Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts
Wednesday, October 3, 2018
bismillahirrahmanirrahim...



27 August

11.40 am - Jenguk klinik 1Malaysia di area rumah aku ni. Ada KKIA kat situ jugak rupanya. So aku bagitau la aku nak buat appointment untuk buat buku pink.

Diberi tarikh 20 Sept untuk datang. 8 am sharp katanya. Sebab lepas tu aku kena jumpa doktor di Sitiawan pulak. Makes me wonder, why then aku tak terus ke Sitiawan je? Well... tengok le camne.


After amik budak-budak sekolah and settlekan pos barang, aku ke Sejati Maternity Center untuk minta Dr Goh sahkan kandungan.

Baru 7 weeks 2 days.

Macam biasa, buat ultrasound kat perut.

Raiq pun ikut masa ni. Pantang aku bergerak, dia pun nak ikut.

So masa Dr Goh scan, all of us bertumpu pada skrin. To my horror, kantung aku ada tapi there's nothing inside!

Aku cuak. Aku tengok muka Dr Goh and dia pun berkerut-kerut dahi.

"Eh... kenapa takde ye? Ade ke takde ni? haha"

"Kantung besar. Tapi tak nampak. Takpe, kita scan dari bawah pula" kata Dr Goh.


Huh?? Dari bawah? Kot vajayjay ke? omg. Tak pernah pulak aku kena scan kot situ untuk tengok baby.

"You pergi kencing dulu. Nanti kita scan dari bawah"

So aku pun pergi la ke tandas. Doktor pun nampak pundi kencing aku penuh kikiki.

Dahla pakai jeans. Jenuh pulak...

Maka, scan la kot bawah. >__<


Guess what?

There's my little peanut!


Akhirnya nampak.

Alhamdulillah lega sangat.





Saje-saje tanya kos czer kat Sejati sekarang berapa. Dr Goh said around RM8K plus.

omg.

Luruh jap jantung aku. Mahalnye.... T_T

Tak mampu la weh. Masa Raiq dulu RM5K plus... bole gagah lagi.


Maka, marilah kita berdoa semoga segala urusan bersalin di hospital kerajaan (HAT la rasenye) berjalan lancar nanti. Aminnnnn.



Post ini ditulis pada 27 Ogos 2018. Tapi scheduled to be posted in Oct 2018.

Bye

Written By Ryehana
Friday, June 12, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Sebelum terlupa, baik aku catat.

Sepatutnye check up kat Sejati 10hb Jun tapi aku busy gila hari tu so semalam baru pergi.

Berat: 92kg!!
Blood pressure: 153/75!!

153 okeh. Tinggi tu... Slalunya aku around 120-130 plus je.

Hmmmm...

Anyway, berat baby normal. Sesuai dengan usia kandungan. Kedudukan kepala kat bawah. Elips... Tak engange lagi. Kepala kat lower right side of my tummy.

Air ketuban ok.

All seems ok.

Hopefully can VBAC.

Cuma berharap last minute tak breech. Cos masa ultra sound tu baby aktif sesangat. Even now pun. Banyak gerak.

Doktor cakap semua nampak ok. Next check up in 2 weeks. Haaa bermula la every 2 weeks pergi klinik. Woohoo... Dah dekat dah rasanya...

But he did told me that since aku ni GDM, baby takleh lebih due date. Akan kena induce if dah 40 weeks tak beranak-beranak lagi.

Razin dulu aku beranak time 38 weeks kot.

We'll see....


Till then.



Adios.



Alhamdulillah...


Tuesday, April 7, 2015
bismIllah...


GDM - Gestational Diabetes Mellitus (kencing manis time pregnant)

Haaa.. tu aku la tu.

Ni aku copy paste dari website mana tah, xjumpa lak link cos dh terclose tab:

GEJALA/TANDA

Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko.
Doktor akan menjalankan ujian darah Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi. Jika ujian pertama untuk wanita yang berisiko tinggi negatif, maka ujian kedua perlu dilakukan antara minggu ke 28 hingga ke 32.

Apakah ujian OGTT?

Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya.

Interpretasi hasil ujian
Venous plasma glucose (mmol/l)
Fasting2 hours post glucose load
Normal< 6.1< 7.8
GDM-> 7.8

Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian OGTT ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.




Ni la rupa buku pink aku yang ke-3
Kat atas bahagian kiri tu nombor id Hospital Ang. Tentera

Notis yang dibulatkan tu reminder:
esok (8hb April) kena amik mesin kat hospital
9hb April buat sendiri test gula dlm darah guna mesin tu
10hb April plak masuk wad cos nak jumpa doktor.



Anyway, aku punyer result lepas minum air gula dulu 7.9. Terlebih sikittttt je. So sangkut lah kan.

Now kena check darah every 2 weeks. Buat BSP (Blood Sugar Profile) untuk monitor paras gula dalam darah.




Kenapa kena masuk wad? 

Sebab nak jumpa doktor. Tu je jawapannya. HAHA. Aku sentiasa tension setiap kali kena warded cos banyak buang masa... aku paham, doktornye sorang je so of cos kena tunggu... tapi once dah jumpa doktor, nak discharge punye lah kemain lama... let say doktor dah jumpa pukul 11pagi, 4.30 petang belum tentu ko dah keluar wehhhh. Haaa.. tak ke buang masa? Tu yang aku tak larat tu. :(

Anyway, that's HAT for you.


Oklah. Back to the title, since aku kena buat BSP sendiri, aku decide untuk beli je mesin check gula tu sendiri. Tak sampai RM100 pun. Ok jela bagi aku... malas nak pinjam hospital punye lagipun dia punye takde pen utk cucuk kuar darah tu. Diorg bagi jarum biru tu je semata-mata hahaha... jenuh le nak membajet kedalaman cucukan untuk kuarkan darah. Plus, mesin diorg guna strip yang nak banyak DARAH. So seksa gak le nak menekan-nekan jari bagi kuar darah. HEHEHE...

Maka, beli jelah sendiri.


Aku beli brand GlucoDr cos murah, warranty 10 tahun and pharmacist situ rekemen.


Harga lepas GST RM97.30

(Selalunye lepas less RM90 je)




In action.

