Showing posts with label Events. Show all posts
Showing posts with label Events. Show all posts
Wednesday, March 1, 2023
bismIllahirrahmanirrahim...


Wow, it's been a while since I posted anything on this blog.

Do people still blog? HAHA

Anyway, still... want to update this blog with what we did yesterday. 

There were backlogs of events I would like to write about in this blog but those will have to wait.

This one kena catat dulu cos it happened yesterday!

Pictures uploaded semuanya unedited dari Gua Tempurung Extreme. Cos I don't have time for that!

Update blog pun dengan pantas. Almaklum, dah 4 orang anak. Busy gile...

Yeah, kami amik pakej white water rafting dengan Gua Tempurung Extreme cos ada promo price RM90/pax inclusive lunch. Razzan free cos he's 3 years old (nak masuk 4yo cos born in April, 2019)

There were 5 of us yang kena bayar so RM450 in total.



Joined another family. 
So there were 2 rafts.


Meeting point was at Gua Tempurung.
Then naik lori masuk kampung, pergi tempat amik rafts,
then naik lori lagi pergi tempat nak turunkan rafts.

Definitely a different experience than when I went water rafting dengan company Wave Raider.
But that is another post (kalau rajin)







Ok siap-siap dah amik rafts and pakai life jackets, helmets.
Kids were excited.
Abaikan la Ayah diorang yang always muka takde perasaan tu.

So gerak lagi pergi tempat nak start rafting.







Look at Raiq's face!
Mak je senyum hihi




Raiq almost fell out of the raft.
Razzan was scared after this rapid because he was soaked.
But still, oklah cos he didn't fell out.

I was the one who fell and it was an accident, not that the guide intend for it to happen.
But too bad, my fall wasn't captured on the camera!
Pictures and videos were provided by them by the way.

Beza jugakla dengan Wave Raider dulu, gambar berlambak gila haha... tapi diorang guna kamera kitorang le pulak. Pakai iphone shira cos was the latest ip14 I think.




Mak je yang tengok kamera hihi






Ok layan video lak...







Well, that's all the videos we have.

Ada tempat-tempat untuk stop and rest/play.

Tapi kejap sangat, I think. Budak-budak tak puas main. Razzan especially, since he enjoyed playing with sand at the river bank. But it was a short stop.



Aku agak geram cos masa ni budak-budak tak tentu hala merayap and main, takde langsung gambar satu family. Haih



Then sambung sampai la end of the journey.

Pergi makan tengah hari then we went home. The other family ada amik cave exploration but I didn't plan for that. Bajet pun tak berapa ada (budak nak start sekolah) and akan amik masa lama pula nanti and they were kind of exhausted main air. Razzan fell asleep dalam lori masa on the way hantar rafts.


Anyway, insya Allah nanti kita repeat lagi kalau ada rezeki. Nanti join yang masuk gua pula. Siap pesan kat budak-budak, doakan la Mak Ayah murah rezeki... almaklum, anak ramai berdedai-dedai, jenuh jugak le nak membayor hahaha


Till then.

Adios.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Thursday, August 31, 2017
bismillahirrahmanirrahim...


It's 2.30 am and here I am, writing in my blog.

Aku tengah penat nak mampus sebenarnya. Tapi sebab baru bedal secawan nescafe, cerah la kejap bijik mata. Maka, marilah kita update blog sekejap. Sebelum aku terlupa benda-benda yang berlaku dalam hidup aku beberapa hari ni...



23/8/2017

First time kehilangan Lola. Malam 23hb tu. Hilang time aku takde kat rumah. Macam orang hilang anak dibuatnye. Menangis-nangis aku malam tu takleh nak tidur cos cari Lola tak jumpa.

Next morning pun cari tak jumpa.

Alhamdulillah lastnye jumpa gak. Kat sebelah rumah je rupanya. Hampeh sungguh. Seriau nak lepas dia bebas sangat.

Gile tak sedih.. dahla malam sebelum tu dia tidur bawah ketiak aku. Sayang gile okehhhh




25/8/2017 

First time hantar Lola boarding di My Pet Zone, Manjung.

