Wednesday, July 1, 2026
bismillahirrahmanirrahim...


It's 8.04 am and I didn't go to my morning walk today as usual. I was tired since dawn. Woke up around 4 am to pee and might as well solat sunat then I went back to sleep. Woke up again at 6 am for our usual morning routine. Waking up the kids (I am so grateful to Allah that my three older boys can wake up on their own and getting ready by themselves) and getting ready to send them to school.

Yesterday I met Saiful, suami arwah Ika bersama Kak Shima. Of course I asked Kak Shima to accompany me. Now that Ika is gone, aku pula macam diamanahkan untuk jadi ketua trip (geng Manjung) and tolong settlekan bab-bab flights, itinerary etc etc. Since Ika booked most of our flights, aku nak check dengan suami dia bab email etc etc.

Anyway, we chatted about my late friend.

In her death certificate, the "Pulmonary Embolism" was the cause of death.

Pulmonary embolism (PE) bermaksud paru-paru tersumbat akibat darah beku. Gumpalan darah ini biasanya terbentuk di bahagian kaki (dipanggil DVT), kemudian bergerak melalui saluran darah dan tersangkut di dalam paru-paru. Keadaan ini sangat berbahaya dan merupakan kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan segera. [1, 2, 3, 4]
Untuk lebih mudah faham, anda boleh bayangkan saluran darah adalah seperti paip air di rumah. Jika ada gumpalan lumut (darah beku) yang menyumbat paip tersebut, air (darah) tidak akan sampai ke destinasi. Akibatnya, paru-paru tidak mendapat oksigen yang cukup dan jantung terpaksa bekerja terlalu keras.

Arwah dah terlantar di hospital since early April 2026 lagi.

Darah beku di kaki semestinya banyak. Sedih mengingatkan... she was still young...

Saiful commented and thanked us for being a good friends to her. He said he was surprised to see so many people came to the hospital the morning she passed. Aku memang ada pergi pagi tu and masa sampai, arwah tengah dimandikan di unit forensik. Memang ramai ada tunggu and aku bukanlah kenal semua kawan-kawan Ika yang lain. I saw Qaseh, the daughter, and she was calm.

But then Saiful said, tahu tak masa bila Qaseh sedih and macam tersedar umi dia dah takde?

Lepas keluar dari dimandikan dan dah siap dikafankan.

Aku pun masa ni terus rasa sakit dada seeing her like that. I bawled my eyes out. Typing these already made my eyes cloud.

Masa dalam van jenazah nak bawak balik ke rumah parents Saiful tu, Qaseh nangis tak henti-henti... Allah... 

Aku ingat nak tulis tentang trip-trip yang aku pergi dengan Ika but yesterday's meet was still fresh so I wanna write about that.

Saiful also commented that he's glad that Ika was friends with us, (with me) cos he said we gave good influence on her. Dia cite alhamdulillah masa kat hospital bila dia sedar tu ada dia mintak nak solat. Masa meninggal pun dekat rumah, Saiful cakap jenazah ada terbuka mata sekejap and then smiled. Wallahualam. Kita sendiri tak tahu pengakhiran kita ni macam mana kan? sempat ke aku nak bertaubat?
Ada ke orang nak tengok/ziarah aku one last time kalau aku mati nanti... 

For Ika, time solat jenazah ramai hadir kat masjid sebab diorang solatkan selepas solat Asar. Kat kubur pun ramai temankan. 

Aku sendiri first time ke kubur tengok pengebumian hari tu.

Death makes you self reflect.

Ika was healthy, active and living her life planning trips with family, friends... tapi kalau dah rezeki Allah setakat itu sahaja, ajal dah sampai, tamat lah sudah perjalanan kita dalam dunia ni.

Ada orang kerja dan kerja sampai tak enjoy life, tahu-tahu sakit and die.

Harta banyak mana di dunia ni pun, bukan boleh bawa mati. 

In my age right now (I'll be 41 in August), aku selalu juga risau what future holds. I don't have a steady job, a steady income - well how can I when I am the one yang kena uruskan anak 4 orang ke sekolah setiap pagi, urus rumah, amik budak dari sekolah, hantar sekolah agama, hantar mengaji, hantar tuisyen and at the same time nak bagi makan, urus rumah hal kain baju and mencuci itu ini.

So of course I am always scared of what future holds. Kalau aku sakit macam mana, sape nak urus anak-anak?  kalau jodoh tak panjang, mana aku nak merempat? Aku takde kerja, takde harta, takde savings pun. Aku cuma ada anak-anak aku jer. 

