Showing posts with label Childbirth. Show all posts
Showing posts with label Childbirth. Show all posts
Friday, July 26, 2019
bismillahirrahmanirrahim...


Well well... baru malam ni aku jengah blog and tengok ada draft seperti tajuk di atas... kahkah. Baby dah 3 bulan dah weii... gile busy nak mampoih bila anak dah masuk 4. Langsung takde free time nak blogging2 dah kahkah

Anyway...

Tarikh bersalin yang diberi adalah pada 10 April 2019.

Tapi kena masuk wad sejak 9 April.

Aku kena czer sebab dah ade dua previous scars. Itu je sebabnye... since hospital memang tak bagi dah untuk normal. Kalau kau berani nak homebirth or berani tak ikut saranan ke hospital untuk dibedah sebab nak tunggu sakit normal, silakanlah. Aku tak berani. Kikiki... so ke hospital jelah.


Giler kembang betul muka aku... ni masa 9th April kot? Kena warded one day before.
Menyesal actually beranak kat Hospital Seri Manjung ni cos wad bersalin dia takde kelas-kelas. Semua wad kelas ketiga. Laki aku dah suruh beranak kat HAT je tapi degil kan... Kengkonon fobia masa beranak czer Raul dulu sakit sesangat.

Tapi... yang ni pun sama. Plus lebih lagi. Ceit.

Takpela. Merasa le dok Hospital Manjung hahahah


Aku ni dah ingat2 lupe camne kisah di wad. Memula masuk wad 1 kot? Then dah operate, pindah wad 2. Or was it vice versa?

Wad yang kedua tu bising le jadinye cos ade banyak baby hahaha... pening weh, baru nak tido, and baru bagi anak tido, sekali ade baby lain melalak, hahhh jenuh. Baby kau pun bangun T___T

Jom layan gambar jelah.



Kikiki... rombongan doktor pelatih. Baru merasa kena intebiu2 dengan doktor-doktor pelatih.
Layan... sebelum ni dok beranak kat HAT and Sejati mana ade kena intebiu2. Rasa mcm celebrity pulak. kahkahhh


Mamito kirim makanan kat suamiku.



Sempat lagi selfie cos boring gila. Aku masuk hospital masa 39 weeks and how many days tah.
Yela due date 14 July, warded 9 July. Tunggu gak kot2 ada sakit ke hape, harammm...



Next day. 10 April. Hari kena operate.
Dah pakai baju biru, baju masuk OT. Lama menunggu wehh cos banyak pulak kes emergency yang potong queue aku masuk OT. Maka, tunggu jela. Ni la kalau beranak kat hospital gomen, kena la sabar (walaupun dah puasa dari malam huhuhu)

Aku rase aku masuk OT dalam waktu petang gak la. Pukul 2.30 kot. Cos baby lahir 3.30 petang camtu.

Aku dibedah oleh doktor yang juga customer Mama Panda (lol)
Aku memang le tak kenal orang kan, then masa hari warded tu ade seorang doktor ni masa melawat katil-katil bile sampai kat katil aku, dia tegur "Kedai siapa jaga? Bukak ke?"

Ehhhh... ni customer ke? 

Then she said "Tak pernah pun ke kedai, selalu beli online je"

I didnt catch her name, so bila ade nurse datang, aku tanya la, tadi tu doktor tu nama apa?
And she said that's Dr N. Aku pun search la nama tu kat inbox email. Yes, regular customer juga. Dah beberapa kali beli barang Skip Hop and some other stuff. Hehe...

Puan Dr, if you read my blog or in my FB friend list, "haiiii and thank you so much for delivering my baby"




Anyway, bilik pembedahan di tingkat atas, wad bersalin lak di tingkat bawah... so jenuh juga la diusung naik lif ke hulu ke hilir hehe...

Dalam OT room, ade je male people. Ramai le jugak. Adehh segan. Masa kat HAT dulu pun ade gak... tapi kan, better HAT lagi la cos lepas baby lahir diorg letak atas dada while perut dijahit semula. Ala letak kejap jela for skin to skin. Kat Hosp Manjung takde... dah keluarkan baby terus bawak bersihkan. Tak tunjuk pun sex baby for mother to confirm. Beranak sebelum2 ni semua tunjuk... Doc akan tanya "Tengok ya, baby boy ke girl?" then aku cakap 'Boy' baru baby dibawak pergi. Well, hosp manjung busy gile gamaknye kan. Ape bole buat...