Have to. Takde sape nak jaga cos orang kat Beruas pun semua ikut pergi trip ke Langkawi yang Mamito organized. Okla, RM10 je sehari. Hantar Jumaat, amik balik Selasa pagi. RM40

Malam 25hb Ogos tu pukul 10 malam naik bas Uncle Prabha and bertolak ke Kuala Perlis.



26/8/2017

Sampai jeti Kuala Perlis around 5.30 am kot? Or was it 5 am? Tak ingat. Solat then naik feri ke Langkawi pukul 7 pagi.

There were 25 of us. Seronok sebab saudara-mara je yang pergi.

Stay kat Hotel Langkasuka di Kuah cos hotel tu memang yang selalu kitorang stay. Senang cos sebelah Langkawi Parade. Lagipun dah upgrade rupa bilik. Masa pegi tahun 2012 dulu seingat aku macam buruk sikit rupa biliknya. Ada karpet yang bau kepam. Now takde karpet dah. Haha... ok la... kitorang semua duduk satu level.

Entry pergi langkawi tunggu next entry cos tak best bercerita takde gambar.




28/8/2017

Sampai Beruas pukul 10 malam kot, pastu terus shoot balik Lumut malam tu jugak. Penat gile melayan budak-budak. Dengan rumah bersepah with used clothes yang perlu dibasuh etc. Benda cmni la aku nyampah if pergi berjalan huhu...


29/8/2017

Masuk kedai and settlekan banyak gile keje. Benda nak pos, payment kutu yang perlu dicheck etc. Patut amik Lola pagi, tapi aku amik dah pukul 1.30pm cmtu huhu...

Then fikir-fikir balik, Rabu nak balik Pahang cos Raya Haji turn raya sana. Ade anak buah nak bertunang lagipun. Ah sudah. Nak hantar Lola boarding semula ke?

Alhamdulillah kak Iezan Woods yang buat kek/cupcakes tu suruh aku hantar Lola rumah dia je... hehehe... lega... bukan sebab jimat duit, tapi aku tau if dia stay dalam rumah, hepi la sikit... if boarding, confirm kena kurung je kan.. Sian Lola.

So pada petang Selasa tu aku mandikan Lola and clearkan badan dia dari segala kotor. Cuci telinga, cuci mata, cuci bontot haha... Bagi mandi wangi-wangi cos I'm sure anak kak Iezan nanti mesti nak main ngan Lola. So bagi la Lola tu bersih dulu

Elok settle mandikan Lola, Mamito datang dengan Nan, Aina, Kak Peah, Kak Eda, Amirul and anak-anak jiran (ade anak jiran namanya Mizi, anak Kak Eda yg bonding ngan Raul masa pegi Langkawi... udah rindu kat Raul jadinye hehe... so diorg saje bawak si Mizi jumpa Raul)

Lepak-lepak Marina Island and amik-amik gambar. Biasa la Aina and Nan memang suka amik-amik gambar kan... Layankan je heeee



Marina Island sunset



Aina & Afnan




Amirul





Aku yang tengah haha





Laki aku yang bukan jenis nak bergambar ni pun layan jelaaaa






Beg ni serius best weh! Petunia Pickle Bottom Boxy Backpack.
Nanti free aku review (kalau rajin)




OOTD lah konon.






Aina jadi model. Lawo sikit. Dari aku jadi model?
Gemoksss hahahaha





Aina jadi model lagi.
Pockit stroller ni bawak pergi Langkawi aritu. Berguna sangat!





Raiq. budak kuat nangis





Razin




Aulia. Adik Aina. Bawak pergi Langkawi juga aritu






Err susah nak bergambar satu family.

Aku gemok! Huwaaaa... stress...

nanti lah semoga muncul semula semangat yang hilang tu... :'(





30/8/2017

Patutnya hari Rabu balik Pahang. Memang pack jugak baju pagi semalam, then tunggu guest check out homestay, kemas-kemas bla bla bla. (seksa oi nak kemas dengan budak 3 orang tu ada) makanya end up aku penat and tension gila, tak jadi balik semalam.

Tunda balik Pahang pada pagi 31 Ogos.




31/8/2017

Now dah 3.03 am!! I need to sleep kejap lagi.

