Showing posts with label Our house. Show all posts
Showing posts with label Our house. Show all posts
Sunday, June 18, 2017
bismillahirrahmanirrahim...




Yeay! Finally a new desktop PC for home use!

Punye la lama aku tunggu nak dapat PC (a.k.a Personal Computer) ni... banyak cerita sebenonye nak cerita...

Ok... sejak makeover guest room ni dah siap, memang aku nak sangat-sangat ade PC untuk bilik guest sebab aku nak buat kerja dari rumah.

Using laptop sucks, plus laptop aku banyak rosaknye. So I need something yang tak bergerak (not portable like laptop), tak mudah jatuh and tetap satu tempat je. A new desktop PC :)

So being seorang manusia yang tak sabar, aku just survey online je kat Shopee for refurbished PC. Jumpa la... harga around RM900 lebih.

Setelah chat ngan seller bla bla, aku decide, hmmm beli jelah. Sebelum tu aku survey jugak yang kat Lazada etc. Aku nak specs similar macam desktop kat kedai, laju la jugak... takmo lembab.

So lastly I bought online in Shopee.

Tapi tahukah anda bila barang sampai CPU nye jahanam and almost terburai? Tahu tak seller tu pos CPU just letak dalam kotak diorang (lembik je kotaknye) and takde sendal ape-ape cebisan kotak untuk make sure CPU tu tak gerak-gerak? Takde ok. No wonder la jahanam CPU nyer... sampai kat aku, dia punye cover untuk bhgn DVD Rom tu tercabut. Dengan lekangnye... nak tekan ON pun takleh, siap aku kena shot current lagi. Hampeh gile.

I mean, it's stupid really. Memang sah la salah courier, tapi seller tu pun bukan first time berjual online! dah memang kompeni korang jual refurbished pc kot tapi ade ke post cmtu? sticker fragile pun takde.

Aku ni kalau pos handbag jenama Storksak yang mahal-mahal tu (6, 7 ratus) memang aku guna kotak ok. Handbag je pun. Bukan benda elektronik. Gile...

To make things worse, aku plak TERTEKAN "Order Received" kat Shopee. Gileee... camne leh tertekan ni?? Padahal aku nak Request Refund. Adoi, memang stress gila aku waktu tu.

Tanya Shopee, camne nak buat if TERTEKAN "Order Received" walaupun sebenonye nak Refund, diorang cakap takleh buat ape. Memang duit akan release terus kat seller. Aku le plak kena mintak dengan seller...

Oh nak mintak bukan senang wehhhh... Jenuh la aku mesej-mesej, hantar gambar, video semua nak tunjuk CPU tu jahanam.


Bayangkan aku dapat barangnye camni je?
Letak bubble wrap camtu je? dengan CPU nyer tergoyang sana-sini dalam kotak tu.
Dahle kotaknye lembik je, bukan jenis keras.





See what I mean?


Sabo jelah kan...




Bila aku bising kat seller, dia nak send replacement. Tapi aku fikir-fikir balik, aku tak nak ah. Aku nak refund duit je senang. Sebabnye masa deal kat Shopee aku mintak less and mintak free gift speakers. Tapi haram tak dapat pun speakernye. So aku dah tak percaya.

Maka, esoknye aku pos semua items; monitor, laptop/mouse, CPU guna KTMD. Kena RM25 okeh, 13kg semuanya. Ni pun aku claim mintak diorang bayar balik.

Jenuh aku follow up dengan KTMD cos nak tau diorang dapat bile barang tu. Alhamdulillah esoknye sampai and aku terus mintak diorang refund. Yang agak bengang tu, seller kata technician dah check tapi TAKDE MASALAH apa-apa and boleh je ON. Gile ke ape, aku dah tunjuk video aku nak on takleh siap kena shot current lagi ada. Tengok sendiri gambo kat atas tu pun leh nampak lekang tu kan... so aku bebel-bebel tak duli tak nak replacement, nak REFUND. Dahla say sorry pun idak masa aku complaint2 nih.

Tapi biasa la kan, bab refund ni slow sikit and macam-macam alasan. Maka terpaksa main taktik kotor sikit, ugut nak bagi bad rating bla bla then baru lah dia cakap, OK, management kata boleh refund, akan refund via cheque minggu seterusnya. Lega aku. 

So alhamdulillah dapat la balik duit aku RM9xx tu.

