Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts
Wednesday, July 1, 2026
bismillahirrahmanirrahim...


It's 8.04 am and I didn't go to my morning walk today as usual. I was tired since dawn. Woke up around 4 am to pee and might as well solat sunat then I went back to sleep. Woke up again at 6 am for our usual morning routine. Waking up the kids (I am so grateful to Allah that my three older boys can wake up on their own and getting ready by themselves) and getting ready to send them to school.

Yesterday I met Saiful, suami arwah Ika bersama Kak Shima. Of course I asked Kak Shima to accompany me. Now that Ika is gone, aku pula macam diamanahkan untuk jadi ketua trip (geng Manjung) and tolong settlekan bab-bab flights, itinerary etc etc. Since Ika booked most of our flights, aku nak check dengan suami dia bab email etc etc.

Anyway, we chatted about my late friend.

In her death certificate, the "Pulmonary Embolism" was the cause of death.

Pulmonary embolism (PE) bermaksud paru-paru tersumbat akibat darah beku. Gumpalan darah ini biasanya terbentuk di bahagian kaki (dipanggil DVT), kemudian bergerak melalui saluran darah dan tersangkut di dalam paru-paru. Keadaan ini sangat berbahaya dan merupakan kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan segera. [1, 2, 3, 4]
Untuk lebih mudah faham, anda boleh bayangkan saluran darah adalah seperti paip air di rumah. Jika ada gumpalan lumut (darah beku) yang menyumbat paip tersebut, air (darah) tidak akan sampai ke destinasi. Akibatnya, paru-paru tidak mendapat oksigen yang cukup dan jantung terpaksa bekerja terlalu keras.

Arwah dah terlantar di hospital since early April 2026 lagi.

Darah beku di kaki semestinya banyak. Sedih mengingatkan... she was still young...

Saiful commented and thanked us for being a good friends to her. He said he was surprised to see so many people came to the hospital the morning she passed. Aku memang ada pergi pagi tu and masa sampai, arwah tengah dimandikan di unit forensik. Memang ramai ada tunggu and aku bukanlah kenal semua kawan-kawan Ika yang lain. I saw Qaseh, the daughter, and she was calm.

But then Saiful said, tahu tak masa bila Qaseh sedih and macam tersedar umi dia dah takde?

Lepas keluar dari dimandikan dan dah siap dikafankan.

Aku pun masa ni terus rasa sakit dada seeing her like that. I bawled my eyes out. Typing these already made my eyes cloud.

Masa dalam van jenazah nak bawak balik ke rumah parents Saiful tu, Qaseh nangis tak henti-henti... Allah... 

Aku ingat nak tulis tentang trip-trip yang aku pergi dengan Ika but yesterday's meet was still fresh so I wanna write about that.

Saiful also commented that he's glad that Ika was friends with us, (with me) cos he said we gave good influence on her. Dia cite alhamdulillah masa kat hospital bila dia sedar tu ada dia mintak nak solat. Masa meninggal pun dekat rumah, Saiful cakap jenazah ada terbuka mata sekejap and then smiled. Wallahualam. Kita sendiri tak tahu pengakhiran kita ni macam mana kan? sempat ke aku nak bertaubat?
Ada ke orang nak tengok/ziarah aku one last time kalau aku mati nanti... 

For Ika, time solat jenazah ramai hadir kat masjid sebab diorang solatkan selepas solat Asar. Kat kubur pun ramai temankan. 

Aku sendiri first time ke kubur tengok pengebumian hari tu.

Death makes you self reflect.

Ika was healthy, active and living her life planning trips with family, friends... tapi kalau dah rezeki Allah setakat itu sahaja, ajal dah sampai, tamat lah sudah perjalanan kita dalam dunia ni.

Ada orang kerja dan kerja sampai tak enjoy life, tahu-tahu sakit and die.

Harta banyak mana di dunia ni pun, bukan boleh bawa mati. 

In my age right now (I'll be 41 in August), aku selalu juga risau what future holds. I don't have a steady job, a steady income - well how can I when I am the one yang kena uruskan anak 4 orang ke sekolah setiap pagi, urus rumah, amik budak dari sekolah, hantar sekolah agama, hantar mengaji, hantar tuisyen and at the same time nak bagi makan, urus rumah hal kain baju and mencuci itu ini.

So of course I am always scared of what future holds. Kalau aku sakit macam mana, sape nak urus anak-anak?  kalau jodoh tak panjang, mana aku nak merempat? Aku takde kerja, takde harta, takde savings pun. Aku cuma ada anak-anak aku jer. 

Suami dah 11 tahun PJJ and balik weekends je. Tu pun ada je setahun dia duduk Sandakan. Imagine how aku urus rumah dan anak-anak?dengan kekucing lagi. So memang aku takde kerja tetap. 
But alhamdulillah last year since ade beli kete baru, boleh daftar Grab and buat part time. Dapatla duit belanje. Terima kasih Allah Maha Baik.

And arwah Ika sign up Grab jugak under referral aku.

Which was why kitorang sangatlah rapat. Almost everyday ada je call/mesej sembang tentang kerja Grab... harga tambang berbaloi ke tak... share and compare earning hari-hari, update kalau ada roadblock ke, kalau customer teruk ke ape... now takde dah aku tempat nak merentan hari-hari bila buat Grab

To be honest, sejak Ika masuk hospital awal April tu, memang aku tak buat Grab dah. Aku cuma terima offline jobs dari customers yang ada no fon aku. That was it. Tak semangat langsung sebab dah takde kawan.

Aku sedih and memang sangat terkesan sangat dengan kehilangan kawan aku yang sorang ni. I am still so freaking sad... :(




Aku nak attach pictures but it's a hassle. Later lah kalau free


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Wednesday, June 24, 2026
bismillahirrahmanirrahim...

My friend passed away yesterday.

Ika. Aku kenal dia in 2024, I think. Kenal dari Ain Lekir. Ika ni pun duduk Lekir, so I saved her contact as Ika Lekir in my phone.

Aku cuba kenang balik when was the first time aku kenal dia. It was June 2024. Dia whatsapped aku and kenalkan diri as kawan Ain. Kami plan nak hiking ke Bukit Intan di Felda Trolak Timur masa tu. Aku nak follow dari belakang with Serena aku masa tu. Gerak sama-sama and dia tunggu aku kat Caltex Lekir. Rumah dia belakang Caltex je.

Aku bawak anak-anak aku dua orang, Razin & Raiq. Itu lah first time hiking luar sekali. Barulah kenal. Masa tu jugak kenal lagi yang lain-lain. It was really a fun trip, sebab habis hiking singgah mandi sungai and berkelah.

Sejak dari tu, kitorang pergi lagi hiking sama-sama. Lepas Bukit Intan, pergi Bukit Changkat Asa di Tanjung Malim. Masa Jun 2024, tiap weekend aku tak lekat rumah rasanya. Aku bawak Razin & Raiq juga ke Changkat Asa. 




