Showing posts with label baby stuff. Show all posts
Showing posts with label baby stuff. Show all posts
Tuesday, October 16, 2018
bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah now I'm in my 2nd trimester.

Muntah-muntah dah takde, tapi still ada mual-mual. Plus, pelupa ya amat bab makan supplement. I mean, I don't remember at all yang aku dah makan ke belum Pramilet tu. Should I take it again? End up aku tak amik la... risau lak overdose (is there such a thing?)

Anyway, since I am now 84kg ish... Aku kena check up kat KKIA every 2 weeks. High risk cos obese, berat naik banyak in 2 weeks, ada UTI lah, mak bapak ade history diabeters n hypertension bla bla... So... Hm.

Rase macam lama tak preggy, bila preggy balik memang excited but at the same time penatnya nak tunggu abis pregnant. Lol

Let see...

Razin, March 2011
Raul, May 2014 (masa Razin dah 3 tahun 2 bulan)
Raiq, July 2015 (masa Raul umur 1 tahun 2 bulan)
Baby no. 4, April 2019 (masa Raiq umur 3 tahun 8 bulan)

So definitely baby no. 4 ni jarak paling jauh le kann hehehe... Raiq almost 4. Aku lak umur 33 tahun masa melahirkan nanti (birthday in Aug ok)

Though aku tak sure la akan beranak bulan April or March. April kalau 40 weeks. Tapi ni pregnancy ke-4 and aku dah 2x czer. Of cos if beranak kat hospital, kena czer gak le. So for czer usually doctor akan bagi tarikh awal dari due. If due aku 14th April, maybe aku beranak bulan 3 gak le kot.

Still have no idea what is the gender of the baby. But of course everyone in my family are hoping for a girl. Amin amin moga dimakbulkan.

As for me, I think this is going to be my last baby. 3x czer weh. Cuak sangat bila mengingatkan perut nak kena belah ni huuuu... Plus dah berumur. This pregnancy beza sangat dengan masa aku umur under 30.

So I'm going all out to try baby stuff yang aku tak pernah try with my other babies before.

For example, kali ni aku nak beli Doona carseat/stroller tu. Dulu-dulu tak jual cos suppliernya kat Singapore and aku malas nak order... Plus, harga dia kan mahal gilaaa. Bagi aku lah. For carseat dari infant yang harga almost 2k tu mahal bagiku.


Siti Aafiyah dalam Doona carseat



Tapi sebab memikirkan anak dah nak masuk 4 org, larat ke aku nak biar ade carseat dalam kereta and additional stroller pulak dalam boot? Better aku guna carseat yang terus leh jadi stroller pastu. Kan jimat ruang?

Aku terpengaruh dengan Doona review dari Emily Harris. I even plan to buy the Essential Bag and use it as my handbag/diaper bag jer nanti. It comes with a changing mat okeh. So useful. Senang... leh sangkut kat stroller HAHA...


Haven't decided on the color yet. Most probably Grey or Beige cos warna hitam dah takde, discontinued. Grey senang, gender neutral and boleh let go senang sikit nanti hahaha.

I felt bad though that I've sold my 4moms Breeze playard. Huwaaaa nak beli baru mahal gilaaa... Hmmm takde baby cot lah nanti. Malas la nak beli. Plus, budak-budak dah besar, takde menempel atas katil dah. Bole la cosleep dengan aman, insya Allah.

Having this baby buatkan aku kembali jadi diri aku yang dulu-dulu. Yang gile baby gadgets... which is why aku jadi penjual barang baby haha. Elok je aturan Allah tu kan...

Early this year aku macam nak give up and gulung tikar je cos semangat dah kurang, sales pun tak macam dulu (economy is bad) bla bla... But now since preggy lagi ni aku semangat sikit nak study and order barang2 baby.

Sesiapa nak join kutu tu meh la join group Mama Panda Store kat FB. I'm a small bizz owner. Berniaga untuk kelangsungan hidup and bayar education for my kids je mostly. Your support is truly appreciated!

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Sunday, September 13, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...



Alas, i finally finished reading the 1st book! Malam kang start baca 2nd book: The Scorch Trials.

All these books arrived last Tuesday. Lambat cos buku baby takde stock and tunggu stock sampai.. Nak abiskan 1 buku amik masa 5 hari nampaknya. Huahua... Camni le ade anak kecik. 


Ya... Aku sangat gemok sekarang. 84 kg wei! What to do, nak berbengkung tak boleh cos luka lambat baik... Tapi aku target after 3 months dah bole dah kot berbengkung or pakai corset? Benda ni bukan tolong bagi kurus terus ye. Tak. Tapi since perut kena compress, maka takleh melantak banyak2 sangat hahaha.. So dari situ selalunye akan start turun berat sikit... Aku tak target banyak, dapat turun 70 kg pn jadi le... Now 84 tu gile la besar sgt! Sedih aku... Berat ideal 58-60kg btw :'(

Ni gambar selfie time laki aku singgah Kosmos beli barang. 