Suami dah 11 tahun PJJ and balik weekends je. Tu pun ada je setahun dia duduk Sandakan. Imagine how aku urus rumah dan anak-anak?dengan kekucing lagi. So memang aku takde kerja tetap. 
But alhamdulillah last year since ade beli kete baru, boleh daftar Grab and buat part time. Dapatla duit belanje. Terima kasih Allah Maha Baik.

And arwah Ika sign up Grab jugak under referral aku.

Which was why kitorang sangatlah rapat. Almost everyday ada je call/mesej sembang tentang kerja Grab... harga tambang berbaloi ke tak... share and compare earning hari-hari, update kalau ada roadblock ke, kalau customer teruk ke ape... now takde dah aku tempat nak merentan hari-hari bila buat Grab

To be honest, sejak Ika masuk hospital awal April tu, memang aku tak buat Grab dah. Aku cuma terima offline jobs dari customers yang ada no fon aku. That was it. Tak semangat langsung sebab dah takde kawan.

Aku sedih and memang sangat terkesan sangat dengan kehilangan kawan aku yang sorang ni. I am still so freaking sad... :(




Aku nak attach pictures but it's a hassle. Later lah kalau free


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Wednesday, June 24, 2026
bismillahirrahmanirrahim...

My friend passed away yesterday.

Ika. Aku kenal dia in 2024, I think. Kenal dari Ain Lekir. Ika ni pun duduk Lekir, so I saved her contact as Ika Lekir in my phone.

Aku cuba kenang balik when was the first time aku kenal dia. It was June 2024. Dia whatsapped aku and kenalkan diri as kawan Ain. Kami plan nak hiking ke Bukit Intan di Felda Trolak Timur masa tu. Aku nak follow dari belakang with Serena aku masa tu. Gerak sama-sama and dia tunggu aku kat Caltex Lekir. Rumah dia belakang Caltex je.

Aku bawak anak-anak aku dua orang, Razin & Raiq. Itu lah first time hiking luar sekali. Barulah kenal. Masa tu jugak kenal lagi yang lain-lain. It was really a fun trip, sebab habis hiking singgah mandi sungai and berkelah.

Sejak dari tu, kitorang pergi lagi hiking sama-sama. Lepas Bukit Intan, pergi Bukit Changkat Asa di Tanjung Malim. Masa Jun 2024, tiap weekend aku tak lekat rumah rasanya. Aku bawak Razin & Raiq juga ke Changkat Asa. 




Bukit Intan, Felda Trolak Timur


Ramai masa ni. Gambar diambil oleh Ben Solo yang sekarang dah jadi tiktoker femes ye.

Ni trip dengan Kak Pit yang aku baru kenal sebab join trip ni.



Sempat berendam jugak.

Oh it was fun.



So yeah, it was June 2024 aku kenal dan start kawan dengan Ika Lekir. Lepas tu pergi Changkat Asa pula. Siap picnic kat Batu Bertenggek tengok waterfall. Masa ni takdela rapat mana. Aku pergi sebab Ain Lekir & Ain Azhar. 



Dekat Batu Bertenggek, Perling 



Masa ni aku baru balik dari trip G7 Ulu Sepat which was in early June. Aku teruskan momentum gila hiking sana sini and make new friends. I was happy. I was glad Ika was part of my new hiking friends in June 2024.

Cukup lah tu entry pengenalan.

Since then, banyak sangat aktiviti aku yang aku follow Ika. I remember the first time trip pergi Sarawak in Jan 2025, dia ajak aku pergi Susung Waterfall. Aku tak pernah jejak Sarawak, and tak pernah pergi trip kumpulan yang terbang-terbang ni. Sebelum ni dengan kawan-kawan lain, setakat trip hiking sekitar Perak and then ada sekali group kami ke Kedah. Aku kenal dia dengan Ayah Haship je tapi what the heck, join jelah kan. Buat jela kawan baru. Masa trip Sarawak tu la baru aku kenal ramai lagi kawan-kawan perempuan dok Manjung/Lumut. Best sangat trip Sarawak tu I really was grateful dia ajak aku pergi sekali.



Both pictures generated with Gemini Ai sebab Ika & Ida Klang tak bertudung masa ni. 
Cantik sangat tempat kitorang pergi ni.
Sorry muka pun berubah sikit hehe...


Anyway, it's late.

Aku teringat... so I wrote down dari tarikh awal-awal.

Nanti aku sambung lagi.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Sunday, July 16, 2023
bismIllahirrahmanirrahim...



Sementara masih segar di ingatan, I wanna blog about my hiking experience to Gunung Alai di Gerik, Perak semalam, 15th July 2023.

Gerak dari Manjung pukul 4.45 petang camtu and we arrived in Gerik lepas Maghrib, around 8pm camtu sebab singgah makan malam kat Lenggong 7.30. Aku naik kereta Kak Fiza cos serena buat hal last minute. Patutnya naik kete aku. Nasib baik ada Kak Feeza. 