Bukit Intan, Felda Trolak Timur


Ramai masa ni. Gambar diambil oleh Ben Solo yang sekarang dah jadi tiktoker femes ye.

Ni trip dengan Kak Pit yang aku baru kenal sebab join trip ni.



Sempat berendam jugak.

Oh it was fun.



So yeah, it was June 2024 aku kenal dan start kawan dengan Ika Lekir. Lepas tu pergi Changkat Asa pula. Siap picnic kat Batu Bertenggek tengok waterfall. Masa ni takdela rapat mana. Aku pergi sebab Ain Lekir & Ain Azhar. 



Dekat Batu Bertenggek, Perling 



Masa ni aku baru balik dari trip G7 Ulu Sepat which was in early June. Aku teruskan momentum gila hiking sana sini and make new friends. I was happy. I was glad Ika was part of my new hiking friends in June 2024.

Cukup lah tu entry pengenalan.

Since then, banyak sangat aktiviti aku yang aku follow Ika. I remember the first time trip pergi Sarawak in Jan 2025, dia ajak aku pergi Susung Waterfall. Aku tak pernah jejak Sarawak, and tak pernah pergi trip kumpulan yang terbang-terbang ni. Sebelum ni dengan kawan-kawan lain, setakat trip hiking sekitar Perak and then ada sekali group kami ke Kedah. Aku kenal dia dengan Ayah Haship je tapi what the heck, join jelah kan. Buat jela kawan baru. Masa trip Sarawak tu la baru aku kenal ramai lagi kawan-kawan perempuan dok Manjung/Lumut. Best sangat trip Sarawak tu I really was grateful dia ajak aku pergi sekali.



Both pictures generated with Gemini Ai sebab Ika & Ida Klang tak bertudung masa ni. 
Cantik sangat tempat kitorang pergi ni.
Sorry muka pun berubah sikit hehe...


Anyway, it's late.

Aku teringat... so I wrote down dari tarikh awal-awal.

Nanti aku sambung lagi.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, March 2, 2023
bismIllahirrahmanirrahim...


This trip was last January actually.

Baru sekarang ada masa nak update sikit. 

Plan tiba-tiba... Hari Isnin-Selasa plan, then ada yang nak join terus arrange untuk naik Bukit Berekeh the next Monday morning. 

This is my first time (dan juga first time for a couple of my friends too) untuk mendaki bukit waktu gelap 3 pagi. So macam excited gakla nak beli headlamp lah, nak beli makanan to eat up on the peak etc.

Kitorang book guide under Ayie but he was not available waktu tu. Boleh pulak dia ingat tarikh lain. Then kitorang diganti dengan Zack. Kos RM25 seorang. 

Ahad 29/1/2023 kami check in homestay di Sg Siput. Sempat rehat, beli barang kat TF and tido jap... Then puku1 1 pagi siap-siap nak keluar. Jumpa Zack dekat depan IPD Sg Siput, and he was late. Janji pukul 2 pagi, but he arrived 2.30 am. Anyway, I was the one driving cos pakai kereta aku (serena leh sumbat ramai) so follow la si Zack ke tempat nak naik bukit tu.



Tiba di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Bawong pada 2.48am, daftar and ke toilet bagai, park kat situ 3.22am. Then we walked to the foothill dalam 8 minit. Start naik 3.30 am.

Haa accurate kan masa aku? Cos aku check balik history kat Google Map hahaha


Ni lepas naik puncak pertama yang paling pacak.
Macam kami yang selalu naik Bukit Engku Busu kt Lumut ni, well... bukit first ni seksa dia macam engku busu la. Kalau dah biase, takde ape sangat la. Tapi heart rate memang tinggi time 1st peak ni haha

Tapi lepas-lepas tu dah senang dah.

Terang gile lampu headlamp aku.Photo taken by me.
Guide sorang tu je lelaki heee


Sampai puncak pukul 5.30 am.
Ni bagi aku, Kak Feeza & Ain. 
Kami bertiga kat depan hehe...

The other three smpai 5.36am.

Kat puncak dah ada orang sampai before us and those guys were sleeping.

Oklah for me the trail isn't that hard pun. 
Cuma jauh jela nak sampai, turun naik bukit botak.
And it was so frickin windy!

Sejuk nak mampos haha

Untuk reference bagi Manjung hiker:
Kalau Bukit 300 kite amik masa lebih kurang 1 jam (usually 45-55 mins average) untuk sampai puncak, Bukit Berekeh lak 2 jam nak sampai puncak.

Ikut pace orang gakla. Kami pace biase-biase. Tak laju sangat, and takla lembab sangat.
Ok je...

Tahap kesusahan, biasa je kot. Newbie bole punye.
1st peak je susah and kena memanjat macam Bukit Engku Busu.



Sunrise!









6 of us.



Yang solat Subuh 3 orang je. I was on my period. Dahla tengah heavy flow jugak, jenuh... nasib baik before naik dah tukar kat OAOSC tu (toilet dia bersih), turun pun awal.. kami blah pukul 7.30 pagi kalau tak silap.

Of course sepanjang jalan nak turun, asyik ambik gambo hehe... siap plan next trip pulak. Udah gile nak hiking mak-mak ni >_<





We arrived at the parking lot of OAOSC tu before 10am lagi... 
Around 9.40am la kalau tak silap



Best wei!


Nanti aku update lagi next hiking trip kalau rajinnnn


Follow me on Tiktok: @ryehannazz

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Monday, November 17, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Bila anak tak sihat, hati ibu mana yang tidak tersentuh.

Razin asyik demam je. Last week demam, tak pergi sekolah hari isnin. Weekend ni demam lagi.

Mesti time amik dia dari sekolah pada hari Jumaat ada je tak kena... Selesema la... Batuk la... Melarat sampai demam.

Malam semalam Mamito kejut aku cos risau badan Razin panas sangat. 

Razin memang tido dengan aku, tapi semalam aku tertido masa menyusukan Raul (that always happened) and Razin plak tengok tv and terus tertido depan tv dengan Opah dia.


Menjelum kepala dengan air asam jawa. Ni sebab kat kampung, Mamito yang byat air asam jawa ni. Kalau aku, air paip je huhuhuhuh... 


Gambar pagi tadi... Tak sabar ajak aku balik Lumut. 

Husband dah balik dari Sabah last night. So lepas balik Lumut, kuar pergi klinik nak doctor check Razin. Dpt ubat n antibiotik but decided not to give any antibiotics to Razin. Alhamdulillah petang tadi dah tak demam....

However, 3 kali dia muntah. Sebab perut dah masuk angin gamaknya... Dia tak nak makan sejak semlm... Semalam makan nasi lemak je beberapa sudu. Minum ade la sikit... Air kencing kuning sangat. Nak warna oren dah. 