Kami keluar ke Aeon tadi... Raiq belum biase duduk dalam carseat. Marah je kerjanya. Get use to it lah baby

Ni carseat Maxi Cosi Pebble Plus by the way. See the extra newborn support? Bestttt! dah jual carseat Pebble Raul yang lama... Nampaknya setiap baby semua dapat carseat baru. Err kecuali Razin dulu. Dulu mak tak mampu so Razin pakai preloved Maxi Cosi Cabriofix je... Tapi lepas2 tu dia la rasmi segala benda 😄

Maxi Cosi Pebble Plus ni baru kuar tahun ni. Aku suka sangat! Nanti free aku review and compare Pebble lama dgn Pebble Plus.



Cradle cap on Raiq's head detected!

Actually time dalam kete berselfie2 ni baru perasan. Berkerak gile gile. Geram aku... Balik tadi aku mandikan and tonyoh tapi masih tak hilang semua lagi. Nak buat lebih2 takleh cos Raiq melalak.. Dia slalu suke je mandi.. Tp kali ni dapat rasa something wrong kot cos lama mak dia gonyoh kepala huhu... esoklah try lagi...



Lagi gambar... Hmmm..



Gambar malam tadi. Raiq senyum!

Baju ni size 0-3months sleepsuit Next UK. Dah besar dah budak ni.. Dari lahir dulu dia pakai size "up to 1 month", now dah boleh upgrade ke "up to 3 months" walaupn kaki sleepsuit masih banyak berlebih hehehe..

Kalau jual preloved baju newborn Raiq ni laku ke ek.. Mls nk simpan cos lambattttt lagi nak beranak lagi (if ever). Mmmm tunggu jela dia tak muat semua baju newborn, nanti jual sekali. Dapat Mak kaki shopping gini lah.. Padahal dah 3 boys, bole je pakai baju lama Raul.. Ni tak, beli jugak! Huahua


K lah.. Bakal bersambung bile free.

Bye



Alhamdulillah...

Thursday, July 23, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Masih belum beranak so semalam sempat shopping-shopping online. 


Earth Mama Angel Baby - A Little Something for Baby

What's in this bundle pack?

- 1 baby bottom balm (i love this! Sgt effective for diaper rash or kalau merah2 kat bebird baby)

- 1 body wash & shampoo for baby (tak pernah pakai so ni first time try. 50ml je so ok la.. It's not a 'tear-free' formula so kena hati-hati kalau mandikan baby jangan kena mata)

- 1 angel baby oil. Pure, herbal massage oil for pure, natural babies. I've tried some and best! Lembut gila kulit jadinya... Suke sangat!

- last but not least, 1 unit of baby lotion. Ni memang pakai dari dulu. Tak berbau kuat sangat, so natural... I love! Contains organic herbs and oils.

Sebelum ni aku memang pernah beli barang-barang Earth Mama Angel Baby. 

Yang aku pernah beli: Baby bottom balm, baby lotion, Mama bottom balm (ni aku pakai) and Mama bottom spray (ni alu pakai gak tapi jarang... Sampai sekarang ade lagi)

Ape yang aku suka dengan barang-barang EMAB ialah ianya organic stuff. Takde bahan kimia merbahaya and kat botol memang siap tulis ingredients dia ape... And kalau google tentang EMAB ni memang banyak pengiktirafan bahawa product yang diorang hasilkan bermutu and totally safe for babies. :)

Aku pernah gak beli produk tempatan yang claim jual "natural stuff" and organic tapi satu jer aku tak kenan; bau wangi kuat sangat and kat botol takde senarai ingredients. Product yang aku maksudkan ni product Tropika Beauty.

Anyway, Herbal cream dari Tropika tu memang best. Tu memang aku pakai kat Raul. And kat kedai memang ade jual produk Tropika. Tak sempat nak promote je.. Cuma tu la bab mandian and losyen aku tak suke sangat cos bau terlampau wangi. :(

Anyway, selain shopping barang EMAB, aku try jugak this brand I've never tried before. It's Nature's Baby Organics.

Kalau bukan sebab Raul tu kulit sensitif, memang takdela aku berminat nak amik tau sangat tentang produk2 organic ni... 


Aku tak pernah share bab masalah kulit Raul kat blog eh? He has sensitive skin. Setakat ni mandi pakai Eubos cream & bath oil baru ok.

I've stopped using Johnsons2 dah... Razin je abiskan benda yang sedia ada...

Back to Nature's Baby Organics:


I bought the Trial & Travel Kit.

First time try so better amik trial kit je. Setakat yang aku buka, try and sniffed, the smell is ok with me.