Bile jadi camni baru la laki aku nak tolong carikan desktop PC. Selama ni aku suh cari dia buat bodo je... -__-

Dia search kat Mudah je, yang boleh COD kat tempat dia keje now di Selangor. Senang, takyah pos-pos. Harga under RM600. Genuine Microsoft Windows 7. Deal.

So laki aku baru je bawak balik kelmarin. So happy! Ni aku tengah blogging guna PC aku le ni hehehe... Refurbished je. Murah. Jimat. Kitar semula ;)




Jadilah.
Meja komputer zaman dulu kala aku beli time sale. ade slot cd bawah tu.
Kerusi pun kerusi murah, Rm20 lebih

Senang nak buat kerja sikit...
Senang nak blogging (yeay!) yang paling penting hahaha...

Aku ni dahla mood blogging time 2,3 pagi.

Oh well... Very happy to finally have this =D





Complete dah guest room/escape room 

Ok, I should've moved that white blanket. -_-
rosak gambar




Pengajaran dari insiden ini adalah:-

a) Jangan beli computer ONLINE. Ni pengajaran untuk aku jela. Cos aku dah serik. Aku penah beli Smart TV online and dipos oleh Gdex, it was fine. Laptop pun penah beli online. Cuma kali ni maybe takde luck kot.

b) Check sebelum click. Jangan click "ORDER RECEIVED" kat Shopee selagi tak check barang betul-betul. Ok actually ni aku dah check and memang nak refund tapi TERTEKAN "Order Received" instead of "Request Refund/Return". Hai jari gemuk. Or self consciously tekan kot? Entahlah.


But jom kita pandang dari segi positif pula:-

a) Dapat beli PC baru dengan harga lebih murah.

b) Dapat voucher RM30 dari Shopee cos diorang feel bad aku punye pengalaman pembelian cam hampeh and diorang takleh watpe. Kahkah....


So there.

Adios.




Written By Ryehana
Thursday, May 18, 2017
bismillahirrahmanirrahim...


Memula pasang wallpaper kat bilik budak-budak dulu since the wallpaper that I chose for guestroom takde stock pulak.


Pasang pada hari Isnin lepas, 15hb Mei 2017.
Ok gak stripes nih kat bilik budak-budak. Ceria gak la...

Of course, kalau nak jimat, leh cat sendiri.
Tapi aku malehhhh

2 walls letak wallpaper corak stripes, 2 walls lagi wallpaper plain hijau.
Ade banyak gile balance wallpaper hijau tu. If rajin nanti aku pasang kat homestay =D




Langsir baru jugak. hehehe...




Abaikan kotak oven atas lemari. tak tau nak humban mana (biasa le jenis sayang nak buang kotak cos leh guna untuk packaging barang haha)

Actually lemari tu aku nak balut dgn balance wallpaper warna hijau, tapi brother tu kata tak boleh cos nanti gam tak melekat cos permukaan almari tu licin.

If aku nak balut, aku kena cari wallpaper sticker (yang dah ada pelekat/self adhesive) baru boleh.

Gitu rupanya... baru aku tau =P





Sorry kualiti 'fish eye' lima ringgit lol.


Overall aku sangat puas hati dengan how the kids' room turned out.

and know what? dah 3 malam Razin slept in his room ALONE. 

Alhamdulillah. Lega sangat. Tak sesia Mak hias bilik lawa-lawa haha




On the other hand, guest room aku pulak....

FYI, aku TAK PUAS HATI with how it turned out.

Tengok le sendiri...


Masa diorang pasang, aku amik pic and was surprised to see "eh apesal macam berbelak-belak je wallpaper nih??"

*berbelak/bertompok/x sekata*

Alamak... tak lawa la... sedih tapi takleh watpe, dah ko pilih yang tu kan... T_T





Abaikan semak-semak tu... takde masa nak kemas lagi




See? Berbelak-belak bila amik gambar. Tak cunnnnn :(





Sebab ape nampak macam tu?
Sebab ade shiny-shiny benda alah ni!!!
Oh menyesal haku. Kalau aku tau, aku tak pilih yang ade berkilat-kilat ni.
 Hampeh tol...




Without lights on. 




Hmm.. memang ok je actually, tapi bila kena cahaya, tak cantik.
Tah la... yang ni aku kurang puas hati sikit. Nasib baik la kos tak sampai RM500.
Redha jelah. Nasib baik just bilik tetamu.

But aku belajar sesuatu, jangan pilih wallpaper berkilat-kilat dah pasni! Hahaha



Ni sebenarnya wallpaper asal yang aku pilih.

Suke gile yang 1st tu, tapi rupa-rupanya bila check, takde offer.
Mahal gile.. koser le kan...

