Showing posts with label Children. Show all posts
Showing posts with label Children. Show all posts
Sunday, September 27, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Blog dari gmbo2 jelah.


Ni gambar masa on the way balik Perak from Pahang.

Plan asal nak pg Cameron tapi tak jadi cos ramai kata jem. So laki aku melebcong ajak singgah Bukit Fraser memandangkan aku tak pernah lagi sampai situ.

Dalam kereta macam nak pecah kepala melayan Raul yang paling banyak ragam. Tu gambo dia ngaco Raiq tido. Adik dia elok2 tido tapi Raul sibuk nak cucuk mata la, jolok hidung la, even masuk jari dia dalam mulut Raiq. Saboooo jelah kan. Lastnye aku transfer Raiq duduk depan.


Sila jangan tiru aksi ini. Sangat2 tak digalakkan meletak baby di depan.


Heh. Macam boss kecik!


Sampai-sampai Bukit Fraser, aku almost termuntah. Cam hampeh je jalannye... 

Dahle perut lapo cos tak makan dari umah mertua 


Lunch kat Fraser Hill Golf Club. 

First time kami berlima makan sekali di luar. First time okeh. Sebelum ni tak pernah lima-lima kuar makan bersama cos Raul sama ade tinggal kat kampung or Raiq tinggal kt umah (opah jaga time dlm pantang).

Haaa pengalaman xleh dilupakan. Macam nak terbalik meja. Raul makan lambat sangat and aku plak kena kuar cepat cos Raiq dah nangis lah ape lah... Nak susu kot. Kuar la aku nyusukan Raiq kat luar dengan Razin. Raul n laki aku masih makan kat dalam tu...

Eloklah plak Raiq tgh nyusu tetiba Razin terlompat2 pegang bebird gitau dia nak berak. Ahhh sudah. Laki aku dahla kat dalam tu tengah makan dgn Raul lagi, menapak le aku n Razin (n Raiq didukung cos tak bawak ring sling) mencari public toilet.

Nasib baik tak jauh sangat. But still kena mendaki bukit le sikit. Hadoii.. Praying hard masa tu supaya Razin tak terberak dalam suar hahahaha


Ni gambo kat mana? Haaa ni dalam toilet!

Nasib baik lah aku bangku betul2 kat luar jamban tu... Dapat le aku letak jap Raiq sambil bukakan spender + seluar Razin and arah2 dia pergi masuk jamban n melunaskan hajat dia haha..

Nasib baik taska dia dah ajor cara cuci bontot, lega sikit aku..

Abis dia poopoo, jenjalan le kejap amik2 gambo.


Laki aku pg mana pn berselipar je. Raul nampak ok sikit. Kasut lama Razin btw. 


Anak sulung teman... :D


Okeh tu sumer citer semalam. Ni citer arini plak



Kami lunch kat Sushi King.

Kali kedua lah ni makan kat luar berlima beranak. 

Lagi sekali, Razin nak terkencing lepas makan minum 10 minit. Laki aku lak pergi bawakkan ke toilet. Tinggallah aku berkungfu melayan Raul n Raiq. 

Raul tak reti duduk diam, Raiq plak melalak2 bila dah bosan dalam ring sling.. Aku? Sabooooooo

Akhirnya (which seems like eternity), laki aku and Razin kembali ke meja. Raul duduk dengan ayah semula.

Aku dah risau ade benda tumpah ke ape pasni so ajak laki aku blah. Tapi dia tak nak lagi cos masih lapar. Ok tunggu le laki aku makan lak.

Tup tup... Terjadilah kes tumpah-tumpah air pulakkk... Mata tertengok tempat lain kejap je

Air oren yakult Raul tumpah, abis kena laki aku. Pastu Raul still tak nak duduk (keje nak diri je), tepis itu ini sampai tumpah plak air green tea bapaknye. Nasibaik dah sejuk huhu...

Ape lagi, blah le hahahaha.. Sian laki aku. Entah kenyang ke idak. Takpela, Mak yang bayor pun :p

Pas makan, bawak pulak budak2 main kat Aeon punye playland ke ape tah. 

Raul's first time. Sian lak tak pernah bersosial and main tempat public camtu. 



Lepak setengah jam je cos takut ade insiden anak berak ke hape ke hahahaha...

Pastu balikkk.

Penat emosi. 

Tu pun laki aku ade hati nak ajak bercuti ke Penang lak hujung tahun. Aku kena ajak Mak & Nini ikut sekali le konvoi kalo cmtu... Yang paling melasak sekarang Raul. Umur setahun 4 bulan ni memang tengah fasa melasak gila. Time Razin dulu ok la cos Razin sorang, takde adik lagi... Heh.

Tu je nak citer.

Tak sabar tunggu esok pagi where Razin akan pergi taska and Raul akan dihantar ke babysitter. Mak n Raiq je kat umah.

Aku nak buat keroje banyak gilaaaa...

K bai



Alhamdulillah...
Sunday, August 2, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


5.55am

Baby dah tidur semula lepas bagi susu 60ml. Bottle fed. Formula milk.. Sebab tak sempat nak pam. Malam tadi aku penat sesangat... Hours of trying to coax him to suckle... Dapatla dia nyusu sikit. Pehtu tido or melalak nak botol. Geram betul aku cos dia maleh nak direct feed...

Bengkak susu pun yer... Stress gila. Nasib baik lepas tuam macam ok sikit. Sakit oi berbonjol2 jadinya... Nasib baik tak demam.