And as for the moisturizing lotion, I love it. Fragrance free. :)

Yang ade 4 benda asing bawah kotak ti semuanya samples + free gifts. Besttt hehehe...

Ape lagi yang aku sempat shopping arini?

Mmm that would be a raspberry leaves tea! Dah nak due date baru ko nak minum hahaha...

Beli jelah.. Usaha gak. Esok sampai insya Allah.

Tadi check up, Dr Goh dah bagitau suruh datang klinik on the 27th July IF aku tak bersalin lagi.

Dia akan buat VE untuk check dilations amd most probably aku akan kena induce ler nanti. Sebab ape tak tunggu 1-2 weeks?? Sebab GDM!

Haihhh. 

Semoga bersalinlah aku esok lusa ni.... Doakan.




Assalamualaikum



Alhamdulillah...
Saturday, October 11, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Sebenarnya nak tido sejak 9.30 tadi tapi harammmm.. Now dh 12.12 am xtido lagi. Sembang dgn customer-becomes fb friend on whatsapp. She share her experience handling and managing a retail outlet in Terengganu. Inspirational indeed. Berkobar2 semangat.

Sesungguhnya i have lots to learn. 

Syukran on the knowledge shared. Alhamdulillah.

Anywayyyy, just nak ngomel2 je kat blog ni. Aku rasa ruginya laaa aku tak start ade instagram awal2. Tak tau lak benda ni fenomena. Ramai org suke shopping di instagram rupanya. Ramai org malas beli kat website rupanya... Dan lagi, ramaiiii org prefer beli guna whatsapp - maknanye guna tefon je. Xyah ngadap lappy nak Add To Cart bagai etc. Kahhhhh! Baru ku tahu! <--- sape suruh kau pakai Blackberry selama ni loser! Hahahahah. Sedih je BB xde instagram. So mana la nak tau betapa ianya fenomena huahuahua. Sila gelakkan diri sendiri

Bukan ape, kalau aku buat ig dari dulu mesti dah berpuluh ribu (mungkin jugak ratus ribu. Chewahhh perasan) followers instagerammm aku kikiki.... Yela, DULU (baca: before kawen), reader blog ni ramai okeh. Komen kt stp post pun banyakk (walaupun blog post cam tahikkk). Eh glemer jgk la aku dulu kakakakakaka *mintak panggg sedas*

Mestilah followers ig aku boleh berpuluh ribu. Now dah anak dua baru terhegeh2 nak buat ig memang jenuh la mengumpul followers. Tengok twitter aku, aku start bertwitter sejak bujang lagi maka followers twitter aku 1.5k tau (followers 1.5k di twitter mcm 50k di ig kot - my logic). Ramaii tu. Kakakakaka...

Anyway, pointnya di sini ialah; silalah follow instagram Mama Panda weiiiii. Kasihanilah aku 😂😂😂


Sian aku. Xsampai 10k pun weiii ahahahaha
(By the way sape nak beli fetal dopplers Unborn Heart yang best tu boleh beli di Mama Panda Store. Follow ig tau!!! Sebab tak sempat upload kt website lagi 😝)

Oklah, ape lagi nak catat.

1. Happy International Babywearing Week! - dah 11 Oct baru nak wish cam hampasss

2. Esok sabtu tapi aku kena kerja cos ade customer whatsapp nak mai kedai TEST baby carriers. Takpe, walaupun just nak test (and bukan nak beli), aku yang berdedikasi lagi pro aktif menyahut kekeliruannya dan akan ke kedai pagi esok untuk membantu dia mencoba coba carrier yang ada di kedaiku. Sila kagum dari jauh dgn sifat terpuji ini.

3. Ahad ni ada Babywearing Walk kat Aeon Manjung wahai kome oii. Moh le kite beghame-ghame berkumpui dan memeriahkan lagi IBW yang dah di akhir waktu (xkisah la... ahad tetap dalam week eventho week-end hehehe). Errr aku pun xsure pukoi berapa nak bergather2 nya tapi terjah jela mak2 penggendong budak kat situ nanti. Kat area Kaison-sebelum berjalan tawaf mall. =D

4. 

Ok xde point dah kat no. 4


Baiklah, mau beradu dulu. Assalamualaikum

#mamapandastore #thebestbabyshopintown #ilovemanjung #babywearingrocks 

.
.
.
.
Ok abaikan hashtag di atas cos takde kaitan. Otomatik sejak ade instagram ni tangan mesti nak end any post dgn hashtag. Hahahahahahah...

Bye


Alhamdulillah....

Tuesday, September 16, 2014
bismIllah...


Azam baru di bulan September?

Peduli hape aku.

My life, my resolution ler... hehe...

Anyway, lama tak update blog ni cos tuan tanah busy gila. Biase la... ape lagi alasanku? busy busy busy. Dah anak dua la katakan.

Now tengah busy macam-macam benda.

