Monday, December 3, 2018
bismillahirrahmanirrahim...



Well, as a mother of 3 boys, peristiwa anak dikhatankan ni kenala masuk blog haha. Catatan peristiwa.

Anak sulungku, Razin dah selamat dikhatankan pada 26 November yang lepas. Dah seminggu. Berkhatan di klinik depan rumah je... poliklinik dr azhar & rakan-rakan. Kaedah laser (actually besi panas kot?) and jahit. Kos RM150. Dilakukan oleh doktor perempuan huahua.

I was the one who accompanied Razin inside instead of husband. Mulanya of course le bapak dia patutnye teman kan... and aku tunggu kat luar dengan Raul & Raiq. But bile Razin tengok nurse-nurse and doktor semua perempuan, dia macam cuak and tak nak masuk. So aku offer la diri aku...

"Ajin nak Mak teman ke?"

Razin angguk. So dapatlah aku menyaksikan camne budak bersunat nihhh. Adeii....





Of course it hurt so bad. Razin dah nangis-nangis masa kena cucuk bius kat bebird dia. 3 ke 4 kali cucuk tah. Nak bagi kebas. Then, doktor tarik foreskin and cuci dulu dari kotoran under the flap tu. omg sangat kotor ok... mana lah nak tau cos aku pun tak pernah la nak kelebek bebird dia kan. huhu...

Aku memang asalnya tanya jugak klinik tu buat kaedah clamp tak. Tapi takde... then bila google-google katanya elok cut and sew, so... lantakla. Asalkan bersunat.

Bersunat pukul 9.15 camtu and keluar dari klinik pukul 9.45 pagi. Sampai je rumah dalam pukul 10 tu Razin dah nangis-nangis sakit. Bagi painkiller... nangis lagi... so aku bagi lagi sekali lepas setengah jam dia nangis tak henti. Total nangis = 1 jam. Pukul 11 aku tengok dia tertido. Kesian sangat. My heart ached seeing him in so much pain. :'(

That was the first day. 2nd day pun masih aduh aduh sakit. Start ok masa hari ketiga. Bertabah lah wehhhh.. Ade lagi 2 orang tak sunat ni! Huwaaa...

Raul and Raiq nanti of cos akan sunatkan sekali. Tunggu Raul darjah 2 and Raiq darjah 1 kot? Which is another 3 years.


Adik-adik memandang dengan muka cuak cos tengok Ajin camtu haha...
Kat mulut Razin tu lollipop ye. Disumbat masa tengah dikhatankan cos mulutnye bising. haha



Razin... lepas sampai rumah.
Sedih sangat tengok dia sakit camni :(




But then, Razin memang manja. Seksa jugak nak mencuci cos dia tak bagi langsung sentuh bebird dia. 1st and 2nd day tak mandi walaupun doktor cakap esoknye (2nd day) dah boleh mandi. Tapi dia tak nak and aku pun malas nak paksa. Lap-lap gitu jelah. Gosok gigi pun dari tempat dia baring tu (bapaknye set up depan tv)



Ayah beli batang paip kat kedai hardware depan rumah and buat penggantung tu haha...
2 malam je tidur sini. Start hari ketiga aku suruh tidur kat guest room di atas. Okla. That's where he slept till now.



Nasib la laki aku sambung cuti... mulanya dia cuti Isnin, 26hb Nov tu je. Pastu aku bising ler takkan aku nak jaga sorang... dengan budak 2 orang tu lagi takut ngacau Razin. Then dia sambung cuti sampai Rabu, balik Klang pepagi (4pg) Khamis. Khamis and Jumaat kerja. Petang Jumaat dah ada kt Lumut semula. Sabo jelah kan... dah 2 tahun hidup camni. And kena hadap lagi for another 2 years? Hmphhh!

Masa Razin sunat ni Ayah la yang buatkan sup haruan, bagi Razin makan and jaga Razin to make sure he's comfortable. Mak tolong cuci bebird je. Ajin kena ingat ye, nanti dah besar sila belajar masak dengan Ayah. Jadilah orang lelaki yang pandai masak so senang hidup kikiki...

On another note, I am so going to circumcise my baby since he's a few days old. Sunnah anak lelaki dikhatankan umur 7 hari. Sama la macam aqiqah, bagi nama... hari ke-7 patutnye. Aku tak pernah amik tau pulak bab khatan tu. Ingatkan budaya selama ni... rupanya sunnah. Maka, next baby kite sunatkan time baby, insya Allah.

Told my mom about it tapi macam biase la mak aku, ish kesian baby la ape lah. Aku lagi kesian if dia kena sunat time besar macam Razin tu. Tak larat nak dengar weh. Lagi kesian... At least time baby kejenye minum susu, kencing berak and tidur je. Harapnye ade rezeki la sunat awal ni.

Oh tak update kat blog that the next baby is another BOY eh? Yeah. Another bebird. Aku ni memang mengeluarkan anak lelaki je. Bak kata laki aku "Cukup dah 4 orang pengusung keranda kita"

Redha jelah. Ada la hikmahnye tu kan... only God knows how much we wanted it to be a girl tapi kalau Allah dah tetapkan lelaki, lelaki la jugak. Still, bersyukurlah cos ade orang lagilah takde anak seorang pun. And I'm blessed with 3 (coming soon 4) boys. Semoga anak-anak ni membesar jadi insan yang berguna.

Till then.

Assalamualaikum.

Written By Ryehana
alhamdulillah...