Dapat 4 benda.
1. Lancets (or jarum utk cucuk jari bagi kuar darah)
2. GlucoDr Auto Meter (mesin check darah tu la)
3. Test Strips (yg strip tu aku dh cucuk kt mesin pada gambar di atas)
4. Lacing device (mcm pen tempat letak lancet and cucuk jari)


Aku suka test strip ni cos tak perlukan darah yang banyak. 

Sikit je udah...




Hari ni aku pergi juga check up kat Sejati. Actually takyah dah pergi cos ko dah check up hospital, pergi hospital jelahh... tapi, ahhh suka ati aku la kan. Lagipun Dr Goh tu specialist. Hehe... Scan tadi kepala baby kat bawah. Wahh lega je... jangan la baby nak naik-naik kepala ke atas yer. Stay that way sampai time nak beranak hopefully...

And macam biase, ade cords around neck. But I just read last night it's nothing to worry about.

So yeah.... 24 weeks and counting baby!

Moga dipermudahkan kelahiran kali ni. I want a normal birth. (I actually want a homebirth but that's quite impossible now that we don't have bidan kampung in Beruas anymore. Blerghhh. And oh, takde kelas amani kat Manjung ni... and aku tak confident le nak beranak sesorang kat rumah dengan husband je T_T - so i guess, hospital birth it is.....)

Aku sebenarnya masih tak confirm nak beranak kat mana ni. HAT or... somewhere else? Teringin nak beranak kat private plak. huhu...


Oh well... tengok le camne.

Till then, adios.


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Tuesday, December 16, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...



Ni gambar scan last week.

Alhamdulillah... Rezeki... Yeah, dah tau preggy sejak awal bulan December lagi. 

Start period masa Raul 4 bulan last September, then another period masa dia 5 bulan (Oktober)... Lepas tu bulan November dah tak period.

Jujurnya aku tak terfikir langsung yang aku preggy... Dok fikir period xberapa betul cos breastfeed baby dan sebagainya. And then one day, pepagi aku rasa lapar sangat and mual2 nak muntah. Tak muntah pun.

Ermm terus beli pregnancy test, sekali kau memang positif.

Perasaan berbaur. More to surprised. Then scared. Pastu sedihhh.. And lastly happy.

Terkejut cos tak sangka. Totally unexpected.

Takut sebab aritu kan czer. Macam baru je perut kena toreh. Errr.. No wonder la ade rasa semacam je kat luka czer tu sebelum ni. Takut oiii

Then sedih... Sedih and kesian kat Raul. Yer, tak payah le kome2 nak komen sian kat Raul etc. Aku tau laaa... Aku sendiri anak no.2... Mak lahirkan Nini time aku setahun 2 bln. Sama mcm Raul nnt... Baby 2015 akan lahir bulan July. Time Raul setahun 2 bulan. Rapat gila. 

Memang kurang perhatian and selalu tantrum cos nak attention. Haihhh sian aku. Sian Raul jugak. Takpela Raul... Mal will try my best to give u all my attention and care so you dont feel left out. High five to being the 2nd baby huhu

Lastly yes happy juga. Allah tu dah atur elok2 perancangan untuk aku. Aku ingat lagi aku ade tulis kt 'plaque of vision' masa team building Hertz dulu yang aku nak 3 orang anak before umur 30. Dapat jugak. Tahun depan Ogos aku 30 tahun... Baby due July... Alhamdulillah..

Sekarang yang aku harapkan ialah kesihatan yang baik dan tiada komplikasi apa2 pada luka pembedahan dahulu. Mengharap dengan sangat.

Yes, it's early. Very early.


Alhamdulillah...
Thursday, June 26, 2014
bismIllah...


Hari terakhir berpantang.

Yayyyy!

Sekarang baru settle pack-pack barang untuk pos esok. Raul tido, Razin tido (kot? - baru lepas buat susu). Now aku mengadap laptop settlekan kerja.

Ape kerja aku?

Check payment.
Pack barang terus - siang nanti senang. Takde la aku tensen nak tunggu baby tido untuk settlekan packing.

Check payment.
Jot down order - untuk barang yang kena order (pre-order).

Check payment.
Update list instalment + kutu.

Check email.
Balas email-email penting berkaitan order from supplier dulu. Bayar invoice.

Check whatsapp.
Sejak ade instagram (follow la @mama_panda_store), terus aku selalu berwhatsapp. Kalau idak, takdela sangat... Bagus gak ig ni. Kenapa aku lambat buat - well.... aku tau kenapa.. cos sebelum ni aku pakai Blackberry! mana ade instagram. HAHA

Tu jela update pasal kerja.

Aku sedang mencari pembantu rumah harian ni. Nak yang datang 4 hari je seminggu. Ade ke orang area Bukit Permata yang nak ek? Suruh husband tanya-tanyakan kot ade bini-bini navy yang surirumah takde buat ape kot2 leh tolong? tapi husband tak membantu.

Aku ni perlukan sokongan dan bantuan dah ni.

At least benda-benda remeh macam mop lantai, kemas rumah, sidai kain, lipat kain tu aku takyah buat. Baik aku spend masa layan budak-budak ni kat rumah. Now I'm juggling an online bizz, taking care of my babies and the house ALONE. Arini rasa macam nak pengsan... cos arini gomen gaji. Nak amik order lagi, nak pack barang lagi... nak melayan anak yang meragam lagi. T_T

So yeah. I definitely need THE HELP.

what else to write....

Blur dah.

nanti je la sambung.

Wslm



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Friday, May 30, 2014
Bismillah...

Baru tahu...
Macam ni rupanya ber-anak dua.

Baru ku tahu...
Macam ni rupanya seksa sleep deprived ketika ber-anak kecil...

Sudah lupa... Dah lama takde baby kecik....

Belum lagi 3 minggu berpantang...

Tapi alhamdulillah sakit di perut bekas operate dah berkurang. Dah boleh batuk dan bersin tanpa rasa nak terburai isi perut...

Baru tahu seksanya berpantang kalau czer...

Baru ku tahu...

Alhamdulillah dengan pengalaman ini...

Banyak sangat benda yang ingin ku catat. Tapi tak cukup masa! Masa siang aku sibuk uruskan online bizz (yer, dah start busy semula). Malam pulak tak cukup tido cos my newborn baby tak tido malam sangat.... T.T

Malam-malam memang masuk tido awal cos I really need the rest. Tu yang kadang2 orang mesej pukul 9-10 malam, esok pagi baru aku reply huhu...