Sebelum update blog ni aku baru lepas kemas beg, sapu and mop lantai, lap-lap dapur... then mandi and buat nescafe untuk mengadap komputer. Badan penat gila tapi takleh la biar umah bersepah macam reban ayam. Xtenang hati aku... Done check payment kutu etc baru la update blog.

Oklah.. dah start ngantok gak ni. Semoga perjalanan pergi dan balik selamat semuanya.

Doakan pertunangan anak buah berjalan lancar hari Sabtu nanti.

Till next week.


Daaa






Written By Ryehana
alhamdulillah...
Monday, August 21, 2017
bismillah...




So I'm officially a 32 year olds now! Oh my.. tuanya...

My birthday was last week, didn't do nothing much. Tempah cupcakes and went back to Beruas on Thursday with the kids.

Why cupcakes? Sebab dah jemu makan kek biasa since bulan July aritu dah 2x celebrate birthday July babies; Mak & Hanis masa awal bulan July... Raiq masa 29 July. Dua-dua beli kek.

So kali ni cupcakes dari favorite baker, kak Iezan Woods (check out her instagram @thelilsweet)



4 biji yang ada decoration fondant tu dia bagi hadiah... Hihi..
Thank you!





Tempah 2 dozens. 12 bijik choc cupcakes and 12 bijik lagi red velvet ones.
Yummm... sedap!



Hari Jumaat just melepak jela kat Beruas...

Went back to Lumut on Saturday cos nak pergi tengok wayang. Dapat tiket free for 2 sempena birthday kan, so ajak Nini tengok cite baru; The Hitman's Bodyguard. Aku nak tengok sebab ade Samuel Jackson and Ryan Reynolds. Diyana & Hanis pun ikut.

Seperti yang dijangka, cerita dia best and kelakar... macam citer The Hateful Eight juga. hehe... Balik tu singgah Popular, beli novel. Tetiba rasa nak baca chick flick... bought a Sophie Kinsella's. Belum habis baca lagi. Semoga bila anak-anak tengok Mak diorang ni membaca, diorang pun ade rase nak baca buku plak.

Razin and Raul always ask me "Kenapa Mak? Kenapa Mak?" whenever I cried or laughed out loud while reading books.

Aku kan emotional. If aku hepi aku tunjuk, if aku sedih pun orang boleh nampak. Bukan mcm laki aku yang naik roller coaster pun tak berbunyi ape... -___-


Sophie Kinsella and Teme.



Oh and did you know I've taken up gardening as my new hobby? Hahahaha... never thought the day would come. XP


Beli online okeh. First time aku beli pokok bunga secara online. kahkah
6 pokok RM100. Semua ada nama-nama dia... sebab memang beli dari pakar rose. =P





Ni Mary Rose namanya. Aku beli dua. Satu dah tanam dalam pasu kat belakang rumah di Lumut.
Satu lagi ni aku bawa balik Beruas nak tanam kat rumah Mamito.




Seronok sangat bila tengok bunga tu berkembang esoknya! Hepi gila haha...
Ade dua pokok ros yang aku tanam kat Beruas ni. 1 dalam pasu, satu lagi kat taman Nini...


So terus la melekat rase seronok tu sampai dua hari lepas tu aku pergi beli lagi pokok bunga ros dekat nursery depan Aeon manjung hehe...




My lil garden hehe...

2 pasu besar kat bawah tu ada 2 pokok rose;
The Ingenious Mr Fairchild and Lord Byron

Dekat rak putih tu yang depan sekali daun cenohom orang perak panggil... or nama lain daun kesum, daun laksa...

Middle one; bunga ros beli kat Abon Nursery depan Aeon. Tak tahu nama apa. Tanya nyonya tu pun dia tak tahu hahaha... 

Belakang sekali aku saje semai benih pak choy...



Benih pak choy... main campak je...



Tangan nak runaih bunga ros Mak... tapi tengok Mak dulu takut kena marah. huh


Ade lagi dua pasu kat belakang rumah. Yang tu Mary Rose and Lady of Megginch (LOM).

Tapi yang LOM tu macam nak mati je aku tengok. 

Dahla lawa... kalau menjadi, bunga dia macam kat bawah ni:


Bestnya kalau tanam kat tanah kan... 
Rumah Lumut takde tanah. Kena pergi homestay.. tapi mana ade sape nak pergi rumah manjung tu hari-hari. Koser ah. Dahla jauh...