Susah hati ya amat bila anak tak sihat amd tak nak makan ni. Kurus kering je Razin.... :(

Malam ni dia makan nasik aku suap... Tapi lepas tu muntah. Xtau la apa je yang ada dalam perut dia ni... Kesian razin...

Esok tak tau nak hantar pergi taska ke tak. Kalau nak ikutkan, dia dah sihat... Tak demam dah... Tapi tu la... Tak sampai hati plak nak berenggang dengan dia. Mmm tapi eson kalau ke kedai pun mesti asyik menangis boring... Aku jugak yang tension. Haihhh

Kuatkanlah hambaMu ini ya Allah... Berikanlah anak2 aku kesihatan yang baik.


P/s: on another note, i just found out my ex-roommate during uni days menghadapi cabaran yang lebih tinggi lagi.. Her firstborn was diagnosed with leukimia. I cried when I found out from her facebook comments. Sedih sesgt. Semoga Allah tabahkan hati menempuhi cabaran ni... 

Anak demam pun dah susah hati. Kalau kena penyakit mcm tu tak tergambar dah apa dalam dada aku....

:'(
Friday, April 11, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Takleh tido.. Razin pun belum tido ni... Aku asyik teringat perbualan aku pagi tadi...

Aku called Nurul, my old friend in KL yang dulu sama2 kerja Hertz. She just gave birth last month... And me being me, busy and sempat whatsapp dia je bulan lepas. Masa tu dia dah bersalin 1-2 minggu kot. Lupe dah... And dia bagitau yang anak dia warded cos ade masalah kesihatan. Tu jelah yang sempat mesej...

Then aku sibuk until pagi semalam baru teringat nak kontek dia balik cos tengok kat FB memang takde langsung post tentang dah bersalin ke... Gambar baby kr... Langsung takde. So I called her...

Rupa-rupanya anak dia masih warded. Sakit berkaitan jantung.. Lupe plak ape yang disebutnya... Sedih betul dengar berita tu...

Her baby is only 2.2kg now... Doctor nak operate pun takleh, nak tunggu berat baby naik lagi baru leh operate. Lama lagi lah rasanya duduk hospital tu... And Nurul pun risau jugak cos maternity leave 2 bulan je, camne kalau dh 2 bulan anak dia masih warded? Cost nak bayar itu ini? Jaga anak... Allah... I can only imagine how she must've felt. I can't help but feel so helpless too... 

Aku doakan semoga dia tabah la.. Tadi masa cakap pun, both of us cried... Sedih sangat cos tak sape sangka akan diduga begitu kan.. Dia dah la agak lambat dapat baby... She was married before me.. And dia baru tahun ni beranak anak sulung. Allah duga dengan kesihatan baby yang kurang baik pula...

Buat aku tersedar... Dalam ke'excited'an aku nak sambut ahli baru ni, kadang2 aku lupa Allah tu perancang segalanya... Bersederhana. Beringat. Sentiasa lah beringat... Bersedia....

Allah... Terima kasih dengan ingatan ini... :'(

Ahh... Aku masih asyik teringatkan Nurul and her baby girl.

Aku doa sangat semoga baby cepat tambah berat, and bila operate cepat sihat... Moga segalanya baik-baik sahaja.

To Nurul, semoga sabar dan tabah menghadapi hari2 yang mendatang... Insya Allah... U are a strong woman.

Aku tumpang sedih dengan segala yang menimpa tapi percayalah ade hikmahNya ni.. Stay positive. And don't lose hope.

Please please contact me if there's anything i can do to help. Macam yang aku cakap kat phone...

Mmm... Aku pun dah nak beranak lagi beberapa minggu. Semoga Allah permudahkanlah...

Amin ya rabbal alamin....


Alhamdulillah...

Wednesday, November 14, 2012
bismIllah...


Cuti Deepavali. So yeah, a public holiday! To be honest, I don't really care for PH or weekends since I AM A HOUSEWIFE! Hari-hari cuti maaaa... but then, not everyday I can see my husband chilling in bed late in the morning :)

But Hubby bangun awal and siap-siap pun awal. Aku ni celik-celik biji mata terus open lappy since dapat banyak notification to my Blackberry and I can't check on my phone since the telco line in my house area was BAD. STILL BAD THO.

Elok kul 11 pagi camtu aku dapat sms dari Bed (or Baydah, Bedah, Siti Zubaidah). Oh, my bestfriend yang aku dah lama tak jumpa since my wedding! Giler lama ok. Padahal kampung sama-sama kat Beruas. Dia jauh sikit le kat area Batu Hampar. But still, takdela jauh benor pun. Lama tak jumpa ok. huhu...

Bed ajak jumpa since arini cuti... she is now working as Pegawai Veterinar kat Nusajaya, Johor. Her office is next to Legoland. Tapi tak pernah gak masuk Legoland. wakaka... ajak masuk Hello Kitty punyer tempat yang baru buka tu (dekat-dekat Legoland jugak) tapi malas la.. aku bukan minat HK pun. Anak aku jantan lagipun. :p

So we settled to meet at Angsana Mall... Aku pun baru 1st time ke Plaza Angsana tu... Blame my husband. Asyik bawak ke Kipmart Masai je! Huh.

Pas Zohor camtu kitorang pun jumpa kat McD. Tak berubah pun Bedah. Sama je macam dulu. Aku ni yela kan... gemok! T_T

Terasa syahdu pula cos Razin dah besor gajah baru Bed dapat tengok.

Kitorang sangat close zaman sekolah dulu. Tanyala sesapa pun... mana ade Bed, aku mesti ade. Mana ade aku, Bed pun mesti ade. Yela, dulu dia and cikgu Pah nyewa sebelah umah aku je pun. Makan pun main jerit-jerit je untuk ajak makan sekali. Sama jugak kalau berjalan... pantang kereta cikgu bergerak, aku mesti ngekor. haha..

Oh kenangan....

Hubby was 'sporting' enuff to leave us to chat. Then dia datang balik, aku suh amik Razin cos Razin restless (dah ade anak, camtu la... mane leh sembang lama2 macam zaman bujang huhu).

Then sambung bersembang kat McD tu... We talked about lots of things.. yela, years of not catching up kan... macam-macam benda la yang nak disembangkan...

It's sweet knowing I can just talk to her macam takde gap tahun-tahun tak berjumpa. We easily picked up where we left off. I always feel like this with Nyda too. Ni la kalau bestfriend kan? Walau tak jumpa, but we shared experiences with none other than that person. Jumpa balik takde awkward ke ape ke... =')

Can't deny that I feel sad that we cannot be who we used to be. People changed, yes. And of course, time changes us.

Oh sebak lak tetiba... sedih bila ingat balik things and people we lose as we grow. Of course with Bed, aku akan ingat Cikgu Pah. Cikgu Pah yang dah membawa diri... haihh... sedih ok...

