Showing posts with label Toothache. Show all posts
Showing posts with label Toothache. Show all posts
Thursday, April 29, 2010
bismIllah...


AMARAN:
Jika anda seorang 'penggeli', baik jangan tengok gambar-gambar bawah ni...

aku ni semua benda nak catat.
Yela, nanti dah tua-tua aku ingatla bila aku dah mula takde gigi. huhu



BEFORE....



After removal yang menelan belanja RM120 (RM80 untuk cabut, RM40 untuk ubat),
gigi aku dah takde....


Giler rosak teruk! hitam-hitam dalam tu rupanya!
Dentist baru aku ni salahkan dentist lama aku cos tak cuci betul-betul before tampal...


Tengok akar tu... punyerla panjang masuk dalam gusi.
Walaupun dah cabut, gusi aku masih sakit menahan luka kena cabut...
Dalam ohhh...


Inilah dia rupa gigi aku dan serpihannya...

Aku harap ni last gigi aku rosak... Takmo dah... seksa!!


"You're gone..
You're gone..
Baby you're gone
Girl you're gone, baby girl, you're gone..
You're gone..
You're..."

*sila nyanyi ikut lagu Gone dari N'Sync*

T___T

(semangat kan aku berblog sampai sanggup ternganga-nganga amik gambar and letak kat blog? tak malu tol... dahlah huduh! muahahaha)


Petua nak hilangkan sakit gigi dan rawatan selepas cabut gigi;
  • Makan ubat-ubatan yang diberi doktor
  • Jangan makan benda panas pastu minum air sejuk dan berais secara serentak (gigi cepat reput weh)
  • Selalulah check up gigi.
  • Kumur air garam (ni aku paling tak suka tapi terpaksa buat gak)
  • Of course la selalu gosok gigi! (ini tak bermakna aku tak gosok gigi hokey!)

Nak selamat, carilah boyfriend dentist... selamat gigi kamu... hehehe...

Salam sayang,

alhamdulIllah...
Wednesday, April 28, 2010
bismIllah...


Sakit yang rasa nak hempuk orang adalah sakit gigi!!!

Muka sakit gigi.


Arghhh... aku terjaga 3 setengah pagi tadi sebab gigi aku sakit... Berdenyut-denyut sampai ke kepala rasanya. Bengang jer aku...

So aku mesej Aqram yang aku kena amik MC gak arini untuk cabut gigi... Habisle duit aku.... Oh, nasib baik boleh claim!

Dah tak tahan sangat rasenya... Gigi geraham aku ni memang dah rosak.


Ni gambar gigi molar @ gigi geraham kita...


Di bawah ni gambar gigi geraham kiri aku sekarang....

Buruk kan? Dah teruk sangat dah geraham tu... hitam-hitam dalam tu...
Actually, dia just tinggal sikit je.. (yg warna kuning dekat gusi tu jela gigi aku sebelum ni) then dentist aku buat mcm bentuk gigi balik...
Dia letak filling ape tah warna hijau...
Sekarang filling tu dah tak elok... dalam dah rosak...
Dah teruk sangat dah...


Rasenya, kalau buang semua filling tu, rupa gigi aku lebih kurang macam gambar kat bawah ni... or maybe lagi teruk? sebab aku dah takde gigi dah sangat

Sakitnyer.... urghhh



So, plan aku pagi ni just hantar Nini pergi kerja and then balik rumah menahan sakit sampailah klinik gigi Maluri tu bukak kul 10 pagi. Then cabut. Hari tu dia kata kena dalam RM80 lebih kot... Hmmm kena keluar duit dulu cos tak cukup cash dalam purse.

Moga-moga sakit gigi aku takkan datang lagi.... Awal bulan dah sakit dah... konon makan painkiller jer... tapi memang takleh la... kena cabut gak. Sayangnyer gigi geraham aku... T__T

Adoi... cepatlah siang...

Tak sabar nak kembali ceria....


abaikan jerawat dua bijik yg berada di dahi dan pipi


Huhu.... T____T



alhamdulIllah...