My 4th boy.
Also my last baby. haha.. cukup2 sudah. Dah 3x operate... tak sanggup dah...
Badan pun dah macam-macam masa preggy huhu


Lepas kuar OT, aku dihantar ke wad lain. Wad kedua ni nombor berapa tah. Wad 1 ke wad 2. Lupe dah.

Elok je lps sejam kot, bius hilang and I was in so much pain. Sakit yang takleh cakap la sakit dia cmne. Macam luka kat perut tu ternganga and on fire. That's how I think it felt like. Aku sakit sangat-sangat and the painkiller that the hosp gave didnt do anything!


Ubat bulat warna oren tu painkiller nye. Allah... langsung tak rasa ape! Sakit jugak.
Kapsul merah tu ubat tambah darah ke ape tah. Tu jela ubatnye. Takde antibiotik. Kalau beranak kat Sejati and HAT ada dapat antibiotik...

And I miss the painkiller given by Sejati. Tapi tak tau nama apa, so aku suruh laki aku beli panadol actifast je dua papan since bile aku mintak painkiller lagi, nurse bagi PCM je pun.

Sakit gile tu memang tak tau nak cakap. Sampai nangis2 aku... aku heran dengan orang katil sebelah yang czer gak tapi bile doc tanya painscore, dia jawab 3,4 je out of 10!

Aku? 
Painscore aku 8 ok. yes 8!!

Pastu nurse tak puas hati tanya lagi yeke painscore 8 ni, kalau 8 awak dah takleh nk bercakap dah. Dok meraung je. Wehhh stress aku. Dahla sakit, x caya lak aku cakap aku sakit gile. Dah memang painkiller yang diberi macam xbuat hape pun. Aku siap topup sendiri makan panadol actifast whenever aku dah tak tahan sangat2.

Orang cakap sebab I cut/tied my tubes, that's why lagi sakit.
Or maybe this is the 3rd c-section at the same place. of course le sakit weh. Plus, painkiller cam takde fungsi je T___T


Opah datang dengan Mak Cik Pah and Aneh.




That's how close u were with katil sebelah hehe...
sorang nangis, sebelah lagi pun nangis




1st day beranak, baru kuar OT akan duduk dekat depan.
Dekat dengan kaunter nurse untuk pemantauan




To my surprise, ade paed datang melawat and he said my baby had CTEV atau nama ringkasnye 'club foot'. You know, kaki macam golf club tu... dia masuk ke dalam ckit.


So aku kena tunggu jurupulih datang untuk check and pakaikan splint.

They came and gave baby this...


Baby kena pakai sebulan then datang appointment untuk jurupulih check perlu pakai lagi atau tak.
Kena pakai 2 jam, then tanggalkan 2 jam... ulang la setiap hari gitu.
Aku lega juga cos jurupulih kata mild je ctev pada baby... and just one foot. The right one.


Alhamdulillah masa check up 1 month tu jurupulih kata takyah pakai dah.
Lega Mak...



Ape ni?? haa ni susu formula yang aku seludup masuk.
Aku topup je cos malas nak sesak-sesak otak nak stress bab susu cos susu aku memang kuar lambat if czer. Macam yang diagak, hari ke-3 baru bengkak dada cos susu finally kicked in. Tapi kena ingat, of cos must direct feed kerap juga. ni aku bagi kalau aku ngantok gile and baby xmo tido. nak bagi kenyang hahaha... mak dah tua, penat wehhh.. dengan sakit luka bukan calang2 nyer, koser dah aku nak stresskan diri bab susu. Guna jelah ape2 yang boleh help me with my sanity.
Aku guna susu Karihome btw. Mahal gile. Tapi bagus gak la. Baby takde kuning :)


Lainnye muka dia masa baru lahir dulu...
now dah 3 bulan lebih, dah lain hehe...



Ok kat gambar ade tulis Wad 2. So betul la Wad 2 hahaha... wad lepas dah beranak.



My bed. Gambar kenang-kenangan.


Toilet wad 2. Kongsi-kongsi la yer...
Semua aku upload untuk persediaan mental to those yang decide nak beranak kat sini. Ok je cuma biase la hospital kerajaan kan...

Selepas 3 hari baru leh discharge if beranak operate...


