Monday, November 18, 2019
bismillahirrahmanirrahim...


Satu kesilapan bodoh and pengajaran besar bagi suamiku.

Malas nak cakap, "I told you so" cos it already happened. Buat ape nak sakitkan lagi orang yang dah sakit kan... so kite support jelah dia fight untuk dapatkan hak dia.

But for those who googled the name and details, DO NOT EVER ENGAGE WITH THIS CONTRACTOR

Janganlah pilih kontraktor ni orang manjung oi




Nama syarikat: Mejar Resources

Pemilik: Muhamad Ezuddin bin Jamil



Kontraktor di area Manjung, Lekir, Sitiawan, Lumut

Suami sudah kerugian beribu-ribu ringgit sebab bayaran yang dibayar mencecah RM110,000. Belum
kira loss of enjoyment of a land, loss of rental opportunities lagi...

Bukan sikit ye.

So beware semua


Facebook beliau sebelum deactivated.

Mejar Resources ni aktif beriklan dan mencari job di group-group komuniti di Facebook.




Start pecah rumah in April 2018.

Ya, 2018 tuan-tuan dan puan-puan.

Sekarang dah November 2019 haram siap-siap lagi.





Ni plak gambar masa bulan Nov 2018.
Awalnya berjanji akan siap dalam bulan Nov 2018 tapi tengokla sendiri ape je yang ada...

Kat bawah ni pula gambar rumah tu SEKARANG. Gambar diambil beberapa hari lepas. Dalam bulan Nov 2019 ni jugak la.


Tengokle berapa peratus ni korang rasa?

And then he admitted he couldn't finished it and sanggup pulangkan balik balance tapi dari sehari ke sehari dok tangguh. Dah berapa kali esok dah sampai aku dah bengang.

So I told husband, don't be stupid. Nak sabar sampai bila?
Esok kalau dia tak bayar, takyah cakap banyak, report je polis.
Mangkuk tu tak pernah kena report tu yang berani tu.

Police report has been done last Saturday.

Yang ralat sangat tu, tahun lepas masa husband contacted him to do renovations, rupanya memang dah ada kes yang orang lain up kat Facebook group Komuniti I Love Manjung.






But we didn't know, didn't see it. I remember the post but there were hundreds of comments and I didn't bother to read. I remember tuan tanah malas nak expose lagi masa tu... lastnye dia expose juga di bahagian komen. 

Malas nak membawang. Rupa-rupanya itu la orang yang laki aku lantik untuk reno rumah. Hampeh betul (maka, sila la amik masa baca komen orang membawang cos who knows it could affect your judgement in future)

So kalau ada orang nak komen takyah viral, takyah viral... BELIEVE ME, the culprit must be made famous so that no one would be his victim anymore.

Tengok la laki aku, tak pasal-pasal jadi mangsa.

Patut la masa dia datang rumah aku time suami ajak bincang tu aku ugut-ugut kata kalau rumah tak siap-siap akan buat police report and viral, dia gelak je.

His exact reply was 
"haha... puan nak report, puan report la. Polis bukan boleh buat apa pun. Nak viral pun, viral la... saya sebagai orang Islam percaya rezeki ni Allah yang bagi, bukan puan yang bagi... nak viral pun viral lah"

So there.

Sape-sape yang kata membuka aib tu nanti aku forward video dia kat meja makan rumah aku saying all those words.

Orang takkan simply nak viral tak tentu hala. Aku sendiri pun bukan suke menyemakkan FB aku, blog aku dengan benda-benda negatif camni. Lagi-lagi nak menunjukkan kepandiran sendiri jadi mangsa orang camni. Haihh

But the figures are BIG. 
Dan bukan kami je yang terkena. RAMAI lagi yang kena. 
So, we will do what it takes to get justice.

Senang-senang je menipu orang.

Senang-senang je amik duit tapi tak bertanggungjawab dengan amanah yang diberi.

Senang-senang je bagi berbagai alasan. Mulut manis takyah cakapla.




Janji last tarikh (dah banyak kali tangguh) nak bayar 15 November 2019 yer

Pastu harammm bayar jugak.