Cabaran menyusukan baby pun bermula. Setakat ni paling banyak leh pam 2x je sehari... Paling koman sekali cos aku pam untuk stok bagi susu malam2. Tak tau la kenapa, baby macam tak puas je kalau nyusu badan malam2... Bagi botol with 4oz ebm baru dia tido... 

My milk production plak since balik Lumut (dah balik rumah sendiri even belum 2 weeks) dah merudum sikit... Masa kat Beruas banyak gak dapat pam... Now, even with double pumping (10 minit) dapat average 4oz je. Lantak la asal ada...

Kena rajin pam je sebenarnya tapi aku takde masa sangat cos busy online huhuh... And Raul pulak time siang dia banyak tido.. So tak cukup stimulate susu untuk kuar banyak... Tu yang malam2 tak cukup kot? Hmmmm...

Will write more in next entry... Banyak benda nak catat tapi takde peluang ngadap blog. Tension jugak... Cos dulu time Razin aku slalu je blogging ;p

Ape boleh buat... Kerja sendiri lagi susah cos I expect more of myself. Tak kerja kang takde duit masuk pulak. Nasib baik la aku kerja dari rumah je...


Raul dah botak... Bapak dia gondolkan... Aku start bagi Raul botol (to drink ebm) before dia berumur seminggu lagi... Guna botol Tommee Tippee yang dipercayai. Nasib baik le takde keliru puting... Dia still boleh direct latch but I do notice dia lagi prefer botol.. Esp waktu malam.. Sbb waktu malam kalau jaga 3,4 pagi aku direct bf mesti lepas beberapa minit dia lepas and ngamuk2... Tu yg panaskan ebm n bg botol je tu... 

Tapi aku pun dah takde bengkak2 breasts sebab penuh susu macam masa kat Beruas. Dulu, bangun tido je mesti penuh je... Now takdek. T.T

Oh semoga dipermudahkan lah urusan penyusuan susu ibu pada Raul ni... Insya Allah...



Alhamdulillah...
Tuesday, May 20, 2014
bismIllah...


Alhamdulillah... Dah selamat melahirkan anak kedua melalui pembedahan. Another boy =)


12hb Mei tu bukan kena operate rupanya... tapi jumpa doktor bius je. But still kena warded cos doktor busy gila... silalah standby je kat wad bila doc panggil. Maka, hari Isnin tu semata-mata jumpa doktor bius.
The doctor told me to start fasting by 2am hari Rabu cos waktu operation adalah lepas pukul 10 pagi.
Abis jumpa, aku balik rumah (walaupun sebenarnya takleh balik).

13hb Mei:
- Masuk ward semula dalam pukul 3 petang. Malam dah kena start puasa untuk operation the next day. Melantak dulu puas-puas. hehe...


Bilik 7-8
Katil no. 7
Ni bilik untuk pegawai/bini pegawai.
Kalau pangkat komander ke atas ade bilik lebih special (bilik no. 6 kalau tak silap)
Dapat bilik ni pun dah alhamdulillah.

Selesa je cos bilik ada aircond and sebelah katil kosong. Suke hati nak buat ape pun...
Sejak hari Jumaat lepas memang aku duduk bilik ni jer bila warded (walaupun kejap and tak kena bermalam)..



Start pukul 11 malam hari Selasa tu dah kena cucuk macam ni. Takleh tido cos sakit tangan :(
(First time kena macam ni huhu)


Esok pagi kena pindah ke bilik yang ada 4 katil. Bilik ni bertentang kaunter. Motif adalah untuk senang monitor cos nak kena operate kan... 

Sebelah katilku ade sorang mommy bakal dibedah cos baby songsang juga. Actually she was the 1st patient masuk OT. Aku patient kedua.



Gambar ini disnap semasa doktor tengah buat round. 
Yang uniform hijau dari kiri: Dr Sharifah (doktor ni la yang operate diriku), Dr Ilyana and lagi sorang tu nurse.

Smart je doktor pakai uniform tentera hehehe...


Start dari pagi Rabu tu dah mula cuak.
Bila turn aku sampai (dalam pukul 1 petang), kena strip and pakai scrub sahaja. Then dimasukkan catheter (salur kencing). Giler tak selesa! Other mommies kat FB bagitau yang catheter tu dimasukkan lepas kena bius... so tak rasa ape. huhu... tapi malang nasibku kena time sedar. Erghhh... 

Proses ni berlaku time waktu melawat. Memang la ade tirai penghalang tapi ade jugak mak pesakit sibuk nak ngintai-ngintai nurse prepare aku. Geram betul. Tak selesa betul dok bilik ni. FYI, kat HAT ni boleh sesuka hati je nak datang melawat pukul berapa... ade time yang nurse halau gak pelawat tapi takdela strict sangat. And budak-budak pun leh naik ke wad, takde masalah. Tak macam hospital lain yang tak bagi budak naik melawat. Tapi kalau budak-budak hyper and bising memang ko sakit hati gak laaaa... mengganggu ketenteraman. huahua...
Anywayyy...Bilik Bedah di HAT ni di tingkat 1 (Wad Bersalin iaitu tempat aku stay adalah di tingkat 2). Masuk je OT aku dah terkejut cos ade seorang doktor (doktor la kot) lelaki. Alahai... dari awal sume pompuan je... tetiba ade lelaki plak dah. Memang la beranak operate takde kena seluk-seluk miss v ke hape, tapi malu le jugak cos dalam OT time nak kena cucuk bius tu belakang memang bare... time nak kena cucuk tu aku duduk tak betul kot, 3x cucuk baru ok. Hadoii sabo jelah.

Lepas tu kerjanya baring jela sambil tunggu doktor settle membedah.

Alhamdulillah baby selamat dikeluarkan pada pukul 2.17 pm, 14hb Mei 2014. Mulanya cuak juga cos tak dengar baby nangis (kalau masa Razin dulu, time keluar je dah uwaaa uwaaa). Then terdengar dia batuk. A few minutes lepas tu baru nangis. Fuhh lega =)

Baby was taken away to be cleaned up. Then dibawa masuk semula dan diletak di dadaku. Masa ni baby memang wide awake and nak menyusu... mencari-cari nak menyusu tapi tak dapat nak susukan cos diorang tak positionkan betul-betul. Doktor bius tu cakap "Takpe.. nanti kat bilik boleh susukan. Nak bagi nyusu sekarang position awkward sikit". Okla pasrah. huhu...

