Showing posts with label Babysitter. Show all posts
Showing posts with label Babysitter. Show all posts
Friday, July 3, 2015
bismillahirrahmanirrahim....




Woohoo dah 36 weeks dah kome... Kalau macam Razin, keluar 38 weeks, lagi 2 weeks je nak beranak! Adoii cuaknye... time Raya plak tu. huahua


Alhamdulillah.. pagi ni dah settle tulis consignment note Poslaju and Airpak yang customers dah bayar petang semalam.

Dan juga dah follow up kes barang customer yang dipos guna KTMD tak sampai-sampai lagi.

Settle kejap leh la update blog. Rindu nak menaip kat blog ni. =D


Banyak benda aku tak sempat jot down kat blog ni.

Aku dah ada babysitter baru sejak 1st Ramadhan aritu. Yang bestnye babysitter ni duduk taman yang sama dengan ex-babysitter Raul last April hehe... So senang la. Tak jauh dari kedai, tak jauh dari taska Razin. Lepas hantar Razin, terus hantar Raul and aku plak terus ke kedai.

Alhamdulillah so far ok... Babysitter tu pun muda lagi... 23 tahun, baru kahwin last year tapi belum ade rezeki baby lagi. Husband tak bagi kerja, so dia bosan and sudi nak mengasuh Raul. Okla.. jaga Raul sorang je. Rezeki Raul.

Cuma yela rumah takde budak kecik, so kena la prepare tilam, bantal and mainan kat Raul hehehe... Alah no hal la. Cumanya nanti aku beranak mesti stop kejap... and since nak raya rasanya akan sambung balik hantar babysitter by August.

Razin plak makin bijak. Alhamdulillah walaupun aku ni takdela beria sangat mengajar dia membaca ke hape, tapi nampaknye ok la pergi Little Caliphs tu. Macam dah leh bace and kenal huruf sikit-sikit (ni pun consider slow gak cos target LC budak leh membaca by 4 years old). Tu pun Mak malas ngajar. Kalau Mak rajin mesti Razin pun lagi cepat dapat. Huhu... forgive me Razin... Nak wat camne Mak kamu ni busy, pehtu mengandung pulak... asyik tak larat je...

But then, aku sendiri pun takdela nak tekankan sangat bab pandai baca by 4 ni. Rileks la. Baru 4 tahun kot. Main puas-puas dulu...

Razin still nangis setiap kali hantar pergi taska. Kadang-kadang ok, tapi sejak cuti sekolah 2 minggu tu, hari2 ngobak bila hantar. Ngada-ngada. Dia takdela menjerit beria, tapi menitis2 air mata tahan sedih. Sabo jela aku budak ni. Padahalnye dah masuk taska and jumpa kawan-kawan, elok je.... heh.

More notes on Razin; dia still belum diaperless. YA! At 4 years old masih belum berjaya fully diaperless.

Bapak dia dah penat ngajor (and cuci!)... aku pun dah penat... kadang-kadang ok la, dia bagitau dia nak kencing, nak berak... tapi MOST of the time dia diam je. Sedar-sedar dah basah. Dah berapa kali ek keluar, dia kencing tak bagitau... abis basah seluar. Paling takle blah masa kuar pergi bazar Ramadhan, tengok2 abis basah lepas kuar kete. Terpaksa le aku pegi beli seluar jap kat Giant (nasibaik pegi pasar malam Giant) untuk ganti seluar dah basah kena kencing.

Banyak gak insiden kat luar yang dia tak pakai diapers and dia tengah terkucil....

So... still memang dia tak pakai diapers, tapi bila pergi taska, tak berani le pulak kalau tak pakaikan diapers. Kang tak pasal teachers kat taska bengkek nak kena basuh kencing bersepah. Nasib baik bab poop dia ok la leh gitau. Tapi nak pee tu masalah... sedar-sedar dah basah. Nak kena remind suruh kencing tapi kadang-kadang mak pak pun lupe. T_T

Nayaaaaa...camne nak consistent tah. Ahh lantak. Ni keroje ayah. Semoga Ayah cepat settlekan. Tahun depan dah 5 tahun oi...

Aku tak ingat kitorang dulu camne...

