate dia RM110 je semlm. Individual property dia buat macam homestay. Kak Lin yang booked. Oklah.
- Lepas Maghrib Abg Ijone pickup pergi umah dia kat Tmn Kingfisher Millennium for dinner. Kebulor wehhh! hahahaha
Macam le aku je lapor. Semua laporrr hahaha
Dah selesai ngap baru amik gambor
Settle makan, sembang-sembang sikit then blah balik hotel Abg Ijone hantar. Tido tak sedar diri dah malam tu. Subuh awal so kunci jam awal dari biase. huhu...
1st Feb 2018
- Pepagi pergi amik kereta sewa kat area Jakel Alamesra. Sewa Myvi je. Rate RM110. Actually awalnye dapat yang murah sikit tapi problem mende tah. Lantakla. Kongsi 4 orang ok je...
- Kak Ija of cos join kitorang merayap hihi... Abg Ijone pn hantar Kak Ija utk join kitorang pagi tu.
Siap ade bekal nasi goreng, sandwich bagai. So breakfast dalam kete je sambil Kak Lin drive wakaka...
Nak ke Kundasang cos booked Ayana Resort utk stay sana 1 malam. Masa booked tu booked untuk 3 orang, so bila Kak Ija join jadinye sempit le sikit. Cheap lodging je cos just bujang2. RM99 je semalam. Muahahaha... Tapi jauh dari pekan Kundasang. Jumpa Ayana Resort ni dulu before sampai ke pekan Kundasang. Next time better cari tempat stay dekat Pekan Kundasang je... (and why the hell Kinabalu Pine Resort asyik fully booked??? Must stay here. =D )
Pictures for the memories:-
On the way ke Kundasang, sempat jugak naik Jambatan Tamparuli.
Very touristy!
Singgah Kinabalu Park, then ke Desa Dairy Farm. Omg i loveeeee the ice cream. And the chocolate milk. Tapi sayang jugakla sebab masa pergi tu berkabus kuat sangat. Tak nampak pemandangan gunung-ganang kat background huahuahua
Look at the mist in the background above.
In clear sunny days, you should be able to see this beautiful view!
TAPI.... ni view yang kami snap that day;
Lol... sedih. Tak nampak gunung.
Some people maybe suka kabus-kabus ni kekonon mcm oversea. But me no likey!
I want to see the the mountains >_<
Anyway, went to see the barn. Tengok proses perah susu, bagi anak lembu minum susu, makan rumput bla bla bla. Benda biase orang buat bile ke sini.
Nampak sangat dah malas nak menaip HAHAHAHA
After ke Desa Dairy Farm, kitorang ke Rabbit Farm kat Ranau or yang lengkapnya Kg Purakagis Rabbit's farm. Sebab banyak jugak jumpa rabbit farm lain... Jalan nak ke Rabbit Farm ni teruk. Jenuhle if bawak Myvi. Slow je bawak... pastu masa sampai takde visitors lain pun. Kitorang je... dah lama-lama baru ada. Aku tak ingat bayaran masuk berapa tapi tak mahal la dalam RM3-5 kot.
Omg kat sini best sangat kalau bawak budak-budak! I was thinking of my kids the whole time. How Razin, Raul and Raiq will squeal with delight at the tameness of the furry beings. Huwaa bile la nak bawak budak-budak ni pulak...
Makan kat sini (ada restoran) then blah balik Ayana Resort. Sampai resort tu around 6-6.30pm. Balik semata nak mandi and tidur je. Sebelum balik tapau kfc kat pekan Kundasang dulu kikiki
Macam Kak Ija cakap, tekak kita susah sikit nak terima masakan kat sini cos lain masaknya. Bole jela makan tapi to be quick, KFC jelah hahaha
2nd Feb 2018
- check out awal pagi sebab nak merayap tempat-tempat yang tak sempat pergi semalam
- nak pergi Poring Hot Spring and Canopy Walk
- nak pergi Kg Luanti Fish Spa
- nak pergi Sabah Tea
- pastu nak balik KK sebab later today kena pulangkan kereta sewa
Ayana Resort. Done check out.
Our luggages. Muat je Myvi. Just kena remove cover atas tu.
Beg aku paling besor sebab ade barang Nini jugak haha
Breakfast kat Kundasang. Aku n Kak Ija makan bihun sup. Sedappp.
Makan area tandas awam Kundasang wakakaka.. kat sini ade kedai jual kepak ayam yang katanya sedap. Kak Ija ade beli hari sebelum tu time aku tapau kfc. Tapi aku tak makan pun.
Lepas makan baru gerak.
Jauhnya nak ke Poring tu... mangkor dalam kereta. Kak Lin pulak driver yang sangat slow and steady je bawak kereta... maka, pepaham jelah hahah
Kena mendaki sikit for canopy walk
Aku yang gemuk ni paling fit antara kami berempat. Tengokle Kak Lin, Kak Ija and Nini jauh kat bawah hahahahampeh
View from walkway
Dah penat turun naik bukit, rendam kaki lak. But I didn't. Malas buka kasut.
Next, nak pergi Fish Spa kat Kg Luanti pulak.