Abis kena jahit, baby was taken away again. Time ni aku dah kesejukan tahap gaban. Memang ade warm blanket yang cover tapi still takleh cover kesejukan tu. Menggigil-gigil badan aku menahan sejuk huhu... Pastu settle segala benda (amik bp, bla bla bla) I was sent to Wad Bersalin semula. 

Menunggu husband datang... datang je dia azankan baby.



Janggal je rupa pegang baby.




My second child. 
Berat 3kg.




Petang tu Mamito, Nini, Diyana, Kak Lin, Mak Yang, Amirul & Razin datang melawat.

Esoknya baru pindah ke bilik no. 7 semula. Lega giler...


 Ni dah balik bilik 7-8. Lebih privacy and selesa. huhu....

Esoknya (Jumaat) baru check out.


Razin pelik je tengok ade bawak balik baby =P




Gambar hari ni... 20th May 2014. 
7 hari.

Nama baby?

MUHAMMAD RAUHILLAH ALTAMIS BIN ROSTAFAR

(Bapak dia bagi nama kali ni... mak punyer cadangan semua kena tolak)

Semoga sihat sejahtera, membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti wahai anakanda...


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Tuesday, May 6, 2014
bismIllah...



Isnin lepas aku ade check up kat A10. Seperti yang aku risaukan, baby masih songsang. So kena refer ke HAT and memang most probably akan dibedah la... Aku tanya gak kat HAT ade buat ECV (External Cephalic Version) ke? Diorang cakap TAK. And since Dr Sharifah adalah doktor yang busy gila, memang akan dibedah jelah. kwang kwang kwang...

Balik dari check up terus nangis beria-ria. Sedih and takut. Sedih cos nak bersalin normal macam Razin. Yela, nak lalui benda yang kita familiar la kan... Then takut sesangat. Yer, aku memang penakut. Bayangkanlah perut nak kena bedah! huhuhu T_T

So hari Selasa (arini) aku pergi ke Sejati Maternity pulak nak buat detailed scan and tanya pendapat Dr Goh sama ada dia boleh buat ECV ke tak.

Dr Goh tanya aku balik, mana aku tau tentang 'ECV' kejadah semua ni? haha... agaknya jarang orang tanya kot bab ni... aku cakap la aku bace kat internet & FB hehe... Dia pun terangkan tentang ECV ni. Bagus Dr Goh ni panjang lebar dia cerita. Dia boleh buat tapi kena make sure criteria-criteria yang membolehkan ECV dilakukan dipenuhi:-

1. Baby dalam keadaan ok, takde terbelit tali pusat di tengkuk.
2. Air ketuban banyak untuk memudahkan baby gerak bila dipusingkan.
3. Err... aku lupe.

Anywayyyy, Dr Goh pun scan la aku....


Kalau normal, macam gambar kiri tu. But no, baby aku di posisi pada gambar kanan. Sebijik macam tu dengan kaki kat atas... tangan dia lak tutup muka and muka dia menghala ke bahagian kiri aku.

And guess what, tengkuk baby dililit sebanyak 2 KALI dengan tali pusat. Tengok tu je terus la Dr Goh cakap, SORRY... cannot do ECV. No wonder baby takleh pusing, dah tengkuk dia tersangkut kat atas... camana nak pusing, ye dak?

Other than that, ok la... uri di atas... air ketuban normal. Tak banyak. Oh, and Dr Goh said my baby is small. 2kg lebih jer.. boleh besar lagi... (baru nak masuk 37 weeks). Hmmm adakah sebab aku tak makan segala vitamin-vitamin yang klinik bagi? Huhu... asyik lupe and busy gile :(

Aku sempat tanya jugak, possible tak baby still head down? Doktor cakap "yes, but the chances is very low".

Walaupun tengkuk dia berlilit dengan tali pusat, tapi kalau baby reti nak untangle herself/himself, of cos she/he can still head down. Dia yang control sendiri kan... kalau dia rasa terjerut, dia berenti la. huhu... itu la serba sedikit yang Dr Goh terangkan.

Marilah berdoa supaya keajaiban berlaku and baby akhirnya berpusing kepala ke bawah tanpa komplikasi tengkuk terjerut etc.

On another note, serius bagus Dr Goh ni. Baik je. If I have more money to spend, I will definitely deliver my baby at the clinic. Tapi memikirkan kelebihan beranak di hospital yang of cos le free, maka... beranak jela kat HAT lagi. Belum mampu lah nak beranak kat private. Sape tak nak beranak private? Aku nak sangat. Tapi tak mampu der... Sampai RM5-7K kalau czer.. err... beranak jela kat HAT. Special jugak hospital angkatan tentera tu. Bukan semua orang leh beranak situ. ehehehe... (sedapkan hati =P)

So Jumaat ni ade appointment dengan Dr Sharifah di HAT. Most probably untuk tetapkan tarikh bila nak kena bedah. Aku paksa husband teman cos aku blur dengan keadaan kat HAT tu. Segan la nak pergi sorang-sorang. Tercangak-cangak plak kang... Dahla belum tentu dapat jumpa Dr Sharifah dengan cepat (was told to be there at 7.30 AM!!), kang mati kutu aku tunggu sorang-sorang. Ehhh tak koser I. Silalah teman binimu ini.

Kesedihan and kecuakan aku untuk di'operate' dah berkurang berbanding semalam masa baru balik A10. Maybe sebab dah nangis puas-puas and dah pasrah?

Dan jugak akak sebelah rumah dah bagitau serba sedikit bab berpantang lepas kena operate? Aku masih takut but I try not to think so much...

