Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Monday, May 9, 2016
bismillah...



Lantaklah dengan Drafts yang berlambak-lambak dalam blog ni. Malas aku nak tengok.

New entry! hehehe

Bebel sikit:-

a) Masih ada lagi orang yang hari ni dapat tracking no, hari ni jugak dia pergi check online! mana la nak kuar lagi dalam sistem. hadoiiii... please la yer... please... tunggu esok pagi if nak check.

b) Tolong lah jangan call seller malam-malam. Especially if dah pukul 10 malam ke atas. Ehhh aku memang sorry la nak angkat. Sila mesej. Slalu yang call memalam ni memang aku reply "Pls text". haihhh

c) Kalau orang dah bagitau order kat website, better ikut. Kalau kabo boleh whatsapp, buat la payment waktu tu jugak. Ni order kat wassap arini, bayornye malam kang time orang tido. mana la nak ingat esoknye. aku memang selalu lupe... kalau nak order via whatsapp pastikan time siang, waktu keroje. huhuhuhu


Dah settle bebel.

Update hal anak sikit.



Anak bongsuku dah 9 bulan.

Elok plak 4th May aritu period setelah sekian lama lepas beranak tak period-period. hurmmmm

Raiq tengah belajar berjalan.


Ala... gambar Raul and Razin takde.


Raul punyer birthday next week, 14th May. Budak gebab tu belum reti cakap lagi. Tapi memang la menjadi kegeraman ramai orang cos badannya bulat! haha

Razin pulak selalu nangis pagi-pagi takmo pergi sekolah.

"Ajin tak nak pergi sekolah.. Belajar susah la Mak. Penat Ajin tulis nama. Asyik salah je"

Wakakakaka... amik kau. bagi lagi nama anak panjang-panjang. Lol




This is me at 30 years old.

Overweight.

Bad skin, though still thankful I don't have much skin problems... just growing old i guess.

I have grey hair now.

Silalah insaf wahai seorang Nor Raihana.

Kubur dah kata 'mari...'



Last, gambar yang ceria sedikit.

I rarely smile these days. 

-_-



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Monday, February 16, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...




Cheeky Raul.

The video was recorded on 19th October 2014. When he was 5 months old. Now he's 9 months!

=)
Written By Ryehana
alhamdulIllah....
Friday, January 16, 2015
bismillahirrahmanirrahim...



Ramai mintak aku share pengalaman and camne nak start bisnes. Aku sebenarnya bukan tak nak share, tak tau nak tulis camne. Plak tu, bukannye baguihhh sangat pun aku ni. huhu... segan nak cerita beria. Sape yang follow blog ni dari awal (sejak aku belum kawen) mesti tau betapa ntah ape-ape nya aku ni.... Malu aku nak share citer... Baru 3,4 bulan berkedai kahkah...

Takpela... sebagai catatan peristiwa, meh update ckit...


Ok, first sekali, aku tak pernah bermimpi pun nak ada kedai mahupun menjadikan berniaga tu satu kerjaya. Tak pernah. Cita-cita dari kecik nak jadi cikgu, then engineer, then lecturer. Tu jer.

Tapi sejak bersalinkan anak sulung, segalanya berubah. Ye, betul... murah rezeki bila ada anak. Insya Allah...

Start dari ade Razin, aku berjinak-jinak jual barang2 baby preloved kat FB. Masa tu makan gaji and basic tak sampai 2k. Gaji dapat 2k plus kalau overtime. So, saje la ambil peluang dapat balik duit untuk topup baju baru anak/mainan dia dengan jual balik some of his branded clothes/toys...

Dan waktu ni aku aktif dalam macam-macam group kat FB. Malaysian Cloth Diapering Parents, grup2 Preloved, grup2 Group buy etc... Dari situ kenal kawan-kawan secara maya. At the same time network + friends berkembang and people know me. Standard la kalau ade jual beli mesti orang bagi recommendations or feedbacks etc... so dari situ makin ramai kawan maya dan kenal macam-macam orang.