Yang naik sekali:
Aku, Ogee, Kak Aima & Kak Feeza (driver)



Singgah Masjid Jamek Grik cos Ogee nak solat. 
Yang lain semua bendera jepun. Elok sampai time orang tengah solat Isyak






Later, we went to Hentian Gerik punye tempat makan ni untuk jumpa dengan Ain kuasa dua. Ade 2 orang nama Ain. Sorang dari Lekir, sorang lagi dari Bota. So let's call them Ain Lekir & Ain Bota ye hahaha
Kat sini jugak jumpa the guys from Kedah ada 5 orang. I first met them masa naik Gunung Kerunai in March and now dah jadi kawan. 
Ain bawa anak buah dia, Aiman umur 19 tahun. And ada her other friends yang datang dari Pahang to join us too.


Macam biasa, meeting point popular cos Restoran Kari Kepala Ikan Salim ni open 24 hours. 
Jumpa ramai hikers here...



Pukul 1.10 am on the way ke Kg Alai.

Berkumpul kat tempat parking around 1.20 am.
Lepas briefing dan bacaan doa by Fakrul, we started to hike (around 1.35am)

The girls sempat spray Ridsect kat kaki before naik. Thanks to Ogee.
And yes, record ok tak kena pacat!
Padahal jalan lecak cos it was raining earlier during the day. Memang masa on the way nampak bukit bukau berkabus cos sejuk baru lepas hujan. Kami berdoa sangat dapat view awan karpet hehe...

Guide: Pak Mat
Sweeper: Pak Su Amran



From left: Kak Fiza, Kak Aima, Ain Lekir, Ain Bota, Aku and Shira.

Sampai CP1 pukul 2.18am.

Less than 1 hour and of course aku pancit mengejar pace diorang ni.
Dahla aku sakit kaki cos gatal jogging the day before huhu...
Or maybe aku memang tak se-fit diorang :p

I should follow Ogee, Annur and Tasha cos diorang belakang kitorang dengan sweeper.
But then aku dah terawal so... jalan jelah.
Plus sweeper ada bawak budak 4 tahun so of course lagi la lambat... 



CP2 ni aku masih sempat kejar diorang dengan penuh susah payah lol.
Tak ingat sampai CP2 pukul berapa cos pancit amat.

And I lost them on the way to CP3. 

Aku ditemani guide, Pak Mat. Sebab tinggal aku sorang-sorang kat tengah.

Depan, geng-geng Kedah and girls yang fit yang boleh follow pace budak2 tu.

Middle, aku and Pak Mat.

Belakang, sweeper dengan Annur, Tasha, Ogee (and a kid and his mother)




Sampai CP3 pukul 3.12 am and there were nobody there.
 Diorang yang kat depan tak stop okeh. Saba jela...

Nasib baik Pak Mat sabar menemani.




Nasib baik ada Pak Mat weh.
Sempat la sembang... he's 54 yo and he's doing this full time.
So kalau nak naik weekdays ke ape, takde masalah pun.

We were the first group yang naik malam tu and there will be more people coming, he said.
Ada yang datang naik bas dah berapa puluh orang. So malam ni maybe ada 100 lebih orang kat peak, he said. Yang tu dengan guide lain.

Anyway, aku masa ni dah moody cos period. Yes, blame the hormones.
And I can't lie, I was a bit annoyed at this point cos I felt like my friends didn't wait for me.
But in their pov, diorang tinggal jela cos ada Pak Mat teman aku kan.
Plus, aku memang much slower than them.

Pastu ditambah lak kena scam "lagi sikit je... nak sampai dah..." bla bla which YOU SHOULD NEVER BELIEVE cos dusta belaka lol.

Me being me, aku memang merungut and bebel jela hahaha.

Nasib le aku ni jenis moody kejap je. Biase la angin puting beliung time period tu normal.

Anyway, sampai peak tepat 3.42 am and the girls yang dah sampai awal dah bentang ground siap-siap.
The boys siap bawak tent and they slept on another side yang jauh sikit which was so thoughtful of them. Senang sikit nak salin baju.

Pengalaman yang lepas mengajarku supaya bawa baju spare untuk tidur cos you'll be soaking wet with sweat, nak tidur pun tak selesa. Plus akan jadi sejuk nak mampus cos baju kau basah kan.

So glad that we arrived early and berjaya tukar baju, seluar everything, dengan tudung pun tukar yang clean. 

Around 4 ish am baru orang belakang aku sampai dengan sweeper.

Tidur tak berapa lena sangat cos pukul 5 dah start new hikers sampai puncak, group by groups. 