Antara yang aku takut/cuak adalah kerana:-
a) TAKDE SAPE dalam family aku pernah kena c-zer. Mak aku 6x beranak sumer normal. So, takde pengalaman. And of cos dalam adik beradik aku, baru aku sorang je yang beranak. So... memang tak tau ape... yang aku tau dari ape aku dengar2 jelah.

b) TAKUT susah nak berpantang. Aku dengar kalau czer takleh berbengkung (abis la perut tak kempis!), takleh gerak banyak and kena jaga luka di perut dengan teliti.

c) TAKUT susu sikit. Sebab baby tak kuar secara normal, so susu pun malu-malu nak keluar? Ntah... tak tau mitos ke tak tapi aku risau. Cos masa beranak Razin dulu, time mandi lepas bersalin memang menitik2 susu kuar. huhu...

d) TAKUT tak dapat susukan anak direct lepas kena operate. Orang kata, 1st day lepas kena operate memang takleh bangun. So camana la nak bagi anak susu? Aku ni dah le semangat gila nak bagi colostrum kat baby awal2... kalau dah aku lalok tak berapa nak kuat/sedar, camne eh?

e) TAKUT sakit! Memang la masa beranak tak sakit cos ko tak rasa ape time kena belah perut tu, tapi SELEPAS itu?? huaaaa... takut sangat. Major operation kat perut tu wei... Aku ni terbayang-bayang rupa akak sebelah katil aku dulu yang baru lepas kena operate. Teruk betul rupa dia dalam kesakitan... dan juga masa Cikgu Pah kena operate buang cyst dulu... Pun teruk jugak. Haihhhh.... >__<


Apa-apa pun aku berserah pada Allah.

Mungkin Allah nak bagi aku rasa both normal and dibedah? Ujian dari-Nya...

I still hope baby will head down soon.... amin.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Friday, April 11, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Takleh tido.. Razin pun belum tido ni... Aku asyik teringat perbualan aku pagi tadi...

Aku called Nurul, my old friend in KL yang dulu sama2 kerja Hertz. She just gave birth last month... And me being me, busy and sempat whatsapp dia je bulan lepas. Masa tu dia dah bersalin 1-2 minggu kot. Lupe dah... And dia bagitau yang anak dia warded cos ade masalah kesihatan. Tu jelah yang sempat mesej...

Then aku sibuk until pagi semalam baru teringat nak kontek dia balik cos tengok kat FB memang takde langsung post tentang dah bersalin ke... Gambar baby kr... Langsung takde. So I called her...

Rupa-rupanya anak dia masih warded. Sakit berkaitan jantung.. Lupe plak ape yang disebutnya... Sedih betul dengar berita tu...

Her baby is only 2.2kg now... Doctor nak operate pun takleh, nak tunggu berat baby naik lagi baru leh operate. Lama lagi lah rasanya duduk hospital tu... And Nurul pun risau jugak cos maternity leave 2 bulan je, camne kalau dh 2 bulan anak dia masih warded? Cost nak bayar itu ini? Jaga anak... Allah... I can only imagine how she must've felt. I can't help but feel so helpless too... 

Aku doakan semoga dia tabah la.. Tadi masa cakap pun, both of us cried... Sedih sangat cos tak sape sangka akan diduga begitu kan.. Dia dah la agak lambat dapat baby... She was married before me.. And dia baru tahun ni beranak anak sulung. Allah duga dengan kesihatan baby yang kurang baik pula...

Buat aku tersedar... Dalam ke'excited'an aku nak sambut ahli baru ni, kadang2 aku lupa Allah tu perancang segalanya... Bersederhana. Beringat. Sentiasa lah beringat... Bersedia....

Allah... Terima kasih dengan ingatan ini... :'(

Ahh... Aku masih asyik teringatkan Nurul and her baby girl.

Aku doa sangat semoga baby cepat tambah berat, and bila operate cepat sihat... Moga segalanya baik-baik sahaja.

To Nurul, semoga sabar dan tabah menghadapi hari2 yang mendatang... Insya Allah... U are a strong woman.

Aku tumpang sedih dengan segala yang menimpa tapi percayalah ade hikmahNya ni.. Stay positive. And don't lose hope.

Please please contact me if there's anything i can do to help. Macam yang aku cakap kat phone...

Mmm... Aku pun dah nak beranak lagi beberapa minggu. Semoga Allah permudahkanlah...

Amin ya rabbal alamin....


Alhamdulillah...

Tuesday, March 4, 2014
bismIllah...


Dah beli carseat for new baby. Baby nyer belum keluar lagi, tapi dah beli siap-siap cos last month ade sale.
Tukar model plak kali ni... kalau masa Razin dulu, aku beli Maxi Cosi Cabriofix... kali ni aku beli Maxi Cosi Pebble plak.

Carseat lama Razin yang Cabriofix tu aku dah bagi kat kawan aku yang beli stroller Zapp Xtra Razin yang lama. Bagi free jer cos rupa pun takdela cantik sangat dah. Berfungsi yes, cuma tak cun dah. Segan aku nak jual... Itu yang aku bagi free jer. Masa dia nak amik stroller aku suruh tengok carseat tu... Kalau rasa nak amik, amik jela. hehehe...

Lagipun carseat lama Razin tu aku beli preloved. Kali ni alhamdulillah ade rezeki lebih boleh baby pakai brand new item :)

Ni la gambar carseat lama Razin yang sangat-sangat berjasa :')

Maxi Cosi Cabriofix preloved from UK.
Material velvet (kat sini memang takde)



Yang ni lak brand new carseat Maxi Cosi Pebble warna Intense Red. Ni warna koleksi tahun 2013. Haa yang supplier buat sale pun untuk warna lama ni lah. Belasah la kan... asal dapat murah. Pebble ni mahal kalau takde sale.


Maxi Cosi Pebble - Intense Red


Ape beza Cabriofix dengan Pebble?

Actually takde la banyak beza pun. Dua-dua model untuk newborn until 13kg (or selagi muat!). Dua-dua boleh attach pada Quinny strollers (Babyzen ZEN pun boleh) and design pun lebih kurang je sebenarnya.

Tapi Pebble ni model yang baru sikit dari Cabriofix. Thus the price also pricier than Cabriofix. Adala tambahan sikit pada Pebble ni...For instance, ade extra cushion untuk lapik body baby macam boleh dilihat pada gambar di atas. Pastu kat head support tu lagi best dari Cabriofix (bagi aku la) cos head cushion tu lapik kepala baby... as for Cabriofix plak, head support tu utk place kedudukan kepala baby je.. xde cushion yang lapik belakang kepala baby... (paham ke ntah ayat aku ni)

Tengok gambar jelah.

Ni rupa Maxi Cosi Cabriofix



Ni plak Maxi Cosi Pebble.

Refer jelah gambar tu yer...
Yang Pebble tu, both extra cushion and head support removable jugak.


Beza dari segi retail price:

Maxi Cosi Cabriofix: RM999
Maxi Cosi Pebble: RM1299



Kenapa aku beli Pebble plak kali ni?

