Showing posts with label Cars. Show all posts
Showing posts with label Cars. Show all posts
Monday, February 13, 2017
bismillahirrahmanirrahim...





Phew! Busy day today. Now sempat masuk kedai jap and nak update blog before amik Razin kat taska pukul 12 kang.

Bayangkan last week aku almost tak masuk kedai langsung. Ape lah yang aku fikirkan... haih...

Anyway..



Pagi tadi, lepas hantar Razin pergi kindy, aku balik umah siap-siap untuk pergi Hong Leong bank cos nak isi borang dispute for unauthorised payment kat credit card aku.

Boleh je email, tapi aku malas nak print scan segala, pergi jela terus bank.

Settled. Akan dapat new cc in a week I think. Ni kali ke 2 aku dapat new cc in less than a year!

Fobia plak nak isi-isi details credit card secara online nih. Nyampah aku...

Lecehnya bukan ape, aku buat takaful/insurans aku + budak2 ni charged kat cc. So leceh la nak update new cc lagi. Malassssss



Next, lepas pergi bank, pergi Kamdar lak cos kain untuk tempah baju melayu for raya tak cukup 2.5 metres. Malam tadi semangat pergi hantar kat tailor (since laki aku kan nak balik kerja dah), ukur-ukur semua... and tailor gitau kena tambah kain lagi. Who would've thought 1 adult baju melayu and 3 kids would need 10.5 metres of cloth? Hmmm...

Anyway, sent the cloth back to the tailor around 10 am tadi. Kebetulan kedai dia dekat Giant je, so sambil basuh kereta, aku pergi la kejap jumpa tailor.

Ohhh... sebut tentang kereta.


This is the car that I've been using for about a month now, I think...



Memula pakai Toyota Vios Mamito, pastu lepas repair etc (aku bagi eksiden sikit kakakaka), hantar balik kat Mamito cos dia pun nak pakai kereta.

Laki aku bodek tokei kedai for replacement car since the car he booked tak siap-siap lagi (Wira), dapatla pakai Hyundai Elantra ni free.

Memang le best cos better than Wira kan? hahahaha... so ok jela pakai.

Harini kena pulangkan semula cos Proton Wira yang lakiku beli dah boleh amik petang kang. That's why la pergi hantar basuh... orang dah bagi pakai free, tak reti-reti nak berterima kasih ke kan... =P

I dreaded having the Wira though. Mintak-mintak la okay... it's supposed to be hubby's car tapi sebab lakiku takde lagi, kena la pakai for a week dulu. Tak sabar nak pakai balik MPV huhu...


Hmm...

What else to write...


Gambar semalam masa pergi umah auntie Poh Yoke untuk tempah baju raya.

Haaa.. semangat tak? 

Wakakaka....


Aku just malas nak buat benda last minute. Lagipun tahun ni raya kat Beruas ok. Of course le semangat. Ngeeeee....




Oklah, dah 12.40... kejap lagi nak kuar amik Razin, pastu 1.30 hantar dia balik... then after that tukar kereta. huuuuu...

Cuak.

Till then.

Salam.
Written By Ryehana
alhamdulillah...
Sunday, January 1, 2017
bismillahirrahmanirrahim...


Dah 1hb Januari 2017 dah kome oi... aku ni punye la dok tangguh tangguh nak update blog sampai dah masuk tahun baru dah pun. huhu....

Takpelah, just a quick update. Catatan peristiwa supaya aku tak lupe...


Aku dah berjaya naik Bukit Engku Busu pada 23hb Nov 2016 yang lepas with Kak Yantee, her daughter (darjah 3 xsilap) and Kak Nina.

Penat nak mampus and I scratched myself when going down the hill. Jatuh! hampeh...

Best la jugak cos view cantik. Masa ni tobat tak nak naik dah hahaha...


First time naik lepas last naik masa aku Form 5 (2002)
So di usia 31 tahun ni, 23hb Nov 2016 ni tarikh bersejarah jugakla haha




Amik masa sejam jugak cos aku pancit gile.
Suke view atas ni. Aman je...
Tu leh nampak pengkalan TLDM Lumut...