Jaga anak, uruskan bisnes, plan itu, plan ini. Woahhh memang super busy la wei. Tak pernah aku rasa busy and tepu kepala hotakku seperti sekarang ni.

Ni curi masa jap update blog cos Raul tidur and Razin tengah syok main and ade suamiku menengok dia.

Anyway...

Azam aku ialah:

1. KURUS. At least biar berat 64-65kg jer udah la. Ni still 70ish kot (aku pun lama tak timbang). Aku kena beli penimbang cos selama ni tak pernah beli pun so memang tak pernah serius le kot untuk kurus??? Bukan ape, aku dah rasa mengah and penat bila banyak ke hulu ke hilir... woi umur baru 29 kot! jangan tua sebelum masaaaaa

2. CANTIKKAN RUMAH. Ya, aku seorang wanita yang tak pandai menghias rumah. Muka sendiri pun tak berhias (aku memang tak mekap sangat lagi2 now since duduk di rumah je), nak hias rumah memang tak la. Dah la rumah aku penuh barang-barang berniaga. Wuwuwuwu... aku tau kemas and bersihkan. Tapi tak tau camne nak bagi cantik. Takpe... kita blaja slow2 di group deco. Ataupun, simpan duit upah interior decorator je udah! :p

3. URUSKAN MASA DGN LEBIH BAIK. Yup. I need this.

4. HAVE SOME 'ME' TIME. Ini adalah benda yang aku takde dapat. No date nights. No mommy-daddy outing whatsoever. Nada. Lama giler aku tak tengok wayang okeh!! Ni aku ni.. Raihana ke ni?? I used to watch movies in cinemas every weekend okeh... itu tak tegar lagi... Dulu masa Pavilion tu belakang tempat kerja, almost every night pergi tengok wayang. Siap kad kredit aku yg Eon GSC tu lagi hahahaha.... Well, masa alone tanpa anak ni MESTI ada. Tak dapat once a week pun, once a month pun jadi ar. Encik husband sila take note (remember how crazy i look when i almost lose it? so plsssssssss dont make me lose my sanity)

5. MAKE MORE MONEY. Need I explain more?



Cukupla la 5 je dulu. Nanti sambung lagi. Raul dah bangun. My time is up!

Bye!


IKLAN: Please follow instagram @mama_panda_store untuk update product baby terbest di pasaran. Yang penting ori yer... takde jual barang fake or imitations ;)



Written By Ryehana
alhamdulillah
Monday, July 21, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...

Omg i'm so busy these days i wondered how i made it through the days without falling asleep while standing. 

Ok, exaggerating.

But really! I'm always tensed, stressed and rushing. That's what happens when u have 2 kids i guess...

I'm still alone handling the kids, house chores and managing my online bizz.

Business is good, i have more and more items in the store. I love everything to bits!

Ok first of all, i totally love 4moms product. The first thing that caught my eyes of course the Mamaroo swing. Bought it before lil Raul was born.


It's a cool gadget. Most moms bought Nuna Leaf (slightly cheaper) but I personally love Mamaroo best. Raul slept soundly in Mamaroo, but never dozed off in a Nuna Leaf. 

But then, Nuna Leaf requires you to push it every 1-2 minutes for it to sway... Mamaroo plak guna letrik. Biar je dia berbuai2 sendiri.. Siap leh connect kat phone and on ayat2 suci lagi... Hehehe

Cuma kekurangan Mamaroo agak susah nak bawak travel cos berat and kena buka then pasang balik untuk jimat space.


Ni Raul dalam Nuna Leaf Twilight. Debab dah kan? Hahaha.. Ni gambar last week. Sekarang guna Nuna Leaf pulak cos dah simpan Mamaroo and tilam kekabu depan tv ni.. Malas semak banyak2 gadget. Lagipun nak review Nuna Leaf pulak. So far okla tp jadi tempat dia lepak kalau takmo tido... Letak je kat Leaf tu and buka Disney. =)

Ehh aku nak cakap lagi satu product 4moms yang best... 

It's the 4moms Breeze!

Mulanya aku order extra untuk dijual (saje simpan stok), pastu aku rasa dah malas ah nak bagi Raul terbaring kat tilam kekabu di bawah... Rimas semak hahaha.. So aku pun ahh lantak, guna jela Breeze ni since dah ada. 

Memang tak plan untuk guna sendiri cos mahal gila kot. Yela, for a playard yang harga sampai 1k plus of cos la mahal bagi aku... But, dah asyik study product je, tergoda lak aii hahaha.. And i don't regret it!


Unboxing the Breeze... Heck it was darn heavy! So husbands, it's definitely for you to carry! Hahaha


Tada!! Done. It's a breeze to open and close it (that's why they named it Breeze). Memang senang gilaaaaaa.. Huahuahua... Mak suka!