Saje tukar angin... lagipun masa sepupuku yang balik dari UK last year mintak tolong jual carseat Pebble (preloved from UK), aku sempat belek-belek and check sendiri. Memang best gak la. ehehehe... Ni link preloved Pebble yang dah sold tu: http://mamapandablogs.blogspot.com/2013/08/preloved-maxi-cosi-pebble-black-for-sale.html

Kandungan dah nak masuk 7 months. So baru la beli barang sikit-sikit. Gedik sikit pregnant kali ni cos macam-macam benda nak beli... almaklum la aku sendiri jual kan? ekekekeke... masa Razin dulu catu segala benda. Sangat jaga budget cos kerja makan gaji... dahla gaji pun seribu lebih je dulu... Alhamdulillah sekarang ada rezeki lebih... Lagipun kalau beli barang baby branded-branded or mahal insya Allah takde masalah nak jual preloved. So takde istilah membazir di situ... =)

Entry ni juga dibuat so that aku boleh redirect je customers yang tanya 'APE BEZA MAXI COSI CABRIOFIX & MAXI COSI PEBBLE?'.

Panjang lebar dah tulis siap gambo lagi. hehehe..

Kesimpulan?

LEBIH KURANG je.... Terpulang pada bajet. Kalau bajet lebih amik la Pebble cos tak ramai orang pakai Pebble (kot-kot nak lain dari lain ke kan.. kikiki)

Dua-dua model bagus for infants.

Personally, aku tak berapa recommend orang beli carseat yang leh pakai dari newborn sampai 3,4 tahun (cth: Maxi Cosi Opal, Milofix) cos the size is big. Agak bulky la... Macam tak berapa sesuai cos newborn babies (yang baru lahir and size memang kecik+fragile) kecik sangat lagi... dah besar sikit dalam 2 bulan lebih ok la kot? tapi terpulang la kepada pendapat masing-masing. 

Yes, kalau beli carseat yang leh pakai dari newborn sampai besar memang sangat jimat!

But I prefer infant carseat macam ni cos aku nak letak kat Quinny stroller hehehe... Kalau beli Opal confirm la tak boleh letak kat stroller kan... Gabak gile Opal tu.

Plan aku, bila baby dah tak muat Pebble, simpan for next baby (bole je kalau nak jual tapi sayang la cos kali ni beli brand new) and beli Opal plak. Tengok la bajet camne plak nanti kan...

Semuanya ada kelebihan dan kekurangan. =D

Sekian............


IKLAN: 
Ade promo Medela breast pumps untuk bulan March. Boleh bayar 2x. Pakej menarik sangat! Check here 

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, November 7, 2013
bismIllah...


Preparation for new baby?

Wishlist?

Well... let's list them now! hehehe... tengah bosan-bosan teman Ajin tengok Upin Ipin ni, ape kata kita update blog le plak hehe...


1. New baby carrier(s)

I want to try new brand of baby carriers I haven't tried before. Any maybe try to find love in wrapping? Dulu pakai wrap kejap sangat cos only using Moby and God knows the material is not suitable for hot weather! Asyik berpeluh je... so maybe this time I'll try other wraps.. gypsy mama bali breeze or jumpsacbaby's midnight rainbow? I still have 1 wrap in stock that I kept for myself. hehe...

As for SSC, I've bought Manduca. I did not find love the first time I held it in my hand (which was around 2 weeks ago) because of its buckles... Lebih kurang macam Beco. Terlampau pentingkan safety kot? Kena guna dua tangan untuk unbuckle and I hate things like that. So aku bagi orang try and review dulu cos I don't have time for it yet. I didn't event carry Razin in it yet (malas... lagipun pregnant)

Oh well... hopefully in time, after getting used to it, I can find the soft spot. :)



I bought this one. It's up for rental sementara tunggu the new baby pops out. Hehe




2. New stroller(s)

Haha... perlu ke? Ntah le... tapi kalau ikutkan masa Razin dulu, time newborn memang stroller+carseat travel system ni sangat-sangat penting. We used Maxi Cosi carseat that we attached to Quinny stroller most of the time while we're out. 

I think I'm going to stick to that. Only that we're going to change our old Zapp Xtra to the new one that has folding seat. I love Quinny strollers. Especially the Zapp Xtra. It's more compact and sleek looking (to me) than Buzz or Moodd. Hmm I was never a fan of bulky and big strollers. I might admire the smoothness of big strollers (the Buzz and Moodd has great suspension system), but the bulkiness turns me off.

It's not like the strollers couldn't fit into our SUV, well of course it can... but... hmmm... not for me. I prefer to have strollers that do not take much space in our boot.

Fact is, I know for certain how long/frequent we're going to use the stroller. I'm a  babywearing mama, ok? hehehe... I prefer wearing my baby. So let's save our money on something else... :P



3. Carseat

Haaaa... ni dalam dilema. Sebenarnye, if we want to have travel system (to put carseat on stroller), kena la beli carseat yang kecik comel. Yang memang untuk newborn till 1 year je (manufacturer's recommendation smpai 1year or 13kg, tapi sebenarnya sampai beberapa bulan je kalau baby jenis chubby... macam Razin dulu, sampai 10 months je muat Maxi Cosi Cabriofix tu)

Razin punyer infant carseat masih ada lagi dalam stor. Maybe we'll use that? I don't know yet. Yela.. tu pun beli preloved. Macam kesian plak new baby pakai 'third hand' punyer huhu... Lagipun dulu I didn't know better. I wasn't a "businesswoman" ekekekeke... Oh well, we'll see.. kalau distributor buat sale, bole la beli baru.. aku menunggu je ni... :P

On the other hand, I'm planning to buy Maxi Cosi Opal for the new baby. Carseat ni memang best. Untuk newborn sampai budak dah besar... Harga je tak best. Dah lama aku mengidam nak beli... sejak Razin dulu lagi tapi sayang duit! haha...

Tengokla mana yang ada rezeki... dilema oiiii... kalaulah kayaaaaaa (berangan tak kena duit)


Maxi Cosi Opal


Quinny Zapp Xtra + Maxi Cosi Cabriofix




4. Breastpump?

Perlu ke? Yang lama (Spectra 3) ada lagi dalam stor tapi aku tak tau mana laki aku simpan haha... Ikutkan nafsu nak breastpump baru. TAPIIIIII... ape kejadahnye nak pump beria sangat kalau aku dok umah and boleh je direct feed baby kan? ekekekeke... gedik betul. Tapi aku nak jugak ajar dia isap dari botol macam Razin. Direct bole, botol pun bole. Senang ckit... which means, I still have to pump la kan... rindunye zaman pumping2 ni.