Pesanan to mr kontraktor cabuk, you are in deep trouble.

Bile orang bagi muka suruh bayar, tak jugak bayar-bayar.

Benda dah setahun lebih pending je...
So now that we decided to involve lawyer and everything, lagi banyak kami akan tuntut.
Loss of itu ini... you brought this upon yourself.

Yes, husband made a mistake by trusting you too much.
Made a mistake by paying in advance.
But u took advantage of it.


Lots of things coming your way.
I don't mind spending my money for legal fees as long as we could get what we want.
We will prevent others to be conned by you.

Nasib le aku ade bisnes kecik-kecik ni leh gak la topup duit legal fees.

Yang kena tipu, duit laki aku.

Duit aku ade la lagi. Alhamdulillah

(lagipun aku ni orang pinjam RM500 kalau tak bayar balik pun sampai ke lubang cacing aku cari)


Yang lain-lain tu, berjaga-jaga lah.




Google la nama kontraktor dulu sebelum lantik wehh. Jangan dah kena baru menyesal.

Ramai yang terkena tapi takde pun nak amik tindakan. Report police pun tak.

Korang jangan camtu. Sebab tu la scammer berleluasa.

Report je okeh. Nak tanya ape2 leh pm aku kt FB or whatsapp je.


Till then. Adios


tags: Mejar Resources, Kontraktor penipu Manjung
Written By Ryehana
alhamdulillah...


Saturday, November 9, 2019
bismIllahirrahmanirrahim...



Hello, blog!

Lama tak menulis.

My baby is now 7 months old and I have been trying to slim down for a month now. Starting when Razzan is 6, I started exercising for a bit. Mana yang dapat la... And I also try intermittent fasting for a couple of weeks (ha!)

Started from 86-87 kg, now I am at 82-83 kg ish.

It is so hard to control my food intake.

Being a sweet tooth, I couldn't even resist a piece of cheesecake lol

Not to mention that my schedule is so freaking busy and I found it really really hard to exercise.

Dahla kerja pun mengadap phone and PC je kan... what do u expect.

So I bought a gadget early last month to track my daily steps and my sleep.

Before this I have Garmin Vivosmart which I bought in 2016, but I gave it to Nini.

I upraded to Fitbit Versa 2 smartwatch.



Been using it for a month now and I LOVE IT.

I bought another Fitbit for my husband, his was an Ionic.



And I also bought another watch for Razin (my 8 year old son), a Fitbit Ace 2. But it hasn't arrived yet. Was hoping to give it as a present if he won his swimming competition tomorrow. Hopefully he will! Insya Allah



Anyway, I bought it so he'll get off his butt more. Cos he's the kind of kid who doesn't mingle or play with anak2 jiran yang lain. Orang lain main kat luar, he prefers tengok tv je -____-"

(Beza dengan adik-adik dia si Raul & Raiq, pantang nampak kawan main basikal, kerja nak keluar main je)

Anyway, just jotting down on what I've been doing.

Tengokla kalau rajin will review on the watches soon.

Till then.

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Tuesday, September 3, 2019
bismillahirrahmanirrahim...


Yes, berjaya curi masa sedikit untuk update blog and review Doona stroller & carseat yang aku pakai for baby Razzan.

Dah lama suke Doona ni tapi sebab harganya agak mahal plus pakai sekejap je, maka aku tak pernah-pernah rasa nak order.



But then, when I found out I was pregnant again, aku decide, wth, this is my last baby, baik aku pakai je cos memang dah lama teringin HAHA... plus, rajin ke nak ade carseat n stroller (2 separate items) bile anak dah masuk 4 ni? Penuh kereta. So... order la.

Frankly, Doona ni elok dibeli sejak preggy lagi so that baby lahir je terus guna. Or beli time anak baru je lahir. Senang... keluar hospital terus masuk Doona and into the car we went. Kalau kat overseas, baby takkan direlease selagi takde carseat :)

Anyway, I used the Doona stroller/carseat sejak discharged hospital lagi.