Kak Nina and Kak Yantee. Aku la yang bawak kuetiow goreng tu haha... cos tak sempat breakfast. Nasib tak pengsan haha


Aku ada naik lagi Bukit Engku Busu ni dengan Amirul pada 22hb Dec 2016 yang lepas. Gambo takde cos aku tak share kat FB, bateri pun kong masa tu. Ah lantak...

Masa cuti sekolah bulan 12 tu dapat naik Bukit 300 sekali and Bukit Engku Busu sekali. Both trips was accompanied by Amirul.



Ok next...

Masa cuti skolah jugak ada merayap beramai-ramai ke Taiping. Senang, dekat... hahahah... jimat duit. Tarikh: 12hb Dec 2016




Family potrait. Elok pulak semua tengok kamera (bukan senang oi)



Gerak dua kereta. Naik MPV lakiku and kereta Nan. 
Masuk zoo, picnic kat Lake Garden (Aina masak nasi ayam), pegi makan cendol pastu balik.

Actually nak naik paddle boat mengenang zaman berdating dulu tapi hujan le plak (biasa la taiping)... 




Haaa... next!


Laki aku eksiden pada 19hb Dec 2016 yang lepas di Tanjung Malim.

Abis Mr Cherev total loss. Alhamdulillah laki aku selamat and takde ape-ape...


Makanya, sejak takde kereta, laki aku tido ofis je cos malas susahkan kawan dia... nasibla dah nak cuti hujung tahun... 

But looking at the bright side, bagus gak crv tu eksiden total loss. Takde la nak bayar lagi monthly mahal-mahal hahahah... masa beli mpv dulu lagi dah nak jual, tapi harga yang kedai amik adalah sama dgn hrga hutang, means tak dapat ape. So sayang nak jual.. hehe

Now, laki aku plan beli used car murah-murah yang rege dalam 5-6k so that bole beli cash. Kurang la sikit komitmen. So far dapat la wira cabuk satu hahaha.. jadila... dia nak pakai berulang je pun...

If anything goes according to plan, lagi seminggu dpt la kete Wira tu. For this week, laki aku amik MPV and aku pinjam Vios mak kejap...

First week of January yang agak kelam-kabut cos my babysitter amik leave seminggu. Aku terpaksa tinggal Raul kat Beruas lagi.

Camne nak keje if semua ada. Dengan Razin sekolah, Raiq melasak and I HAVE TO WORK.

oklah. tu je kot update kali ni. byk lagi nak type macam bebaru ni FIL sakit and kitorg kena stay kt Selayang and Batang Kali... pastu bawak bdk2 pegi Petrosains bla bla... tp xde masa nak cite cos esok aku kena bangun awal utk naik paramotor. hopefully cuaca baik and selamat semuanya.


Bye.. till next time

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Sunday, May 31, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menaip di blog ni lagi.

I'm at the comfort of my mom's house in Beruas. Kejap lagi nak balik Lumut. Tapi bile memikir yang line internet kat Lumut cam siput (pakai YES 4G je), baik aku update blog jap kat kampung.


1. Raul dah setahun pada 14 Mei 2015 yang lepas. Dah boleh jalan dah pada umur setahun. Alhamdulillah... sekarang tengah mabuk kaki. Anak no. 2 ni sensitif kulitnya. Kalau panas and berpeluh, muka naik ruam. Kesian. Selalu digelar pak itam cos kulitnya gelap berbanding abangnye Razin hehe... Now he loves to babble. I guess he's learning to speak. So cute :D






2. Razin pulak first time ade Sports Day anjuran taska dia last 23rd May 2015. Rumah Hijau. Aku, husband, and Raul pagi2 lagi dah sampai kat Dewan Pej Tanah. Pukul 8 lebih. Biase la sukan budak-budak. Nini, Mak, Diyana & Amirul came later around 10-11am. Nasib baik jugak diorg datang cos Raul dah bosan and cranky. Susu lak abis. Diorang datang tengok Razin pastu aku suh balik rumah Lumut bawak Raul. Aku, husband and Amirul stayed sampai sukan abis.