Ni masa pukul 6 pagi. 
Ada orang duduk depan kitorang cos everywhere else dah penuh.





Ramai sangat orang and bising, so kau bangun jelah ye walaupun bukan leh solat.




Me and Annur.




Kak Aima and I.

Happy dapat awan karpet!
Sejuk ye pepagi... jangan lupa bawak windbreaker.
Siap beli baru sebab... of course la pompuan... takkan nak bawa the same ones kau pernah bergambar before this. KAHKAH




Sweeper buatkan kopi o panas (tapi manis letinggg pak su oi!) dan goreng cucur. 
Layannnnnn

Aku cam sedih cos ramen cup aku dibawa lari tikus pagi tu. 
Yer, ade tikus gunung tau korang. Jaga-jaga la... Dahla dia tak takut orang, aku jerkah pun buat bodoh je.




The view you drove 3 hours (plus) and hiked two hours for.

It was beautiful, masya Allah.





Tengokla belakang tu.
Ramai orang. haha









Pic ramai-ramai.
Nampak tak ada budak kat depan sekali tu?
Power ok umur 4 tahun.
Tahniah, Adam!


Gambar dari drone.
Best ada footage from drone too. Hehe...




Gambar cantik-cantik cos view lawa.

Sebagai pelancong gunung, of course la banyak snap pics.

Videos banyak kat tiktok. Nope, kat blog aku malas up vid.



There were another viewpoint you could go to so masa turun singgah tempat tu untuk bergambar.

Mind you, masa ni dah pukul 9.30 ok. Dah start panas...





Dah takleh nak buka mata lol.
Kitorang group paling awal sampai dan yang paling LAST turun.






Cantik sangat view, pictures didn't do justice.


Haa lepas ni aku terus turun je tak tunggu kawan dah cos I know the girls kalau turun memang lambat sikit, jaga lutut kan... Aku? Hmm ntah. Memang usually dari dulu aku bab turun bukit laju hahaha

So yeah I didn't wait and just turun at my own pace following the guys. Budak laki memang laju le turun... cepat je hilang dari pandangan. Nasib baik ada anak buah si Ain Lekir (Aiman, umur 19) aku paksa teman hahaha

Kitorang memang ada parts yang berlari turun and I love how my new Deuter bag hugged my body, masa lari takde pun dia terlompat-lompat jugak kat belakang. Memang best ahh

Masa turun memang tak rehat kat checkpoint-checkpoint yang ada sampai lah last checkpoint which was CP1, aku cakap kat Aiman, kite rest jap. Kak Ana nak minum air. Haa masa ni baru jumpa Ain kuasa dua (Ain Lekir & Ain Bota) so I walked down with them pulak.

Sampai bawah pukul 10.50 am.

Aku kan tumpang kete Kak Fiza, tapi dia pun tak sampai lagi so aku rehat la kat kete si Izat, kawan Ain Lekir. The Ains naik kete dengan Izat.



Kasut dah macam hape. 
Seluar pun habis kena lumpur cos track becak gila masa turun.
Bayangkan la selepas 100 orang lalu, camne rupa... hahah



"Izat, amik gambar Kak Ana jap. Senang nak check nanti sampai bawah pukul berapa"


Dalam pukul 11.15 camtu Kak Fiza, Shira and Kak Aima sampai.

Then kitorang tunggu lak Ogee, Annur and Tasha sampai.

Masa balik Ogee tumpang Tasha cos kena balik awal.

As for me, Kak Aima and Kak Fiza, we went for a picnic at Air Beruk Campsite.

Turut serta ialah geng Kedah, The Ains and the clan.


Bagus rakyat Kedah, sangat function.
Diorang gerak awal beli ais, beli nasi putih and siap bancuh air dalam dispenser siap-siap dah.
Too bad there weren't that many of us. Kalau ada other girls ikut, lagi meriah.



Kami biar je diorang masak hehe... Ain Lekir and Ain Bota je nolong.
Kak Aima siap dah bawa lauk-pauk dari Manjung lagi.
Memang terbaik ah 



Jumpa sweeper Pak Su juga. Dia pun singgah sini.



Simple, tapi bestttt!
Lauk-pauk dari Kak Aima.
Layan oi makan tepi sungai hehehe



Kak Aima siap bawa kek and kuih-muih lagi.





Sempat la berendam kejap, basuh lumpur yang melekat kat seluar.
Tempat ni best ada toilet semua lengkap.

Aku sempat nap kejap (nak rehat mata je alih-alih tidur terus lol) and terjaga waktu dengar budak-budak Kedah nak balik.

Kitorang pun balik juga pukul 3. 

Sampai Manjung pukul 6.30 petang camtu.

That's all for now.


Catat selagi masih mampu menulis.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...