Razzan, umur 3 ke 4 hari tah. Lupe dah mak haha




Didn't buy the isofix base though, sebab mahal sangat. Tapi kalau pakai base lagi bagus cos seatbelt kereta tu cukup-cukup je panjang dia utk secure carseat. Padahal kereta mpv nissan. If local car yang femes dengan seatbelt pendek tu ntah le kan... 
Oh ye, Perodua Aruz (kereta Nini) nasib baik la seatbelt cukup panjang. Tu pun cukup-cukup jugak. Jenuh tarik




Merata dah pakai Doona ni cos mak malas nak babywear hahah
Ayah pun sikit-sikit kalau keluar, mesti angkut Doona terus. So for me, memang berbaloi-baloi ada Doona ni. Tak makan space cos takde nak simpan stroller lagi kat boot kereta. Just this one item yang boleh jadi stroller and carseat =)

By the way, if pakai stroller ni memang orang dok pandang je ^_^"




But like any other carseats from USA (Doona ni made in China but designed in US), Doona ni ada expiry date. 6 years from manufacturing date. Same goes with its isofix base too. Sebab plastic kan... in time, akan mereput ke hape... just the safety precautions la.

Please do not buy inspired Doona carseats yang bersepah ada jual secara online. The safety is not the same as the original ones. Plus, harga yang fake pun dah RM1K camtu, better la beli original ones.

Doona ni carseat category 0+ ya, which means dari baby baru lahir until 13kg or until baby dah tak muat. Tak muat macam mana? 

Suitability (EU):

Infant Weight: 1.8-13Kg
Suitability (US):

Infant Weight: 4-35 lbs
Infant Height: up to 32” (81 cm)



It's perfect for air traveling and definitely works great if you travel a lot. If selalu naik flight ke ape... but aku so far takde la lagi travel by air with baby haha... doakan Mak murah rezeki ya cos gerabak keretapi banyak ni lol

Ni kalau nak letak kat overhead luggage


Or just use it to put your child in it.


Picture taken from this blog.



So, kesimpulannya bagi aku memang berbaloi-baloi untuk pakai Doona ni if you always on the go and IF YOU PURCHASED IT WHEN YOUR BABY IS IN INFANT STAGE. Kalau baby dah besar nak masuk 5,6 bulan tu... Mmmm maybe tak yah la beli. Takut pakai kejap je...

For me, if baby dah outgrew nanti aku jual preloved jela kot. Or buat rental. Tengok la rajin ke tak nak rent out haha... By the way, ok je nak beli preloved carseats asalkan tahu history carseat tu camne... if dah pernah involve accidents, then janganla jual pulak ok. 


Till then.

Latest pic of Razzan (now almost 5 months) in his Doona carseat/stroller. Mine is in Royal Blue color.


That Doona Essential Bag is now my handbag. 
Senang oi semua benda humban dalam tu je =D




My cheeky boy.
Dia suke duduk dalam Doona ni cos he knows that would mean we are going to 'jalan-jalan'
hehehe...



Iklan: Mama Panda ada ambil pre order Doona if anyone interested. Price memang lebih kurang jela mana-mana seller pun, but ada special payment plans. Boleh dpt barang lepas deposit RM1000 + postage. Balance RM900 bayar bulan-bulan (RM180 x 5 months). Syaratnya kite perlu 'Friends' di Facebook. =D

If nak beli lumpsum, DM je instagram @mamapandastore nanti I quote. Tapi pre order means kena tunggu la ye... usually it takes 1-2 weeks to arrive.


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, August 1, 2019

bismillahirrahmanirrahim...




Yes, Razzan dah disunatkan atau dikhatankan sejak dia 2 bulan lagi.

Now he'll be 4 months this 10th August. Settle... takyah nak pikir dah bila nak sunatkan dia nanti haha...

Fyi, Razin dah sunat tahun lepas time cuti sekolah. Right before masuk Darjah 2. And pengalaman aku jaga budak bersunat adalah... hmmm tak best. Razin asyik nangis-nangis and nak mandi seksa, nak kencing dia takut bla bla... Overall, it was not a good experience cos aku jadi sedih and helpless bila dia nangis-nangis sakit.