Kelakar gila anak aku yang hati tisu ni.... Main musical chairs yang berebut kerusi tu, 2x dapat kerusi, oklah... Kali ke-3 tak dapat kerusi, dia bantai melalak kat tengah-tengah tu. Wakakaka... nasib baik la bukan the only ones. Ramai gak budak tak dapat kerusi and kena kuar menangis beria. kikiki... aku gelak je :p

Part ibu bapa plak jadi part ayah and anak. Aku memang tak sior le nak join kan, so husband join la race ape tah dengan Razin. Again, Razin melalak cos dia tak biase orang bersorak bising-bising and keadaan berebut-rebut nak menang. Kahkah... lawak betui la anak aku ni. Hati tisuuuu :p

Bila tanya suka tak sukan, dia cakap "TAK SUKA". Oh well, mana jatuhnye kuah kalau tak ke nasi. Your mom hates sports too. And ayah kau pun rasanya bukanla sportsman. Pak Ucu and Pak Uda je gile sukan... tak terikut plak ek. huhuhu


Raul dah mula bosan.




Ayah dan anak.




Budak hati tisu







3. We sold our VW Beetle last week. Ohh sedih gila aku ok. Sedihhh sgt. Itu kereta idaman, kereta kesayangan, kereta paling comel di dunia (bagi aku lah). kikiki... But since anak nak masuk 3, and aku ni plan nak amik maid (kalau ade rezeki. cos sampai sekarang tak dapat2 lagi), maka of cos la kena ada MPV sebijik. CRV tak muat utk 3 kids and 1 adult kat belakang unless la tak pakai carseats. Well, aku ni memang tak boleh kalau anak tak duduk carseat... bahaya ok. So I asked husband to sell jela Beetle tu. Beli MPV senang 3 bijik carseat leh sumbat. Maid pun leh duduk belakang.


The day we sent the car at used cars shop. 25th May. Bye Mr Beetle T_T


Nak jual CRV, masih tak lepas cos loan bank banyak lagi. Kalau jual sekarang, kena topup lagi duit kat bank to pay off the loan. Eh memang tak koser le kan. So jual jela Beetle tu. Dapat jugak 10K plus, buat jadi downpayment MPV so sekupang tak yah topup dah, Senang....

CRV tu plan memang nak jual jugak tahun depan. Tapi tengok le camne... kalau tak jual pun, mekap bagi lawa sikit. Tukar cat ke ape... CRV tu lagi sayang cos sangat-sangat banyak berjasa kepada kami. Walaupun kitorang beli second hand, CRV tu tak pernah rosak melainkan kesilapan driver (bateri kong sebab lupa switch off lampu - adik aku pekak badak tak dengar bunyi amaran lampu masih menyala).

Beetle sayang sebab comel je. Tapi sejak beli memang banyak gak abis duit repair itu ini. Almaklum le kereta antik kan... kuikuikui. So elok le jual. Tunggu la dah tua nanti kot-kot ade rezeki beli yang baru. huk huk...


Depan kedai,

Hanya tinggal kenangan. Huahuahua





4. Aku sekarang dah minggu ke-31 pregnant. Well, baby aktif dalam perut. Alhamdulillah kesihatan ok... cuma biase la dah gemok gila ni asyik sakit pinggang kalau baring lama-lama. Berat ntah berapa kilo... dekat 90kg dah kot? KAHKAH. Lantak lah kat situ, malas nak mikir. Esok lusa ni ade checkup kat Sejati. Tak sabar nak tau update baby.



5. Next weekend 6-7 Jun kitorang akan ke Terengganu cos adik aku si Afnan nak bertunang. Kereta baru tak dapat lagi ni. Patutnye dapat esok lusa... Moga-moga by Rabu dapat dah la. Boleh rasmi pergi Terengganu. A

Awalnye aku maleh nak pergi cos tak larat gila. Dah nak masuk 8 months kan, nak bawak badan pun tak larat. Pastu nak kena bawak Raul yang kuat meragam tu plak (seriously dia tak macam Razin yang baik je kalau bawak berjalan). Tapi bila fikir nak dapat kereta baru, MPV lak tu, terus semangat. kakakkaka.... ala lagipun aku leh rileks sikit cos Mak and Nini leh naik sekali. Haaa tolong jaga Raul =P

Dalam kepala otak aku pikir nak makan je. Keropok lekor, satar bla bla... hehehe....