Anyway, I'm glad Bed is one of my friend yang kata laki aku ok, tak pendiam. Cos no one else said so! Haha...

"Eh Ana, ko kata laki ko pendiam... Ok jer cakap ngan aku tadi" she said.

"Memang la... dah ko tegur dia ajak sembang sekali... cer kalo ko sembang ngan aku je? dia diam jela... nak harap dia tegur ko dulu memang usah harap ler"

I know my husband too well.

Sebab tu Bed ni ramai kawan. Dia jenis ramah, sempoi and ok je nak nyembang ngan orang. Dia yang tegur laki aku dulu. So laki aku ok jela... nak harap laki aku tegur dulu memang sampai kiamat takde la... dia jenis diam je.. orang tegur baru dia bercakap. hehe...

Aku memang bertuah ade kawan-kawan yang baik cam Bed and Nyda. Yang dekat di hati pun diorang ni la... Lelain kawan lelaki. Tu pun tinggal sorang je kawan lelaki yang masih close. Lelain bawak diri bila statusku berubah jadi bini orang. hehe... (hi majin, hi padi... remember me?)

Anyway, great talks I had with Bed today.

Till we meet again, Bed...

Salam...




Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Wednesday, October 24, 2012
bismIllah...


My friend since zaman diploma, Mash came to stay at my house in Lumut for 2 nights. She came last Monday since husband dia ade kursus kat Marina Cove... Pastu diorang terus nak balik Kelate. Aku ajak jela dia dok umah aku since husband dia pun dok busy kursus. Dah lama tak jumpa... Last time was when she got married last year.

Macam sleepover pulak... bezanya dua-dua dah jadi mak budak! Haha... Syahdu jer bila teringat zaman study dulu haha...

Yang menjeleskan, kurus je kawan aku ni... Sama je macam masa zaman anak dara dulu. Nape aku tak camtu? =P


Razin (19 months) and Aira (6 months)
Gambar time tidur petang tadi...

Ok. So yes... Maybe Razin is not ready for an 'adik' yet (or I'm not ready??)

Luckily, I got a glimpse of having 2 small kids and managing them alone.

Ermm...

I would need a helper or my business would probably went down the drain.

Yang besar yang nak perhatian lebih tu... huhu...






Gambar last Monday... jalan-jalan Marina Island.
Bawak Razin berlari...

Mash lak testing Ergo PPB aku... lebih lembut dari Boba katanya.

Of course, since Ergo PPB is from organic cotton. So lembut lagi la...


Aku agak kebizian since Ahad cos aku balik Lumut petang Ahad tu untuk get ready terima tetamu. So, I brought along all my business stock mana yang larat. 

Razin was clingy cos it's only me and him. I expected that, but I had almost forgot how annoying it was. Sorry Razin if I was mean... Mommy got tonnes of things to do and I can't do it with you climbing up my body and following me everywhere I go.

I was back to my independent self... pergi mana-mana with Razin. At Poslaju today, I back-carried him in Ergo while receiving stares from people. Especially when I was about to toss him on my back... orang tengok cam pelik je... yeah, nak back carry baby alone needs practice. Susah kalau nak letak baby kat belakang if you lack practice. I just tossed him btw.

Pastu dengan consignment note Poslaju dah abis nyer... jenuh plak nak ngisi alamat-alamat customer kat situ. Tu yang aku back carry tu... 1 hand pegang beg penuh barang nak pos and the other hand pegang handbag. 

Kat Manjung ni orang tengok babywearing mamas with weird looks. Tadi masa aku pergi Secret Recipe with Razin on my back (inside Ergo PPB), ade a few men yang tengah makan kat luar tu berhenti sembang and looked strangely at me. Then bila aku dah masuk, diorang terus sambung cakap and cam gelak-gelak (God knows what they're talking about).

Isnin lepas lagi la kelakar... Me and Mashitah were both wearing our babies to Tesco. Me using Ergo and Mash was using her Boba 3G (purchased from Mama Panda ;) ). We got smiles as well as funny looks from people. Cam celebrity pun ada. Haha... I wonder if the feeling was the same like participating in 'babywearing gathering' or 'babywearing walks'. =D

Oh well... today I have a meeting in Ipoh. I'm nervous on driving to Ipoh with just me and Razin. Ok. Not nervous... terrified! haha... aku risau dia melalak dalam kereta all the way from Lumut to Ipoh. Dah la nak ke Ipoh ni pun aku tak familiar langsung dengan area tu. huhu... Wish me luck!! 

Dah lama gile tak drive ke Ipoh sorang-sorang... Now siap nak bawak Razin lagi. Hopefully he behaves la. Bukan ape... dalam usia cam dia sekarang memang jenis tak reti dok diam. Setakat ni ok la bila aku dengan dia je dalam kete... cos short distance kot? Tapi hari ni tak tau la... Hmmm...

Aku jugak kena return celcom broadband yang aku pinjam dari orang ni. Thank God for having a friend yang sudi pinjamkan broadband dia. huhu... Mati kutu aku takleh online. Sekali online, berderet pm nak balas and komen2 mintak reply. That's why la aku takleh nak balas semua komen kt FB, kekadang tak perasan and most of the time aku tak dapat notification pun. Nak tau urgent, sila emel je.

K la... Gotta go. Nak mengemas ape yang patut. Hari ni Mash dah nak gerak balik Kelate. Aku lak pas dia gerak, nak ke Ipoh.

Wish us all safe journey.

Salam Aidil Adha!

Wassalam...
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, October 16, 2012
bismIllah...



I clicked on my old posts. Very old posts. Like this and this.

Lama kan? Tahun 2009.

My God... how time flies!

Yang menyentuh hati aku malam (pagi?) ni adalah komen-komen pada entry tu. Ramai bagi kata-kata semangat. I feel like I have friends that CARE. No wonder lah dulu aku suka sangat blogging. Addicted.
And aku pun sama jugak selalu blogwalking and comment entry2 orang jugak.

But now? Even aku sendiri dah jarang blogwalking and blog diorang pun ade yang berzaman aku dah tak jenguk... takkan diorang nak jenguk blog aku lak kan?

Huhu...

Nasib baik lah twitter masih ada. They, who have not blogged much these days (or aku yang dah tak bace blog diorang) are still on Twitter. That's how we still keep in touch. Thank God for twitter!

I'm feeling very emotional tonight. I miss those who touched my heart. I miss the old times... I miss when there were several comments on my blog entry... I miss that.

But yeah... I've changed. My style of writing changed too. People changed and they no longer blog/read my blog.

Wish I have a time machine where I could go back and savor the moments of having them as my 'friends'.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, February 7, 2012
bismIllah...