Ni pak choy dalam pot kat tingkap dekat sinki dapur rumah. hehe...




Seronok plak bercucuk tanam.
Tak tahu la sampai bila semangatnye ni... hopefully bertahan lama.

Oh mai... makcik-makcik sangat! LOL


K lah.. adios.


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Sunday, January 1, 2017
bismillahirrahmanirrahim...


Dah 1hb Januari 2017 dah kome oi... aku ni punye la dok tangguh tangguh nak update blog sampai dah masuk tahun baru dah pun. huhu....

Takpelah, just a quick update. Catatan peristiwa supaya aku tak lupe...


Aku dah berjaya naik Bukit Engku Busu pada 23hb Nov 2016 yang lepas with Kak Yantee, her daughter (darjah 3 xsilap) and Kak Nina.

Penat nak mampus and I scratched myself when going down the hill. Jatuh! hampeh...

Best la jugak cos view cantik. Masa ni tobat tak nak naik dah hahaha...


First time naik lepas last naik masa aku Form 5 (2002)
So di usia 31 tahun ni, 23hb Nov 2016 ni tarikh bersejarah jugakla haha




Amik masa sejam jugak cos aku pancit gile.
Suke view atas ni. Aman je...
Tu leh nampak pengkalan TLDM Lumut...




Kak Nina and Kak Yantee. Aku la yang bawak kuetiow goreng tu haha... cos tak sempat breakfast. Nasib tak pengsan haha


Aku ada naik lagi Bukit Engku Busu ni dengan Amirul pada 22hb Dec 2016 yang lepas. Gambo takde cos aku tak share kat FB, bateri pun kong masa tu. Ah lantak...

Masa cuti sekolah bulan 12 tu dapat naik Bukit 300 sekali and Bukit Engku Busu sekali. Both trips was accompanied by Amirul.



Ok next...

Masa cuti skolah jugak ada merayap beramai-ramai ke Taiping. Senang, dekat... hahahah... jimat duit. Tarikh: 12hb Dec 2016




Family potrait. Elok pulak semua tengok kamera (bukan senang oi)



Gerak dua kereta. Naik MPV lakiku and kereta Nan. 
Masuk zoo, picnic kat Lake Garden (Aina masak nasi ayam), pegi makan cendol pastu balik.

Actually nak naik paddle boat mengenang zaman berdating dulu tapi hujan le plak (biasa la taiping)... 




Haaa... next!


Laki aku eksiden pada 19hb Dec 2016 yang lepas di Tanjung Malim.

Abis Mr Cherev total loss. Alhamdulillah laki aku selamat and takde ape-ape...


Makanya, sejak takde kereta, laki aku tido ofis je cos malas susahkan kawan dia... nasibla dah nak cuti hujung tahun... 

But looking at the bright side, bagus gak crv tu eksiden total loss. Takde la nak bayar lagi monthly mahal-mahal hahahah... masa beli mpv dulu lagi dah nak jual, tapi harga yang kedai amik adalah sama dgn hrga hutang, means tak dapat ape. So sayang nak jual.. hehe

Now, laki aku plan beli used car murah-murah yang rege dalam 5-6k so that bole beli cash. Kurang la sikit komitmen. So far dapat la wira cabuk satu hahaha.. jadila... dia nak pakai berulang je pun...

If anything goes according to plan, lagi seminggu dpt la kete Wira tu. For this week, laki aku amik MPV and aku pinjam Vios mak kejap...

First week of January yang agak kelam-kabut cos my babysitter amik leave seminggu. Aku terpaksa tinggal Raul kat Beruas lagi.

Camne nak keje if semua ada. Dengan Razin sekolah, Raiq melasak and I HAVE TO WORK.

oklah. tu je kot update kali ni. byk lagi nak type macam bebaru ni FIL sakit and kitorg kena stay kt Selayang and Batang Kali... pastu bawak bdk2 pegi Petrosains bla bla... tp xde masa nak cite cos esok aku kena bangun awal utk naik paramotor. hopefully cuaca baik and selamat semuanya.


Bye.. till next time

Written By Ryehana
alhamdulillah...