Merasmikan Doona stroller and carseat.
By the way, that Doona Essential Bag is the bomb. Ni dah jadi handbag hari2 aku sekarang HAHA

love it~





Sekian, berjaya pun update hal beranakkan baby no. 4!

And his name is Razzan Areez.

"Dignified Leader"






Written By Ryehana
alhamdulillah...
Tuesday, May 20, 2014
bismIllah...


Alhamdulillah... Dah selamat melahirkan anak kedua melalui pembedahan. Another boy =)


12hb Mei tu bukan kena operate rupanya... tapi jumpa doktor bius je. But still kena warded cos doktor busy gila... silalah standby je kat wad bila doc panggil. Maka, hari Isnin tu semata-mata jumpa doktor bius.
The doctor told me to start fasting by 2am hari Rabu cos waktu operation adalah lepas pukul 10 pagi.
Abis jumpa, aku balik rumah (walaupun sebenarnya takleh balik).

13hb Mei:
- Masuk ward semula dalam pukul 3 petang. Malam dah kena start puasa untuk operation the next day. Melantak dulu puas-puas. hehe...


Bilik 7-8
Katil no. 7
Ni bilik untuk pegawai/bini pegawai.
Kalau pangkat komander ke atas ade bilik lebih special (bilik no. 6 kalau tak silap)
Dapat bilik ni pun dah alhamdulillah.

Selesa je cos bilik ada aircond and sebelah katil kosong. Suke hati nak buat ape pun...
Sejak hari Jumaat lepas memang aku duduk bilik ni jer bila warded (walaupun kejap and tak kena bermalam)..



Start pukul 11 malam hari Selasa tu dah kena cucuk macam ni. Takleh tido cos sakit tangan :(
(First time kena macam ni huhu)


Esok pagi kena pindah ke bilik yang ada 4 katil. Bilik ni bertentang kaunter. Motif adalah untuk senang monitor cos nak kena operate kan... 

Sebelah katilku ade sorang mommy bakal dibedah cos baby songsang juga. Actually she was the 1st patient masuk OT. Aku patient kedua.



Gambar ini disnap semasa doktor tengah buat round. 
Yang uniform hijau dari kiri: Dr Sharifah (doktor ni la yang operate diriku), Dr Ilyana and lagi sorang tu nurse.

Smart je doktor pakai uniform tentera hehehe...


Start dari pagi Rabu tu dah mula cuak.
Bila turn aku sampai (dalam pukul 1 petang), kena strip and pakai scrub sahaja. Then dimasukkan catheter (salur kencing). Giler tak selesa! Other mommies kat FB bagitau yang catheter tu dimasukkan lepas kena bius... so tak rasa ape. huhu... tapi malang nasibku kena time sedar. Erghhh... 

Proses ni berlaku time waktu melawat. Memang la ade tirai penghalang tapi ade jugak mak pesakit sibuk nak ngintai-ngintai nurse prepare aku. Geram betul. Tak selesa betul dok bilik ni. FYI, kat HAT ni boleh sesuka hati je nak datang melawat pukul berapa... ade time yang nurse halau gak pelawat tapi takdela strict sangat. And budak-budak pun leh naik ke wad, takde masalah. Tak macam hospital lain yang tak bagi budak naik melawat. Tapi kalau budak-budak hyper and bising memang ko sakit hati gak laaaa... mengganggu ketenteraman. huahua...
Anywayyy...Bilik Bedah di HAT ni di tingkat 1 (Wad Bersalin iaitu tempat aku stay adalah di tingkat 2). Masuk je OT aku dah terkejut cos ade seorang doktor (doktor la kot) lelaki. Alahai... dari awal sume pompuan je... tetiba ade lelaki plak dah. Memang la beranak operate takde kena seluk-seluk miss v ke hape, tapi malu le jugak cos dalam OT time nak kena cucuk bius tu belakang memang bare... time nak kena cucuk tu aku duduk tak betul kot, 3x cucuk baru ok. Hadoii sabo jelah.

Lepas tu kerjanya baring jela sambil tunggu doktor settle membedah.