First time Raul rasmikan Breeze. Elok je dia tido.. Aku lapik dengan kain designer cotton yang beli sejak zaman dulu.. Yang Kak Yana jahit jadi blanket. Tu je.. 

Breeze ni dah datang dengan bassinet (yang senang gila nak pasang) for baby besar Raul ni.. Ade changing mat jugak (bawah selimut tu ade nampak benda bujur warna biru tu lan? Tu la changing mat dia)

Ada padding utk bassinet and utk playpen bawah tu.. And of course it comes with travel bag too.. Memang sempoi pakai benda alah ni. Senang simpan and senang bawak travel. 

Alamak Raul dah jaga. Nanti sambung lagi review benda2 best. Daaa

P/s: pls follow instagram @mama_panda_store for cool baby gadgets


Salam


Alhamdulillah
Tuesday, June 17, 2014
bismIllah...


Sejak mengandung anak kedua, kegilaanku pada diaper bag semakin menjadi-jadi. Just got a new diaper bag a few weeks ago and can't help but share my review on the bag in this blog hehe...


This is it! I picked this color 'Peacock' supaya nampak ceria and lain ckit (aku ni asyik beg hitam hitam dan hitam)

The highly designed bag comes loaded with two packing cubes and 11 pockets to keep everything in its place, along with a cushioned changing pad. 

Featuring lightweight fabric and quilted details, the water resistant bag is perfect for anywhere the day might take you. A convenient front zip pocket holds one matching mesh packing cube and one trendy patterned insulated cube, which is perfect for bottles, sippy cups, or snacks. 

The Forma is the ultimate in pack and go organization from infancy to toddlerhood and beyond.

Haa... 11 poket tuuuu... =D


Love it when it arrived!
Ada banyak poket untuk sumbat macam-macam. And yang paling aku suka ialah ada 2 beg kecik yang datang sekali dengan diaper bag ni.

1 mesh bag
1 insulated bag

Hehe... I love the chevron prints. So nice =D


Masa travel balik Pahang last weekend aku pack parts Medela breastpumps dalam beg kecik corak chevron tu. Material insulated so kalau pam susu and simpan dalam tu ok la... memanjangkan pengekalan suhu susu.

Another bag (the mesh bag) was packed with spare clothes and disposable diapers of my newborn baby. Senang, kalau dia membuang time travel, bawak kuar mesh bag tu je ^_^

If you took out the 2 small bags, ade space and pocket lagi kat diaper bag ni untuk sumbat barang.
So it's really convenient!


Cushioned changing pad is included. Boleh stuff je kat back pocket.



Inside my bag.
Ada swaddle wrap, napkin, more disposable diapers, my breastpump pouch...

Not seen here:
Pacifier (hehehe), my purse, ubat-ubatan and minyak bla bla...

Dalam ni macam-macam boleh sumbat.




My new best friend: Medela Freestyle.
Kesayanganku oi! Pump ni letak bahagian dalam beg :)




Gambar Isnin lepas masa bawak baby for his 1 month check up.

See... this bag wasn't so huge. Okla... kalau bukan travel jauh-jauh and tak letak barang banyak sangat, takdela kembung semacam.

So this is my 3rd diaper bag. Hehe...

All in all. Loving it!

Sesiaper berminat nak beli nanti akan ada ready stock di fb page Mama Panda Store.

Last but not least, 2 photos of my children!



2 hero... Pening mak kamu (tapi idak jugak kuruih-kuruih!)

Adios!


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, March 30, 2014
bismIllah...



AMARAN: Entry berbaur complaint dan sangattttt panjang.

Panas.... cuaca yang panas memang mencabar. Tak selesa kerana selalu berpeluh... agak membuatkan seorang ibu mengandung menjadi cranky. Tapi bukan ini yang aku nak luahkan kali ini.

Aku nak luahkan perasan ketidak puas hati-an aku dengan transaksi yang tidak berjaya baru-baru ni.

Kronologinya begini...

Pada 20hb March yang lepas (fuhh dah lama dah ek.. hari ni dah 30hb dah pun) aku telah deal nak beli barang dari sorang seller ni kita panggil Pn E. Seller ni memang otai or kiranya credible lah kan... aktif di group2 di FB and memang seorang WAHM contoh le jugak kiranya. Aku membeli barang yang dia jual cos harganya murah dari yang supplier aku offer. She claimed they were clearance stocks. So ok la... aku pun setuju nak beli since aku memang tak dapat harga tu dari supplier padahal it's the same thing... mungkin sebab dia ade kedai so margin dia tinggi dari online seller yang takde kedai ni... or memang dia betul-betul nak clear stok so tak kisah rugi sikit? (ni pendapat aku la cos mulanya aku tak tau pun dia ade kedai)

PEMBELIAN:
Pukul 8.30 malam aku dah start mesej dan bertanya-tanya, then sebelum pukul 10 malam segala pembayaran dibuat. Aku terus bayar cos aku memang nak barang tu. And of cos bila kita dah bayar kita expect leh dapat secepat yang boleh la kan. I bought 4 stuff yang bernilai RM4780.

