Sunday, January 17, 2021

Review pakai Hizero Bionic mop yang best giler

bismillahirrahmanirrahim...





Salam dear blog readers, 


Lamanya tak menulis di sini. Entah ada reader lagi ke pun? lol

Anyway, I wanted to write a review on the Hizero bionic mop yang best itu. 

Macam biase, aku terpengaruh dengan review kawan FB, Kak Tyne yang dah beli Hizero and pakai.

Masa ni memang aku tengah study bab mop yang boleh kaut sampah sarap sekali cos sebagai seorang mak kepada 4 hero, memang le penat mengemas rumah and leceh sangat before mop kena vacuum dulu baru leh mop.

Tak kira lagi bab air tumpah, makan nasi bersepah bla bla bla...

Aku study antara Bissell Crosswave dengan Hizero Bionic before.

Harga Bissell Crosswave dalam RM1500-1700 untuk yang corded (berwayar), kalau cordless almost RM2k gak tak silap. Tak tahu lah... ni aku study last year anyway.

Bissell Crosswave takde dijual di Malaysia so warranty dia paham2 jelah. Memang takde la kot? Aku tak tau.

Hizero ni harga dia masa aku beli dulu RM2059. Beli kat SenHeng. Tapi sebab aku ni memang member Plus Point dia and memang selalu membeli barang letrik kat SenHeng, tolak points segala dapat la harga dalam RM1800 gitu kot? Lupe dah. Yer, points aku memang banyak.

Anyway, I bought the Hizero mop last May 2019. Now dah Jan 2021, lama dah aku pakai. So aku nak review lah ape kelebihan and kekurangan dia.

Cerita yang best dulu:-

I was so impressed with the mop cos boleh kaut sampah besar masuk compartment solid garbage dia. My youngest son makan pisang bersepah and comot-comot lantai, semuanya settle dengan Hizero mop! Best gile ok.

Plus, nasi-nasi tumpah dari meja makan yang jatuh ke lantai kalau sapu kan melekat kat penyapu (cos masih moist and nasi belum kering), tapi kalau guna Hizero mop, settle! takde nasi melekat kat lantai or tinggalkan kesan pun.

And of course, kalau air tumpah ke ape ke, boleh sedut jugak.


Another great feature tentang Hizero mop ni adalah; dia asingkan sampah pepejal dengan air kotor. Kalau Bissell Crosswave, ade satu bekas je untuk kekotoran. Kat situ lah pepejal, situ lah air kotor. Like, ewwww nak cuci and bersihkan pun aku geli. kahkah... biase lah penggeli. But not for Hizero. Ade dua compartment berbeza ok. Takdela geli sangat tengok air kotor ade pepejal kotor urghhh

Battery: 

Well, lama jugak bateri dia bertahan. Dalam sejam or more... salesman dia cakap 80 minit. Aku sendiri tak pasti cos tak pernah kira masa pun. Usually lepas few days pakai baru kong. For a CORDLESS mop, it works very well! tahan la bateri dia.

Oh yes, Hizero mop ni cordless so sangatlah mudah nak bawak or mop merata-rata. Aku guna untuk mop tangga pun senang. Hahahah... For me yang dah terbiasa pakai cordless vacuum Dyson, Hizero yang cordless ni pun sama je senang pakai. I don't get it yang sesetengah orang tak puas pakai yang cordless vacuum cos katanya suction tak power, nak yang berwayar jugak baru puas... Nope, not for me.

Cos bagi aku cordless vacuum dari Dyson and Hizero punye cordless bionic mop ni sangat-sangatlah memuaskan.

Hizero ni kite tak panggil dia vacuum and mop 2 in 1. Cos dia bukan vacuum. 

Vacuum means: a space entirely devoid of matter. 2. an enclosed space from which matter, esp. air, has been partially removed so that the matter or gas remaining in the space exerts less pressure than the atmosphere (opposed to plenum). 

tu aku copy paste definition vacuum yer.

Hizero bukan vaccum but it is a BIONIC mop. 

Bionic means:- having or denoting an artificial, typically electromechanical, body part or parts.


Tu pun aku copy paste je definition dari Google.

Because Hizero is a 4 in 1 bionic tool that simultaneously sweeps, mops, dries and self-cleans.