Alhamdulillah baby selamat dikeluarkan pada pukul 2.17 pm, 14hb Mei 2014. Mulanya cuak juga cos tak dengar baby nangis (kalau masa Razin dulu, time keluar je dah uwaaa uwaaa). Then terdengar dia batuk. A few minutes lepas tu baru nangis. Fuhh lega =)

Baby was taken away to be cleaned up. Then dibawa masuk semula dan diletak di dadaku. Masa ni baby memang wide awake and nak menyusu... mencari-cari nak menyusu tapi tak dapat nak susukan cos diorang tak positionkan betul-betul. Doktor bius tu cakap "Takpe.. nanti kat bilik boleh susukan. Nak bagi nyusu sekarang position awkward sikit". Okla pasrah. huhu...

Abis kena jahit, baby was taken away again. Time ni aku dah kesejukan tahap gaban. Memang ade warm blanket yang cover tapi still takleh cover kesejukan tu. Menggigil-gigil badan aku menahan sejuk huhu... Pastu settle segala benda (amik bp, bla bla bla) I was sent to Wad Bersalin semula. 

Menunggu husband datang... datang je dia azankan baby.



Janggal je rupa pegang baby.




My second child. 
Berat 3kg.




Petang tu Mamito, Nini, Diyana, Kak Lin, Mak Yang, Amirul & Razin datang melawat.

Esoknya baru pindah ke bilik no. 7 semula. Lega giler...


 Ni dah balik bilik 7-8. Lebih privacy and selesa. huhu....

Esoknya (Jumaat) baru check out.


Razin pelik je tengok ade bawak balik baby =P




Gambar hari ni... 20th May 2014. 
7 hari.

Nama baby?

MUHAMMAD RAUHILLAH ALTAMIS BIN ROSTAFAR

(Bapak dia bagi nama kali ni... mak punyer cadangan semua kena tolak)

Semoga sihat sejahtera, membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti wahai anakanda...


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Sunday, March 13, 2011
bismIllahirrahmanirrahim...


Syukur alhamdulillah... Aku dah berjaya melahirkan seorang anak. The joy of giving birth to a new life is... well, it's indescribable.

So here's a little notes on my delivery day:

AMARAN: Perenggan-perenggan di bawah mungkin mengandungi maklumat melampau dan terlalu jujur yang mungkin menyinggung perasaan/mengganggu certain readers di bawah umur (dan belum berkahwin?) especially perenggan berwarna merah.

So please be warned.



Aku dah start rasa contraction since 4.45 pagi pada 11 March yang lepas. Mula-mula rasa contraction every 15 minutes, then start dari 5.30 pagi, aku mula rasa contraction every 5 minutes. So aku tau la yang aku dah nak bersalin pagi tu. Syukur... sebab memang aku nak sangat bersalin hari Jumaat. :)

Aku masuk labour room around 6.40 pagi selepas nurse check bukaan dah 4cm (selukan kali kedua). Lepas kena seluk, dia terus suruh aku mandi, berak dan bawak baju baby masuk labour room. Aku dah asyik membuang air besar je sebelum tu, so lepas nurse masukkan ubat bagi berak tu, takdela aku membuang banyak sangat. Just mandi jela puas-puas.

Sebelum masuk labour room sempat mesej suami, Nini and Nyda gitau nak masuk labour room.

So, dengan perasaan yang sangatlah nervous, aku masuk bilik bersalin. Diorang letak CTG scan lagi di perutku untuk monitor heartbeat baby. Turun diletak alat untuk monitor contraction. Aku agak beruntung cos tak banyak rasa sakit contraction. Even bidan/nurse yang dok attend aku tu pun dok bising-bising kenapa contraction aku sikit and tak kuat. Aku untung la tak sakit, tapi yang susahnye adalah bila nak meneran... Teran bila sakit. Kalau tak sakit, takkan nak teran.

Around 7.30 pagi, air ketuban aku dipecahkan untuk mempercepatkan dilation and contractions. By this time, bukaan dah 6 cm. Bidan yang layan aku ni bagus la... tak terasa sangat pun dia seluk... sampai aku yang tanya, "Dah pecah ke air ketuban?" cos tak terasa. Lepas dah pecah air ketuban tu baru la rasa kuat sikit contraction... but still, not much.

Elok je air ketuban aku pecah, hubby masuk labour room. Dia takleh stay so dia just jumpa aku kejap bagi kata-kata semangat. Siap gitau dia nak pergi kapal jap. By this time, aku dah tak kisah sangat dia ada ke takde cos dalam kepala otak aku ada satu je... "Nak keluarkan baby". huhu...