What to do kan? Memang le sakit. Tahan jelaaaa... memula mak memang ok... lelama mak naik panas telinga pulak dengar. So I swore the next baby would be circumcised whil he is still a baby!

Patutnye nak sunatkan masa umur 7 hari (memang sunnah) tapi busy mak berpantang tak abis-habis sakit kat luka czer, nak kena cucuk ubat cair darah le ape blabla so tak buat la. Masa dah habis pantang baru sempat.

Aku buat sunatkan baby ni genap baby umur 2 bulan on 10th June 2019 di Klinik Dr Ismail berdekatan Farmasi i-sihat dekat Giant Manjung (now TF).


Tunggu nak masuk. Takyah buat appointment pun. Boleh walk in sahaja.




Abang lagi dua orang tu tak sunat lagi haha





Mak jugak yang masuk tengok baby sunat cos Ayah jaga abang-abang kat luar...





To name card Klinik Dr Ismail.



Overall, sangat sangat recommended. RM180 sahaja and clamp/plastik pada bebird baby tu akan tercabut tak sampai 10 hari. Hari ke-7 tak silap. Tu pun pengasuh baby yang bagitau.

Time sunat tu yes, baby memang melalak la masa cucuk bius kat bebird dia. Proses sunat baby sebijik macam gambarajah di bawah:-


Ramai yang cakap kesian sunatkan baby even mak aku sendiri cakap takyah la sunat time baby. But then, aku jugak yang kena jaga diorg sunat bila besor nanti. sanggup nak dengar meraung-raung sakit? No. No way. Nanti Raul & Raiq tu sunatkan sekali je. Biar bapak diorang jaga hahaha...

But seriously tak susah langsung jaga baby bersunat. Macam Razzan ni, kitorang pergi pagi dalam pukul 9.30-10 pagi camtu... Lama menunggu je la cos dah ada patients beratur nak jumpa doktor. Prosedur takes around 20 minutes je rasenye. Kejap je.

Baby boleh pakai pampers macam biasa.
Baby boleh je meniarap (sebab Razzan jenis tido meniarap kekadang).

Petang tu time aku mandikan, dia ok je. Tak nangis pun. Dia memang tak nangis time mandi cos he loves his baths.

Masa tengah hari lepas balik klinik tu je la lepas habis bius kot, dia merengek-rengek la sakit. Waktu tu memang merap la so layan jela. Kite tau dia sakit kan. So ikut jela bagi susu ke ape... nak dukung je pun ok, dukung je... 

Doktor ade bagi ubat tahan sakit tapi pcm je pun. So bagi je if dia merengek teruk sangat. And ade ubat sapu jugak untuk sapu kat bebird dia.

Esoknye dia dah ok, gelak-gelak and time mandi pun rileks je. Alhamdulillah senang sangat jaga. Menyesal tak sunatkan Raul & Raiq time baby. Dulu tak tau and tak terfikir pun. Ni pun sebab masa sunatkan Razin aku rase mcm kesian gileeee... tu yang decide sunatkan Razzan time baby. 

Raul & Raiq memang takut dah bile sebut hal sunat cos diorang tengok Razin melalak macam hape lagi dulu.

Bila aku cakap nak sunat macam baby tak? Sebab baby tak nangis...baru la ok. haha... tunggu dah Darjah 1 atau 2 nanti la kot.


Well, till then. Daaa




Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, July 26, 2019
bismillahirrahmanirrahim...


Well well... baru malam ni aku jengah blog and tengok ada draft seperti tajuk di atas... kahkah. Baby dah 3 bulan dah weii... gile busy nak mampoih bila anak dah masuk 4. Langsung takde free time nak blogging2 dah kahkah

Anyway...

Tarikh bersalin yang diberi adalah pada 10 April 2019.

Tapi kena masuk wad sejak 9 April.

Aku kena czer sebab dah ade dua previous scars. Itu je sebabnye... since hospital memang tak bagi dah untuk normal. Kalau kau berani nak homebirth or berani tak ikut saranan ke hospital untuk dibedah sebab nak tunggu sakit normal, silakanlah. Aku tak berani. Kikiki... so ke hospital jelah.