Semoga with new baby ni leh la lama sikit breastfeeding... since aku pun dah takde employer kan? =D


5. Baby cot




Hmm... rasa macam nak beli cos masa Razin dulu takde... tapi, macam tak berapa praktikal cos MESTI co-sleep jugak (senang nak bf malam-malam). But oh my God these are so cute! Teringin lah.

We'll see what hubby says about this. And tengok bajet gak le. kwang3... kalau teringin sangat beli jela murah-murah sudey. Takyah berangan nak Galipette punye yer... =P

Time Razin dulu ada tapi yang  plastic and senang buka tutup tu. Sampai sekarang ada lagi cot tu. Cuma biase le mak dia ni nafsu barang baby tu melampau2 sikit. huhu



6. Bouncer/swing/rocker

Okeh, masa Razin takde beli bouncer ape kejadah ni. Ramai kawan-kawan seangkatan beli Fisher Price Rocker dan sebagainya... tapi aku tak beli. 

Kenapa aku tak beli eh?? Hmmm... mahal (bagi aku) and sebab tak pakai? Ohhhh sebab Razin dah ada Jumperoo hehehe

But this time cam teringin la nak beli... 

Got my eyes on Nuna Leaf and Mamaroo Swing (oh and Baby Bjorn Babysitter too actually... tapi i dismiss it quickly). Selepas mengsurvey and membanding-banding, aku rasa aku akan beli Nuna Leaf jela kot.

Sebab yang tu ada distributor kat Malaysia. Ape2 masalah senang (aku memang prefer beli dari distributor dari import sendiri or join pre-order yang kena tunggu berbulan-bulan) cos kalau beli direct dari distributor, confirm la benda tu original...ade warranty bla bla... And suke Nuna Leaf ni sebab dia leh pakai sampai budak besar... Mamaroo tu takleh. kalau tengok video, rasanya sampai baby 6 bulan je kot muat. Ntah le... however, Nuna Leaf ni ade jugak kekurangan dia.. dia swing dalam seminit je... bukan berterusan. ahh but I don't care. I want. =p

Sesape nak order benda alah ni sila pm aku. Ade harga best untuk 1st pre-order ;)
Sila search kat Youtube kalau nak tengok Nuna Leaf in action. 



7. Baju-bajan

Hapah pun tak beli lagi cos tak tau gender. Lagipun aku ni bab baju-bajan takdela excited mana nak shopping hehe...


Lagi ape ek....

Hmmm  tetiba blank dah kepala otak aku.

Yang lain-lain seperti duit for aqiqah, baby names ade jugak prepare dah. Takmo la jadi macam Razin dulu. Lambat benor buat aqiqahnye.

And as for baby names, aku ada banyak nama untuk baby boy je hehe... utk girl takde idea langsung.

Tak sabar nak tunggu beberapa minggu lagi untuk tau jantina.

Till then. Adios

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, October 10, 2013
bismIllah...

 7 weeks pregnant today!



Alhamdulillah... last Tuesday dah scan and finally dah nampak amniotic sac. And nampak jugak jantung baby berdegup-degup dengan laju. Syukur ya Allah... tak sedar aku menangis sendiri masa on the way balik scan tu. :')

Walaupun ni 2nd pregnancy, tapi tahap ke'excited'an tu sama je macam 1st dulu. Maybe sebab lama tunggu? Ape-ape pun, aku harap semoga baby no.2 ni akan sihat dan selamat sampai full term, insya Allah.


Ni gambar scan aritu. Nampak kantung je yg bulat tu. baby kt bottom of the sac. VERY SMALL!
Yela, besar buah blueberry je... tapi kenapa aku gemuk macam dah pregnant 4,5 bulan?? -__-



Ermmm... scan ni kat Klinik Diong. Sebenarnye aku buat checkup kat Klinik Sejati. Tapi sebab masa aku datang tu mesin tengah servis plak, aku dibawak pergi klinik sebelah. Nasib baik la sebelah je. Tapi tak kisah pun cos Dr Diong tu baik and ramah gile. Pasni aku takkan pergi dah klinik pakar Ling kot. Pergi Klinik Diong je. Heheh...

Tu jelah update baby no. 2

Next check up 27hb nanti. Aku tak buat-buat lagi buku pink cos malas. Aku tak ingat mana aku letak buku pink time Razin dulu... Nanti la dah 3,4 bulan baru aku buat. Lagipun maleh nak pergi KKIA. Kena tunggu lama bla bla... 

Anyway...

Update Razin.

Dah masuk bulan kedua Razin pergi taska. Plan awal nak hantar sebulan je. Tapi terlajak ke bulan seterusnya cos sejak preggy ni memang aku penat. Tenaga aku hanya untuk bekerja (dari rumah), uruskan kain baju and kemas rumah sikit-sikit serta settlekan hal pengeposan barang etc. No energy to cook and memang tak lalu makan ape yang aku masak pun. huhu... Tunggu laki aku balik Raya Haji nanti baru ok kot.

Razin dah ok dah sekarang. Takde dah nangis bergolek-golek bila kena tinggal kat taska. Nangis kejap or kekadang tak nangis pun. Muka je macam nak nangis. And he's happy he has friends. Senyap je bila hantar dia pepagi ke taska. Takde memberontak dah. Oh... dah besar anak aku... :')

Rasenya abis bulan 10 ni tak hantar Razin ke taska dah rasenye. Sunyi jugak dia takde. Tapi problem aku bab makan la... kesian plak anak aku tak makan kalau aku tak masak. Aku tak makan xpe. Aku memang MALAS masak tahap dewa sekarang ni even perut aku sakit and lapar gile aku rela start enjin kereta pergi tapau ape2 makan. Yeah, that bad.

Busy kerja dari pagi sampai petang... Malam je free ckit.

Dah memang SELALU sangat aku makan lambat tak ikut time. Well, memang aku ada gastrik so lagi la teruk kan...

alhamdulillah bisnes ok... sangat ok. tapi kekurangan dia aku tak cukup masa. Solat Zohor pun selalu pukul 3 lebih... padahal aku dok kat umah je! Semuanya lewat. Zohor and Asar selalu lewat. Haihhhh... Ya Allah, permudahkanlah...