Tapi bila ingat balik, macam syahdu and sedih la plak bila hubby takde bersama-sama masa aku bersalin. Hmm... tapi takpela. Nasib baik team nurses/bidan/sister yang jaga aku di labour room tu bagus-bagus and baik je... So takdela aku terasa teruk sangat.

Dipendekkan cerita, aku selamat melahirkan anak sulungku pada 8.53 am. Baby kecik je... 2.7 kilo sahaja. Bidan tu cakap, kalau aku pandai meneran, cepat je bersalin cos baby tak besar... Huhu... mane la nak reti kan. Nama lagi first baby.

Yang aku sangat terasa sakitnya adalah apabila baby dah nak keluar sangat-sangat. Adeh... seriau lak bila ingat balik. Koyak toksah citer la... Banyak sangat cos bidan cakap kulit aku nipis. Sebelum bidan gunting (episiotomy) lagi, dah terkoyak banyak. Huhu...

Part yang aku paling takleh blah adalah semasa kena jahit. Since aku banyak tear, so lama la nurse tu jahit. Sambil tu dia dok geleng-geleng kepala and nasihat suruh jaga elok-elok masa berpantang. Jangan sampai jahitan terbukak. Satu kerja plak nak jahit kali kedua! Huhu... memang kena bius and mostly tak terasa sakit. Tapi bila kat bahagian kulit tu, ya Allah... memang rasa sakitnya... urgh... ni part aku paling tak suka.

Lepas dijahit dan dipakaikan pad, aku pun dihantar ke bilik baru yang ada katil 2 bijik. Sebelum ni aku dok kat area katil 4 bijik. Baby pun dihantar masuk bilik. Masa ni aku rasa biase-biasa je... Tak rasa lagi bonding antara ibu dan anak tu... Yela, maybe sebab aku letih gile kot. Nak pergi dukung and peluk baby pun aku tak larat. Aku just baring je kat katil sampai hubby datang...

Aku just tengok je baby... sambil cuit sikit-sikit. Muka masa baru lahir ni macam muka hubby. Bulu mata lentik pun macam hubby. And then, after quite some time, my son, he opened his eyes. What a big black eyes! He looked around... and then he looked at me. Ya Allah... terasa something dalam hati ni bila mata bertentang... Betullah... hilang rasa sakit-sakit bersalin tu (sekejap).

Lepas tu baby tido balik. Pejam je mata tak buka-buka walaupun aku usik-usik.

Hubby came around 11-ish... He was beaming like crazy and I could see how happy he was. Syukur alhamdulillah...

Then dia kuar jap untuk tunggu Mamito, Nini, Diyana dan Nan datang.

So, around noon camtu (waktu melawat) semua dah berkumpul kat bilik aku. Nan busy amik-amik gambar. Mom was busy fussying over her first grandchild... my sisters were excited of the new baby. And I was happy. :)

The first time aku menangis since deliver baby adalah masa dengar suami azankan anakku. Ya Allah... tak dapat nak tahan rasa sayu, syahdu dan betapa bersyukurnya bila dengar alunan azan yang perlahan dan merdu tu...

Then hubby and Nan pergi solat Jumaat.

TV dalam bilik wad tu tengah on siaran langsung solat jumaat.

Betapa tenangnya rasa...


*******


I'm out of words right now.

Let's see some photos, shall we?

So, here's a little picture of my son.
For now, he's Baby Razin.

Tunggu dah daftar kat JPN esok baru kita announce nama penuh dia yer...
tengah tak sure dengan spelling... hehehe...



Love you both. <3>

Mak-mak saudara, bapak-bapak saudara dan sepupu yang excited tengok Baby Razin.
Abis kena kerumun.
Mak Cik Diyana takde dalam gambar cos dia kat dapur bancuh air untuk mak Razin.
:)


K, tu je yang leh upload.
Ni pun sumer gambar dari Twitpic.

Takde masa lagi nak upload pic bebanyak...
Nama lagi dah ada anak kan.. hehehe...
And since dok Beruas, internet pun slow... that's why ler...

Apa-ape pun, terima kasih bebanyak kepada semua yang wish tahniah, good luck etc.
Kebanyakannya dari Twitter and Facebook.
Thanks, ya! Really appreciate it... first thing yang aku buat bila online adalah check 'mentions' di twitter. You guys are awesome...