2nd tu plak, aku pilih corak camtu tapi warna lain... biru/hijau. Tapi takde stock.

Lastnye pilih yang macam dipasang cos aku tak larat dah nak check sehelai-sehelai album tu...
huhuhu...


Dah selesai. Duit balance tak bayar lagi ni wakakakaka...

Sebab blinds kat bilik aku belum pasang, barangnye tak sampai lagi.

Hopefull by esok leh settle la.

Till then.

Bye!





Updates!!

Dah siap pasang blinds kat master bedroom. Warna purple hehehe... biase la aku memang suke purple.. future theme would be 'purple bedroom'



Langsir sebelah tu purple jugak actually. Dark purple.

K tu je. bye



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, May 12, 2017
Bismillah...



Wah....
Berjaya jugak aku download app Blogger tu kat phone ni. Jenuh cari kat AppStore dah takde, then baru terfikir nak tengok bahagian "app not on this phone". App Blogger tu ade aku penah upload kat ipad dulu-dulu. Anyway, ni baru nak rasmi heheheh...

Masa tidur aku bercelaru sekarang ni. Dah berapa minggu dah aku tidur lewat (we're talking 3,4 am here) and bangun pukul 7. It's bad. Tapi entah le kenapa susah gile nak tido walaupun dah get ready for bed since 10pm. 

I will toss and turn, watching movies, even clean the house... dah masuk pukul 3 pagi baru ngantok. Masalah betul. Selalunye aku tertido petang and tertido kejap lepas maghrib (sejam or setgh jam), but today aku tak tido siang pun. Still, now dah pukul 1 pagi, aku masih takleh tidur ;(

Bilik-bilik masih belum siap dihias, wallpaper yang diorder tak sampai-sampai lagi. Sabo jelaa.. ingatkan leh settle minggu ni. Aku harap next week settle la semua.

Aku start pergi gym semula hari Selasa lepas. Sampai harini kaki aku sakit!! Amik kau. Last pergi gym was in March i think. Lama gila 😆

Berat naik turun and last time naik sampai 78kg. I is sad. Tapi..... mmm lantak lah. Try mana larat. Bukan nak bertanding dengan sesape pun.

Though I do feel sad cos takde kawan nak join aku buat aktiviti-aktiviti.

Aku baru join group whatsapp Gegar Lemak Manjung which was handled by a team of navy guys... tapi aku segan cos aku takde kawan :(



Best kan? Setakat ni jadi stalker jelah hahahaha. Sedihnye takde kawan wehhh... 😂😂😂

Aku rindu nak hiking sebenornye. Haih lah... nak je ajak Razin. Tapi kang sekerat jalan je kot nanti. Hmmm

K la. Laterssss



Alhamdulillah...
Wednesday, May 3, 2017
bismillahirrahmanirrahim...





Baru balik dari M.I.D Renovation & Interior Deco cos wallpaper yang pilih rupanya takde offer. wakakaka.. so pilih wallpaper lain dari album yang tengh offer.

Ok so plan asal adalah untuk makeover satu bilik je which was the guest bedroom. Tapi semalam lepas diorang datang ukur and I got to deal with the boss, she offered better price if I decorated the second room. So I took it. Jadi, kita decorate 2 bilik la sekarang ni. Bilik sebelah menyebelah; the guest room and the kids' room.



Size bilik. Dua-dua bilik same size.



Guest room aku dah cat dua dinding, laki aku pun dah cat lagi sekali for 2nd layer. So aku just add 2 rolls wallpaper je since 1 wall just need 1 wallpaper.

Upah pasang wallpaper dari RM250/dinding diturunkan ke RM150/dinding hehe...

Kos wallpaper = RM89.90 satu roll. 

Tengah sale katanya. Harga asal RM799?? entah betul ke idak... rembat jelah haha... asalkan bukan wallpaper pvc and yang kecik-kecik macam kat kaison tu... actually nak murah lagi pasang je sendiri and beli wallpaper sendiri kan... tapi aku prefer yang quality ok sikett... and of course dipasang oleh orang yang profesional. Cos lambatttttt lagi nak tukarnye =P 


Kos guest room:-
2 wallpapers: RM89.90 x 2 walls
Upah pasang wallpaper: RM150 x 2 walls

Jadi: RM479.80



Untuk bilik budak-budak pulak, aku decide nak pasang wallpapers kat semua dinding (4 walls)

Kos kids' room:-
4 wallpapers: RM89.90 x 4 walls
Upah pasang wallpaper: RM150 x 4 walls