Giler kembang betul muka aku... ni masa 9th April kot? Kena warded one day before.
Menyesal actually beranak kat Hospital Seri Manjung ni cos wad bersalin dia takde kelas-kelas. Semua wad kelas ketiga. Laki aku dah suruh beranak kat HAT je tapi degil kan... Kengkonon fobia masa beranak czer Raul dulu sakit sesangat.

Tapi... yang ni pun sama. Plus lebih lagi. Ceit.

Takpela. Merasa le dok Hospital Manjung hahahah


Aku ni dah ingat2 lupe camne kisah di wad. Memula masuk wad 1 kot? Then dah operate, pindah wad 2. Or was it vice versa?

Wad yang kedua tu bising le jadinye cos ade banyak baby hahaha... pening weh, baru nak tido, and baru bagi anak tido, sekali ade baby lain melalak, hahhh jenuh. Baby kau pun bangun T___T

Jom layan gambar jelah.



Kikiki... rombongan doktor pelatih. Baru merasa kena intebiu2 dengan doktor-doktor pelatih.
Layan... sebelum ni dok beranak kat HAT and Sejati mana ade kena intebiu2. Rasa mcm celebrity pulak. kahkahhh


Mamito kirim makanan kat suamiku.



Sempat lagi selfie cos boring gila. Aku masuk hospital masa 39 weeks and how many days tah.
Yela due date 14 July, warded 9 July. Tunggu gak kot2 ada sakit ke hape, harammm...



Next day. 10 April. Hari kena operate.
Dah pakai baju biru, baju masuk OT. Lama menunggu wehh cos banyak pulak kes emergency yang potong queue aku masuk OT. Maka, tunggu jela. Ni la kalau beranak kat hospital gomen, kena la sabar (walaupun dah puasa dari malam huhuhu)

Aku rase aku masuk OT dalam waktu petang gak la. Pukul 2.30 kot. Cos baby lahir 3.30 petang camtu.

Aku dibedah oleh doktor yang juga customer Mama Panda (lol)
Aku memang le tak kenal orang kan, then masa hari warded tu ade seorang doktor ni masa melawat katil-katil bile sampai kat katil aku, dia tegur "Kedai siapa jaga? Bukak ke?"

Ehhhh... ni customer ke? 

Then she said "Tak pernah pun ke kedai, selalu beli online je"

I didnt catch her name, so bila ade nurse datang, aku tanya la, tadi tu doktor tu nama apa?
And she said that's Dr N. Aku pun search la nama tu kat inbox email. Yes, regular customer juga. Dah beberapa kali beli barang Skip Hop and some other stuff. Hehe...

Puan Dr, if you read my blog or in my FB friend list, "haiiii and thank you so much for delivering my baby"




Anyway, bilik pembedahan di tingkat atas, wad bersalin lak di tingkat bawah... so jenuh juga la diusung naik lif ke hulu ke hilir hehe...

Dalam OT room, ade je male people. Ramai le jugak. Adehh segan. Masa kat HAT dulu pun ade gak... tapi kan, better HAT lagi la cos lepas baby lahir diorg letak atas dada while perut dijahit semula. Ala letak kejap jela for skin to skin. Kat Hosp Manjung takde... dah keluarkan baby terus bawak bersihkan. Tak tunjuk pun sex baby for mother to confirm. Beranak sebelum2 ni semua tunjuk... Doc akan tanya "Tengok ya, baby boy ke girl?" then aku cakap 'Boy' baru baby dibawak pergi. Well, hosp manjung busy gile gamaknye kan. Ape bole buat...


My 4th boy.
Also my last baby. haha.. cukup2 sudah. Dah 3x operate... tak sanggup dah...
Badan pun dah macam-macam masa preggy huhu


Lepas kuar OT, aku dihantar ke wad lain. Wad kedua ni nombor berapa tah. Wad 1 ke wad 2. Lupe dah.

Elok je lps sejam kot, bius hilang and I was in so much pain. Sakit yang takleh cakap la sakit dia cmne. Macam luka kat perut tu ternganga and on fire. That's how I think it felt like. Aku sakit sangat-sangat and the painkiller that the hosp gave didnt do anything!