Aku dah tak ingat pengalaman masa Raul dulu camne... Memang bagi FM jugak awalnye cos aku tak larat nak bangun... Sakit gile kat tempat czer. And masa 1st czer dulu memang aku rasa teruk sesangat... Alhamdulillah this time aku larat jugakla bangun untuk pangku baby nyusu... Tho i must admit my back is killing me :(

Mamito has been helping me since day 1. Dia tau aku camne kalau penat... Budak kecik tak bersalah pun kena marah. Alhamdulillah so far I still can keep my calm... Ade 3,4x jela termarah baby cos dia takmo suck. Penat, bengkak and sakit pinggang... T.T

Aku belum start berurut lagi... Makcik yang aku slalu urut tu tak dapat dihubungi. So aku call spa depan umah ni je... Spa tu ade wat khidmat urut orang bersalin gak. Hopefully ok la... Dia akan dtg hari ke-7 nanti.

Nurse KKIA Sitiawan dah start datang melawat since Jumaat. So dah 2x datang. Arini Ahad pun nak datang lagi... Yang semalam cakap baby ade mild jaundice. Haihhh ni yang tak larat. Bab jaundice ni... Budak ni dahla takmo menetek sangat. 



Razin has been a great "abg long". Helped me to fetch stuff... Very loving towards his baby bro, and tolong kontrol Raul for squashing lil baby.

Raul? He's an adorable toddler... Dia sabgat loving tapi still tak reti nak control lagi. Semalam dapat naik atas katil seronok gila (katil has been off limits to him sejak dia cuba cepukk kepala baby). Excited tengok baby baru... And when I let him to get closer to the baby, he kissed baby's head. Awwww... Air liur Raul pun selambak jatuh atas dahi adik hahaha... 

Sian gak kat Raul cos Mak tak dapat nak manja2 and dukung Raul... Mak takleh angkat berat2 lagi... And Raul is 12kg-ish! Huahua


Alhamdulillah i feel so blessed with the 3 heroes.


"Hi... I'm the newest baby bro. U can call me Raiq"

Hehe...

Baby Raiq for now.



Nanti hari ke-7 baru kita umum full name. Dah daftar dah hari Jumaat lepas btw. Ayah kena settlekan cepat cos Monday ni dah start kerja semula. Ayah cuti seminggu je and dah cuti sejak tarikh due date aritu... Nak wat cmne kan, "Sedia Berkorban" 

Ok dah 6 suku pagi. Nak kejut orang Subuh.

Adios. 


Alhamdulillah....
Monday, June 15, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...

Bermulalah fasa-fasa susah nak tido. Ke kiri salah, ke kanan salah. Terbaring terlentang pun tak selesa. Adeiii dugaan ibu mengandung...

Takleh tidur sebab perut besar.

Takleh tidur sebab menengokkan perangai Razin and Raul tidur.

Budak dua orang ni tido sekatil dgn aku laki bini.

Sempit ok tapi Razin takmo tido katil dia maka terpaksalah.

Si Raul memang suka tido bawak ketiak aku selalunya. Tapi ade je masa-masanya dia tidur bahagian kaki... Sama macam Razin. Ni tadi baru kejap tadi aku tolak Razin cos dia himpit adik dia... Letak kepala atas dada Raul. Nasib baik Rayl tak nangis... Aku yang tengok yang sesak dada. Pheww

Tak tau la camana rupa bila dah keluar adik baby nanti. Sekarang ni Raul la adik... Dipanggil "adik" dari dulu. Mmmm nak kena biasekan panggil Angah le plak pasni...

Nak tak nak Razin kena la tido katil dia. Katil dia ade je dalam bilik ni (in the same room) tapi dia ngengada. Selalu nak menyempit jugak tido katil mak ayah.


Gambar kat Cameron last Tuesday.

Haihh aku takleh tido. Nak membaca pun takleh cos lampu tutup. Malas nak kuar pergi tempat lain, risau plak budak2 ni jatuh katil ke ape..

Katil kitorg ni memang dan letak bedrail bahagian kaki and kanan (hubby's side). Tapi takut gak la diorg golek2 belah kiri and jatuh.

Xtau nak watpe dah. Seksanya nak tido cos xselesa mcm2 position....

Oh well... Till then.



Monday, March 23, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...





Clingy Razin.

Makin nak dapat adik makin kuat merajuk.

However, selalu tolong Mak sekarang. Such a good boy :p





Raul (or abang ngah?)


Curious lil baby.

Definitely a handful. Very very different from Razin.

Every little things fascinated him. Loves strings, cable ties and ropes. 

Tengokla tempat extension bawah tv kena sumbat dengan bantal (bapak dia buat) supaya dia tak nampak wayar2 berselirat and tarik. 




Sleepsuits untuk Adik yang bakal keluar Julai nanti. Mak shopping before usd rate makin naik.




Baju sape plak ni?

Haaa ni baju anak sedara yang bakal dapat April nanti insya Allah. Yong finally akan dapat baby. A girl. Jadila xde anak gegirl, beli baju anak sedara pun syok jugak 



Nota kaki: budak yang kata nak kerja ngan aku arini tak datang2 pun. Aku tak paham budak2 zaman sekarang... Kalau xjadi nak kerja pun inform la. Takde langsung adab untuk inform supaya kita tak tertunggu2. Dah mesej pun tak balas. Pelik-pelik betul org sekarang.. Dulu pn ade sorang pompuan perangai camni. Siap dtg umah kata ok leh keje isnin tp bila hari isnin tak datang, call xangkat, msg xbls walaupn dah baca. Adab mana weiii?? 


Sekian



Alhamdulillah...