Jadi: RM959.60

Total kos pasang wallpaper kat kedua-dua bilik: RM1439.40


Aku juga decide untuk tempah langsir sekali. Matching curtains for both rooms:-

Day curtain (warna putih jarang + lace) for 2 windows & 1 pintu bilik = RM180
(Ade lebih kain so aku buat la untuk letak depan pintu master bedroom)

Langsir bilik (blue-ish color) = RM246 x 2 windows = RM492

So total kos untuk langsir kedua-dua bilik tidur = RM672


See total now dah RM2111.40

Tak jadi la nak letak wallpaper kat master bedroom cos bilik aku besor... lagi la telan banyak kos.

Plus, aku masih takde bajet lagi since aku decide nak customized wardrobe dulu before pasang wallpaper... but still, I need new curtains!

Sebab langsir master bedroom sekarang sangatlah loser. dah senget benget and tak cantik. Plus, I want black out curtains ala hotel tu. Now walaupun tutup langsir, still cahaya dari luar boleh masuk bilik and the KIDS wouldn't sleep. =P

So yeah, master bedroom dapat new black out curtain and a blinds (tu kot namanya)

Blinds - dim out (purple)
RM440

Black out curtain (dark purple)
RM311

Total langsir bilik aku: RM751

So total semua sekali adalah: RM2111.40 + RM751 = RM2862.40


Deposit PAID on 2nd May 2017= RM900. So ade balance lagi RM1962.40


Nasib baik within budget cos budget aku memang RM3K ke bawah. Idea makeover ni pun timbul setelah jual 4moms Breeze RM900 (sayang gile nak jual!) and Quinny Zapp Xtra 2 RM680... Boleh la topup-topup ape yang patut. wakakaka...

Better deco bilik dari mengabis duit benda benda tah hape-hape kan? Knowing myself, nanti tak habis-habis beli baju budak, beli mainan budak, beli mekap (padahal jarang pun mekap cos tak reti.. expired cmtu je nanti) and kasut (gile kasut... brp byk kasut ko nak??)

At least, bilik ni lama la bertahannye insya Allah. Sejuk sikit mata memandang (hopefully!)

And paling penting, nak ajar Razin tidur bilik dia.

Can't wait for them to start!

Till next time.


P/s: Ni catatan peristiwa and untuk rujukan masa akan datang/for other people if they tumbled on this blog. Boleh nak compare-compare harga bla bla. To those yang fikir negatif, lantak korang le... ade aku kisah....



Written By Ryehana
Wednesday, April 26, 2017
bismillah...


Entry bergambar. Malas nak taip. Just to jot down that I painted the walls (2 of them) MYSELF! And I should really do another layer but my right shoulder is killing me! Aku buat straight dari pukul 5 petang sampai 10 malam. Break Maghrib kejap je and sebab budak-budak menyibuk.

Masa buat ok... lepas tu masa nak tidur I cannot sleep at all! Bayangkan bangun dari pagi hantar anak sekolah then time tidur pukul 11-12 malam I can't sleep? Pukul 4.45am or 5am baru tido. Then bangun balik cos nak hantar Razin sekolah. Menyesal wehhhh. Baik upah orang huhuhuhu...

Bye. Layan pics...










Siap cat. Will I paint one more layer?

Only time will tell. Haha... maybe upah orang kalau murah. 



So today, I went hunting for wallpapers. For the 2 walls.

The wall behind bed and the other one opposite it.










Gambar yang ada tanda 'Heart <3' tu means tu aku berkenan hehehe...

Tak tau la tema amende, belasah je asal sedap di mataku.

Lagipun it's for the guest room anyway.

Ape yang aku pilih?

Wait and see heheheh


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Saturday, October 31, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...

**Sticky post** (scroll down for new blog posts)


Open again. Cos current renters dah nak kuar hujung bulan Oktober ni.

Untuk sesiapa berminat nak sewa rumah, kami nak sewakan Rumah Manjung:

Sesapa cari rumah sewa?

Kemasukan November 2015

Rumah Semi-D 1 1/2 tingkat, 4 bedrooms, 2 bathrooms. 

Fully furnished + aircond in every bedrooms.

Sewa: RM1800 sebulan (firm)

Whatsapp/call 0125280858 (Ana) or 0129617875 (Tapa)

- xkisah orang tempatan or foreigner (asalkan bukan PATI hehehe)


English version:

Looking for a house to rent in Seri Manjung, Perak?
We have a fully furnished Semi Detached house in Fasa 1D2, Seri Manjung for rent.
4 bedrooms, airconditioned.
2 bathrooms.