DELIVERY:
Plan asal adalah untuk aku pickup barang di Ipoh since adik partner Pn E ni ade balik Ipoh every weekend (lokasi Pn E di Selangor). Aku pun, okla.. amik by hand. Lagi selamat (how foolish i was) cos dapat terus barang tak yah nak track2. Aku dah plan baik punyer dengan Nini untuk ke Ipoh amik barang Sabtu tu... lepas amik barang boleh merayap ke Aeon or Ipoh Parade ke sambar buku kat Novelhut. cantik je plan aku untuk sabtu tu...

Tapiiiii... Sabtu pun tiba tapi masih belum dapat confirmation bila adik partner Pn E tu ade kat Ipoh. Kang kitorang gerak buat penat je tapi takde... then of cos, tak jadi pickup hari Sabtu tu cos adik partner seller tu tak balik Perak. Demam ke ape tah. Ok fine. Ahad pagi aku leh pegi Ipoh lagi asalkan bukan petang cos petang nak balik Lumut. Lagipun nak suruh Nini yang drive. Aku tak larat nak drive jauh lebih-lebih lagi bila pregnant ni (Ipoh tu jauh le jugak dari Beruas... dalam sejam gak nak sampai... kalau dari Lumut almost 2 hours depends on traffic)

Aku msg Pn F (partner Pn E) and deal direct dengan dia cos adik dia yang patutnya bawa barang aku tu. Pagi Ahad aku mesej tanya, macam mana... Still takleh jugak dapat barang Ahad tu. Sabar jelah kan.. pastu aku cakap aku nak barang selewat-lewatnya ISNIN. Sebab minggu gaji and senang nak promote bila barang dah kat tangan. Dah bayar RM4k lebih kot.. of cos la nak cepat-cepat jual kan...

Sekali dengan tak disangka-sangka, Isnin tu Pn F pos 1 kotak barang dari KL (bkn tempat sebenar). Yang lagi 3 barang ade kat adik dia di Ipoh... janjinya aku akan dapat petang Isnin tu jugak cos adik dia akan datang dari Ipoh untuk hantar... sampai dah nak Maghrib masih takde pun dapat call. Takdela tu... aku pun whatsapp Pn F ni gtau masih tak dapat barang pada hari ISNIN tu.

Aku: "Mmm xde dapat call lagi until now about my order lagi 3 bijik tu" (Isnin, 7.26 ptg)

Pn F: "Ya ya.. tp brg dh smpai Ipoh puan. Jangan risau. Esok pagi mak saya hantar ke Manjung insya Allah"

Aku: "Ok". 


Sebenarnya dah bengang tapi malas nak bising-bising cos dah nak malam and confirm tak dapat hari tu jugak. Tunggu jela esok....

Hari Selasa tiba. 25hb Mac 2014.

1 kotak yang Pn F tu pos dah sampai. Mana lagi 3 barang dari Ipoh tak sampai2 lagi ni? Aku mesej dia lambat balas... tengah drive etc... ok takpe... tunggu lagi...

Dekat nak pukul 3 petang aku tanya lagi, ape update?

Dia terus whatsapp aku gambar 3 kotak barang yang aku order tu sedang ditimbang.

Pn F: "3 unit dah hantar pakai gdex. Esok sampai ke Manjung terus ke alamat puan"

OMG! Dalam hati aku dah mendidih dah. Maknanya hari ni AKU MASIH TAK DAPAT LAGI BARANG?? Hari ni pulak baru pos dari Ipoh?? Ya Allah... and to make it worse, the boxes yang dipos tu dilekat-lekat dengan pelekat 'Fragile' dari Gdex tanpa dibalut. Adoiiii... tak pernah aku dapat barang orang pos macam tu! Even aku tak penah pos kat orang macam tu. Togel je kotak-kotak tu dipos... bayangkan kalau aku pos kotak Boba carrier macam tu je kat poslaju? takde plastik, takde balut, gitu je togel?? Consignment note terus tepek kat kotak Boba... can u imagine? haaa cmtu la barang ni dipos...

Hati memang dah sakit dah ni. 1st, aku expect boleh dapat barang tu hari tu jugak (SELASA). Rupanya baru nak pos!

Aku try cool down and balas mesej Pn F tu...

