Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts
Wednesday, March 1, 2023
bismIllahirrahmanirrahim...


Wow, it's been a while since I posted anything on this blog.

Do people still blog? HAHA

Anyway, still... want to update this blog with what we did yesterday. 

There were backlogs of events I would like to write about in this blog but those will have to wait.

This one kena catat dulu cos it happened yesterday!

Pictures uploaded semuanya unedited dari Gua Tempurung Extreme. Cos I don't have time for that!

Update blog pun dengan pantas. Almaklum, dah 4 orang anak. Busy gile...

Yeah, kami amik pakej white water rafting dengan Gua Tempurung Extreme cos ada promo price RM90/pax inclusive lunch. Razzan free cos he's 3 years old (nak masuk 4yo cos born in April, 2019)

There were 5 of us yang kena bayar so RM450 in total.



Joined another family. 
So there were 2 rafts.


Meeting point was at Gua Tempurung.
Then naik lori masuk kampung, pergi tempat amik rafts,
then naik lori lagi pergi tempat nak turunkan rafts.

Definitely a different experience than when I went water rafting dengan company Wave Raider.
But that is another post (kalau rajin)







Ok siap-siap dah amik rafts and pakai life jackets, helmets.
Kids were excited.
Abaikan la Ayah diorang yang always muka takde perasaan tu.

So gerak lagi pergi tempat nak start rafting.







Look at Raiq's face!
Mak je senyum hihi




Raiq almost fell out of the raft.
Razzan was scared after this rapid because he was soaked.
But still, oklah cos he didn't fell out.

I was the one who fell and it was an accident, not that the guide intend for it to happen.
But too bad, my fall wasn't captured on the camera!
Pictures and videos were provided by them by the way.

Beza jugakla dengan Wave Raider dulu, gambar berlambak gila haha... tapi diorang guna kamera kitorang le pulak. Pakai iphone shira cos was the latest ip14 I think.




Mak je yang tengok kamera hihi






Ok layan video lak...







Well, that's all the videos we have.

Ada tempat-tempat untuk stop and rest/play.

Tapi kejap sangat, I think. Budak-budak tak puas main. Razzan especially, since he enjoyed playing with sand at the river bank. But it was a short stop.



Aku agak geram cos masa ni budak-budak tak tentu hala merayap and main, takde langsung gambar satu family. Haih



Then sambung sampai la end of the journey.

Pergi makan tengah hari then we went home. The other family ada amik cave exploration but I didn't plan for that. Bajet pun tak berapa ada (budak nak start sekolah) and akan amik masa lama pula nanti and they were kind of exhausted main air. Razzan fell asleep dalam lori masa on the way hantar rafts.


Anyway, insya Allah nanti kita repeat lagi kalau ada rezeki. Nanti join yang masuk gua pula. Siap pesan kat budak-budak, doakan la Mak Ayah murah rezeki... almaklum, anak ramai berdedai-dedai, jenuh jugak le nak membayor hahaha


Till then.

Adios.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Friday, September 15, 2017
bismillahirrahmanirrahim...


ENTRY PANJANG BERJELA.


Yeah, second time rombongan Cikgu Mahinar ke Langkawi bawak anak-anak and sedara mara. hehehe...

Start gerak ke Langkawi pada malam 25 Ogos sampai 28 Ogos baru balik Perak.

Ok, first trip dulu ramai tak ikut. My husband, Nan, cousins lain takde join. Kali ni ramaiii la jugak yang join yang sedara.. hehe...

Sewa bas, and there were:

Mamito
Nini
Diyana
Hanis
Afnan
Aina
Aulia (adik Aina)
Amirul
Aku
Suamiku
Anak-anakku; Razin, Raul, Raiq
Umi (my babysitter)
Yong
Wan
Huurun
Kak Lin
Mak Teh
Elly
Shewah
Kak Ija
Kak Peah
Kak Eda
Mizi (anak Kak Eda)

Ermm.. eh ni je ek yang ikut? hahaha sikit gile. 25 orang je campur budak-budak 5 orang. kwang3



Naik bas Uncle Prabha. Seronok!
Budak-budak la paling seronok sebab first time naik bas (except for Razin)





I brought this awesome bag along.
A Petunia Pickle Bottom's.
Boxy Backpack in Bedford Avenue S.E

And of course, my Boba Air!
Penting bawak baby carrier walaupun stroller dah bawak...
Sebab ade je tempat yang tak sesuai bawak stroller kan.. huhu
Still muat untuk Raiq yang umur 2 tahun



Bergerak dari Beruas pada pukul 10.30 malam.
Aku rase aku macam tak tido je sepanjang perjalanan. Ok, maybe kejap jela kot.
Melayan budak-budak yang 'peghak' naik bas. Dah pukul 1 pagi pun tak tido jugak.
Time sampai Kuala Perlis around 5.30 pagi, rasa penat gila cos tido sejam dua je kot T_T
Lepas solat Subuh, naik feri cos feri pukul 7 am.