Masa kecik-kecik memang takdela pampers bagai ni. Pakai lampin kain. Tapi Mamito cakap, once kitorang dah boleh bercakap, takde dah pakai lampin. Kencing malam tu standard le.. sampai dah masuk sekolah rendah pun kencing malam jugak (HAHA). Tapi umur 4,5 tahun memang takde dah pakai lampin. Haihhh susah jugak ye nak train budak ni.

I know the key is consistency. Tapi susah cos orang yang nak train pun tak consistent. Kejap2 pakaikan diapers, kejap2 idak. Hmmmm... wait and see jelah camne jadinya.


Ok settle updates hal Razin.


Preparation untuk beranak?

Aku plan nak berpantang kat rumah je kali ni.

Last weekend kitorang settle tukar ofis aku kat bawah jadi bilik tidur.


Meja tulis dah dipindahkan ke kedai.

Penambahan: new queen bed & aircond. 

Oh and bilik air kat bawah jugak baru install water heater. Sebelum ni dalam rumah aku ada heater kat master bedroom je. Kat tingkat atas. Koser le kan time pantang nak turun naik tangga... which is why bilik bawah ni finally dilengkapi dengan katil + aircond. Sebelum ni takde bajet and keperluan. =P

Okla, senang kalau ade guests. Macam mak aku or Mak Yang, mana larat deme nak naik tangga ke bilik atas huhu...


So now, the waiting games.

Tunggu jelah bila nak beranaknye.

My next check up is next week.



Insya Allah kalau takde ape-ape, dapat bersalin normal di Sejati ni.

Yeah it's a clinic. Ramai ingat aku nak beranak kat Hosp Pantai Manjung hehehe...idok le... beranak kat tempat dah biase check up jela.

Tunggu next pregnancy pulak nak beranak tempat lain ke... huhu

Hospital bag and other stuff belum ready lagi. Next week la kot.

And in the next blog post insya Allah.


Till then.


Assalamualaikum.
Written By Ryehana
alhamdulillah...
Saturday, May 14, 2011
bismIllah...


Akhirnya blogger dah ok. Semalam seharian tak dapat komen blog and update blog. Terbantut terus selera nak update blog Razin. Cehh.. btw, Razin tak demam lepas kena cucuk 2 bulan! Dia kena cucuk Khamis lepas and today is already Saturday and he's doing fine. Alhamdulillah... Aku ikut je cakap nurse yang suruh bagi ubat sebaik sampai rumah. Nasibaik Razin tak nangis makan ubat... cuma muka blur-blur je rasa benda manis. hihi...

Anyway, sekarang tengah dok berdua je ngan Razin since hubby duty. So, it's just the two of us. Malam ni berdua jugak ke?? Hopefully not!

Aku suruh Nini hantar Diyana petang kang... Lagipun Mak Tih dari Sarawak ada datang balik tengok Opah. So memang Mamito and the rest will come to my house later today to see Razin.. :)

Diyana of cos kena dok sini terus le cos aku dah nak start kerja Isnin ni! Waaaaa sekejap je cuti! 2 bulan je... dah kerja swasta, redha jela. hihi... Takpe, cuti annual leave aku banyak lagi. hehe...

Isnin ni jugak hubby sailing ke Langkawi. Sekejap je... Khamis dah balik. So, aku pesan Corelle lagi! hihihi... Another set of Country Rose so that semuanya ada 8 pinggan and cawan.. Baru leh guna untuk hidang time orang datang. Kalau setakat 4 keping pinggan/cawan, mane cukup kalo rombongan sampai 5,6 orang kan...

Sape nak pesan (yang dok daerah Manjung shj) PM aku. kehkehkeh... hubby sumbat semua masuk kapal je... Bestnyer cos murah (tak sampai rm400)! Lebih murah dari Pernama/NAFI okay... *wink2*

Eeee... macam makcik-makcik je cakap tentang pinggan-mangkuk dengan penuh ghairah. kehkehkeh...