Start seronok berniaga online. Then started looking for direct resources and from there I registered my own company (5th Oct 2011). Masa ni dah takde hati nak kerja makan gaji dengan Sime Darby Rent a Car dah. So I told hubby I wanted to quit after receiving bonus (HAHA).

Bulan Dec 2011 last month aku keje makan gaji. Then I was on my own. Macam biase jela, berbisnes di FB and start buat website kot by this time... tak ingat sangat.

By middle of 2012 aku memang dah sangat serius and ade target untuk berkedai in 2014. I remember one of the suppliers handed me a questionnaire/form and there was one question on "whether or not I plan to have my own brick and mortar shop in the future?"

I answered yes. "When?" 2014.

Alhamdulillah tercapai.

I guess memang dalam apa benda sekali pun, kena ada TARGET. Masa aku tulis tu aku just tulis je... congak-congak gitu... kalau ade rezeki, ade la... (standard ar mesti pikir camtu je). Tapi sebenarnya dalam kepala otak ni maybe dah tertanam visi and semangat to make that target came true. Syukur tercapai jugak.

Bukan senang. Seriously bukan senang. Ramai orang ingat aku dengan senang dapat apa aku capai sekarang (takde le apa sangat pun sebenarnya cos RAMAI lagi lebih power kot... aku peniaga picisan je huhuhu).

1st sekali, kena jimat. Ade nampak aku travel overseas or beli barang branded before? Takde. Sekali je ke Bandung and another trip to USS Singapore. Itu jelah. Sekali sekala ikut husband out station, dapatla merasa dok hotel sedap-sedap sikit haha...

Bukanla nak kata tak spend langsung, tapi masa awal-awal dulu memang tak. Sekarang je macam tak sedar diri sikit :P

Dari dulu aku tak pernah amik gaji pun dari 'untung' yang dapat jual barang kecil-kecilan tu... kalau perlu baru guna duit. Berniaga ni kena control bab tu cos cash selalu ada... boleh gelap mata. So kena ade tahap resistance to spend money yang tinggi hehehe...

Nak bagi beringat utk tak boros tu aku cepat-cepat sign up takaful for myself n kids. Bulan2 caj kad kredit. Husband and I also spend on 2nd house and some land... So aku slalu beringat "eh takleh belanja lebih dari xx amount cos nanti hujung bulan nak byr xx xx"

Dapat laki pun jenis jimat so kitorang memang takdela berabis duit melancong ke hape... teringin... tapi nanti-nantilah...

I started with only 2k starting fund. Then in 2012 aku mintak husband aku buat loan 13k for my bizz... and aku sendiri buat personal loan 10k - aku dah takde gaji and memang takleh mintak loan tapi kebetulan bank tempat aku buat kad kredit offer 10k loan tanpa apa2 supporting doc melainkan rekod pembayaran kad kredit aku yang cantik. Bulan depan abis la bayar...

Masa nak buka kedai ni aku jenuh timbang-timbangkan. Kalau boleh mesti nak modal 100k paling koman. Tapi duit simpanan (capital utk berbisnes) xsampai 100k. Oh wait, mak aku nak pencen so nanti dapat duit pencen kakakakaka (hampeh punye anak LOL) so yeah I asked my mom to invest 30K for my bizz. She agreed. But for the record she only gave 25K. Jadilah. =P

I didn't asked for Tekun loan, Mara or even PUNB. Lack of info and help (plus takde masa jugak nak research)... and deep in my heart, I think we could do just fine without it. And yes, alhamdulillah ok la lagi... dah nak masuk 4 bulan beroperasi, things looked ok. Boleh gajikan adik sendiri hehehe... Moga berterusan and lebih baik.

Lagi ape nak citer? Tu je kot. Takde ape sangat kan...

Cuma aku nak catat yang aku sangat lega cos dapat asingkan kerja dari rumah.

Sebelum ni Work At Home Mom kan, now dah tak kerja di rumah lagi.

Bezanya?
- anak hantar babysitter
- tak duduk di rumah lagi... tak masak :P (i hate cooking)
- customers pun tak datang rumah dah (privacy babeh!)

