Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Monday, June 11, 2012
bismIllah...


Eh first sekali nape lah blogger ni buat default font aku Times New Roman? Aku tak suka... aku nak Trebuchet jugak!

2ndly, tau tak aku sekarang sedang menangguh untuk packing baju-baju? Esok nak balik Pahang ni! Adehhh fail sungguh la kalau nak packing... Malas!

3rdly, aku baru pas celebrate our 2nd anniversary last June 5th. Hehehe... Memang honeymoon sekejap cos Razin kena kidnap balik Beruas last week... 3 hari takde Razin macam orang gila dah aku... bapak bosan time laki aku pegi kursus. huh!

So malam Jumaat lepas (7th Jun) terus balik Beruas walaupun hubby plan nak balik Beruas lepas solat Jumaat esoknye. Perghh memang takleh la. Aku nak balik malam tu jugak. Rindu gile-gile punye...

Memula ingatkan nak balik Pahang dah last Friday, sekali hubby kata baru dapat tau Isnin kena attend meeting dengan boss plak. Adehhh... rosak la plan... kengkonon nak balik Pahang weekend ni.. then hari Isnin nak jenjalan ke Melaka ke 2 malam before balik Johor.

Sebab tu aku blog sebelum ni, TAK PAYAH PLAN! 

Susah cos kerja askar ni memang unpredictable.

Nasib baik selaku seorang isteri yang tidak mempunyai majikan (dan KWSP mahupun bonus setiap tahun), aku ikut jela mana laki aku pergi.

Aku ni kejap-kejap kat Johor... kejap-kejap kat Lumut, pehtu Beruas (kalau cari backup untuk orang jaga Razin haha) and sometimes balik kampung suami kat Pahang...


Merata jer merayap.


Takpela... nasib baik Razin dah biase travel. Seorang baby yang tak banyak ragam sangat. Ok la...


Mmmm macam lagi banyak citer nak tulis tapi aku nak check emel and packing baju la jap lagi.


Benti jap.


Esok-esok sambung.


Bye.
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, June 5, 2011
bismIllah...


Yes, today is the 5th of June!

Last year, pada tarikh ini aku akad nikah (lepas Asar actually)

So dah setahun menjadi isteri orang!

Wahhhhh... as cliche as it may sound, how time flies!



After a year, we are still happily married (with occasional annoyance) and we already have one little soldier! Syukur alhamdulIllah...

Gambar semalam...
Lepas Razin mandi petang


We have a long way to go, dear husband... Moga-moga di hari mendatang we'll grow more matured and wise... And of course, with a string of kids :D Insya Allah...


Pagi ni aku maleh nak bangun awal-awal. Masak breakfast? Ahh maleh. Penat. Semalam Razin susah nak tido. So pagi ni hubby beli nasi lemak kat kedai je... Then dia mengemas stor kat bawah.

Aku?

Guling-guling atas katil ngan Razin sampai kul 10.30 pagi. Kul 11 baru mandi. har har har... Mentang-mentang hari Ahad kan... ni jela hari nak balun bangun lambat. Dahle semalam public holiday tapi kena kerja so balas dendam skett.

Err... Razin pun kul 11 lebih baru mandi. kuikuikui...

Hadiah anniversary ape?

Aku dah beranakkan Razin tu kira hadiah la tu kan? ekekeke...

Actually, mula-mula nak buat seprais kek tapi terpaksa cancel cos kedai kek tak buat delivery so tak jadi... Tengok le malam kang... makan kat mana-mane ke...

Hubby bagi ape? Setakat tengah hari ni takde ape-ape lagi... tapi pepagi dah wish kat FB (walaupun tak mention cos xreti gamaknye padahal dah ajar :P)

Alah tak kisah sangat pun sebenarnya... :)

Hubby busy mengemas stor bawah tangga pagi tadi.

Now tengah godek-godek kat atas buat ape tak tau.

Ok, aku dengar bunyi tv... So dia on kan tv yang dah lama terkangkang kat bilik la tu... oh best! ada tv dah bilik tidurku! Leh layan dvd atas katil... hihihihi... (pantang seratus hari tak abis lagi wei)

Ermmm malam esok ade bbq kat navy base yang aku kena pergi (teman suami)

AMENDE AKU NAK PAKAI NI????

Baju kurung or kebaya.

Sah-sah le pakai baju kurung.... baju kebaya sumer dah tak muat

Eh ok la.

Nak layan chatting ngan mamat navy yang mencari teman untuk bbq malam esok. Hahaha... (susah eh takde awek? :P)

Sape yang free eh?

Nini dah sah-sah takmo cos dia tak berapa minat ngan mamat-mamat tentera ni :P

eh ok la...

Tu je update kali ni.

Doakan perkahwinan kami bahagia, berkekalan dan sentiasa diberkati Allah...



Salam...



alhamdulIllah...