Blog bercuti sekejap cos husband ade balik bercuti seminggu... mood nak update blog tu kureng... kena abiskan masa kualiti bersama. uhuhu...

Razin dah baik demam tapi batuk-batuk and selsema pulak. Esok insya Allah nak bawak jumpa doc. Sian dia tengah tido tetiba batuk-batuk. Aku saspek dia telan balik kahak dia tu... alahai razin... :(

Esok pagi2 nak balik Beruas cos besfren nak bertunang. Mamalizard is finally getting engaged! Dia nak Yong aku mekapkan tapi Yong aku tak tau umah Mama katner di Kg. Kilang tu... Maka, Yong suh aku balik cepat since majlis start at 10am tomorrow. Adoii sabo jelah... Awal giler... Mama kata, belah lelaki datang and balik hari so takmo lewat-lewat (orang Pahang jugak macam my hubby's :P)

Aku sebenarnya dah terlupa sms Mama yang ajak aku datang kenduri dia bertunang time cuti Thaipusam esok... then bila hubby mention esok Thaipusam and Poslaju tutup (aku nak ngepos barang le ape lagi), baru aku teringat. hehe...

Kena la datang cos time aku bertunang and kahwin dia datang kat dua2 events. :)




alhamdulIllah...
Saturday, January 7, 2012
bismIllah...



Alhamdulillah dah tidurkan anak bujang aku tu... Kemain betul dia since aku tak keje ni, asyik nak berkepit je... tak nak ngan bapak dia, ngan Mak Tih dia tapi nak aku jugak. Aku nak berak pun ko nak ikut... Aku letak dia dalam bumbo and letak depan pintu bilik air... ha silakan tengok Mak kamu ni memerut ye... HAHAHA... aku buat camtu sebab tak tahan asyik dengar dia melalak je bila tak nampak aku. Don't worry, toilet duduk ok... bukan cangkung... kalau cangkung... err... er... ehh jijik pulak pembuka entry ini.

Anywayyyyyy...

Semalam aku dapat phone call dari former colleague di KL. Dia ngadu-ngadu tension hal kerja... Mau tak tension??? Since aku nak benti dulu, sorang-sorang kena terminate la... paksa resign la... nasib baik aku sempat resign sebelum kena buang or dipaksa resign. So, kompeni macam agak kelam-kabut. Elok-elok aku amik cuti langsaikan annual leave aku and terus benti, dapat tau General Manager kena suspended. Gile ke ape?????

Perghhh memang merepek betul la... nasibaik aku dah blah...

So semalam aku dengar jela kawan aku sorang ni mengadu macam-macam hal... Serius memang aku kesian kat dia... Aku faham stress kerjanya macam mana especially kalau yang senior tinggal 2 orang nak handle operations with a bunch of newbies. Ko la yang kena kalau jadi ape-ape kan... ditambah lak dapat boss baru etc. Memang stress ar...

Politik kerja lagi membencikan... haihhhh sebab tu la aku blah...

Nasihat aku pada dia ape?

Find another job. Pastu ko quit la... dia leh plak cakap, "Ana, betuike kalau quit nanti tak dapat gaji?"

Terkejut aku... mane la dia dengar kan... merepek betul orang yang cakap camtu. Hello, this is SDRAC we're talking about. Takkan nak buat taik camtu kat staff (even if dah nak resign) kan... So aku cakap la, "Ape kejadahnye plak? Elok je aku dapat gaji..."

Ni ade la orang saiko dia supaya dia jangan benti kot?

Ahh lantak la weh...

Kalau ko dah tak tahan, ko blah je... macam la takde keje lain... kat KL tu berlambak kerja... lain la kalau dok tempat cam aku ni... nak cari keje lain dengan gaji ok tu susah sikit. huhu... (tapi aku nekad and ade backup... insya Allah)

Ni bukan LARI DARI MASALAH. No.... from your story, I know that you've faced your your superiors and explain your predicament like you should. So no... I did not tell you to runaway from your problems... This is me telling you to be smart.

Bagi aku la kan...

Life is so short. Money is important, of course la kan... tapi ketenangan minda and fizikal yang mantap pun penting. Ni ape kes kalau hari2 stress sampai nangis2 and balik umah asyik lambat? Tu takde anak lagi tu... cer kalau ade anak?

Ape kualiti hidup kau kalau ko pergi keje dengan rasa berat hati dan tak suka?

Apekah keberkatan gaji kau kalau sudah hilang keikhlasan untuk bekerja? Kalau bekerja sampai nak solat pun tak sempat?

Dan most importantly, for sure your quality of work pun affected by all this... right?

Duit boleh dicari, insya Allah... Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. Satu pintu tertutup, pintu lain akan dibuka...

Trust me, you don't wanna live your life pleasing people who doesn't even appreciate what you've done. Enuff is enuff la...

That's all I'm saying...


Perghh emo lak aku bila ingat balik...

Till then. Bye!


Wassalam...


alhamdulIllah...
Wednesday, January 4, 2012
bismIllah...


Haaa...

Ape yang ku tempah?

Cer teka... cer teka...

Well takpela takmo teka... memang nak habo pun kalo idak takdela nulih kat blog...hihi...

Tempahan bisnes kad dah siap!

Poyo jer... tapi benda ni perlu tau (bagi aku la)... hehehehe...

Front view...
Simple and sweet. Ok la...
Walaupun aku bukanlah peminat pink sangat, tapi aku rasa ok je.. nampak sweet walaupun aku ni sebenarnya ganas. muahahaha...




Ni lak back view.



Suke gile!! *beams*

Thanks a lot to orang yang men'design'nya iaitu Mr Topotato. Mekasih bebanyak cos sudi melayan karenah aku yang macam-macam ni... hehe...

Actually people yang amik tempahan ni ade sediakan their own designers to help tapi aku lebih selesa cari kengkawan je.. lagipun charge nyer lain... takut aku kalau termahal kang mampuih... pehtu banyak lak terms and conditionnya.. maleh ar... cari kengkawan blogger je la... walaupun tak pernah berjumpa tapi sebab kenal la jugak di alam maya ni kan. :P

So sesape mau khidmat men'design' leh la contact mr topo ni di twitternya @topotato or kat blog dia (www.topotato.com/www.cisdel.com)

Sangat puas hati cos aku bukan jenis nak kartun banyak-banyak kat kad or kerawang banyak-banyak... serabut bagiku... :P

Okeh. Settle dah satu benda...


Ni nak iklan sikit, sape mau beli cd dengan harga pakej beserta free gift, rajin-rajin la jenguk www.mamapanda.com tu. Aku mau bagi free leg warmer and Tommee Tippee's finger toothbrush kalau beli cd-cd tu.

Ape-ape hal contact I yer...

Wassalam...


p/s: Next week hubby dah kena dok Johor!!! T_______T



alhamdulIllah...
Monday, December 12, 2011
bismIllah...