Tapi on the way tu jumpa Sabah Tea dulu. So we went jelah up the plantation ada restaurant rupanya. Tak google pun tentang benda alah ni. Main redah je. Which is good cos dapat melantak. Lunch kat Sabah Tea. It was just next to Sg Moroli, kat tempat fish spa tu.
Teh vanila sedapppp. Tapi minum kat situ je. Takde la jual dalam packaging..
View lawoooo
Our lunch. Sekali teh and nasi putih 4, total around RM72-92. Alamak aku lupa dah.
Ayam lemon dia sedappp (aku memang suke ayam lemon so I might be biased hehe)
Settle. Gerak ke Fish Spa kat sebelah pulak.
Serius aku geli gegila. Banyak gambar semua muka cam hampeh hahahahaha. Besor-besor ikan dia weh. Memang rase dia ngap ngap kat kaki. Eee idok le aku.
Settle ber Fish Spa, gerak balik KK daaa...
On the way tu berenti2 amik gambo dgn gunung mcm budak peghak. KAHKAHKAH
Balik KK, check in homestay apartment Kak Lin booked. Promenade service apartment. Dodgy gile tempat ni. Nini sampai ajak pergi hotel lain and sanggup bayarkan/belanja tapi Kak Lin tak nak le kan cos dah booked. Bazir je nanti. Maka, stay jelah sini.
Actually ok je cuma pelik and kinda surprised sebab reception dengan biliknya jauh berblok-blok kottt. Tak sangka plak camtu style nya. Tapi bilik besar. Luas and ada dua queen bed. Which is selesa gak la in spite of the dusty carpet (i think) and the surrounding macam rumah tumpangan hape je lol. If cari homestay murah yang besar for family, sesuai gak... harga pun murah je dalam RM1xx (tak ingat cos bukan aku book). We stayed there for 2 nights btw.
Anyway, it's near Pasar Filipines. Walking distance tapi 1st night je jalan... pastu naik uber cos malas jalan wakakakaka...
Malam tu makan seafood le konon-kononnya... tapi tak kena sangat selera.
Geram je nak masak sendiri! Next time kalau datang, beli raw food and masak kat umah Abg Ijone/homestay kikiki...
3rd Feb 2018
- Pepagi tu naik uber untuk ke Jesselton Point. Nak island hopping. Aku takde study pun hal ni... so just terjah je.
- Decide untuk pergi 2 islands je and the fees was RM32 per pax tak silap. Ingat-ingat lupa
- 1st pegi Pulau Sapi. 2nd pergi Pulau Manukan
We're the first boat yang sampai Pulau Sapi. Aku and Nini decided nak buat parasailing, it was RM60 untuk tandem. So sorang RM30 je which is ok sgt la bagi aku. Kat pamphlet dia letak harga mahal, tapi bila deal directly murah je...
Kat Pulau Sapi ade zipline gak weh. Macam best kan, tapi aku seriau tengok dua kali orang tersangkut tak sampai ke penghujung... hahahaha just a head's up!
Kak Lin and Kak Ija snorkeling je... kat Pulau Manukan takde wat mende sangat pun. We lost one of the snorkel equipment btw kakakakaka... Aku tak tau la sape yang buat sebab aku tak snorkel pun. Kena ganti balik dalam RM70 ish. So sape yang sewa snorkel tu sila la jaga elok2. Aku rase kitorang punye ade orang terambik. huhuh.
Settle island hopping, balik apartment untuk mandi and salin baju... pastu petang tu pg shopping brg and souvenirs kat Pasar Filipine.
Malam tu pergi basuh baju kat coin laundry. Gigih cari jauh2 padahal ade je yang dekat dgn CIMB tapi tak tau! Ngok sungguh
4th Feb 2018 - LAST DAY
- Check out, kemas-kemas then hantar Kak Ija balik umah Abg Ijone cos dia pun nak packing. Dekat rumah Abg Ijone, online and add luggage weight utk flight wakakaka. Beg-beg pun semua tinggal kt rumah Abg Ijone cos nak sambung meraya[p (flight malam)
- Singgah Filipino market lagi and beli some stuff yang org pesan
- Pergi Imago, tengok wayang The Death Cure and lunch situ (Restoran kak Syah - spageti sedap. Yang Nini and Kak Lin order semuanya masinnnnnn di tekakku)
- Naik uber balik umah Abg Ijone and stay until lepas Isyak then baru gerak ke airport.
Ada pun gambar bilik Promenade service apartment ni kikiki
5th Feb 2018
- Sampai KLIA around 1.30 am. Bergegas ke area bus sebab tiket bas balik Perak pukul 2 pagi. Kak Lin balik sorang-sorang naik kete dia park kat airport.
- Sampai Sitiawan pukul 6.15 pagi. Tunggu Hanis datang amik around 6.30
- Sampai rumah pukul 6.45pagi. Pukul 7.05 keluar hantar anak-anak pergi skolah pulak. Cam zombie dah. Dahle dalam bas tak tidur lena sangat. Huhuhuhu
- Spent the whole day tidurrrrr
K bai. Dah pukul 3.09 am. Gigihnye aku update blog.
alhamdulillah