Actually aku ada rasa risau jugak ngan Diyana ni. Leh ke jaga Razin elok-elok... riso wehh... Yela, cos aku ni susukan Razin guna susu aku. Cam leceh jugak la nak panaskan susu... and then, Razin pakai cloth diaper(cd), kalau Razin kencing takpe lagi. Leh masuk baldi je.. kalau Razin berak? Kenala bilas benda alah tu. Then baru masuk baldi*

*My routine is... bilas semua cd-cd kotor then masukkan dalam baldi. Dah banyak terkumpul dalam baldi(dalam dekat-dekat 10 helai) or selepas 2 hari, baru masuk mesin untuk basuh betul-betul.


Nak ke Diyana bilas taik Razin? errr... leh ke kalau tak bilas?? Any mommies yang hantar baby kat nursery or babysitter please comment. Pernah bace kat MCDP yang it's ok kalau masukkan cd-cd kotor (with poop also) dalam wetbag asalkan balik tu terus bilas. Tapi... macam lame je nak tunggu aku abis keje... takpe ek?

Kalau takpe, Diyana tak bilas pun takpela... nanti aku balik kerja, aku bilas...

Memang macam banyak guna kudrat bila ber'cloth diapering' ni, kan? But so far I enjoyed it. Yes, call me crazy for loving to wash poop out of the cd but I do love doing it. It felt so natural. (hah anak baru sorang leh la ko nak rasa suka camni.. kalo dah lebih dari sorang, tak tau la camne lak perasaannye kehkehkeh). And rasa macam lagi banyak pahala dapat. Leh tolong hubby jimatkan duit beli disposable diapers...

Cakap tentang disposables, sekarang ni aku belum FULLY cd lagi. Waktu malam Razin pakai PetPet. Tunggu la aku beli insert bamboo ke ape ke (yang sangat bagus dari segi penyerapan air) baru Razin pakai cd waktu malam kot. Oh kalau keluar memang pakai disposables la cos aku ni wetbag pun takde lagi. hihi...

Rasa macam nak up entry tentang cloth diaper...

Razin wearing Happy Flute CD in ball design.


Well, that's all for now. Daaa...



Salam...



Tuesday, May 3, 2011
bismIllah...


I'm home in Lumut. God, it felt great to be home!

Aku balik Lumut hari Sabtu lepas... Hubby plak balik sailing Ahad. Aku balik hari Sabtu petang cos nak kemas-kemas rumah... Long (hubby's brother) nak datang umah hari Ahad tu... Kalau aku pun balik Ahad, alamat kelam-kabut la kemas umah. Biasa le umah dah lama tinggal kan... and then laki aku dah jadi orang bujang, so umah macam kapal pecah ar sikit-sikit. Heee...

Masa balik sailing... masuk-masuk umah terus terkam Razin.
Rindu anak... :)



So now dah 3 Mei... Aku masuk keje 16 Mei. Lagi berapa hari je.. alahai Razin... Tak dapek nak berkepit selalu dah...

Stok susu aku pum tak banyak cos baru balik kan... so agak stress nak buat kerja rumah, nak pam susu, nak nyusukan Razin... That's why aku punyer susu pun lagi merudum. Giler ahhh 45 minit pam dapat 1 oz je! Makan Shaklee dah tu... T____T

Tapi aku jugak salah... Makan supplement tapi minum air tak banyak, jadual pam pun tak teratur.. patutnye pam susu every 2 hours tapi mane laa sempat! Razin nak nyusu, time dia tido aku nak basuh pinggan la, masak la, basuh kain, sidai kain, sapu sampah, kemas dapur bla bla bla... bila aku nak rehat, Razin dah jaga. Bagi susu lagi... so mane la sempat nak pam susu je kan? That's why la bila pam sikit je dapat...

Baru sekali dapat pam 6 oz. Banyak tu! Itu jela sekali.. huahua...

Ini la stok EBM (Expressed Breast Milk) aku setakat ni dalam freezer.
Ciput je kan? 6 botol jer...
Entah sempat ke idak nak tambah untuk stok bile pergi keje nanti.. huhu...
Takpe... Susu tin ada backup

Itu lah bad news nyer...