Aku: "Oh... guna gdex plak ek... Ingatkan boleh dapat terus hari ni"

Pn F: "Jap sy bg tracking.. Dari Ipoh gdex laju... pagi tadi mak saya dh htr. Takpe kan? huhu"


PAGI TADI? Kenapa la tak bagitau awal2 nak pos pulak... biar je aku ni tertunggu-tunggu... geram weh

Aku: "Adeiii... diorg lekat direct kat kotak le plak... kalau ade kotak sumbat 3-3 senang.. kalau sy tau nk pos guna gdex plak sy suruh kakak kt batu gajah amik jer"

Seriously aku dh bengang dah waktu ni... bukan nak cakap awal2 barang akan dipos. kalau pos, dari semlm (isnin) pos je terus kan senang? pastu pos plak dengan rupa kotak camtu... bogel je... Allah... dahla sakit hati barang masih belum dapat hari tu jugak, then ditambah plak bila tengok gambar kotak tu dipos macam tu...

Pn F pun offer untuk pos dari KL yang barang yang baru since aku tak puas hati (Of cos la weiii). Aku gtau kalau barang yang dipos dari Ipoh tu sampai nanti aku pos balik. Aku takmau yang tu. Aku nak brand new ok. Takkan la aku nak jual kat orang dengan kotak dah berlekat2 and ntah2 kemek bila sampai kat aku. Hishhhh...

Dia kata dia pos hari tu jugak (Selasa) so aku tunggu... aku dah ingatkan siap-siap pls bagi tracking no lepas pos. Aku nak barang tu memang sampai esoknya (Rabu). Dah lama sangat dah tunggu ni... Dia nak pos guna Poslaju, aku siap offer pos guna Gdex pun takpe cos barang tu berat mesti mahal kalau guna poslaju... dalam marah2 tu aku masih consider lagi tak nak dia rugi....

Esoknya, Rabu, 26hb Mac 2014. Pagi-pagi lagi (10.52 am) aku dah mesej mintak tracking no...

Tapi.... Korang tgk la sendiri camne perbualannye... geram plak bila ingat balik... malas nak type...




Rabu tu aku mintak no tracking tak bagi-bagi so aku terus je call Firdaus si driver lori Gdex (aku ade akaun dgn Gdex, Airpak, KTMD and Poslaju... driver lori/van punyer contact no semua aku ade)... Aku tanya dia ada barang untuk aku tak arini and the lorry driver said NO. So maknanye takde la barang untuk aku hari Rabu tu....

Weiii bengang gile la camni kan... Lamanya dok tunggu masih jugak tak dapat-dapat. Dah la no tracking pun tak bagi. Aku memang suspect barang belum pos lagi jela.

Then Pn F offer nak refund. Hai senang betul... aku punye masa dah terbuang camni, nak refund macam mana? since aku dah ade buyer gak sorang so aku pun sabar lagi... aku gitau la aku memang NAK barang tu so aku akan tunggu lagi sampai esok. Barang yang kononnya dipos dari Gdex Ipoh pun takde (rupanya mak Pn F dah amik balik) ok fine... so now aku nak barang aku je...

Rabu tak dapat, so insya Allah Khamis dapat? Aku masih positif and sanggup tunggu lagi. Tapi hari Rabu tu aku mesej seller aku tu (Pn E) gitau update... aku cakap sampai sekarang tak dapat-dapat lagi barangnya... Kalau tau macam ni, pos jela dari awal. Dah semestinya barang dah lama sampai... fedup la weh...



Boleh tak aku mesej-mesej tu satu pun tak reply walaupun dah 'Seen'. Remuk redam dah hati ni...

Ish... busy sangat ke takkan la takleh reply... lagi-lagi kes macam ni... aku ni kalau ade customer aku tak puas hati macam ape AKU rasa waktu tu memang tak senang duduk dah. Settlekan dulu hal customer... Tapi yang aku dapat?

Serius tak puas hati. :(


Setelah mintak reply, baru la reply...

Sampai ke sudah pada hari Rabu tu aku tak dapat tracking no.

Hari Khamis, bangun pagi baru tengok ade mesej beserta tracking no.

Cepat-cepat aku track online.

Dengan penuh kecewa, tracking no not in record. Tak puas hati, aku call Gdex punyer hotline no and tanya... cos courier service ni kekadang system tak update gak. Online track dengan sistem pada komputer diorang tak sama... kat komputer diorang lebih precise. Tapi sekali lagi kecewa bila customer service bagitau diorang memang takde terima barang dengan no tracking tu. Aku call lagi driver lori Gdex and he confirmed there's no parcel for me that day..... :(




SEDIH GILA. Dah hari Khamis..... masih.tiada.berita. Boleh bayangkan tak perasaan aku macam mana for the past few days yang ternanti-nanti barang ni?

Duit dah lebur RM4780 and aku hanya dapat barang berhaga RM280 sahaja. Yang lagi RM4500 belum dapat-dapat... Aku ni modal kecik je kot. Bukan tokei besar... kedai pun takde punyer la haprak nyer kan... masih belum mampu. Bila jadi macam ni, susah hati ni takyah cakap la... cranky... tak pasal-pasal efek kat anak aku yang tetiba kena tinggi suara. :(

Oleh kerana barang masih tak dapat pada hari Khamis tu, memang aku tawar hati dah la. I told them yang kalau esok (Jumaat) pun masih tak dapat barang, REFUND jelah duit aku.