Nini siap buat goodie bags for everyone.
Ade snacks, drinks etc.



Masa baru sampai Langkawi.
Sian Raiq tak nampak muka (belakang Hanis)




Nasib baik bawak stroller Pockit ni weh.
Jenuh kalau nak mendukung. 
Turun je feri terus letak dia masuk dalam ni and gerak pergi naik bas pulak. 
Semua naik bas.. hehehe... senang...

(Mama Panda jual Pockit Plus stroller RM1099 + free bag + free POSLAJU semenanjung if order kat Shopee: www.shopee.com.my/mamapanda)



Lepas breakfast terus pergi Wildlife Park. Saje bagi budak-budak yang dah tak duduk diam ni seronok tengok animals hehe








Ayah pegang raccoon. Ewww






Keluar dari sini pergi lunch, check in hotel.

We stayed at Hotel Langkasuka by the way. Senang, sebelah Langkawi Parade je


Well, masa budak-budak ni mandi, Raiq accident jatuh dalam bilik air and kepala terhantuk divider dekat lantai. Kesian dia :(
Camtu la kalau SEMUA lelaki mandi sekali. Ayah tak terhandle. haih...



Lepas letak ubat amik dari hotel... cos berdarah ;'(

Monitor jugak takut muntah ke ape, nasib baik takde.
Just luka cos bucu tajam. Sian Raiq... kepala dia memang berbenjol-benjol bekas dari jatuh-jatuh sebelum ni. Dia ni paling lasak aku rase...


Anyway, lepas check in, aktiviti bebas.
Lepas pergi makan kat kedai depan hotel, kitorang merayap lak ke mall sebelah cos nak beli air mineral and kudap-kudap nak makan kat bilik.



Kedai makan depan hotel.
Budak-budak ni terpegun tengok ada anak beruk kat atas tv tu.
Siap pakai diaper. hahaha



Bilik Queen bed with extra bed.
Gaya Raiq tidur haha... dia penat gila. Tido petang tu dari 4.30 petang sampai ke esok pagi, Subuh baru bangun! Tu la first time Raiq tido lama gile... huhu...
Maybe sebab sakit kepala pun sama kot.

Esok pagi, gerak nak naik cable car.
Prepare jela duit untuk tiket ye. Ramai anak, lagi banyak la bayarnye hahaha...

RM40 tiketnye.. Raiq je tak kena...
Govt rate ade less sikit (laki aku jela)

Kitorang ni cuak jugak takut Raul melalak-lalak takut and tak nak naik.
Worse, berdrama time beratur nak naik tu.
Alhamdulillah, takde drama. Biasa la takut sikit-sikit. Cepat-cepat dukung hehe...


Masa baru masuk gondola. Tengah menenangkan dia.
Alhamdulillah tak nangis...


Laki aku kalau amik gambar... abis nampak gemok. Terpaksa crop badan.
Kahkahkah
By the way, memang berat aku naik pun. 78-79 kg kot. Gila!
Now baru nak diet + work out semula

(lepas tengok gambar-gambar masa kat Langkawi aku mcm dugong!)




Takut oi kalau tengok bawah...


Tak semua ahli rombongan naik. 
Ramai tak naik, diorang lepak oriental village kat bawah je...


Photo taken by Amirul (sian Amirul takde dalam gambo ni haha)

Pagi tu berkabus tebal sangat, maka tak dapek la nak menengok pemandangan hijau.
Ape boleh buat...
Pusing-pusing bergambo pastu turun bawah cos banyak lagi benda nak wat

RM40 tiket tu kita leh naik cable car, masuk 3D museum, masuk SkyDome and SkyRexx

So turun bawah masuk SkyDome cos masa tu takde orang lagi.



Tunggu nak masuk.


Kat dalam. 
Masa ni bengang gile ngan minah depan yang pegang monopod tu.
Dari awal sampai habis dok record. Dahla pasang flash.
Orang ehem-ehem and cakap kuat-kuat dia buat bodo, last aku cuit suruh OFF flash baru nak off flash.
Tapi annoying and spoil je. huh



Pastu Sky Rexx, macam masuk USS punye 4D experience tu. 
Tapi yang ni pergi Dinosaur Island. 