Oh, nak tambah lagi. Malam tadi aku bagi Razin susu tin/susu formula (FM) yang hubby beli dulu... Sebab utama, nak tengok reaksi dia... dia nak ke taknak. hahaha... Yela, laki aku beli tin besar plak tu! Sabo jelah... tak terfikir dek hubby yang karang kot-kot baby tak serasi ke, cirit-birit ke ape ke bila minum FM tu... konfiden je beli tin besar terus.

Tapi nasib baik la ok. Razin minum and then pagi tadi dia berak selepas 3 hari tak berak (kalau minum susu ibu, tak berak seminggu pun ok lagi). Baru aku tau beza taik hasil susu ibu dan hasil susu lembu. Kalau minum Formula Milk (FM) tahi baby busukkkkkk!! HAHAHA
Warna pun pekat... cam nak oren-oren gitu. Sebelum ni warna kuning je... berdasarkan tahi tu juga aku menyimpulkan bahawa susu FM yang diminum Razin adalah serasi dengan Razin. Sebab? Cos tahi tu tak keras and tak cair sangat. Kelikatannya sama macam kalau dia minum susu ibu.

Heii ape blog pasal taik-taik ni??? Choii!

Ok. At least, kalau susu aku betul-betul tak cukup nanti, bagi jela FM... Malam-malam or kat umah baru breastfeeding ngan aku. (Yes, Razin still nak susu aku jugak! hehehe... alhamdulillah)

Buat masa ni, pam jela setakat yang larat and mampu. Kalau ada, ada la... kalau takde, nak buat camana kan... T__T

Itu citer bad news (susu sikit).

Ni nak citer good news.

Aku dah ada babysitter!! yeayyyyyy!!! (buat ombak, cepat!)

Babysitter tu leh jaga Razin dan leh terima CD (cloth diapers) dan EBM nih... so ok la kan... Bayaran adalah RM200 sebulan.

Selain jaga Razin, babysitter aku ni juga leh jaga umah. Sapu-sapu sampah, masak nasi and kalau dia rajin, dia masak (KALAU DIA RAJIN LAAA COS TAK MASUK DALAM AGREEMENT)

Nak tau sape babysitter tu??

haaa...

My sister, Diyana! kehkehkeh...

Alhamdulillah... jenuh gak aku pujuk dia jadi bibik... at least buat sementara waktu la since dia pun bukannye kerja... Opah kat Beruas, Nini leh jaga cos Nini kerja kat pekan Beruas je... Amirul pun ada bila balik sekolah... So ok la... Opah pun tak kisah Diyana dok ngan aku... Lega...

Tapi syaratnye sebulan je. Jadi la... lepas sebulan baru aku pikir-pikir ape taktik nak bagi dia jaga Razin lagi. WAKAKAKA... Kalau tak berjaya, baru la aku cari pengasuh betul-betul. Bukan ape, risau weh nak tinggal anak kat total stranger! huhuhu...

Aku abis cuti nanti baru nak amik Debab (Diyana) datang sini...

Buat masa sekarang, I'm enjoying me housewife duties!


Boleh golek-golek atas katil dengan budak busuk ni lama-lama...
(muka nak nangis cos borink. hehe)


Leh dodoikan Razin tidur...

Yer, aku pakai buaian.
Pedulik hape orang kata tak elok la ape la...
Ini memudahkan kerja ok.
Tak larat dowh kejap-kejap nak berkejar ke baby bila dia nangis time jaga...
(ini jugak taktik nak pujuk Debab jaga Razin actually.. haha)
Jangan la henjut laju-laju sampai bergegar kepala baby...
slow-slow udah...
huhuhuhu...

Kat Beruas dah ada buaian, so belila yang untuk rumahku plak...



Kalau Razin takmo buaian pun takpe...
Dok dalam baby cot nih...

Selalunya lepas dia lena tidur dalam buaian, aku angkut masuk dalam baby cot lak.
Senang nak perhati cos aku nak tengok tv. Buaian tu jauh sikit cos nak kena dekat ngan palam elektrik untuk cucuk 'electronic baby cradle'...

Sebab Razin ni kalau buaian tak berhenjut, mulala dia jaga... so, belasah pakai jela benda alah tu.
Mahal rupanya benda alah tu... tapi duit hubby.. biarla... heheh


That's all for now.

Salam..



alhamdulIllah...