Ade banyak benda berlaku dalam kompeni tapi aku tak share kat blog.

But today, aku nak tulis sikit... sikit jelah... sebagai catatan di masa akan datang.

Orang yang interview aku dan amik aku bekerja pada tahun 2009 dah resign 2 minggu sudah. 24 hours notice. I don't want to comment on why she resigned. However, I want to write down on my memories with her.

When I started working in this company, she was the branch manager. Then naik naik naik sampai jadi Head for West Malaysia. She's an iron lady... some people hated her, some people liked her, some people respected her, and some people loved her...

To me, she's a boss for you to respect.

She's also a friend.

Boleh lepak-lepak kat pantry exchanging stories and explicit sex stories (in a learning way! HAHAHA) before aku nak menikah dulu. Bengong je bila ingat balik... dengan si Amir hampeh tu pun ade sekali... sabo jelah haha

The way tetiba dia masuk ofis then tetiba sound front counter muka sememeh tak berseri cos tak mekap always buat aku nak tergelak. Cepat-cepat pergi touch up pastu. kuang kuang...

Then kena sindir-sindir main Intenet etc... Selalu aku and Kila kena... =P

Tapi kalo tiba mood baik dia, menyengih-nyengih and lepak front counter and angkat tefon. Kitorang selalu risau kalau dia angkat phone takut-takut dapat call customer complaint. huhuhu...

Masa mula-mula dulu aku agak tensen ngan suara dia yang kuat gile sampai ko tak dengar ape customer cakap dalam phone kalau dia dok sebelah ko bercakap... tapi lama-lama dah biase... :)

Bila dengar lagu Lenka - Trouble is a friend tu memang confirm aku teringat kat dia. Sebab, "Anaaaaa, you tau tak ape tajuk lagu ni? Sapa nyanyi? I suka laaa" sambil buat aksi gedik depan tv and kuatkan volume. Pastu aku search lagu tu then print lirik letak atas meja dia. Amik ko... :P

And then the way dia marah aku bila aku silap buat ape ke tah... tapi ok je kena marah ngan dia cos she's ok. Lepas kena marah-marah and jegil2 bijik mata, ok la balik. As long as you DON'T repeat the same mistake ever again.

Then... that one time, she approaches me kat Pak Cik Kafe. Time ni aku tengah nak tapau breakfast. Dia tegur aku... ade la bendanya kan... Takleh citer lebih-lebih... Aku ada buat salah tapi dia tegur elok-elok and bagi suggestions. That time aku rasa dia betul-betul amik berat ngan staff dia. Time ni aku pregnant and aku nyer attendance cam hampeh sikit in the early weeks cos very bad allergic and morning sickness. huhu

Dia memang strict...

And kekadang ade time yang dia tak paham situasi kita camne... tapi overall, she's a good person. Dia buat ape yang baik untuk company, staff dia and target dia.

Selama aku kat KL, tak pernah la aku rasa takut ngan dia ke ape... I don't hate her too... or ada anti dia ke... Respect for her, yes. Time meeting tu ade gak le rasa risau-risau gak kan... tapi... biase jela.

Aku sedih dia dah takde. Sedih sangat-sangat actually...

I know her drive to succeed to camne. She's very competitive... but at the same time motivating.

I learn so much from her... (setakat yang sempat la)

Aku tau ade juga orang tak suke dia... ala biase la kan... ade ke ramai orang suke someone berpangkat boss ni? :P

Apa-ape pun, I'm glad aku pun dah nak blah.

So dah takde ape dah...


Another person yang juga dah tinggalkan kompeni is Mr S.

Yang ni lagi laaaaa aku terkejut masa tau. He's a senior... dah lame keje ngan kompeni tapi nak buat camne... jodoh tak panjang...

Dengan dia la kitorang selalu tanya hal kereta cos he's an expert. Kete ade problem, kereta itu ini sume tanya dia... tapi dia dah takde... alahai sedih betul la...

My friend, Shakila pun dah resign and keje tempat lain.

Semua tinggalkan kompeni.

Including me...

Honestly, I really miss my time in KL. Rindu sangat-sangat. I miss my friends... I miss you guys... oh, nak menitis plak air mata. Nak period ke aku ni? uhuhu...

Ape-ape pun, aku support semua orang yang pergi.

I believe God has better plans for all of us...

To those yang still stay, keep up the good work and don't forget us! :)





alhamdulIllah...
Thursday, October 20, 2011
bismIllah...


Wah... tajuk entry macam ngan hati gembira je.

Gembira ke?

NOT!!

But at least aku rasa lega sikit sekarang ni.

Semalam, dah berjaya lepaskan apa yang terbuku di hati.

And I'm so touched to receive several messages from those who care.

"You go girl!"

"Classss ko Ana... Chayok2"

"I'm soooooo proud of you!" <--- Sabah mali.


Sedih dan terharu cos ada juga yang still peduli kat aku yang tercampak di Lumut ni. huhuhuhu T___T

And I felt a little better.

Orang kat Sabah siap transfer duit masuk akaun MBB aku. Katanya, "Itu duit makan malam ni. Your dinner is on me tonight! I'm so proud of you... You have no idea how long I wait for this".

Huahuahua...

Oh terharunya...

Walaupun dalam kepala aku agak risau jugak aku ni kena 'mark' or blacklisted, tapi... bila fikir-fikir balik, I'm fighting for my right. I'm not a slave. Rasa ditindas je... mane leh kan? So whatever la...

Ape-ape pun hatiku agak senang sikit bila tau aku ni masih dipedulikan mereka.

They still have my back.

I love you guys.

:')


alhamdulIllah...
Sunday, March 20, 2011
bismIllah...


Aku bersyukur sangat Razin dilahirkan pada Jumaat (11 March) lepas. Elok-elok jer time nak cuti sekolah selama seminggu... Lega la Mak aku cos tak payah amik cuti untuk jaga cucu dan uruskan aku nak berpantang... :)

Setakat ni aku memang tak makan apa-apa makanan yang panas. Lada hitam? Halia? That's a big NO NO since my baby kena jaundice the other day. Untuk ibu yang dalam pantang memang elok la makan benda-benda bagi panas kan... But since aku ni breastfeed baby, takleh la nak makan camtu cos risau kuning Razin naik balik. Oh tidak... Lebih baik berjaga-jaga dulu... Mak Cik Timah yang datang ngurut hari tu pun nasihatkan jangan makan... Dah 2 minggu lebih camtu baru leh makan.

Menu berpantang aku setakat ni ok jer... Mostly makan ikan merah dan sayur sawi. Ikan merah sama ada mak goreng biase, masak bersos or masak kicap yang bodo. Sawi standard la... tumis. Ok la jugak. Takde la macam sesetengah orang aku tengok makan ikan bilis je kerjanya. huhu...