Oklah. Tu je update kali ni. Esok baru aku add gambo-gambo untuk entry ni.


Ciao.



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Saturday, August 17, 2013
bismIllah...



Alhamdulillah... genap berumur 28 tahun hari ni.

Another year older... lagi 2 tahun nak jejak 3 series. Oh my... Camne ni target nak 3 babies before 30 belum tercapai? huhu... Aku redha... Kita merancang, hanya Allah menentukan. Belum rezeki...

Selamat Hari Raya juga to all of you yang still bace this blog. hihi...

Blog ni asyik terabai cos I'm so freaking busy lately. Waktu bila tak busy? Ntah... I've learned that I have to spend some time alone by myself and not just working to keep myself sane.

Alhamdulillah kerja aku ok. Bisnes ok. Nama Mama Panda makin orang kenal... sekarang website tengah dalam proses berubah.

Syukur ya Allah. It's not easy. It never is. Tapi aku fikirkan yang positif je... this is what I love doing. And I'm going to face what ever obstacles that come my way positively.

Razin pun dah 2 tahun 5 bulan sekarang. Anak bujang aku dah besar.... ;')

Aku pernah beritahu orang yang aku lebih suka newborn or babies less than 1 year cos they're so cute, helpless and cannot walk. Chubby lagi... aku pun happy je jaga cos I know I'm the only person he wanted... and I feel important. Loved. I love that.

Tapi pada umur Razin sekarang, masya Allah what an experience! I love how my toddler has now learns to talk to me, help me fetching stuff and all other thing toddlers his age can do. I love how cute and handsome he has become. I also love how he will always reach for me when he woke up everyday. I love my son dearly.

I just wish I have all the time in the world to be there for him.

Sekarang aku dan suami tengah gigih mencari duit. Our second house dah final stage. Tunggu cheque dari bank je untuk bayar previous owner. Rasa nak pengsan jugak cos tiap-tiap bulan banyaknye hutang nak bayar. huhu...

Main expenses every month:
1. Rumah Lumut
2. Rumah Manjung - belum bayar tapi bakal dibayar
3. Loan Honda CRV
4. Loan Beetle

Total?

Belum masuk bil letrik, air, Astro and Maxis - for hubby to pay

Yang aku bayar - bil Streamyx, RM500 duit Beetle (selebihnya hubby topup), kad kredit, takaful aku and Razin, bil Gdex, bil Airpak.

Perghhhh...

Semoga cepat dapat penyewa untuk rumah di Manjung tu. Bukan senang nak senang... lama betul proses pembelian rumah kedua ni. Sejak tahun lepas... Dah masuk setahun tak settle lagi...

Duit lawyer je dah dekat RM10k. Tapi baru bayar RM7600.. arghh... banyak songeh rupanya bila beli rumah 2nd hand ni. T_T

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMu.

Thank you Allah... for everything...

Written By Ryehana
alhamdulIllah...

Sunday, June 2, 2013
bismIllah...



Finally tergerak jugak hati aku nak update blog. Makin lama, makin slow jer update. Adakah aku bakal menjadi seperti kawan-kawan blogger yang lain? Meninggalkan dunia blog dan lebih aktif di twitter mahupun FB?

Oh no... not me.

Ya, blog ni dah berubah. Aku dah berubah. My readers pun dah berubah. hehe... Ape-ape jela. Tak kisah la.. yang penting, i have a blog where i can ramble on things i want to ramble on.

Dah seminggu cuti sekolah start... tapi baru petang tadi aku dapat balik Beruas yang hanya 40 minit dari Lumut.

Hubby balik Perak dari Johor on Friday, then dia ade keje ape tah kat Lumut... (cuti pun kerja yer... navy... camtu lah) Rabu baru gerak ke KL, umah kakak ipar. Sebabnye ibu mertuaku ada di sana. So amik Mak untuk bawak balik kampung ke Felda Lakum, Pahang. heheh...

Tido semalam kat KL, tido semalam kat kampung, then tido semalam lagi kat Ladang Bebar, Muadzam Shah... Umah Kak Ngah. Hari-hari atas jalan jer... gile ah.

Kitorang gerak balik Lumut semula semalam... Sabtu 1st June 2013. Tapi dari rumah Kak Ngah tu, kitorang singgah Negeri Sembilan... jumpa bapak aku.

Laki aku la yang offer.. cos he said, dah masuk Negeri Sembilan takmo jumpa Abah ke? So... pergi jela. Last time Razin jumpa Tok dia masa dia 6 bulan kot? Now dah 2 tahun lebih...

Sampai Mambau dalam pukul 6ptg. Then Abah ajak singgah kampung jap (5-10 minit je from his house) cos ade kenduri... Aku macam... err... err...ikutkan segan sangat. Tapi hubby said, let's. Maka... ikut jelah...

Dapatla jumpa Nenek aku... and Razin met his moyang belah N9 for the first time.

Anyway, lepas Maghrib kitorang terus gerak balik Lumut.

Sampai Lumut pukul 11.30 malam kot?

Hubby drove the car like a mad man. -___-"

Found out later that Razin had a fever. Badan dia panas... I also couldn't sleep last night. Memang always on the road je kan... Penat. Kesian Razin.

I was stressed too. So many things on my mind... Felt like I would explode. Plus, I have backlogged orders yang came in while I was away.

So petang tadi, I have no choice but to send Razin balik Beruas. Hopefully Razin ok la cos kat kampung ramai melayan since it's school holiday...

Ada Amirul and Aidil (Amirul's older brother from Manong) rajin melayan. And all my other siblings ade... Well, Yong akan balik esok since dia ade cuti 3 hari.

Planning to go to Cameron Highlands this week. Mamito asked me to book the hotel. Aku belum ada masa nak survey lagi. huhu... Esok ada banyak lagi urusan lain.

Gosh, I wish I could clone myself.

It's a tiring week.

Stressful. Bad feelings.

I hope the coming week is better. Mengharap dengan sangat.

Hubby changed cars with me. So now I'm using the smaller car. My car.

Eh, I haven't update about my 'new' car kat blog kan? hehehehe...

Well, it's my dream car. Kalau follow blog Remember When ni dari dulu, you would've known what my dream car is. Click here and here.

See?

Dah lama sangat teringin kereta tu.

And no... the one we bought isn't brand new. But I don't care as long as it's the new Beetle! hehe...

Eh kena upload gambo ni... =P


Mr Beetle sebelah Mr Cherev.

Yer, both male. Pedulik hape aku... hehehe..

 Memang kecik, tapi consider ni second car, belasah jela.

Beli kereta kedua ni pun sebab hubby masih dok Johor.. so susah takde kereta.. aku lak kalau bagi Mr Cherev kat dia, aku nak pakai ape kan... huhu...

(Jual Virago, beli Beetle btw)



Genap sebulan pakai.

Hubby brought this back last PRU13. Dapat berapa hb tah... 
Ade benda yang nak kena repair actually... but we made it as a project. hehe...
Little by little...

Klah, tu je update kali ni.

Adios.



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Saturday, April 27, 2013
bismIllah...


1. CEREWET

Tak pernah terfikir pula nak melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang cerewet. Tapi.... mungkin betul jugak aku ni cerewet (bak kata Nini). Hey, tengok jugak la aku cerewet sebab ape ok... aku cerewet tentang harta-benda aku.

Dari dulu aku tak suka orang usik barang aku. Tak suka Nini kebas t-shirt, blaus or segala barang aku (dia selalu pinjam or amik cos leh muat baju aku je since Yong and Debab tu...well, debab).

Now aku cerewet bab rumah. Currently I have 4 tenants. 3 of them patut pindah hujung Mac aritu tapi tak jadi... now diorg patut kuar hujung bulan ni... tapi seorang lagi tu masih ade cos belum abis praktikal.

Seriously aku suka ade orang lain dalam rumah ni cos at least tak sunyi.

Tapi sebenarnye memang susah kan... ade jugak la ketidak-puas hatian aku... especially bila part kebersihan dan kerajinan.

Ade yang rajin masak tapi tak penah nak tolong mop lantai yang berminyak. Kadang-kadang pinggan kotor terbiar kat sinki berhari-hari... lantai kalau kat tingkat bawah tu memang tak pernah bersapu la selagi aku tak sapu... and dulu, masa awal2 aku duduk, memang diorang tak pernah langsung tolong buang sampah.. sampai aku naikkan notis baru la ade yang reti nak buang sampah. Sampah sendiri tu... haihhh...

Now, waiting for three of them to move out. At least, yang rajin masak dah kuar aku lega la sikit.

Sesungguhnya perempuan memang takleh kongsi dapur kot. Tak tau la kan... kalau rajin kemas balik, aku ok je. Tapi ni sebaliknya. Hmmm...



2. KERETA

Yaaa... berita yang dinanti-nantikan oleh aku! Hubby dah wassap semalam yang dia dah sign agreement. Now tunggu turn aku plak sign untuk bahagian guarantor. Agreement tu sampai kat Manjung hari Isnin nanti kot. So lepas aku sign baru kereta tu di'release'. Tapi hubby pakai kereta tu dulu.... huhu... Lepas PRU baru dia dapat balik Perak... along with the car. ^__^



3. PRU

First time nak pergi mengundi ni. Aku bakal mengundi di SK Beruas nanti. Tapi Mamito and Afnan entah kenapa mengundi di SK Dendang. huhu... Undi sape? Rahsiaaaa... hehehe...



Cukuplah 3 topik.

Sebenarnya mood tak berapa baik. That's why aku update blog. To take my mind off things/people.

Kenapalah umah mak ni panas sangat.... duduk saje pun berpeluh macam lari 300 meter. :(


Wassalam.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Saturday, April 6, 2013
bismIlah...


I'm at my mom's house now. Razin is sleeping beside me... after hours of coaxing for him to sleep. Haihhh... susah giler nak tido.

Sebenarnye pagi-pagi karang kitorang nak ke Perlis. Rombongan cik kiah wakakakaka... takdelah, rombongan sekolah Mak. Biase la kan nak ke ladang anggur then tak sah kalau tak singgah Padang Besar. Aku bukan nak shopping pun (xtau nk shopping ape kat PB tu) tapi ikut jela cos bosan dok umah je... at least, kuar gak dari Perak. And paling penting aku takyah drive. Malasss!

Nak update sikit about life.

Alhamdulillah... bisnes is good. Ada improvement. Boleh lah nak hidup...

2nd baby? Still nada. Jeles aih tengok orang dah ade 2nd baby ni... but I believe ada hikmahnye. Berusahalah! HAHAHA... hopefully once husband dah duduk sekali nanti ada la rezeki Allah bagi.

Other than that, I'm happy.

Insya Allah akan dapat kunci rumah kedua kami bulan April ni. Bulan lepas macam nak tercirit jugak la bayar lawyer fees (RM4600) and duit valuer (RM800). Rabak gile. Aku tunggu duit kutu orang bayar jer baru leh bernafas sikit. huhuhu... Nasib baik la ada backup plan kan...

Tapi bulan ni pun kena berjimat-cermat since nak masuk umah tu mesti nak prepare macam-macam. Kitorang nak humban perabot sedia ada sekarang ke rumah kedua tu. Cos rumah tu memang nak sewakan fully furnish. Target nak sewa pada kompeni-kompeni... dalam RM1500 sebulan ke... Lepas la duit loan rumah. Huhu...

Hubby sebenarnye keep pestering me about that house. Dia nak suruh kitorang sewakan umah Lumut ni and duduk kat rumah kedua (in Manjung) too cos umah tu semi-d setingkat setengah (tingkat atas ade master bedroom jer). Rumah sekarang  (Lumut) double story terrace yang langsung takde tanah. Dia kekonon ada la projek nak bercucuk tanam la... nak letak wakaf la etc kalau dok umah semi-d tu...

But no... aku malas nak pindah cos rumah tu rumah lama... Kitorang beli 2nd hand. So mesti tak sebest rumah Lumut sekarang kan.. dahla aku baru install kabinet for my Soho. So no... koserr... sewa jelah.


Oh by the way... ade benda nak update sikit tentang hubby.

Well, sekalung tahniah to him cos dah pakai pangkat baru. Dah confirm Lt Cdr after sebulan lebih jadi pemangku Lt Cdr. Alhamdulillah... naik gaji, naik jugakla elaun bini askar yang dipotong dari gaji beliau. kehkehkeh... syukur... boleh topup-topup beli barang RAZIN. Ehem. *bajet isteri mithali*



Another big news that I'm so excited about and is.... well... I'm going to have a new car!

Finally... my own car. Memang la sebelum ni aku jer yang selalu belasah Mr Cherev tu, but I always think of it as hubby's car. Not mine. Yerla.. OUR car. Tapi hubby yang bayar.. still... tak sama dengan your own car kan. heheh... At the age of almost 28 years old, baru nak merasa dapat kereta sendiri. Tu pun second hand sajork. HAHAHAHA... Tak mampu ler nak beli brand new. Tak kisah la... asalkan kereta yang aku suka. Aku yang akan bayar (cos aku yang nak sangat model tu) tapi suami aku tetap kena topup gak la wakakaka.. Terima kasih suamiku cos sudi nak tolong topup bulan-bulan... biasela, binimu mana ade gaji. hihi...


Sebenarnye hubby jugak yang beria nak beli kereta. Dah bosan naik motor Virago dia tu... Nak jual Virago and beli kereta pulak. "Jadila merasa dah pakai Virago... bole la jual balik" katanya. Hmmm suka hati abang la... Orang lelaki memang jarang shopping (lagi2 laki aku... gile jimat!) kan, tapi sekali dia gatal tangan nak menshopping, amik ko... takde nyer barang ratus-ratus ringgit. huhu...

Banyak cerita and peristiwa untuk pilih our second car kereta aku nih... kejap-kejap nak itu, kejap-kejap nak ini... Survey macam hape je.. Jenuh jugak la dilema nak beli yang mana satu sambil check duit dalam bank. huahua. Hmmm tunggu barangnye dah ada depan mata la... nanti aku story mory lagi kat blog.

Alhamdulillah... life is good. I feel so blessed. Sesungguhnya semua ni memang pinjaman jer. Takde yang kekal pun... terima kasih ya Allah kerana bagi peluang merasa nikmat ni semua... :')


Razin is now 2 years old. Aku masih belum sempat update blog dia.

Cheeky now. Masih lagi belum pandai cakap... mak aku suruh toilet train dia cepat-cepat once dia dah pandai gitau bila nak berak. I'm dreading to toilet train him... i can foresee the monster in me surfacing whenever Razin terkencing or terberak merata-rata dalam rumah. Ermmm. takutnye. Kesian Razin nanti. huhu... dapat mak garang nak mampos. T__T

Sekarang ni pun aku dah suruh dia sapu sampah, lap air yang tumpah (dia buat), buang pampers dia dalam tong sampah setiap kali dah tukar and simpan baju-baju dia yang aku dah lipat. So far ok. Excellent except bab sapu sampah. Lagi bersepah ada la. But of cos, baru 2 thn! haha.. aku memang hampeh.

Kena banyak-banyak berzikir la aku ni... Panas baran sebab tak dekat ngan Tuhan kan... oh, ya Allah... 

Well.. till then. dah 2.30 pagi. Nak tido jap befor bangun lagi sejam.

Salam...



Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Saturday, October 27, 2012
bismIllah...










Kahkahkah... kasi can la orang berposing dengan kereta baru
=P


p/s: Gambar2 diambil tanpa pengetahuan Nan (cos aku tengah pinjam lappy dia ni haha)
Kalau tau mesti marah...

Maaf zahir batin yer :p
Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Sunday, June 10, 2012
bismIllah...


Wah... macam tak caya je dah seminggu lebih tak update blog. Wakaka... busy meh

First sekali, Nan telah meng'accident'kan kereta Vios yang baru dibelinya bulan lepas di Kati, Kuala Kangsar pada Jumaat lepas.

Langgar Kancil dan juga Camry. Dia kejar traffic light hijau kot, then tak perasan kereta Kancil nak kuar dari tepi. So Kancil tu kena langgar kat bahagian depan, then Vios Nan berpusing and langgar kereta Camry plak. 

Hasilnya:



Airbag burst, nyaris tak lemas. Alhamdulillah tiada sesiapa yang cedera.

Pakai tak sampai sebulan lagi tu... nak claim total loss sebab chassis bengkok and bahagian dalam sume dah barai. 

Yang tak bestnya tentang eksiden ni, Nan kena pukul!! Yes, he got beaten up. Ini la susahnye kalau eksiden kawasan kampung, suka-suki je nak belasah orang. Padahal memang dah confirm accident, bukan sengaja.

Yong aku masa tau Nak kena pukul (and kena kejar) memang emo abis. Dia yang beria-ria nangis kat rumah ni.

Nasib baik jugak la kereta Vios yang Nan tinggalkan tu tak kena bakar time dia lari pergi balai polis (nasib baik ada orang tolong).

Giler lah... takut aku!

Tapi nasib baik gak la takde la cedera teruk ke hape time dibelasah. Nan pun katanya blur-blur lagi cos sedih kereta jahanam. Bahaya nyer kalau sorang-sorang kan... uhuhuhu...

Anyway, tutup bab eksiden. Hari ni Nan pun dah balik Pahang cos esok dah start mengajar. Tumpang kereta kawan la... baru sekali je merasa bawak kereta sendiri balik kampung. =p


Pagi Jumaat tu, Nan jadi model baby carrier yang aku baru beli.

Aku tempah custom made baby carrier for toddler kat Madame Googoo. Made with love in Poland. I got it last June 7th.

Fell in love with this one!

What can I say, I just love purple!


Back carry







A review is coming up!!

So far, I'm loving it... hihihi...
 


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Wednesday, August 3, 2011
bismIllah...


Memperkenalkan...

Pengganti Cik City...


Mr Beetle!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haaa... Yelah tu.
In your dream, Ana...



Takdela, mana mampu pakai kereta comel tu. Buat kena maki je beli mahal-mahal tapi pintu ada dua. Barang Razin pun dah penuh boot. No... masih tak mampu lagi nak beli kereta idamanku itu. hihihihi...

Ok ok... serius...

Well... pengganti Cik City adalah...


Mr CRV!

Photo taken yesterday's evening in front of Best Western Hotel, Marina Island.

Pandai Semy teka dalam previous entry ;)



As you can see from this pic, the mileage is already 49,585 kilometers.
So yeah, it is not a brand new car... (which was why I was doubtful at first)

Actually umurnya muda sikit je dari Cik City.

Nak beli yang brand new, errr.. tak mampu. huhu

But overall it was in a good condition, low mileage (check service history etc... cos mileage ni leh adjust sebenonye) and the price is ok laaa...


So itulah dia pengganti Cik City.
Tak mampu nak pakai 2 bijik kereta. 1 je udah le...
Hubby still pergi kerja naik Encik Nouvo. huhuhuhu

Mudah-mudahan dapat memberi khidmat yang cemerlang untuk family.
Insya Allah...

To Mr Hubby, tahun depan kena banyak menyimpan sikit yer cos insurans kereta jer dah tiga ribu lebih... roadtax lagi... nak tukar kereta sangat kan... ;p




alhamdulIllah...
Tuesday, August 2, 2011
bismIllah...


Goodbye Cik City...

Rasa rindu and sedih tu ada tapi aku tepis jauh-jauh...

Setakat di sini sahaja jasamu pada kami...

But I will always remember you...

Banyak kenangan-kenangan manis bersama... dengan kamu la encik suami mengorat daku dahulu... dengan kamu juga daku belajar-belajar speed kereta. Errr...

Kamu tak pernah meragam. Tak pernah buat perangai takleh start ke, enjin berasap ke ape... Kalau insiden pun, sebab salah orang yang memandu kamu (dan salah orang yang langgar kamu), bukan salah kamu. Yang penting, kamu tak kuat makan minyak...

Tapi...

Kerana 2 bijik tayar belakangmu dah botak, brek kamu yang berbunyi mintak dikikis, roadtax yang nak mati serta insurans yang nak kena renew bulan Ogos ni agak mahal (sebab Nini bagi eksiden last February), maka tuan kamu decided to sell you off.

I disagree at first. I was in doubt for your 'replacement'.

but hey... it's your owner's decision.

Aku menurut saje...

So long, Cik City...

Mmmmuaahhh... I'm going to miss you ;'(


Taken at used car shop in Ipoh yesterday.





alhamdulIllah...