Ubat bulat warna oren tu painkiller nye. Allah... langsung tak rasa ape! Sakit jugak.
Kapsul merah tu ubat tambah darah ke ape tah. Tu jela ubatnye. Takde antibiotik. Kalau beranak kat Sejati and HAT ada dapat antibiotik...

And I miss the painkiller given by Sejati. Tapi tak tau nama apa, so aku suruh laki aku beli panadol actifast je dua papan since bile aku mintak painkiller lagi, nurse bagi PCM je pun.

Sakit gile tu memang tak tau nak cakap. Sampai nangis2 aku... aku heran dengan orang katil sebelah yang czer gak tapi bile doc tanya painscore, dia jawab 3,4 je out of 10!

Aku? 
Painscore aku 8 ok. yes 8!!

Pastu nurse tak puas hati tanya lagi yeke painscore 8 ni, kalau 8 awak dah takleh nk bercakap dah. Dok meraung je. Wehhh stress aku. Dahla sakit, x caya lak aku cakap aku sakit gile. Dah memang painkiller yang diberi macam xbuat hape pun. Aku siap topup sendiri makan panadol actifast whenever aku dah tak tahan sangat2.

Orang cakap sebab I cut/tied my tubes, that's why lagi sakit.
Or maybe this is the 3rd c-section at the same place. of course le sakit weh. Plus, painkiller cam takde fungsi je T___T


Opah datang dengan Mak Cik Pah and Aneh.




That's how close u were with katil sebelah hehe...
sorang nangis, sebelah lagi pun nangis




1st day beranak, baru kuar OT akan duduk dekat depan.
Dekat dengan kaunter nurse untuk pemantauan




To my surprise, ade paed datang melawat and he said my baby had CTEV atau nama ringkasnye 'club foot'. You know, kaki macam golf club tu... dia masuk ke dalam ckit.


So aku kena tunggu jurupulih datang untuk check and pakaikan splint.

They came and gave baby this...


Baby kena pakai sebulan then datang appointment untuk jurupulih check perlu pakai lagi atau tak.
Kena pakai 2 jam, then tanggalkan 2 jam... ulang la setiap hari gitu.
Aku lega juga cos jurupulih kata mild je ctev pada baby... and just one foot. The right one.


Alhamdulillah masa check up 1 month tu jurupulih kata takyah pakai dah.
Lega Mak...



Ape ni?? haa ni susu formula yang aku seludup masuk.
Aku topup je cos malas nak sesak-sesak otak nak stress bab susu cos susu aku memang kuar lambat if czer. Macam yang diagak, hari ke-3 baru bengkak dada cos susu finally kicked in. Tapi kena ingat, of cos must direct feed kerap juga. ni aku bagi kalau aku ngantok gile and baby xmo tido. nak bagi kenyang hahaha... mak dah tua, penat wehhh.. dengan sakit luka bukan calang2 nyer, koser dah aku nak stresskan diri bab susu. Guna jelah ape2 yang boleh help me with my sanity.
Aku guna susu Karihome btw. Mahal gile. Tapi bagus gak la. Baby takde kuning :)


Lainnye muka dia masa baru lahir dulu...
now dah 3 bulan lebih, dah lain hehe...



Ok kat gambar ade tulis Wad 2. So betul la Wad 2 hahaha... wad lepas dah beranak.



My bed. Gambar kenang-kenangan.


Toilet wad 2. Kongsi-kongsi la yer...
Semua aku upload untuk persediaan mental to those yang decide nak beranak kat sini. Ok je cuma biase la hospital kerajaan kan...

Selepas 3 hari baru leh discharge if beranak operate...


Merasmikan Doona stroller and carseat.
By the way, that Doona Essential Bag is the bomb. Ni dah jadi handbag hari2 aku sekarang HAHA

love it~





Sekian, berjaya pun update hal beranakkan baby no. 4!

And his name is Razzan Areez.

"Dignified Leader"






Written By Ryehana
alhamdulillah...