Or bahasa melayu ringkasnya: Hizero ni SAPU and KAUT sampah, Mop jugak, and KERINGkan lantai. Dia jugak BERSIHKAN roller dia sendiri.

Self cleans. Which is so cool.


For me, this mop really is a very helpful tool. Yer, memang mahal tapi berguna la if rumah ramai budak kecik. If duduk rumah takde budak kecik, tak payah la weii... Underutilised nak buat hape. Aku recommend if rumah ramai budak yang suke menyepah, elok le beli. 

Sape yang patut ade:- pengusaha taska HAHAHA, surirumah banyak anak (suami sila lah sponsor) or pengusaha kafe or restoran muahahahaha (ok maybe tak la kot cos ni untuk home use je rasenye... not really heavy duty, i dont know)

Anyway, mari kita ke bahagian masalah-masalah yang pernah aku alami sepanjang aku pakai Hizero mop ni. 

1st sekali, setiap kali pakai kena buang air kotor and buang sampah dia. Kena rajin la ok. Boleh je kau tak buang, tapi tahan la hidung tu bila buang 2-3 hari lepas tu. Busuk melantong air kotor tu. And bahagian solids tu kalau tak berkulat, kira bagus lah. Kahkahkah... yer, sebab aku pernah je buat camtu. Tak buang berhari-hari cos bukan aku yang last guna! encik suami yang tahu pakai tapi tak tau nak cuci balik. Huhu

2nd, kalau malas nak membuang sampah dia ni akan ade kemungkinan saluran air kotor untuk naik ke bekas dia tersumbat. So nanti akan ade air meleleh waktu mop. Jadi ade wet streaks. Ni bukan normal cos Hizero mop ni kalau guna memang kering yer. Lantai basah sikit je, tak sampai berapa saat akan kering. So yeah, if this happens to you, sila check saluran air kotor yang naik ke atas tu tersumbat ke tak ataupun filter dah penuh tak bercuci. Filter kena cuci lepas dah pakai beberapa hari. And make sure pasang dengan betul, kalau terbalik pun punca ade leaking.

Leaking water ni normal lah. Ramai dah jadi... aku pun dah 2,3x jadi. Air bertakung kat compartment solid waste. So bila air tu bertakung, of course bocor bile mop. Basah je.... nasib baik my engineer husband tahu bukak and repair balik hehehehe..

3. Hizero mop ni hanya untuk HARD FLOORS sahaja. Takleh guna untuk vacuum karpet ye. Cos namanya pun mop. Bukan vacuum. So takleh vaccum karpet. Permukaan keras je boleh.

Aku guna untuk mop my marble dining table kalau malas nak lap. HAHAHA

For me no issue cos I already have my cordless Dyson vacuum.

Plus, aku malas sangat bab-bab nak tukar kepala dari vacuum ke mop and vice versa. Malehhhh...

Senang keroje, satu mop, satu vacuum. Settle :)

Tu je kot masalah-masalah dia so far.

Hizero ni ada warranty Malaysia so kalau rosak pun selagi dalam warranty boleh inform je Hizero Malaysia or retailer tempat korang beli tu.

Aku ni jual Hizero jugak since Jun 2019. Lepas pakai, ramai lak yang berkenan and nak beli secara instalment or kutu kan... so jual jelah.

So far dah hantar 1 Hizero mop ke distributor and diorang buat reverse pickup which means kos pos ke distributor tu kita tak perlu bayar. Bagus kan? hehe.... now tengah tunggu berapa lama nak ok sebab PKP plak kat KL.

Yang aku hantar tu masalah dia gear dah haus sebab masa pakai ade benda tersekat kot, tapi user still push jugak bagi mop tu jalan. Hizero mop ni dia akan jalan sendiri bila ON tau, kita kena maneuver je... so yang kes customer aku tu, Hizero dia tak jalan sendiri cos ade tersekat ape2 kat roller agaknya, but still ditolak-tolak, maka gear kat roller tu haus kata suamiku (my husband checked first then bila takleh repair baru hantar ke distributor)

Well, that's all for now.


Gambar takde cos malas nak connect phone.


Next time kalau rajin aku upload gambo.


Diakhiri dengan promo video heheheheh





bye



Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: