Showing posts with label Our children. Show all posts
Showing posts with label Our children. Show all posts
Friday, July 26, 2019
bismillahirrahmanirrahim...


Well well... baru malam ni aku jengah blog and tengok ada draft seperti tajuk di atas... kahkah. Baby dah 3 bulan dah weii... gile busy nak mampoih bila anak dah masuk 4. Langsung takde free time nak blogging2 dah kahkah

Anyway...

Tarikh bersalin yang diberi adalah pada 10 April 2019.

Tapi kena masuk wad sejak 9 April.

Aku kena czer sebab dah ade dua previous scars. Itu je sebabnye... since hospital memang tak bagi dah untuk normal. Kalau kau berani nak homebirth or berani tak ikut saranan ke hospital untuk dibedah sebab nak tunggu sakit normal, silakanlah. Aku tak berani. Kikiki... so ke hospital jelah.


Giler kembang betul muka aku... ni masa 9th April kot? Kena warded one day before.
Menyesal actually beranak kat Hospital Seri Manjung ni cos wad bersalin dia takde kelas-kelas. Semua wad kelas ketiga. Laki aku dah suruh beranak kat HAT je tapi degil kan... Kengkonon fobia masa beranak czer Raul dulu sakit sesangat.

Tapi... yang ni pun sama. Plus lebih lagi. Ceit.

Takpela. Merasa le dok Hospital Manjung hahahah


Aku ni dah ingat2 lupe camne kisah di wad. Memula masuk wad 1 kot? Then dah operate, pindah wad 2. Or was it vice versa?

Wad yang kedua tu bising le jadinye cos ade banyak baby hahaha... pening weh, baru nak tido, and baru bagi anak tido, sekali ade baby lain melalak, hahhh jenuh. Baby kau pun bangun T___T

Jom layan gambar jelah.



Kikiki... rombongan doktor pelatih. Baru merasa kena intebiu2 dengan doktor-doktor pelatih.
Layan... sebelum ni dok beranak kat HAT and Sejati mana ade kena intebiu2. Rasa mcm celebrity pulak. kahkahhh


Mamito kirim makanan kat suamiku.



Sempat lagi selfie cos boring gila. Aku masuk hospital masa 39 weeks and how many days tah.
Yela due date 14 July, warded 9 July. Tunggu gak kot2 ada sakit ke hape, harammm...



Next day. 10 April. Hari kena operate.
Dah pakai baju biru, baju masuk OT. Lama menunggu wehh cos banyak pulak kes emergency yang potong queue aku masuk OT. Maka, tunggu jela. Ni la kalau beranak kat hospital gomen, kena la sabar (walaupun dah puasa dari malam huhuhu)

Aku rase aku masuk OT dalam waktu petang gak la. Pukul 2.30 kot. Cos baby lahir 3.30 petang camtu.

Aku dibedah oleh doktor yang juga customer Mama Panda (lol)
Aku memang le tak kenal orang kan, then masa hari warded tu ade seorang doktor ni masa melawat katil-katil bile sampai kat katil aku, dia tegur "Kedai siapa jaga? Bukak ke?"

Ehhhh... ni customer ke? 

Then she said "Tak pernah pun ke kedai, selalu beli online je"

I didnt catch her name, so bila ade nurse datang, aku tanya la, tadi tu doktor tu nama apa?
And she said that's Dr N. Aku pun search la nama tu kat inbox email. Yes, regular customer juga. Dah beberapa kali beli barang Skip Hop and some other stuff. Hehe...

Puan Dr, if you read my blog or in my FB friend list, "haiiii and thank you so much for delivering my baby"




Anyway, bilik pembedahan di tingkat atas, wad bersalin lak di tingkat bawah... so jenuh juga la diusung naik lif ke hulu ke hilir hehe...

Dalam OT room, ade je male people. Ramai le jugak. Adehh segan. Masa kat HAT dulu pun ade gak... tapi kan, better HAT lagi la cos lepas baby lahir diorg letak atas dada while perut dijahit semula. Ala letak kejap jela for skin to skin. Kat Hosp Manjung takde... dah keluarkan baby terus bawak bersihkan. Tak tunjuk pun sex baby for mother to confirm. Beranak sebelum2 ni semua tunjuk... Doc akan tanya "Tengok ya, baby boy ke girl?" then aku cakap 'Boy' baru baby dibawak pergi. Well, hosp manjung busy gile gamaknye kan. Ape bole buat...


My 4th boy.
Also my last baby. haha.. cukup2 sudah. Dah 3x operate... tak sanggup dah...
Badan pun dah macam-macam masa preggy huhu


Lepas kuar OT, aku dihantar ke wad lain. Wad kedua ni nombor berapa tah. Wad 1 ke wad 2. Lupe dah.

Elok je lps sejam kot, bius hilang and I was in so much pain. Sakit yang takleh cakap la sakit dia cmne. Macam luka kat perut tu ternganga and on fire. That's how I think it felt like. Aku sakit sangat-sangat and the painkiller that the hosp gave didnt do anything!


Ubat bulat warna oren tu painkiller nye. Allah... langsung tak rasa ape! Sakit jugak.
Kapsul merah tu ubat tambah darah ke ape tah. Tu jela ubatnye. Takde antibiotik. Kalau beranak kat Sejati and HAT ada dapat antibiotik...

And I miss the painkiller given by Sejati. Tapi tak tau nama apa, so aku suruh laki aku beli panadol actifast je dua papan since bile aku mintak painkiller lagi, nurse bagi PCM je pun.

Sakit gile tu memang tak tau nak cakap. Sampai nangis2 aku... aku heran dengan orang katil sebelah yang czer gak tapi bile doc tanya painscore, dia jawab 3,4 je out of 10!

Aku? 
Painscore aku 8 ok. yes 8!!

Pastu nurse tak puas hati tanya lagi yeke painscore 8 ni, kalau 8 awak dah takleh nk bercakap dah. Dok meraung je. Wehhh stress aku. Dahla sakit, x caya lak aku cakap aku sakit gile. Dah memang painkiller yang diberi macam xbuat hape pun. Aku siap topup sendiri makan panadol actifast whenever aku dah tak tahan sangat2.

Orang cakap sebab I cut/tied my tubes, that's why lagi sakit.
Or maybe this is the 3rd c-section at the same place. of course le sakit weh. Plus, painkiller cam takde fungsi je T___T


Opah datang dengan Mak Cik Pah and Aneh.




That's how close u were with katil sebelah hehe...
sorang nangis, sebelah lagi pun nangis




1st day beranak, baru kuar OT akan duduk dekat depan.
Dekat dengan kaunter nurse untuk pemantauan




To my surprise, ade paed datang melawat and he said my baby had CTEV atau nama ringkasnye 'club foot'. You know, kaki macam golf club tu... dia masuk ke dalam ckit.


So aku kena tunggu jurupulih datang untuk check and pakaikan splint.

They came and gave baby this...


Baby kena pakai sebulan then datang appointment untuk jurupulih check perlu pakai lagi atau tak.
Kena pakai 2 jam, then tanggalkan 2 jam... ulang la setiap hari gitu.
Aku lega juga cos jurupulih kata mild je ctev pada baby... and just one foot. The right one.


Alhamdulillah masa check up 1 month tu jurupulih kata takyah pakai dah.
Lega Mak...



Ape ni?? haa ni susu formula yang aku seludup masuk.
Aku topup je cos malas nak sesak-sesak otak nak stress bab susu cos susu aku memang kuar lambat if czer. Macam yang diagak, hari ke-3 baru bengkak dada cos susu finally kicked in. Tapi kena ingat, of cos must direct feed kerap juga. ni aku bagi kalau aku ngantok gile and baby xmo tido. nak bagi kenyang hahaha... mak dah tua, penat wehhh.. dengan sakit luka bukan calang2 nyer, koser dah aku nak stresskan diri bab susu. Guna jelah ape2 yang boleh help me with my sanity.
Aku guna susu Karihome btw. Mahal gile. Tapi bagus gak la. Baby takde kuning :)


Lainnye muka dia masa baru lahir dulu...
now dah 3 bulan lebih, dah lain hehe...



Ok kat gambar ade tulis Wad 2. So betul la Wad 2 hahaha... wad lepas dah beranak.



My bed. Gambar kenang-kenangan.


Toilet wad 2. Kongsi-kongsi la yer...
Semua aku upload untuk persediaan mental to those yang decide nak beranak kat sini. Ok je cuma biase la hospital kerajaan kan...

Selepas 3 hari baru leh discharge if beranak operate...


Merasmikan Doona stroller and carseat.
By the way, that Doona Essential Bag is the bomb. Ni dah jadi handbag hari2 aku sekarang HAHA

love it~





Sekian, berjaya pun update hal beranakkan baby no. 4!

And his name is Razzan Areez.

"Dignified Leader"






Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, May 11, 2017
bismillahirrahmanirrahim...


Biar gambar dan video berbicara.





I tried to clean the 'artwork' but in vain.






'artwork' yang sempat dicuci







The culprit. Caught RED handed. Pun intended






His partner in crime, Raiq.




Muka lepas mandi and kena lecture.



Total damage: 2 of Mak's lipsticks.

-__-"





Written By Ryehana
Tuesday, October 11, 2016
bismillahirrahmanirrahim...



Baru lepas lunch kat Aeon Manjung, heading back to my shop with Razin in the car.

Then suddenly he said, "Mak, Ajin haus... Haus la... Haus..." while eyeing the air-conditioners inside the car. (sebab aku pesan before this untuk slowkan rear aircond. Dia sorang je pun yang kat belakang)

Eh, bila masa pulak Razin pandai guna perkataan haus ni?

"Ajin haus?"

"Ye Mak. Ajin haus la. Buka la aircond kuat eh"

Aikkk. Mintak aircond, bukan air.

"Ajin tau tak haus tu ape?"

"Haus tu panas la Mak"

Hahaha... gelak dalam hati.

"Bukan la Ajin. Haus tu maksudnya dahaga. Nak minum air. Bukan panas."

"Haus tu panas. Sebab tu Ajin cakap Ajin haus"


"Bukan... Haus tu maksudnya dahaga. Mana Ajin dengar orang cakap haus ni? Teacher ke? Ke kawan-kawan?"

"Ajin la cakap"

"Mmm ok tapi Ajin salah faham. Haus means thirsty. Not hot. Ok?"
Senyap.

Aku sambung lagi, "Kalau Ajin duduk tengah panas, memang la panas kan? Bila panas, Ajin haus. Rasa nak minum air, betul tak? Tapi haus bukan maksud panas. Haus maksudnya dahaga, nak air"


"Okay Ajin panas. Ajin kuatkan aircond ye Mak"

"Haa kuatkan la..."



Settle satu entry. LOL

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Monday, August 29, 2016
Bismillah....


Fuhhh mcm lama gile tak update blog. Sebulan! Hahahahahampeh... Busy meh

Aku update ni pun sebab tgh tunggu cermin kereta direpair. Sesorang mcm bodo je kat Dr Cermin ni haihhh

So what happened dlm masa sebulan?

I turned 31 last 17th Aug. Takde celebrate jadah ape pun. 

Berat masih statik and tak berubah... Masih 75-74kg jer. Dah 2,3 minggu tak ke gym btw. Yela, dah tak bayar trainer kan... Wakakaka...

Tapi Sept ni start balik ade trainer cos kak yantee dah start full time training orang again. So i might just sign up again? Sebab nak buat sendiri tu MALAS giler okayyy. I can't. Or maybe i wouldn't.  Nak ada orang marah and paksa baru ok huhuhu


Anyway...

What else to write?

Otak jadi blur pulak...

Share gambar la...


Geram dgn dimples Raul



Aku and Aya.. Masa ni karok sempena birthday haha.. Dia kebetulan dtg Perak cos join kursus koperasi...


Raiq di kedai.. Masa ni maid/pengasuh cuti seminggu. Pengsan menjaga budak2  tanpa maid huhu


Last sekali Ajin hensem...



K lah that's all for now.

Bye


Alhamdulillah

Tuesday, March 1, 2016
Bismillahirrahmanirrahim...



 
Raiq this morning.. Tak tau nak ape. Bagi susu taknak.. Dh mandi bagai.. Nangis2 nasuk buai then tertido sendiri...



Raul mengobak. Panas hati je dibuatnya cos his voice was so loud! Risau Raiq bangun... He cried cos one of the toys wouldn't squeak. Haihhh

Belum mandi (sama macam mak) tapi tukar pampers dah la...





Takde makna nak "melabur" dengan aman. Ke toilet pun ikut. Pintu toilet memang sejak ade anak aku tak pernah tutup rapat 😁😁






Lepas ambil Razin di taska, pergi Aeon utk keluar duit and makan.

Harini Mak tak lupa amik dah huhu...


Nini came around noon to pick up Raul (to my relief). Lega la sikit. Yes, aku takleh kerja kalau Raul ada.

Plus, Raul being Raul, is quite a handful. You cannot do anything else if he's around. 

I'm so freaking tired today.

Kekadang rasa nak lari tinggal semua and nyorok seminggu.

Yeah.. That bad.


Bye



Alhamdulillah...

Monday, February 29, 2016
bismillah...




29 Feb 2016. Tarikh 29hb Feb ni 4 tahun sekali je datang and pada hari ini aku lupa amik Razin di taska for the first time!

I was so disappointed with myself. Masa sedar tu rasa hati remuk redam. Camni rupanya perasaan bila lupa amik anak kat taska. Yang herannya haram le sekolah nelefon pun. Huhuhu

Alkisahnya pagi ni memang busy cos Raul ada sekali.

Siap-siap pagi mandikan Raiq & Raul sebelum hantar babysitter. Selalunya kalau hantar budak pukul 8 lebih pagi tu aku tak mandikan pun. Tapi sebab memikirkan babysitter ku itu ada jaga budak lagi 2 orang, haii jenuh nak mandikan Raul and Raiq pulak.

Baby takpela lagi. Raul tu nak mandi punye la banyak drama. Jenuh.

Settle mandikan diorang, kemas2 segala baju dua beradik, susu perahan, warmer and botol susu, zasss drive ke rumah pengasuh di Taman Manjung Point 1.

Lepas hantor budak-budak 2 orang tu, aku zass ke McD drive thru utk beli brekkie wrap for breakfast. Lapo weh... Pukul 9 ada sesi dengan trainer kat gym.

Aku sampai awal so cardio for 40 minutes.. dapatla 3km gitu.

Pastu main-main besi plak... arini train untuk shoulder. Lenguh gila bahu! Benda simple tapi hazabnyer nak abiskan 3 sets.


Sejam lebih je kat gym, dalam 10.30-10.40 aku zass pergi kedai pulak dengan tak mandinya. hehehe... memang busuk peluh tapi lantakla kat kedai ade Hanis je.

Check order yang sampai, update payment customers for kutu and order dari whatsapp/facebook, then aku blah biar Hanis settlekan order website pulak. Aku balik umah around 12.

Kekonon nak mandila tapi tengok umah macam tongkang pecah so aku kemas la dulu... settlekan kain baju kat ampaian (xsempat lipat pun), kemas mainan budak2 and menyapu/mop ckit. Jadilah...

Perut lapo, rebus telur 2 bijik sampai ngadap laptop buat keje jugak.

Almost forgot that I boiled the eggs! Pergi dapur basuh tangan baru nampak periuk dah nak kering airnya. Gilo wehhh

Masa nak makan baru teringat anak. Sebab dalam kepala terfikir "Razin suka telur rebus".

I froze. Cepat-cepat call taska tanya Razin ada lagi ke? (takut dia pergi taska dekat situ utk transit ikut kekawan ke ape - xtau kenapa aku terfikir camtu) and cikgu dia jawab ada. Aku gitau la aku lupa nak amik and otw.

Jam pukul 2 time tu. Kesian Razin!! Dia habis kelas pukul 12.30 tengah hari and parents were supposed to pick their kids BEFORE 1pm. ni aku lambat sejam. huhu

Balik tu mandi, solat and sambung makan telur rebus aku tadi..

Pukul 3.45 petang keluar balik singgah McD drive thru lagi beli set makan utk babysitter (kesian dia jaga budak-budak ramai, ntah sempat makan ke idak) and untuk aku + Razin.

Amik Raiq and Raul pukul 4 petang camtu. Saje amik awal cos susu perahan dah tinggal satu and susu Raul pun kebetulan dah nak abis tinggal satu bancuhan je. Plus, kesian nak biar babysitter jaga lama-lama & kerja aku takdela banyak sangat so amik jela.


Ok that's it.


Itu lah yang berlaku dalam kehidupan seorang Nor Raihana pada 29 February 2016 ni.


Adios



Written By Ryehana
alhamdulillah
Sunday, December 6, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...



Muhammad Raiq Alfatih is now 4 months old.

He's such a happy baby right now. 

Aku pun tak banyak stress and marah-marah untuk jaga dia.

Mungkin sebab ade maid? Kalau aku malas nak layan aku pass kat bibik je... 

Maybe lah kot.

Aku happy, dia happy. And he still breastfeeds, alhamdulillah.

Dah 4 months ni, Raiq suka senyum dan membebel sorang-sorang. Baru kenal suara sendiri... Syok dengar dia membebel... Mudah terasa juga... Kalau lambat amik dia masa dia baru nangis sikit2, be prepared la untuk dia merajuk! Lama hoi nak pujuk... So kalau dia nangis or uk ek uk ek memang tak biar lelama...

Arini 6 Dec 2015, Raiq dah boleh meniarap... Tapi still takleh free kan sebelah tangan dia... Ngamuk2 cos sebelah tangan masih terkepit bawah dada.


Raiq, wearing Raul's old romper hehehe.. Jimat!


Dia ni memang macam Razin lah. Ramai cakap cmtu... Lembut and manja jer bila tengok gayanya...

Mmmm mak asyik blog bab anak2 je kan.. Nak wat camne, dah nama lagi mak anak 3. Huhuhu


Adios


Alhamdulillah




Monday, November 23, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...



Waaa I miss writing in here.

Got so many things in my head. Been planning to write in my head since few days ago in fact... but now here I am in front of my PC but.... I don't know what to write.


Anyway, school holiday has started!

Razin still pergi sekolah by the way... Well, at least until Thursday. Why? Cos dah bayar full duit taska for November, so hantar jelah hahaha... But I picked him up early lah. Pukul 1.30-2pm dah amik. Sian nak biar lelama sampai petang...

Razin dalam fasa nak hensem-hensem.

Means nak pakai baju yang selalunye dipakai kalau berjalan. No T Shirts. Nak kemeja berbutang, nak  pakai denim jacket if kat dalam pakai t-shirt biase je. Yang kelakarnye, baju and seluar dh hensem, sekali pakai selipar buruk je. hahahaha...

Aku and husband sangat pelik ape ke he nyer tetiba nak melawa-lawa pergi sekolah? Siap baju yang nak dipakai lepas mandi di sekolah pun dia pilih... nak baju kemeja jugak. Sabo jelah Ajin oi


Gambar last week.
Jenuh melayan bila jaket basah cos basuh and dia nak pakai!
HAHAHA



Kat kedai mak. Just an hour ago



As for Raul, Sabtu lepas Nini amik bawak balik Beruas. Raul willingly went. Razin nak balik kampung gak sebenarnya tapi tak jadi ikut cos aku tak balik sama. Maleh... sebab aku banyak kerja nak wat.


Raiq, almost 4 months now. Gambar semalam masa kat Lumut Waterfront.
Dipegang oleh Bibik Jannah. 

Taktau berat berapa tapi masa 3 months check up dulu 6.1kg

He is very much like Razin.
=)




Main giant Bubbles

Muzium kapal tu walaupun sekangkang kera tp kitorang tak pergi pun. huahua...
Maybe some other time ;p


Hmm.. sian takde gambar Raul. Meh tempek meh...


Ngengada ngan Ayah.
Ayah sunburnt teruk gile lepas balik dari Sabah hahahaha
Raul nampak putih lagi (padahal Raul paling gelap :p)




Manja Mak.



Dah tengok Mockingjay Part 2 last Saturday. BEST!

Dah tengok The Vampire Diaries (TVD) season 7 sampai episod latest 7. Nice number. heh.

TVD aku suke lagi walaupun Elena dah takde.

The Originals? Baru habis download episod 5 hingga 7 and maybe malam kang baru tengok. Makin lama macam makin tak best je The Originals ni... haihh

Well, tu je movie yang aku tengok. My escapism. huhu

Daa




Written By Ryehana
alhamdulillah...