Monthly rental: RM1800

Whatsapp 0125280858 or 0129617875 if you're interested.

Open to everyone - foreigners/locals/students/practical students.

Current renters are 4 employees of Sapura Kenchana (not far from Kg Acheh & Lumut Port).



Kawasan rumah luas. Boleh click label "Our house" kat blog ni untuk pic and video (a ah video pun ada)... tapi gambor lama. Gambo baru takde cos tak amik lagi. Yang penting cat dah bertukar ok sikit. No more colorful macam taska hahaha.

By the way, just a helping tool to those yang mencari rumah sewa di Manjung, boleh join facebook group berikut:



As you can see, group Komuniti I Love Manjung lagi ramai members. So boleh la join group ni ya.

Ni group kedua actually... Group yang 1st wujud adalah group I Love Manjung.

Tapi kemudiannya a bunch of people created the new group "Komuniti I Love Manjung" yang merupakan Persatuan berdaftar. Siap ade akaun bank atas nama Komuniti I Love Manjung. Which is good actually, sebab diorang tapis iklan kat group. Yang tak berdaftar takleh iklan berniaga kecuali barang2 preloved, sewa rumah/bilik etc...

Aku personally suke group baru (KILM) ni cos kalau nak post ape-ape, diorang tak tapis. Takdela 'pending approval' dari admin (macam group I Love Manjung - last time i checked)

ok tu je nak kabor.


Sekian.


Status:

ON RENT from Nov-Dec 2015.

If you wish to rent from Jan 2016 onwards, do contact us.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, October 15, 2015
bismillahirrahmanirrahim...


Ya well we got a new maid now.

10th Oct hari tu pick up dia kat Kuantan, and now dah beberapa hari la dia di rumah.

About her:
- from Lombok.
- can't read
- sebelum ni kerja ladang, tak penah jadi maid lagi
- ada anak, ada cucu
- janda
- umur 33 tahun


Our comment for the past few days she's around:
- slowwwww
- tak rajin
- tak pandai jaga budak


Oh well, to any of you yang plan nak amik maid, selagi boleh hold, hold lah dulu. Maid ni kalau dapat yang ok tu, alhamdulillah la. Dapat yang slow and macam blur-blur jenuh le jugak.

So far kami masih monitor dia camne. Banyak gak la benda yang memeningkan kepala aku 2,3 hari ni. tapi takpe, kita paham masih BARU. Hopefully in time, berubah la. Banyak dah duit habis ni... nak tak nak kena la sama-sama saling tolong-menolong and kerjasama.


Good news is we have CCTV.

Ya, i'm paranoid like that. Aku takut dia tak jaga anak2 aku betul2... So, melabur lagi duit pasang cctv. Kena RM1650. 4 cameras semua tingkat bawah, decoder+monitor kat master bedroom (our room) di tingkat atas.

Boleh tengok kat hp... so senang la.

This is just a tool to monitor. I hate to use it. But have to lah... kang tak tenang je hati masa keroje huhu...

Well, I wish to blog again tomorrow. Ade benda best nak review... hopefully esok free.


Daaa



Alhamdulillah...




Written By Ryehana
Friday, March 21, 2014
bismIllah...


Nampaknya our tenant dah nak pindah rumah hujung bulan ni. So kami mencari penyewa baru untuk rumah di Seri Manjung.

Details:
- FULLY FURNISHED. Ade meja makan, mesin basuh fully automatic jenama Samsung, ade peti ais 2 pintu Panasonic, 1 flat screen tv Sony, setiap bilik ade katil+almari baju. Bilik master bedroom di tingkat atas dan 1 bilik di tingkat bawah ade queen bed. Bilik2 lain ade single bed shj.

- Rumah dengan halaman yang luas. Sesuai untuk penyewa berkeluarga.

- Sewa sebulan: RM1700 (negotiable).

- Deposit: 2 bulan + RM200 (api+air)

Boleh contact/whatsapp saya untuk segala pertanyaan: 012 5280858 (Ana)

Thanks!

Halaman yang luas. 
Boleh muat 3,4 bijik compact car untuk parking.




Gambar masa baru lepas cat pagar.




Bahagian ruang tamu.




Ruang makan










Di SINI entry berkaitan with more pics.




Di atas adalah video keadaan dalam rumah (masa ni belum letak banyak perabot lagi)



Written By Ryehana
alhamdulIllah...