Aku pun nak bercuti dengan tenang jugak walaupun just a weekend at Mamito's.

As expected, Jumaat pun tiba dan masih takde barang tu. Aku tak tahu le mana perginya barang tu and I don't care anymore. Aku mesej mintak refund.

Tapi sedihnya bila aku diberitahu duit aku akan dipulangkan semula selewat-lewatnya Isnin. Aku cakap kalau bole bayar jela cepat cos aku bayar duit cepat je kot...

Aku tak paham kenapa nak tunggu sampai Isnin or 1 April (pastu kata 1 april plakkkk) cos aku bankin kat Pn E tu ke dalam akaun personal. Bukan akaun company ke... ape ke... transfer jelah balik duit aku tu... takkanlah otai bisneswoman takde rm4.5k dalam akaun?? tak logik je... online still online.. so kenapa nak hold duit aku tu lama-lama? Barang memang sah aku tak dapat and diorang boleh check sendiri dengan Gdex.

Takpe, aku tunggu esok. Isnin. Kasi peluang diorang check dengan Gdex (walaupun dah berhari-hari berlalu kalau betul pos since petang SELASA lepas!) Kalau esok tak dapat jugak duitku lagi memang aku nak ngamuk la...

By the way, salah ke aku nak ngamuk? Hak aku kan?

Aku rasa dah lama sangat bersabar dan bersabar tapi macam ni plak jadinya... Adohai... dugaan ibu mengandung betul. Aku rasa teraniaya.. sebab sekian lama aku bersabar menunggu, masih tiada ape2 pun tindakan untuk melegakan ke-tidakpuashati-an aku ni. :(

Blog entry ni untuk lepaskan perasaan. Ape yang tak terluah pada Pn E and Pn F tu. Kalau in future diorang bace or stumbled upon this entry, moga mereka amik iktibar lah. 

This is also a reminder for me too... never ever treat any of my customer like the way I was treated. 

Sekian. Let's wait for the refund.

**UPDATE:
At 1.30pm today (31st March 2014) - received RM1k at my CIMB acc from Pn F

At 8.49pm today (31st March 2014) - received another RM3.5K at my MBB acc from Pn F

Alhamdulillah settled!
Written By Ryehana
Tuesday, March 25, 2014
bismIllah...


My order arrived last Saturday. I was ecstatic! Worried too because the courier sent the items when I wasn't home, and husband was the one who received the big box.

I bought lots of stuff for myself. Err...

Let's take a look.... =P


Belly Bandit! Tapi yang Mother Tucker tu macam tersalah beli size le plak... kwang3...
And Shrinkx Hips too...
Tak sabar nak pakai and review nanti ;)




Bought this for the soon to be born baby.
Mulanya nak beli yang JJ Cole, but... aku minat barang-barang Benbat so beli jela Benbat punyer.
And I love it!! Lembut sangat material dia!
Ni gunanya untuk lining stroller or lining carseat ataupun lining Nuna Leaf baby nanti =D
(ade jela mak ko ni mereka-reka benda nak beli huahua...)




Splash bottle drying rack!
Tahukah anda ini adalah wishlist sejak DAHULU lagi. Click here.
Now, akhirnyaaaaaa! Aku beli jugak.
Puas hati. Hahahaha...



Tadaaa... excited yang entah hape-hape.
Nafsu shopping mak buyong yang melampau!
hahaha...

Ni fungsinye untuk letak botol susu Razin, storage bottles for breastmilk dan jugak parts2 breastpump nanti...
Ececeh... dan dan tulis alasan :p




Ni plak untuk Razin.
Yela... shopping semua untuk Mak and untuk baby je kan... bagi la ni untuk Razin plak.




Comel giler tuala ni. Razin belum rasmi lagi cos baru basuh. Tak angkat lagi dari penyidai.



NEXT,
beli set bersalin
beli swaddle set/receiving blanket
barut? mmm xyah kot. lama-lama punye ade lagi

Kali ni baru aku nak beli set bersalin, ketahuilah bahawa dulu masa Razin aku tak beli ape pun.
Dulu, duit pun takde sangat. Sangat-sangat bajet.
Now alhamdulillah ade rezeki lebih bole la membeli-beli...

Mudah-mudahan smooth delivery.

Dah masuk 30 weeks ni mula la gabra plak rasa macam banyak benda tak cukup and kena beli.
Errr.....


Till then.

Salam.


p/s: Diaper bags yang diorder takde stok. ade satu je yang aku dapat. Nanti free will review ;)

Written By Ryehana
alhamdulIllah...