Bak kata Hamka kereta mayat, rezeki yang berkat tu rezeki yang kita dapat tanpa membuatkan kita mengabaikan tanggungjawab kita pada Allah. 

Because I know... semua wang dan harta di dunia ni takleh bawak ke kubur jugak. Duduk dalam kubur nanti sorang-sorang... Fuhh... perlu muhasabah diri lagi.

Cuma niat aku sekarang, cari duit untuk kesenangan anak-anak aku nanti. Tolong suami aku untuk kehidupan yang lebih selesa insya Allah.. and mudah-mudahan I can help others with what I have.. Alhamdulillah, kami tak mewah, tak juga miskin. Cukup-cukup sahaja.


Sekian bebelan hari ni.

Esok lusa sambung lagi kalau rajin.

Akhir sekali, tempek gambar sikit...




Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, August 27, 2013
bismIllah...


Aku sebenarnya patut update payment dan settlekan bungkus barang untuk pos esok sekarang ni... Tapi masih ambil mood. Baru bangun setelah tidur sejak Maghrib. Badan sedap sangat lepas diurut. Hmmm 2 entries in one night? Dah lama tak begini. hehe...

Mungkin sebab sekarang hubby is here in Lumut till Wednesday? So aku tak rasa bersalah sangat tinggal Razin tidur seorang.

Now I'm downstairs, minum susu dan tengah berblogging. Lepas settle blogging, nak update payment yang masuk hari ni and kalau sempat bungkus barang untuk pos esok.

Petang tadi sempat melawat kedai Kak Yati. Saje je menyibuk haha. Beli baju ultraman untuk Ajin sambil tolong-tolong dia check FB page dia. Tapi seriously susah la nak buat kerja online kalau dari iPad je. Laptop dia rosak plak. Sabo jelah.

She let out that she's worried because her sale is slow. Well, yes... aku pun tumpang risau jugak. Dia bergantung kepada jualan baju-baju budak dan aksesori semata-semata. I advised her to put more stuff. Ade banyak sikit variasi. Lagipun people do not buy clothes every day, do they? Entahla... aku pun zero bab kedai ni cos tak pernah ada kedai kan. huhu...

Kagum juga bagaimana dia terus nekad buka kedai walaupun tak ada pengalaman menjual barangan bayi. She's in her 40s. So of course dah lama la tak ada baby kan... anak dah remaja... so she's not up to date with what the in thing' among most mommies these days.

I told hubby about this.

I  told hubby, "I think I am more than able to open up my own store now, don't you think?"

If Kak Yati can, of course I can. I am more than can. Boleh gitu? hehe...

I mean, without any shop pun aku ada jugak la sales kan... kalau ada kedai mesti lagi ok? Orang nampak... ade display items etc.

But Hubby argued (of course! he always does). He said it's too early. I should learn more. "Jangan sebab orang buka kedai, kita pun nak buka padahal ilmu tak cukup. Nanti jadi perkara tak diingini macam mana?"

I wonder 'perkara tak diingini' bagaimana yang beliau maksudkan.

But then, aku setuju juga. And honestly I'm not ready too, actually.

Having my own brick and mortar shop would mean no more sleeping in! HAHAHA. Yes, aku selalu bangun tido lambat cos aku selalu tido lambat. Tido lepas Subuh mostly. Sebab I'm productive and full of ideas during 1-3am. Sejak zaman student lagi, time-time aku study dulu camtu le. hehe...

So kalau ada kedai of course kena bangun awal, hantar anak pergi nursery then jaga kedai. Then nak tinggal kedai pun susah, kena amik pekerja pula. Hai... mampu ke nak hire pekerja? kwang3.

Pastu dah ada kedai, kena pasang security stuff. Dah le owner pompuan, orang datang merompak ke ape ke... bahaya oi... baru je ade kes kedai tudung kat pasaraya Rapid kena rompak and salesgirl kena hempuk dengan batang besi. Takutnyeeeee....

Hish... banyak songeh sebenarnye. So? Aku mampu kagum dari jauh jela dengan orang yang nekad boleh buka kedai tanpa enough info or suppliers.

Oh sebut tentang suppliers. Ya Allah geramnye dengan salesperson yang aku suruh Kak Yati contact. Aku tak tahu le ni ada kaitan dengan 'peniaga MELAYU' ke ape... tapi nampaknye macam ada unsur tak berapa best di situ.

Kisahnya begini, aku ada bagi contact number Mr XX kat Kak Yati untuk dia contact. Aku cakap la, "Kak, try contact Mr XX ni untuk supply barang untuk kedai akak. Kat Ana dia bagi margin rendah cos online business... kalau ada kedai, margin lebih tinggi... minimum order RM3K. Nanti kita kongsi-kongsi ler order nak cukupkan MOQ" (nak jugak!! haha...)

Sekali kau, bila Kak Yati gitau aku dia dah called, Mr XX cakap kena order at least RM10K! Ape kejadah? apsal banyak sangat? Dulu masa aku jumpa Mr XX ni dia siap cakap, most shops kat Manjung ni kalau order barang at least RM3k baru dia hantar free... kalau tak sampai RM3k, aku kena hantar courier aku sendiri untuk pickup barang... or dalam erti kata lain, aku kena bayar duit pos le kan.

So macam mana pula tetiba dengan Kak Yati ni dia cakap kena minimum order sampai RM10K? bengang pulak aku dengar... merepek betul! Saje nak tindas cos melayu? cos baru buka kedai? (Kak Yati TERcakap 'baru 1st time buka kedai... etc'). Kenapa?? kenapa???

haish... aku tak nak fikir negatif, tapi itu la yang terlintas di fikiran. Dengan aku dulu sebab aku siap tunjuk website, siap gitau aku ni aktif online bla bla bla... and hell yeah, I'm confident lah kan. tapi dok tekan-tekan tak dapat gak margin best. Diskriminasi antara online seller dengan seller ada kedai di situ. Tapi takpela.. aku paham jugakla.

Cuma bab Kak Yati ni aku tak faham. geram je... terus dia macam malas nak order barang tu. haih...

Macam-macam dugaan kan.

Benda yang kita tak pernah tahu sebelum ni.

Benda-benda yang aku tak terfikir pun.





Haih... mari kita berangan dulu....


Written By Ryehana
alhamdulIllah...