Yang aku fedup bab makan ni adalah bila part aku takleh makan durian. Bengangnyer rasa... keliling rumah buah durian banyak gugur! Meleleh air liur aku tengok orang makan deroyan! Hampeh.

Gambar buah durian bergayutan di pohonan...
Gambar dari kamera Nan...


Since duduk berpantang di rumah ni, tak henti-henti orang datang melawat untuk tengok baby... Alhamdulillah... Hari ni Nyda (my bestfriend dan juga pengapit aku masa kahwin dulu) datang dengan kawan dia melawat aku. Sebelum tu, pagi tadi, Eti (my cousin) datang dengan suaminya, Dafi. Terima kasih sebab melawat... I really appreciate it. Murah rezeki Razin... =)


Thanks Auntie Nyda cos datang melawat Razin...
Thanks jugak cos belikan hadiah kat Razin... =)


Gambar Razin dengan Mak Yang Eti takde cos Razin tidur jer waktu diorang datang... hehehe

Hari ni Razin kena timbang dan dicheck kuningnya oleh nurse yang datang melawat. Alhamdulillah takde ape-ape... Berat lak baru naik sikit. Dari 2.70 kg masa lahir aritu, sekarang dah 2.80 kg. 100 gram je... Takpela, slow-slow k...

Another thing about Razin is, dia macam perlu puting/pacifier/soother... I'm not so sure tapi nampaknya macam dia perlukan soother. Sebab utama adalah, dia dah kenyang ngan susu, pampers tak basah/kotor and dipeluk tapi still mulutnye macam nak menetek. Padahal dah nyusu sampai kenyang and muak-muak...

As a new mom, I'm quite confused. Ada pendapat dari mommies out there? Please advise! huhu

Alamak, Razin dah bangun.. Nak nyusu lagi la ni...

That's all for now.

Salam...

p/s: Nanti sambung lagi...

Thursday, January 27, 2011
bismIllah...


Semalam memang tak lekat di ofis. Me and my colleague kena pergi Ipoh sebab 2 perkara. Satu, nak tukar Ford Ranger Sime Darby Industrial cos keta diorang dah nak due service. Kedua, nak collect kereta Waja yang customer nak return kat Taman Chateu, Ipoh.

Kitorang gerak lepas Zohor camtu... Sian lak kat my colleague, Ganesh (aku dah tak kerja sorang-sorang lagi) cos dia tak berapa sihat tapi kena jugak kerja. Nak wat camne kan... (arini dia MC. nasibaik la arini takde ape sangat). Aku lak ajak Nini ikut sekali (kan dia ada kat umah aku) cos nanti takdela aku kena drive Waja tu sorang-sorang dari Ipoh. Oh.. aku tak berapa pakar jalan Ipoh. Serabut otak. Jalan kat Ipoh tu lebih kurang macam KL je aku rasa... So, better aku bawak Nini teman aku. Hehehe...

Singgah Sime Darby Industrial di Jalan Lahat, Bukit Merah untuk tukar kereta... Bagi kereta Ranger yang kami bawak dari Lumut and amik Ranger diorang (swapping) untuk hantar pergi servis... ermmm nasib baik la bukan aku yang kena buat benda alah ni... Aku tak reti bawak manual!

Kalau auto tu aku reti la...
Sebelum ni taknah drive langsung Ford Ranger cos gedabak sangat, tapi bila dah tukar kat Lumut ni, aku bawak le jugak... tapi auto ok...
Yang macam atas ni memang aku surrender. huhu


Next, Ganesh hantar aku pergi collect kereta lak... kena rush cos nak elak jammed orang balik kerja... And then hujan plak tu... Paham-paham jela... Takut customer tu ngamuk lak kalau sampai lambat. Alhamdulillah sampai on time.

Lepas collect, aku suruh Nini drive cos dia lebih tau jalan kat Ipoh ni. Hehe... Ganesh lak, pas hantar kami amik kereta, dia gerak pergi workshop and ke Penang...

Well, aku sempat singgah Ipoh Parade! (it's late, kalo terus balik Lumut memang still lambat cos hujan dan jalan jem)

Singgah pun bukan sebab ape, nak amik/beli buku cerita je pun.

Novelhut, Ipoh Parade.
My favorite place in Ipoh. =)


This is my favorite section, by the way.


What I love about this store were the cheap price and the varieties of books they have.

Ada novel (english, malay, chinese), ada buku teks sekolah, ada buku-buku rujukan untuk budak-budak U, majalah etc...

Kedai buku ni jual buku-buku/majalah-majalah terpakai dan edisi lama sahaja. Tak perasan lak ada majalah yang baru ke tak... tapi rasa macam takde...

Kedai ni beli buku dari sesiapa yang nak jual buku, then dia akan sewa atau jual balik. That's why berlambak gile buku-buku kat kedai ni.

Ada lagi satu cawangan kat shoplots belakang Jaya Jusco Ipoh. Tapi aku pernah pergi situ dua kali je... tu pun lame dah... Tak tau ada lagi ke tak...

Bookworms' heaven. :)


Harga buku memang MURAH sangat!

Nak kata harga depends atas condition buku, well... ada je aku jumpa buku elok (berbalut plastik lagi) yang harga murah.

Tapi, kalau mahal pun sebab buku tu baru la... Mahal means above Rm20 for a book.

As for Mamito, she always rent the books. Harga lagi murah la... cos mak aku memang banyak giler buku citer... nak simpan kat umah pun buat nyemak je... aku kureng sikit ngan Mamito's choices on books. Asyik-asyik love story... Mak suka amik buku citer keluaran Mills & Boons... Harga dalam Rm1.50-2.50 jer kat sini (tak tebal sangat buku nya). Buku Sandra Brown jela yang kami sama-sama minat. :p

Semalam, aku sempat sambar 3 buah buku dan 1 majalah Impiana edisi lama untuk idea-idea renovate dapur nanti (yang dapur umah Kak Di Green Apple ade di'feature' di dalam majalah Impiana tu) Lupe nak snap gambar buku-buku dan majalah yang kubeli... Tapi buku dari Sandra Brown, Erich Segal dan juga Jackie Collins. Buku Jackie Collins tu RM2 je... tapi patut la RM2, tak best pun! huh... (padahal tak abis baca lagi)

Buku Sandra Brown; RM20 (cos baru) and Erich Segal's book was RM5.

Malam ni aku ingat nak bace buku Sandra Brown tu... hopefully hubby tak marah la...

Tau tak sebab kenapa aku dah jarang blog tentang buku?

Well... sebab suamiku rasa disisihkan bila aku start bace buku... So, rase serba-salah la nak beli novel lagi kan... Nak wat camne, aku ni kalau dah start membace novel, memang I'm in a world of my own. Terpisah dari realiti (that's how focus I'll be if the book's worth it!). Sesapa tegur or cakap ngan aku, memang aku tak perasan. Huhu...