Part hantar anak ke babysitter tu sedih gak... tapi nak wat camne kan, takleh nak wat kerja... Raul dok kat babysitter till Thursday je. Friday aku angkut ke kedai (like today... I'm writing this with Raul in my lap)... Razin pulak dah start sekolah so petang dalam pukul 5 amik Razin and terus balik rumah.

Lega dan lebih teratur hidup aku bila bole pass some of the work to other people... to Hanis (my brother who helped at the shop) and to the babysitter.

Salute WAHM out there. Penat kan.... kerja tak stop.

My job pun tak stop lepas balik rumah. Cuma lega cos ade gak masa 'alone' kat ofis/shop where I dont have to worry about cooking, feeding the baby and cleaning up the mess he made.

Banyak plak bebel.

Sambung lagi bebila free.

Adios.

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, November 6, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-4 Razin ke taska. Aku nak berblogging sejak 1st day dia ke taska aritu (Isnin lepas, 3hb November 2014) tapi biaselah, perasan sibuk dan tiada masa nak menaip.

1st day, nangis.

2nd day, nangis dari rumah lagi. Sepanjang dalam kereta dia dok tersedu-sedu kat belakang. Bila sampai taska, he squirmed and screamed. Not wanting to be left there.

Sedih hati aku. Menangis jugak aku dibuatnya time drive berlalu dari situ. Hati sapa tak sedih... dia berkejar ke pagar and gapai-gapai tangan suruh aku amik.

Dok terfikir juga, betulke ape aku buat ni? Tinggal anak kat orang? Raul pun sama.... tapi yelah Raul kecik lagi mana tahu ape.. memang tak nangis ape pun.

Yang si Razin ni ha... sedih bebenor kena tinggal.

Then Hanis reminded me, "Biase lah razin.. dia kan mana pernah berenggang lama2... hari2... asyik berkepit dengan mak je. Mak pergi mana dia ikut. So dia tak puas hati kena tinggal la tu"

And Mamito also added, "Kalau dia tak ke taska, dia ikut ke kedai, ape dia dapat? ade ke kamu mengajor dia? idak kan... sibuk mengadap laptop. bior jela dia ke taska, bagi bergaul dengan budak lain. ni nak kawan pun tak reti"

Betul la tu kan...

It's not like I teach my him at home pun. Memang lebih bagus dia ke taska dari dok melepak tengok tv, main ipad or sepahkan kedai huhuhu....


Ni kalau Razin tidur kat kedai. Tak ke sedih rupanya??



Sebenarnya kat kedai memang ade sofa bed and selesa nak duduk, tapi area belakang la. Razin penakut sikit nak tido area belakang tu sesorang. huhu...

Takpelah, setelah ditimbang-timbang, lebih elok dia ke taska je dari ke kedai ikut aku. Dah besar dah Razin... bole dah kot lepas bersekolah awal...

Honestly aku tak tau la betul ke tak cara aku ni. Yela, pergi sekolah seawal umur 4 tahun macam sangat2 awal bagi aku yang ke tadika umur 6 tahun! hehehehe... tapi zaman berubah kan... aku pun takde pilihan lain yang lebih baik.


Ni masa 2nd day aritu. Masa ni dah moody dah sejak dari rumah.
Tengok la muka tu macam nak nangis... (adik debik tak sakit pun... dia tampa2 manja je hehehe)






Raul and Razin happily bergolek2 atas katil lepas bangun tidur. 
Memang la bahagia je Razin takde ke sekolah ke ape hari-hari... 
So agaknya dia macam terkejut apsal hari2 kena pergi sekolah and MAK TINGGAL dia kat situ lelama kot?



hai la anak-anak... nak wat camne kan... Mak korang ada kerja juga.
Raul pun sekarang mak hantar ke babysitter. Razin lak pergi sekolah (taska)

Semoga Allah lindungi anak-anak Mak... insya Allah.


Written By Ryehana
alhamdulillah...