I know, i know... macam tak caya Miss Panda yang selalu post gambar gedik tunjuk mata kaler-kaler tu dah ada anak kan??
Same here!!
But life... as we know it, it goes on...
Dari student, single... to married, working and a mother!

I'm glad I have most of my memorable memories in this blog...

I know I have lots of silent readers to my blog...
Thanks for reading my stories.
I'm happy to share my happiness with all of you...


That's all for now.

Assalamualaikum...


p/s: entry ni panjang cos maybe amik masa sikit nak update blog pasni...
So sesape yang maleh nak bace entry ni sampai abis tu leh ulang-ulang bace lagi esok-esok yer... HAHAHA...



alhamdulIllah...
Wednesday, February 16, 2011
bismIllah...


Amaran: Entry berbaur kedewasaan dan tidak sesuai dibace oleh orang yang tak kahwin lagi. hik hik


Dah dekat nak bersalin ni (sekarang dah 35 minggu), kepala asyik fikir tentang beranak beranak dan beranak.

Tak sabar nak beranak.

Tapi takut pun yer juga... Mau nyer tak. Ni first baby. Takde pengalaman and tak tau apa nak di'expect'.

Last checkup, aku tanya la something yang aku asyik dengar tentang beranak. Biase la, ibu-ibu yang berpengalaman suka benor menyakat and menakutkan bakal-bakal ibu nih.

Nak tau aku tanya ape?

Well... aku tanya, betulke kalau first child ni memang kena gunting time beranak?

Or dalam istilah medical nyer 'episiotomy'. Sila google sendiri yer. Segan teman nak letak link. :P

And nurse tu cakap, ya. Memang kena gunting.

Arghhh... tak dapat nak bayangkan.

And then she added, "Ala, time beranak tu tak rasa pun masa kena gunting... Sakit beranak tu lagi kuat dari sakit digunting... Kalau terasa pun mungkin masa nak jahit balik. Tapi ada bius... bukan takde... kena penerajang le nurse kalau tak bius before jahit"

Haih...

This is my side of the bed. Aku tukar side since pregnant cos I don't want to give husband my back... (elok tidur mengiring belah kiri kalo pregnant kan)

Buku wajib bace! walaupun dah khatam, tapi aku mesti akan rujuk balik...
this book helps a lot!



Ntah le...

Aku dengar camtu pun dah seriau. Yer, aku memang penakut. Kalau kena cucuk untuk amik darah, memang aku tak tengok pun jarum tu masuk dalam badan. *shudders*

But then, ramai je orang beranak ok je kan...

I guess I'm just too nervous. Uhuk uhuk...

And oh... aku jugak ah check, kepala baby dah turun ke bawah. Tapi nurse kata ade possibilities dia akan pusing-pusing lagi. Dalam minggu ke-36 baru la selalunya baby akan berposisi kepala di bawah dan tak gerak-gerak dah.

Tapi ada je kes time dah nak beranak pun baby still pusing-pusing and kepala kat atas. Or sesetengah wanita tu banyak air ketuban. Banyak space untuk baby gerak. Kalau kepala ke atas, tu yang kena operate tu.

Ok. Tu satu kes yang aku risau... (episiotomy)

The other one would be... aku risau aku akan memalukan diriku sendiri time beranak. Beranak sambil terberak-berak ke... huhuhuhu... malu oh...

Ingat lagi citer The Backup Plan yang aku tonton dengan Nini. Ada part pompuan ni beranak dalam air (water birth) and then time dia teran tu taik dia pun kuar and terapung... Datang sorang rakan tolong kaut buang guna penyauk yang orang tangkap ikan tu (versi kecil la)

Oh tidak! Huahuahua...

Ni lagi satu benda yang tak dapat ku bayangkan kalau berlaku padaku.

Well, seorang kakak iparku pernah je alami benda ni (heh.. dah mula interview pengalaman beranak orang lain). Katanya, "Biaselah tu... Ingat beranak ni senang ke. Bertarung nyawa.. Bukan setakat berak je... terkencing-kencing pun normal la cos kita meneran"

Erm...

Dah ada 2 benda yang aku list kan di sini. Episiotomy and embarrassing myself.

Thirdly, well....

I better not type it down.

Ah, darn it.

Let's just hope everything will turn out fine and great, shall we?

Insya Allah.

Pray for me!

Salam...


alhamdulIllah...