Tapi since dah lama aku tak pegang novel, I think a couple of books (3 bijik je pun!) will do no harm. Lagipun dah tanya hubby awal-awal... nasib baik dia izinkan beli novel (yer, sampai macam tu sekali).

Kadang-kadang, how I wish my hubby loves to read like me too... Ada koleksi buku dia yang tersendiri. Leh share dan discuss...

Tapi, memang impossible. He's not that kind of guy. And setakat sejarah cintan aku dulu-dulu pun, memang aku tak pernah kapel/sangkut ngan lelaki ulat buku (novels lover). Ulat buku dari segi study tu of course la kan... I love men with brains. Tapi, kalau berboifrenkan lelaki yang suka bace novel, buku-buku motivasi, or ape-ape buku cerita la (auto biografi or true story), memang tak pernah ada. KAWAN, yes (tetiba teringat Faizal dak Komander masa Kesatria). But boyfriend, NO.

Opposites attract, I guess.

Oklah, that's all update for today.

Tak sabar nak balik umah bace buku! ^___^



alhamdulIllah...
Monday, January 24, 2011
bismIllah...


Dulu, masa mula-mula blogging, agak gile nak mencantikkan blog dengan theme sarat-rendat, dengan widget entah ape-ape dan emotikon kat setiap entry. Blog yang aku selalu refer masa awal berblogging di blogspot adalah BlogMenjerit dan Chokilala. Ada lagi kot tapi aku tak ingat sangat dah... 2 blog tu la yang aku selalu usya segala mak nenek tutorial nyer...

BlogMenjerit dah lame berkubur... Tapi owner dia still ada lagi la... berblogging di DilarangMelarang plak. Tapi baru tadi aku nak usya, sekali domain expired la plak. huhu...

Oh, dia sekarang di KiubRubik plak (baru google)

Chokilala plak dari berblogging di blogspot, kini dah bertukar ke wordpress. Kalau theme kat blogspot adalah very girlish and kiut-miut, now di wordpress tema blognyer lebih kepada simple and pro. huhu...

Dulu jugak, aku mula kenal ngan kawan-kawan blogger yang sebaya dan muda dari aku.... rata-rata kami adalah student ataupun budak lepasan sekolah yang selalu online di cyber cafe. Tak kurang jugak yang kerja di cyber cafe. You know who you are... ;)


Gambar lame ni... 2008 i think.
zaman student mechy uitm.
Masa ni kurus je... those pants hung on me! :P


Dulu, aku banyak buat entry tentang masalah study dan cinta.

Entry masalah study selalu up bila musim exam. Haha... macam hampeh.

Entry masalah cinta plak... ermm... selalu jugak le ada... huahuahua...

Selain dari tu, dok up entry tak puas hati. Dulu-dulu macam banyak je buat entry tak puas hati... Entry lepas geram... err... jiwa muda la katakan...

And yang buat lagi best tu, kalau buat entry menghentam orang, banyak je komen dapat. Orang lain pun sibuk la bagi pendapat masing-masing. Sama-sama tumpang sekaki. Waktu tu cam best gile bila komen kat entry mencecah berpuluh-puluh. Hahaha...

Kenangan siot!

Sekarang, aku dah menjadi isteri orang.

Penulisan aku di blog pun mula berubah sikit-sikit. Kalau dulu blog tentang masalah study dan cinta, kini aku memblog tentang rumah, suami dan pregnancy plak. And lepas ni mesti blog tentang baby plak kan... hihihi...

Kawan-kawan bloggerku masih ramai yang bujang lagi... Yela, aku banyak kawan ngan masih muda dariku... Then ditambah lak aku ni belajar sekerat jalan. So, diorang baru abis belaja, aku dah kahwin. Paham-paham le kawan-kawan yang baru abis belaja... mesti nak cari keje dulu... then kerja baru kahwin.

So, kekadang terasa takde geng blogger di situ.

Sekarang, aku mula berkenal-kenalan dengan blogger-blogger baru plak. Kalau sebelum ni usah harap aku nak bace blog mak-mak budak ni (yela, sikit-sikit citer hal anak, resepi dan bercuti. bapakkk bosan! HAHAHA... <--- ini blog-blog yang aku jumpa DULU la ek), sekarang aku mendapati aku asyik la dok bace update blog yang ditulis oleh golongan ibu-ibu muda... Lagi-lagi yang baru melahirkan anak. :P

Malah, aku dah menjadi seperti itu. Blogger yang menulis update hal rumahtangga, suami dan baby.... Huahuahua...

Oh well... memang tujuan berblogging adalah untuk mencatat peristiwa dalam hidupku... so where else should I pour myself out if not in my own blog, right? :P

So, pembace blog aku pun berubah la gamaknye... kalau dulu just kawan-kawan blogger yang aku kenal di awal berblogging yang selalu melawat, sekarang dapat pelawat dari fellow mommy-to-be(s) or hot mommies yang aku follow blog mereka...

As for my previous blogger friends, ada yang dah slow down sikit... Kurang dah jenguk blog aku... Update blog diorang pun jarang-jarang... Nak bermesyuarat tingkap di shoutbox apatah lagi! Ada tu, siap dah tak letak shoutbox kat blog dah pun. Serius, banyak dah berubah... teringat dulu-dulu dok gile berbalas-balas mesej di shoutbox macam hape lagi... emotikon menggelikan hati jangan dilupa... :D

Sekarang pesen orang asyik nak up traffic. Singgah shoutbox PAKSA orang follow blog. Up entry kontroversi and rage orang... bla bla bla... nak traffic la katakan...

Tapi aku lega sangat cos my blogger friends yang ku kenal sejak aku awal berblog tak terjebak benda-benda camni... Kalau menganyam ketupat and lepas geram sikit-sikit tu biase la kan... hihi...

Komunikasi dengan kawan-kawan blogger yang ku rapat masa awal-awal blogging dulu pun dah kurang... Nasib baik ada twitter! So, ok la... still kontek mengontek and jenguk update blog walaupun tak komen... (i know they did the same).

Ok la jugak... still tau citer and perkembangan, ye tak?

Kadang-kadang rasa macam dah tua sangat je bila aku tak tau depa tengah gosip ape kat twitter. Yela, dah kahwin ni priority dah berubah. Kurang masa nak melepak bloghopping and stay up to date ngan online world. Nasib baik la leh DM kat twitter... so, tau le jugak ape gossip terbaru... haha...

Sekarang, dah berbeza...

Cara penulisan dah berubah... Isi kandungan entry pun berubah. :)

However, I still love to blog (and tweet!).

I'm so happy to know that I made lots of friends from this blog.

I would still be here even if there is no Nuffnang (and ChurpChurp!)...

:pandaGeli_19::pandaGeli_32::pandaGeli_01:

Salam.



alhamdulIllah...