Rate 2.5/5

Aku rasa masa baru-baru dulu mesti best, tapi ni sebab dah lama kot... visual dah tak power sangat dah. Too bad. Jadi lah, bagi budak-budak merasa tengok and dapat gak bantai jerit-jerit haha


Raul yang takut lepas masuk SkyDome.
Ni beratur nak masuk SkyRexx plak.
Elok kuar SkyRexx, dia berak.
Ayah pergi basuh haha...

Next, 3D Museum.


Sebab pergi time cuti sekolah, ramainye manusia la hai!
Macam-macam bau ade plak tu cos kena tanggal kasut untuk masuk.

Tips; the museum was large!
Tapi semua orang yang masuk peghak and amik gambar kat area entrance je. Kat depan-depan banyak lagi tempat nak bergambar.
Aku sampai kat tempat Mesir tu tak bergambar dah cos nak kejar masa
(pukul 12 kena ada kat bas)


Bab bergambar bagi kat diorg. hahaha



Raul yang blur. hahaha


So gemuksss... berat 79 kg time ni. huhu
Jadilah upload sikit-sikit untuk catatan peristiwa (ni pun dah panjang gila dah blog entry kali ni)



Abis je dari sini, naik bas pergi lunch pulak. Lapor weh.

Singgah Telaga Harbour nak ke toilet and tengok scenery & boats.

Ni gambar Nini, Amirul & Raiq bergambar dengan kapal layar yang Dato Azhar Mansor guna berlayar around the world dedulu tu



Next, Mangrove tour. Tak buat island hopping cos takde sape nak mandi laut and takde sape larat nak naik bukit pergi Tasik Dayang Bunting. Tak koser. haha...

So kita buat mangrove tour jela... pergi Kilim Geoforest Park tengok helang tangkap ikan, melawat sangkar ikan and masuk gua kelawar. 


Kak Peah, Mamito, Raiq, me and Razin.

It's Raiq's and Raul's second boat ride (first masa naik bot kat Teluk Batik)


Raul takleh nak buka mata haha


First melawat sangkar ikan. Pegang ikan, tengok ikan menyumpit bla bla bla






I love this pic of us =)

Nampak langit gelap tu? Nak hujan. 

It rained during our next stop which was Bat Cave.




The bats! Suluh guna torchlight sewa RM1 haha...
Razin was fascinated. =P




Hujan. Raul dipimpin Pak Uda Nan.
Wearing matching hats yang Mak beli special for this trip lol.
Stephen Joseph's hats. =P
Razin backpacking his Deuter Kikki bag.



Waiting for our boat.
Orang-orang tua tak turun pun dari bot. Yang turun just yang muda-muda je hahaha

So that's the last stop for mangrove tour.

Balik ke bas, menuju ke Kompleks HIG, Idaman Suri, Rams pulak.

This time untuk shopping!

Beli kain batik, coklat, topup Corelle yang pecah (kat Rams sahaja ade jual loose Corelle) and my new set of Vision saucepans.
Vision murah. Lagi murah dari harga Pernama.


Aku beli satu set ni RM375 shj.

Harga Pernama RM469. Jauh oi beza. Takpe hangkut kotak besor-besor pun. 
Nasibaik naik bas hahaha

Kelebihan pergi rombongan bas, beg tak kena check. hehe...
(ikut nasib gak kot, tapi usually memang tak kena if naik bas rombongan)

Kalau naik kereta, yes kena check dengan kastam. Leceh.


So Monday 29th Aug came. Masa untuk pulang. Pepagi lagi dah siap cos naik bas ke jeti pukul 8.00 pagi. Kekonon nak lepak-lepak Datarang Lang yang sebelah jeti tu tapi hujan, maka lepak la tunggu feri pukul 10.


Breakfast.



Us. Enjoy sangat trip kali ni. Kalau lagi ramai sepupu-sepupu yang join or mak-mak saudara join mesti lagi best. :')



Umi takde dalam gambar cos merayap ke Dataran Lang rasenye haha




On the way balik singgah Padang Besar tapi aku tak turun pun. Malas.
Tak mende nak beli.

First time makan kerabu maggi. Pedas nak mampus. Tapi sedap huhu





Well, that's it! Habis dah entry langkawi trip 2017.

Semoga panjang umur, murah rezeki untuk next family trip. 
Kot-kot ke Pulau Tioman plak ke? Hehe... insya Allah.


p/s: Kak Peah nak belanja pergi Cameron Highlands plak 24hb Sept ni sempena birthday dia. Dia bayarkan sewa bas, belanja breakfast + lunch lagi. Yeay... can't wait. Nanti kita update lagi blog ye.

p/p/s: Kak Peah is our neighbour di Beruas. Dia menyewa rumah sebelah.





Written By Ryehana
alhamdulillah...